Soalan Kuiz ULT 2132 (Islam dan Isu-isu Semasa), Seksyen 01, UTM SPACE KL

Posted on

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Berikut adalah 2 soalan kuiz bagi subjek ULT 2132 (Islam dan Isu-isu Semasa), dan anda diwajibkan untuk menjawab kedua-dua soalan yang diberikan :

Soalan 1 : Tatkala membicarakan persoalan Pemikiran Pascamodenisme, ahli sarjana Zakaria Stapa telah berpandangan bahawa pascamodenisme ini adalah fahaman yang anti agama dan anti tuhan.

Soalannya : Cuba huraikan maksud disebalik pentakrifan ini menurut pandangan anda.

 

Soalan 2 : Kemunculan naratif kecil seperti golongan gay, lesbian, biseksual, ajaran sesat serba sedikit berjaya mempengaruhi fitrah asal kejadian manusia. Namun di sebalik ancaman naratif kecil, peningkatan kadar jenayah 2012  seperti kes bunuh, rompak, ragut, rogol dan cabul serba sedikit meletakkan keselamatan rakyat di Malaysia ini berada di dalam keadaan tidak selamat dan terancam, ini tidak termasuk lagi dengan kes sosial seperti peningkatan kes buduh diri, sakit mental, keruntuhan institusi rumahtangga, pergaulan bebas, pembuangan anak dan penagihan dadah.

Soalannya : Apakah punca-punca yang menyebabkan masalah ini berlaku ? Dan apakah cara yang terbaik untuk mengatasinya ?

Soalan kuiz tamat.

Selamat Menjawab. Sekian, terima kasih.

 

* Soalan ini sah untuk dijawab bermula hari ini Isnin, 30/07/2012 sehingga Ahad 05/08/2012. Anda memiliki 7 hari sahaja untuk menjawab.

 

 

66 thoughts on “Soalan Kuiz ULT 2132 (Islam dan Isu-isu Semasa), Seksyen 01, UTM SPACE KL

    nor hasniza bt mohd nadzri (SX095159AWD04) said:
    31/07/2012 at 10:49 am

    NOR HASNIZA BT MOHD NADZRI (SX095159AWD04)

    Jawapan soalan 1 :

    Pemikikiran pascamodenisme ialah satu idealisme alaf baru yang muncul dalam arus modenisasi yang membawa pahaman kebergantungan semata-mata kepada akal manusia bagi memandu kehidupan di dunia, tidak memerlukan agama atau tuhan untuk memahami pelbagai realiti dan kebenaran hidup hanya menekankan rasional manusia dan kajian saintifik semata-mata.

    Jawapan soalan 2 :

    Punca-punca yang menyebabkan peningkatan jenayah dan kes sosial adalah kerana :-

    • Institusi kekeluargaan yang rapuh, kepincangan dalam keluarga bermula daripada pelbagai sebab seperti keganasan rumah tangga, orang ketiga, sibuk bekerja, sumbang mahram, kejahilan, persekitaran dan pengaruh media. Apabila berlaku masalah ini, anak-anak/remaja akan menerima kesan yang negetive kerana tidak mendapat perhatian dari ibu bapa dan mempengaruhi gaya hidup remaja itu sendiri, menjadi liar dan mula terjebak dengan aktiviti yang tidak sihat seperti tonton video lucah, lari dari rumah, hubungan jenis luar nikah, peras ugut, samun, maksiat, homoseks dan lesbian.
    • Kepincangan ekonomi, sistem ekonomi yang tidak sihat dalam negara yang mengamalkan dasar ekonomi liberal dan kapitalis lebih cenderung melahirkan penjenayah ekonomi yang melakukan penipuan dan penyelewengan.
    • Kemerosotan nilai murni dalam kehidupan individu dan masyarakat.
    • Peningkatan jumlah imigrasi dan pendatang haram yang mendatangkan pelbagai masalah sosial, termasuk jenayah berat seperti membunuh dan merompak

    Cara untuk mengatasinya adalah :

    • Pemimpin harus menjadi contoh kepada masyarakat bagi membina keluarga sejahtera walaupun mereka sibuk dengan tugasan. Program penggalakan ke arah kemahiran keibubapaan, keibuan dan kebapaan menjadi acara tetap setiap bulan di agensi kerajaan dan swasta.
    • Undang-undang perlu memberi lebih banyak kuasa kepada polis, SPRM untuk melaksanakan tanggungjawab mereka dan badan-badan ini perlu diasing dari pengaruh politik untuk mengelakan campur tangan dari pihak tertentu.
    • Peranan pihak media perlu diperbetulkan, dari segi penyampaian maklumat kepada pengguna dalam memberi input yang berguna bukan hiburan semata-mata,media seharusnya tidak memilih kedudukan dan pangkat seseorang walaupun individu tersebut merupakan seseorang yang berpengaruh. Jenayah yang dilakukan adalah seperti rasuah, penyelewengan dan sebagainya harus didedahkan kepada masyarakat umum tanpa mengira pangkat.
    • Kerjasama daripada semua lapisan masyarakat itu sendiri dan mempunyai etika serta tanggungjawab sosial dan moral yang kukuh dalam membanteras pelbagai bentuk jenayah

    Khairunnisa Binti Anis (SX095137AWD04) said:
    31/07/2012 at 12:53 pm

    KHAIRUNNISA BINTI ANIS (SX095137AWD04)

    JAWAPAN SOALAN 1:

    Menurut pandangan saya, maksud disebalik pentakrifan oleh ahli sarjana Zakaria Stapa berhubung isu pascamodenisme adalah :

    – pandangan ini lebih mementingkan manusia mempunyai kebebasan diri untuk menjadi kehidupan tanpa sebarang ikatan kepada sebarang bentuk tradisi termasuk Tuhan serta Agama.

    – Fahaman ini telah meresap masuk dalam pemikiran masyarakat Isalm secara disedari ataupun tidak disedari. ini kerana pahaman serta idelogi ini tersebar secara pantas seiring dengan perkembangan teknologi serta proses globalisasi.

    – Ini jelas menunjukkan bahawa sekiranya ianya tidak dibanteras dengan berkesan, pahaman ini akan menjejaskan AKIDAH UMAH ISLAM.

    -kesannya, individu / masyarakat yang terlibat akan lebih mengutamakan keduniaan serta kebebasan, lantas akan semakin leka dan lalai sehingga meninggalkan tuntutan Agama serta tidak mempercayai Tuhan. ini akan terus berlaku sekiranya individu / masyarakat tidak berwaspasa dengan era pascamodenisme ini.

    JAWAPAN SOALAN 2 :

    i)PUNCA ANCAMAN NARATIF KECIL SERTA PENINGKATAN KADAR JENAYAH

    1) KELONGGARAN PEGANGAN KEAGAMAAN
    – Iman dan amal yang lemah terhadap agama dalam diri masyarakat pada hari ini tidak mampu berfikir mengenai perbuatan buruk yang mereka lakukan. Pegangan agama yang longgar dan tiada tunjuk ajar yang baik dan berterusan daripada ibu bapa. sesungguhnya, ibu bapa perlu memberi didikan agama yang secukupnya serta sama – sam mengamalkan ilmu tersebut supaya ana – anak lebih menghayati ilmu yang diterapkan dalam diri mereka.

    2) KERUNTUHAN INSTITUSI KEKELUARGAAN
    – Nilai murni kekeluargaan kini juga sudah banyak punah dek kerana ibu bapa sibuk bekerja mencari rezeki dan tidak menumpukan perhatian terhadap kualiti kehidupan berkeluarga. Walaupun usaha murni ibu bapa adalah untuk memberi kesenangan kepada anak-anak dan keluarga, namun pembentukan sahsiah diri anak-anak perlu diberi perhatian. Jika ibu bapa sibuk bekerja, anak-anak yang ditinggalkan di rumah tanpa pengawasan tidak bimbang untuk melakukan jenayah dan kegiatan tidak sihat di rumah sendiri atau di kawasan persekitaran rumah seperti menagih dadah, menonton video lucah dan mencuri sebagainya.

    – Masalah yang berlaku dalam rumah juga memberi kesan kepada jiwa anak-anak seperti ibu bapa yang bercakaran di hadapan mereka. Anak-anak akan merasakan diri kurang kasih sayang dan pembesaran yang tidak sihat itu akan membentuk kerapuhan diri dan jiwa anak-anak akan mudah terdedah dengan tarikan sosial negatif di luar.

    3) KEMASYARAKATAN
    -Masyarakat hari ini sudah kurang peka dan banyak buat ‘pekak’ terhadap nilai hidup kejiranan dan bermasyarakat. Struktur pembinaan perumahan hari ini juga banyak mempengaruhi gaya hidup masyarakat yang negatif. Kondominium dan pangsapuri mewah mementingkan gaya hidup individualistik. Rumah-rumah banglo pula diiklankan dengan gaya hidup berfokuskan keselamatan yang berlebihan seperti guarded and gated agar tidak diganggu penjenayah. Sedar atau tidak, masyarakat kita telah membina jurang hidup secara manual dengan jiran dan masyarakat setempat.

    4) KENDIRI
    – Remaja hari ini kurang mampu dan mapan mengurus diri sendiri kerana semua keperluan diri disediakan oleh ibu bapa yang tidak mahu anak-anak merasa susah dalam kehidupan mereka. Kesan daripada sikap ibu bapa yang memanjakan anak-anak dengan material dan perhatian berlebih-lebihan itu menjadikan anak-anak kurang berdikari dan tidak mahu susah dalam kehidupan mereka.

    – Akibatnya anak-anak remaja sukar mengendalikan emosi semasa berhadapan dengan masalah hidup dan tekanan daripada rakan-rakan. Kebanyakan remaja tidak tahu mengendalikan emosi marah, bahagia, derita atau cinta yang melingkari kehidupan seharian mereka. Jika mereka berhadapan dengan tekanan dan pujukan rakan-rakan yang mengajak melakukan jenayah atau kehidupan sosial negatif yang lain seperti minum arak, dadah, seks bebas dan sebagainya, mereka tidak mampu menepis dan menolak pujukan tersebut kerana tidak mempunyai jati diri yang kukuh.

    5) PENGARUH RAKAN – RAKAN
    – Faktor ini telah diketahui ramai sebagai punca utama remaja hari ini terjebak dalam masalah sosial yang negatif. Pengaruh rakan sebaya umpama tarikan magnet yang menjadikan remaja lebih gemar melepak dan mengikut rentak dan gaya hidup mereka. Jika rakan-rakan itu buruk perangai dan aktif dalam kegiatan jenayah dan masalah sosial, maka mereka akan mengikutnya kerana remaja hari ini lemah jati diri dan tiada tujuan hidup.

    6) GODAAN KEWANGAN
    – Banyak jenayah dan masalah sosial yang dilakukan remaja hari ini disebabkan oleh soal kewangan kerana keinginan anak-anak muda hari ini semakin meningkat untuk menggunakan barangan mewah bagi menunjukkan status diri mereka di kalangan rakan-rakan sebaya. Tidak semua anak-anak remaja ini lahir dari keluarga berada dan mampu menikmati kemewahan hidup. Bagi remaja dari keluarga susah, mereka mudah terikut-ikut rakan-rakan yang mewah tetapi soalnya bagaimana mereka mendapatkan sumber kewangan tersebut. Sudah tentu dengan melakukan jenayah dan kegiatan tidak bermoral seperti mencuri, merempit, melacur, mengedar dadah dan menyimpan barangan curi untuk mendapatkan sumber kewangan bagi menampung kehendak hidup mereka yang mewah.

    ii)CARA MENGATASI ANCAMAN NARATIF KECIL SERTA PENINGKATAN KADAR JENAYAH

    -Pada pendapat saya, satu – satu nya cara mengatasi segala anasir – anasir yang negatif dalam kehidup kita seharian adalah dengan kembali kepada agama Islam. ini kerana Islam adalah agama yang lengkap dan sempurna.

    1) DIRI INDIVIDU
    -Muhasabah dalam diri pada setiap hari mampu membantu untuk mencegah kita dari terus leka dengan ancaman tersebut. Sebagai umat Islam, Solat 5 waktu perlu dijaga dan dihayati. ini mampu menangani kita daripada berbuat jahat.

    – Libatkan diri dengan aktiviti yang berfaedah bersama – sama keluarga. Ini mampu mengelakkan kita terjerus dengan aktiviti tidaka bermoral.

    – Hidup secara sederhana. Islam mencegah kita daripada hidup dalam keadaan membazir dan berlebih lebihan. Tanamkan rasa bersyukur dalam diri dengan apa yang dimiliki akan mampu menahan diri kita dari tergoda dengan kemewahan duniawi.

    2)MASYARAKAT
    – Perbanyakkan aktiviti keagamaam contonya memberi ceramah dan perkongsiaan ilmu tentang keindahan beragama. ini secara tidak langsung, sekiranya sering dilaksanakan, akan memberi kesedaran kepada individu yang terlibat.

    -Sentiasa saling ingat – mengingati antara satu sama lain. Masyarakat perlu mengikis rasa individualistic (pentingkan diri) kerana ini menyebabkan lempuhnya institusi kemasyarakatan.

    -

    SX095281CJD04 said:
    31/07/2012 at 4:01 pm

    SX095281CJD04

    SOALAN 1

    Pemikiran pascamodenisme menganjurkan bahawa manusia mempunyai kebebasan yang mutlak untuk menjalani kehidupan duniawi tanpa sebarang ikatan kepada sebarang bentuk ajaran agama atau sistem nilai. Jika era modenisme berjaya melahirkan pelbagai kefahaman dan ideologi seperti; sekularisme, liberalisme, pluralisme, sosialisme, feminisme dan sebagainya. Di era pascamodenisme pula mengembangkan dan menyebarkan ideologi tersebut menjadi lebih hebat sehingga ia membawa manusia kepada penolakan agama atau berpaling daripada konsep ketuhanan (teologi) secara total.

    SOALAN 2

    PUNCA-PUNCA

    Institusi Kekeluargaan Yang Goyah – Pertambahan komitmen ibu bapa terhadap kerjaya mereka yang menyebabkan masa diluangkan untuk keluarga itu terhad. Ini akan membuat anak – anak kurang mendapat kasih sayang dan tidak mustahil mereka akan mencari alternatif lain untuk mengisi kegersangan kasih sayang. Selain daripada itu, rumahtangga yang bermasalah juga, seperti perceraian dan pergaduhan turut mempengaruhi remaja untuk terlibat dalam aktiviti-aktiviti yang tidak sihat.

    Cara Berpakaian – Cara berpakaian yang bertentangan dengan cara pakaian budaya melayu dan bertentangan dengan cara pemakaian yang digariskan Islam. Mereka begitu ghairah untuk mengikut budaya asing yang dianggap moden dan maju. Mereka takut dan terlalu ego untuk dikatakan ketinggalan zaman, kuno, dan berfikiran sempit. Tidak semua dapat menerima pendapat bahawa mereka ada memainkan peranan dalam melonjaknya jumlah kes rogol dan seks bebas.

    Pengaruh Rakan Sebaya – Remaja pada masa sekarang lebih mesra dengan rakan mereka kerana ibubapa sibuk dengan urusan kerja dan lain-lain. Ada sesetengah remaja meluangkan masa hampir penuh bersama rakan-rakannya. Di sebabkan itu, remaja sekarang lebih mengenali rakan mereka berbanding dengan ibubapa sendiri dan lebih mempercayai rakan mereka daripada keluarga atau ibubapa. Kejadian seperti ini adalah amat bahaya dan boleh mengakibatkan remaja tersebut terjerumus dalam gejala sosial yang tidak sihat.

    CARA MENGATASI

    Peranan ibubapa – Ibu bapa perlu memahirkan diri menjadi `rakan anak-anak’. Kemahiran mendengar dan berbincang dengan anak-anak perlu dipupuk. Konsep membuat keputusan untuk anak remaja juga tidak lagi boleh diamalkan. Sebaliknya gaya berbincang nyata lebih berkesan. Ibu bapa harus peka dan membantu remaja dalam memahami perubahan fizikal dan seksual mereka. Mereka perlu dibantu apabila terdapat ledakan kebolehan intelektual. Perubahan tersebut mendorong remaja membebaskan diri daripada kongkongan ibu bapa dan sebaliknya mereka mahu membina jati diri sendiri.

    Mewujudkan sistem perundangan di sekolah – Peruntukan undang-undang di peringkat sekolah boleh menimbulkan rasa takut di kalangan pelajar sekolah, di samping mengurangkan beban dan tanggungjawab pihak sekolah dan pihak ibu bapa dalam pengawasan disiplin.

    Peranan media massa – Media harus mengawal penyiaran secara eksklusif dan besar-besaran tentang keruntuhan akhlak remaja tanpa membantu untuk mengawalnya. Sebaliknya remaja yang berjaya mesti sering ditonjolkan di media massa sebagai motivasi untuk diteladani. Hal-hal mengenai kreativiti remaja mesti sering diperbanyak berbanding liputan mengenai aksi dan perangai negatif mereka.

    SX095921AWD04 said:
    31/07/2012 at 4:11 pm

    SOALAN 1

    Pemikiran pascamodenisme merupakan satu bentuk pemikiran manusia yang tercetus sejak seabad yang lalu. Ini adalah kerana pemikiran ini khususnya kepada pemikiran barat dan pemikiran kepada akal manusia semata-mata bagi meneruskan kehidupan didunia tanpa berpandukan kepada agama dan tuhan untuk memahami kepada kebenaran kehidupan hanyalah bergantung kepada penekanan rasional rasional manusia semata-mata.

    SOALAN 2

    Punca-punca berlakunya masalah ini ialah :-
    1)Kelemahan institusi kekeluargaan
    Kelemahan institusi kekeluargaan berpunca dari pelbagai pihak seperti hasutan rakan sebaya, kekangan kewangan, kurang didikan agama, ibu bapa sibuk mengejar kebendaan dan kemewahan, pergaulan bebas serta kurang prihatian dan kasih sayang daripada ibubapa. Ini menyebabkan berlakunya sumbang mahram dan lari dari rumah.

    2)Kurang pengetahuan didikan agama.
    Era pembangunan kini, kebanyakkan ibubapa tidak mementingkan ilmu keagamaan, mererka lebih memetingkan kebendaan dan kemewahan dunia berbanding diakhirat. Ini menyebabkan anak-anak tidak tahu batasan dalam islam. Justeru itu, terjadilah pergaulan bebas, kurang nilai-nilai murni dan sebagainya, ini meyumbangkan kepada gejala pembuangan bayi.

    3)Pengaruh media.
    Pengaruh media zaman kini lebih menjurus kepada hiburan semata-mata. Ini menyebabkan anak-anak leka dan lali mengikuti hiburan sehinga mereka terikut-ikut budaya yang ditontonya.

    Cara mengatasi:
    1)Ibubapa perlu memainkan peranan penting iaitu dengan cara perlu memupuk nilai-nilai kasih sayang, keagamaan yang tinggi dan perhatian yang lebih kepada anak-anak supaya anak-anak marasa mereka dihargai dan selamat disis ibubapa.

    2)Kerjasama dari semua pihak memainkan perkara penting, dimana kerajaan perlu memberikan kuasa mutlak kepada pihak berkuasa seperti polis dan imagresian untuk membanteras gejala sosial. Selain itu, pihak berkenaan perlulah bebas daripada pengaruh politik.

    3)Kerajaan perlu membuat satu garis panduan dan memperjelaskan kepada pihak media mengenai undang-undang berkenaan. Ini kerana kebanyakkan media kini tidak menapis cerita dan banyak menanyangkan hiburan semata-mata selain menanyangkan isu-isu keharmonian.

    Anum said:
    31/07/2012 at 4:37 pm

    NORZAKIAH HANUM BT ABD MAJID (SX105483HRD04)

    JAWAPAN KEPADA SOALAN 1:

    Bagi pandangan saya maksud disebalik pentakrifan oleh ahli sarjana Zakaria Stapa menerangkan tentang pemikiran Pascamodenis menunjukkan bahawa manusia mempunyai kebebasan yang mutlak untuk menjalani kehidupan duniawi tanpa sebarang ikatan kepada sebarang bentuk ajaran agama atau sistem nilai. Apa lagi, dengan penerimaan prinsip hak asasi manusia sebagai sebahagian cara hidup di peringkat global tanpa mengira etnik, agama dan jantina telah memburukkan lagi keadaan.

    JAWAPAN KEPADA SOALAN 2:

    Punca-punca yang menyebabkan peningkatan jenayah dan kes sosial adalah kerana :-
    •Krisis gejala sosial adalah kesan secara langsung akibat daripada kejutan budaya dan perubahan nilai dan pemikiran yang melanda masyarakat termasuk golongan wanita.
    •Peranan institusi kekeluargaan dalam membentuk masyarakat yang mempunyai nilai-nilai moral dan etika yang tinggi semakin terhakis.
    •Institusi keluarga yang tidak mementingkan pendidikan agama dan moral telah menyebabkan anak-anak terjebak dengan gejala sosial demi untuk mengecap kebebasan mutlak, kemewahan dan sebagainya serta hanyut dengan kehendak sendiri tanpa batasan agama dan sempadan akhlak.
    •Budaya moden telah mempengaruhi tingkah laku dan cara berfikir termasuklah penghayatan terhadap ajaran agama. Gaya hidup moden ini juga menjadikan sebilangan masyarakat bersikap individualistik, mengabaikan sikap kekeluargaan, kejiranan dan bermasyarakat serta tidak mengambil peduli gejala sosial yang berlaku di kawasan kejiranan dan tempat-tempat awam.
    •Banyak lagi punca-punca lain yang menyebabkan peningkatan jenayah dan kes social antaranya Sistem dan Persekitaran Sosial yang Tidak Sihat serta Pengaruh Rakan sebaya

    Cara untuk mengatasinya adalah :
    •Kedudukan Islam sebagai agama negara sangat penting dan perlu diberikan kedaulatan sebenarnya dan bukan sekadar hiasan atau ungkapan rasmi. Hakikatnya, Islam adalah benteng pertahanan yang ampuh dan berkesan dalam menghadapi asakan pemikiran pasca modenisme.
    •Komitmen ummah untuk melakukan islah di kalangan umat Islam perlu dipertingkatkan melalui agenda memulihkan umat Islam daripada segala bentuk gejala sosial yang sedang berlaku. Sikap menuding jari kepada orang lain perlu dihentikan
    •Sistem Perundangan Syariah, sama ada aspek penguatkuasaan, hukuman dan tatacara penyelesaian pertikaian mestilah diperbaiki bagai memastikan ia membawa natijah yang yang berkesan dan bukan mengundang masalah di kalangan umat Islam.
    •Gejala sosial boleh diatasi berteraskan kepada empat pendekatan iaitu, Pencegahan dan Pengukuhan (Al-Wiqayah), Rawatan dan Pemulihan (Al-‘Ilaj), Bimbingan dan Nasihat (Al-TArbiyyah wa al-Nasihah) dan Penguatkuasaan dan Pendakwaan.
    •Pihak kerajaan haruslah lebih efektif dalam merencanakan program untuk masyarakat kearah memulihkan akidah Islam yang kukuh supaya menjadi benteng yang utuh berteraskan keiamanan dan ketakwaan kepada Allah.
    •Ada beberapa langkah lain yang boleh di ambil untuk mengatasi masalah ini antaranya Penguatkuasaan Undang-Undang, Mewujudkan Konsep Bandar dan Pekan Selamat, Memperkasakan Ekonomi Negara, Kempen-kempen Pencegahan Jenayah dan Pengenalan Semula Mata Pelajaran Sivik dan Kewarganegaraan

    (SX086077HRD04) said:
    31/07/2012 at 10:39 pm

    (SX086077HRD04)

    Soalan 1
    Pemikiran Pascamoden adalah era perkembangan pemikiran selepas era moden. Perubahan-perubahan besar ekonomi dan masyarakat pada zaman ini mengganggap kepercayaan yang tinggi terhadap bidang sains, teknologi, mementingkan perancangan, bersifat secular dan sebagainya menjadikan masyarakat semakin jauh meninggalkan aspek agama dan ketuhanan. Mereka akan memberikan penghormatan yang tinggi kepada kebendaan dan mengenepikan Tuhan. Hal ini kerana pemikiran pascamoden ini lebih mementingkan diri sendiri dalam gaya hidup seperti materialistik iaitu lebih memberikan tumpuan kepada usaha untuk menikmati kebendaan semata-mata tanpa menghiraukan aspek agama dan seterusnya mengabaikan tanggungjawab kita sebagai manusia.

    Soalan 2

    – Antara punca-punca yang berlaku gejala seperti yang tertera diatas jelaslah disebabkan oleh idea-idea yang dibawa oleh pasca-modenisme yang telah memberi kesan secara langsung ataupun tidak langsung kepada Islam serta masyarakatnya. Sikap individu yang mementingkan diri sendiri dan cemburu atas kesenangan orang lain juga boleh mendorong kepada perbuatan jenayah seperti mencuri,merompak dan membunuh.

    – Punca seterusnya adalah kegagalan ibu bapa dalam mendidik dan mebimbing anak-anak mereka terutamanya dalam pendidikan agama supaya kehidupan anak-anak berada pada jalan yang betul berlandaskan hukum syarak. Kepincangan rumah tangga juga mengakibatkan anak-anak menjadi terabai seterusnya menjebakkan diri ke kancah maksiat mahupun gejala sosial di negara kita.

    – Pengaruh rakan sebaya juga menjadi punca berlakunya pelbagai gejala sosial seperti pergaulan secara bebas yang mana mereka merupakan tempat yang paling mudah didekati oleh rakan yang mengalami masalah dan ingin menyelesaikan masalah dengan cepat tanpa memikirkan risiko yang dihadapi.

    – Seterusnya, pengaruh budaya Barat juga membawa punca kepada keruntuhan akhlak seseorang mahupun masyarakat pada masa kini. Semakin ramai golongan pemuda hari ini sentiasa mengejari gaya hidup global yang ditandai oleh pelbagai ciri kehidupan Barat.

    – Pengaruh media massa Barat telah menyerang media massa tempatan secara sengaja dari segi intelektual dengan menyatakan bahawa nilai-nilai manusiawi, agama dan kebudayaan Timur merupakan faktor kemunduran sesebuah Negara. Ianya juga dibuat secara tidak langsung sehingga tidak disedari oleh masyarakat seperti pelbagai filem, berita dan laporan. Hiburan rancangan yang menarik tertentu juga berupaya mengubah dan membentuk corak gaya hidup seseorang, perhubungan dengan keluarga, rakan sekerja dan masyarakat sejagat.

    – Penyalahgunaan media cetak dan elektronik dalam pengiklanan dengan menjadikan wanita sebagai model dengan mengiklankan mereka berpakaian pakaian yang kurang sopan juga menjurus kepada berlakunya peningkatan kadar jenayah dalam masyarakat kita. Hal ini secara tidak langsung telah menjadi unsur penting kepada terjadinya masalah sosial seperti gejala seks bebas dan pembuangan bayi.

    Cara untuk mengatasinya adalah :

    – Bagi mengatasi masalah ini berlaku terutamanya bagi mereka yang telah terjebak, rawatan kaunseling diperlukan. Kaunseling yang bercirikan Islam perlu diperbanyak dan diperluaskan. Ini penting kerana kaunseling Barat (tanpa berpandukan garis-garis tertentu) berbeza dengan kaunseling Islam yang meletakkan Al-Quran dan Sunnah sebagai panduannya.
    – Ibu bapa perlu memberikan didikan agama dan moral yang secukupnya kepada anak-anak mereka. Didikan agama sebagai perisai yang berupaya menghalang segala godaan maksiat seperti pergaulan seks bebas, pembuangan bayi dan sebagainya. Selain itu juga ibu bapa perlu mengawasi tingkah laku anak-anak mereka terutamanya cara mereka bergaul dan dengan siapa mereka berkawan.
    – Seterusnya, peranan kerajaan dalam membanteras gejala-gejala sosial ini dengan menguatkuasakan undang-undang terutamanya dari segi hukuman yang dijalankan oleh badan-badan yang bertangunggjawab seperti PDRM. Selain itu juga, kerajaan memainkan peranan yang penting terutamanya dalam menerima pengaruh media massa dari luar. Mereka sepatutnya lebih mengkaji baik buruk sesuatu iklan sebelum ditayangkan.
    – Peranan dari setiap lapisan masyarakat juga memainkan peranan yang penting kerana dari sini lah kesejahteraan rakyat dapat dipupuk sekaligus meningkatkan budaya yang sihat di negara kita. Penyerapan dalam ilmu-ilmu keagamaan perlu diperluaskan lagi terutamanya di kalangan generasi muda agar mereka tidak tertinggal dan terus hanyut dengan kehidupan duniawi semata-mata.

    MOHD NIZAM BIN ABDUL LATIF (SX095149AWD04) said:
    01/08/2012 at 11:36 am

    SOALAN 1
    Pascamodenisme merupakan satu bentuk pemikiran manusia yang tercetus sejak seabad yang lalu. Kemuncak perkembangan pemikiran ini jelas dilihat sejak tiga dekad lalu sehingga kini khususnya dalam segala cabang kehidupan termasuk epistemologi, muzik dan senibina.
    Kelahiran pascamodenisme ini dilihat bertentangan dengan kemunculan modenisme yang berlandaskan rasional akal fikiran yang mutlak. Istilah pertentangan ini disebut oleh
    Jacques Derrida sebagai ‘logocentricism’.. Berdasarkan ekonomi yang berpaksikan konsep ‘free market \ pascamodenisme bergerak dengan pantas menghayun nila-nilai liberalisme melalui teknologi media maklumat dan hiburan terkini menjanjikan penerokaan dan penjajahan secara bebas yang lebih pantas dan berkesan tanpa ada batas sempadan. Pemikiran moden dengan tunjang utamanya iaitu kekuatan rasional manusia ingin digugat kerana telah mengheret manusia kepada absolutisme. Oleh itu pascamodenisme ini dilihat sebagai satu pemberontakan terhadap keangkuhan yang absolustik. Dalam bentuk skeptis-dekonstruksi, pascamodenisme telah
    tampil dengan gaya wiranya untuk menentang segala bentuk pemikiran moden yang mendakwa adanya kebenaran tunggal yang berfungsi sebagai pusat pemikiran manusia.
    Berkaitan dengan perkara ini, mereka mempunyai beberapa sikap dan pandangan asas terhadap kewujudan Tuhan. Antaranya mereka berpendapat bahawa Tuhan atau Realiti Hakiki dipercayai tidak wujud. Malah bagi golongan yang mempercayainya juga diselimuti perasaan keraguan terhadap kewujudanya. Seterusnya kewujudan alam semesta dikatakan tidak ada kaitan dengan kewujudan Tuhan, malah ia dikatakan berlaku secara semula jadi, mekanistik, sistematik dan memiliki undang-undang dan peraturannya tersendiri (Newtonian Universe), Mereka juga begitu meyakini akal rsional dan pancaindera manusia yang dikatakan dapat memahami fenomena alam semesta secara autonomous.Ekoran dari sikap dan pandangan yang penuh dengan sifat angkuh ini telah meyakinkan mereka bahawa manusia tidak perlu bergantung kepada mana-mana kuasa yang dianggap tertinggi dalam penciptaan alam ini untuk membantu bagi mengkaji dan mengenali alam semesta yang penuh dengan kejadian-kejadian misteri. Di zaman ini dikatakan berbagai penemuan sains yangmenakjubkan telah ditemui. Ketika itu ‘modern’ begitu sinonim dengan sains, keangkuhan manusia dengan kejayaan dunia sainsnya menjadikan mereka leka dan lupa kepada Tuhan yang Esa.
    Huston Smith dalam kertas kerjanya yang bertajuk “Postmodernism and The World Religions”16 menjelaskan bahawa dari kacamata golongan tradisional, melihat cara dan tujuan hidup manusia melalui prinsip dan doktrin agama memberikan satu pandangan hidup yang mutlak tentang kebenaran.
    Ketakjuban pada sains tidak mewujudkan ruang kepada modenisuntuk menghampiri dan mempercayai Tuhan. Akhimya kewujudan Tuhan turut dipertikaikan oleh mereka. Yang jelas akibat dari kegilaan sains yang ditemui, mereka begitu ghairah meneroka alam sains dengan mencari kepuasan diri tanpa memperdulikan kesan sebaliknya kepada makhluk lain .
    Tanpa disedari telah berlaku perlanggaran batas-batas penerokaan ilmu sains oleh manusia yang terbatas akal fikiranya. Secara jelas dapat difahami bahawa modenisme seolah-olah merupakan satu pemberontakan radikal melawan kewujudan Tuhan dan agama. Pemberontakan ini telah menghasilkan gerakan Renaissance di Eropah. Hasil dari gerakan ini tercetuslah pelbagai bentuk pemikiran dan falsafah hidup manusia. Antaranya ialah falsafah Machiavelli yang berbunyi “matlamat menghalalkan cara” benar-benar telah melepasbebaskan hawa nafsu manusia. Kemunculan pascamoden sebenarnya tidak memberi sebarang makna terhadap pembentukan budaya, sebaliknya ia hanya mengaburkan sebarang pembentukan nilai-nilai di dalam budaya demi untuk menghancurkan sebarang bentuk budaya termasuk kesusasteraan yang masih terikat dengan pandangan hidup keagamaan. Sebagai sebuah pemikiran yang memulakan langkah dengan menolak pandangan hidup keagamaan dan Tuhan maka seluruh pemikiran di dalam pascamoden itu sendiri secara automatiknya adalah tertolak daripada menjadi model atau paradigma kepada pemikiran, norma-norma, budaya dan kesusasteraan yang berasaskan atau yang terikat atau yang berkecenderungan terhadap nilai-nilai keagamaan dan tradisionalisme yang suci, luhur dan mutlak

    SOALAN 2

    Punca-punca berlakunya jenayah
    Secara umum, jenayah berlaku disebabkan faktor persekitaran atau keturunan (Nurture vs Nature atau Environmental vs Genetic). Di antara faktor persekitaran adalah sifat tamak seseorang. Ahli kriminologi berpendapat manusia akan sentiasa memaksimumkan kesenangan dan mengurangkan penderitaan (maximize pleasure dan minimize pain). Ia sifat semula jadi manusia yang tamak dan tidak pernah berpuas hati dengan apa yang dimiliki.
    Faktor utama kejadian jenayah atau neratif kecil ialah bila manusia mula lupa atau menjauhi dari Penciptanya. Apabila manusia mula melakukan larangan yang telah di tetapkan dalam agama, ia akan menyebabkan mereka akan melakukan sesuatu melampaui batas tanpa memikirkan kesan yang akan terjadi pada diri sendiri atau masyarakat sekeliling.
    Faktor pertambahan penduduk juga memainkan peranan meningkatkan jenayah. Semakin ramai penduduk, semakin kurang peluang pekerjaan. Apabila keinginan untuk mendapatkan sesuatu dengan cara yang halal, gagal mereka memilih cara tidak halal, lalu terjebak dengan kegiatan jenayah. Kejatuhan ekonomi juga memberi kesan kepada peningkatan kadar jenayah. Ramai mengalami masalah kewangan akan mencari jalan tidak beretika bagi mendapatkan wang. Untuk mendapat habuan mudah, sebahagian terbabit kes penipuan, pecah amanah, rompak atau kadangkala membunuh bagi menutup kes daripada dihidu pihak berkuasa.
    Media massa juga menyumbang kepada berlakunya jenayah. Ada juga pendapat bahawa melihat filem ganas akan melegakan seseorang penjenayah, membuatkan mereka puas hati dan tidak akan bertindak ganas seperti dalam filem atau program televisyen. Hipotesis pertama lebih tepat dan disokong banyak pihak. Penjenayah yang licik dan memiliki kelulusan profesional seperti undang-undang atau kriminologi akan berfikir dan membuat perancangan sebelum melakukan jenayah. Memastikan semua tindakan teratur dan semua bukti dihapuskan supaya tidak dapat dikesan pihak berkuasa. Mereka kadangkala bertindak bersendirian dan oleh itu, penjenayah yang licik akan turut memastikan sesiapa saja yang mengetahui tindakannya dihapuskan supaya tiada saksi dapat memberi keterangan terhadapnya jika tertangkap dan dibicarakan nanti.
    Masalah kecelaruan mental juga dikenal pasti antara faktor penyumbang kepada gejala keganasan, pembunuhan kejam atau rogol. Banyak kes kejam dilaporkan di negara kita seperti kes pembunuhan Canny Ong dan Norsuzaily Mokhtar. Kes pembunuhan kejam Sosilawati adalah contoh kecelaruan personaliti pelakunya yang lebih dikenali sebagai psikopatik atau sosiopatik serta mempunyai ‘split personality’. Perlu diingat, sebelum melakukan sesuatu jenayah, penjenayah sudah tentu mempunyai niat, keupayaan dan peluang. Bagi mangsa, kita tidak dapat mengelak perkara pertama dan kedua, tetapi kita dapat mengelak daripada memberi peluang kepada penjenayah. Setiap penjenayah mempunyai modus operandi yang mungkin berbeza. Ada bersifat binatang dan tidak berperikemanusiaan, sebahagian lagi sebaliknya. Kadangkala niat penjenayah mahu bunuh seorang saja, tetapi apabila mangsa datang bersama rakan, penjenayah terpaksa melakukan pembunuhan berganda bagi menutup perbuatannya.

    Langkah mengatasinya
    Setiap masalah ada jalan penyelesainya, begitu juga dengan gejala dan juga jenayah yang berlaku.
    Sebagai manusia yang lemah , kita seharusnya kembali kepada fitrah manusia iaitu mendekati diri kepada ajaran agama dan juga kepada Yang Maha Esa. Dengan mendalami ilmu agama, ia akan dapat menjadi benteng kepada kita dari melakukan segala larangan dan melampaui batas-batas yang ditetapkan oleh agama
    Selain itu juga, cara komunikasi dan pergaulan antara ibu bapa, adik-beradik dan rakan-rakan. Ibu bapa khususnya perlu bijak dalam hal mendidk anak agar tidak terjerumus dalam perkara social seperti gejala jenayah ini. “Melentur buluh biarlah dari rebungnya” merupakan satu ungkapan yang perlu diambil iktibar oleh setiap ibu bapa dalam mengajar dan mengatur kehidupan anak-anak mereka. Ibu bapa perlu memberi pendidikan yang berkaitan hal agama sejak kecil supaya anak-anak menyedari perkara tersebut sama ada salah atau betul. Janganlah sampai nasi sudah menjadi bubur, barulah ibu bapa kelam kabut untuk mengambil tindakan yang sememangnya amat susah diterima oleh para remaja yang mempunyai pendirian yang tersendiri. Seterusnya ibu bapa pula tidak seharusnya bersikap lepas tangan dalam mendidik anak-anak disebabkan kesibukan bekerja dan melepaskan tanggungjawab kepada pembantu rumah. Jadi ibu bapa harus memberi perhatian yang secukupnya kepada anak-anak supaya mereka menganggap ibu bapa sering menjadi tempat berlindung dan tempat mengadu masalah.
    Selain itu, antara inisiatif yang dapat kita ambil sebagai langkah mencegah jenayah yang merupakan isu terpenting di negara ini ialah dengan mewujudkan konsep bandar dan pekan selamat. Konsep ini merangkumi suatu skop yang sangat besar untuk dibincangkan. Pelbagai langkah telah dilaksanakan dalam proses mewujudkan konsep bandar dan pekan selamat. Antaranya ialah dengan pengawalan rapi oleh pihak-pihak tertentu seperti Rela, Rukun Tetangga, Polis dan sebagainya dalam usaha memastikan kawasan tersebur bebas daripada kes-kes kecurian, rompakan, rogol, ragut dan sebagainya. Dengan pengawalan daripada pasukan-pasukan tersebut, sekurang-kurangnya dapat menakutkan si penjenayah dari melakukan akiviti mereka dan seterusnya mewujudkan konsep bandar dan pekan selamat. Bantuan daripada alat-alat teknologi pada zaman kini dapat membantu kita menyempurnakan konsep bandar dan pekan selamat. Kamera-kamera litar tertutup boleh dipasang sebagai langkah berjaga-jaga. Medium ini dapat menjadi bukti apabila sesuatu kes jenayah berlaku di kawasan tersebut. Sekiranya konsep bandar dan pekan selamat diwujudkan, nescaya terdetik rasa was-was kepada si penjenayah daripada melakukan aktivitinya di kawasan tersebut. Dengan cara ini, konsep bandar dan pekan selamat jelas sekali merupakan usaha yang efektif bagi mencegah jenayah.
    Pengenalan semula mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan (PSK) kepada pelajar sekolah rendah dan menengah juga merupakan salah satu cara untuk membanteras kes jenayah. Mata pelajaran PSK ini merupakan satu langkah ke arah membentuk keperibadian para remaja yang mulia dan juga berperanan memupuk nilai-nilai murni dalam diri setiap remaja. Melalui pengenalan semula mata pelajaran ini, seseorang individu berupaya menyelesaikan masalah yang dihadapinya tanpa unsur-unsur keganasan, memahami kepelbagaian agama, budaya serta mampu menyumbang kepada pembangunan negara. Kesimpulannya, kes-kes jenayah boleh ditangani dengan adanya pengenalan semula mata pelajaran khas yang boleh dipelajari oleh para remaja.
    Selain itu, kerajaan juga boleh memperkasakan ekonomi negara bagi meningkatkan peluang pekerjaan. Bagaimana isu ini dikatakan menjadi usaha untuk mencegah jenayah. Dengan usaha kerajaan ini, peluang pekerjaan untuk pemuda-pemudi tiang negara dapat ditingkatkan. Perkara ini dikatakan dapat mencegah jenayah kerana antara faktor seseorang melibatkan diri dalam kancah jenayah ialah kerana gagal mendapatkan pekerjaan bagi menampung hidup. Oleh itu, mereka mengambil jalan mudah dengan melibatkan diri dalam jenayah seperti kongsi gelap, pengedaran dadah, perompak, dan sebagainya. Sekiranya mereka memiliki satu pekerjaan yang tetap, sekurang-kurangnya mereka sudah memiliki penggantungan untuk menampung hidup selain melalui cara yang diharamkan agama mahupun negara. Secara tuntasnya, antara usaha yang boleh dilakukan kerajaan bagi mencegah jenayah di Malaysia adalah dengan memperkasakan bidang ekonomi bagi meningkatkan peluang pekerjaan untuk rakyat Malaysia. Di samping itu, kempen-kempen pencegahan jenayah juga boleh diadakan di setiap sekolah. Pelbagai kempen yang kebiasaannya diadakan mampu meningkatkan kesedaran dalam kalangan para remaja terutamanya peringkat sekolah rendah. Hal ini demikian kerana pelajar pada tahap ini kurang terdedah kepada kegiatan-kegiatan jenayah. Dengan ini, mereka akan berasa takut untuk melakukan jenayah setelah terlibat dalam kempen-kenpem kesedaran yang diadakan di sekolah. Antara kempen pencegahan jenayah yang sering diadakan di sekolah adalah seperti tayangan video, pameran berunsurkan aktiviti jenayah dan mewajibkan jemputan kepada pegawai polis untuk hadir memberi ucapan mengenai kegiatan jenayah, kesan dan hukuman kepada pesalah. Oleh itu, kempen kesedaran sepatutnya diadakan untuk meningkatkan tahap kesedaran para remaja yang sejak kebelakangan ini amat membimbangkan.
    Natijahnya, terdapat pelbagai usaha yag boleh dilakukan bagi membendung jenaah sosial di negara ini. Semua pihak haruslah berganding bahu membanteras kegiatan jenayah agar aktiviti negatif ini tidak berlarutan dan bertambah serius lagi serta jenayah-jenayah sosial dapat dikurangkan daripada terus merebak di Malaysia.

    SX095914AWD04 (Mohamad Azlan Bin Mohamad Ali) said:
    01/08/2012 at 12:24 pm

    Soalan 1

    Fahaman pascamodenisme menganjurkan bahawa manusia mempunyai kebebasan yang mutlak untuk menjalani kehidupan duniawi tanpa sebarang ikatan kepada sebarang bentuk ajaran agama atau sistem nilai. Pascamodenisme secara jelas menolak kewujudan Tuhan. Ia mengagungkan akal rasional (reason) dan kebolehan manusia (the human subject).
    Aliran ini mempunyai beberapa andaian asas. Antara lain ialah:

    • Tuhan atau Realiti Hakiki dipercayai tidak wujud, atau sekurang-kurangnya kewujudannya diragui.
    • Alam semesta dipercayai wujud secara mekanistik, teratur dan dengan hukumnya yang tersendiri pula.
    • Akal rasional dan pancaindera manusia diyakini dapat memahami fenomena alam secara bebas.

    Aliran pascamodenisme menjadi cabaran kerana kini ia telah menyelinap dan mempengaruhi dunia Islam dengan seruan-seruan untuk meminggirkan agama. Apatah lagi, ia telah meresap masuk ke dalam pemikiran masyarakat Islam dan penularannya berlaku secara halus, sama ada secara disedari atau tanpa disedari. Jika tidak dibanteras secara berkesan ia bakal menjejaskan akidah umat Islam itu sendiri.

    Era pascamodenisme juga telah menyaksikan peranan institusi kekeluargaan dalam membentuk masyarakat yang mempunyai nilai-nilai moral dan etika yang tinggi semakin terhakis. Institusi keluarga yang tidak mementingkan pendidikan agama dan moral telah menyebabkan anak-anak terjebak dengan gejala sosial demi untuk mengecap kebebasan mutlak, kemewahan dan sebagainya serta hanyut dengan kehendak sendiri tanpa batasan agama dan sempadan akhlak.

    Soalan 2

    Punca-Punca :

    • Cara hidup tidak berlandaskan Islam
    Cara hidup individu atau masyarakat yang semakin jauh dari Islam menyebabkan masyarakat hilang panduan dalam melaksanakan kehidupan seharian. Perkara-perkara yang ditegah oleh Islam tidak diendahkan oleh masyarakat kerana mereka beranggapan cara hidup moden tidak ada batasan dalam melakukan sesuatu perkara.

    • Institusi Kekeluargaan yang lemah
    Institusi kekeluarga adalah merupakan tonggak utama dalam pembentukan individu. Cara didikan anak-anak amat penting bagi memastikan anak-anak tersebut dapat membezakan diantara baik dan buruk sesuatu perbuatan. Oleh yang demikian, didikan Islam perlu disemai didalam diri anak-anak sejak kecil disamping didikan keduniaan bagi kecemerlangan di dunia dan akhirat.

    • Kebanjiran warga asing
    Kehadiran warga asing turut menyumbang ke atas peningkatan kadar jenayah di Malaysia. Kehadiran mereka ini yang kerap berkumpul secara beramai-ramai apabila hari cuti umum menyebabkan kita tidak selesa berada di negara sendiri. Walaupun tujuan mereka kesini hendak mencari rezeki tetapi ada segelintirnya mengambil kesempatan dengan melakukan jenayah yang salah disisi undang-undang.

    • Kemasukan anasir-anasir negatif dari luar
    Hiburan yang melampau yang tidak terkawal, sedikit sebanyak merosakkan minda masyarakat. Filem-filem barat yang mengambarkan pergaulan dan seks bebas perlu disekat disamping lagu-lagu yang mengandungi lirik-lirik yang tidak berfaedah.

    Cara mengatasi :

    • Kembali ke cara hidup Islam
    Dengan mengamalkan cara hidup islam, individu dan masyarakat dapat menentukan sesuatu perkara berlandaskan al-Quran dan al-Sunnah. Cara hidup islam akan membentuk akhlak mulia, keperibadiaan yang mantap dalam mengharungi naratif-naratif kecil ini.

    • Memantapkan institusi kekeluargaan
    Ibu bapa perlu memahami peranan masing-masing dalam mendidik dan membesarkan anak-anak mereka. Cara didikan perlulah bersesuaian mengikut peringkat umur anak-anak. Ilmu agama wajib diterapkan di sanubari anak-anak sejak kecil disamping ilmu keduniaan bagi melahirkan insan cemerlang dunia dan akhirat.

    • Menghadkan kemasukan pekerja asing
    Kerajaan perlu mengawal kemasukan pekerja asing supaya tidak melebihi jumlah yang diperlukan. Hukuman yang setimpal perlu diberikan kepada pesalah warga asing yang didapati bersalah melakukan jenayah bagi memberi peringatan kepada yang lain.

    • Pengawalan terhadap anasir-anasir negatif dari luar
    Anasir-anasir seperti gay dan lesbian perlu dibendung kerana ianya bukan budaya masyarakat kita. Golongan-golongan ini perlu diberi nasihat dan bimbingan. Kerajaan perlu mengawal kebanjiran anasir-anasir negatif melalui pengawalan, ceramah, kaunseling dan penguatkuasaan bagi memastikan anasir-anasir ini tidak merosakkan masyarakat

    AZIZI MOHAMED (SX095127AWD04) said:
    01/08/2012 at 5:44 pm

    SX095127AWD04

    Soalan 1

    Pascamoden menurut Zakaria Stapa adalah satu fahaman yang bersifat anti agama dan anti tuhan kerana ia merupakan lanjutan dan edisi baru kepada fahaman sekularisme barat moden. Fahaman sekularisme adalah satu konsep bahawa sistem pemerintahan kerajaan perlu wujud secara terasing dari agama. Konsep ini memberikan hak untuk menjadi bebas dari peraturan dan ajaran agama dan bebas dari pengenaan aturan agama. Konsep pengasingan antara urusan dunia dan urusan akhirat inilah yang disifatkan anti agama dan anti tuhan.

    Soalan 2

    Disebalik ancaman naratif kecil seperti golongan gay, lesbian, biseksual, ajaran sesat serba sedikit telah berjaya mempengaruhi fitrah asal kejadian manusia, peningkatan kadar jenayah 2012 seperti kes bunuh, rompak, ragut, rogol dan cabul telah meletakkan keselamatan rakyat Malaysia ini berada didalam keadaan tidak selamat dan terancam.

    Antara punca-punca utama yang menyebabkan masalah ini ialah sistem pemerintahan sekular yang diamalkan di negara ini. Sistem ini telah menidakkan peranan dan aturan agama dalam mengubal undang-undang dan peraturan dalam negara ini. Undang-undang sekarang ini tidak mampu mengawal dan mengurangkan masalah jenayah kerana ia berdasarkan idea akal manusia. Sebaliknya undang-undang Islam datangnya daripada Allah s.w.t, tuhan yang mencipta manusia dan sekelian alam dan tuhan yang Maha mengetahui kelemahan dan keperluan alam ciptaannya. Undang-undang Islam lebih berbentuk mendidik dan membawa kesedaran kepada pelaku salah dan orang-orang yang belum melakukan kesalahan.

    Punca utama lain yang menyebabkan masalah ini ialah sistem pelajaran di negara ini. Sistem pelajaran di Malaysia sekarang ini lebih menumpukan kejayaan akedemik semata-mata dan isu pendidikan dan penerapan ajaran agama kurang diberi tumpuan. Sistem sekarang ini telah mempengaruhi ramai ibubapa untuk lebih memberi tumpuan kepada kejayaan didalam peperiksaan semata-mata dan terleka dalam pendidikan agama dan moral anak-anak mereka.

    Kaedah yang terbaik untuk mengatasi masalah-masalah ini ialah kerajaan yang memerintah mestilah kembali kepada ajaran dan aturan-aturan Islam yang syumul, iaitu amalan-amalan didalam ajaran Islam hendaklah diambil secara keseluruhannya dan bukannya sesebahagian sahaja yang mana memenuhi selera dan kehendak para pemimpin sahaja. Amalan hidup secara bersederhana yang diajar oleh Islam hendaklah dipraktikkan dalam sistem pentadbiran negara semoga ianya akan menjadi ikutan kepada sektor bukan kerajaan dan rakyat secara keseluruhannya.

    Sistem pendidikan juga hendaklah diubah dimana sistem pendidikan Islam hendaklah diangkat ke satu tahap yang lebih tinggi kerana seseorang pelajar yang cerdik pandai dalam akedemik dan tanpa di imbangi dengan didikan agama belum tentu ia akan menjadi seseorang yang berguna kepada negara malah mereka ini lebih terdedah kepada gejala keruntuhan moral rasuah, sek bebas dan menyalah guna kuasa.

    rosmaini binti mior sharuddin said:
    01/08/2012 at 9:27 pm

    ROSMAINI BINTI MIOR SHARUDDIN

    SX101104HRJ04 ( 811012-14-5602 )

    SOALAN 1 : Takkala membicarakan persoalan Pemikiran Pascamodenisme, ahli sarjana Zakaria Stapa telah berpandangan bahawa pascamodenisme ini adalah fahaman yang anti agama dan anti tuhan.

    Soalannya : Cuba huraikan maksud disebalik pentakrifan ini menurut pandangan anda.

    JAWAPAN

    – Menurut pandangan saya, yang bermaksud fahaman yang bersifat anti agama dan anti tuhan ialah yang merupakan lanjutan dan edisi baru kepada fahaman sekularisme barat moden.

    – Ia menunjukkan bahawa manusia mempunyai kebebasan yang mutlak untuk menjalani kehidupan tanpa terikat kepada sebarang bentuk ajaran agama Islam atau Tuhan dan ia meresap masuk ke dalam fikiran umat Islam dan akan menjejaskan akidah umat Islam.

    – Ia juga membawa kepada pemahaman kebergantungan semata-mata kepada akal manusia bagi memandu kehidupan di dunia, tanpa memerlukan pegangan agama atau tuhan

    – Masyarakat lebih mengutamakan keduniaan dan kebendaan tanpa memikirkan halal dan haram bahkan sanggup mengenepikan agama dan teransang melakukan kejahatan.

    – Era pascamodenisme menjadi lebih hebat sehingga manusia menolak agama dan berpaling daripada konsep ketuhanan secara keseluruhannya.

    – Umat Islam leka dan lalai sehingga meninggalkan ajaran Islam dan terbawa-bawa dengan era kemodenan pascamodenisme ini

    – Pemikiran pascamodenisme ini juga membawa kepada akal manusia semata-mata tanpa berpandukan ajaran agama Islam dalam urusan kehidupan di dunia dan melakukan apa yang dilarang dan meninggalkan apa yang diperintahkan di dalam al-Quran dan al-Sunnah.

    – Masyarakat Islam semakin jauh meninggalkan ajaran agama Islam dan tidak lagi mengamalkannya kerana pengaruh pascamodenisme barat lebih baik diamalkan dan mudah diikuti.

    – Selain itu, ia bermaksud moden iaitu pembaharuan dimana yang lama ditinggalkan, orang melangkah kepada yang baru atau peristiwa yang mengandungi gerak dan membawa hakikat perubahan.

    – Fahaman materialisme dan hedonisme telah membuatkan mereka sibuk mengejar kebendaan dan bersenang-senang tanpa mempedulikan nilai-nilai moral.

    – Budaya barat yang menampilkan hedonisme dan metarialisme dibalik kemajuan teknologi maklumat, menjadikan masyarakat kaku secara tidak sedar berpaling dari kebudayaannya. Hak ini diperkuatkan lagi oleh situasi iaitu masih rendahnya mutu kesalihan sosial masyarakat.

    – Hedonisme iaitu keseronokkan yang tidak terhad, kebebasan mengikut nafsu khususnya seks. Cara hidup rakyat Malaysia akan disamakan dengan cara hidup mereka dan nilai-nilai Islam tidak lagi wujud.

    – Timbulnya pemberontakan kritis terhadap modenisme dan memudarkan kepercayaan umat Islam terhadap agama Islam. Media massa berkuasa menjelma menjadi agama dan tuhan baru yang menentukan kebenaran dan kesalahan.

    SOALAN 2 : Kemunculan naratif kecil seperti golongan gay, lesbian, biseksual, ajaran sesat serba sedikit berjaya mempengaruhi fitrah asal kejadian manusia. Namun di sebalik ancaman naratif kecil, peningkatan kadar jenayah 2012 seperti kes bunuh, rompak, ragut, rogol dan cabul serba sedikit meletakkan keselamatan rakyat di Malaysia ini berada di dalam keadaan tidak selamat dan terancam, ini tidak termasuk lagi dengan kes sosial seperti peningkatan kes bunuh diri, sakit mental, keruntuhan rumahtangga, pergaulan bebas, pembuangan anak dan penagihan dadah.

    SOALANNYA : Apakah punca-punca yang menyebabkan masalah ini berlaku? Dan apakah cara yang terbaik untuk mengatasinya?

    JAWAPAN

    PUNCA-PUNCA YANG MENYEBABKAN MASALAH INI BERLAKU IALAH :-

    a. Kelonggaran pegangan agama

    – Tiada bimbingan dan pendidikan agama yang teguh dan tidak mengamalkan ajaran Islam merupakan puncanya terjebak dengan masalah ini. Pengaruh dan budaya luar amat mempengaruhi kehidupan.

    b. Keruntuhan Institusi Kekeluargaan

    – Institusi keluarga dilihat gagal memainkan peranan yang sewajarnya dalam membentuk generasi muda bersahsiah tinggi. Ibu bapa seakan-akan kabur dengan peranan yang patut diberikan dan anak-anak dibiarkan tanpa pengawasan kerana ibu bapa sibuk dengan urusan mereka dan tidak mempunyai masa untuk bermesra dengan anak-anak. Masalah kepincangan keluarga berpunca daripada penceraian, keganasan rumahtangga, kekangan kewangan, kekurangan kasih sayang, penagihan dadah, pembungan anak, pergaulan bebas, sumbang mahram antara anak dan bapa.

    c. Pengaruh Rakan Sebaya

    – Remaja pada masa ini lebih mudah terikut-ikut dengan pengaruh rakan-rakan dan lebih mempercayai rakan-rakan. Jika mereka bergaul dengan rakan-rakan yang moralnya buruk, mereka terdedah dengan gejala tersebut. Contohnya seperti menonton video lucah, lari dari rumah, kes bunuh, ragut, merompak, lesbian, gay, rogol dan pelbagai macam lagi neratif kecil dan besar.

    d. Pengaruh Media Massa

    Media massa sekarang dibanjiri dengan program-program televisyen seperti program realiti, filem dan cerita-cerita yang berunsurkan seram dan tahyul. Kekuatan media massa menjadi agama dan tuhan baru yang menentukan kebenaran dan kesalahan perilaku manusia.

    e. Pengaruh Wang

    – Keinginan remaja terhadap benda-benda mewah mempengaruhi kehidupan mereka untuk hidup mewah. Tidak semua remaja dilahirkan dalam keadaan yang senang. Remaja ini terbawa-bawa dengan kehidupan rakan-rakan yang hidup mewah. Bagi mendapatkan kemewahan mereka melakukan perkara yang tidak bermoral seperti mencuri, merempit, melacurkan diri dan mengedar dadah.

    CARA YANG TERBAIK UNTUK MENANGANI MASALAH INI

    1. Penerapan dan Pengamalan Ajaran Islam

    – Fungsi agama memang tidak boleh disangkal sebagai satu mekanisme terpenting dalam membentuk akhlak dan sahsiah diri seseorang. Tidak satu pun agama di dunia ini yang menyeru pengikutnya supaya melakukan kejahatan. Agama haruslah diamalkan dan jangan ditinggalkan.

    2. Pengukuhan Institusi Keluarga

    – Institusi keluarga seharusnya memainkan peranan yang sewajarnya dalam membentuk generasi muda bersahsiah tinggi.

    3. Sistem pendidikan yang berkesan

    – Pendidikan harus diberikan agar asas keilmuan yang kukuh dapat diberikan kepada generasi muda terutama ilmu agama.

    4. Pemimpin yang berkualiti

    – Pemimpin seharusnya mempunyai sikap seperti keimanan, kesetiaan, kejujuran, keadilan, keberanian, keterbukaan dan bijaksana.

    5. Membina Kepimpinan Generasi Muda

    – Membina dan mengasah bakat kepimpinan adalah penting bagi menjadi asas kepimpinan masa depan.

    HISYAMMUDDIN HARUN said:
    01/08/2012 at 9:36 pm

    HISYAMMUDDIN BIN HARUN (SX095909AWD04)

    Soalan 1:

    Pada pandangan saya pascamodenisme menyuruh atau menganjurkan manusia yang mempunyai kebebasan yang mutlak menjalani kehidupan di dunia dengan meninggalkan sebarang ikatan yang berkaitan dengan agama dan nilai-nilai murni.
    Pascamodenisme ini adalah lanjutan daripada fahaman sekularisme barat moden. Fahaman ini telah berjaya menular ke Negara-negara islam melalui kolonialisme. Jika era modenisme Berjaya membawa fahaman liberalisme, sekularisme, pluralisme, sosialisme dan feminisme maka di era pascamodenisme pula fahaman ini berjaya membawa, mengembang dan menyebarkan ideologi tersebut menjadi lebih berat sehingga manusia sanggup menolak agama atau konsep ketuhanan secara total.
    Sebagai contoh Fahaman feminis bertentangan fakta sebenar tentang kedudukan kaum wanita dalam agama Islam yang mengangkat darjat kaum hawa daripada lembah perhambaan. Kita dapati golongan wanita juga tidak terlepas daripada menerima corak pemikiran sebegini. Impak daripada kemunculan pasca-modenisme ini menyaksikan kemunculan gerakan gerakan feminis atau hak asasi persamaan gender. Gerakan ini didukung oleh wanita elit dan menengah atasan yang berpendidikan tinggi.

    Mereka memperjuangkan soal keadilan sosial, kesaksamaan, hak kemanusiaan, liberalisasi kaum wanita dan pelbagai pendekatan yang berpusat dan menyebelahi kaum wanita. Mereka terpengaruh dengan pemikiran pasca modenisme apabila beranggapan kawalan agama hanya mengekalkan wanita dalam dunia kolot.

    Solan 2

    Terdapat beberapa punca yang menyebabkan pelbagai masalah sosial berlaku di Malaysia pada masa ini diantaranya ialah:-

    a)Globalisasi yang terlalu pesat . Perubahan-perubahan pantas tahap nasional berlaku kerana perubahan pada arus global yang digelar globalisasi. Globalisasi tidak saja ditandai dengan dominasi ekonomi tetapi ia merentasi ke arah budaya dan pemikiran. Pembudayaan kota (cityculture) menuruti landasan Barat berlaku dengan lebih pantas dan agresif dengan adanya teknologi maklumat dan multi media sebagai kenderaan yang amat berkesan untuk melakukan agenda globalisasi. Sebagai manusia kita memang mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi terhadap perkara-perkara baru yang bukan dari budaya ketimuran, seperti contoh mewarnai rambut, pemakaian tatto, minum arak dan pergaulan bebas yang boleh menjurus kepada gejala sosial yang lebih serius.

    b)Teknologi maklumat yang begitu pantas. Faktor ini juga turut menyumbang kepada gejala-gejala negatif dalam masa yang sama amat penting untuk pembangunan negara. Melalui internet masyarakat akan berfikiran tidak rasional dengan mudah mengakses laman-laman web yang tidak bermoral yang menjurus kepada pemikiran yang negatif. Masyarakat tidak kira usia mudah untuk melayari laman web porno yang memberi kesan negatif pada masyarakat yang menyumbang kepada kes-kes rogol, buang anak, penzinaan dan lain-lain lagi.

    c)Masalah keluarga. Keadaan keluarga yang tidak harmoni seringkali berlaku pertengkaran antara ibu dan bapa sehingga membawa perceraian menyebabkan anak akan merasa tersisih dan rasa tertekan. Apabila berlaku perceraian sudah pasti taggungjawab terhadap anak akan terabai. Lantas di atas kekecewaan tersebut dan untuk meredakan tekanan mereka akan mencari jalan mudah dengan mencari kawan untuk berseronok dengan harapan dapat menghilang tekanan tersebut. Remaja dalam situasi begini amat mudah terpengaruh sekiranya rakan sebaya membawa mereka untuk melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh agama. Namun begitu terdapat juga ibu bapa yang terlalu memanjakan anak mereka, sehinggakan apa sahaja yang mereka lakukan dianggap betul belaka. Setiap permintaan si anak akan dipenuhi oleh ibu bapa.

    d). Kekangan Kewangan. Banyak jenayah dan masalah sosial yang dilakukan remaja hari ini disebabkan oleh soal kewangan kerana keinginan anak-anak muda hari ini semakin meningkat untuk menggunakan barangan mewah bagi menunjukkan status diri mereka di kalangan rakan-rakan sebaya. Tidak semua anak-anak remaja ini lahir dari keluarga berada dan mampu menikmati kemewahan hidup. Bagi remaja dari keluarga susah, mereka mudah terikut-ikut rakan-rakan yang mewah tetapi soalnya bagaimana mereka mendapatkan sumber kewangan tersebut. Sudah tentu dengan melakukan jenayah dan kegiatan tidak bermoral seperti mencuri, merempit, melacur, mengedar dadah dan menyimpan barangan curi untuk mendapatkan sumber kewangan bagi menampung kehendak hidup mereka yang mewah.

    Justeru itu bagi mengekang masalah ini supaya tidak semakin membarah sesuatu harus dilakukan. Terdapat beberapa cara yang boleh dilakukan untuk mengatasi masalah tersebut iaitu :-

    a)Mengukuhkan institusi keluarga.Ibu bapa perlu menjalinkan hubungan kekeluargaan yang harmoni, bahagia, bertolak ansur dan mengambil berat dengan setiap tindak-tanduk pergerakan anak. Memenuhi masa lapang bersama dengan anak agar mereka tidak berasa kekosongan , kesunyian atau merasa tidak dipedulikan. Mendidik anak dengan didikan agama yang secukupnya agar mereka tahu yang mana dosa dan yang mana pahala. Selalu membimbing dan menasihati anak apabila mereka menghadapi masalah, elakkan daripada menghukum mereka tanpa usul periksa.

    b)Meminda dan menggubal undang-undang. Tindakan lebih berat sebagai pengajaran kepada pihak yang cuba mengekploitasi remaja untuk kepentingan diri . Tindakan dikenakan terhadap remaja yang terlibat dalam gejala sosial sebagai pengajaran kepada rakan-rakan lain agar tidak mengikuti tingkalaku tersebut. Tindakan tegas juga perlu dikenakan terhadap media massa yang menyiarkan bahan atau filem berunsur ganas dan sex yang boleh mempengaruhi jiwa remaja. Garis panduan yang lebih telus dan jelas digubal untuk memastikan tiada filem atau bahan yang boleh merosakkan jiwa remaja.

    c) Peranan sekolah. Dalam hal ini, semua pihak harus memainkan peranan masing-masing. Guru-guru, misalnya boleh memainkan peranan penting untuk membentuk peribadi para pelajar di sekolah. Kaunseling kepada para pelajar yang bermasalah tentunya dapat membantu mereka mengatasi masalah yang dihadapi dengan lebih tenang dan rasional. Aktiviti-aktiviti kokurikulum juga boleh dijalankan dengan berkesan supaya para pelajar tidak mempunyai alasan untuk melepak. Di samping itu, pendidikan agama haruslah diterap sejak awal pagi, iaitu sejak kecil. Tindakan ini dianggap perlu kerana semua agama mengajar penganutnya supaya berkelakuan baik.

    matun said:
    01/08/2012 at 11:33 pm

    HALIMATUN SA’ADIAH BINTI MASDAR – SX100089HRJ04

    SOALAN 1

    Masyarakat dunia kini telah dibentuk semula oleh suatu kefahaman yang baru terhadap dunia mereka. Masyarakat tidak lagi memiliki identity mereka sendiri. Kepercayaan kepada naratif besar seperti agama telah mula di rombak atau di nilai semula dan telah digantikan dengan kepercayaan yang bercirikan kepada pluralisme. Ia seolah-olah memperlihatkan bahawa semua kepercayaan agama itu adalah sama sahaja tanpa mengira agama apa sekalipun. Segala bentuk kefahaman seperti ini akhirnya akan membawa kepada kesan yang lebih buruk, masyarakat akan mengalami keruntuhan dari segi moral dan nilai-nilai kebaikan mereka. Kebenaran tidak lagi dilihat sebagai sesuatu yang mutlak bagi sesuatu masyarakat, malahan segalanya adalah ditentukan oleh diri individu sendiri. Proses kepelbagaian dan keanekaragaman identiti masyarakat akan terus diperjuangkan. Ia termasuklah kepada pengiktirafan identiti masyarakat kelas terpinggir. Iaitu kelas masyarakat seperti gay,lesbian, black metal dan lain-lain lagi. Penolakan terhadap naratif besar, ketiadaan makna dan lain-lainnya adalah memperlihatkan kepada asas penolakan golongan pemikir pascamoden ini menolak kepada elemen-eleman yang dianggap sebagai membelenggu kebebasan manusia.

    SOALAN 2

    Punca-punca yang menyebabkan masalah jenayah dan kegiatan sosial yang tidak sihat

    1. Sistem dan Persekitaran Sosial yang Tidak Sihat
    Sistem sosial yang menjadi punca berlakunya kepincangan masyarakat dewasa ini, bukan sahaja disebabkan oleh kelemahan institusi keluarga, malah unsur-unsur asing atau budaya kuning merupakan pemangkin kepada kebejatan moral, dan seterusnya memberi memberi impak yang negatif sehingga menyumbang kepada peningkatan kadar jenayah yang berlaku dalam masyarakat yang terbabit.

    2. Kelemahan Institusi Kekeluargaan
    Punca utama keruntuhan akhlak adalah kemerosotan dari segi asuhan, didikan, bimbingan serta kawalan oleh ibu bapa atau penjaga. Selain itu, tekanan hidup, sikap mengejar kemewahan serta penglibatan dalam aktiviti sosial lain menyebabkan ibu bapa dan anak kurang mempunyai masa atau kesempatan untuk bercakap, berbincang, berdamping antara satu sama lain. Antara punca-punca lain keruntuhan akhlak yang berkaitan dengan hubungan kekeluargaan adalah alam rumah tangga yang tidak teratur, perpisahan ibu bapa, pertengkaran yang kerap berlaku dalam keluarga, keadaan sosio-ekonomi yang sempit, suasana rumah tangga yang tidak harmonis dan tenteram serta tidak keupayaan pihak penjaga mengawasi pendidikan anak-anaknya boleh juga membawa kepada kancah keruntuhan moral.

    3. Pengaruh Rakan sebaya
    Pengaruh rakan sebaya juga merupakan punca berleluasanya kegiatan jenayah dalam kalangan belia dan remaja kerana mereka sungguh rapat dengan rakan-rakan sebaya mereka. Pengaruh daripada rakan sebaya adalah lebih kuat impaknya daripada pengaruh keluarga. Seseorang remaja yang tidak kuat pegangan akidah Islam dan memiliki ilmu pengetahuan Islam yang cetek akan berasa amat sukar dan tertekan untuk mematuhi perintah dan larangan Allah SWT.

    4. Kurang Penghayatan Agama dan Nilai Murni
    Masyarakat semakin hilang kekuatan dan terdedah kepada pelbagai ancaman jenayah kerana ketandusan nilai murni dan nilai moral. Kepincangan sistem sosial yang tidak berlandaskan Islam didalam kehidupan masyarakat dapat dirasai samada kita hidup di negara-negara yang dipimpin oleh penguasa Islam mahupun bukan Islam.

    Langkah-Langkah Mengatasi dan Membendung Masalah Jenayah

    1. Penguatkuasaan Undang-Undang
    Undang-undang adalah cetusan kuasa kenegaraan untuk memelihara keamanan, kesejahteraan dan pada amnya kebaikan sejagat manusia. Organisasi yang meggubal undang-undang mestilah menekankan aspek keselamatan secara lebih serius. Hal ini kerana natijah daripada pelaksanaan undang-undang itu nanti ialah untuk menyedarkan masyarakat dan setiap golongan individu agar saling menghormati nilai kemanusiaan yang ada pada individu lain. Justeru mereka akan lebih menghargai dan berfikir panjang sebelum melakukan sebarang bentuk jenayah.

    2. Mewujudkan Konsep Bandar dan Pekan Selamat
    Antara usaha yang dilakukan ialah, membangunkan prasarana-prasarana keselamatan seperti mengasingkan jalan untuk pejalan kaki dengan jalan raya, hal ini boleh mengelakkan jenayah ragut. Seterusnya ialah mewujudkan pondok-pondok polis di kawasan tumpuan umum. Usaha ini boleh membantu dalam mengawal dan memantau aktiviti-aktiviti yang mencurigakan dikawasan terbabit. Kaedah menggunakan pihak pengawal keselamatan juga dilihat sebagai suatu inisiatif berkesan dalam membantu mengawal aktiviti jenayah di sesebuah kawasan.

    3. Memperkasakan Ekonomi Negara
    Antara faktor yang menjadikan seseorang itu berstatuskan penjenayah adalah akibat sistem kewangan diri yang tidak stabil. Dengan saranan agar ekonomi negara diperkasakan, maka akan timbul banyak peluang pekerjaan bagi menampung lambakkan golongan yang bergelut untuk hidup ini. Desakkan hidup pada masa kini terutama mereka yang tinggal di ibu kota amat meruntun mereka untuk berjuang bagi mencari sesuap nasi. Sistem ekonomi yang mampan dapat memastikan keberlangsungannya kemajuan sesebuah negara.

    4. Kempen-kempen Pencegahan Jenayah
    Pepatah ’melentur buluh biarlah daripada rebungnya’ amat sesuailah dipraktiskan disini. Antara kempen pencegahan jenayah yang sering diadakan di sekolah adalah seperti tayangan video, pameran berunsurkan aktiviti jenayah dan mewajibkan jemputan kepada pegawai polis untuk hadir memberi ucapan mengenai kegiatan jenayah, kesan dan hukuman kepada pesalah. Antara impak tambahan ialah dapat menyedarkan penjenayah yang berada dalam kawasan berhampiran dengan kempen yang dijalankan. Sekurang-kurangnya mereka akan sedar bahawasanya tiada gunanya mereka melaksanakan aktiviti yang tidak bermoral terbabit dan insaf serta kembali kepangkal jalan.

    5. Pengenalan Semula Mata Pelajaran Sivik dan Kewarganegaraan
    Kata-kata ’mencegah lebih baik daripada menghormati’ perlulah dihayati oleh setiap pihak. Saranan agar memberi penekanan kepada subjek Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan (PSK) merupakan suatu saranan agar kerajaan dan pihak sekolah melihat subjek ini sebagai suatu mekanisme atau pendekatan yang efektif untuk menjadikan para pelajar celik jenayah.

    nur akmal said:
    02/08/2012 at 12:37 am

    NUR AKMAL BINTI CHE KASIM (SX105484HRD04)

    Soalan 1 : Tatkala membicarakan persoalan Pemikiran Pascamodenisme, ahli sarjana Zakaria Stapa telah berpandangan bahawa pascamodenisme ini adalah fahaman yang anti agama dan anti tuhan.
    Soalannya : Cuba huraikan maksud disebalik pentakrifan ini menurut pandangan anda.

    Jawapan kepada Soalan 1:

    Pada pandangan saya, Pascamodenisme membawa pelbagai maksud merujuk kepada ahli sarjana yang berbeza. Kalau menurut ahli sarjana Zakaria Stapa, pascamodenisme adalah fahaman yang anti agama dan anti tuhan.

    Fahaman atau pemikiran pasca-modenisme ini mementingkan manusia mempunyai kebebasan diri untuk menjalani kehidupan tanpa sebarang ikatan kepada sebarang bentuk tradisi termasuk Tuhan dan agama. Pada era pasca-modenisme, fahaman dan ideologi Barat dilapor tersebar luar secara pantas sejajar dengan perkembangan teknologi maklumat dan proses globalisasi. Fahaman itu, telah meresap masuk ke dalam pemikiran masyarakat Islam dan penularannya berlaku secara halus sama ada secara disedari atau tidak. Ia diolah secara rasional sehinggakan jika ia tidak dibanteras dengan berkesan boleh menjejaskan akidah umat Islam diseluruh negara. Malahan penerimaan prinsip Hak Asasi Manusia sebagai sebahagian cara hidup di peringkat global tanpa mengira latar belakang ras, etnik, agama, warna kulit dan jantina memburukkan lagi keadaan ini.

    Soalan 2 : Kemunculan naratif kecil seperti golongan gay, lesbian, biseksual, ajaran sesat serba sedikit berjaya mempengaruhi fitrah asal kejadian manusia. Namun di sebalik ancaman naratif kecil, peningkatan kadar jenayah 2012 seperti kes bunuh, rompak, ragut, rogol dan cabul serba sedikit meletakkan keselamatan rakyat di Malaysia ini berada di dalam keadaan tidak selamat dan terancam, ini tidak termasuk lagi dengan kes sosial seperti peningkatan kes buduh diri, sakit mental, keruntuhan institusi rumahtangga, pergaulan bebas, pembuangan anak dan penagihan dadah.

    Soalannya : Apakah punca-punca yang menyebabkan masalah ini berlaku ? Dan apakah cara yang terbaik untuk mengatasinya ?

    Jawapan kepada Soalan 2:

    Punca:

    a) Budaya hedonisme

    ialah budaya yang suka berfoya-foya dan berhibur secara keterlaluan. Malahan terdapat juga amalan mengambil kesempatan melalui kegiatan perniagaan berasaskan seks, penipuan dan pemerdagangan orang serta memanipulasi wanita yang terdesak dalam kehidupan materialistik bagi mendapatkan keuntungan. Selain itu, pusat hiburan dan maksiat yang menjadikan wanita sebagai alat tarikan pelanggan seperti GRO, pelayan, teman sosial malah sebagai pelacur, semakin bertambah. Wanita dipertonton dengan cara dan gaya yang cukup mengghairah dan memalukan tanpa mengira tempat atau saluran. Inilah realiti imej dan watak wanita dalam arus kemodenan yang menuntut kepada perkara yang boleh dikatakan sudah hilang ketamadunannya

    b) Institusi Kekeluargaan yang lemah

    Seringkali kita mendengar Institusi kekeluarga. Menurut pemahaman saya Institusi kekeluargaan adalah sangat penting kerana ia adalah merupakan tonggak utama dalam pembentukan individu. Cara didikan anak-anak amat penting bagi memastikan anak-anak tersebut dapat membezakan diantara baik dan buruk sesuatu perbuatan. Oleh yang demikian, didikan Islam perlu disemai dan seiring dengan tuntutan agama didalam diri anak-anak sejak kecil disamping didikan keduniaan bagi kecemerlangan di dunia dan akhirat.

    c) Kebanjiran warga asing

    Kehadiran warga asing turut menyumbang ke atas peningkatan kadar jenayah di Malaysia. Kehadiran mereka ini yang kerap berkumpul secara beramai-ramai apabila hari cuti umum menyebabkan kita tidak selesa berada di negara sendiri. Walaupun tujuan kebanyakkan mereka datang ke sini adalah hendak mencari rezeki tetapi ada segelintir daripadanya telah mengambil kesempatan dengan melakukan jenayah yang salah disisi undang-undang.

    d) Kemasukan anasir-anasir negatif dari luar.

    Hiburan yang melampau yang tidak terkawal, sedikit sebanyak merosakkan minda masyarakat. Filem-filem barat yang mengambarkan pergaulan dan seks bebas serta beberapa adegan yang “ringan” sering dipertontonkan. Ini perlu disekat disamping lagu-lagu yang dimainkan di corong-corong radio turut mengandungi lirik-lirik yang tidak berfaedah.

    Cara mengatasi :

    a) Kembali ke cara hidup Islam dalam kehidupan.
    Dengan mengamalkan cara hidup islam, individu dan masyarakat dapat menentukan sesuatu perkara mengikut dan berlandaskan al-Quran serta al-Sunnah. Sekiranya cara hidup islam diikut dan diamalkan nescaaya hidup kita akan membentuk akhlak mulia, keperibadian yang mantap dalam mengharungi pelbagai arus yang negatif.

    b) Memantapkan institusi kekeluargaan.

    Zaman serba canggih ini, Ibu bapa perlu memahami dan memainkan peranan masing-masing dalam mendidik dan membesarkan anak-anak mereka. Cara didikkan perlulah bersesuaian mengikut peringkat umur anak-anak. Ilmu agama wajib diterapkan di sanubari anak-anak sejak kecil disamping ilmu keduniaan bagi melahirkan insan cemerlang dunia dan akhirat.

    c) Menghadkan kemasukan pekerja asing.

    Dari aspek ini, Kerajaan perlu memainkan peranan mereka dalam mengawal kemasukan pekerja asing supaya tidak melebihi jumlah yang diperlukan dalam sesuatu bidang. Hukuman yang setimpal juga perlu diberikan kepada pesalah warga asing yang didapati bersalah melakukan jenayah bagi memberi peringatan kepada yang lain. Malahan kerajaan juga perlu menggubalkan undang-undang yang berkaitan dengan warga asing yang telah melanggar undang-undang Malaysia.

    d) Pengawalan terhadap unsur-unsur negatif dari luar.

    Unsur-unsur anasir negatif seperti gay dan lesbian malahan ada juga yang dikenali sebagai tomboy juga perlu dibendung kerana ianya bukan budaya masyarakat kita dimana masayarakat kita secara amnya umat islam adalah berlandaskan kepada al-quran dan al-sunnah. Golongan-golongan ini perlu diberi nasihat dan bimbingan serta hukuman yang setimpal dalam menangani masalah ini yang semakin menular dikalangan remaja kita pada hari ini. Selain itu juga, kerajaan perlu mengawal kebanjiran anasir-anasir negatif melalui pengawalan, ceramah, kaunseling dan penguatkuasaan bagi memastikan anasir-anasir ini tidak merosakkan masyarakat

    (SX095944CJD04) said:
    02/08/2012 at 10:12 am

    Jawapan Soalan 1:

    Pada pandangan saya :
    Pemikiran pascamodenisme ini merupakan satu ideology alaf baru yang mementingkan kebebasan mutlak diri untuk kehidupan tanpa sebarang ikatan kepada sebarang bentuk tradisi termasuk Tuhan dan agama. Era yang lebih agresif dengan ledakan maklumat dan kepesatan sains dan teknologi ini menjadikan masyarakat semakin jauh meninggalkan agama dan tuhan. Ideology ini hanya berlandaskan akal fikiran semata – mata untuk menjalani kehidupan duniawi mereka. Pada era ini, wanita jauh lebih berani dan berkeyakinan untuk membuat pilihan terhadap nilai hidup dan gaya kehidupan tersendiri.

    Jawapan Soalan 2:

    Punca-punca yang menyebabkan masalah ini berlaku ialah :

    1. Salah satu punya dikaitkan dengan keruntuhan akhlak remaja adalah penglibatan dalam jenayah. Remaja yang terlibat dalam jenayah bukan sahaja datang daripada keluarga yang miskin tetapi juga keluarga berada, malah segelintir daripada mereka berasal daripada keluarga yang mempunyai latar belakang yang baik.
    Justeru, bolehlah dikatakan bahawa punca-punca keruntuhan akhlak yang utama adalah kemerosotan dari segi asuhan, didikan, bimbingan serta kawalan oleh ibu bapa atau penjaga. Selain itu, tekanan hidup, sikap mengejar kemewahan serta penglibatan dalam aktiviti sosial lain menyebabkan ibu bapa dan anak kurang mempunyai masa atau kesempatan untuk bercakap, berbincang, berdamping antara satu sama lain. Malah ada yang jarang bersua muka. Keadaan ini menyebabkan remaja membawa cara hidup sendiri tanpa panduan dan pengawasan ibu bapa.
    Keluarga yang terlalu mewah cara hidupnya juga menyebabkan keruntuhan disiplin remaja. Sebagai contoh, ibu bapa yang terlalu memanjakan anak-anak kerap memberikan wang saku yang terlalu banyak. Perbuatan ini menyebabkan mereka mudah dipengaruhi oleh remaja lain yang bersuka-suka. Kesan pergaulan bebas dan terpengaruh dengan rakan-rakan sebaya yang rosak akhlak akan memburukkan lagi keadaan. Juga sikap ibu bapa yang tidak mengambil berat tentang kelakukan dan pergaulan anak remaja mendorong pada kerosakkan ahklak. Remaja yang terlalu awal terdedah kepada alam masyarakat yang mempunyai sikap yang kompleks tanpa bimbingan mencukupi daripada ibu bapa juga merupakan salah satu faktor keruntuhan akhlak.
    Antara punca-punca lain keruntuhan akhlak yang berkaitan dengan hubungan kekeluargaan adalah alam rumah tangga yang tidak teratur, perpisahan ibu bapa, pertengkaran yang kerap berlaku dalam keluarga, keadaan sosio-ekonomi yang sempit, suasana rumah tangga yang tidak harmonis dan tenteram serta tidak keupayaan pihak penjaga mengawasi pendidikan anak-anaknya boleh juga membawa kepada kancah keruntuhan moral.

    2. Pengaruh persekitaran, luaran dan media massa juga sentiasa membentuk perilaku para remaja yang masih mentah dalam menghadapi cabaran hidup. Pelbagai dorongan yang kurang sihat dipaparkan melalui persekitaran ini yang seterusnya menyebabkan mereka terikut-ikut dengan pengaruh ini. Lantaran itu untuk memenuhi keinginan ini, mereka merayau-rayau di pusat-pusat membeli-belah, pusat permainan video dan secara tidak langsung terlibat dalam pergaulan bebas.

    3. Pengaruh di sekolah juga penting dalam pembentukkan akhlak remaja. Tekanan yang dihadapi pelajar semasa di sekolah kerana tumpuan terpaksa diberikan dalam akademik serta guru yang kurang profesional dalam menangani masalah pelajar yang bermasalah akhirnya menyebabkan pelajar mengambil jalan mudah untuk keluar daripada masalah itu dengan terlibat dengan kegiatan-kegiatan yang kurang sihat. Situasi ini didorong oleh kurang perhatian daripada ibu bapa di rumah.

    Cara yang terbaik untuk mengatasinya :

    1. Peranan ibu bapa adalah amat penting dalam memberikan perhatian yang serius terhadap anak-anak mereka. Ibu bapa mestilah memperhatikan setiap gerak-geri atau pergerakan anak-anak mereka. Ibu bapa hendaklah sentiasa mengetahui dan mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh anak mereka serta sanggup meluangkan masa untuk mengatasai masalah tersebut. Ibu bapa juga seharusnya mengetahui rakan-rakan anak mereka dan sentiasa memastikan anak-anak mereka berkawan dan bergaul dengan mereka yang mempunyai kedudukkan moral yang baik. Selain itu ibu bapa hendaklah menghabiskan sebahagian daripada masa seharian bersama anak-anak mereka dengan memberikan keyakinan, keberanian, mewujudkan sikap positif terhadap masalah, emosi dan keputusan. Selain itu tingkatkan penghayatan anak-anak terhadap agama, nilai-nilai murni, motivasi, melatih anak cara bersopan, prinsip-prinsip akauntabiliti, tepati janji, berketerampilan, menunjukkan keperibadian yang mulia, amanah, sanggup menerima kelemahan diri serta meneroka potensi anak. Ibu bapa hendaklah menjadi role model kepada anak.

    2. Pendekatan akademik. Ini boleh dilakukan dengan menambahkan aktiviti-aktiviti berteraskan akademik dan separa akademik seperti kegiatan ko-kurikulum di sekolah. Begitu juga dengan perubahan-perubahan teknik-teknik pengajaran seperti penggunaan komputer, video, bantuan alat pandang dengar dan teknik pengajaran luar kelas.

    3. Mewujudkan sistem perundangan di sekolah. Peruntukan undang-undang di peringkat sekolah boleh menimbulkan rasa takut di kalangan pelajar sekolah, di samping mengurangkan beban dan tanggungjawab pihak sekolah dan pihak ibu bapa dalam pengawasan disiplin.

    4. Penguatkuasaan Undang-Undang oleh pihak berkuasa seperti polis. Bidang kuasa polis yang sedia ada perlu digunakan oleh pihak pentadbir sekolah dalam mendisiplinkan pelajar-pelajar. Pihak pentadbir hendaklah mengambil kesempatan dengan merujuk masalah pelajar ini kepada pihak polis.

    5. Langkah-langkah pencegahan yang bersesuaian hendaklah diadakan seperti kaunseling di peringkat sekolah. Kaunseling di peringkat sekolah adalah penting dalam membantu remaja mengatasi masalah mereka. Program ini akan lebih bermakna sekiranya kaunselor-kaunselor yang berkelayakan dan berpengalaman dilantik dalam memantapkan pelaksanaan dan keberkesanan kaunseling tersebut.

    6. Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) perlulah memainkan peranan yang penting. Pertemuan yang lebih kerap antara ibu bapa, penjaga dan guru perlu diadakan khasnya bagi pelajar-pelajar yang bermasalah. Ibu bapa seharusnya menerima teguran daripada guru dengan sikap terbuka dan positif.

    MAZLAN ABU ZAKA-SX095346EED04 said:
    02/08/2012 at 10:45 am

    Soalan 1
    -Pasca bermaksud selepas,sesudah atau setelah. Moden pula bermaksud dari masa sekarang, berkaitan dengan masa kini, yang terbaru, cara(kaedah) baru yang mutakhir. Pada pendapat saya, fahaman pasca modenisme menyatakan bahawa manusia mempunyai kebebasan yang mutlak untuk menjalani kehidupan duniawi tanpa sebarang ikatan kepada sebarang bentuk ajaran agama atau sistem nilai. Fahaman ini adalah kesinambungan kepada Fahaman sekularisme barat yang mana memudarkan kepercayaan kepada agama. Fahaman ini menyebabkan media massa berkuasa dan menjelma menjadi agama dan tuhan baru yang menentukan kebenaran dan kesalahan. Konsep mementingkan kehidupan duniawi tanpa ada urusan akhirat,telah diterjemahkan sebagai anti agama dan anti tuhan.

    Soalan 2
    Punca-punca yang menyebabkan masalah ini berlaku:
    1.Media Massa
    Pengaruh modenisasi dan globalisasi in lebih terasa dan ketara dengan bantuan berbagai alat media-massa yang serba canggih. Media massa merupakan sumber maklumat yang cukup berkesan dalam penyebaran berbagai informasi. Melalui teknologi yang semakin canggih ini, masyarakat di Malaysia mudah terdedah kepada banyak maklumat, namun tidak semua maklumat- maklumat itu sesuai untuk kesemua peringkat umur.Ini menjadi masalah kerana lazimnya golongan belia mudah meniru dan mengikut hal yang dilihat di sekeliling mereka. Paparan adegan-adegan negatif dari filem barat menimbulkan perasaan ingin tahu dan ingin cuba sendiri mengikut apa yang ditonton.

    2.Internet
    Teknologi Informasi dan Komunikasi (ICT) juga turut menyumbang kepada pemaparan gejala-gejala negatif selain peranannya yang begitu penting bagi kemajuan sesebuah bangsa dan negara. Melalui internet umpamanya, masyarakat yang berfikiran kurang sihat dengan mudahnya boleh akses kepada maklumat-maklumat yang boleh menjurus ke arah pemikiran negatif.

    3.Institusi Kekeluargaan Yang Goyah
    Institusi kekeluargaan yang bermasalah juga boleh menimbulkan gejala sosial. Ibu bapa seharusnya menerap dan mendidik anak-anak mereka dari kecil. Sekiranya, ibu bapa bersikap sambil lewa terhadap pendidi kan agama anak-anak mereka, ini akan menjadi satu faktor punca gejala sosial. Dan lagi, dengan bertambahnya komitmen ibu bapa terhadap kerjaya mereka, masa diluangkan untuk keluarga itu terhad. Ini akan membuat anak – anak kurang mendapat kasih sayang dan tidak mustahil mereka akan mencari alternatif lain untuk mengisi kegersangan kasih sayang. Selain daripada itu, rumahtangga yang bermasalah juga, seperti perceraian dan pergaduhan turut mempengaruhi remaja untuk terlibat dalam aktiviti-aktiviti yang tidak sihat.

    4.Cara Berpakaian
    Jika kita perhatikan pakaian sesetengah golongan muda di masa ini cukup memalukan. Cara berpakaian mereka bertentangan dengan cara pakaian budaya melayu sekali gus bertentangan dengan cara pemakaian yang digariskan Islam, agama rasmi negara kita. Mereka begitu ghairah untuk mengikut budaya asing yang dianggap moden dan maju. Mereka takut dan terlalu ego untuk dikatakan ketinggalan zaman, kuno, dan berfikiran sempit. Sayangnya, tidak semua dapat menerima pendapat bahawa mereka ada memainkan peranan dalam melonjaknya jumlah kes rogol dan seks bebas.

    5.Dunia Cinta Remaja
    Di zaman moden ini, pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram telah dilihat sebagai satu kemajuan dalam pembentukan masyarakat yang lebih maju tetapi bukan sebagai pelanggaran perintah Allah SWT. Memang lumrah, perasaan ingin berpasangan semakin memuncak ketika berada di alam remaja. Tetapi sekiranya perasaan ini tidak dikawal, sudah tentu ini akan menimbulkan gejala – gejala sosial seperti pergaulan bebas, anak luar nikah, zina dan sebagainya. Bercinta tidak pernah dianggap salah malahan orang yang tidak percaya akan cinta kepada insan lain dan pencipta-Nya merupakan golongan manusia yang rugi. Islam sendiri menggalakkan umatnya saling kenal mengenali antara satu sama lain tanpa mengira jantina, bangsa dan agama. Mungkin ada cara untuk menangani masalah percintaan. Remaja diingatkan supaya berkawan atau bercinta dengan cara yang telah digariskan oleh Islam yang diantaranya adalah mengelakkan pergaulan tanpa batas, berdua-duaan di tempat sunyi dan sebagainya.

    6.Terlalu Banyak Masa Lapang
    Sekiranya masa lapang golongan belia terbatas,mereka akan rasa kurang berminat pada kegiatan-kegiatan yang tidak berfaedah. Pengisian masa lapang yang kurang terarah, akan mendesak remaja untuk melakukan aktiviti yang tidak bermanfaat seperti perbuatan negatif.

    7.Pengaruh Rakan Sebaya
    Pengaruh rakan sebaya adalah salah satu perkara yang menjadi punca berlakunya gejala sosial. Perkara ini sering berlaku di kalangan remaja-remaja sekarang yang hidup di dalam alam penuh dengan kemajuan. Ini adalah kerana remaja pada masa sekarang lebih mesra dengan rakan mereka kerana ibubapa sibuk dengan urusan kerja dan lain-lain. Ada sesetengah remaja meluangkan masa hampir penuh bersama rakan-rakannya. Di sebabkan itu, remaja sekarang lebih mengenali rakan mereka berbanding dengan ibubapa sendiri dan lebih mempercayai rakan mereka daripada keluarga atau ibubapa. Kejadia seperti ini adalah amat bahaya dan boleh mengakibatkan remaja tersebut terjerumus dalam gejala sosial yang tidak sihat.

    8.Pengaruh Artis
    Konsert-konsert penyanyi dari negara Barat yang ditayangkan turut membawa impak buruk. Penyanyi dari Barat, terlonjak-lonjak memakai jeans yang terkoyak sehingga menjadi kegilaan dan idola kepada masyarakat kita. Sekali gus, hal ini turut menjajah minda masyarakat kerana mereka berfikir semua perkara yang baik datang dari Barat. Amalan-amalan tidak sihat seperti minum arak dan menagih dadah turut menjadi ikutan muda-mudi. Melalui majalah-majalah pula, artis-artis tempatan yang kononnya menjadi contoh dan teladan sebenarnya semakin membawa ke arah kemaksiatan dan keruntuhan moral. Kandungan majalah dan gambar-gambar yang memaparkan unsur pendedahan aurat yang keterlaluan serta menjolok mata semata-mata untuk mengaut keuntungan yang maksima menyebabkan rosak minda rakyat di Malaysia.

    9. Kurang penghayatan/pengamalan ajaran Islam
    Nilai-nilai dan amalan yang ada dalam Islam sebenarnya sudah cukup lengkap untuk membentuk sahsiah dan peribadi muslim sejati yang mana dapat mendidik kita dari menjauhi perkara-perkara mazmummah. Apabila seseorang kurang pemahaman, ia akan bergantung kepada logik akal sendiri membuat sesuatu keputusan sehingga timbulnya perkara-perkara seperti ajaran sesat dan mengaku diri adalah Nabi.

    Langkah-langkah mengatasi permasalahan ini:
    1. Pendidikan dari rumah melalui ibu bapa
    – “Melentur buluh biarlah dari rebungnya” merupakan satu ungkapan yang perlu diambil iktibar oleh setiap ibu bapa dalam mengajar dan mengatur kehidupan anak-anak mereka. Didikan agama harus di mulakan sejak dari mereka kecil lagi supaya mereka dapat membezakan yang mana baik dan yang mana buruk. Ibu bapa harus memberi perhatian yang secukupnya kepada anak-anak supaya mereka menganggap ibu bapa sering menjadi tempat berlindung dan tempat mengadu masalah.

    2.Mewujudkan konsep bandar dan pekan selamat
    -Pelbagai langkah dapat dilaksanakan antaranya, pengawalan rapi oleh pihak-pihak tertentu seperti Rela, Rukun Tetangga, Polis dan sebagainya dalam usaha memastikan kawasan tersebur bebas daripada kes-kes kecurian, rompakan, rogol, ragut dan sebagainya. Dengan kecanggihan teknologi sekarang seperti kamera litar tertutup dapat menakutkan penjenayah dari melakukan aktiviti seterusnya membantu menyempurnakan konsep bandar dan pekan selamat.

    3. Pengenalan semula mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan (PSK)
    – Mata pelajaran PSK ini merupakan satu langkah ke arah membentuk keperibadian para remaja yang mulia dan juga berperanan memupuk nilai-nilai murni dalam diri setiap remaja. Melalui pengenalan mata pelajaran ini, seseorang individu berupaya menyelesaikan masalah yang dihadapinya tanpa unsur-unsur keganasan, memahami kepelbagaian agama, budaya serta mampu menyumbang kepada pembangunan negara. Kesimpulannya, kes-kes jenayah boleh ditangani dengan adanya pengenalan semula mata pelajaran khas yang boleh dipelajari oleh para remaja.

    4. Kempen-kempen pencegahan jenayah di sekolah
    -Pelbagai kempen yang kebiasaannya diadakan mampu meningkatkan kesedaran dalam kalangan para remaja terutamanya peringkat sekolah rendah. Hal ini demikian kerana pelajar pada tahap ini kurang terdedah kepada kegiatan-kegiatan jenayah. Dengan ini, mereka akan berasa takut untuk melakukan jenayah setelah terlibat dalam kempen-kenpem kesedaran yang diadakan di sekolah. Antara kempen pencegahan jenayah yang sering diadakan di sekolah adalah seperti tayangan video, pameran berunsurkan aktiviti jenayah dan mewajibkan jemputan kepada pegawai polis untuk hadir memberi ucapan mengenai kegiatan jenayah, kesan dan hukuman kepada pesalah. Oleh itu, kempen kesedaran sepatutnya diadakan untuk meningkatkan tahap kesedaran para remaja yang sejak kebelakangan ini amat membimbangkan.

    5. Penubuhan kelab bersifat antijenayah sosial di sekolah
    – Kelab Pencegah Jenayah (KPJ) dan Skim Lencana Anti Dadah (SLAD) merupakan antara kelab bersifat antijenayah yang ditubuhkan di sekolah. Kelab-kelab seperti ini bukan sahaja mendedahkan keburukan melakukan jenayah malahan menggalakkan pelajar untuk senantiasa melakukan perkara-perkara yang berunsurkan sifat mahmudah seperti tolong-menolong dan ikhlas dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Kelab bersifat antijenayah sosial dapat didefinisikan sebagai pertubuhan yang mencegah sebarang penjenayahan daripada berlaku dan menjadi lebih parah.

    6.Peranan Ulama’
    Sebagai tempat rujukan dan menjawab permasalahan/persoalan berkaitan agama yang mana masyarakat dapat mengetahui hukum atau “guideline” dari terus melakukan perkara yang bertentangan dengan hukum agama Islam.

    MAHANI said:
    02/08/2012 at 1:22 pm

    MAHANI -SX095256CJD04

    Soalan 1:

    Pada pandangan saya, era pascamodenisme adalah era kemuncak ketamadunan Barat dalam mencapai kemajuan sains dan teknologi, disamping ilmu pengetahuan lain. Barat menghadapi konflik nilai yang ketara antara kebahagiaan yang mereka harapkan daripada kemajuan sains dan teknologi yang mereka cipta. Kemajuan hanya tercapai dari segi kemajuan fizikal bukan dari sudut ketenangan dalaman dan rohani. Perkembangan sains ini menyebabkan timbul pelbagai pemikiran bebas dan memberi kesan ke atas dunia Islam kerana membawa nilai sosial yang negatif dan tidak bersesuaian dengan Islam. Aliran pemikiran modenisme ini menolak kepentingan agama dan budaya dalam segala aspek pembangunan kemajuan manusia. Pascamodenisme adalah satu keadaan di mana manusia lebih mudah bersikap terbuka tanpa ada batasan agama atau garis panduan yang mampu menunjangi setiap gerakgeri, aktiviti dan perilaku manusia. Manusia berhak membuat keputusan dan melakukan apa sahaja asalkan masih berada dalam kewarasan akal dan rasional diri.

    Pemikiran modenisme memberi kesan kepada dunia Islam seperti :
    – mengenepikan kepentingan agama terhadap kemajuan pelbagai ilmu pengetahuan.
    – menganggap agama dan budaya menghalang kemajuan dan pembangunan.
    – terjadi sedikit sebanyak konflik nilai antara pendokong agama dan pendukung kemajuan.
    Kesan modenisme barat ini ke atas umat Islam :
    – kemerosotan penghayatan agama dan budaya.
    – masyarakat Islam lebih cenderung untuk menghayati kemajuan hiburan yang dibawa barat berbanding pengahayatan kemajuan ilmu pengetahuan.

    Soalan 2 :

    Peningkatan kadar jenayah dalam masyarakat moden semakin membimbangkan kerana jenayah mengancam keamanan, ketenteraman, dan kebahagiaan masyarakat dan negara. Salah satu punca peningkatan kadar jenayah dalam masyarakat dan negara adalah disebabkan oleh kepincangan ekonomi dan beberapa punca lain seperti di bawah :

    i) Sistem ekonomi tidak sihat – Sistem ekonomi yang tidak sihat dalam negara yang mengamalkan dasar ekonomi liberal dan kapitalis lebih cenderung melahirkan penjenayah ekonomi yang melakukan penipuan dan penyelewengan. Penjenayah ekonomi sukar dikesan kerana perniagaan dijalankan mengikut prosedur dan peraturan yang dibenarkan. Kemudahan dan sokongan sistem kredit membolehkan golongan peniaga yang tidak jujur mengambil kesempatan dan melakukan penyelewengan modal dan pinjaman. Bank yang lebih mengutamakan pengusaha dan golongan kaya menghadapi masalah penipuan dan penyelewengan yang dilakukan oleh golongan ini.

    ii) Kegawatan ekonomi – Kegawatan ekonomi membawa kesan yang buruk kepada pasaran saham. Kejatuhan nilai mata wang dan nilai saham serta meningkatnya jumlah golongan yang muflis memberi kesan kepada perkembangan jenayah dalam masyarakat. Meningkatnya masyarakat berhutang dan tidak mampu menyelesaikan beban hutang serta kegagalan dalam perniagaan mendekatkan golongan ini kepada jenayah. Kegawatan ekonomi juga menjadikan seseorang terdesak melakukan jenayah. Hilang pekerjaan dan keperluan hidup yang mendesak boleh menyebabkan seseorang terlibat dengan kegiatan jenayah seperti merompak, peras ugut, atau membunuh.

    iii) Kemerosotan nilai murni – Peningkatan kadar jenayah dalam masyarakat moden juga berlaku kerana kemerosotan nilai murni dalam kehidupan individu dan masyarakat. Sikap mementingkan diri sendiri dan cemburu akan kesenangan dan kejayaan orang lain mendorong berlakunya perbuatan jenayah. Masyarakat semakin hilang kekuatan dan terdedah kepada pelbagai ancaman jenayah kerana ketandusan nilai murni dan nilai moral. Jenayah yang berlaku dalam masyarakat mempunyai kaitan dengan penyakit dan masalah sosial yang dihadapi oleh individu dan masyarakat. Hal ini termasuklah amalan gaya hidup bebas, suka akan hiburan yang melampau, kenakalan dan kejahatan, berasa seronok dengan kegiatan sensasi dan kejam, perlumbaan kereta atau motosikal haram, amalan seks bebas, pelacuran, dan perjudian. Fenomena yang berlaku ini mencerminkan masyarakat moden semakin jahiliah sifatnya.

    iv) Persekitaran sosial – Persekitaran sosial yang buruk dan tekanan hidup seperti kemiskinan, kemunduran, dan kegiatan antisosial, seperti gengsterisme, pengedaran dadah, dan pelacuran, boleh menyebabkan golongan muda, khususnya belia, melakukan pelbagai bentuk salah laku, termasuk jenayah berat. Kawasan yang dikenal pasti sebagai kawasan hitam merupakan kawasan yang berbahaya dan mempunyai rekod jenayah yang membimbangkan masyarakat setempat. Pengaruh media massa yang berunsur ganas dan bersifat destruktif sukar dibendung dalam era teknologi terkini. Malah, jenayah dianggap sebagai sesuatu yang biasa dalam kehidupan manusia moden. Jenayah merupakan produk sosial yang berkembang dalam sesuatu sistem dan persekitaran sosial masyarakat. Jika sistem dan persekitaran sosial yang wujud tidak sihat, gejala sosial akan mudah menular, dan akhirnya menjurus kepada peningkatan kadar jenayah yang tinggi dalam masyarakat tersebut. Sistem sosial yang menjadi punca berlakunya kepincangan masyarakat dewasa ini, bukan sahaja disebabkan oleh kelemahan institusi keluarga, malah unsur-unsur asing atau budaya kuning merupakan pemangkin kepada kebejatan moral, dan seterusnya memberi memberi impak yang negatif sehingga menyumbang kepada peningkatan kadar jenayah yang berlaku dalam masyarakat yang terbabit.

    v) Struktur kelas sosial – Struktur kelas sosial golongan bawahan yang luas memungkinkan gejala sosial semakin berleluasa. Keadaan ini akan mengancam keselamatan rakyat di negara kita. Persekitaran sosial yang buruk juga boleh menyebabkan berlakunya kemelut sosial yang menjadikan sesuatu kawasan tidak dapat menarik minat golongan pengusaha untuk memajukannya bagi kegiatan perniagaan, pelancongan, dan perusahaan. Kawasan yang mempunyai kadar jenayah yang tinggi dianggap mempunyai risiko yang menyebabkan kerugian dari segi pelaburan.

    vi) Faktor imigrasi penduduk – Peningkatan kadar jenayah di negara membangun seperti Malaysia boleh juga dikaitkan dengan faktor imigrasi penduduk dan pendatang haram yang mendatangkan pelbagai masalah sosial, termasuk jenayah berat seperti membunuh dan merompak. Jumlah pendatang asing, khususnya pendatang haram dari negara jiran, seperti Indonesia, Filipina, dan Myanmar, semakin meningkat. Kemasukan pendatang tanpa izin menjadi beban sosial di negara kita. Pengaruh budaya negatif seperti pergaulan babas di tempat asal mereka akan menular dalam kalangan penduduk tempatan. Selain itu, mereka yang gagal dalam mencapai impian untuk membina kehidupan yang lebih baik di negara ini, mudah terjerumus ke kancah jenayah sehingga menyebabkan tindakan undang-undang terpaksa diambil terhadap mereka yang terbabit.

    vii) Pengaruh rakan sebaya – tersalah pilih kawan maka akan terjerumus dalam masalah sosial dengan melakukan aktiviti yang tidak berfaedah dan memudaratkan diri , tidak ada benteng ketahanan diri dan mereka berasa seronok berada dalam kelompok kawan yang mampu memberi kegembiraan.

    viii) Pengaruh media massa – media cetak atau media elektronik memaparkan adegan-adegan filem atau cerita-cerita ganas dan berunsur seks. Selain itu, filem dan bahan tidak bermoral boleh didapati dengan mudah. Remaja yang melihat akan terpengaruh, meresap dalam diri dan cuba untuk melakukannya.

    ix) Masalah dalam keluarga – pertengkaran ibu bapa, kurang kasih sayang, bebanan tugas menyebabkan remaja tertekan dan emosi terganggu. Mereka mengambil jalan keluar dengan lari dari rumah, mengikut kawan-kawan, mengambil dadah dan sebagainya – sebagai usaha meredakan tekanan dalam diri.

    x) Perasaan ingin mencuba – jiwa remaja yang penuh dengan emosi sangat suka kepada sesuatu yang baru. Apabila melihat rakan dapat melakukan aksi atau membuat sesuatu yang menyeronokkan mereka akan terikut-ikut. Seperti aksi merempit, hubungan seks dan sebagainya.

    xi) Kurang didikan agama – remaja hari ini kurang menghayati ajaran agama. Mereka tidak takut kepada dosa dan balasan hari akhirat. Mereka lebih mementingkan keseronokkan walaupun bertentang dengan nilai dan agama. Masyarakat pula mengamalkan budaya lihat dan pandang tetapi ada usaha menegur.

    Cara-cara mengatasi :
    i) Memperbaiki sistem ekonomi semasa – Sistem dan faktor ekonomi boleh juga menyebabkan meningkatnya penjenayah kolar putih yang melakukan penyelewengan dan penipuan. Kejadian pecah amanah merupakan jenayah yang semakin mengancam kepentingan masyarakat dan negara. Rasuah boleh meruntuhkan ekonomi, pengurusan, dan keselamatan negara. Oleh itu, perkembangan ekonomi yang cekap, sihat, dan adil perlu diwujudkan bagi membersihkan segala bentuk gejala jenayah ekonomi.

    ii) Memupuk nilai-nilai murni – Bagi membendung berleluasanya jenayah yang disebabkan oleh kemerosotan nilai murni, nilai hidup yang harmoni, kesabaran, ketenangan, dan bertimbang rasa perlu dipupuk dalam diri masyarakat.

    iii) Peranan masyarakat – Peningkatan kadar jenayah dalam masyarakat moden berhubung kait dengan etika dan peraturan sosial. Dalam mewujudkan masyarakat yang beretika, langkah yang wajar ialah kerjasama daripada semua lapisan masyarakat itu sendiri. Masyarakat yang beretika mempunyai tanggungjawab sosial dan moral yang kukuh dalam membanteras pelbagai bentuk jenayah. Jika tidak, lunas etika yang lemah boleh menyebabkan wujudnya krisis dan dilema dalam masyarakat kerana kecenderungan pihak tertentu untuk melakukan jenayah pastilah sukar dibendung. Jenayah akan terus meningkat dan menjadi lebih kritikal sekiranya etika tidak menjadi tunjang pembinaan masyarakat dan negara.

    iv) Keberkesanan sistem perundangan – Keberkesanan sistem perundangan juga penting demi membanteras fenomena tersebut. Undang-undang memberi kuasa kepada pihak berwajib seperti polis dan pasukan keselamatan, untuk membantu dalam melindungi masyarakat dan negara daripada ancaman sebarang bentuk jenayah. Undang-undang perlu memberi lebih banyak kuasa kepada polis untuk melaksanakan tanggungjawab mereka demi kesejahteraan rakyat. Pengukuhan kuasa juga membolehkan pihak yang berwajib ini bertindak dengan lebih tegas bagi mengatasi masalah jenayah, khususnya jenayah yang melibatkan pihak yang mempunyai pengaruh termasuk wang, kuasa, dan kedudukan yang tinggi. Kerjasama polis dan masyarakat setempat merupakan konsep pemuafakatan bijak yang berkesan dan sesuai dengan konsep membebaskan masyarakat dan negara daripada jenayah.

    v) Memberi didikan agama dan moral yang secukupnya – dengan adanya didikan agama, anak mampu membenteng diri mereka daripada pelbagai pengaruh. Mereka akan berasa bersalah melakukan perkara yang bertentangan dengan nilai-nilai agama dan secara tidak langsung akan menolak gejala buruk yang datang kepada mereka.

    vi) Ibu bapa memberi kasih sayang secukupnya kepada anak-anak – anak-anak merasa diri mereka dihargai dan disayangi. Mereka akan menjaga maruah diri, maruah ibu bapa dan maruah keluarga seperti kata pepatah bagaimana acuan begitulah kuihnya.

    vii) Penguatkuasaan oleh pihak berkuasa – tindakan terhadap media massa yang menyiarkan bahan atau filem berunsur ganas dan sex yang boleh mempengaruhi jiwa remaja. Garis panduan yang lebih telus dan jelas digubal untuk memastikan tiada filem atau bahan yang boleh merosakkan jiwa remaja.

    viii) Mengadakan kempen kesedaran untuk remaja – mengingatkan remaja tentang impak negatif atau kemudaratan yang akan mereka perolehi jika terlibat dengan masalah sosial seperti penyakit, kecederaan, kematian dan kemusnahan hidup.

    Syazana Muhamad Zin (Sx105478HRD04) said:
    02/08/2012 at 4:27 pm

    Soalan 1
    Pemikiran Pascamodenisme adalah satu pemikiran yang baru dan muncul di Barat dalam arus modenisasi. Ianya merupakan respon atau reaksi terhadap pemikiran moden. Ahli sarjana Zakaria Stapa telah berpandangan bahawa pascamodenisme ini adalah fahaman yang anti agama dan anti tuhan. Pada pandangan saya pula, Pemikiran Pascamodenisme merupakan pemikiran yang datang dari kebudayaan asing iaitu aliran pasca modenisasi. Ini adalah satu cabaran yang besar dalam mempengaruhi pemikiran yang datang dari kebudayaan asing. Ianya juga boleh mempengaruhi dunia Islam dengan seruan-seruan untuk meminggirkan agama.

    Soalan 2

    Punca-punca yang menyebabkan masalah ini berlaku, diantaranya adalah ;

    Pengaruh Rakan Sebaya
    Kawan-kawan menjadi orang yang rapat dengan mereka. Kawan yang baik, boleh membimbing mereka kepada kebaikan, namun jika tersilap memilih kawan, akan mempengaruhi mereka kepada perkara-perkara yang buruk. Selain itu sikap remaja turut menyumbang kepada gejala sosial, kadangkala mereka ini terlalu mudah mempercayai orang lain. Umpamanya, jika mereka merasakan rakan-rakan mereka lebih rapat dan lebih memahami, dengan mudah mereka akan mengikut apa yang dilakukan oleh rakan-rakan. Mereka lupa bahawa “kawan juga kadangkala boleh makan kawan”.

    Dahagakan Keseronokkan
    Sikap remaja juga dahagakan keseronokan. Jadi apa sahaja benda-benda yang memberikan keseronokan kepada mereka akan dilakukan sama ada kerana terikut-ikut dengan sikap kawan-kawan atau pilihan sendiri. Hal ini menyebabkan remaja terlibat dengan rokok, pergaulan bebas, lepak, mat rempit, dadah dan sebagainya. Ketika ini apa yang terlintas di pemikiran mereka adalah keseronokan tanpa memikirkan akibat perbuatan mereka itu kelak.

    Pengaruh Media Massa
    Media massa juga menjadi penyumbang kepada berlakunya gejala sosial di kalangan para remaja hari ini. Namun tidak semuanya apa yang dipaparkan di media massa itu memberikan kesan yang buruk. Namun, ada segelintir program-program dan drama-drama yang memaparkan pergaulan bebas di kalangan remaja, program-program realiti tv serta rancangan-rancangan yang bersifat hiburan semata-mata mempengaruhi para remaja dengan perkara yang tidak baik. Umpamanya corak pergaulan remaja yang jauh dari nilai-nilai ketimuran, cara berpakaian yang kurang sopan dan gaya hidup yang mengikut cara barat.

    Sikap Keluarga
    Dalam hal ini keluarga juga ada kalanya menjadi pendorong bertambahnya gejala sosial di kalangan remaja. Saya tidak katakan semua keluarga. Apa yang dimaksudkan ialah keluarga yang mengamalkan sikap terlalu mengongkong atau terlalu memberikan kebebasan kepada para remaja.

    DAN….

    Cara yang terbaik untuk mengatasinya adalah seperti :

    Memberi didikan agama dan moral yang secukupnya
    Didikan agama dan moral yang secukupnya mampu menjadi benteng diri mereka daripada pelbagai pengaruh. Mereka akan berasa bersalah melakukan perkara yang bertentangan dengan nilai-nilai agama dan secara tidak langsung akan menolak gejala buruk yang datang kepada mereka.

    Peranan ibu bapa
    Sesetengah ibu bapa harus mengakui bahawa mereka tidak mempunyai kemahiran dalam mendidik anak-anak. Kemahiran mengasuh meliputi kefahaman terhadap jiwa remaja, menangani kesihatan mental dan emosi anak-anak muda serta penguasaan terhadap perkembangan terkini. Mereka perlu dididik bahawa jiwa remaja kini tidak sama dengan jiwa mereka sewaktu remaja. Kemahiran mendengar dan berbincang dengan anak-anak perlu dipupuk. Konsep membuat keputusan untuk anak remaja juga tidak lagi boleh diamalkan. Sebaliknya gaya berbincang nyata lebih berkesan.

    Peranan guru di sekolah
    Guru di sekolah pula bukanlah sekadar pembimbing akademik, tetapi harus menjadi rakan kepada remaja. Guru yang diingati oleh remaja ialah guru yang boleh dibawa berbincang dan sama-sama menyelesaikan masalahnya. Guru yang hanya memerintah akan diingati sebagai `pemerintah’ dan tidak didekati. Hasilnya, arahan akademik bukan sahaja tidak dipatuhi, bahkan mewujudkan pemberontakan antara pelajar dengan gurunya. Ini pula akan menyebabkan pelajar tidak mempunyai minat terhadap proses pembelajaran.

    Peranan pihak berkuasa

    Pihak berkuasa pula tidak boleh mengharapkan remaja menjauhi kehidupan bebas dan liar, tetapi pada masa yang sama turut menyediakan ruang untuk perkara seperti minuman arak, seks bebas dan penagihan pil ecstacy berlaku dengan mudah. Persekitaran tidak sihat hares dibanteras, seiring dengan usaha pembentukan remaja itu sendiri. Gejala remaja gemar menonton video lucah misalnya, tidak boleh dituding semata-mata kepada ibu bapa dan guru. Dalam hal ini, adakah ibu bapa dan guru hares disalahkan, sedangkan bahan untuk tontotan lucah berlambak bebas di pasaran tanpa kawalan?

    Peranan media massa

    Media pula mesti mengawal penyiaran secara eksklusif dan besar-besaran tentang keruntuhan akhlak remaja tanpa membantu untuk mengawalnya. Sebaliknya remaja yang berjaya mesti sering ditonjolkan di media massa sebagai motivasi untuk diteladani. Hal-hal mengenai kreativiti remaja mesti sering diperbanyak berbanding liputan mengenai aksi dan perangai negatif mereka.
    Sesungguhnya, pelbagai gejala negatif berleluasa di kalangan remaja hari ini. Oleh itu, semua pihak perlu bekerjasama membanteras fenomena ini agar tidak timbul masalah sosioekonomi yang lebih serius.

    Sekian, Terima Kasih.,

    جيم او' كونر said:
    02/08/2012 at 5:05 pm

    Mohammad Adzim bin Ab Hamid
    SX105243EED04

    Jawapan 1

    Pascamodenisme merupakan satu istilah yang merujuk kepada perkembangan dalam ilmu teori kritikal, falsafah, seni bina, seni, kesusasteraan dan budaya yang berkembang daripada yang asal atau pendek kata mempermodenkan sesuatu perkara yang asal. Fahaman pasca-modenisme ini mementingkan manusia mempunyai kebebasan diri untuk menjalani kehidupan tanpa sebarang ikatan kepada sebarang bentuk tradisi termasuk Tuhan dan agama serta lebih berpandukan kepada pemikiran logik dan rasional manusia itu sendiri secara total.
    Dunia intelektual Barat diperkenalkan dengan satu corak pemikiran yang dianggap berbeza daripada corak pemikiran moden yang sebelum ini sudah sedia mendominasi arus pemikiran mereka. Kehadiran corak pemikiran ini menjadi trend pemikiran yang dominan.
    Dengan berkembang pasca modenisme pada era globalisasi ini, maka fahaman dan gerakan kebebasan manusia semakin berkembang. Impak daripada kemunculan pasca modenisme ini juga menyaksikan kemunculan gerakan feminis atau hak asasi persamaan jantina mengatakan bahawa dalam al-Quran amat menekankan persamaan antara lelaki dan perempuan. Bagi golongan terbabit, persamaan bererti penyamarataan atau kesamaan hak dalam semua bidang yang diceburi oleh lelaki dan perempuan, oleh itu semua bentuk perbezaan yang wujud dalam apa perkara sekalipun dianggap diskriminasi tetapi di dalam agama Islam, persamaan tidak semestinya bermakna penyamarataan.

    Jawapan 2

    Krisis sosial dan kemunculan naratif kecil

    Punca Masalah

    1) Perasaan ingin mencuba
    Jiwa manusia yang penuh dengan emosi sangat suka kepada sesuatu yang baru – apabila melihat rakan atau seseorang dapat melakukan aksi / membuat sesuatu yang menyeronokkan mereka akan terikut-ikut. Seperti aksi berbahaya, hubungan sex dan sebagainya.

    2) Kurang didikan agama
    Masyarakat hari ini kurang menghayati didikan agama. Keruntuhan moral seperti kurang didikan asas agama dan pengetahuan serta penghayatan agama daripada keluarga menyebabkan nilai murni budaya dalam sesetengah masyarakat semakin menipis, tidak takut kepada dosa dan tidak takut kepada balasan hari akhirat. Semakin banyak anggota masyarakat memandang remeh ajaran dan nilai agama – agama dianggap penghalang untuk mencapai kemodenan, kemewahan, keseronokan, dan kebebasan. Masyarakat yang tidak mempedulikan ajaran agama mempunyai jiwa dan akhlak yang rosak. Sudah tentu masyarakat begini semakin hilang nilai murninya.

    3)Masalah ekonomi
    Budaya hidup materialistik yang semakin tebal turut menjadi punca masyarakat semakin kurang mengamalkan nilai murni. Semua cara boleh dilakukan untuk mencapai cita-cita materialistik mereka hatta menipu, pecah amanah, membunuh, pelacuran rokpak, ragut dan sebagainya. Dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu menyebabkan masalah pengangguran, kemiskinan, hutang, peningkatan kos hidup dan peluang pekerjaan yang tidak seimbang dengan kelulusan menyebabkan seseorang sanggup melakukan apa sahaja untuk meneruskan kehidupan. Selain itu, ada juga seseorang yang keinginan untuk hidup mewah dengan cara mudah tanpa bekerja keras dengan memperoleh wang beribu ringgit dalam satu masa.

    4) Keruntuhan institusi keluarga
    Banyak keluarga porak-peranda, pecah-belah, dan mengalami krisis pada hari ini- kes perceraian dan masalah rumah tangga yang dirujuk ke mahkamah meningkat – gagal memenuhi tanggungjawab sebagai role-model pengamalan dan penghayatan nilai murni – banyak nilai buruk diamalkan dalam sesebuah institusi keluarga yang mengalami keruntuhan – bercakap kasar, biadab, pemarah, berbohong – perkara lumrah dalam keluarga yang tidak bahagia.

    5) Budaya individualistik yang semakin tebal
    Kepentingan diri sendiri lebih mustahak orang lain jangan ambil pusing – prinsip orang individualistik begini sudah lumrah dan ini mencetuskan budaya kurang ajar, biadap, khianat, dan sebagainya

    Cara Mengatasi

    1) Amalan-Amalan Menjernihkan Batin
    Pendidikan akhlak tidak hanya melalui penjelasan mengenai nilai-nilai akhlak kepada masyarakat di mana mereka boleh memilih dan menghargai nilai-nilai tersebut tetapi juga pendidikan akhlak boleh dibuat berdasarkan latih tubi, perlaksanaan atau penghayatan yang berterusan umpamanya. Walaupun di peringkat awal ia dilaksanakan kerana tekanan dari luar, namun lama kelamaan ia akan menjadi kebiasaan dan tabiat. Manusia sememangnya berupaya memperolehi akhlak atau sifat yang mulia melalui pendekatan ini.
    sembahyang, puasa, zikir dan tilawatul Qur’an boleh diamalkan secara berterusan; sehingga menjadi amalan yang lazim dan budaya hidup. Amalan amalan ini pastinya lambat-laun akan menjadi adat atau kebiasaan seseorang dan mengelakkan dari membuat perkara terlarang

    2) Meletakkan Diri Dalam Lingkungan Persekitaran Yang Soleh
    Persekitaran sosial dan budaya kerap mempengaruhi manusia. Persekitaran tersebut merangkum tradisi, model tingkah-laku dan saranan serta rangsangan yang bersifat akhlak. Manusia memang sering terpengaruh kepada persekitarannya; dengan cara meniru serta mencontohi figure yang disanjungi oleh mereka. Kewujudan seseorang dalam lingkungan masyarakat yang baik serta soleh sudah tentu akan menyebabkan ia beriltizam dengan amalan dan etika yang dihayati oleh kumpulan tersebut. Ia akan berusaha melaksanakan sesuatu yang disanjungi oleh masyarakatnya. Sebaliknya, perbuatan yang dianggap keji oleh lingkungannya, ia akan berusaha sedaya upaya untuk menghindarinya. Masyarakat yang buruk ialah masyarakat yang tidak melaksanakan syariat Allah. Mereka menguatkuasakan peraturan dan undang-undang ciptaan manusia yang menyimpang dari jalan Allah yang lurus. Dengan demikian, warganya sudah pasti akan berkembang di dalam masalah sosial yang tidak sihat. Mereka akan terpengaruh dengan gejala-gejala kejahatan yang berkembang pesat dalam masyarakat yang dilanda oleh fenomena moral berkenaan.

    3) Tekanan Sosial Dari Masyarakat Islam
    Antara mekanisme yang digunakan oleh Islam dalam membentuk penganutnya serta memastikan mereka melaksanakan tata kelakuan berakhlak ialah wujudnya komuniti sosial yang komited dengan dasar dan prinsip-prinsip Islam. Masyarakat Islam yang mempunyai impak yang besar dan pengaruh yang kuat dalam memaksa individu mengamalkan atau menurut nilai dan norma-norma akhlak. Mereka boleh melaksanakan tekanan moral yang berkesan untuk mendisplinkan golongan yang berkecenderungan untuk melakukan kejahatan. Manusia memang suka dipuji, dihormati dan disanjung. Manusia juga takut dikeji dan dicemuh oleh kumpulan di mana ia mempunyai sense of belonging kepada mereka. Faktor-faktor tersebut adalah anak kunci yang sedikit sebanyak menentukan tindak-tanduk seseorang. Masyarakat Islam yang aktif boleh berperanan menyuburkan semangat dan amalan hidup berakhlak. Ia juga boleh membendung trend-trend kufur dan maksiat dalam masyarakat melalui perlaksanaan amal mak’ruf dan nahi mungkar. Apabila masyarakat kehilangan keprihatinannya terhadap kewajipan menegakkan makruf dan mencegah yang mungkar, maka bermulalah proses penghakisan moral, akhlak dan martabat umat berkenaan.

    4) Peranan Media Massa
    Media massa merupakan satu mekanisme yang mempunyai pengaruh yang amat besar dan berkesan di dalam pembentukan keperibadian manusia. Ia merupakan agen sosialisasi dan memainkan peranan penting di dalam menanam dan menggalakkan amalan-amalan berakhlak di dalam masyarakat. Media massa mampu mencorakkan hati budi, mentaliti dan sahsiah umat khasnya yang beroperasi 24 jam. Media massa tersebut perlu bebas dari cengkaman faham sekularisme, budaya komersial yang melampau, faham kebendaan dan dorongan untuk hidup secara mewah dan berpoya-poya. Media massa hendaklah mempunyai asas falsafah dan dasar-dasar komunikasi yang selaras dengan nilai-nilai akhlak Islam. Para petugas media massa hendaklah meningkatkan rasa akauntabiliti, tanggungjawab dan kewajipan mereka untuk memihak dan menegakkan nilai-nilai luhur seperti kebenaran, kejujuran dan sebagainya.
    Para pengguna media massa terutama golongan yang bertanggungjawab seperti ibubapa, guru, pemimpin politik dan pentadbir hendaklah lebih bijaksana dalam mengarah, membimbing, meningkatkan rasionaliti, kematangan dan kewaspadaan serta keupayaan memilih siaran yang lebih bermanfaat untuk ditontoni oleh anak-anak atau orang-orang yang di bawah jagaan mereka. Media massa juga sebenarnya boleh menjadi wahana “cultural domination dan imperialisme” melalui berbagai saluran teknologi maklumat yang canggih seperti internet, multimedia dan sebagainya.

    5) Peranan rumah ibadah
    Bagi umat Islam, rumah ibadat yang paling penting ialah masjid. Di sinilah umat Islam sering berkumpul untuk menyembah Allah secara berjamaah. Sebab itulah di mana sahaja dalam negara umat Islam; bahkan di kota-kota besar dunia kedapatan bangunan masjid yang berbagai bentuk dan rupa. Ada yang kecil dan ada pula yang besar. Masjid sentiasa menjadi lambang kemegahan umat dan pemerintah Islam. Sebagai tempat ibadah masjid mempunyai peranan dan pengaruh yang besar dalam meneruskan penghayatan nilai-nilai akhlak dalam masyarakat Islam. Kelangsungan budaya, cara hidup dan syiar Islam lumrahnya diperkukuhkan oleh institusi ini.
    Ilmu yang dipelajari di masjid pada masa dahulu bersepadu dengan nilai tauhid, ruh Islam dan akhlak. Ia mengimbaukan ketakwaan dan mengukuhkan ubudiah manusia kepada Allah. Ilmu yang dipelajar membawa berkat dan meningkatkan ciri khasyatullah atau takut kepada Allah. Sebab itu lahir para ulama dan ilmuan yang jujur, soleh dan dedikasi. Apabila semangat dan imbauan seperti ini sudah tiada lagi ilmu disalut dengan semangat kebendaan dan keserakahan manusia. Sebab itu muncullah ilmuan-ilmuan sekular yang amat benci kepada Islam dan ajaran Allah itu sendiri.

    Nadzrul b. Bidin (SX090737EEJ04) said:
    03/08/2012 at 11:58 am

    soalan 1.
    Bagi pendapat saya, pemikiran pascamodenisasi ini lebih kearah pemikiran yang menolak hukum agama dan lebih menerima kepada hukum dunia yang dicipta oleh manusia itu sendiri. Mereka ini telah menolak bentuk penyusunan ilmu dan pembuktian secara falsafah kerana mereka hanya bergantung kepada ayat al-Quran dan hadis yang difahami secaca lafaz dan menolak penerangan secara majzai dan pemikiran falsafah.Mereka juga mementingkan manusia mempunyai kebebasan diri untuk menjalani kehidupan tanpa sebarang ikatan kepada sebarang bentuk tradisi termasuk Tuhan dan agama. Bentuk pemikiran seperti ini boleh kita simpulkan sebagai fahaman sekular yang menolak hukum Allah dalam memerintah sesebuah negara seperti yang dilakukan oleh Mustafa Kamal Artaturk yang memerintah Turki suatu ketika dahulu.

    soalan 2.

    Antara punca-punca terjadi nya masalah ini
    1. Kepesatan teknologi
    – Umum tahu bahawa dunia sekarang adalah dunia yang penuh dengan teknologi canggih. Semua berlumba untuk menjadi yang terbaik sehingga semua lupa bahawa teknologi yang tanpa batasan sedikit sebanyak membawa kesan buruk terhadap manusia zaman ini terutama sekali kepada remaja. Video-video lucah dengan mudah dapat diperolehi dan laman-laman sesawang lucah dengan mudah dapat dilayari. Remaja yang sedang meningkat naik umurnya sentiasa mahu mencuba cara baru dan mereka akan mempraktikkannya samaada pada diri sendiri atau kepada orang yang hampir dengannya. Dengan adanya aplikasi-aplikasi yang lebih mudah untuk menghantar gambar dan video, remaja akan seronok menukar gambar dan video kepada pasangan masing-masing.
    2. Sistem pentadbiran negara yang pincang
    – Sistem pentadbiran negara yang tidak mengikut undang-undang islam yang diajar didalam Al-Quran tidak dipraktikkan akan menyebabkan manusia sering melakukan kesalahan dan tidak akan ada timbul rasa menyesal. Sebagai contoh di Malaysia, pemimpin beragama Islam kadang-kala terlalu mengikut kata-kata dari pemimpin dan rakyat yang bukan beragama Islam supaya tidak menggunakan hukum Islam didalam pentadbiran.
    3. Media massa
    – Pengaruh media massa adalah sangat baik jika diterjemahkan dengan cara yang baik dan akan member kesan yang buruk jika hanya menayangkan hiburan yang melalaikan. Syarikat-syarikat penerbitan pada masa kini hanya memikirkan tentang keuntungan daripada menerbitkan rancangan atau program intelektual yang boleh mendidik manusia seperti rancangan agama. Mereka (syarikat penerbitan) lebih gemar untuk menayangkan program-program yang berbentuk hiburan sehingga boleh melalaikan mereka yang menonton atau membaca. Limpahan rancangan televisyen dari luar negara yang kurang ditapis boleh member kesan yang buruk. Sebagai contoh rancangan yang berbentuk pergaduhan. Artis-artis dalam ataupun luar negara yang memakai pakaian yang tidak sopan juga akan member impak terhadap sesiapa yang melihat kerana mereka merupakan idola.
    4. Kurang didikan agama
    – Institusi kekeluargaan yang pincang akan terus member impak kepada remaja kerana mereka tidak diberikan didikan agama yang sepatutnya. Ibu bapa yang lalai dan terlalu mengejar duit untuk menampung perbelanjaan seharian lupa yang mana anak-anak mereka memerlukan kasih sayang yang sepenuhnya dari ibu bapa. Remaja yang baru maningkat naik akan cuba memberontak kerana mereka menagih kasih saying yang terabai. Ibu bapa zaman moden lebih mementingkan pembelajaran dunia daripada menghantar anak-anak mereka untuk belajar agama. Mereka lebih bermegah-megah dengan kedaan duniawi. Mereka tidak kisah jika anak-anak mereka tidak boleh menghafaz al-quran tetapi mereka lebih risau jika anak-anak mereka tidak tahu bertutur dalam bahasa inggeris. Ibu bapa zaman moden juga tidak kisah jika anak-anak mereka berlumba-lumba untuk menjadi artis kerana ingin mengejar kemasyhuran.
    5. Taraf hidup yang tinggi
    – System ekonomi kapitalis yang diamalkan didalam negara menjadi antara penyebab berlakunya gejala ragut, merompak dan rasuah. Sistem kapitalis ini hanya menguntungkan sebelah pihak sahaja. Ini menjadikan manusia berlumba-lumba untuk mencari duit lebih dengan mengaut keuntungan yang berlipat ganda. Ini akan mewujudkan jurang perbezaan antara orang kaya dan orang miskin. Penetapan harga rumah, tanah, barang keperluan harian dan lain-lain dari individu yang tidak bertanggungjawab akan memburukkan lagi masalah ini. Masyarakat yang ditindas akan cuba sedaya upaya untuk mencari sesuap nasi sehingga sanggup melakukan apa sahaja.
    6. Pergaulan bebas
    – Remaja zaman kini lebih cenderung untuk melakukan aktiviti bebas yang akan memudaratkan diri sendiri. Arak dan pil-pil khayal boleh didapati dengan senang antara punca berlakunya maksiat dikalangan remaja. Pergaulan bebas dikalangan remaja mendorong untuk berlakunya maksiat seperti berdua-duaan ditempat yang sunyi, pergi ke kelab malam, dan sebagainya. Ini akan memburukakan lagi kes-kes seperti zina dan pembuangan bayi.

    Cara –cara untuk mengatasi

    1. Pendidikan dari rumah
    – ibu bapa harus mendidik anak-anak mereka dengan penuh kasih dan didikan agama yang secukupnya. Ibu bapa harus tegas dan bijak memahami sifata, emosi, dan karekter anak-anak selari dengan kehidupan yang penuh pancaroba tanpa melupakan nas-nas agama serta berpegang teguh pada-Nya. Ibu bapa perlu menjadi role model yang baik kepada anak-anak supaya anak-anak boleh mencontohi sifat-sifat
    2. Peranan pemimpin dan ulama’
    – Pemimpin harus memimpin negara dengan berpandukan ajaran Islam (al-quran & hadis). Segala keputusan yang dilakukan haruslah mendapat pandangan daripada ulama’ supaya keputusan itu tidak melanggar ajaran Islam dan harus juga memikirkan sensitiviti umat islam.
    3. Pergaulan dengan rakan-rakan
    – Sebagai ibu bapa, guru, dan masyarakat yang bertanggungjawab, meraka harus mengawasi remaja ini supaya tidak memilih rakan yang salah. Ini kerana, sifat remaja itu sendiri yang suka mencuba perkara baru. Tidak salah untuk berkawan tetapi haruslah dengan lebih berhati-hati. Pengaruh yang tidak sihat daripada rakan sebaya ini merupakan antara punca kes-kes salah laku remaja pada zaman ini.
    4. Media massa
    – Disini, kerajaan harus memainkan peranan yang penting supaya menapis filem-filem atau rancangan dari negara luar yang agak keterlaluan kerana akan mempengaruhi remaja. Rancangan-rancangan yang bersifat keagamaan atau kesedaran sivik harus ditambah dan ini sedikit sebanyak dapat diterapkan didalam jiwa remaja itu sendiri.

    saravanan a/l koakeelan said:
    03/08/2012 at 12:53 pm

    (SX101133KKJ04)
    Soalan 1:
    Soalannya : Cuba huraikan maksud disebalik pentakrifan ini menurut pandangan anda.

    Menurut pandangan saya Pascamodenisme bermaksud kebebabasan yang muthlak tanpa sebarang halangan atau had. Selain itu, fahaman pascamodenisme menolak kewujudan tuhan sebagai pencipta manusia dan fahaman metafizik atau kewujudnya diragui.
    Pemikiran aliran ini pada umumnya bersifat skeptikal, negatif dan pesimis.Pemikiran pascamodenisme juga menafikan kewujudan realiti secara objektif, Mereka berpendapat realiti hanyalah sesuatu yang dibina oleh kesedaran manusia. Disamping itu, fahaman ini secara tidak langsung meresap dikalangan masyarakat moden yang mengejar kemajuan dan kewangan dengan menghabaikan tanggung jawab mereka sebagai umat dan ajaran agama yang menjadi batu asas kepada kehancuran sistem keluarga serta menjadi pemangkin kepada gejala sosial.

    Soalan 2:
    Soalannya : Apakah punca-punca yang menyebabkan masalah ini berlaku ? Dan apakah cara yang terbaik untuk mengatasinya ?
    Punca-punca yang menjadi asas kepada masalah ini ialah:

    1. Kekurangan perhatian ibu bapa,

    Pada alaf moden ibu-bapa lebih mementingkan nilai darjat dan kewangan berbanding nilai moral atau ajaran agama. Untuk mencapai matlamat mereka, mereka mengabaikan tanggung jawab untuk mendidik anak-anak mereka. Ini menjadi asas kepada kelunturan nilai moral dikalangan remaja dan menjadi pemangkin kepada peningkatan gejala sosial. Sebagai seorang remaja ibu-bapa mereka yang menjadi inspirasi pertama kepada mereka ketiga melangkah ke alam dewasa, dimana ibu-bapa tidak mengikuti ajaran agama atau mengabaikannya meresapi diri remaja dan mereka juga turut mengikuti langkah ibu-bapa mereka.

    2. Rakan sebaya,
    Remaja pada masa kini membelanjakkan kebanjakkan msa mereka dengan rakan mereka. Ia juga menjadi faktor kepada peningkatan gejala sosial. Dimana, kekurangan perhatian ibu-bapa terhadap anak mereka juga menjadi faktor kepada msaalah ini. Remaja mula mengikuti langkah yang di tunjukkan oleh kawan mereka yang tidak baik dengan melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang tidak bermoral seperti melepak,lumba haram serta menagih dadah.

    3. Pembangunan teknologi dan media massa,
    Dunia masa kini, dipanggil sebagai dunia tanpa sempadan dimana kewujudan internet disalahkan dengan melayari laman web yang tidak baik serta melanggar ajaran agama. Media massa juga menjadi faktor kepada kelunturan akhlak moral dengan mengehohkan budaya barat serta amalan mereka yang mempengaruhi pemikiran remeja menyebabkan mereke menggangkap ia sebagai sesuatu yang istimewa dan harus dipatuhi dalam kehidupan mereka.

    4. Pengabaian penghayatan atau pengamalan ajaran agama.
    Setiap agama didunia ini mementingkan akhlak moral serta pembangunan nilai sosial. Apabila. Ajaran agama mula dihabaikan ia menbentuk jalan kepada akhlak yang tidak bermoral. Remaja pada masa kini, menggangakap ajaran serta pengetahuan agama tidak diperlukan untuk mencapai kejayaan dalam hidup serta untuk mengecapi kemewahan. Dimana, ia menjalur kepada kes buang anak atau anak luar nikah, mengambilan arak dan dadah.

    Cara mengatasi masalah ini:

    1. Ibu-bapa harus sedar bahawa sebagai seorang pembimbing kepada anak-anak mereka, mereka harus menunjukkan teladan yang baik dalam kehidupan seharian mereka. Disamping itu, mereka harus menjadi pendengar dan rakan yang baik untuk memahami msalah yang dihadapi oleh anak-anak mereka. Mereka harus berbincang dan menerangkan tentang sesuatu masalah serta masa depan anak mereka. Ia menanamkan kepercayaan didalm diri remaja bahawa mereka dihargai serta meningkatkan hubungan kasih sayang antara mereka.

    2. Remaja harus pandai memilih rakan sebaya supaya ia dapat membimbing kearah yang baik. Melatih atau mengisi diri dengan ajaran agama serta nilai moral supaya dapat membezakan antara keruh dan jernih.

    3. Media massa tidak harus mengebohkan amalan yang diamalkan dibarat yang lebih merujuk kepada naratif kecil dimana kewujudan tuhan diragukan. Kerajaan harus menapis filem-filem dari barat yang tidak sesuai dengan amalan kehidupan kita. Rang undang-undang yang sedia ada harus dugubal balik mengikut peredaran masa supaya ia lebih berkesan untuk menangani msalah kegajala social. Kerajaan harus menambahkan lagi aktiviti-aktiviti untuk para remaja menerusi kementerian belia dan sukan supaya mereka dapat melatih diri mereka untuk menempuhi alam dewasa yang penuh dengan cabaran.

    4. Ajaran agama harus dipatuhi, dimana setiap ajaran agama membimbing umatnya kearah yang baik serta meningkatkan nilai kendiri didalam dirinya. Disamping itu, ia juga dapat membantu para remaja untuk mengatasi naratif-naratif kecil.

    MOHD.KHADZIR OTHMAN (SX101462AWJ04) said:
    03/08/2012 at 2:47 pm

    JAWAPAN 1

    Pada pendapat dan ulasan saya , disebalik penafsiran Professor Zakaria Stapa mengenai fahaman pascamoden ini , mungkin merangkumi beberapa contoh aspek seperti berikut:

    • Penerapan gaya pelbagai budaya bebas dari segala bentuk dan genre setiap zaman yang bertentangan dengan batasan nilai-nilai keagamaan.

    • Mungkin Professor maksudkan ialah fahaman pascamoden ini bermotifkan emansipasi manusia iaitu contohnya tuntutan kaum wanita untuk mendapat persamaan hak kekuasaan dan kebebasan seperti mana kaum lelaki tanpa batasan agama. Bagi saya hal ini sememangnya bertentangan dengan hukum agama sama sekali sekalisgus menimbulkan fitnah. Saya petik hadis nabi Muhammad s.a.w,

    “Tidaklah aku tinggalkan fitnah yang lebih berbahaya bagi kaum laki-laki daripada fitnah kaum wanita”

    • Mungkin juga Professor Zakaria Stapa mengaitkan fahaman pascamoden iaitu melahirkan “desa global” dan “dunia tanpa sepadan. Hal ini sememangnya membuktikan hilangnya kepercayaan dan keyakinan manusia terhadap Tuhan. Ianya seolah-olah mencetuskan fahaman anti Tuhan iaitu tidak yakin lagi terhadap kewujudan Allah s.w.t dan menganggap manusia itu berkuasa dalam segala aspek.

    • Atau juga professor maksudkan fahaman anti agama dan anti Tuhan iaitu fahaman terhadap ketidakperluan beragama dan rasa bertuhan lagi untuk mengatur dan memandu manusia untuk menjalani kehidupan di dunia. Mereka lebih senang dengan ideologi- ideologi yang timbul hasil dari pemikiran manusia (pemikiran barat) yang sememangnya tanpa berlandaskan agama iaitu Al-Quran dan As-Sunnah. hal ini menyebabkan manusia akan terjerumus ke lembah kesesatan akhirnya. Sebagaimana Hadist Nabi S.A.W,

    “Aku tinggalkan kepada kamu 2 perkara. sekiranya kamu berpegang pada kedua-duanya, kamu tidak akan sesat selamanya iaitu kitab Allah (Al-Quran) dan sunnahku” hadis riwat Imam Malik.

    Wallahu’Alam…

    JAWAPAN 2

    Punca-Punca:

    1. Kurangnya Penghayatan, pengetahuan dan amalan didikan agama

    Ini merupakan faktor yang paling kukuh bagi saya. Ianya merupakan faktor paling utama dan kunci segala masalah dan kemungkaran dalam segala aspek. Akibatnya manusia tidak takut kepada dosa dan balasan hari akhirat. Manusia meninggalkan hukum Allah s.w.t sehingga menjadi jahil dan tidak kenal hukum. Pendekatan terhadap islam semakin lama semakin ditinggalkan sehingga manusia keluar dari islam itu sendiri dan seterusnya menjadi asbab terhadap gejala kes bunuh diri, sakit mental, keruntuhan institusi rumahtangga, pergaulan bebas, pembuangan anak dan penagihan dadah.

    2.Lebih cenderung kepada fahaman Madiyah.

    Ini merupakan faktor sampingan bagi saya. Bilamana manusia lebih memandang kearah kesenangan duniawi dan hati telah berpaut pada keindahan dunia yang sementara dan lupa pada kenikmatan dan kekayaan akhirat kekal abadi maka, setiap manusia berlumba2 mengejar kemodenan dunia dan ingin mencapai kenikmatan tanpa batasan. Jesteru itu, timbullah maklamat menghalalkan cara dari pelbagai aspek. Ini ini merupakan faktor wujudnya gejala seperti rompak, ragut, rogol dan cabul dan sebagainya.

    3.Fahaman dan Ideologi Barat.

    Faktor ini bagi saya merupakan faktor umum dan popular di kalangan kita. Fahaman dan pemikiran serta budaya yang ditunjukkan oleh ideologi dan pengamal barat jelas meruntuhkan sistem moral dan keagamaan serta akhlak umat islam secara amnya. terutama mengenai Akidah dan syariat islam. Semua itu merangkumi aspek pemikiran,pendidikan,gaya hidup dan kepercayaan didunia samada melalui media massa,globalisasi dan setara dengannya. Hal ini adalah faktor penyumbang ajaran sesat, kewujudan gay,lesbian,homoseksual dan sebagainya.

    Cara Mengatasi :

    1. Memberi pengetahuan, didikan, pendekatan agama dan moral yang secukupnya .

    Tidak ada cara lain yang lebih berkesan dalam menangani gejala sosial ini melainkan manusia perlu kembali berpegang kepada Al-quran dan As-sunnah secara keseluruhannya. Kita sebagai umat islam khususnya kena yakin terhadap terhadap ubat segala aspek dan masalah hanyalah dalam mengikuti sunnah Nabi S.A.W dan mengamalkan agama secara sempurna di samping taat segala perintah dan laranganNya. Bagi yang bukan islam, kembalilah mengamalkan ajaran dan nilai moral yang diterapkan sepertimana yang dianjurkan oleh setiap agama.

    2. Peranan pemimpin,ulama dan cendiakawan.

    peranan pemimpin dalam penguatkuasaan tindakan terhadap media massa yang menyiarkan bahan yang merosakkan hati dan pemikiran disamping mengamalkan sistem hukum hakam syariat, peranan ulama yang membantu mengadakan ceramah pendidikan,pemikiran dan pendekatan islam terhadap golongan am disamping peranan cendiakawan mengadakan pelbagai kempen kesedaran yang sesuai untuk setiap bangsa,agama dan peringkat umur bagi mengurangkan gejala sosial tersebut.

    Wallahu’Alam…..

    saharini binti hj omar said:
    03/08/2012 at 3:31 pm

    SAHARIINI BINTI HJ OMAR (SX095922AWD04)

    Assalamualaikum Ustaz,

    Jawapan Soalan 1

    Pada pendapat saya, sebagai seorang Islam, Ahli Sarjana Zakaria stapa mempunyai asas yang kukuh untuk mentakrifkan bahawa Pascamodernisme adalah fahaman yang anti-agama dan anti Tuhan. Ini kerana prinsip dan kefahaman Pascamodenisme itu sendiri yang jelas bertentangan dengan ajaran Agama Islam. Pemikiran mereka yang berdasarkan kepada pengertian yang berkait rapat dan cenderung kepada perkara-perkara secular, bebas dan demokrasi liberal adalah bertentangan dengan amalan yang berteraskan kepada agama dan ilmu yang berasaskan kepada agama. Para moderat ini hanya mengutamakan amalan yang berkonsepkan modernism yang empirical, bergantung kepada logic akal serta hanya disokong oleh teori saintifik yang menyebelahi ideologi mereka, walaupun bertentangan dengan ajaran-ajaran mana-mana agama. Aliran pemikiran mereka secara konsisten hanya menjurus kepada dunia dan mengelakkan diri daripada keakhiratan. Pascamodenisma juga jelas cenderung kepada sekularisme, satu sistem etika yang berasakan kepada prinsip-prinsip moral yang tabii dan bebas daripada agama serta kepercayaan kepada Alam Ghaib atau perkara-perkara yang berkaitan dengan ketuhanan.

    Sekular yang menganggap tidak ada kehidupan yang lebih baik lagi selain daripada kebaikan hidup di dunia ini sekarang sangat bertentangan dengan ajaran seluruh agama di dunia yang percaya kepada perkara-perkara spiritual dan kehidupan di akhirat. Sekular itu sendiri membawa maksud sebagai hidup yang berlawanan dengan agama. Dalam sistem pendidikan pun, pengajaran secular hanya menumpukan kepada pelajaran yang mengecualikan pendidikan keagamaan. Selain itu secular yang menerima sesuatu perkara yang berasaskan kepada akal sahaja adalah terlarang dan membawa kepada kekufuran. Ajaran moraliti mereka hanya menyentuh kepada moraliti dan kesejahteraan hidup di dunia sahaja tanpa mempedulikan kewujudan Tuhan atau akhirat dan bebas daripada agama serta wahyu. Perkara-perkara duniawi jelas dipisahkan daripada urusan agama selain mempersoalkan kewujudan Tuhan dan keabadian Roh.

    Islam adalah Addin yang meliputi seluruh cara hidup, cara berfikir dan cara bertindak. Ianya meliputi sistem politik, pendidikan, ekonomi, social dan undang-undang. Islam dengan jelas menolak pemikiran Pascamodernisme yang memisahkan dunia dan akhirat sepertimana doa Iftitah yang kita baca selepas takbir pertama solat yang membawa maksud “ Sesungguhnya Sembahyangku, Ibadatku, Hidupku dan Matiku adalah bagi Allah Tuhan yang mentadbir sekalian alam..”

    Jawapan Soalan 2

    A. PUNCA

    Adalah tidak menyelesaikan masalah untuk menunding jari kepada mana-mana pihak dalam mencari punca yang menyebabkan masalah sosial dan jenayah meningkat di negara kita. Namun punca-puncanya perlu dikenalpasti bersama dahulu sebelum kaedah-kaedah untuk mengatasinya dicadangkan.

    1. Institusi Kekeluargaan
    Kerapuhan institusi kekeluargaan boleh memberi tekanan kepada kehidupan anak-anak dan remaja masa kini. Kekalutan dalam institusi kekeluargaan hingga menghilangkan rasa kasih dan sayang, hormat-menghormati serta saling memerlukan boleh menjuruskan kepada perpecahan kepada semua ahli keluarga. Kemerosotan dari segi asuhan, didikan, bimbingan serta kawalan oleh ibubapa serta penjaga boleh membawa kepada keruntuhan akhlak anak-anak. Kemelut-kemelut lain yang membawa kesan negatif termasuklah daripada pertengkaran dan perpisahan ibubapa.

    2. Ekonomi
    Mereka yang terlibat dengan masalah sosial ini bukan sahaja datang daripada keluarga miskin tetapi juga daripada golongan yang berada atau yang mempunyai latarbelakang yang baik. Sikap mengejar kemewahan atau kesibukan bekerja dan penglibatan dalam aktiviti-aktiviti sosial kerana faktor survival dan keperluan semasa yang mendesak menyebabkan ahli-ahli keluarga sudah kurang mempunyai masa dan kesempatan untuk bersua muka bercakap, berbincang dan berdamping antara satu sama lain. Keadaan sebegini boleh menyebabkan remaja dan ahli keluarga membawa cara hidup sendiri tanpa panduan dan pengawasan oleh ahli-ahli keluarga hingga menyumbang kepada pergaulan bebas dan sebagainya. Kemanjaan yang melampau melalui pemberian wang dan lain-lain hanya menggalakkan anak-anak kepada berfoya-foya, lepak dan sebagainya. Semuanya ini boleh memberi kesan negatif melalui pengaruh rakan-rakan sebaya yang rosak akhlak dan tidak berilmu.

    3. Pengaruh Persekitaran
    Ianya termasuk media yang turut bertanggungjawab membentuk perilaku remaja dan masyarakat. Paparan yang kurang sihat secara meluas menyebabkan masyarakat terikut-ikut hingga melahirkan rasa ingin tahu dan mencubanya. Begitu juga dengan pengaruh-pengaruh lain seperti di sekolah yang berpunca daripada tekanan dan pergaulan dengan pelajar yang bermasalah. Dasar langit terbuka dan globalisasi atau dunia tanpa sempadan memburukkan lagi keadaan terutama melalui pencapai internet yang tidak terkawal. Khayalan dan seks menjadi menu harian tanpa sebarang kawalan dan batasan.

    4. PATI
    Migrasi pendatang haram yang ramai dan tidak terkawal turut menyumbang kepada masalah-masalah sosial tersebut. Kebanyakan pendatang berkenaan membawa budaya negatif ke dalam masyarakat kita termasuk yang bêrtentangan dengan tatasusilaan dan nilai budaya ketimuran yang selama ini diamalkan oleh rakyat Malaysia.

    5. PENDIDIKAN
    Kurang pendidikan dan agama juga membawa kepada masalah yang menyumbang kepada keruntuhan akhlak dan masalah sosial. Ramai rakyat kita yang tercicir dalam pelajaran dan tidak mempunyai pekerjaan yang tetap terlibat dengan jenayah. Tanpa pendidikan yang sempurna ramai terutama remaja yang sukar untuk membezakan antara yang batil dan yang hak. Mereka ini hanyut dengan arus kemodenan, tiada pegangan dan pendirian serta tidak mampu untuk menangkis pengaruh yang negatif. Malahan mereka akhirnya boleh terjebak dan mengamalkan gaya hidup yang negatif dan tidak diterima masyarakat.

    B. CARA MENGATASI

    Tidak ada cara yang lebih baik untuk mengatasi kemunculan kumpulan naratif kecil, jenayah, keruntuhan akhlak dan masalah sosial yang lain kecuali dengan ilmu. Bak kata bidalan “ Buruk dibuang dengan rundingan, baik ditarik dengan muafakat”. Semua pihak perlu memainkan peranan dan tanggungjawab masing-masing dengan sebaik mungkin untuk bersama-sama memikul tanggungjawab dan amanah yang diberikan. Para-para pemimpin perlu memikirkan kaedah terbaik secara rundingan atau melalui peraturan dan perundangan dengan dasar yang lebih berkesan bertujuan untuk membendung masalah tersebut daripada terus berlaku dan menular demi kepentingan dan kesejahteraan hidup masyarakat. Para ibubapa yang bertanggungjawab dalam melahirkan manusia di muka bumi ini perlu memainkan tanggungjawab yang diamanahkan dengan membesarkan anak-anak mereka melalui perbincangan, kasih sayang dan pendidikan yang terbaik. Setiap bayi yang dilahirkan adalah bersih dari segala-galanya termasuklah dosa. Menjadi peranan ibubapa untuk tidak mempalitkan kekotoran ke dalam kehidupan anak-anak mereka. Para guru pula hendaklah ikhlas dalam menyemaikan pendidikan kepada semua anak-anak murid mereka dengan ilmu yang mencukupi terutama ilmu agama agar mereka nanti akan menjadi insan yang berguna dan berakhlak. Semoga para guru berjaya melahirkan generasi yang cerdik melalui pendekatan akademik yang efisen kerana orang yang cerdik tidak akan membuat suatu yang bodoh. Masyarakat pula hendaklah bertindak sebagai mata dan telinga yang sentiasa peka terhadap apa yang berlaku disekeliling mereka. Mereka perlu bersama-sama menjaga tepi kain sesama sendiri bagi mengekang aktiviti yang tidak bermoral daripada terus berlaku. Laporkan segera kepada pihak Polis jika terdapat aktiviti yang meragukan dan memberi tahu ibubapa jika anak-anak mereka terlibat sama. Media juga boleh membantu dengan menimbulkan tahap kesedaran yang tinggi kepada rakyat Malaysia melalui hebahan yang positif.
    Kesimpulannya, semua pihak perlu menjadi contoh yang baik atau role model untuk ikutan generasi yang akan datang dalam usaha menangani masalah sosial dan jenayah semasa. Sabda Rasullullah S.A.W. yang bermaksud “ Islam itu akhlak yang baik”.

    Sekian terima Ustaz

      HambaAllah said:
      05/08/2012 at 9:41 am

      The best comment among all the replies.. Congratulation

    eling said:
    03/08/2012 at 7:36 pm

    Soalan 1
    Tatkala membicarakan persoalan Pemikiran Pascamodenisme, ahli sarjana Zakaria Stapa telah berpandangan bahawa pascamodenisme ini adalah fahaman yang anti agama dan anti tuhan.

    Soalannya :
    Cuba huraikan maksud disebalik pentakrifan ini menurut pandangan anda.

    Pemikiran pascamoden bermula daripada sekitar tahun 1930an dengan kemunculan seorang pengarang Belanda yang bernama Federio De Onis dalam bukunya “Antologia De La Poesia Espanola Ahispanoamericana” pada tahun 1934 ( featherstone,1988:202 ). Kemudian muncul pula beberapa pemikir Barat seperti Jean Francois Lyotard, Michel Foucault, Jacques Derida, Habermas dan jean Baudrillard. Pascamoden merupakan respon atau reaksi terhadap pemikiran moden.

    Pemikiran pascamoden menurut ahli sarjana Zakaria Stapa menyatakan bahawa ianya adalah fahaman yang anti agama dan anti tuhan. Maka, pandangan saya mengenai persoalan ini adalah ianya merujuk kepada kepentingan manusia mempunyai kebebasan diri untuk menjalani dunia tanpa sebarang ikatan kepada sebarang bentuk tradisi termasuk Tuhan dan agama. Berikutan daripada itu menjadikan masyarakat hidup dalam hipokrit dan tidak mempunyai garis panduan serta agenda terhadap apa yang dilakukannya. Masyarakat yang hidup dalam dunia yang bebas juga tidak akan mempunyai ketuhanan dalam diri dan tidak akan memahami konsep kebenaran.

    Pemikiran ini juga tidak mempunyai personaliti dan telah kehilangan kerasionalan dimana manusia tersebut tidak dapat menentukan dan merasionalkan sesuatu untuk dirinya sendiri kerana segala-segalanya telah ditentukan dan hanya mengikut bahasa dan juga budaya di tempat mereka hidup. Manusia tersebut juga bebas melakukan apa sahaja tanpa perlu memikirkan pendapat orang lain dan tidak memikirkan tuhan dalam segala hal.

    Manusia yang mengamalkan anti agama juga akan menganti agama lain selain agama mereka sendiri. Anti tuhan ini adalah ‘free-thinker’ dimana tidak terikat pada ajaran agama yang mana mereka bebas serta beranggapan tuhan adalah tidak wujud. Ia membawa manusia kepada penolakan agama dan menjauhi tuhan. Manusia ini juga tidak meletakkan tuhan di tempat yang teratas di mata. Pemikiran pascamoden lebih mudah tersebar dengan meluas dengan adanya perkembangan teknologi maklumat, metodologi dan cabaran baru.

    Soalan 2 :
    Kemunculan naratif kecil seperti golongan gay, lesbian, biseksual, ajaran sesat serba sedikit berjaya mempengaruhi fitrah asal kejadian manusia. Namun di sebalik ancaman naratif kecil, peningkatan kadar jenayah 2012 seperti kes bunuh, rompak, ragut, rogol dan cabul serba sedikit meletakkan keselamatan rakyat di Malaysia ini berada di dalam keadaan tidak selamat dan terancam, ini tidak termasuk lagi dengan kes sosial seperti peningkatan kes bunuh diri, sakit mental, keruntuhan institusi rumahtangga, pergaulan bebas, pembuangan anak dan penagihan dadah.

    Soalannya :
    Apakah punca-punca yang menyebabkan masalah ini berlaku ? Dan apakah cara yang terbaik untuk mengatasinya ?

    i) Punca-punca

    Pada masa ini gejala sosial telah menjadi satu isu yang membimbangkan. Gejala ini hampir wujud di seluruh negara dan tidak terkecuali negara kita sendiri. Kebanyakannya mereka yang terlibat dalam gejala yang tidak sihat ini adalah terdiri golongan remaja dan belia, tidak kira lelaki mahupun perempuan yang mempunyai sebab-sebab tertentu seperti kurang mendapat perhatian dari keluarga dan terdiri dari orang bersifat agresif, berani dan liar.

    Pengaruh rakan sebaya adalah salah satu perkara yang menjadi punca berlakunya gejala sosial. Perkara ini sering berlaku di kalangan remaja-remaja sekarang yang hidup di dalam alam penuh dengan kemajuan. Ini adalah kerana remaja pada masa sekarang lebih mesra dengan rakan mereka kerana ibubapa sibuk dengan urusan kerja dan lain-lain. Ada sesetengah remaja meluangkan masa hampir penuh bersama rakan-rakannya. Disebabkan itu, remaja sekarang lebih mengenali rakan mereka berbanding dengan ibubapa sendiri dan lebih mempercayai rakan mereka daripada keluarga atau ibubapa.

    Sikap keluarga dalam mendidik dan mengasuh anak-anak mereka juga adalah menjadi satu sebab kenapa remaja dan belia sekarang terlibat dalam gejala sosial. Terdapat ibubapa yang tidak begitu perihatin tentang sifat dan kelakuan anak-anak mereka sendiri seperti membiarkan anak-anak mereka hidup bebas tanpa teguran dan bimbingan yang perlu diberikan kepada anak-anak mereka. Ada sesetengah ibubapa juga tidak menetapkan peraturan-peraturan yang tertentu dalam hidup berkeluarga yang boleh mengakibatkan anak-anak mereka bebas melakukan sesuatu perkara dan seterusnya mempunyai risiko tinggi terlibat dalam gejala yang tidak baik.

    Selain itu, hak anak-anak dalam menentukan pilihan mereka sendiri juga tidak kurang penting untuk di ambil kira sama ada dalam hal yang berkaitan dengan masa depan mahupun tentang pembelajaran mereka. Ibubapa seharusnya bersifat terbuka mengenai perkara seperti ini kerana anak-anak mereka juga perlu membuat pilihan sendiri bagi menentukan nasib mereka untuk masa depan. Ibu bapa tidak seharusnya sesuka hati membantah kemahuan anak dalam hal yang berkaitan dengan hak mereka. Ini adalah kerana proses para remaja untuk meningkat ke alam dewasa memerlukan ketenangan fikiran. Jika kemahuan mereka tidak dihiraukan ataupun dibantah oleh ibubapa dengan keras berkemungkinan besar akan berlaku pemberontakan di dalam jiwa anak-anak atau remaja tersebut yang akhirnya boleh mengakibatkan mereka merasa bosan dengan hidup sedemikian.

    Pengaruh media massa juga menjadi sebab-sebabnya. Dalam alam yang pesat dengan kemajuan teknologi ini remaja sekarang dengan senangnya boleh mendapatkan keseronokan dan kegembiraan. Namun yang membimbangkan adalah kesan negatif dari kemajuan teknologi itu sendiri. Sebagai contoh, hampir semua remaja pada sekarang mempunyai alat permaian “video game” yang sesetengah permainan melibatkan remaja atau seseorang itu untuk memainkan watak-watak sebagai pembunuh dan pengganas. Ini adalah bahaya kerana remaja boleh saja melakukan perkara tersebut dalam dunia nyata dan berani mencederakan orang di suatu hari nanti. Justeru itu di sebalik keseronokan yang terdapat pada teknologi yang ada sekarang terdapat juga kesan-kesan yang boleh mengakibatkan seseorang itu terlibat dalam gejala sosial.

    Punca-punca sedemikian perlu di tangani bersama bagi mengurangkan masalah gejala yang tidak sihat. Kerana gejala sosial ini bukan sahaja berpunca dari ibupapa atau keluarga namun boleh dikaitkan dengan kemajuan yang kita capai pada masa sekarang. Oleh itu sebagai ibubapa adalah perlu untuk mengawal anak-anak mereka dan memberi mereka kasih sayang serta panduan yang berguna agar anak-anak mereka menjadi orang yang berguna di mata masyarakat.

    ii) Cara-cara mengatasi masalah

    1. Peranan ibu bapa adalah amat penting dalam memberikan perhatian yang serius terhadap anak-anak mereka. Ibu bapa mestilah memperhatikan setiap gerak-geri atau pergerakan anak-anak mereka. Ibu bapa hendaklah sentiasa mengetahui dan mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh anak mereka serta sanggup meluangkan masa untuk mengatasai masalah tersebut. Ibu bapa juga seharusnya mengetahui rakan-rakan anak mereka dan sentiasa memastikan anak-anak mereka berkawan dan bergaul dengan mereka yang mempunyai kedudukkan moral yang baik.

    2.Remaja itu sendiri perlu ada kesedaran diri sendiri dalam menghadapi dunia yang penuh mencabar. Dalam soal ini, pemilihan rakan sebaya turut memainkan peranan dalam membentuk sahsiah diri remaja. Remaja perlu memikirkan baik atau buruk serta akibat sebelum melakukan sesuatu perbuatan dengan mendapatkan pandangan daripada ibu bapa dan guru. Untuk mengelak dari terjebak dalam masalah sosial ini, remaja boleh melibatkan diri secara aktif dalam sukan & kem motivasi yang dianjurkan oleh jabatan kerajaan atau pertubuhan bukan kerajaan.

    3. Pendidikan merupakan elemen penting dalam strategi pencegahan dan sekolah merupakan institusi penting bagi melahirkan masyarakat Malaysia yang bebas dari gejala sosial. Kementerian Pelajaran telah diberi tanggungjawab bagi mengenal pasti, merancang serta melaksanakan segala program dan aktiviti tindakan berhubung dengan pendidikan pencegahan masalah sosial di peringkat sekolah dan IPT untuk mewujudkan pemikiran generasi muda supaya menjauhi gejala sosial, menyediakan alternatif berfaedah yang dapat mencegah daripada terlibat dengan gejala sosial juga mewujudkan persekitaran yang menjadikan masalah sosial itu dibenci dan jijik.

    khairul azuani b tukimin (sx095344eed04) said:
    03/08/2012 at 10:44 pm

    Mengikut pentakrifan saya,Zakaria stapa cuba untuk menerangkan bahawa pascamoden adalah satu bentuk penjajahan pemikiran atau ideologi baru kepada umat islam masa kini. Dimana pimikiran pascamoden ini di nilai dan di bentuk hanya berteraskan kepada hawa nafsu, kebebasan, lebih terbuka tanpa berteraskan kepada disiplin ilmu dan syariat. Hasil daripada pemikiran ini maka dapat di lihat pemikiran pascamoden lebih kepada anti agama dan anti tuhan kerana mereka sering menggunakan alasan dan hujah kebebasan bagi menghalalkan apa yang haram tanpa mengambil kira batas dan had dalam beragama.

    Faktor-faktor berlakunya masalah sosial

    1.Perasaan Ingin Tahu dan Ingin Mencuba

    Remaja ialah mereka yang berumur 18 tahun ke bawah. Pada peringkat usia ini, mereka
    mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi. Justeru apa-apa sahaja perkara baru yang
    terjadi di sekeliling mereka akan mengundang perasaan ingin tahu dalam kalangan remaja.
    Secara tidak langsung membuatkan mereka terdorong untuk mencuba dan melakukan
    perkara-perkara tersebut. Perasaan begitu sebenarnya adalah baik untuk remaja, namun
    yang menimbulkan masalah apabila mereka tiada ‘guide line’ dari orang-orang yang
    sepatutnya, umpamanya para ibu bapa, keluarga, jiran dan sebagainya. Jadi perasaan ingin
    tahu remaja akan mendorong mereka melakukan apa ingin dilakukan tanpa memikirkan baik
    atau buruknya perkara perkara tersebut.

    2.Pengaruh Rakan Sebaya

    rakan-rakan merupakan orang yang rapat dengan mereka. Rakan yang baik, boleh
    membimbing mereka kepada kebaikan, namun jika tersilap memilih kawan, akan
    mempengaruhi mereka kepada perkara-perkara yang buruk. Selain itu sikap remaja turut
    menyumbang kepada gejala sosial, kadangkala mereka ini terlalu mudah mempercayai orang
    lain. Umpamanya, jika mereka merasakan rakan-rakan mereka lebih rapat dan lebih
    memahami, dengan mudah mereka akan mengikut apa yang dilakukan oleh rakan-rakan.
    Mereka lupa bahawa “kawan juga kadangkala boleh makan kawan”. Dalam keadaan ini ramai
    para remaja terjerumus ke dalam gejala sosial.

    3.Pengaruh Media Massa

    Media massa juga menjadi penyumbang kepada berlakunya gejala sosial dalam kalangan
    para remaja hari ini. Tidak semuanya apa yang dipaparkan di media massa itu memberikan
    kesan yang buruk. Namun, ada segelintir program-program dan drama-drama yang
    memaparkan pergaulan bebas dalam kalangan remaja, program-program realiti televisyen,
    serta rancangan-rancangan yang bersifat hiburan semata-mata mempengaruhi para remaja
    dengan perkara yang tidak baik. Umpamanya corak pergaulan remaja yang jauh dari nilainilai ketimuran, cara berpakaian yang kurang sopan dan gaya hidup yang mengikut cara barat. Terdapat juga unsur-unsur lucah dan mengghairahkan terdapat dengan mudah dipasaran sama ada dalam bentuk bercetak, CD, atau lain-lain selain dari itu bahan media ini
    mudah diperolehi.

    4.Kurang didikan agama.

    Melentur buluh biarlah dari rebung. Jika sesebuah intitusi kekeluargaan menitik beratkan didikan agama yang cukup bermula dari rumah dan sekolah apabila meningkat dewasa anak-anak yang baru mengenal dunia luar akan mula belajar serta berhadapan dengan pelbagai cabaran baru dalam hidup mereka. Pda saat ini lah ilmu dan didikan yang telah diberikan akan digunakan dengan sebaiknya dan menjadi benteng dalam setiap tindakan yang mereka lakukan.

    5.Dunia tanpa sempadan

    Kedatangan abad ke 21 telah menyaksikan dunia globalisasi menerjah masuk ke dalam jiwa anak-anak muda ke Negara ini. Bertitik tolak dari itu, kita dapat lihat pelbagai kemajuan dan teknologi menerjah masuk tanpa sempadan dan had. Berunca dari itu anak-anak masa kini lebih mudah mendapatkan maklumat dan mudah terpengaruh dengan agenda dan budaya barat. Pelbagai serangan dari pelbagau sudut sedikit demi sedikit menjadi ikutan remaja masa kini. Budaya, sukan, muzik, seks, fesyen dan ideology menjadi “tuhan” baru dalam jiwa remaja abad ini.

    Langkah-langkah mengatasi

    1.Pendidikan bermula dari rumah

    Anak-anak ibarat kain yang putih, ibu bapa yang mencorakannya. Pendidikan agama dan moral seharusnya bermula dari rumah. Pendidikan awal mampu menjamin anak-anak membina sahsiah yang berkualiti.bahkan ia turut membantu anak-anak mengharungi zaman remaja mereka yang penuh dengan cabaran globalisasi serta menepis dakyah dan budaya barat yang semankin mengancam zaman remaja masa kini.

    2.Peranan kerajaan/pemimpin dan ulama’

    Pada dunia masa kini yang penuh dengan cabaran globalisasi, umarak dan ulama perlu memainkan peranan masing-masing. Mereka perlu duduk dan berjalan seiiringan demi mencari penyelesaian dalam menghadapi masalah social yang kian meningkat.

    3.Islam agama Ad-Din
    Kita tidak dapat lari dari kembali kepada islam dan disiplin ilmu. Penerapan dan menerima Islam seluruhnya, kerana Islam itu agama yang sempurna dan syumul, yang terdiri dari akidah dan keimanan, syariah dan undang-undang, ihsan atau akhlak juga terkenal dengan tasauf. Penerimaan dan
    penghayatan terhadap ketiga-tiga asas ini adalah wajib demi menjamin kepada pendidikan yang sempurna seterusnya melahirkan generasi yang berkualiti.

    4.Kesedaran ibu bapa, diri sendiri dan semua pihak.

    berpegang kepada prinsip saling mengambil berat sesama islam, proses ini perlu bagi menimbulkan kesedaran sesama mereka. nasihat dan teguran tidak hanya terhad dalam lingkungan kekeluargaan semata-mata. malah ia lebih bernilai dan harmoni jika sikap tegur menegur,nasihat dan ambil peduli sesama islam dan remaja dapat di praktikan. sejajar dengan amalan ini, ia amat penting bagi mewujudkan satu kesedaran apabila seseorang itu telah atau melakukan kesilapan di bawah norma kehidupan dan nilai budaya, adat resam di negara ini.

    Suba (SX095931KKD04) said:
    04/08/2012 at 1:16 am

    Soalan 1

    Pada pendapat saya, pascamodenisme bermaksud, manusia mempunyai kebebasan yang mutlak untuk menjalani kehidupan duniawi tanpa sebarang ikatan kepada sebarang bentuk ajaran agama atau sistem nilai. Dengan berkembangnya pasca moden pada era globalisasi, maka gerakan kebebasan semakin berkembang. Keterbukaan terhadap pengaruh baru memudahkan penyebaran idea. Ini dapat diperhatikan melalui apa yang berlaku pada negara bangsa di dunia yang menikmati kebebasan ekonomi. Negara tersebut akan menuntut pula kebebasan politik. Bagi bangsa yang telah merasakan demokrasi, ia akan menuntut kebebasan individu. Manusia bebas melalui kehidupan yang diingininya sebagaimana yang dimaksudkan pasca moden.

    Soalan 2

    Kemunculan naratif adalah disebabkan berlakunya kemerosotan nilai murni dalam kehidupan individu dan masyarakat. Manakala, sikap mementingkan diri sendiri dan cemburu akan kesenangan dan kejayaan orang lain mendorong berlakunya perbuatan jenayah akibat penyakit social.

    Sikap ibubapa yang gagal dalam mendidik dan mengasuh anak-anak mereka menyebabkan berlakunya gejala sosial. Terdapat ibubapa yang tidak begitu perihatin tentang sifat dan kelakuan anak-anak mereka sendiri seperti membiarkan anak-anak mereka hidup bebas tanpa teguran dan bimbingan yang perlu diberikan kepada anak-anak mereka.

    Pengaruh rakan sebaya. Perkara ini sering berlaku di kalangan remaja-remaja sekarang yang hidup di dalam alam penuh dengan kemajuan. Ini adalah kerana remaja pada masa sekarang lebih mesra dengan rakan mereka kerana ibubapa sibuk dengan urusan kerja dan lain-lain.

    Pengaruh media massa juga menjadi sebab-sebabnya. Kemajuan teknologi yang pesat memberi jalan kepada anak-anak dengan senangnya boleh mendapatkan keseronokan dan kegembirann.

    Cara-cara mengatasi masalah

    Perkara pertama yang diseru oleh Rasulullah s.a.w. ketika mengajak kaum dan keluarga
    baginda kepada Islam ialah kembali beriman kepada Allah Taala. Inilah jalan penyelesaian
    yang sebenar bagi segala jenayah dan penyakit sosial.

    Peranan ibu bapa adalah amat penting dalam memberikan perhatian yang serius terhadap anak-anak mereka. Ibu bapa mestilah tingkatkan penghayatan anak-anak terhadap agama, nilai-nilai murni, motivasi, melatih anak cara bersopan, prinsip-prinsip akauntabiliti, tepati janji, berketerampilan, menunjukkan keperibadian yang mulia, amanah, sanggup menerima kelemahan diri serta meneroka potensi anak.

    Pendekatan akademik boleh dilakukan dengan menambahkan aktiviti-aktiviti berteraskan akademik dan separa akademik seperti kegiatan ko-kurikulum di sekolah.

    Penguatkuasaan Undang-Undang oleh pihak berkuasa seperti polis. Bidang kuasa polis yang sedia ada perlu digunakan oleh pihak pentadbir sekolah dalam mendisiplinkan pelajar-pelajar.

    Kerjasama daripada semua lapisan masyarakat. Masyarakat yang beretika mempunyai tanggungjawab sosial dan moral yang kukuh dalam membanteras pelbagai bentuk jenayah.

    MOHD AFZAI NIZAM BIN CHE AHMAD (SX095915AWD04) said:
    04/08/2012 at 1:21 am

    Jawapan Soalan 1:

    Pemikiran pascamoden amat sukar didefinisikan dan merupakan suatu idea yang tidak jelas. Selain itu, pasca-moden bukanlah suatu teori mahu pun konsep, ianya lebih bersifat suatu sikap atau minda yang skeptikal (ragu-ragu) atau estetik (nilai) yang menolak segala bentuk teori yang menerangkan berkenaan fenomena sosial. Pemikiran pascamoden menekankan bahawa mana-mana teori yang mendesak atau menurut sesuatu perlu ada asas pembentukan atau dasar alasan yang jelas untuk mewujudkan sesuatu tuntutan pengetahuan dan perlunya penyertaan asas epistemologi. Pengaruh pemikiran pascamoden ini meresap masuk dan mencabar pelbagai bidang ilmu misalnya kerohanian, keagamaan, pendidikan, kesenian dan kesusateraan.

    Elemen-elemen yang menjadi asas kepada pemikiran pascamoden boleh dirumuskan seperti berikut:
    a. Ia dihidupkan oleh ruh pluralisme, mempunyai keraguan yang tinggi terhadap asas-asas tradisional, dan memisahkan kemanusiaan daripada alam (menghancurkan vertikaliti Tuhan-alam-manusia dalam tradisionalisme)
    b. Media menjadi nadi dan pusat dinamiknya.
    c. Ia berpasangan dengan fundamentalis agama-etnik, iaitu mempunyai sikap fundamentalisme (istilah fundamentalisme yang diberikan awal dahulu terhadap gerakan fanatik Kristian Protesten), dan gusar kepada sesuatu yang di luar perkiraannya.
    d. Ia terikat dengan masa lalu, walau bersikap memprotes terhadap masa lalu tersebut
    e. Mempunyai prasangka terhadap demokrasi, tetapi dalam masa yang sama dirinya sendiri mempunyai elemen kelas seperti yang terdapat dalam kapitalisme (kapitalis-liberal adalah teras demokrasi). Dimana, golongan yuppies bandar (kelas baru dari produk kapitalisme) adalah teras yang menjadi agen katalisnya.
    f. Ia berpusat di metropolis (bandar)
    g. Ia berkembang biak di atas jukstoposisi perbincangan/perdebatan (sintesis), subur dengan eklektisisme (bauran falsafah) dan bauran imej dan media.
    h. Ia tidak memberikan satu bahasa/komunikasi yang mudah dan licin (sukar difahami).

    Kesimpulannya, pemikiran pasca-moden dilabel sebagai sebuah gerakan pemikiran yang tidak jelas, kabur, bercelaru, dan skeptikal, namun pastinya golongan pascamoden mempunyai suatu hala tuju atau matlamat yang tidak perlu direkod atau di bukukan, sebagai rujukan oleh pelbagai pihak. Ironinya, adalah mustahil sekali bila dikatakan para pendukung gerakan ini tidak mempunyai asas yang kuat terhadap persoalan daripada segenap sudut. Secara peribadi, kebenaran adalah hasil yang hanya dapat dilihat setelah usaha ke arah itu dapat dilaksanakan. Namun, bagaimana hasil itu dapat diusahakan seandainya musuh-musuh (kritikan yang menghalang) kepada proses tersebut.

    Jawapan Soalan 2:
    Punca punca yang menyebabkan masalah-masalah sosial bolehlah dirumuskan seperti berikut:-
    a. Pengaruh rakan sebaya – tersalah pilih kawan – terjerumus dalam masalah sosial dengan melakukan aktiviti yang tidak berfaedah dan memudaratkan diri – tidak ada benteng ketahanan diri – berasa seronok berada dalam kelompok kawan yang mampu memberi kegembiraan.
    b. Pengaruh media massa – sama ada media cetak atau media elektronik -dipaparkan dengan filem-filem atau cerita-cerita ganas dan berunsur seks – filem dan bahan tidak bermoral boleh didapati dengan mudah menyebabkan seseorang itu terpengaruh, meresap dalam diri dan cuba untuk melakukannya.
    c. Masalah dalam keluarga – pertengkaran ibu bapa, kurang kasih sayang, bebanan tugas – remaja tertekan dan emosi terganggu – ambil jalan keluar dengan lari dari rumah, mengikut kawan-kawan, mengambil dadah dan sebagainya – sebagai usaha meredakan tekanan dalam diri.
    d. Perasaan ingin mencuba –emosi yang sangat suka kepada sesuatu yang baru – apabila melihat sesuatu aksi / membuat sesuatu yang menyeronokkan mereka akan terikut-ikut. Seperti aksi merempit, hubungan seks dan sebagainya.
    e. Kurang didikan agama –kurang menghayati didikan agama –tidak takut kepada dosa dan kepada balasan hari akhirat –lebih pentingkan keseronokkan walaupun bertentang dengan nilai dan agama – masyarakat pula mengamalkan budaya lihat dan pandang tetapi ada usaha menegur.
    f. Kekangan ekonomi- kos kehidupan yang mendesak dan terpaksa mencari alternatif yang mudah dan cepat.
    g. Kerapuhan sistem dan institusi perundangan- hukuman yang dikenakan kepada pesalah tidak setimpal- majoriti pesalah telah mempunyai rekod jenayah lampau.

    Langkah-langkah membendung masalah-masalah ini:-

    a. Didikan agama dan moral yang mencukupi untuk menjadi membenteng diri daripada pelbagai pengaruh –berasa bersalah melakukan perkara yang bertentangan dengan nilai-nilai agama – secara tidak langsung akan menolak gejala buruk yang datang.
    b. Ibu bapa perlu memberi kasih sayang secukupnya kepada anak-anak – anak-anak rasa diri mereka dihargai dan disayangi – mereka akan menjaga maruah diri, maruah ibu bapa dan maruah keluarga – bak kata pepatah bagaimana acuan begitulah kuihnya.
    c. Penguatkuasaan oleh pihak berkuasa – tindakan terhadap media massa yang menyiarkan bahan atau filem berunsur ganas dan seks yang boleh mempengaruhi jiwa masyarakat. Garis panduan yang lebih telus dan jelas digubal untuk memastikan tiada filem atau bahan yang boleh merosakkan jiwa masyarakat.
    d. Menggubal dan meminda undang-undang – berlandaskan agama islam seperti hudud, qisas dan takzir yang lebih setimpal dan memberi pengajaran jelas kepada masyarakat. Al-Quran dan Hadith dijadikan sumber rujukan.
    e. Memperbanyakkan aktiviti dakwah dan kempen kesedaran– mendekatkan masyarakat dengan institusi agama seperti masjid dan surau- mengingatkan tentang impak negatif atau kemudaratan yang akan perolehi jika terlibat dengan masalah sosial seperti penyakit, kecederaan, kematian dan kemusnahan hidup.

    Pemuda adalah harapan bangsa dan pemudi ialah tiang negara. Semua pihak harus memainkan peranan untuk mengurangkan masalah sosial yang boleh menjejaskan keharmonian dan kesejahteraan masyarakat.

    Norhafsah Binti Selamat said:
    04/08/2012 at 2:24 am

    (SX091658AWJ04) – Norhafsah

    Jawapan soalan 1 :

    Menurut pandangan saya, maksud disebalik pentakrifan oleh ahli sarjana Zakaria Stapa berhubung isu pascamodenisme adalah perkaitan reaksi dan tindakan manusia dari dahulu lagi sehingga terhadap era selepasnya berlaku satu-persatu alam kemodenan yang mana perubahan itu akan membawa erti kepada perubahan pengetahuan dan pemikiran sejagat dan akhirnya akan membawa kepada satu penafian terhadap wahyu yang diturunkan kepada pandangan dunia serta agama islam pada masa kini. Kelangsungan itu akan menyebabkan manusia lebih gemar dengan kebebasan tanpa akan memikirkan akan hukum hakam daripada Allah s.w.t serta had agama islam.

    Jawapan soalan 2 :

    i) Punca-punca yang menyebabkan peningkatan jenayah dan kes sosial adalah kerana :-

    1) Tiada Pegangan Agama.

    Orang yang sedemikian adalah orang yang hanya memikirkan perkara keduniaan dan bukan kepada bekalan akhirat kelak. Melakukan sesuatu yang diharamkan oleh agama, sering melakukan perbuatan terkutuk dan keji (berzina) dan lupa kepada perkara yang wajib suruhan oleh Allah s.w.t

    2) Keruntuhan Tali Silaturrahim Antara Keluarga/Masyarakat/Jiran/Sesama Islam.

    Majoriti rakyat sekarang ramai mengamalkan sikap buat hal masing-masing,dalam erti kata lain ‘ buat tak tahu ’. Disini contohnya bagi Jiran, sekiranya tiada hubungan baik diantara sesama jiran, akan berlaku permasalahan sekiranya terjadi sesuatu perkara yang tidak diingini. Salah satu punca juga daripada keluarga adalah penceraian dan pergaduhan oleh ibu bapa, anak-anak akan mengalami tekanan dan kebanyakkannya akan mengambil langkah pintas seperti tidak balik ke rumah, meminum arak, membunuh diri dan sebagainya.

    3) Pengaruh Luar (Rakan-rakan, Budaya Luar, Media Cetak dan Elektronik)

    Peredaran zaman serba canggih dan terkini, banyak mempengaruhi minda serta pemikiran individu tertentu terutamanya golongan remaja. Seiring perjalanan serba moden, tahap ingin mencuba bagi golongan ini adalah amat tinggi. Pengaruh budaya luar dapat dilihat dengan cara pemakaian yang mendedahkan aurat bagi umat islam, talian sosial yang banyak melalaikan, wujudnya web-web lucah, perjudian atas talian dan sebagainya.

    4) Taraf Kehidupan Yang Tinggi / Masalah Kewangan

    Dalam menjalani perkembangan ekonomi yang maju dan peredaran zaman yang semakin moden, peningkatan barang disekeliling juga akan meningkat. Berpunca dari itu juga, salah satu keperluan penting dalam kehidupan bagi setiap individu adalah amat tinggi. Bagi individu yang memerlukan jalan singkat, salah satu cara adalah dengan merompak,menipu secara mengemis dan sebagainya.

    ii) Cara untuk mengatasinya adalah :

    1) Bertaubat dan bersih hati pada diri sendiri.

    Muhasabah diri, melakukan solat taubat nasuha, memperbanyakkan istighfar, memohon keampunan, berzikir dan membaca Al-Quran moga diberi petunjuk dan hidayah oleh NYA.

    2) Mengeratkan tali Silaturrahim Antara Sesama Umat.

    Perlu bertegur sapa,bantu membantu dan saling hormat menghormati. Jauhkan sikap mementingkan diri sendiri dan bongkak dengan kekayaan dunia semata-mata. Melibatkan diri dengan aktiviti bersama-sama keluarga

    3) Menggunakan kemudahan teknologi dengan sebaik-baiknya.

    Seseorang itu janganlah menggunakan kemudahan yang telah diberikan dengan tindakan yang tidak betul. Perlu bersyukur dengan kemudahan yang ada.

    4) Melakukan perkara yang baik dan kerja yang halal.

    – Tolong menolong
    – Mata pencarian / Sumber yang halal
    – Melakukan sesuatu kerja bukan untuk mendapat kepujian tetapi keikhlasan.
    – Kerjasama daripada semua pihak adalah amat penting sepertimana kempen-kempen dan khidmat kaunseling.

    umi halawati ahbarruddin said:
    04/08/2012 at 8:31 am

    SX090775EEJ04

    JAWAPAN 1
    Pascamodenisme merupakan satu istilah yang merujuk kepada perkembangan dalam ilmu teori kritikal, falsafah, seni bina, seni, kesusasteraan dan budaya yang berkembang daripada, tetapi tidak menggantikan, modenisme. Pascamoden adalah satu ungkapan mutakhir yang merujuk kepada wajah dunia kini. Menurut kacamata Barat, dunia telah melalui empat era, termasuk yang terkini yang dinamakan sebagai era pascamoden. Tiga era yang terdahulu ialah era silam, era pertengahan dan era moden. Semakin modennya sesebuah negara atau masyarakat semakin mudah pemikiran manusia dipengaruhi. Teori pascamodenisme telah menerapkan beberapa aspek antaranya termasuklah sekularisasi agama dan pembuangan konsep dan praktis agama yang merupakan asas moraliti dari masyarakat. Pada pendapat saya ini menunjukkan bahawa pascamodenisme itu boleh membawa kepada sikap anti agama dan anti tuhan. Masyarakat harus menguatkan jiwa, membangkitkan masyarakat agar prihatin dalam pembangunan budaya dan bangsa yang merdeka dan tidak mudah tunduk kepada keuntungan individu hingga memusnahkan keluarga, bangsa, negara dan agama. Tindakan individu tidak boleh menyelamatkan ummah dari serakah kolonialisma baru yang bersifat kolonialisasi mental, budaya, agama , pemikiran dan corak hidup agar mengikut corak atau arus mereka yang memiliki teknologi tinggi. Oleh itu boleh dikatakan era pasca moden adalah era yang penuh dengan cabaran bagi masyarakat. Walaupun sains dan teknologi telah memberi faedah dalam kehidupan manusia namun ianya juga menyediakan berbagai perangkap. Sesungguhnya bergantung pada individu , masyarakat dan negara untuk merancang dengan berhati-hati agar tidak diperangkap oleh dunia pascamoden.

    JAWAPAN 2
    Punca-punca peningkatan kadar jenayah dan masalah sosial
    •desakan hidup seseorang itu. Boleh jadi seseorang itu memerlukan wang dan berada dalam kesempitan hidup. Situasi ini biasanya terjadi apabila mereka tidak diterima untuk mana-mana pekerjaan dan sewaktu itu mereka sangat memerlukan wang, sebaliknya mereka memilih jalan pintas untuk memperoleh wang seperti merompak
    •kurangnya kesedaran rakyat terhadap isu ini. Rakyat berfikiran bahawa isu ini adalah sesuatu yang remeh dan dapat diselesaikan dengan mudah, tetapi mereka tersilap. Isu jenayah ini tidak seharusnya dipandang mudah
    •Pengaruh rakan sebaya – tersalah pilih kawan – terjerumus dalam masalah sosial dengan melakukan aktiviti yang tidak berfaedah dan memudaratkan diri – tidak ada benteng ketahanan diri – berasa seronok berada dalam kelompok kawan yang mampu memberi kegembiraan.
    •Pengaruh media massa – sama ada media cetak atau media elektronik -dipaparkan dengan filem-filem atau cerita-cerita ganas dan berunsur sex – filem dan bahan tidak bermoral boleh didapati dengan mudah – remaja yang melihat akan terpengaruh, meresap dalam diri dan cuba untuk melakukannya.
    • Masalah dalam keluarga – pertengkaran ibu bapa, kurang kasih sayang, bebanan tugas – remaja tertekan dan emosi terganggu – ambil jalan keluar dengan lari dari rumah, mengikut kawan-kawan, mengambil dadah dan sebagainya – sebagai usaha meredakan tekanan dalam diri.
    •Perasaan ingin mencuba – jiwa remaja yang penuh dengan emosi sangat suka kepada sesuatu yang baru – apabila melihat rakan dapat melakukan aksi / membuat sesuatu yang menyeronokkan mereka akan terikut-ikut. Seperti aksi merempit, hubungan sex dan sebagainya.
    •Kurang didikan agama – remaja hari ini kurang menghayati didikan agama – mereka tidak takut kepada dosa – mereka tidak takut kepada balasan hari akhirat – mereka lebih pentingkan keseronokkan walaupun bertentang dengan nilai dan agama – masyarakat pula mengamalkan budaya lihat dan pandang tetapi ada usaha menegur.

    Cara-cara mengatasi
    •memperkasa bidang ekonomi supaya peluang pekerjaan meningkat.
    •kempen antijenayah haruslah diadakan oleh pihak terbabit bagi meningkatkan kesedaran dalam kalangan masyarakat terutamanya di peringkat sekolah. Hal ini demikian kerana pada tahap ini, masyarakat terutamanya golongan muda kurang terdedah kepada kegiatan jenayah. Antara kandungan kempen pencegahan jenayah yang diadakan haruslah meliputi tayangan gambar atau video serta pameran berdasarkan aktiviti jenayah. Selain itu, sesi ceramah juga boleh diadakan melalui kempen ini
    •Memberi didikan agama dan moral yang secukupnya – anak mampu membenteng diri mereka daripada pelbagai pengaruh – anak-anak akan berasa bersalah melakukan perkara yang bertentangan dengan nilai-nilai agama – secara tidak langsung akan menolak gejala buruk yang datang kepada mereka.
    •Ibu bapa memberi kasih sayang secukupnya kepada anak-anak – anak-anak rasa diri mereka dihargai dan disayangi – mereka akan menjaga maruah diri, maruah ibu bapa dan maruah keluarga – bak kata pepatah bagaimana acuan begitulah kuihnya.
    •Penguatkuasaan oleh pihak berkuasa – tindakan terhadap media massa yang menyiarkan bahan atau filem berunsur ganas dan sex yang boleh mempengaruhi jiwa remaja. Garis panduan yang lebih telus dan jelas digubal untuk memastikan tiada filem atau bahan yang boleh merosakkan jiwa remaja.
    •Menggubal dan meminda undang-undang – tindakan lebih berat sebagai pengajaran kepada pihak yang cuba mengekploitasi remaja untuk kepentingan diri – tindakan terhadap remaja yang terlibat sebagai pengajaran kepada rakan-rakan lain.
    •Mengadakan kempen kesedaran untuk remaja – mengingatkan remaja tentang impak negatif atau kemudaratan yang akan mereka perolehi jika terlibat dengan masalah sosial seperti penyakit, kecederaan, kematian dan kemusnahan hidup

    Musnazril Bin Mustaq Khan (SX080663EEJ04) said:
    04/08/2012 at 12:04 pm

    Musnazril Bin Mustaq Khan (SX080663EEJ04)

    Pada pandangan saya untuk soalan 1;

    Pemikiran Pascamoden merupakan satu bentuk pemikiran yang berkembang sejajar dengan perkembangan teknologi media masa. Pemikiran pascamodem menpromosikan kebebasan mutlak untuk menjalani kehidupan duniawi tanpa sebarang ikatan kepada sebarang bentuk ajaran agama atau sistem nilai. Jika era modenisme berjaya melahirkan pelbagai kefahaman dan ideologi seperti; sekularisme, liberalisme, pluralisme, sosialisme, feminisme dan sebagainya. Di era pascamodenisme pula mengembangkan dan menyebarkan ideologi tersebut menjadi lebih hebat sehingga ia membawa manusia kepada penolakan agama atau berpaling daripada konsep ketuhanan (teologi) secara total.

    Antara sumber yang menjadi punca kepada pemikiran pascamoden adalah keruntuhan institusi kekeluargaan. Pertambahan komitmen ibu bapa terhadap kerjaya mereka yang menyebabkan masa diluangkan untuk keluarga itu terhad. Ini akan membuat anak – anak kurang mendapat kasih sayang dan tidak mustahil mereka akan mencari alternatif lain untuk mengisi kegersangan kasih sayang. Selain daripada itu, rumahtangga yang bermasalah juga, seperti perceraian dan pergaduhan turut mempengaruhi remaja untuk terlibat dalam aktiviti-aktiviti yang tidak sihat.

    Cara berpakaian umat islam pada masa ini yang lebih cenderung kepada cara berpakaian mereka yang tidak beragama islam semakin menjadi2. Mereka begitu ghairah untuk mengikut budaya asing yang dianggap moden dan maju. Mereka takut dan terlalu ego untuk dikatakan ketinggalan zaman, kuno, dan berfikiran sempit. Tidak semua dapat menerima pendapat bahawa mereka ada memainkan peranan dalam melonjaknya jumlah kes rogol dan seks bebas.

    Pengaruh Rakan Sebaya – Remaja pada masa sekarang lebih mesra dengan rakan mereka kerana ibubapa sibuk dengan urusan kerja dan lain-lain. Ada sesetengah remaja meluangkan masa hampir penuh bersama rakan-rakannya. Di sebabkan itu, remaja sekarang lebih mengenali rakan mereka berbanding dengan ibubapa sendiri dan lebih mempercayai rakan mereka daripada keluarga atau ibubapa. Kejadian seperti ini adalah amat bahaya dan boleh mengakibatkan remaja tersebut terjerumus dalam gejala sosial yang tidak sihat.

    Pandangan saya untuk Soalan 2 pula adalah;

    Peningkatan kadar jenayah dalam masyarakat moden semakin membimbangkan kerana jenayah mengancam keamanan, ketenteraman, dan kebahagiaan masyarakat dan negara. Salah satu punca peningkatan kadar jenayah dalam masyarakat dan negara adalah disebabkan oleh kepincangan ekonomi dan beberapa punca lain seperti di bawah :

    Sistem ekonomi yang tidak sihat dalam negara yang mengamalkan dasar ekonomi liberal dan kapitalis lebih cenderung melahirkan penjenayah ekonomi yang melakukan penipuan dan penyelewengan. Penjenayah ekonomi sukar dikesan kerana perniagaan dijalankan mengikut prosedur dan peraturan yang dibenarkan. Kemudahan dan sokongan sistem kredit membolehkan golongan peniaga yang tidak jujur mengambil kesempatan dan melakukan penyelewengan modal dan pinjaman. Bank yang lebih mengutamakan pengusaha dan golongan kaya menghadapi masalah penipuan dan penyelewengan yang dilakukan oleh golongan ini.

    Kegawatan ekonomi membawa kesan yang buruk kepada pasaran saham. Kejatuhan nilai mata wang dan nilai saham serta meningkatnya jumlah golongan yang muflis memberi kesan kepada perkembangan jenayah dalam masyarakat. Meningkatnya masyarakat berhutang dan tidak mampu menyelesaikan beban hutang serta kegagalan dalam perniagaan mendekatkan golongan ini kepada jenayah. Kegawatan ekonomi juga menjadikan seseorang terdesak melakukan jenayah. Hilang pekerjaan dan keperluan hidup yang mendesak boleh menyebabkan seseorang terlibat dengan kegiatan jenayah seperti merompak, peras ugut, atau membunuh.

    Peningkatan kadar jenayah dalam masyarakat moden juga berlaku kerana kemerosotan nilai murni dalam kehidupan individu dan masyarakat. Sikap mementingkan diri sendiri dan cemburu akan kesenangan dan kejayaan orang lain mendorong berlakunya perbuatan jenayah. Masyarakat semakin hilang kekuatan dan terdedah kepada pelbagai ancaman jenayah kerana ketandusan nilai murni dan nilai moral. Jenayah yang berlaku dalam masyarakat mempunyai kaitan dengan penyakit dan masalah sosial yang dihadapi oleh individu dan masyarakat. Hal ini termasuklah amalan gaya hidup bebas, suka akan hiburan yang melampau, kenakalan dan kejahatan, berasa seronok dengan kegiatan sensasi dan kejam, perlumbaan kereta atau motosikal haram, amalan seks bebas, pelacuran, dan perjudian. Fenomena yang berlaku ini mencerminkan masyarakat moden semakin jahiliah sifatnya.

    Persekitaran sosial yang buruk dan tekanan hidup seperti kemiskinan, kemunduran, dan kegiatan antisosial, seperti gengsterisme, pengedaran dadah, dan pelacuran, boleh menyebabkan golongan muda, khususnya belia, melakukan pelbagai bentuk salah laku, termasuk jenayah berat. Kawasan yang dikenal pasti sebagai kawasan hitam merupakan kawasan yang berbahaya dan mempunyai rekod jenayah yang membimbangkan masyarakat setempat. Pengaruh media massa yang berunsur ganas dan bersifat destruktif sukar dibendung dalam era teknologi terkini. Malah, jenayah dianggap sebagai sesuatu yang biasa dalam kehidupan manusia moden. Jenayah merupakan produk sosial yang berkembang dalam sesuatu sistem dan persekitaran sosial masyarakat. Jika sistem dan persekitaran sosial yang wujud tidak sihat, gejala sosial akan mudah menular, dan akhirnya menjurus kepada peningkatan kadar jenayah yang tinggi dalam masyarakat tersebut. Sistem sosial yang menjadi punca berlakunya kepincangan masyarakat dewasa ini, bukan sahaja disebabkan oleh kelemahan institusi keluarga, malah unsur-unsur asing atau budaya kuning merupakan pemangkin kepada kebejatan moral, dan seterusnya memberi memberi impak yang negatif sehingga menyumbang kepada peningkatan kadar jenayah yang berlaku dalam masyarakat yang terbabit.

    Struktur kelas sosial golongan bawahan yang luas memungkinkan gejala sosial semakin berleluasa. Keadaan ini akan mengancam keselamatan rakyat di negara kita. Persekitaran sosial yang buruk juga boleh menyebabkan berlakunya kemelut sosial yang menjadikan sesuatu kawasan tidak dapat menarik minat golongan pengusaha untuk memajukannya bagi kegiatan perniagaan, pelancongan, dan perusahaan. Kawasan yang mempunyai kadar jenayah yang tinggi dianggap mempunyai risiko yang menyebabkan kerugian dari segi pelaburan.

    Peningkatan kadar jenayah di negara membangun seperti Malaysia boleh juga dikaitkan dengan faktor imigrasi penduduk dan pendatang haram yang mendatangkan pelbagai masalah sosial, termasuk jenayah berat seperti membunuh dan merompak. Jumlah pendatang asing, khususnya pendatang haram dari negara jiran, seperti Indonesia, Filipina, dan Myanmar, semakin meningkat. Kemasukan pendatang tanpa izin menjadi beban sosial di negara kita. Pengaruh budaya negatif seperti pergaulan babas di tempat asal mereka akan menular dalam kalangan penduduk tempatan. Selain itu, mereka yang gagal dalam mencapai impian untuk membina kehidupan yang lebih baik di negara ini, mudah terjerumus ke kancah jenayah sehingga menyebabkan tindakan undang-undang terpaksa diambil terhadap mereka yang terbabit.

    Media cetak atau media elektronik memaparkan adegan-adegan filem atau cerita-cerita ganas dan berunsur seks. Selain itu, filem dan bahan tidak bermoral boleh didapati dengan mudah. Remaja yang melihat akan terpengaruh, meresap dalam diri dan cuba untuk melakukannya.

    Jiwa remaja yang penuh dengan emosi sangat suka kepada sesuatu yang baru. Apabila melihat rakan dapat melakukan aksi atau membuat sesuatu yang menyeronokkan mereka akan terikut-ikut. Seperti aksi merempit, hubungan seks dan sebagainya.

    Cara-cara mengatasi :

    Sistem dan faktor ekonomi boleh juga menyebabkan meningkatnya penjenayah kolar putih yang melakukan penyelewengan dan penipuan. Kejadian pecah amanah merupakan jenayah yang semakin mengancam kepentingan masyarakat dan negara. Rasuah boleh meruntuhkan ekonomi, pengurusan, dan keselamatan negara. Oleh itu, perkembangan ekonomi yang cekap, sihat, dan adil perlu diwujudkan bagi membersihkan segala bentuk gejala jenayah ekonomi.

    Bagi membendung berleluasanya jenayah yang disebabkan oleh kemerosotan nilai murni, nilai hidup yang harmoni, kesabaran, ketenangan, dan bertimbang rasa perlu dipupuk dalam diri masyarakat.

    Peningkatan kadar jenayah dalam masyarakat moden berhubung kait dengan etika dan peraturan sosial. Dalam mewujudkan masyarakat yang beretika, langkah yang wajar ialah kerjasama daripada semua lapisan masyarakat itu sendiri. Masyarakat yang beretika mempunyai tanggungjawab sosial dan moral yang kukuh dalam membanteras pelbagai bentuk jenayah. Jika tidak, lunas etika yang lemah boleh menyebabkan wujudnya krisis dan dilema dalam masyarakat kerana kecenderungan pihak tertentu untuk melakukan jenayah pastilah sukar dibendung. Jenayah akan terus meningkat dan menjadi lebih kritikal sekiranya etika tidak menjadi tunjang pembinaan masyarakat dan negara.

    Keberkesanan sistem perundangan juga penting demi membanteras fenomena tersebut. Undang-undang memberi kuasa kepada pihak berwajib seperti polis dan pasukan keselamatan, untuk membantu dalam melindungi masyarakat dan negara daripada ancaman sebarang bentuk jenayah. Undang-undang perlu memberi lebih banyak kuasa kepada polis untuk melaksanakan tanggungjawab mereka demi kesejahteraan rakyat. Pengukuhan kuasa juga membolehkan pihak yang berwajib ini bertindak dengan lebih tegas bagi mengatasi masalah jenayah, khususnya jenayah yang melibatkan pihak yang mempunyai pengaruh termasuk wang, kuasa, dan kedudukan yang tinggi. Kerjasama polis dan masyarakat setempat merupakan konsep pemuafakatan bijak yang berkesan dan sesuai dengan konsep membebaskan masyarakat dan negara daripada jenayah.

    Memberi didikan agama dan moral yang secukupnya. Dengan adanya didikan agama, anak mampu membenteng diri mereka daripada pelbagai pengaruh. Mereka akan berasa bersalah melakukan perkara yang bertentangan dengan nilai-nilai agama dan secara tidak langsung akan menolak gejala buruk yang datang kepada mereka.

    Ibu bapa memberi kasih sayang secukupnya kepada anak-anak, ini akan menyebabkan anak – anak merasa diri mereka dihargai dan disayangi. Mereka akan menjaga maruah diri, maruah ibu bapa dan maruah keluarga seperti kata pepatah bagaimana acuan begitulah kuihnya.

    Penguatkuasaan oleh pihak berkuasa perlu mengambil tindakan terhadap media massa yang menyiarkan bahan atau filem berunsur ganas dan sex yang boleh mempengaruhi jiwa remaja. Garis panduan yang lebih telus dan jelas digubal untuk memastikan tiada filem atau bahan yang boleh merosakkan jiwa remaja.

    Khairul Anuar b. Ahmad (SX065206CKD04) said:
    04/08/2012 at 12:09 pm

    Jawapan 1

    Pada pendapat saya, apa yang diperkatakan oleh ahli sarjana, Professor Dr. Zakaria Stapa bahawa pascamodenisme ini adalah fahaman yang anti agama dan anti tuhan adalah kerana, jika dilihat secara keseluruhan kewujudannya(pascamodenisme), kemunculan pascamoden ini sebenarnya tidak memberi sebarang makna terhadap pembentukan budaya, sebaliknya ia hanya mengaburkan sebarang pembentukan nilai-nilai di dalam budaya demi untuk menghancurkan sebarang bentuk budaya termasuk kesusasteraan yang masih terikat dengan pandangan hidup keagamaan. Sebagai sebuah pemikiran yang memulakan langkah dengan menolak pandangan hidup keagamaan dan Tuhan maka seluruh pemikiran di dalam pascamoden itu sendiri secara automatiknya adalah tertolak daripada menjadi model atau paradigma kepada pemikiran, norma-norma, budaya dan kesusasteraan yang berasaskan atau yang terikat atau yang berkecenderungan terhadap nilai-nilai keagamaan dan tradisionalisme yang suci, luhur dan mutlak.


    Jawapan 2

    Krisis sosial dan kemunculan naratif kecil
    Punca Masalah
    1) Masalah keluarga.
    Masalah keluarga adalah punca yang paling pertama dan punca asas bermulanya perkembangan masalah ini. Perkara ini perlu diambil perhatian yang sangat serius. Anak-anak atau individu runtuhnya akhlak adalah bermulanya dari keluarga yang tidak harmoni dan tidak mempunyai panduan arah tuju serta pegangan hidup.

    2) Tiada pegangan agama
    Jika sesebuah keluarga itu sudah tidak ada lagi cara atau pengangan hidup, sudah tentu nilai-nilai murni kekeluargaan tidak dapat diterapkan. Maka secara tidak langsung, tiada pegangan agama sebagai panduan hidup, dan arah tuju untuk meneruskan kehidupan hari esok yang telah lenyap.

    3) Pengaruh rakan sebaya
    Bermula masalah dari keluarga, maka mereka secara langsung tiada pegangan agama, maka masalah seterusnya, mereka mudah terpengaruh dengan rakan sebaya. Masalah ini mudah berjangkit dari satu individu ke individu yang lain.

    4) Pengaruh media massa
    Media massa pada hari ini adalah sangat kejam. Mereka selalu melebihkan keuntungan dunia dan hanya memikirkan keseronokan tanpa memikirkan kesan pada masa akan datang. Merekalah orang bertanggungjawab dalam menyebarkan pengaruh-pengaruh yang merbahaya serta paparan-paparan dunia yang tidak sepatutnya masyarakat kita lihat.

    5)Pengaruh globalisasi
    Pengaruh globalisasi adalah suatu pengaruh yang sangat kejam. Pengaruh globalisasi adalah seperti pengaruh budaya yang tidak dapat disangkal oleh pemikiran waras jika tanpa pegangan kekeluargaan, agama, rakan sebaya yang kuat. Contohnya adalah, sekularisme. Seperti yang kita ketahui mereka mengasingkan kehidupan adalah suatu kehidupan, manakala agama adalah agama itu sendiri. Tiada satu kaitan pun yang berkait diantara 2 entiti ini.

    Cara Mengatasi

    1) Bina keluarga yang bahagia, tidak perlu kaya tetapi kuat pegangan hidup.
    Perkara ini perlu diambil perhatian yang sangat serius. Setiap detik dan saat anak yang akan dilahirkan daripada keluarga ini adalah putih bersih dari darah yang merah membawa seribu harapan untuk ibu-bapa, keluarga, saudara mara, masyarakat setempat dan akhirnya dunia. Anak-anak yang bersih ini perlu dijaga rapi dan diberikan nilai-nilai kemanusian yang jitu yang tepat supaya dapat dijadikan oleh mereka(ibu bapa) sebuah panduan untuk mendaulatkan perintah Allah swt. Untuk memberikan mereka satu pegangan hidup yang benar dan utuh, ibu-bapa haruslah memainkan peranan untuk menghasilkan keluarga yang mempunyai ciri-ciri yang diperlukan.

    2) Wajib ada pegangan agama sebagai tempat meminta dan membelas.
    Agama adalah akidah, pegangan dan ikutan. Setiap individu perlu mempunyai agama sebagai tempat untuk ia bergantung. Agama adalah tempat untuk penganutnya meminta kepada tuhannya yang menciptanya atas segala urusan yang telah berlaku, sedang berlaku dan yang akan berlaku. Agama adalah tempat mereka untuk membelas kasihan, merayu kepada tuhannya dan juga ketenangan jiwa dan keabadian kehidupannya difana ini.

    3) Pandai tangani pengaruh rakan sebaya
    Setiap anak-anak apabila mempunyai pegangan hidup yang kuat, ditambah ilmu yang dicurahkan oleh setiap guru di sekolah, ustaz di masjid dan pensyarah di universiti pasti mereka dapat memikirkan untuk apakah mereka hidup di dunia ini. Jika mereka seorang pelajar, mereka perlulah berfikir untuk menjadi seorang pelajar yang berjaya dan membanggakan ibubapa. Jika mereka seorang yang telah dewasa dan bekerja, mereka perlulah berfikiran untuk apakah diciptakan dunia ini, adakah untuk dirinya atau untuk tuhannya? Maka, disini pengaruh rakan sebaya pasti kita dapat tangani dan nyahkan oleh mereka secara tidak langsung.

    4) Pandai tangani pengaruh media massa
    Jangan terpedaya dengan segala tipu helah dunia, kerana apabila sesudah mati nanti pasti kita akan menyesal. Media massa hampir keseluruhannya hanyalah dunia semata-mata. Tinggalkanlah dunia, dan fikirkanlah kehidupan selepas mati, kerana sesungguhnya kehidupan selepas mati itu adalah sangat dahsyat yang tidak dapat diungkapkan oleh kata-kata keriangan didunia. Untuk menyokong pendapat ini, mengapa junjungan besar nabi kita memilih kehidupan miskin dan zuhud?Percayalah, sesungguhnya apa yang berlaku diatas muka bumi ini adalah atas kehendakNya dan keizinanNya. Janganlah kita sesekali mementingkan dunia dan hiburan, kerana ia bukan cara kehidupan islam.

    5)Bijak menghadapi pengaruh globalisasi
    Untuk menghadapi pengaruh globalisasi, seseorang individu itu perlu mempunyai asas-asas yang kuat. Asas-asas ini adalah kekeluargaan, agama, ilmu dan pegangan hidup. Setiap insan perlu setiap hari menimba ilmu untuk menjadi perisai menghadapi serangan-serangan atau pengaruh globalisasi ini. Banyak pengaruh globalisasi ini, dan jika kita bersatu padu, kuat beragama saling ingat mengingati, pasti kita akan terselamat untuk menghadapi masalah krisis sosial dan kemunculan naratif kecil ini.

    Shazrin Azuan bin Mohd Sharif said:
    04/08/2012 at 12:24 pm

    SHAZRIN AZUAN bin MOHD SHARIF
    SX091676EEJ04

    Jawapan 1:

    Pascamodenisme secara umumnya adalah satu merupakan satu istilah yang merujuk kepada perkembangan dalam ilmu teori kritikal, falsafah, seni bina, seni, kesusasteraan dan budaya yang berkembang daripada bangsa yang bertamadun tetapi tidak menggantikan, modenisme.

    Namun,disebalik rujukan umum yang dihuraikan seperti yang dinyatakan tadi, permikiran pacamodenisme terlalu bergantung kepada logik akal dan teori ilmu manusia semata-mata tanpa mengambil kira kepentingan agama dalam segala aspek pembangunan kemajuan manusia.

    Perkembangan ilmu pengetahuan sains dijadikan rujukan bertentangan dengan konsep ketuhanan dalam semua agama yang meletakkan kepentingan dan kemajuan universal sebagai satu keutamaan.

    Agama Scientology adalah contoh kepada pemikiran pascamodenisme yang menolak ketuhanan dan menjawab segala persoalan berkaitan ilmu alam dengan teori sains sahaja.

    Jawapan 2:

    Punca-punca peningkatan jenayah seperti dinyatakan telah wujud diatas beberapa faktor-faktor berikut :

    Faktor kebergantungan kecanggihan teknologi:

    -Punca jenayah rogol berpunca daripada rancangan di media elektronik. Sebagai contohnya rancangan realiti TV yang banyak berunsurkan seks melalui pakaian artis-artis yang menjolok mata sehingga mempengaruhi generasi muda-mudi terikut-ikut cara pemakaian mereka. Apabila cara pemakaian telah melanggar hukum menutup aurat dalam Islam, faktor yang menyebabkan berlakunya jenayah ini.

    Faktor kebantutan kemajuan ekonomi :

    -Ekonomi yang sedang merosot menyebabkan ramai orang kehilangan peluang pekerjaan yang mengakibatkan sebahagian orang rela meragut untuk mendapatkan sumber wang dengan cepat. Selain itu, penagih dadah yang meragut untuk mengumpulkan wang dan membeli dadah dari penjual dadah. Sebahagian remaja cuba meragut dengan sebab ingin mencari keseronokan atau dipengaruhi oleh rakan sebaya.

    Faktor keruntuhan rumahtangga :

    -Keruntuhan rumahtangga seperti masalah penceraian dan pergaduhan menyebabkan anak-anak mereka yang usia remaja di antara lingkungan 12-18 tahun merasa tertekan dan mencari kebebasan dan keseronokan di luar. Pada usia tersebut, remaja lebih mudah terpengaruh dengan budaya negatif yang membawa kerugian kepada diri mereka sendiri.

    Usaha-usaha mengatasinya:

    Wujudkan kekuatan bidan rumahtangga:

    Usaha yang paling utama dan efisien adalah cara komunikasi dan pergaulan antara ibu bapa, adik-beradik dan rakan-rakan. Ibu bapa khususnya perlu bijak dalam hal mendidk anak agar tidak terjerumus dalam perkara social seperti gejala jenayah ini. “Melentur buluh biarlah dari rebungnya”.

    Usaha bersepadu masyarakat setempat:

    Selain itu, antara inisiatif yang dapat kita ambil sebagai langkah mencegah jenayah yang merupakan isu terpenting di negara ini ialah dengan mewujudkan konsep bandar dan pekan selamat. Konsep ini merangkumi suatu skop yang sangat besar untuk dibincangkan. Pelbagai langkah telah dilaksanakan dalam proses mewujudkan konsep bandar dan pekan selamat. Antaranya ialah dengan pengawalan rapi oleh pihak-pihak tertentu seperti Rela, Rukun Tetangga, Polis dan sebagainya dalam usaha memastikan kawasan tersebur bebas daripada kes-kes kecurian, rompakan, rogol, ragut dan sebagainya.

    Memeperkasakan ekonomi :

    Kerajaan juga boleh memperkasakan ekonomi negara bagi meningkatkan peluang pekerjaan. Bagaimana isu ini dikatakan menjadi usaha untuk mencegah jenayah yang sedang kita bincangkan ? Dengan usaha kerajaan ini, peluang pekerjaan untuk pemuda-pemudi tiang negara dapat ditingkatkan. Perkara ini dikatakan dapat mencegah jenayah kerana antara faktor seseorang melibatkan diri dalam kancah jenayah ialah kerana gagal mendapatkan pekerjaan bagi menampung hidup

    Kaitan dengan ancaman naratif kecil berhubung kadar peningkatan peratusan jenayah:

    Pada pandangan saya,kadar peratusan jenayah yang berlaku akibat ancaman naratif kecil seperti golongan gay, lesbian, biseksual, ajaran sesat tidak berkait dengan jenayah seperti kes bunuh, rompak, ragut, rogol dan cabul kerana golongan naratif kecil ini terpesong di antara sesama mereka,dalam kelompok mereka dan ia tidak selalunya melibatkan golongan tidak bersalah.

    SX081843CJJ04 said:
    04/08/2012 at 2:12 pm

    Soalan 1:
    Pada pandangan saya, penakrifan anti-agama dan anti-Tuhan adalah kerana fahaman ini adalah lanjutan dan edisi baru kepada fahaman Sekularisme. Ia membawa malapetaka dan keruntuhan kepada institusi agama dan kepercayaan kepada Tuhan terutamanya agama Islam di mana ia mecalarkan kesucian Agama Islam yang izzah.
    Ini kerana fahaman ini menolak naratif besar dan mencabul kehormatan dan kesucian agama Islam. Agama Islam ialah agama yang suci dan syumul yang melengkapi kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan akhirat. Penolakan terhadap agama ini bermakna apa jua berkaitan dengan agama Islam akan diketepikan dan dianggap palsu dan tidak bermakna. Ini bermakna fahaman ini juga menolak kebenaran kewujudan Tuhan yakni Allah s.w.t dan kebenaran Al-Quran. Fahaman ini jelas bertentangan dengan tasawwur ilmu Tauhid di mana ia menekankan tentang keesaan Allah s.w.t. Al-Quran ada menjelaskan salah satu nama Tuhan ialah al-Haq yang membawa makna “kebenaran yang mutlak”. Jadi oleh kerana Allah s.w.t ialah kebenaran yang mutlak maka semua kebenaran lain adalah berasal daripadaNya dan tiada yang melebihi dariNya.
    Fahaman ini juga menolak konsep fitrah manusia yang mana ianya bertentangan dengan ajaran Islam. Konsep fitrah manusia ini penting kerana ia membabitkan fitrah dunia, fitrah manusia dan fitrah Tuhan yakni Allah s.w.t. Matlamat utama dalam fahaman ini ialah ia kearah kebebasan manusia dan bukannya kebenaran. Ia meletakkan pentingnya kebebasan diri dalam menjalani kehidupan di dunia ini tanpa terikat kepada Tuhan dan agama. Ini mencipta masyarakat yang hidup dalam keadaan pura-pura, tidak mempunyai garis panduan serta matlamat dalam hidup. Ini sama sekali bertentangan dengan matlamat penciptaan manusia sebagai khalifah di muka bumi ini.
    Malahan fahaman ini juga telah menghanyutkan manusia dalam kehidupan di dunia yang fana ini. Mereka hanyut dalam kehendak nafsu diri sendiri tanpa batasan agama dan sempadan akhlak. Tiada lagi naluri kasih sayang sebaliknya kepentingan diri sendiri yang utama. Fahaman ini jika tidak dikawal sudah tentu menjejaskan akidah umat Islam. Fahaman ini jugalah yang membuahkan kepada wujudnya gerakan Feminisme yang terdiri dari golongan yang jahil agama dan mencipta fitnah kepada agama Islam dan baginda Rasulullah s.a.w.
    Fahaman ini juga mengeksploitasi wanita sebagai bahan perniagaan contohnya seperti penglibatan wanita muslim dalam bidang peragaan dan nyanyian yang jelasnya mencemarkan kesucian agama Islam. Walhal Islam meletakkan wanita sebagai tinggi martabat dan maruahnya.

    Soalan 2:
    Punca-punca gejala sosial
    Di antara punca-punca utama masalah di atas ialah kesan kejutan budaya dari fenomena modenisasi dan globalisasi. Dunia tanpa sempadan kini telah mempengaruhi corak kehidupan sesebuah masyarakat. Ia merubah nilai-nilai murni dan sosiobudaya dalam masyarakat. Arus pemodenan telah membelakangkan kepentingan dan kemurnian akhlak. Maka wujudlah masyarakat yang mencintai dunia. Demi mendapatkan sesuatu, manusia sanggup mengetepikan nilai-nilai moral yang sepatutnya dipegang oleh setiap individu atas nama kemodenan.
    Faktor kegoyahan institusi kekeluargaan juga punca kepada masalah di atas. Ibubapa yang tidak memiliki kemahiran keibubapaaan menyebabkan mereka tidak dapat mendidik dan memberikan contoh yang baik kepada anak-anak. Ibubapa yang jahil dari segi ilmu agama juga sudah tentu akan menghasilkan anak yang jahil dalam bab agama. Walhal pendidikan agamalah yang perlu ditekankan kepada anak-anak daripada ilmu akademik. Ibu bapa yang sibuk juga menyebabkan mereka tidak dapat memberikan perhatian kepada anak-anak mereka. Lantas anak-anak mencari rakan sebaya sebagai tempat rujukan dan nasihat. Ada juga ibubapa yang menyerahkan tanggungjawab mendidik anak-anak kepada para guru dan pembantu rumah. Selain itu masalah dalam rumahtangga itu juga adalah punca masalah ini. Seperti pergaduhan suami isteri dan penceraian ibu dan bapa. Masa anak-anak diisi dengan pengisian yang tidak berfaedah seperti melayari internet.
    Faktor capaian maklumat yang mudah dan tidak terbatas dan pengaruh luaran juga punca kepada masalah ini. Remaja dengan mudahnya dapat mengakses bahan-bahan lucah dan terdedah kepada budaya hidup Hedonisme yang dipaparkan menerusi media massa. Remaja yang bersifat ingin tahu dan mencuba sesuatu yang baru akan terjerumus kepada aktiviti-aktiviti yang tidak sihat ini.

    Cara mengatasi Gejala Sosial
    Ibubapa perlu memainkan peranan yang penting dalam mencorak dan mendidik anak-anak. Pendidikan agama perlu ditekankan agar anak-anak tidak terpesong dari ajaran Islam dan melakukan sesuatu yang mungkar. Ibubapa harus memanfaatkan masa anak-anak dengan pengisian rohani. Ibubapa juga perlu prihatin dan mengawasi anak-anak seperti kenali rakan sebaya mereka dan hal ehwal anak mereka. Adakan aktiviti yang dapat mengeratkan hubungan silaturrahim kekeluargaan dan kemasyarakatan seperti pergi bercuti dan bergotong royong. Aktiviti ini dapat membina nilai murni dan semangat perpaduan dalam masyarakat. Ibubapa yang baik sudah tentu akan dapat menghasilkan anak yang baik dan seterusnya masyarakat yang baik dapat menghasilkan generasi yang baik.
    Pihak sekolah juga boleh mengadakan sesi kaunseling dan taklimat-taklimat yang dapat membantu membina jati diri remaja. Ini dapat membantu remaja mendapatkan nasihat dari pihak yang terbaik. Selain itu aktiviti kokurikulum juga boleh diadakan untuk mengisi masa lapang remaja dari melakukan aktiviti yang tidak berfaedah.

    NURUL FARHANA BINTI MUSA said:
    04/08/2012 at 4:56 pm

    (SX090752EEJ04)

    JAWAPAN 1
    Menurut pandangan saya, Pascamodenisme aliran yang menyesatkan. Ini kerana pemikiran ini secara terang-terangan bersifat negatif seperti antiagama, antirealiti dan sebagainya. Selain itu, pemikiran pascamodenisme begitu lantang menolak segala bentuk wacana pemikiran moden. Seperti yang kita maklum, gagasan pemikiran ini pada mulanya bertapak dalam bidang seni bina, tetapi kemudiannya dimanfaatkan oleh para sarjana pelbagai bidang ilmu seperti ekonomi, kebudayaan, kesenian dan kemanusiaan. Kesemua ini bertujuan untuk meroboh benteng modenisme yang dianggap semakin rumit dan bercelaru dengan pelbagai krisis hakiki, wujudiah, eksistensi dan lain-lain sejak teknologi menjadi kuasa penentu. Tambahan itu lagi, pemikiran Pascamodenisme secara jelas menolak kewujudan Tuhan dan metafizik. Secara aspek pemikiran yang dibawaadalah bersifat positivik dan angkuh. Ia mengagungkan akal rasional (reason) dan kebolehan manusia (the human subject).

    JAWAPAN 2
    Punca-punca yang menyebabkan masalah ini berlaku.

    Kelonggaran pegangan agama dan nilai murni
    Remaja hari ini kurang menghayati ajaran agama serta tiada bimbingan dan pendidikan agama yang teguh dan tidak mengamalkan ajaran Islam Mereka tidak takut kepada dosa dan balasan hari akhirat. Bagi mereka keseronokkan lebih utama walaupun bertentang dengan nilai dan agama.

    Keruntuhan Institusi Kekeluargaan
    Segolongan remaja pula mengambil jalan mudah dengan melakukan perbuatan yang tidak baik kerana hendak melarikan diri daripada masalah yang menimpa keluarga mereka, contohnya penceraian antara ibu bapa mereka. Selain itu, ada sesetengah ibu bapa pula berpendapat bahawa pemberian wang yang secukupnya kepada anak-anak sudah memadai. Mereka seharusnya tahu bahawa kasih sayang tidak dapat dibeli dengan wang. Situasi ini berlaku khususnya yang bekerja di kawasan bandar. Ibu bapa sibuk bekerja sehingga mengabaikan tanggungjawab mereka. Akibat keletihan, mereka langsung tidak mahu mengambil tahu tentang pelajaran anak-anak, apatah lagi untuk mendengar masalah mereka. Hal ini pasti menimbulkan rasa bosan, sekali gus menyebabkan anak-anak mencari jalan keluar untuk menghiburkan hati.

    Pengaruh Keadaan Sekeling dan Budaya
    Dengan wujudnya Globalisasi yang terlalu pesat menyebabkan perubahan-perubahan pantas tahap nasional berlaku kerana perubahan pada arus global yang digelar globalisasi..Selain itu, dengan wujudnya Pembudayaan kota (cityculture) menuruti landasan Barat lagi menyebabkan punca berlakunya masalah sosial dengan lebih pantas.

    Pengaruh Rakan Sebaya
    Sikap mudah mempercayai orang lain merupakan antara factor terjadinya gejala sosial. Umpamanya, jika mereka merasakan rakan-rakan mereka lebih rapat dan lebih memahami, dengan mudah mereka akan mengikut apa yang dilakukan oleh rakan-rakan. Mereka lupa bahawa “kawan juga kadangkala boleh makan kawan”. Kawan-kawan menjadi orang yang rapat dengan mereka. Kawan yang baik, boleh membimbing mereka kepada kebaikan, namun jika tersilap memilih kawan, akan mempengaruhi mereka kepada perkara-perkara yang buruk.

    Pengaruh Media Massa
    Media massa juga menjadi penyumbang kepada berlakunya gejala sosial di kalangan para remaja hari ini. Namun, ada segelintir program-program dan drama-drama yang memaparkan pergaulan bebas di kalangan remaja, program-program realiti tv serta rancangan-rancangan yang bersifat hiburan semata-mata mempengaruhi para remaja dengan perkara yang tidak baik. Umpamanya corak pergaulan remaja yang jauh dari nilai-nilai ketimuran, cara berpakaian yang kurang sopan dan gaya hidup yang mengikut cara barat”

    Cara yang terbaik untuk mengatasinya
    1.Memberi didikan agama dan moral yang secukupnya untuk anak-anak mampu membenteng diri mereka daripada pelbagai pengaruh. Meraka akan berasa bersalah melakukan perkara yang bertentangan dengan nilai-nilai agama dan secara tidak langsung akan menolak gejala buruk yang datang kepada mereka.

    2. Ibu bapa haruslah memberi kasih sayang secukupnya kepada anak-anak mereka supaya mereka merasa diri mereka dihargai dan disayangi, sehinggakan mereka akan menjaga maruah diri, maruah ibu bapa dan maruah keluarga. Selain itu, dengan memantapkan institusi keluarga dan komuniti serta menerapkan nilai-nilai murni dan kesedaran sivik antara program yang sedang berjalan ialah Program Khidmat Negara, Kursus Bina Insan dan Program Rakan Muda.

    3.Menggalakkan amalan hidup sihat dan harmoni dari segi fizikal, mental dan rohani, antara program yang dilakukan ialah program cara hidup sihat serta .memperbanyakkan program komuniti yang melibatkan remaja untuk turut serta seperti Jiran Muda Rukun Tetangga.

    4. Memperkukuhkan program sukarelawan yang membolehkan remaja untuk sama-sama melibatkan diri. Program sebegini mampu menanamkan rasa tanggungjawab dan membina sahsiah diri yang murni.

    5. Penguatkuasaan undang undang, sekatan jalanaraya dan rondaan polis trafik merupakan langkah jangka pendek untuk mengurangkan gejala ini supaya beban untuk mengawal masalah ini dari terus menular, dan bukanlah tanggungjawab pihak kerajaan semata-mata. Pihak lain seperti NGO, parti- parti politik dan ahli masyarakat, ibubapa harus berganding bahu dan patut memainkan peranan masing masing.

    Nur Asrul Bin Mohd Subbri said:
    04/08/2012 at 5:48 pm

    Assalamualaikum wbt;
    Nur Asrul Bin Mohd Subbri (SX040190CKJ04)
    Soalan 1 : Tatkala membicarakan persoalan Pemikiran Pascamodenisme, ahli sarjana Zakaria Stapa telah berpandangan bahawa pascamodenisme ini adalah fahaman yang anti agama dan anti tuhan.
    Soalannya : Cuba huraikan maksud disebalik pentakrifan ini menurut pandangan anda.
    Jawapan:
    Pascamoden kepada sesetengah pihak dianggap sebagai sebuah model intelektual yang dangkal dan kosong atau sekadar refleksi daripada keinginan yang devians yang bersifat reaksioner ke atas perubahan-perubahan sosial yang berlansung kini.
    Pada pandangan saya, apa yg ditakrifkan oleh ahli sarjana Zakaria Stapa ini ialah cabaran dizaman moden ini lebih berat dimana masyarakat lebih mengutamakan keduniaan dan kebendaan tanpa memikirkan halal dan haram bahkan sanggup mengenepikan agama dan teransang melakukan kejahatan. Ini kerana umat Islam leka dan lalai sehingga meninggalkan ajaran Islam dan terbawa-bawa dengan era kemodenan pascamodenisme ini .
    Pemikiran ini juga membawa kepada akal manusia semata-mata tanpa berpandukan ajaran agama Islam dalam urusan kehidupan di dunia dan melakukan apa yang dilarang dan meninggalkan apa yang diperintahkan di dalam al-Quran dan al-Sunnah. Masyarakat Islam semakin jauh meninggalkan ajaran agama Islam dan tidak lagi mengamalkannya kerana pengaruh pascamodenisme barat lebih baik diamalkan dan mudah diikuti.
    *****************************
    Soalan 2 : Kemunculan naratif kecil seperti golongan gay, lesbian, biseksual, ajaran sesat serba sedikit berjaya mempengaruhi fitrah asal kejadian manusia. Namun di sebalik ancaman naratif kecil, peningkatan kadar jenayah 2012 seperti kes bunuh, rompak, ragut, rogol dan cabul serba sedikit meletakkan keselamatan rakyat di Malaysia ini berada di dalam keadaan tidak selamat dan terancam, ini tidak termasuk lagi dengan kes sosial seperti peningkatan kes buduh diri, sakit mental, keruntuhan institusi rumahtangga, pergaulan bebas, pembuangan anak dan penagihan dadah.
    Soalannya : Apakah punca-punca yang menyebabkan masalah ini berlaku ? Dan apakah cara yang terbaik untuk mengatasinya ?
    Jawapan:
    Punca-Punca Masalah:
    1) Kurang bimbingan dan perhatian keluarga
    Remaja yang terlibat dalam jenayah bukan sahaja datang daripada keluarga yang miskin tetapi juga keluarga berada, malah segelintir daripada mereka berasal daripada keluarga yang mempunyai latar belakang yang baik. Boleh dirumuskan punca keruntuhan akhlak yang utama adalah kemerosotan dari segi asuhan, didikan, bimbingan serta kawalan oleh ibu bapa atau penjaga.

    2) Tekanan hidup
    Selain itu, tekanan hidup, sikap mengejar kemewahan serta penglibatan dalam aktiviti sosial lain menyebabkan ibu bapa dan anak kurang mempunyai masa atau kesempatan untuk bercakap, berbincang, berdamping antara satu sama lain. Malah ada yang jarang bersua muka. Keadaan ini menyebabkan remaja membawa cara hidup sendiri tanpa panduan dan pengawasan ibu bapa. Keluarga yang terlalu mewah cara hidupnya juga menyebabkan keruntuhan disiplin remaja. Sebagai contoh, ibu bapa yang terlalu memanjakan anak-anak kerap memberikan wang saku yang terlalu banyak. Perbuatan ini menyebabkan mereka mudah dipengaruhi oleh remaja lain yang bersuka-suka.

    3) Masalah dalaman keluarga
    Masalah ini berpunca daripada hubungan kekeluargaan didalam rumah tangga yang tidak teratur, perpisahan ibu bapa, pertengkaran yang kerap berlaku dalam keluarga, keadaan sosio-ekonomi yang sempit, suasana rumah tangga yang tidak harmonis dan tenteram serta tidak keupayaan pihak penjaga mengawasi pendidikan anak-anaknya boleh juga membawa kepada kancah keruntuhan moral.

    4) Pengaruh persekitaran, luaran dan media massa
    Segala pengaruh ini sentiasa membentuk perilaku para remaja yang masih mentah dalam menghadapi cabaran hidup. Pelbagai dorongan yang kurang sihat dipaparkan melalui persekitaran ini yang seterusnya menyebabkan mereka terikut-ikut dengan pengaruh ini. Lantaran itu untuk memenuhi keinginan ini, mereka merayau-rayau di pusat-pusat membeli-belah, pusat permainan video dan secara tidak langsung terlibat dalam pergaulan bebas.

    5) Pengaruh di sekolah
    Tekanan yang dihadapi pelajar semasa di sekolah kerana tumpuan terpaksa diberikan dalam akademik serta guru yang kurang profesional dalam menangani masalah pelajar yang bermasalah akhirnya menyebabkan pelajar mengambil jalan mudah untuk keluar daripada masalah itu dengan terlibat dengan kegiatan-kegiatan yang kurang sihat. Situasi ini didorong oleh kurang perhatian daripada ibu bapa di rumah.
    Cara-cara terbaik mengatasinya:
    Akhlak dan akidah manusia boleh berkembang dan dibentuk dengan berbagai cara. Antara cara-cara tersebut ialah melalui:
    1) Meletakkan diri dalam lingkungan persekitaran yang soleh
    Persekitaran sosial dan budaya kerap mempengaruhi manusia. Persekitaran tersebut merangkum tradisi, model tingkah-laku dan saranan serta rangsangan yang bersifat akhlak. Manusia memang sering terpengaruh kepada persekitarannya; dengan cara meniru serta mencontohi figure yang disanjungi oleh mereka. Kewujudan seseorang dalam lingkungan masyarakat yang baik serta soleh sudah tentu akan menyebabkan ia beriltizam dengan amalan dan etika yang dihayati oleh kumpulan tersebut. Ia akan berusaha melaksanakan sesuatu yang disanjungi oleh masyarakatnya. Sebaliknya, perbuatan yang dianggap keji oleh lingkungannya, ia akan berusaha sedaya upaya untuk menghindarinya.

    2) Qudwah Hasanah (model/ idola)
    Manusia juga dipengaruhi oleh idolanya. Idola tersebut kerap menjadi rol model dalam kehidupan mereka. Manusia yang berperanan menjadi rol model tersebut antara lain ialah tokoh politik, artis, seniman, atlit sukan, ibu bapa, guru dan sebagainya. Meskipun Rasulullah adalah qudwah yang paling ideal bagi umat Islam, namun penghayatan nilai-nilai yang dibawa oleh Rasulullah hendaklah dipaparkan oleh golongan idola berkenaan. Mereka sewajarnya sentiasa berusaha menunjukkan contoh dan teladan yang terpuji agar dapat ditiru oleh generasi muda. Penghayatan golongan idola tersebut terhadap nilai-nilai yang luhur dan utama pasti akan mengukuhkan keyakinan generasi baru bahawa keutamaan dan keluhuran memang sebenarnya boleh dilaksanakan. Ia bukan zaman dahulu kala atau idealisme khayalan belaka; tetapi malah ianya suatu realiti yang tentunya boleh dicontohi dan direalisasi oleh generasi masa kini.

    3) Peranan media massa
    Media massa merupakan satu mekanisme yang mempunyai pengaruh yang amat besar dan berkesan di dalam pembentukan keperibadian manusia. Ia merupakan agen sosialisasi dan memainkan peranan penting di dalam menanam dan menggalakkan amalan-amalan berakhlak di dalam masyarakat. Media massa mampu mencorakkan hati budi, mentaliti dan sahsiah umat khasnya yang beroperasi 24 jam. Media massa tersebut perlu bebas dari cengkaman faham sekularisme, budaya komersial yang melampau, faham kebendaan dan dorongan untuk hidup secara mewah dan berpoya-poya. Media massa hendaklah mempunyai asas falsafah dan dasar-dasar komunikasi yang selaras dengan nilai-nilai akhlak Islam.

    4) Peranan sekolah
    Sekolah mempunyai fungsi yang tersendiri dalam mendidik generasi baru dengan akhlak Islam. Antaranya ialah menggandakan keberkesanan institusi pendidikan, menambahkan produktivitinya, meningkatkan kewibawaannya di kalangan setiap anggotanya baik mereka itu pelajar atau petugas. Selain itu, pihak sekolah juga perlu membaiki prestasi persekolahan murid-murid dari segi kualiti dan kuantiti, mendidik mereka dari segi agama, akhlak dan sosial secara wajar dan sihat, mempersiapkan mereka agar dapat memikul tugas dan tanggungjawab yang bakal mereka hadapi; di samping melatih mereka menghukum atau menilai diri sendiri sebagai seorang yang berfikiran matang dan bebas. Para pelajar di sekolah hendaklah dilatih supaya merendah diri dan memuliakan orang yang mereka bergaul dengan mereka. Mereka hendaklah digalakkan lebih suka memberi dari menerima. Dalam sanubari mereka patut dicambahkan keinsafan bahawa tangan yang memberi lebih utama dari tangan yang menerima. Disuburkan pula perasaan zuhud dalam hatinya dan di asuh agar tidak menjadi mata duitan.

    5) Peranan rakan sebaya
    Antara agen sosial yang berpengaruh di dalam membentuk sikap dan akhlak individu ialah rakan sebaya. Rakan sebaya merupakan kelompok rujukan bagi remaja di dalam tingkah laku mereka. Perasaan “sense of belonging” kepada kumpulan adalah suatu yang lumrah. Remaja akan mengubahsuai dan mengadaptasikan nilai-nilai rakan sebayanya untuk mendapat penerimaan dan pengakuran mereka. Oleh kerana itu golongan remaja umpamanya sering merujuk rakan sebaya dan kelompok sosial tertentu untuk mendapat bimbingan ke arah menyelesaikan masalah mereka. Kesilapan di dalam memilih kelompok rakan setara samada bersahabat dengan penagih dadah, kutu lepak, gangster atau kumpulan samseng, bohsia dan sebagainya pasti akan mengakibatkan kemusnahan akhlak golongan remaja dan dewasa .

    6) Peranan rumah ibadah
    Bagi umat Islam, rumah ibadat yang paling penting ialah masjid. Di sinilah umat Islam sering berkumpul untuk menyembah Allah secara berjamaah. Sebagai tempat ibadah masjid mempunyai peranan dan pengaruh yang besar dalam meneruskan penghayatan nilai-nilai akhlak dalam masyarakat Islam. Antaranya ialah melakukan pelbagai bentuk kegiatan keilmuan, kebudayaan dan kemasyarakatan seperti kelas fardu ain, kelas tajwid dan qiraat, kelas bimbingan remaja, ceramah berkala,dan pelbagai aktiviti keagamaan yang formal atau pun tidak formal.

      VIJEHY A/L BALAKRISHNAN said:
      04/08/2012 at 9:27 pm

      (SX101410KKJ04)

      1)Pada pendapat saya Pascamodenisme membawa maksud mementingkan manusia mempunyai kebebasan diri untuk menjalani kehidupan tanpa sebarang ikatan kepada sebarang bentuk tradisi budaya dan termasuk agama. Tambahan pula, pascamodenisme ini mengkaburkan bahawa tuhan itu adalah pencipta segala alam semula jadi ini. Oleh itu ia terlalu kepada fahaman fizik dan biologi.
      Pendapat kolompok ini adalah terlalu kepada negatif dan athis. Golongan ini berpendapat bahawa segala ciptaan dari segi sains atau alam semula jadi adalah kerjaya manusia semata-mata. Dengan itu,anggapan ini secara langsung atau tidak langsung merebak di kalangan masyarakat kini yang semata-matanya hanya mengejar kebendaan dan kewangan dengan mengkaburkan tanggung jawab mereka. Oleh itu, ia melemahkan ajaran agama akibatnya kepada ketidak stabilan keluarga dan membuka jalan kepada gejala sosial.

      2)Punca-punca :
      a Kekurangan tanggungjawab ibu bapa atau penjaga .
      Pada masa kini ibu-bapa lebih mementingkan nilai kebendaan dan kekayaan berbanding dengan ajaran agama. Bagi mencapai keinginan mereka, mereka mengabaikan tanggung jawabsebagai ibu bapa untuk mendidik anak-anak mereka. Ini menjadi asas kepada kelunturan nilai moral dikalangan remaja dan menjadi pemangkin kepada peningkatan gejala sosial.

      b. Terlalu banyak masa lapang,
      Sekiranya masa lapang golongan belia terbatas,mereka akan rasa kurang berminat pada kegiatan-kegiatan yang tidak berfaedah. Pengisian masa lapang yang kurang terarah, akan mendesak remaja untuk melakukan aktiviti yang tidak bermanfaatseperti perbuatan negatif Contohnya. merompak

      c Cinta orang tanpa batas
      Di zaman moden ini, pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram telah dilihat sebagai satu kemajuan dalam pembentukan masyarakat yang lebih maju tetapi bukan sebagai pelanggaran perintah Tuhan. Memang lumrah, perasaan ingin berpasangan semakin memuncak ketika berada di alam remaja. Tetapi sekiranya perasaan ini tidak dikawal, sudah tentu ini akan menimbulkan gejala – gejala sosial seperti pergaulan bebas, anak luar nikah, zina,lesbian dan sebagainya.Bercinta tidak pernah dianggap salah malahan orang yang tidak percaya akan cinta kepada insan lain dan pencipta-Nya merupakan golongan manusia yang rugi. Islam sendiri menggalakkan umatnya saling kenal mengenali antara satu sama lain tanpa mengira jantina, bangsa dan agama. Mungkin ada cara untuk menangani masalah percintaan. Remaja diingatkan supaya berkawan atau bercinta dengan cara yang telah digariskan oleh Islam yang di antaranya adalah mengelakkan pergaulan tanpa batas, berdua-duaan di tempat sunyi dan sebagainya.

      d Media Massa
      Pengaruh modenisasi ini lebih terasa dan ketara dengan bantuan berbagai alat media-massa yang serba canggih. Media massa merupakan sumber maklumat yang mencakupi berkesan dalam penyebaran berbagai maklumati. Melalui teknologi yang semakin canggih ini, golongan belia mudah terdedah kepada banyak maklumat, namun tidak semua maklumat- maklumat itu sesuai untuk ke semua peringkat umur.Ini telah menjadi masalah kerana selalaunya golongan belia mudah meniru dan mengikut hal yang dilihat disekeliling mereka. Paparan adegan-adegan negatif dari filem barat menimbulkan perasaan ingin tahu dan ingin cuba sendiri.

      Cara-cara mengatasi masalah
      a)Peranan ibu bapa
      Peranan ibu bapa adalah amat penting dalam memberikan perhatian yang serius terhadap anak-anak mereka. Ibu bapa mestilah memperhatikan setiap pergerakan anak-anak mereka. Ibu bapa hendaklah sentiasa mengetahui dan mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh anak-anak mereka serta sanggup meluangkan masa untuk mengatasai masalah tersebut. Ibu bapa juga seharusnya mengetahui rakan-rakan anak mereka dan sentiasa memastikan anak-anak mereka berkawan dan bergaul dengan mereka yang mempunyai ajaran agama yang baik. Tambahan pula ibu bapa hendaklah menghabiskan sebahagian daripada masa seharian bersama anak-anak mereka dengan memberikan keyakinan, keberanian, mewujudkan sikap positif terhadap masalah, emosi dan keputusan. Selain itu tingkatkan penghayatan anak-anak terhadap agama, nilai-nilai murni, motivasi, melatih anak cara bersopan, prinsip-prinsip tepati janji, berketerampilan, menunjukkan keperibadian yang mulia, amanah, sanggup menerima kelemahan diri serta meneroka potensi anak.

      b) Kaunseling
      Langkah-langkah pencegahan yang bersesuaian hendaklah diadakan seperti kaunseling di peringkat sekolah. Kaunseling di peringkat sekolah adalah penting dalam membantu remaja mengatasi masalah mereka. Program ini akan lebih bermakna sekiranya kaunselor-kaunselor yang berkelayakan dan berpengalaman dilantik dalam memantapkan pelaksanaan dan keberkesanan kaunseling tersebut.

      c) Padatkan masa lapang remaja dengan aktivi baik
      Padatkan masa lapang mereka dengan menambahkan aktiviti-aktiviti berteraskan akademik dan separa akademik seperti kegiatan ko-kurikulum di sekolah. Begitu juga dengan perubahan-perubahan teknik-teknik pengajaran seperti penggunaan komputer, video, bantuan alat pandang dengar dan teknik pengajaran luar kelas.

    POONGKOTHAI A/P VELOO said:
    04/08/2012 at 7:54 pm

    SX111960CJF04

    Jawapan :
    Soalan 1 :

    Pascamodenisme adalah era kemuncak modenisme dan menjadi lambang keteguhan zaman modenisme disebabkan nilai pegangan yang diasaskan pada era modenisme sudah mencapai tahap yang teguh. Pemikiran pascamodenisme merupakan satu idealisme alaf baru yang muncul di Barat dalam arus modenisasi di mana ia merupakan satu aliran pemikiran yang agak mengelirukan namun, pengaruhnya meresap masuk dan mencabar pelbagai bidang ilmu misalnya pemikiran, keagamaan, pendidikan, kesenian, kebudayaan dan kesusasteraan. Kemajuan teknologi telah mengakibatkan hubungan manusia dengan Tuhan menjadi semakin renggang. Ini kerana manusia lebih percaya kehebatan sains dan teknologi berbanding kuasa Tuhan. Pegangan agama menjadi semakin lemah dengan perkembangan era modenisme.

    Soalan 2:
    Punca-punca :

    •Kurang diberi perhatian oleh ibu bapa mereka,
    Terdapat ibubapa yang tidak begitu prihatin tentang sifat dan kelakuan anak-anak mereka sendiri. Mereka tidak menetapkan peraturan-peraturan yang tertentu dalam hidup berkeluarga yang boleh mengakibatkan anak-anak mereka bebas melakukan sesuatu perkara dan seterusnya mempunyai risiko tinggi untuk terlibat dalam gejala sosial.

    •Kurangnya didikan agama
    Individu yang kurang bimbingan agama dan kerohanian akan lebih memberontak untuk mencari identiti diri kerana mereka tidak menghayati nilai-nilai murni yang terdapat dalam ajaran agama tersebut.

    •Pengaruh rakan sebaya
    Remaja pada masa sekarang lebih mesra dengan rakan berbanding ibubapa kerana ibubapa sibuk bekerja dan urusan-urusan lain. Ini boleh mengakibatkan remaja tersebut terjerumus dalam gejala sosial yang tidak sihat,disebabkan ibubapa tidak peka dengan masalah yang dihadapi anak-anak.

    •Pengaruh media massa
    Pelakuan ganas dan kejam yang dibawa terus ke rumah melalui televisyen dan stesen satelit sememangnya mampu mempengaruhi pemikiran dan tingkah laku masyarakat.

    Langkah-langkah mengatasi:

    •Memberi didikan agama dan moral yang secukupnya
    Merupakan cara paling baik untuk mencegah manusia daripada melakukan maksiat. Tanpa pendidikan agama secukupnya adalah agak mustahil untuk membentuk anak yang berakhlak tinggi.

    •Ibu bapa memberi kasih sayang dan perhatian yang secukupnya kepada anak-anak
    Apabila anak-anak merasa diri mereka dihargai dan disayangi, mereka mempunyai peluang yang kurang untuk melibatkan diri dengan aktiviti yang boleh member kesan negatif kepada keluarga. Mereka akan menjaga maruah diri, maruah ibu bapa dan maruah keluarga serta akan lebih mesra kepada ikatan kekeluargaan.

    •Penguatkuasaan oleh pihak berkuasa
    Tindakan terhadap media massa yang menyiarkan bahan atau filem berunsur ganas dan sex yang boleh mempengaruhi jiwa masyarakat.

    •Menggubal dan meminda undang-undang
    Tindakan lebih berat terhadap individu yang terlibat dalam gejala sosial sebagai pengajaran kepada masyarakat.

    •Mengadakan kempen kesedaran
    Mengingatkan masyarakat tentang impak negatif atau kemudaratan yang akan mereka perolehi jika terlibat dengan masalah sosial seperti penyakit, kecederaan, kematian dan kemusnahan hidup.

    Hairul Fazlihan Bin Mahmud said:
    04/08/2012 at 8:42 pm

    HAIRUL FAZLIHAN BIN MAHMUD (SX095134AWD04)

    Jawapan 1

    Fahaman anti tuhan dan anti agama boleh dikategorikan sebagai kekufuran ilhad dan ingkar. Ini kerana, fahaman ini juga menolak kitab-kitab Allah, rasul-rasul dan hari kiamat. Ianya dianggap juga sebagai pemakaian hidup barat yang merangkumi cara hidup dan budaya.
    Cara hidup disini meliputi bab-bab pemakanan, pemakaian, pergaulan dan pekerjaan. Sebagai contoh :
    1. Pemakanan – makanan-makanan segera (KFC & McDonald) dan tidak berkhasiat.
    2. Pemakaian – pakaian seksi dan mendedahkan aurat (tudung sebagai simbol kemunduran).
    3. Pergaulan – pergaulan bebas lelaki dan perempuan yang bukan muhrim (berpelukan & berciuman).
    4. Pekerjaan – pekerjaan yang mengutamakan ekonomi semata-mata, mengamalkan riba dan penipuan.
    Pascamodenisme ini bergerak di atas tiket globalisasi, dimana media massa memainkan peranan utama. Pengamal fahaman ini akan mengasingkan kuasa keagamaan dan kuasa keduniaan. Kuasa keagamaan semakin mengecil, dimana hanya digunakan dalam urusan perkahwinan, kekeluargaan, penceraian dan kematian. Manakala keduniaan yang menolak hukum agama akan menguasai bidang pendidikan, perundangan, ekonomi, cukai dan perlaksanaan perang. Dalam kata lain, permodenan terkini terhadap segala urusan di dunia. Pembaharuan yang yang dilakukan hanya berlandaskan ratio-manusia dan akan mengetepikan perkara-perkara agama dan tradisional. Fahaman ini juga mengamalkan kehidupan tanpa batasan, dimana jika sesuatu perkara itu elok pada manusia maka ianya juga elok untuk seisi dunia.
    Terdapat dua kesan utama pengamalan fahaman ini.
    1. Kebebasan berfikir secara rasional dianggap pegangan terbaik mengatasi pegangan agama dalam menentukan segalanya. Perilaku manusia juga dianggap akan lebih sempurna jika berpegang kepada pegangan ini.
    2. Agama akan dipandang serong dan akan diketepikan. Agama dianggap kolot dan ketinggalan zaman. Agama juga diistilahkan sebagai kemunduran dan kejatuhan tamadun manusia.
    Oleh itu, kita perlu memiliki pemikiran yang cukup matang tentang agama Allah. Dalam era yang serba moden ini, sekularisme mudah menyerang dalam pelbagai bentuk dan cara. Dengan menggunakan akal yang waras dan pegangan agama yang kuat, kita tidak sepatutnya menerima terus semua yang datang dari barat. Sebaliknya, kita perlu menapis dan meneliti segalanya dengan mendalam. Kekuatan iman seseoranglah yang akan menjadi perisai dalam menempuh serangan sekularisme yang datang melalui tiket globalisasi.

    Jawapan 2.

    Peningkatan kadar naratif, kes jenayah dan kes sosial perlu diberi perhatian yang khusus. Ini kerana, ianya boleh merosakkan agama dan mengancam keselamatan manusia. Berikut adalah punca-punca dan langkah-langkah mengatasi masalah di atas :
    Punca-punca masalah
    1. Ibu bapa
    • Segalanya bermula dari rumah. Cara didikan dari ibu bapa adalah menjadi perisai utama untuk mengatasi masalah sosial. Terdapat juga ibu bapa yang melayan anak lelaki seperti anak perempuan disebabkan teringin memiliki anak perempuan.
    • Ibu bapa juga perlu memantau pergerakkan anak di luar rumah. Dengan siapa anak mereka berkawan dan ke mana anak mereka pergi.
    2. Pergaulan
    • Kesukaran dan batasan pergaulan yang sangat ketat juga boleh menyumbang kepada masalah sosial. Dalam nafsu yang meningkat dan perasaan ingin tahu/cuba yang tinggi, manusia sanggup melakukan apa sahaja.
    3. Pengalaman masa lampau
    • Pernah diperkosa oleh kaum sejenis mahupun kaum berlainan jenis. Menjadikan individu itu cenderong untuk mengulanginya. Timbul minat kepada kaum sejenis dan anti kepada kaum berlainan jenis.
    • Dari sini juga boleh wujud perasaan dendam yang mendalam lalu boleh berlakunya kes bunuh dan bunuh diri.
    4. Trend
    • Tenggelam dalam hidup penuh moden. Tiadanya perasaan malu dan norma-norma hidup. Terpengaruh dengan kawan dan kenalan.
    • Tinggal serumah walaupun bukan muhrim dan tidak memiliki ikatan yang sah.
    5. Rasa selamat
    • Berpasangan dengan kaum sejenis, mereka merasa selamat. Dapat melepaskan nafsu yang membuak tanpa sebarang risiko.
    • Dikatakan juga, kaum sejenis lebih memahami naluri masing-masing.
    6. Masalah ekonomi
    • Masalah ekonomi keluarga yang meruncing juga boleh menyumbang kepada masalah jenayah.
    • Kesempitan wang boleh menyumbang kepada kes rompakan dan kecurian. Yang sangat ditakuti masa kini adalah kes ragut yang membawa kepada kes bunuh.
    7. Kesibukan dunia
    • Demi mengejar kemewahan dunia semata, anak-anak, pasangan dan keluarga diabaikan. Tenggelam dengan hiburan di luar rumah sehingga menyebabkan institusi keluarga menjadi hancur.
    • Ini menyebabkan diri semakin jauh dengan Allah. Tiadanya ruang untuk pengisian rohani. Iman juga mudah goyah dengan nafsu dunia.

    Langkah-langkah mengatasi masalah
    1. Hapuskan hak istimewa
    • Pengecualian tempat dan hak-hak istimewa kepada mereka-mereka yang didapati terlibat dengan gejala sosial atau jenayah. Tempat-tempat seperti institusi pengajian dan sektor awam tidak layak untuk mereka.
    2. Kuatkuasa undand-undang
    • Menguatkuasakan hukuman islam seperti hukum hudud dengan sempurna. Dalam masa yang sama memberatkan lagi undang-undang yang sedia ada.
    3. Kaunseling
    • Menghantar individu yang terlibar mengikuti sesi kaunseling atau mengadakan sesi kaunseling secara terbuka supaya tiada rasa malu antara mereka. Disamping dapat mengelakkan yang belum terlibat melibatkan diri ke lembah hina.
    4. Iman
    • Iman yang lemah dikuatkan. Iman yang kuat, dikuatkan lagi. Dengan memperbanyakkan majlis-majlis agama dan jika terpaksa, boleh juga mewajibkan kehadiran. Rawatan-rawatan tradisional Islam juga boleh diamalkan.
    5. Kurangkan nafsu
    • Mengawal hawa nafsu dengan mengalihkan fokus kepada meningkatkan kerjaya, memperbanyakkan riadah dan ibadah kepada Allah.

    6. Meningkatkan pengawasan polis
    • Menambah bilangan anggota polis di kawasan-kawasan yang berisiko tinggi berlaku jenayah. Juga menempatkan anggota polis yang berpakaian awam.
    7. Perbanyakkan kamera litar tertutup
    • Menambah bilangan kamera litar tertutup di kawasan bahaya dan sunyi. Bukan sahaja dikawasan-kawasan yang berprofil tinggi untuk dirompak malah di kawasan yang berpotensi untuk berlakunya perbuatan sumbang seperti bercumbuan.
    8. Meningkatkan kesedaran orang awam
    • Menutup ruang untuk berlakunya kes-kes jenayah atau mengurangkan risiko daripada di serang dengan memberi kesedaran kepada orang awam bahawa jenayah boleh berlaku di mana-mana sahaja.
    • Menggalakkan orang awam supaya tidak menunjuk-nunjuk kemewahan seperti mengurangkan penggunaan barang kemas.

      Riki hartono said:
      08/04/2014 at 9:06 am

      banyakkan membaca

    Mohamad firdaus bin shoib sx090682eej04 said:
    04/08/2012 at 10:28 pm

    Jawapan soalan 1

    Pada pandangan saya, maksud disebalik pentakrifan pascamodenisme ini adalah fahaman yang anti agama dan anti tuhan menurut ahli sarjana zakaria stapa adalah lebih merupakan pemikiran yang menolak kepentingan agama dan budayadalam segala aspek pembangunan kemajuan manusia. Pemikiran pascamodenisme boleh memberi kesan kepada dunia Islam seperti :
    – mengetepikan kepetingan agama terhadap kemajuan pelbagai ilmu pengetahuan.
    – menganggap agama dan budaya menghalang kemajuan dan pembangunan.
    – terjadi sedikir sebanyak konflik nilai antara pendokong agama dan pendukung kemajuan.
    – Kemerosotan penghayatan agama dan budaya.
    – masyarakat Islam lebih cenderung untuk menghayati kemajuan hiburan yang dibawa barat berbanding pengahayatan kemajuan ilmu pengetahuan.
    – Menyebabkan budaya penghijrahan dari kampung ke bandar.
    Pada pandangan saya juga pascamodenisme turut member kesan terhadap golongan barat seperti;
    – membentuk nilai sosial baru yang jauh daripada budaya dan agama Kristian.
    – ramai manusia mengejar kemewahan sehingga mengenepikan nilai moral dan budaya.
    – Wujud jurang antara strata masyarakat seperti miskin dan kaya serta kulit hitam dan putih.
    – Budaya berlumba-lumba untuk mengejar kejayaan di kalangan masyarakat.
    – Sifat individualistik menguasai nilai sosial barat.
    Kesimpulannya umat Islam perlu berwaspada tetang perubahan ini yang berlaku dalam era pascamosdenisme kerana perubahan ini memeberi kesan positif dan negetif terhadap institusi-institusi Islam iaitu kekeluargaan, keagamaan dan kemasyarakatan.

    Jawapan soalan 2

    Punca-punca masalah ini ialah:
    • Penghayatan islam dalam diri sendiri
    -Pada pendapat saya penghayatan islam dalam diri setiap umat islam di Malaysia semakin nipis. Umat islam di Malaysia tidak berusaha mempraktikkan ajaran islam dalam kehidupan seharian. Umat islam di Malaysia sering mengabaikan Al-Quran sebagai panduan hidup. Ini menyebabkan umat islam di Malaysia tidak dapat panduan hidup yang sewajarnya. Kesan terhadap umat islam Malaysia ini telah menyebabkan peningkatan kerosakan akhlak seperti kes rogol,murtad, hubungan sejenis dan lain-lain.

    • Media massa
    -Pengaruh media massa seperti televisyen dan internet turut menyumbang sebagai punca masalah ini. Contohnya di internet, yang merupakan saluran tanpa sempadan yang boleh dilayari sesuka hati. Mengikut kajian, hubungan seks bebas, gay, dan lesbian banyak terjadi melalui media massa ini.

    • Pengaruh rakan sebaya
    -Setiap masalah kerosakan akhlak tidak berlaku secara individu tetapi terjadi secara berkumpulan. Pengaruh rakan sebaya turutmenyumbang masalah ini. Contohnya golongan gay atau lesbian akan cuba mencari rakan baru untuk kepuasan mereka.

    • Institusi rumah tangga
    -Kegoyahan institusi rumah tangga telah member impak kepada kehidupan pada masa kini.
    Ramai ibu bapa yang sibuk mengejar keduniaan sehingga mengabaikan anak-anak. Anak-anak yang terbai ini akan mencari sesuatu yang baru sehingga menyesatkan mereka ke lembah yang tidak sepatutnya
    • Pemimpin
    -Kepimpinan yang ampuh dan hanya terlalu mementingkan kuasa, pangkat, kroni dan keuntungan turut menyumbang masalah akhlak ini. Mereka mengabaikan rakyat yang memilih mereka. Mereka alpa terhadap peningkatan masalah ini dan tidak berusaha mencari jalan penyelesaian.

    Cara mengatasi:
    • Galakkan dan serapkan diri umat islam dimalaysia dengan pemahaman sebenar tentang islam dari segi penghayatan, aplikasi dan panduan.
    • Jadikan Al-quran sebagai panduan hidup dan pegangan hidup agar setiap yang dilakukan memperoleh manfaat.
    • Pihak yang berkenaan perlu berusaha mengawal media massa dan menghadkan unsur-unsur yang tidak sihat dari berleluasa di Malaysia.
    • Setiap ibu bapa perlu peka terhadap perkembangan anak-anak dan perlu mengawasi pergaulan anak-anak dengan rakan mereka. Pengawasan ini dapat mengelakkan anak-anak dari tersalah pilih rakan
    • Pemilihan pemimpin yang tepat amat penting dalam menentukan kejayaan sesebuah Negara dari segi ekonomi, pendidikan, keselamatan dan lain-lain. Pemimpin perlu peka setiap masalah rakyat terutamanya isu masalah akhlak.

    Abdul Azim Bin Omar said:
    04/08/2012 at 10:55 pm

    (SX095903AWD04) – Abdul Azim Bin Omar

    Jawapan soalan 1 :

    Fahaman disebalik pentakrifan oleh ahli sarjana Zakaria Stapa berhubung isu pascamodenisme adalah kerana ia merupakan lanjutan dan edisi baru kepada fahaman sekularisme Barat moden. Sepertimana karektor sosiologi pascamoden sekarang ini timbulnya pemberontakan secara kritis terhadap projek modenisme, memudarkan kepercayaan pada agama yang bersifat transenden dan semakin diterimanya pandangan pluralism relativisme kebenaran.

    Jawapan soalan 2 :

    Punca-punca yang menyebabkan peningkatan jenayah dan kes sosial adalah kerana :-

    1. Kurang didikan Agama

    Didikan yang diberikan oleh ibu bapa adalah amat penting dan berperanan dari seusia bayi lagi sehingga dewasa. Sekiranya didikan agama itu sendiri tidak mencapai target, anak-anak akan memperlakukan sesuatu tanpa mengira hukum hakam agama itu sendiri.

    2. Taraf Hidup Yang Tinggi

    Perkembangan ekonomi yang moden dan pesat akan banyak mempengaruhi taraf kehidupan disamping keperluan kewangan yang sangat-sangat tinggi. Banyak jenayah dapat dilihat daripada permasalahan ini seperti mencuri/merompak, membunuh demi untuk mendapatkan duit.

    3. Pergaulan Bebas

    Pergaulan yang bebas antara lelaki dan perempuan masa kini seperti tiada pedoman, punca jenayah yang biasa kita dapat lihat daripada pergaulan ini adalah seks rambang sehingga akan menimbulkan dosa-dosa besar yang boleh menyebabkan si perempuan itu mengandung dan melahirkan anak tanpa berbapa.

    4. Media Massa

    Kebiasaan jenayah daripada media adalah mudah bagi mana-mana golongan untuk meng ’upload’ video-video lucah tanpa ada sekatan oleh pihak-pihak tertentu. Penyebaran informasi terkini lebih mendedahkan wacana yang tanpa ada batasan.

    Cara untuk mengatasinya adalah

    1. Kembali ke pangkuan jalan / beriman kepada Allah

    Sebagai umat islam,kita tidak lari daripada melakukan dosa, sebagai langkah-langkah untuk membersihkan diri adalah salah satunya dekatkan diri kepada Allah s.w.t dan beriman ke atasNya.

    2. Melakukan pekerjaan yang halal

    Islam mengharamkan melakukan pekerjaan yang berpunca daripada pendapatan yang tidak sah dan haram kerana tiada akan mendapat rahmat daripada Allah dan kehidupan akan terasa susah walaupun duit banyak terkumpul.

    3. Menghadkan batasan perbualan antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim.

    Batasan perbualan dan perbuatan lelaki dan perempuan adalah perlu dititikberatkan kerana takut ada orang ketika yang boleh mengundang kepada kelalaian dan ketelanjuran.

    Muhammad Amir Izzat Abd Latiff said:
    04/08/2012 at 11:51 pm

    MUHAMMAD AMIR IZZAT B ABD LATIFF (SX110206EES04)

    SOALAN 1 :-

    Menurut pandangan saya, maksud disebalik penakrifan Profesor Zakaria Stapa berhubung isu pascamodenisme “fahaman anti-agama dan anti-tuhan” adalah :

    • Kebebasan merupakan elemen penting yang telah didukung oleh aliran pascamoden.

    • Salah-satunya ialah kebebasan sosial yang di angkat tinggi dan memberi satu impak besar yang negatif dalam diri / masyarakat dunia. Lebih memburukan lagi keadaan, perkara ini telah menjadi biasa(normal) di kalangan golongan pascamoden ini supaya mengetepikan hal-hal atau hukum-hukum agama yang di anggap menghalang aktiviti mereka.

    • Masyarakat pascamoden merupakan masyarakat yang bercirikan kepada undang-undang kapitalis, di mana ia lebih mengejar kepada keuntungan semata-mata tanpa mementingkan kepada perkara lain. Keadaan ini memperlihatkan bahawa agama seolah-olah tidak memiliki peranannya lagi dalam mengatur kehidupan manusia tetapi sebaliknya kemajuan adalah elemen paling penting kepada masyarakat pascamoden ini. Ia juga membawa maksud bahawa gaya hidup yang penuh kemewahan sebagai satu gayu hidup yang terbaik.

    • Dalam pemikiran pascamoden, mereka telah mengambil sikap iconoclastic iaitu bersikap menolak kepercayaan-kepercayaan agama dan tradisi yang terkenal. Ia menyatakan bahawa semua ideologi seperti marxisme atau kepercayaan-kepercayaan agama sebagai satu jenama yang mudah diperolehi di pasaraya-pasaraya idea. Ia memperlihatkan bahawa aliran ini menganggap semua bentuk ideologi malahan agama sekalipun sebagai suatu perkara yang tidak muktamad dan bukan sebagai jawapan terakhir dalam semua persoalan kehidupan manusia.

    • Kelompok pemikir pascamodenisme ini sebenarnya telah menganggap bahawa agama sebagai suatu buatan manusia, di mana ianya akan berubah mengikut tempat, masa dan bangsa. Tiada satu pun yang boleh dikatakan sebagai benar sekalipun terhadap hal-hal yang berhubung dengan kenabian, ulama, dan lain-lain lagi.

    SOALAN 2 :-

    PUNCA ANCAMAN NARATIF KECIL SERTA PENINGKATAN KADAR JENAYAH :-

    1) KELONGGARAN PEGANGAN AGAMA
    • nilai-nilai keagamaan yang lemah dalam diri masyarakat kini telah mempengaruhi perbuatan buruk yang berlaku dalam kehidupan seharian. Pegangan agama yang longgar dan tiada tunjuk ajar yang baik, dan berterusan daripada ibu-bapa khususnya, menjerumus kepada kelakuan naratif kecil ini. Ibubapa perlu memberi didikan agama yang betul serta sama-sama mengamalkan ilmu tersebut supaya anak-anak lebih menghayati ilmu yang diterapkan dalam diri mereka.

    2) KERUNTUHAN INSTITUSI KELUARGA
    • Ibubapa sibuk bekerja mencari rezeki dan tidak menumpukan perhatian terhadap kualiti kehidupan berkeluarga. Walaupun usaha murni ibu bapa adalah untuk memberi kesenangan kepada anak-anak dan keluarga, namun pembentukan sahsiah diri anak-anak perlu diberi perhatian. anak-anak yang ditinggalkan di rumah tanpa pengawasan akan cuba mencari kebebasan dalam bentuk sosial negatif kerana kurangnya kasih sayang ibubapa yang sibuk.
    • Masalah yang berlaku dalam rumah juga memberi kesan kepada jiwa anak-anak seperti ibubapa yang bercakaran di hadapan mereka. Anak-anak akan merasakan diri kurang kasih sayang dan pembesaran yang tidak sihat itu akan membentuk kerapuhan diri dan jiwa anak-anak akan mudah terdedah dengan tarikan sosial negatif di luar.

    3 ) MASYARAKAT SETEMPAT
    • Masyarakat hari ini sudah kurang peka terhadap nilai hidup kejiranan dan aktiviti kemasyarakatan. Struktur pembinaan perumahan hari ini juga banyak mempengaruhi gaya hidup masyarakat yang negatif. Kondominium dan pangsapuri mewah mementingkan gaya hidup individualistik. Rumah-rumah banglo pula di iklankan dengan gaya hidup berfokuskan keselamatan yang berlebihan seperti pondok keselamatan berpagar agar tidak diganggu penjenayah. Sedar atau tidak, masyarakat kita telah membina tembok dan memisahkan jurang hidup secara manual dengan jiran dan masyarakat setempat.

    4) KENDIRI
    • Remaja hari ini kurang mampu menguruskn diri-sendiri kerana semua keperluan diri disediakan oleh ibu bapa yang tidak mahu anak-anak merasa susah dalam kehidupan mereka. Kesan daripada sikap ibu bapa yang sangat memanjakan anak-anak dengan material dan perhatian berlebih-lebihan itu menjadikan anak-anak kurang berdikari dan tidak mahu merasa susah dalam kehidupan mereka.
    • Akibatnya anak-anak remaja sukar mengendalikan emosi semasa berhadapan dengan masalah hidup dan tekanan daripada rakan-rakan. Kebanyakan remaja tidak tahu mengendalikan emosi marah, bahagia, derita atau cinta yang melingkari kehidupan seharian mereka. Jika mereka berhadapan dengan tekanan dan pujukan rakan-rakan yang mengajak melakukan jenayah atau kehidupan sosial negatif yang lain seperti minum arak, dadah, seks bebas dan sebagainya, mereka tidak mampu menepis dan menolak pujukan tersebut kerana tidak mempunyai jati-diri dan berpendirian teguh

    5) PENGARUH RAKAN SEBAYA DAN SETEMPAT
    • Faktor ini telah diketahui ramai sebagai punca utama remaja hari ini terjebak dalam masalah sosial yang negatif. Pengaruh rakan sebaya umpama tarikan magnet yang menjadikan remaja lebih gemar melepak dan mengikut rentak dan gaya hidup mereka. Jika rakan-rakan itu buruk perangai dan aktif dalam kegiatan jenayah dan masalah sosial, maka mereka akan mengikutnya kerana remaja hari ini lemah jati diri dan tiada tujuan hidup.

    6) TARAF KEHIDUPAN
    • Banyak jenayah dan masalah sosial yang dilakukan remaja hari ini disebabkan oleh taraf hidup yang rendah kerana keinginan anak-anak muda hari ini semakin meningkat untuk menggunakan barangan mewah bagi menunjukkan status diri mereka di kalangan rakan-rakan sebaya. Tidak semua anak-anak remaja ini lahir dari keluarga berada dan mampu menikmati kemewahan hidup. Bagi remaja dari keluarga susah, mereka mudah terikut-ikut rakan-rakan yang mewah tetapi soalnya bagaimana mereka mendapatkan sumber kewangan tersebut. Sudah tentu dengan melakukan jenayah dan kegiatan tidak bermoral seperti mencuri, merempit, melacur, mengedar dadah dan menyimpan barangan curi untuk mendapatkan sumber kewangan bagi menampung kehendak hidup mereka yang mewah.

    CARA MENGATASI ANCAMAN NARATIF KECIL SERTA PENINGKATAN KADAR JENAYAH :-

    Pada pendapat saya, satu – satu nya cara mengatasi segala anasir – anasir yang negatif dalam kehidup kita seharian adalah dengan kembali kepada agama Islam. ini kerana Islam adalah agama yang lengkap dan sempurna.
    1) DIRI INDIVIDU
     Muhasabah dalam diri pada setiap hari mampu membantu untuk mencegah kita dari terus leka dengan ancaman tersebut. Sebagai umat Islam, Solat 5 waktu perlu dijaga dan dihayati. ini mampu menangani kita daripada berbuat jahat.
     Libatkan diri dengan aktiviti yang berfaedah bersama – sama keluarga. Ini mampu mengelakkan kita terjerus dengan aktiviti tidaka bermoral.
     Hidup secara sederhana. Islam mencegah kita daripada hidup dalam keadaan membazir dan berlebih lebihan. Tanamkan rasa bersyukur dalam diri dengan apa yang dimiliki akan mampu menahan diri kita dari tergoda dengan kemewahan duniawi.
    2) MASYARAKAT
     Perbanyakkan aktiviti keagamaam contonya memberi ceramah dan perkongsiaan ilmu tentang keindahan beragama. ini secara tidak langsung, sekiranya sering dilaksanakan, akan memberi kesedaran kepada individu yang terlibat.
     Sentiasa saling ingat – mengingati antara satu sama lain. Masyarakat perlu mengikis rasa individualistic (pentingkan diri) kerana ini menyebabkan lempuhnya institusi kemasyarakatan.

    MOHD HAFIZ BIN BISTAMAM (SX090702EEJ04) said:
    05/08/2012 at 6:14 am

    MOHD HAFIZ BIN BISTAMAM (SX090702EEJ04)

    Soalan 1

    Pemikiran Pascamodenisme merupakan satu idealisme alaf baru yang muncul di barat dalam arus modenisasi sekitar tahun1930-an dengan kemunculan seorang penulis Belanda. Pemikiran ini adalah satu aliran pemikiran yang agak mengelirukan. Namun pengaruhnya meresap masuk dan mencabar pelbagai bidang ilmu, misalnya pemikiran, kerohanian, keagamaan, pendidikan, kesenian, kebudayaan dan kesusasteraan. Ahli Sarjan Zakaria Stapa berpendapat bahawa Pascamodenisme ialah pemikran yang bersifat anti-agama dan anti-tuhan kerana pascamodenisme ialah lanjutan edisi baru kepada fahaman sekularisme Barat moden.
    Pada pandangan saya, Ahli Sarjana Zakaria Stapa berpendapat sedemikian kerana Pemikiran Pascamodenisme mengajak manusia supaya mempunyai kebebasan yang mutlak untuk melalui kehidupan duniawi tanpa ikatan kepada sebarang bentuk ajaran agama atau sistem nilai. Dalam erti kata lain, Pemikiran Pascamodenisme lebih tertumpu kepada duniawi dan menolak ajaran agama.

    Soalan 2

    Gejala sosial di Malaysia telah bermula sejak penghujung tahun 1960-an lagi. Ia bermula dibarat melalui golongan ‘hipi’ iaitu golongan yang mengamalkan dadah. Budaya golongan ini telah meresap masuk ke dalam Malaysia melalui lagu-lagu ‘rock’ pada masa itu yang memuja-muja dadah. Bermula dari saat itulah pelbagai gejala sosial yang telah melanda negara sehingga kini.
    Pada pertengahan 1980-an, kepesatan pembangunan perindustrian negara telah menyebabkan berlakunya migrasi golongan muda dari luar bandar ke bandar untuk memenuhi permintaan tenaga buruh dalam sektor berkenaan. Pada masa ini berlakunya ‘kejutan budaya’ dikalangan golongan muda yang bebas dari pemerhatian keluarga. Ia telah meyebabkan gejala sosial seperti gejala ‘bohsia’ dan pengambilan dadah dalam bentuk yang baru seperti minum ubat batuk seara berlebiahan, hidu gam untuk berkhayal dan lain-lain.
    Pada awal tahun 1990-an, negara Malaysia telah menuju ke arah status negara maju. Lantaran itu perkembangan teknologi maklumat dan ICT telah menyebabkan negara dilanda fenomena gejala sosial yang teruk seperti pegaulan bebas, aktiviti pelacuaran, HIV serta kemunculan naratif kecil seperti golongan gay, lesbian, biseksual dan ajaran sesat . Seperti yang kita sedia maklum, era 1990-an adalah era yang pesat membangun dalam bidang teknologi maklumat. Walaupun terdapat banyak faedah yang diperolehi, namun kesan negatifnya tetap bersama. Ini dapat diperhatikan dengan capaian internet berkonsep ‘langit terbuka’ (tanpa sempadan). Jika ia tidak dikawal internet akan disalahgunakan oleh pelbagai pihak.
    Dari sini jelaslah bahawa, gejala sosial yang berlaku pada hari ini telah wujud mengikut peredaran serta pembangunan negara. Dalam mengecapi pembanguan negara, kerajaan telah mengambil pelbagai langkah untuk mengatasi gejala ini namum punca-punca masih lagi dari :-

    i. ibubapa yang mengabaikan anak-anak serta tidak mendidik anak mereka sepatutnya
    ii. masyarakat yang memandang rendah terhadap gejala sosial yan berlaku disekeliling
    mereka dan berpura-pura seperti tiada apa yang berlaku.
    iii. kurang pengetahuan serta pendidikan agama
    iv. pengaruh media elektronik / media cetak
    v. pengaruh keadaan persekitaran dan lain-lain.

    Jesteru untuk mengatasi masalah tersebut, langkah yang terbaik adalah :-

    i. Peranan Ibubapa
    Dalam era moden walaupun ibubapa sibuk mencari mata pencarian, pengawasan terhadap anak-anak mereka haruslah diberi
    keutamaan. Jangan mempercayai anak meraka 100%. Perlu ada sedikit perasaan curiga terhadap anak-anak mereka. Dengan itu
    segala aktiviti anak-anak mereka dapat diperhatikan dan dikawal. Selain itu juga ibubapa perlu menjadi guru kepada anak-anak
    meraka untuk menerap nilai-nilai murni dalam diri anak mereka. Jangan meletakkan semua tugas-tugas berkenaan kepada guru
    yang mengajar di sekolah semata-mata.

    ii. Penekanan bidang ilmu
    Bidang ilmu adalah segala-galanya. Ia dapat menjadikan seseorang itu mempunyai keperbadian yang tinggi dari segi jasmani dan
    rohani. Penekanan bidang ilmu ini pula janganlah mengenepikan soal-soal agama.

    iii. Media elektronik dan media cetak
    Perlu melalui beberapa tapisan supaya kandungannya tidak melampaui batasan serta sesuai dengan budaya ketimuran.

    iv. Masyarakat
    Masyarakat pula perlu menjadi sedikit ‘busy body’ atau prihatin dengan keadaan sekeliling. Apabila ini berlaku sudah pasti
    sesuatu kesalahan yang berlaku dapat dibendung dengan segera sebelum menjadi penyakit kepada negara.

    v. Individu
    Dan yang paling penting adalah individu itu sendiri. Dalam zaman yang serba canggih ini seseorang itu perlulah melengkapkan
    diri mereka dari segi pengetahuan, kekuatan mental dan fizikal agar segala cabaran dan ringtangan serta godaan duniawi dapat
    ditempuh dan dikawal dengan sebaik-baiknya. Jangan terlalu mengikut nafsu, sebaliknya fikirkan kemungkinan yang akan berlaku
    jika sesuatu perkara itu dilakukan.

      Hasriyna Isa said:
      05/08/2012 at 12:39 pm

      Fahaman pasca-modenisme ini mementingkan manusia mempunyai kebebasan diri untuk menjalani kehidupan tanpa sebarang ikatan kepada sebarang bentuk tradisi termasuk Tuhan dan agama. Pada era pasca-modenisme, fahaman dan ideologi Barat dilapor tersebar luar secara pantas sejajar dengan perkembangan teknologi maklumat dan proses globalisasi. Fahaman itu meresap masuk ke dalam pemikiran masyarakat Islam dan penularannya berlaku secara halus sama ada secara disedari atau tidak. Ia diolah secara rasional sehinggakan jika ia tidak dibanteras dengan berkesan boleh menjejaskan akidah umat Islam. Penerimaan prinsip Hak Asasi Manusia sebagai sebahagian cara hidup di peringkat global tanpa mengira latar belakang ras, etnik, agama, warna kulit dan jantina memburukkan lagi keadaan ini.

      Punca-punca :
      i. ibubapa yang mengabaikan anak-anak serta tidak mendidik anak mereka sepatutnya
      ii. masyarakat yang memandang rendah terhadap gejala sosial yan berlaku disekeliling
      mereka dan berpura-pura seperti tiada apa yang berlaku.
      iii. kurang pengetahuan serta pendidikan agama
      iv. pengaruh media elektronik / media cetak
      v. pengaruh keadaan persekitaran dan lain-lain.

      Untuk mengatasi masalah tersebut

      i. Peranan Ibubapa
      Dalam era moden walaupun ibubapa sibuk mencari mata pencarian, pengawasan terhadap anak-anak mereka haruslah diberi
      keutamaan. Jangan mempercayai anak meraka 100%. Perlu ada sedikit perasaan curiga terhadap anak-anak mereka. Dengan itu
      segala aktiviti anak-anak mereka dapat diperhatikan dan dikawal. Selain itu juga ibubapa perlu menjadi guru kepada anak-anak
      meraka untuk menerap nilai-nilai murni dalam diri anak mereka. Jangan meletakkan semua tugas-tugas berkenaan kepada guru
      yang mengajar di sekolah semata-mata.

      ii. Penekanan bidang ilmu
      Bidang ilmu adalah segala-galanya. Ia dapat menjadikan seseorang itu mempunyai keperbadian yang tinggi dari segi jasmani dan
      rohani. Penekanan bidang ilmu ini pula janganlah mengenepikan soal-soal agama.

      iii. Media elektronik dan media cetak
      Perlu melalui beberapa tapisan supaya kandungannya tidak melampaui batasan serta sesuai dengan budaya ketimuran.

      iv. Masyarakat
      Masyarakat pula perlu menjadi sedikit ‘busy body’ atau prihatin dengan keadaan sekeliling. Apabila ini berlaku sudah pasti
      sesuatu kesalahan yang berlaku dapat dibendung dengan segera sebelum menjadi penyakit kepada Negara

      v. Individu
      Dan yang paling penting adalah individu itu sendiri. Dalam zaman yang serba canggih ini seseorang itu perlulah melengkapkan
      diri mereka dari segi pengetahuan, kekuatan mental dan fizikal agar segala cabaran dan ringtangan serta godaan duniawi dapat
      ditempuh dan dikawal dengan sebaik-baiknya. Jangan terlalu mengikut nafsu, sebaliknya fikirkan kemungkinan yang akan berlaku
      jika sesuatu perkara itu dilakukan.

    HambaAllah said:
    05/08/2012 at 10:01 am

    I meant comment from anak Omar

    SX040825MMJ04 (arshad) said:
    05/08/2012 at 10:24 am

    Soalan 1
    Pada pandangan saya, maksud disebalik takrifan tersebut ialah setelah manusia mencapai kemajuan dari sudut duniawi, mereka lupa akan kewujudan tuhan. Dimana mereka terlalu mengejar keduniaan sehingga menolak agama. Kuasa, wang, teknoloji adalah kiblat mereka. Dengan wujudnya situasi begini menyebabkan fahaman ini seolah-olah anti agama dan anti tuhan. Sejarah juga ada membuktikan kaum-kaum terdahulu yang mana setelah mereka mencapai kemajuan, mereka lupa akan agama, menafikan kewujudan tuhan. Sebagai contoh terdapat kajian yang mengatakan kaum Nabi Nuh telah mencapai kemajuan yang terlalu canggih sehingga tiada pegangan agama. Mereka menafikan ajaran Nabi Nuh sehingga mereka dibinasakan.

    Soalan 2
    i) Punca-punca masalah
    Keadaan ekonomi semasa yang dilihat membebankan kehidupan masyarakat kita sendiri. Ramai yang cuba mengambil jalan mudah untuk mendapatkan sesuatu sehingga mengabaikan keselamatan atau hak-hak orang lain. Disebalik kesibukan mencari dan mengumpul harta, kebayakan ibubapa mengabaikan didikan anak-anak mereka. Cara yang mudah untuk ibubapa ini menyerahkan tanggungjawab didikn ini ialah dengan menyerahkan mereka pada pihak sekolah dan pembantu rumah. Disekolah pula anak-anak kita dipengaruhi oleh rakan-rakan. Rakan-rakan menjadi tempat rujukan anak-anak jika mereka diabaikan oleh ibubapa mereka. Pengasuh yang yang menguruskan hal rumah tangga juga kadang-kadanh secara tidak langsung mempengaruhicara hidup anak-anak, apa yang dimakan oleh anak-anak kita adalah dari ‘air tangan’ pembantu rumah dan bukannya ibu sendiri. Hasil pendapatan yang tidak halal atau barakah sedikit sebanyak mempengaruhi sahsiah anak-anak.
    Kemajuan teknoloji tidak dapat dipinggirkan dari masyarakat. Kemajuan ini ada baik dan buruknya. Terpulang kepada individu tersebut untuk mengawalnya. Budaya-budaya negatif dari negara luar yang tidak dapat disekat melalui teknoloji maklumat ini memasuki jiwa dan pemikiran rakyat kita. Ditambah pula dengan kurangnya perhatian atau kepekaan ibubapa untuk mengawal anak-anak dalam kehidupan serba canggih ini turut menyumbang kepada masalah ini. Budaya hedonisme semakin menjadi-jadi dinegara kita. Terlalu banyak hiburan yang melalaikan dan meng’halal’kan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan. Berbagai-bagai program hiburan yang menjanjikan kepopularan dan kemewahan menjadi hala tuju muda mudi kita. Agak mengecewakan apabila ibubapa turut memberikan sokongan penuhpada anak-anak mereka untuk muncul dikaca tv, sehinggakan ada yang menangis teresak-esak keran begitu sedih diatas kegagalan untuk memenangi sesuatu program.
    Kemasukan warga asing juga dikatakan punca kepada masalah-masalah ini. Tetapi jika dilihat dalam akhbar-akhbar atau berita televisyen, kebanyakan isu-isu masalah sosial ini adalah dari kalangan rakyat Malaysia sendiri. Oleh kerana jumlah kemasukan mereka semakin meningkat, agak mudah untuk kita menuduh segala keburukan yang berlaku adalah berpunca dari mereka. Sebagai contoh kes kecurian dikawasan yang ramai penempatan warga asing.

    ii) Cara untuk mengatasi
    Islam mempunyai penyelesaian utnuk setiap masalah diatas. Segalanya bermula dari individu . Bagaimana individu mentadbir keluarga seterusnya kepada negara. Didikan awal amat penting untuk mewujudkan keluarga yang sihat. Kawalan dari pihak kerajaan perlu dibuat dengan telus. Hidup bermasyarakat juga telah semakin dilupakan. Kita perlu kembali kepada kepada kehidupan yang mana agama menjadi rujukan dan cara hidup. Tiada agama yang mengajak pengikutnya kearah kehidupan yang lebih buruk. Semua mengajak kearah kebaikan agama.

    AZRUL FIRDAUS AZMI (SX061073CKJ04) said:
    05/08/2012 at 11:59 am

    AZRUL FIRDAUS BIN AZMI (SX061073CKJ04)

    Dibawah adalah pandangan serta jawapan saya kepada soalan-soalan yang dikemukakan ustaz.

    1) Pada pandangan saya, Pascamoden ada pemikiran yang wujud melambangkan kemuncak modenisasi pemikiran atau ideologi individu yang telah maju. Kesenangan hidup yang dialami sekian manusia menyebabkan manusia telah alpa kepada perluanya kepada agama dan tuhan. Pemikian pascamoden ditengahkan akibat dari pemikiran barat yang menyanjuang kehebatan serta kebolehan minda manusia semata-mata untuk berfikir dalam mencapai kemodenan kehidupan menerusi sains dan teknologi. Ini telah menyebabkan berlakunya pemisahan ideologi duniawi dari keagamaan dimana agama telah dianggap sebagai kemunduran. Melalui pemikiran pascamoden, maka wujudlah pelbagai fahaman-fahaman lain yang mengenengahkan pemikiran manusia semata-mata dan ini menyebabkan jurang antara keagaaman dan duniawi makin meluas dan ini akan terus berlaku sehingga ke akhir zaman dan manusia akan terus hanyut dari fitrah asal manusia iaitu untuk mengenali diri dan pencipta.

    2)
    i. Punca-punca berlakunya masalah ini adalah apabila manusia telah lupa kepada tuhan dan lebih mementingkan keperluan keduniaan dari aspek keruhanian. Dunia barat telah menganggap diri mereka sebagai kaum termaju di dunia dan telah angkuh kepada kehebatan mereka dan menyebabkan negara-negara membangun yang lain turut berserta dalam megejar kemajuan sepertimana yang telah dicapai negara-negara barat. Dalam keasyikkan mengejar kemajuan serta kesenangan yang diwartakan negara barat, kita makin lupa kepada agama sepertimana yang telah berlaku kepada negara-negara barat dan akhirnya berlakunya kemerosotan nilai-nilai keagaaman dalam diri dan bertambahnya kecenderungan jenayah pada diri, masyarakat dan negara.

    Gejala ini terus menular akibat dari kelemahan pemimpin, lemahnya sistem perundangan dan kepincangan sistem pendididikan serta runtuhnya institusi kekeluargaan dan masyakarat. Dari susunan ini, adalah difahamkan bahawa kelemahan pemimpin adalah punca utama menularnya kegiatan jenayah dan tersebarnya ideologi-ideologi duniawi. Pemimpin bertanggungjawab Menerusi pendidikan dan seterusnya melahirkan individu yang lemah jiwanya.

    ii. Cara terbaik untuk mengatasi masalah ini ialah ketakwaan kepada tuhan yakni apabila manusia kembali takut kepada Allah dan menerima semula ajaran agama yang membentuk akhlak mulia. Sekiranya pemimpin adalah seorang yang bertakwa dan berakhlak mulia, nescaya segalanya akan turut serta dalam membentuk jiwa dan akhlak mulia dan justeru membendung gelaja jenayah dari menular.

    Mohd Fahmy B. Ramli said:
    05/08/2012 at 3:38 pm

    MOHD FAHMY BIN RAMLI SX095749MMD04

    Jawapan 1:

    Pascamodenisme adalah lanjutan kesinambungan daripada fahaman sekular barat moden. Fahaman ini berjaya menerobosi seluruh dunia termasuk dunia Islam melalui kolonialisme. Antara mekanisme lanjutan aliran pascamodenisme yang dialirkan melalui proses globasasi menggunakan saluran ICT dan kecanggihan teknologi sekaligus melahirkan pascamodenisme zaman moden. Objektif utama fahaman ini adalah kebebasan mutlak duniawi tanpa sebarang ikatan kepada sebrang bentuk agama atau sesuatu pegangan.

    Era modenisme berjaya melahirkan fahaman mahupun ideologi seperti sekularisme, liberalisme, kolonialisme, pluralisme, feminisme dan banyak lagi, hatta pascamodenisme dengan jayanya lagi dapat mengembangkan dan menyebarkan ideologi ini dengan lebih hebat lagi sehingga dapat membuatkan manusia itu berpaling terus daripada konsep ketuhanan (teologi) atau penolakan agama secara total. Justeru, aliran pascamodenisme ini menjadi cabaran kerana telah menerobos masuk, menyelinap dan mempengaruhi dunia khususnya dunia Islam dengan seruan untuk memminggirkan agama atau pegangan. Akibat yang mutlak akan berlaku adalah kerosakan akidah yang tidak dapat dibendung lagi.

    Krisis sosial seperti berzina, berfoya-foya, minum arak, anak luar nikah, dadah dan pelbagai lagi akan mengambil tempat untuk menggantikan kehidupan yang sepatutnya dizahirkan oleh setiap manusia iaitu patuh kepada perintah tuhan. Malahan, dalam era pembebasan dari kawalan agama, wanita semakin terdedah kepada budaya hedonisme yang dilancarkan secaran besaran oleh golongan kapitalis atas nama kemajuan dan pembangunan material.

    Institusi keluarga tidak lagi mmementingkan pendidikan agama dan moral yang menyebabkan anak-anak telah terjebak dengan gejala sosial untuk mengecap kemewahan, kebebasan mutlak serta hanyut dengan kehendak sendiri tanpa batasan atau pegangan agama. Gaya hidup moden telah menjerumuskan masyarakat bersikap individualistik, mangabaikan sikap kekeluargaan, kejiranan dan bermasyarakat tanpa mengambil tahu pancaroba sosial yang berlaku di sekeliling.

    Hakikatnya, Islam perlulah menjadi benteng pertahanan yang ampuh dalam menolak pascamodenisme ini. Kedudukan Islam sebagai agama rasmi perlulah diberikan kedaulatan sebenar dan bukannya menjadi ungkapan semata-mata. Sistem perundangan Syariah perlulah dikuatkan perlaksanaannya melalui cara perlaksanaan, hukuman serta aspek penguatkuasaan bagi memastikan natijah yang berkesan dan bukan mengundang masalah kepada umat Islam itu sendiri.

    Jawapan 2:

    Penyebab utama gejala sosial yang berlaku adalah kerna kurangnya atau terlalu sedikit ilmu agama yang diterapkan dalam diri manusia itu sendiri. Jika terlalu sedikit dan menghampiri nilai kosong yakni tiada langsung ilmu agama maka akan terjadilah permasalahan sosial yang teruk dalam sesebuah masyarakat itu khususnya diri manusia sendiri. Ilmu agama adalah ilmu yang tiada nilai, ilmu yang melengkapi kehidupan umat manusia. Melalui ilmu agama ini, nescaya manusia akan berjaya menepis segala hasutan-hasutan negatif yang ingin mendamping. Ilmu agama adalah wajib untuk didalami dan bukannya lagi menjadi harus pada zaman sekarang. Ini kerana terlalu banyak permasalahan kehidupan yang timbul dipersoalkan samada permasalahan fardu ain juga fardu kifayah. Peringkat awal penerapan ilmu ini adalah melalui peringkat kanak-kanak lagi. Hatta, sebagai ibu bapa haruslah mengetahui, mempelajari serta membaiki ilmu agama untuk mengukuhkan lagi institusi kekeluargaan. Peranan ibu bapa zaman kini begitu berat sekali jika dperhalusi dengan betul. Ibu bapa yang akan mewarnakan kehidupan anak-anaknya kelak. Bagi peringkat masyarakat pula perlulah digarapkan ilmu agama melalui kelas-kelas, kuliah agama, ceramah mahupun melalui media massa atau elektronik bagi mengembangkan dan menyatakan mengapa ilmu agama ini begitu penting sekali dalam kehidupan. Perlulah setiap manusia mempunyai kesedaran dalam diri masing-masing akan kepentingan berkongsi dan meyatakan permasalahan yang timbul berkaitan agama dan jalan penyelesaiannya. Ini untuk memberitahu yang mana betul atau salah. Jika dapat mengembangkan ilmu agama secara besar-besaran maka sebilangan besar masyarakat akan mengetahui samada apa yang sedang atau telah mereka lakukan itu salah atau tidak. Oleh yang demikian, pastinya masyrakat itu akan meninggalkan yang buruk dan menghala ke jalan kebaikan. Para pemimpin pula adalah golongan yang perlu sekali menguatkan ilmu agamanya sedalam-dalam yang mungkin. Ini kerna merekalah yang memimpin dan bertanggungjawab dalam memastikan keharmonian sesebuah negara. Perlulah mereka-mereka ini melakukan ijtimak atau selalu bermuzakarah dengan cendikiawan agama bagi melancarkan tugas sebagai pemimpin. Bukannya mengambil ringan permasalahan yang timbul. Mereka haruslah sedar bahawa kehidupan sebagai manusia ini tidak kira orang atasan mahupun kuli cabuk sekalipun mempunyai tuntutan wajib mengetahui ilmu agama. Kerna ilmu agama itulah yang akan menjadikan seseorang itu berjaya ke syurga firdaus ataupun mampus dibakar di neraka jahanam. Sementelah itu, para pemimpin khususnya tidak ada kompromi dalam menjalankan tugas terutamanya hal-ehwal berkaitan agama. Penguatkuasaan perlulah dijalankan secara total jika masalah timbul terutamanya berkaitan agama. Tidak ada ya ataupun tidak dalam menegakkan perundangan Islam kerana perundangan Islam itu adalah sistem perundangan yang membwa manusia ke arah kebaikan sebalik tidak membawa manusia itu ke jalan yang salah. Oleh yang demikian, ilmu agama adalah ilmu dan bukannya seperti mempelajari bidang kedoktoran, kejuruteraan, senibina dan pelbagai lagi kerana semua bidang itu adalah ilmu kemahiran. Waima, perlulah setiap manusia itu tak kira sesiapa pun perlulah mempelajari ilmu agama kerna ilmu agama adalah ilmu yang mencakupi seluruh ilmu yang ada atas muka bumi Allah Taala ini.

    NURUL ASHIKIN BT JAAFAR said:
    05/08/2012 at 10:52 pm

    NURUL ASHIKIN BT JAAFAR
    SX090751EEJ04

    SOALAN 1
    Bagi pandangan saya, pascamodenisme bermula daripada pergolakan pemikiran Barat yang menentang pengaruh kekuasaan gereja serta manusia bebas melakukan apa saja tanpa perlu memikirkan kebajikan orang lain. Pascamodenisme menjadi satu cabaran besar kerana ia sudah mempengaruhi dunia Islam dengan seruan untuk meminggirkan agama. Dengan berkembang pascamodenisme pada era globalisasi ini, maka fahaman dan gerakan kebebasan manusia semakin berkembang. Impak daripada kemunculan pascamodenisme ini juga menyaksikan kemunculan gerakan feminis atau hak asasi persamaan jantina. Pascamodenisme juga telah menyaksikan peranan institusi kekeluargaan dalam membentuk masyarakat yang mempunyai nilai-nilai moral dan etika yang tinggi semakin terhakis. Institusi keluarga yang tidak mementingkan pendidikan agama dan moral telah menyebabkan anak-anak terjebak dengan gejala sosial demi untuk mengecap kebebasan mutlak, kemewahan dan sebagainya serta hanyut dengan kehendak sendiri tanpa batasan agama dan sempadan akhlak.

    SOALAN 2

    PUNCA-PUNCA BERLAKU MASALAH SOSIAL DAN JENAYAH

    1) Bimbingan keagamaan
    Iman dan amal yang lemah terhadap agama menjadikan remaja hari ini tidak mampu berfikir mengenai perbuatan buruk yang mereka lakukan. Pegangan agama yang longgar dan tiada tunjuk ajar yang baik daripada ibu bapa menjadi punca masalah sosial ini berterusan.

    2) Sifat kendiri
    Remaja hari ini kurang mampu dan mapan mengurus diri sendiri kerana semua keperluan diri disediakan oleh ibu bapa yang tidak mahu anak-anak merasa susah dalam kehidupan mereka. Kesan daripada sikap ibu bapa yang memanjakan anak-anak dengan material dan perhatian berlebih-lebihan itu menjadikan anak-anak kurang berdikari dan tidak mahu susah dalam kehidupan mereka.

    3) Rakan-rakan
    Faktor ini telah diketahui ramai sebagai punca utama remaja hari ini terjebak dalam masalah sosial yang negatif. Pengaruh rakan sebaya umpama tarikan magnet yang menjadikan remaja lebih gemar melepak dan mengikut rentak dan gaya hidup mereka.

    4) Institusi kekeluargaan
    Nilai murni kekeluargaan hari ini juga sudah banyak punah hanya kerana ibu bapa sibuk bekerja mencari rezeki dan tidak menumpukan perhatian terhadap kualiti kehidupan berkeluarga dan anak-anak. Walaupun usaha murni ibu bapa adalah untuk memberi kesenangan kepada anak-anak dan keluarga, namun pembentukan sahsiah diri anak-anak perlu diberi perhatian. Jika ibu bapa sibuk bekerja, anak-anak yang ditinggalkan di rumah tanpa pengawasan tidak bimbang untuk melakukan jenayah dan kegiatan tidak sihat di rumah sendiri atau di kawasan persekitaran rumah seperti menagih dadah, menonton video lucah dan mencuri sebagainya.

    5) Institusi kewangan
    Banyak jenayah dan masalah sosial yang dilakukan remaja hari ini disebabkan oleh soal kewangan kerana keinginan anak-anak muda hari ini semakin meningkat untuk menggunakan barangan mewah bagi menunjukkan status diri mereka di kalangan rakan-rakan sebaya. Dengan melakukan jenayah dan kegiatan tidak bermoral seperti mencuri, merempit, melacur, mengedar dadah dan menyimpan barangan curi untuk mendapatkan sumber kewangan bagi menampung kehendak hidup mereka yang mewah.

    6) Masyarakat sekeliling
    Masyarakat hari ini sudah kurang peka dan banyak buat ‘pekak’ terhadap nilai hidup kejiranan dan bermasyarakat. Struktur pembinaan perumahan hari ini juga banyak mempengaruhi gaya hidup masyarakat yang negative.Sedar atau tidak, masyarakat kita telah membina jurang hidup secara manual dengan jiran dan masyarakat setempat.

    CARA MENGATASI MASALAH SOSIAL DAN JENAYAH

    1)Didikan agama yang sempurna – Salah satu peranan institusi keluarga adalah ibu bapa perlu memberikan didikan agama dan moral kepada anak mereka sejak kecil . Didikan agama dan moral bagaikan perisai yang berupaya menghalang segala godaan maksiat . Senario ini dapat membantu anak-anak mengelakkan diri daripada terlibat dengan gejala sosial.
    2)Pengawasan yang ketat oleh ibu bapa – Ibu bapa perlulah mengawasi tingkah laku anak mereka sama ada di sekolah mahu pun di luar kawasan sekolah. Hal ini terjadi demikian kerana banyak pengaruh luaran seperti pengaruh rakan sebaya akan menghasut jiwa remaja yang bertelinga nipis dan pantang dicabar.
    3)Menjadi teladan yang baik – Tidak dapat disangkal lagi bahawa ibu bapa dan ahli keluarga yang lebih tua perlu menjadi contoh dan teladan yang baik kepada anak-anak. Suri teladan ibu bapa mampu membentuk sahsiah anak-anak. Tambahan pula, sikap anak-anak yang suka meniru apa-apa sahaja yang dilihatnya.
    4) Peranan media massa- media pula mesti mengawal penyiaran secara eksklusif dan besar-besaran tentang keruntuhan akhlak remaja tanpa membantu untuk mengawalnya.Sebaliknya remaja yang Berjaya mesti ditonjolkan dimedia massa sebagai motivasi untuk diteladani.

    Khairul Ariffin Bin Rezo said:
    05/08/2012 at 11:07 pm

    Khairul Ariffin Bin Rezo
    SX100856EEJ04

    Jawapan 1)

    Pandangan ahli sarjana Zakaria Stapa bahawa pascamodenisme ini adalah fahaman yang anti agama dan anti tuhan ada kewajaranya, berdasarkan pandangna-pandangan berikut:-

    i) Timbulnya pemberontakan secara kritis terhadap projek modenisme, memudarkan kepercayaan pada agama yang bersifat transenden dan semakin diterimanya pandangan pluralisme-relativisme kebenaran. Dalam batas tertentu semangat pluralisme memang selaras dengan Islam. Bagaimanapun, pluralisme yang diaplikasikan bukan pada tempatnya akan mengakibatkan Islam itu sendiri dipluralkan sehingga akan wujud bermacam-macam Islam (Islam moden, Islam konsevetif, Islam hadhari), walhal Islam adalah agama tauhid, syariat Islam hanya satu dan kaum muslimin adalah satu umat.”

    ii) Meledaknya industri media massa sehingga ia dianggap kesinambungan sistem indera, organ dan saraf manusia. Selanjutnya, kekuatan media massa telah menjelma menjadi agama dan tuhan baru yang menentukan kebenaran dan kesalahan perilaku manusia.

    iii) Munculnya etnik yang radikal dan keagamaan. Fenomena ini muncul sebagai reaksi dimana masyarakat meragukan kebenaran ilmu, teknologi dan falsafah moden. Ia dinilai gagal memenuhi janji emansipasi untuk membebaskan manusia dan menciptakan kehidupan yang lebih baik. Walaupun pascamodenisme ini memberi ruang kepada golongan terpinggir seperti golongan miskin, ibu tunggal, etnik minoriti dan sebagainya, tidak semua golongan terpinggir yang timbul itu positif sifatnya untuk ditangani. Ini kerana lahir juga golongan terpinggir yang negatif dari segi idea-idea yang mereka bawa seperti golongan gay, lesbian, mak nyah, black metal, heavy rock, sister in Islam dan pemikiran ingkar al-sunnah (anti hadis). Walaupun idea-idea yang mereka bawa itu jelas bertentangan dengan orentasi pendidikan, agama dan susila budaya, tetapi golongan minoriti ini mendapat dokongan pihak-pihak atau individu tertentu seperti media atau kalangan ahli politik

    iv) Semakin besar wilayah perbandaran (urban area) sebagai pusat kebudayaan dan sebaliknya, wilayah perdesaan (rural area) sebagai daerah terpinggir. Pola ini juga berlaku bagi menguatkan dominasi negara maju (Negara Dunia Pertama) atas negara membangun (Negara Dunia Ke-3). Sungguhpun pertumbuhan Keluaran Negara Kasar (KNK) dan pendapatan perkapita bagi negara-negara yang mengamalkan model-model p;ascamodenisme meningkat, tetapi masalah-masalah seperti inflasi, kesesakan kota, ketidaksamarataan pendapatan, pengangguran, pembaziran sumber-sumber alam dan tenaga, krisis perumahan, pencemaran alam sekitar dan sebagainya terus juga bertambah dan menggugat ketenteraman hidup.

    v) Semakin terbukanya peluang bagi pelbagai kelas sosial atau kelompok minoriti untuk mengemukakan pendapat secara lebih bebas dan terbuka. Era postmodenisme turut mendorong fahaman dan proses pendemokrasian. Mereka bangun menolak dan mengutuk nilai asas masyarakat mereka untuk mencipta gerakan sosial yang amat meluap bagi kebebasan baru, liberation, inclusion dalam gerakan politik, ekonomi, budaya dan sosial mereka. Tegasnya inilah idea naratif kecil yang dibawa oleh pasca modenisme, memungkinkan memberi kesan langsung ataupun tidak langsung kepada Islam serta masyarakatnya.

    vi) Munculnya kecenderungan yang mencampur aduk pelbagai nilai, keyakinan dan serpihan realiti sehingga sulit untuk mempertahankan suatu budaya kerana saingan kelompok budaya eksklusif. Penyakit-penyakit sosiobudaya seperti “kehilangan adab” (culcure loss) dan pemujaan kepada gaya hidup sensasi yang berpaksikan hedonisme nafsu seperti budaya hiburan, budaya dadah, budaya disko, perjudian, eksploitasi wajah dan tubuh wanita, filem-filem yang membangkitkan nafsu, budaya mempertontonkan barang-barang mewah sebagai lambang dan status sosial, keruntuhan institusi keluarga dan lain-lain penyakit sosiobudaya masyarakat turut juga meningkat bahkan semakin menjadi-jadi.

    Oleh itu, jika kita meneliti hujah-hujah diatas, didapati fahaman pascamodenisme ini merupakan suatu gagasan pemikiran yang berpaksikan materialistik dan hedonistik yang serta berpegang kepada prinsip-prinsip secular yang sememangnya terarah kepada yang anti agama dan anti tuhan. Pola pemikirannya mendominasikan budaya agung kapitalis yang mencabar relevensi agama dan ketuhanan dimana ia merupakan instrumen asas dalam orentasi pendidikan Islam.

    Jawapan 2:-

    Kemunculan naratif kecil seperti golongan gay, lesbian, biseksual, ajaran sesat serba sedikit berjaya mempengaruhi fitrah asal kejadian manusia. Namun di sebalik ancaman naratif kecil, peningkatan kadar jenayah 2012 seperti kes bunuh, rompak, ragut, rogol dan cabul serba sedikit meletakkan keselamatan rakyat di Malaysia ini berada di dalam keadaan tidak selamat dan terancam, ini tidak termasuk lagi dengan kes sosial seperti peningkatan kes buduh diri, sakit mental, keruntuhan institusi rumahtangga, pergaulan bebas, pembuangan anak dan penagihan dadah.
    Masalah sosial dan peningkatan kadar jenayah dalam negara dewasa ini adalah sangat membimbangkan. Permasalahan ini banyak dan sering melingkar dalam kalangan remaja masa kini dan semakin berleluasa. Diantara punca-punca masalah ini terjadi adalah seperti berikut:-

    1. Pengaruh rakan yang mana seseorang individu iu tersalah memilih kawan atau pun juga ibu bapa tidak memantau dengan siapa anak mereka berkawan. Ini mendedahkan mereka terjerumus dalam masalah sosial dengan melakukan aktiviti yang tidak berfaedah dan memudaratkan diri tambahan lagi mereka tidak ada benteng ketahanan diri dalam berhadapan keinginan berasa seronok berada dalam kelompok kawan yang mampu memberi kegembiraan.

    2. Pengaruh media massa, sama ada media cetak atau media elektronik yang tidak mengambil rasa tanggungjawab terhadap apa sahaja bahan yang dipaparkan dengan filem-filem atau cerita-cerita ganas dan berunsur sex – filem .

    3. Kelemahan penguatkuasaan yang mana bahan tidak bermoral boleh dan sangat mudah didapati. Bahan-bahan ini merupakan rangsangan kepada sesiapa saja yang melihatnya sehinggakan terpengaruh, meresap dalam diri dan cuba untuk melakukannya.

    4. Masalah dalam keluarga seperti pertengkaran ibu bapa, kurang kasih sayang, bebanan tugas menjadikan seseorang itu tertekan dan emosi terganggu . Jalan keluar yang mudah dan sering diambil apabila berhadapan dengan situasi ini adalah dengan lari dari rumah, mengikut kawan-kawan, mengambil dadah dan sebagainya yang mereka percaya itu adalah– sebagai usaha meredakan tekanan dalam diri.

    5. Perasaan ingin mencuba yang ada pada diri setiap manusia teruama pada jiwa remaja yang penuh dengan emosi sangat suka kepada sesuatu yang baru. Kecenderungan untuk mencuba semakin menjadi-jadi apabila melihat rakan dapat melakukan aksi atau membuat sesuatu yang menyeronokkan pada pandangan mereka dan mulai terikut-ikut seperti aksi merempit, hubungan sex dan sebagainya.

    6. Kurang didikan agama adalah punca utama kerana agamalah merupakan benteng utama setiap manusia dari sebarang bentuk godaan mahupun perilaku buruk. Masyarakat hari ini kurang menghayati didikan agama, tidak takut kepada dosa dan tidak takut kepada balasan hari akhirat. Mereka lebih mementingkan keseronokkan walaupun bertentang dengan nilai dan agama. Masyarakat sekeliling pula mengamalkan budaya lihat dan pandang tetapi ada usaha menegur.

    Dalam mengatasi gejala ini, beberapa perkara boleh dan mesti dilakukan iaitu:-

    1. Memberi didikan agama dan moral yang secukupnya kerana ianya mampu membenteng diri mereka daripada pelbagai pengaruh. Mereka akan berasa bersalah melakukan perkara yang bertentangan dengan nilai-nilai agama, secara tidak langsung akan menolak gejala buruk yang datang kepada mereka.

    2. Ibu bapa memberi kasih sayang secukupnya kepada anak-anak untuk menjadikan mereka merasai dihargai dan disayangi, secara tidak langsung akan membuatkan mereka berusaha menjaga maruah diri, maruah ibu bapa dan maruah keluarga
    3. Menimbumblkan kesedaran tanggungjawab kepada pengamal media massa sekaligus mereka akan sentiasa mengawal bahan-bahan yang akan dipaparkan.

    4. Penguatkuasaan oleh pihak berkuasa menguatkan garis panduan yang lebih telus dan jelas digubal dan menjalankan pemantauan dan tangkapan berterusan untuk memastikan tiada filem atau bahan yang boleh merosakkan jiwa remaja.

    5. Menggubal dan meminda undang-undang dengan memastikan tindakan lebih berat sebagai pengajaran kepada pihak yang cuba mengekploitasi remaja untuk kepentingan diri begitu juga tindakan terhadap pelaku-pelaku jenayah yang terlibat sebagai pengajaran kepada masyarakat lain tanpa mengira lapisan golongan mereka.

    6. Mengadakan kempen kesedaran secara berterusan dan mampan bagi mengingatkan masyarakat tentang impak negatif atau kemudaratan yang akan mereka perolehi jika terlibat dengan masalah sosial seperti penyakit, kecederaan, kematian dan kemusnahan hidup.

    faizal said:
    05/08/2012 at 11:07 pm

    SX100882EEJ04 MOHD FAIZAL BIN ABU BAKAR

    Soalan 1 : Tatkala membicarakan persoalan Pemikiran Pascamodenisme, ahli sarjana Zakaria Stapa telah berpandangan bahawa pascamodenisme ini adalah fahaman yang anti agama dan anti tuhan.

    Soalannya : Cuba huraikan maksud disebalik pentakrifan ini menurut pandangan anda.

    Jawapan:

    Menurut Kamus Dewan, Pasca membawa maksud selepas, sesudah atau setelah. Manakala moden membawa maksud, dari masa sekarang atau berkaitan dengan masa atau kini atau yang terbaru dan mutakhir.

    Menurut Zakaria Stapa Pascamoden merupakan fahaman yang bersifat anti agama dan anti Tuhan kerana ia merupakan lanjutan dan edisi baru kepada fahaman sekularisme Barat Moden.

    Disebalik penakrifan ini dapat kita lihat bahawa fahaman pascamoden ini merupakan fahaman yang menentang tentang fahaman kewujudan tuhan dan sifat-sifat tuhan yang mana ianya merupakan asas bagi pemahanan agama itu sendiri.

    Oleh itu sedikit penelitian diperlukan untuk mengupas permasalahan ini, mengikut kajian, fahaman pascamodenisma wujud hasil daripada reaksi kritis dan reflektif terhadap paradigm modenisme yang gagal menyelesaikan permasalahan manusia.

    Manakala modenisme pula wujud berpunca daripada fahaman sekularisme yang merupakan fahaman yang menolak adanya hubungan antara kehidupan manusia di dunia dengan keimanan kepada tuhan manakala kehidupan di dunia bergantung sepenuhnya kepada ilmu dan penelitian yang diawasi akal, bukannya wahyu dan pegangan agama.

    Oleh yang sedemikian itu terbukti fahaman pascamodenisme merupakan susur jalur fahaman sekularisme yang terang-terangan bersifat anti-agama dan anti-tuhan.
    Selain itu di dalam pemikiran pascamoden ciri penting yang perlu diketahui. Diantaranya ialah :-

    i Penolakan neratif besar
    ii Ketiadaan makna
    iii Proses dekonstruksi
    iv Kematian subjek
    vi Penafian Kebenaran

    Walaubagaimanapun antara ciri yang penting dalam pemikiran Pascamoden ialah ketiadaan makna. Dalam konteks kesusasteraan ianya bermaksud makna sesebuah teks tidak dapat ditentukan. Sebagai contoh dijelaskan oleh Derrida iaitu tiada makna untuk teks ayat ”Once and for all time”.

    Ini kerana teks ayat tersebut tidak dapat ditentukan berikutan pengarangnya sudah mati. Sudah tentulah pemikiran seperti ini akan membawa kekeliruan terutamanya dalam konteks memahami al-Quran dan teks agama. Tidak mungkin, satu teks yang sama ditafsirkan oleh pemahaman individu yang sudah pasti akan memberi pelbagai pengertian yang berbeza dan mengelirukan.

    Pemikiran seperti ini amat bahaya kerana ia memberikan kebebasan kepada pembaca untuk memahami teks mengikut pengertian mereka dan bukan pengertian pengarang. Pemikiran ini akan menjadikan teks-teks khususnya teks agama ditafsrikan mengikut kehendak sendiri.

    Sebagai contoh dalam Islam, Allah telah menurunkan al-Quran dengan panduan yang diberikan oleh Rasulullah. Rasulullah mempunyai tanggunjawab untuk menjelaskan al-Quran. Selepas kewafatan rasul maka tugas ini diambil alih oleh para sahabat, tabiin, tabi’ tabi’ian dan seterusnya para ulama. Mereka amat menjaga periwayatan .

    Ketelitian seperti ini amat penting demi memastikan keaslian dan kesahan al-Quran sesuai dengan martabatnya sebagai mukjizat .

    Soalan 2 : Kemunculan naratif kecil seperti golongan gay, lesbian, biseksual, ajaran sesat serba sedikit berjaya mempengaruhi fitrah asal kejadian manusia. Namun di sebalik ancaman naratif kecil, peningkatan kadar jenayah 2012 seperti kes bunuh, rompak, ragut, rogol dan cabul serba sedikit meletakkan keselamatan rakyat di Malaysia ini berada di dalam keadaan tidak selamat dan terancam, ini tidak termasuk lagi dengan kes sosial seperti peningkatan kes bunuh diri, sakit mental, keruntuhan institusi rumahtangga, pergaulan bebas, pembuangan anak dan penagihan dadah.

    Soalannya : Apakah punca-punca yang menyebabkan masalah ini berlaku ? Dan apakah cara yang terbaik untuk mengatasinya ?

    Jawapan:

    Tidak dapat dinafikan naratif-naratif kecil ini wujud dari pelbagai sebab atau punca. Punca utama permasalahan tersebut ialah cara hidup manusia itu sendiri. Jika diteliti gay, lesbian, pelbagai ajaran sesat, black metal, hip-hop dan lain-lain, sebenarnya mereka memilih jalan tersebut sebagai cara hidup yang mana keseronokan menjadi asas dalam kehidupan tanpa memikirkan kesannya terhadap diri sendiri, keluarga dan masyarakat yang mana terang-terangan kehidupan seperti ini akan merosakkan diri sendiri bahkan masyarakat.

    Adalah sesuatu yang janggal menolak ajaran agama yang terang-terangan memberi manfaat kepada kehidupan secara keseluruhannya. Selain itu, ekstrimis yang menerima sesuatu ideologi pelik tanpa rasional akal dan rujukan ilmiah yang sepatutnya juga penyumbang kepada masalah ini terutamanya masalah ajaran sesat.

    Walaubagaimanapun tidak dapat dinafikan juga dakyah-dakyah dan pengaruh luar seperti yang dipaparkan oleh media-media cetak dan elektronik di era globalisasi ini merupakan penyumbang utama dimana segala pengaruh-pengaruh barat seperti sekularisme iaitu memisahkan agama dari segala cara hidup termasuk politik menyumbang kepada masalah ini.

    Hasil daripada pemisahan agama daripada cara hidup inilah yang akan menyebabkan pelbagai masalah seperti ragut, rogol,rasuah dan sebagainya.

    Oleh itu cara terbaik untuk mengatasi masalah ini ialah dengan mempromosikan agama itu sebagai cara hidup dan menolak keras pengaruh luar yang negatif.

    Selain itu usaha bersepadu dan beristiqamah perlu dilakukan terutama aspek pendidikan kerana pendidikan adalah cara yang paling berkesan untuk membentuk masyarakat. Oleh itu satu sistem pendidikan yang mampu membentuk budaya masyarakat yang berfikiran agama dan melaksanakan cara hidup beragama perlu dirangka dan dilaksanakan malahan langkah-langlah yang dilakukan juga mestilah tersusun dan praktikal.

    Hasil daripada didikan agama dalam kehidupan akan mewujudkan individu yang dapat memahami erti kehidupan yang lebih bernilai dan bertanggung jawab dalam keluarga dan masyarakat.

    MOHAMAD NOR MAS'UD said:
    05/08/2012 at 11:52 pm

    SX095139AWD04 (MOHAMAD NOR MAS’UD)
    Jawapan Soalan 1:
    Berdasarkan pentakrifan tersebut, saya berpandangan bahawa Pemikiran Pascamoden ini adalah pemikiran kebanyakan masyarakat pada hari ini yang telah dipengaruhi oleh perkembangan arus sains dan teknologi. Ini ditambah lagi dengan dunia tanpa sempadan di mana segala bentuk informasi boleh dicapai dengan mudah tanpa mengira dari mana sumber itu dikeluarkan. Jika dahulu, ilmu itu perlu dituntut terus dari guru tersebut. Namun pada hari ini, sains dan teknologi telah membuktikan bahawa ilmu itu boleh dicapai di hujung cari di dalam era globalisasi kita pada hari ini. Apabila ini terjadi, boleh dikatakan kebanyakan pemikiran kita lebih bersifat logik serta bersandarkan kepada bukti fizikal semata-mata. Ini secara tidak langsung akan menjauhkan kepercayaan kita terhadap agama dan tuhan itu sendiri. Dengan itu, akan wujud pula pemikiran sekular yang akan mengasing sesuatu perkara dari agama sekaligus akan mewujudkan fahaman yang anti agama dan anti tuhan.

    Jawapan:
    Punca-punca masalah:
    i. Kurang didikan agama menyebabkan indvidu tersebut mudah dipengaruhi gejala negatif
     agama adalah mekanisma terpenting dalam membentuk akhlak dan sahsiah diri. Kepelbagaian agama bukan bererti kepelbagaian moral di kalangan masyrakat hari ini. Tidak satu pun agama di dunia ini yang menyeru pengikutnya supaya melakukan kejahatan.

    ii. Institusi keluarga yang rapuh
     Institusi keluarga sekarang dilihat gagal memainkan fungsi yang sewajarnya dalam membentuk generasi muda bersahsiah tinggi. Ibu bapa dan penjaga seakan-akan kabur serta lalai dengan peranan yang patut mereka mainkan. Fungsi bapa sebagai ketua keluarga dan ibu sebagai pembantu tidak sepatutnya dilaksanakan dalam konteks yang sempit.
     Ibu bapa pada hari ini lebih suka meletakkan tanggungjawab mendidik anak di bahu pihak sekolah semata-mata. Budaya suka melepaskan diri sepatutnya tidak berlaku sekiranya ibu bapa mempunyai perasaan tanggungajawab yang tinggi serta faham fungsi masing-masing. Ibu bapa yang lebih berorientasikan kebendaan sanggup meninggalkan anak mereka terabai di rumah tanpa kasih sayang secukupnya. Anak-anak yang berasa terabai akan lebih cenderung memenuhi kekosongan mereka dengan perkara yang kurang berfaedah sekaligus akan memudahkan segala gejala negatif mencorakkan sifat seseorang itu.

    iii. Tidak membudayakan ilmu
     Rata-rata generasi muda pada hari ini, kurang mempunyai minat untuk membaca. Membaca amat penting untuk membolehkan kita mengetahui perkembangan semasa, fakta sesuatu perkara, menambahkan ilmu yang dipelajari sekaligus membimbing kita untuk menilai sesuatu perkara yang baik dan buruk.

    Cara mengatasi:
    i. Dalami ilmu agama untuk dijadikan panduan hidup di dunia dan akhirat
    ii. Perkukuhkan insitutusi keluarga dengan pemahaman peranan ibu bapa itu sendiri dalam mencorak keluarga masing-masing
    iii. Menjadikan membaca satu budaya hidup

    Mohd juwaidi johan said:
    05/08/2012 at 11:53 pm

    SX090711EEJ04

    Jawapan soalan 1

    Menurut pandangan saya, setiap ideologi yang dicipta oleh manusia seperti secularism, kapatilisme, idealism dll adalah berdasarkan logik akal manusia dan tuntutan hawa nafsu manusia. Begitu juga dengan pascamodenisme kerana ia adalah lanjutan edisi baru fahaman sekularisme barat moden. Pascamodenisme adalah satu fahaman yang mengelirukan tetapi pengaruhnya menyerap masuk dan mencabar pelbagai bidang ilmu seperti pemikiran, kerohanian, keagamaan, pendidikan, kesenian, kebudayaan dan kesusasteraan. Tokoh pascamoden Jean Francois Lyotard menyatakan tiada kebenaran terhadap metanaratif yang akhirnya membawa kepada penafian wahyu dan mengubah pandangan dunia kepada sains semata-mata. Oleh sebab itu, dengan menolak agama secara keseluruhan dan hidup tanpa batasan agama, manusia terus hanyut dengan kehidupan seharian dan semakin jauh dari Allah. Ini adalah agenda yahudi yang cuba untuk menyesatkan umat islam dengan memisahkan agama dan kehidupan umat islam itu sendiri dengan mempercayai bahawa Islam adalah mundur dan kolot dan tidak sesuai dipraktikan dalam kehidupan moden sekarang. Oleh sebab itu, Ahli Sarjana Zakaria Stapa menyatakan fahaman pascamodenisme adalah fahaman anti-agama dan anti tuhan.

    Jawapan soalan 2

    Sejak berkurun lamanya, manusia terus hidup dalam satu kelompok dan membentuk sstu masyarakat dan terus berkembang menjadi tamadun. setiap kemashuran dan kegemilangan tamadun yang wujud dan diketahui oleh manusia seperti rom,greek,mesir,mesopotamia dll, wujud sifat negatif atau kelemahan tamadun iaitu jenayah dan masalah sosial. semakin besar populasi, semakin tinggi kadar jenayah dan masalah sosial.
    Jika kita cuba lihat dan mengkaji setiap tamadun manusia yang wujud, tamadun islam adalah yang paling sedikit kadar jenayah dan masalah sosial. Pada pandangan saya, setelah kejatuhan kerajaan islam dan dunia terus dikuasai oleh yahudi, dunia semakin hari semakin melupakan ajaran islam Sebagai contoh Malaysia, walaupun kita adalah negara islam tetapi kita tidak mengamalkan undang-undang islam kerana sejak negara kita mencapai kemerdekaan, kita meminta bantuan orang Ingeris untuk membentuk dan mentadbir negara kita. Walaupun pemimpin kita dahulu menetapkan islam sebagai agama rasmi tetapi mereka tidak menjadikan undang-undang islam sebagai undang-undang yang patut dilaksanakan kerana pengaruh dan sikap kebergantungan kita tehadap bangsa penjajah dan sejak beratus tahun pemikiran kita menyatakan bahawa mereka adalah bangsa yang hebat dan maju dan kita perlu mencontohi mereka.
    Berhubung dengan kadar jenayah dan masalah sosial yang semakin meningkat sekarang adalah berpunca dari kurangnya penghayatan agama islam di setiap lapisan dari pemerintah sehingga individu itu sendiri. Sebagai contoh, jika kerajaan dan pemimpin kita mengamalkan cara hidup islam dan setiap undang-undang dan agenda yang dirangka adalah berlandaskan islam, tidak mengamalkan rasuah, tulus dalam pentadbiran, adil dalam menjatuhkan hukuman, amanah dalam mentadbir kerajaan, tiada penindasan terhadap golongan yang lemah, kadar jenayah dapat dibendung dan dikawal.
    Dari segi masyarakat pula, jika kita menerapkan nilai-nilai murni seperti saling mengingati dan saling tolong menolong antara satu sama lain, tidak buruk sangka, dan mengambil berat antara jiran, ini akan mewujudkan masyarakat yang aman.
    Dari segi individu pula, jika sejak dari kecil ibubapa telah menerapkan sifat-sifat mulia dan ajaran islam dalam diri anak-anak mereka, apabila mereka dewasa, sifat inilah yang akan membantu mereka dalam menjalani kehidupan seharian.
    kesimpulannya, satu-satunya cara mengatasi kadar jenayah dan masalah sosial yang makin meningkat adalah kita patut kembali kepada ajaran islam dan menghayati, mendalami serta mengamalnya dalam sehidupan seharian keran islam adalah satu cara hidup yang sempurna yang memenuhi tuntutan fitrah manusia yang diwasiatkan kepada seluruh umat islam oleh Nabi Muhammad SAW.

    MOHD SHAHRUL NAJIB BIN MOHD ARSHAD (SX106052EED04) said:
    05/08/2012 at 11:58 pm

    JAWAPAN SOALAN 1

    Pada pendapat saya, fahaman pasca-modenisme iaitu lanjutan kepada fahaman sekularisme barat moden ini ,mementingkan manusia mempunyai kebebasan diri untuk menjalani kehidupan tanpa sebarang ikatan kepada sebarang bentuk tradisi termasuk Tuhan dan agama.Pada pandangan saya juga ,lebih merbahaya lagi fahaman ini akan meresap masuk ke dalam pemikiran masyarakat Islam dan penularannya berlaku secara halus sama ada secara disedari atau tidak.Ianya diolah secara rasional sehinggakan jika ia tidak dibanteras dengan berkesan boleh menjejaskan akidah umat Islam.
    Sebagai contoh, keadaan hidup yang membenarkan wanita terjebak mengamalkan seks bebas atau zina, hamil tanpa nikah, buang bayi, ketagihan arak, dadah, rokok, judi serta menjadi mangsa rogol. Di samping itu lagi, terdapat juga amalan mengambil kesempatan melalui kegiatan perniagaan berasaskan seks, penipuan dan pemerdagangan orang serta memanipulasi wanita yang terdesak dalam kehidupan materialistik bagi mendapatkan keuntungan.
    Dalam konteks ini, golongan wanita juga tidak terlepas daripada menerima corak pemikiran sebegini sehingga ramai yang menjadi mangsa eksploitasi agenda Barat/Yahudi dan seterusnya terjebak ke dalam kancah gejala sosial yang semakin hari menjadi semakin teruk jika dilihat sekarang ini.

    JAWAPAN SOALAN 2

    Puncanya……………….

    Apabila ditanya saya apakah punca masalah ini berlaku, sebenarnya isu golongan gay, lesbian, biseksual, ajaran sesat , buang bayi, penganiayaan kanak-kanak, kes bunuh, rompak, ragut, rogol dan cabul kes bunuh diri, sakit mental, keruntuhan institusi rumahtangga, pergaulan bebas, pembuangan anak dan penagihan dadah, adalah simptom yang muncul kerana kegagalan sistem pendidikan, institusi kekeluargaan dan penguatkuasaan yang sebenar-benarnya.
    Pada pandangan saya, gejala sosial ini dilihat sebagai satu perlakuan manusia yang terkeluar dari batas-batas normal dan diterima umum, baik dari aspek agama, sosial serta budaya kehidupan masyarakat.Masalah ini merupakan fenomena modenisasi dan kejutan budaya yang melanda golongan remaja dan belia kebanyakkannya. Keadaan ini berlaku disebabkan kesan globalisasi yang melanda di seluruh dunia. Konsep dunia tanpa sempadan yang pada awalnya ditumpukan kepada perkembangan ekonomi telah menular dalam hampir semua ruang lingkup kehidupan manusia sejagat. Di samping membawa kebaikan khususnya dalam perkembangan pendidikan dan teknologi maklumat, globalisasi pada hakikatnya telah membawa perubahan besar dalam corak hidup keluarga dan masyarakat. Ia juga membentuk cara berfikir individu dan menjadikan perjalanan hidup semakin kompleks dan rumit.
    Globalisasi dan modenisasi juga menyebabkan berlakunya perubahan nilai dalam diri individu, keluarga dan masyarakat. Pengaruh media massa yang memaparkan budaya yang berbeza dengan masyarakat tempatan telah memecahkan dominasi nilai-nilai tradisi sama ada nilai bangsa atau agama. Nilai-nilai yang terbentuk melalui budaya dan agama semakin terhakis kerana desakan kuat elemen-elemen yang sangat asing dibawa bersama oleh media massa yang turut mempengaruhi sosiobudaya masyarakat.

    Cara Mengatasinya……………

    Sebenarnya apabila masalah ini semakin ketara dan menjadi satu ancaman, tidak lain dan tidak bukan satu-satu caranya ialah kembali kepada ajaran Al-Quran dan As-Sunnah.Seperti yang telah dinyatakan diatas salah satu sebabnya ialah penguatkuasaan selain dari kegagalan sistem pendidikan dan institusi kekeluargaan.Penguakuasaan ini sebenarnya adalah undang-undang yang dijalankan dinegara ini.Sekiranya undang-undang yang dijalankan di negara ini berlandaskan Al-Quran dan tidak menggunakan undang-undang manusia yang berlandaskan akal semata-mata sudah tentu masalah ini akan dapat diatasi.
    Secara logiknya mudah sahaja, apabila manusia mencipta sebuah robot,sudah tentulah yang mencipta robot itu iaitu manusia lebih arif atau mengenali setiap inci atau ruang masalah robot tersebut, inikan manusia yang dicipta oleh tuhan iaitu Allah S.W.T ,sudah tentulah Allah S.W.T yang menciptakan manusia ini tahu akan masalah manusia itu sendiri.Maka Allah S.W.T mencipta undang-undang untuk manusia.Jika undang-undang itu diikuti maka akan selamatlah manusia, jika diingkari maka ,akan binasalah manusia…sekian

    Satariabudi Mahidon said:
    06/08/2012 at 1:02 am

    Nama : Satariabudi Mahidon
    No Matrik : SX110329CRS04
    Soalan 1:Tatkala membicarakan persoalan Pemikiran Pascamodenisme, ahli sarjana Zakaria Stapa telah berpandangan bahawa pascamodenisme ini adalah fahaman yang anti agama dan anti tuhan.
    Soalannya : Cuba huraikan maksud disebalik pentakrifan ini menurut pandangan anda.
    Zakaria Stapa, “Fahaman yang bersifat anti agama dan anti Tuhan, kerana ia merupakan lanjutan dan edisi baru kepada fahaman sekularisme Barat moden.”
    1) Timbulnya pemberontakan secara kritis terhadap projek modenisme, memudarkan kepercayaan pada agama yang bersifat transenden dan semakin diterimanya pandangan pluralisme-relativisme kebenaran.

    2) Meledaknya industri media massa sehingga ia seolah-olah merupakan kesinambungan daripada sistem indera, organ dan saraf manusia. Keadaan ini pada gilirannya menjadikan dunia dan ruang realiti kehidupan terasa menyempit. Lebih daripada itu, kekuatan media massa telah menjelma menjadi agama dan tuhan baru yang menentukan kebenaran dan kesalahan perilaku manusia.

    3) Munculnya etnik yang radikal dan keagamaan. Fenomena ini muncul sebagai reaksi manakala orang semakin meragukan kebenaran ilmu, teknologi dan falsafah moden yang dinilai gagal memenuhi janji emansipasi untuk membebaskan manusia dan menciptakan kehidupan yang lebih baik.

    4) Munculnya kecenderungan baru untuk menemukan identiti dan apresiasi serta keterikatan romantisme dengan masa lampau.

    5) Semakin besar wilayah perbandaran (urban area) sebagai pusat kebudayaan dan sebaliknya, wilayah perdesaan (rural area) sebagai daerah pinggir. Pola ini juga berlaku bagi menguatkan dominasi negara maju (Negara Dunia Pertama) atas negara membangun (Negara Dunia Ke-3).

    6) Semakin terbukanya peluang bagi pelbagai kelas sosial atau kelompok minoriti untuk mengemukakan pendapat secara lebih bebas dan terbuka. Dengan kata lain, era pascamodenisme telah mendorong proses pendemokrasian.

    7) Munculnya kecenderungan yang menimbulkan campur aduk pelbagai nilai, keyakinan dan potret serpihan realiti sehingga sekarang sulit untuk menempatkan suatu objek budaya secara ketara pada kelompok budaya tertentu secara eksklusif.

    8) Bahasa yang digunakan dalam diskusi pascamodenisme seringkali dikesan tidak lagi memiliki kejelasan makna dan konsistensi sehingga bersifat paradoks (bertentangan dengan pendapat atau penerimaan umum).
    Soalan 2 : Kemunculan naratif kecil seperti golongan gay, lesbian, biseksual, ajaran sesat serba sedikit berjaya mempengaruhi fitrah asal kejadian manusia. Namun di sebalik ancaman naratif kecil, peningkatan kadar jenayah 2012 seperti kes bunuh, rompak, ragut, rogol dan cabul serba sedikit meletakkan keselamatan rakyat di Malaysia ini berada di dalam keadaan tidak selamat dan terancam, ini tidak termasuk lagi dengan kes sosial seperti peningkatan kes buduh diri, sakit mental, keruntuhan institusi rumahtangga, pergaulan bebas, pembuangan anak dan penagihan dadah.
    Soalannya : Apakah punca-punca yang menyebabkan masalah ini berlaku ? Dan apakah cara yang terbaik untuk mengatasinya ?
    UMAT Islam kini terdedah dengan pelbagai cabaran, sama ada yang bersifat dalaman mahupun luaran. Ini tidak termasuk cabaran berbentuk pemikiran yang datang daripada pelbagai buadat antaranya adalah aliran pasca modenisme.Mungkin ramai daripada kita khususnya umat Islam tidak begitu memahami apa itu pasca modenisme dan apa bahayanya? Era pasca modenisme merupakan lanjutan dan edisi baru kepada fahaman sekularisme Barat moden. Malah sejarah telah membuktikan bahawa fahaman sekularisme Barat moden itu telah berjaya mensekularkan seluruh dunia termasuklah di negara-negara Islam iaitu melalui kolonialisme.Lanjutannya, fahaman pasca modenisme disebarluaskan oleh proses globalisasi melalui kecanggihan teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) yang melahirkan pula satu bentuk kolonialisme jenis baru pula. Faham pasca modenisme menganjurkan bahawa manusia mempunyai kebebasan yang mutlak untuk menjalani kehidupan duniawi tanpa sebarang ikatan kepada sebarang bentuk ajaran agama atau sistem nilai. Jika era modenisme berjaya melahirkan pelbagai kefahaman dan ideologi seperti; sekularisme, liberalisme, pluralisme, sosialisme, feminisme dan sebagainya. Di era pasca modenisme pula mengembangkan dan menyebarkan ideologi tersebut menjadi lebih hebat sehingga ia membawa manusia kepada penolakan agama atau berpaling daripada konsep ketuhanan (teologi) secara total.
    Demikian menurut Timbalan Ketua Bahagian Penasihat (Syariah), Jabatan Peguam Negara Malaysia, Mahamad Naser Disa dalam kertas kerja bertajuk Wanita dan Cabaran Aliran Pasca Modenisme: Penilaian dari Perspektif Islam pada semina anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), baru-baru ini.
    Hujahannya itu berlandaskan pernyataan daripada Profesor Zakaria Stapa yang mengatakan edisi baru sekularisme iaitu faham pasca modenisme tentulah tidak kurang daripada edisi lamanya.Malah tentu sekali ada tambahan-tambahan tertentu yang jauh lebih hebat lagi. Maka itu aspek antiagama dan pembebasan manusia daripada kawalan agama dan metafizik tentunya merupakan tunjang utama edisi baru sekularisme tersebut yang diwarisi daripada edisi lama.Lebih daripada itu edisi baru ini juga seperti telah dicatatkan sebelum ini, menafikan semua bentuk kebenaran mutlak. Apa yang ada semuanya nisbi atau relatif belaka. Lalu dengan itu, manusia menjadi pengukur kebenaran dan selalunya, seperti yang banyak berlaku hari ini, kekuatan adalah kebenaran.Justeru tegas Mahamad Naser, aliran pasca modenisme menjadi cabaran kerana kini ia telah menerobos, menyelinap dan mempengaruhi dunia Islam dengan seruan-seruan untuk meminggirkan agama. Apatah lagi, ia telah meresap masuk ke dalam pemikiran masyarakat Islam dan penularannya berlaku secara halus, sama ada secara disedari atau tanpa disedari kerana ia diolah secara rasional.Tambahnya, jika tidak dibanteras secara berkesan ia bakal menjejaskan akidah umat Islam itu sendiri. Apa lagi, dengan penerimaan prinsip hak asasi manusia sebagai sebahagian cara hidup di peringkat global tanpa mengira retnik, agama, warna kulit dan jantina telah memburukkan lagi keadaan.
    Akui Mahamad Naser lagi bahawa golongan Hawa tidak terlepas daripada menerima corak pemikiran sebegitu sehingga ramai yang telah menjadi mangsa eksploitasi agenda Barat dan seterusnya terjebak dalam kancah gejala sosial.
    “Krisis gejala sosial adalah kesan secara langsung akibat daripada kejutan budaya dan perubahan nilai dan pemikiran yang melanda masyarakat termasuk golongan wanita.
    “Pada hari ini fenomena gejala sosial boleh disifatkan sebagai amalan jahiliah di era globalisasi yang serba maju dan moden.
    “Yang pastinya, dalam era pembebasan daripada kawalan agama, wanita semakin terdedah kepada budaya hedonisme yang dilancarkan secara besar-besaran oleh kelompok kapitalis atas nama pembangunan dan kemajuan material.
    “Antaranya suka berfoya-foya dan berhibur secara keterlaluan. Terjebak dengan amalan seks bebas atau zina, hamil tanpa nikah, buang bayi, ketagihan arak, dadah, rokok, judi, bahan-bahan lucah, rogol dan banyak lagi masalah sosial yang cukup membimbangkan.
    “Ini semua hadir dengan bukti atau fakta kukuh yang dikeluarkan beberapa agensi kerajaan, yang mana keseriusannya semakin meruncing.
    “Perangkaan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mencatatkan jumlah kelahiran anak tidak sah taraf yang didaftarkan antara tahun 2006-2010 adalah sebanyak 234,647.
    “Daripada jumlah itu, seramai 80,979 atau 34.5 peratus adalah bayi yang ibu kandungnya beragama Islam. Begitu juga halnya dalam kes buang bayi sebanyak 280 kes dari tahun 2005 hingga April 2010 di seluruh negara (PDRM 2010),” terang Mahamad Naser.
    Menurutnya lagi, pada tahun 2005 menunjukkan kes pelacuran kanak-kanak dengan purata 150 hingga 160 gadis tempatan yang ditahan setiap tahun.
    Dianggarkan 150,000 wanita terbabit dalam kegiatan pelacuran dengan sejumlah besarnya adalah wanita dewasa.
    Manakala Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mencatatkan jumlah kes rogol bagai tahun 2008 hingga April 2010 adalah sebanyak 8,227 kes. Kes mencabul kehormatan juga menunjukkan statistik yang tinggi iaitu 4,894 kes dilaporkan bagi tahun 2008 hingga April 2010 di seluruh negara.
    Individualistik
    Ujar Mahamad Naser lagi, era pasca modenisme juga telah menyaksikan peranan institusi kekeluargaan dalam membentuk masyarakat yang mempunyai nilai-nilai moral dan etika yang tinggi semakin terhakis. Institusi keluarga yang tidak mementingkan pendidikan agama dan moral telah menyebabkan anak-anak terjebak dengan gejala sosial demi untuk mengecap kebebasan mutlak, kemewahan dan sebagainya serta hanyut dengan kehendak sendiri tanpa batasan agama dan sempadan akhlak.
    “Dalam era ini juga, struktur kehidupan sosial masyarakat telah banyak berubah. Budaya moden telah mempengaruhi tingkah laku dan cara berfikir termasuklah penghayatan terhadap ajaran agama. Gaya hidup moden ini juga menjadikan sebilangan masyarakat bersikap individualistik, mengabaikan sikap kekeluargaan, kejiranan dan bermasyarakat serta tidak mengambil peduli gejala sosial yang berlaku di kawasan kejiranan dan tempat-tempat awam.
    “Kepincangan ini turut membabitkan peranan institusi agama di mana ia sentiasa dikritik dan disekat serta diletakkan di bawah pengaruh politik, sedangkan institusi ini bertanggungjawab terus kepada sultan sebagai Ketua Agama. Keadaan ini mewujudkan sindrom takut dan bimbang di kalangan pihak berkuasa agama untuk menyusun langkah bagi memastikan nilai agama terus terpelihara,” katanya.
    Di akhir pembentangan, Mahamad Naser menyimpulkan tiga aspek perubahan yang perlu dilakukan:
    1)Kedudukan Islam sebagai agama negara sangat penting dan perlu diberikan kedaulatan sebenarnya dan bukan sekadar hiasan atau ungkapan rasmi. Hakikatnya, Islam adalah benteng pertahanan yang ampuh dan berkesan dalam menghadapi asakan pemikiran pasca modenisme.
    2)Komitmen ummah untuk melakukan islah di kalangan umat Islam perlu dipertingkatkan melalui agenda memulihkan umat Islam daripada segala bentuk gejala sosial yang sedang berlaku. Sikap menuding jari kepada orang lain perlu dihentikan.
    3)Sistem Perundangan Syariah, sama ada aspek penguatkuasaan, hukuman dan tatacara penyelesaian pertikaian mestilah diperbaiki bagai memastikan ia membawa natijah yang yang berkesan dan bukan mengundang masalah di kalangan umat Islam.
    Pendirian yang serupa turut disuarakan Pengarah Bahagian Pembangunan Keluarga, Sosial dan Komuniti, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Saimah Mukhtar yang berpendapat masalah sosial perlu ditangani secara holistik dan bersepadu sama ada oleh agensi-agensi kerajaan, badan bukan kerajaan, mahupun institusi kekeluargaan dan kemasyarakatan.
    Menerusi kertas kerjanya yang bertajuk Peranan Jakim dan Agensi Agama Dalam Menangani Isu Gejala Sosial Saimah menjelaskan ini sejajar dengan saranan baginda Rasulullah dalam hadis riwayat Muslim bermaksud: Sesiapa yang melihat sesuatu kemungkaran, maka hendaklah mencegahnya dengan tangan, sekiranya tidak mampu maka dengan lidahnya, sekiranya tidak mampu, dengan hatinya. Yang demikian itu adalah selemah-lemah iman.
    “Strategi Jakim dan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) dalam melaksanakan usaha-usaha membendung gejala sosial telah disusun berteraskan kepada empat pendekatan iaitu, Pencegahan dan Pengukuhan (Al-Wiqayah), Rawatan dan Pemulihan (Al-‘Ilaj), Bimbingan dan Nasihat (Al-TArbiyyah wa al-Nasihah) dan Penguatkuasaan dan Pendakwaan.
    “Di samping itu, Jakim dan JAIN turut sentiasa merancang dan mengadakan program-program kepada masyarakat dalam aspek pencegahan, pengukuhan jati diri dan pemantapan keimanan.
    “Antaranya program memperkasakan fungsi masjid, program ujian saringan HIV/AIDS kepada bakal pengantin, penyampaian dan penyebaran maklumat menerusi media massa dan khutbah, program pemantapan institusi keluarga, belia, remaja, warga emas dan orang kurang upaya,” katanya.

    P/S : Minta Maaf Ustaz,saya lambat hantar kuiz sebab laptop rosak kena virus.sibuk bekerja sampai xdapat saya nak online.blog load terlalu lame kerana saya hanya menggunakan broadband dan mase dah terlebih pukul 12 mlm ke tarikh 06/08,baru tadi dapat online dan saya terus buat kuiz ni di rumah mertua saya,pinjam laptop dia.harap dapat perimbangan dari ustaz.Sekian,terima kasih.

    Hazwan said:
    06/08/2012 at 2:47 am

    SX090717EEJ04

    Jawapan soalan 1
    Pada pandangan saya, Pemikiran Pascamodenisme adalah merujuk kepada satu pemikiran yang menunjukkan apa yang berlaku di dalam dunia sebenar iaitu dalam dunia yang serba moden tetapi lebih kepada fahaman anti—ketuhanan dan anti agama. Setiap idealogi yang dicipta oleh manusia mempunyai niat dan agenda tertentu seperti yang terdapat pada pemikiran pascamodenisme. Apa yang dapat dilihat adalah untuk mendapat respond dan niat yang tersembunyi disebalik matlamat yang diingini. Dengan adanye Pemikiran Pascamodenisme ini, setiap idealogi yang ataupun keadaan yang telah lama digunakan dapat dipertikaikan. Setiap apa yang berlaku adalah hak milik individu dan manusia berhak ke atas pusat pandangan hidup. Dengan mengikut Pemikiran Pascamodenisme ini, mereka dengan bebas melakukan perubahan demi menyimpangkan banyak perkara dengan berbekalkan arus kemodenan ini. Alasan untuk menggunakan fahaman ini adalah mempercayai bahawa setiap minda manusia itu berhak ke atas segalanya dan menolak agama secara seluruhnya kerana tidak mempercayai tuhan. Oleh sebab itu, Ahli Sarjana Zakaria Stapa menyokong fahaman Pascamodenisme adalah berbentuk-fahaman anti-agama dan anti-tuhan. Dengan mengikut fahaman ini, manusia lebih terjerumus kepada duniawi dan melupakan pada asalnya dan serba sedikit akan berubah dari segi sejarah moden.

    Jawapan soalan 2
    Kemunculan naratif kecil ini tidak boleh di ambil mudah dan menyebabkan pelbagai masalah yang berlaku di dalam masyarakat di Negara kita. Apa yang terjadi di dalam masyarakat kita sekarang sedikit sebanyak pernah dikatakan di dalam Al-Quran mengenai golongan-golongan tersebut. Manakala gejala social yang semakin berleluasa ini menyebabkan hidup individu dan msyarakat berubah sedikit demi sedikit untuk menjadi lebih kepada pentingkan diri sendiri. Selain daripada kadar jenayah yang kian meruncing di dalam Negara, hidup setiap individu tidak lagi selamat pada amnya dan menyebabkan minda setiap individu untuk menyerahkan segalanya kepada yang bertanggungjawab. Pada hakikatnya kita semua adalah bertanggungjawab untuk melakukan perubahan dan membersihkan diri masing-masing disamping saling tolenrasi antara satu sama lain.
    Apa yang boleh kita lihat punca-punca berlaku segala gejala social ini adalah berpunca daripada beberapa factor. Negara yang kita duduki sekarang adalah tidak 100% Negara yang mengamalkan undang-undang islam dan dapat dilihat Negara kita sebenarnya masih dijajah dan terus dijajah oleh orang barat. Kita dilihat menerima sewenang-wenangnya apa yang dibawa oleh Negara barat dan tidak menghadkan apa yang telah dilarang serta tidak sepatutnya diamalkan oleh masayarakat kita. Boleh dikatakan dalam bidang pendidikan, pentadbiran, pekerjaan, kewangan dan pembangunan adalah mengikut peradaban daripada barat. Dengan berlakunya perkara tersebut, institusi agama setiap anak-anak tidak dapat diperaktikkan dan menyebabkan masyarakat lebih cenderung kepada budaya barat. Dengan secara tidak langsung menyebabkan jenayah terjadi dan masalah social terjadi akibat daripada ikutan tersebut dan kekurangan asas agama yang terpelihara.
    Pada saya, cara mengatasi masalah-masalah berikut adalah pada mulanya kita berubah pendirian diri individu itu sendiri yang masing-masing tahu apakah matlamat hidup kita sebenar. Kesedaran daripada diri kita sendiri dapat memperlihatkan perubahan yang lebih baik pada masa akan datang walaupun sedikit di mata masyarakat. Seterusnya, pergi kepada asasnya iaitu sebuah Negara perlulah mengamalkan cara hidup islam dan budaya hidup islam yang mengamalkan adil dan saksama di dalam setiap perlakuan pada contohnya. Pemerintahan yang amanah dapat menghasilkan secara tidak langsung masyarakat yang lebih produktif dan lebih cemerlang di masa hadapan. Dari segi penguatkuasaan perlulah lebih mengikut undang-undang yang telah ditetap dalam islam contohnya. Kesimpulannya, setiap yang terjadi aka nada hikmahnya dan balasannya. Kesedaran dalam setiap individu itu sendiri tidak dapat dilakukan dengan baik. Oleh itu, kita perlulah pandang kebelakang dan mengambil iktibar serta menghayati apa yang terjadi sebelum ini. Ajaran islam telah mendidik hidup kita agar menjadi lebih baik sesama masyarakat. Jika kita menjadikan Al-Quran dan sunnah sebagai panduan dan sunnah maka tidak sukar untuk mengatasinya. Wallahualam.

    Che Razilan Jusoh said:
    06/08/2012 at 9:45 am

    SX035365MMD04 ( Razilan )
    Soalan 1 :
    Pada pendapat saya, apa yang dimaksudkan oleh ahli sarjana Zakaria Stapa yang berpandangan bahawa pascamodenisme ini adalah fahaman yang anti agama dan anti tuhan ialah kerana setelah manusia mencapai pelbagai kemajuan duniawi dari sudut teknologi,pendidikan dan sebagainya yang mempenagruhi kehidupan mereka.Mereka merasakan mereka berkuasa dan boleh melakukan apa saja tanpa bergantung pada yang maha Esa. Disebabkan ini mereka lupa akan kewujudan tuhan yang maha berkuasa. Mereka berpendapat mereka mempunyai hak atau kuasa mutlak untuk bertindak tanpa memikirkan kehendak agama. agama seolah-olah tidak memiliki peranannya lagi dalam mengatur kehidupan manusia tetapi sebaliknya kemajuan adalah elemen paling penting kepada masyarakat pascamoden ini. Ia juga membawa maksud bahawa gaya hidup yang penuh kemewahan sebagai satu gaya hidup yang terbaik.

    Soalan 2 :
    i) Punca-punca masalah

    Pembagunan teknologi yang pesat dan kemajuan ekonomi yang dicapai oleh negara telah mendatangkan kesan baik dan kesan buruk kepada masyarakat.Kos sara hidup yang tinggi contohnya dalam bidang pendidikan ,kehidupan harian terutamanya di kawasan bandar dilihat membebankan masyarakat.Apabila keaadaan ini berlaku ,ada segelintir masayarakat yang mengambil jalan mudah untuk mendapatkan sesuatu sehingga mengabaikan keselamatan atau hak-hak orang lain.
    A ) Runtuhnya intitusi kekeluargaan :
    Disebalik kesibukan mencari dan mengumpul harta, kebayakan ibubapa mengabaikan didikan anak-anak mereka. Cara yang mudah untuk ibubapa ini menyerahkan tanggungjawab didikan ini ialah dengan menyerahkan mereka pada pihak sekolah dan pembantu rumah. Disekolah pula anak-anak kita dipengaruhi oleh rakan-rakan. Rakan-rakan menjadi tempat rujukan anak-anak jika mereka diabaikan oleh ibubapa mereka.Kekurangan kasih sayang daripada ibubapa juga menyebabkan anak-anak -anak menjadi liar dan susah mendengar teguran daripada ibubapa.
    B ) Kurang didikan agama :
    Pendidikan agama merupakan salah satu factor yang penting yang mempengaruhi tingkah laku masayarakat.Segelintir masyarakat hari ini lebih mementingkan pendidikan duniawi daripada didikan agama dan keadaan ini menyebabkan segelintir masyarakat tidak dapat menilai dengan betul setiap tindakan yang dilakukan dan hak-hak yang perlu dibatasi ( Tiada pedoman )

    C ) Masyarakat :
    Kebanyakan masyarakat pada hari ini lebih mementingkan diri sendiri tanpa menghiraukan orang lain.Apabila keaadaan ini berlaku,masyarakat tidak mahu ambil peduli apa yang berlaku kepada orang lain dan ini menyebabkan tiada amalan tegur- menegur dikalangan masyarakat.
    D ) Kemajuan teknologi dan media masa :
    Kemajuan teknoloji tidak dapat dipinggirkan dari masyarakt. Kemajuan ini ada baik dan buruknya. Terpulang kepada individu tersebut untuk mengawalnya. Budaya-budaya negatif dari negara luar n Ditambah pula dengan kurangnya perhatian atau kepekaan ibubapa untuk mengawal anak-anak dalam kehidupan serba canggih ini turut menyumbang kepada masalah ini.Budaya-budaya ini akan menjadi ikutan oleh muda-mudi untukmengejar popularity dan kepuasan diri.

    ii) Cara untuk mengatasi
    A ) Memperkukuhkan Intitusi kekerluagaan
    Intitusi kekerluargan merupakan satu intitusi yang sangat penting,kerana dari intitusi ini yang akan membentuk masyarakat dan Negara.Setiap ibubapa atau individu yang bakal menjadi ibubapa hendaklah diberi pendidikan atau pengetahuan yang lengkap tentang intitusi keluarga islam.
    B ) Didikan agama
    Memastikan semua masyarakat mendapat didikan agama yang secukupnya dari awal.Pendidikan agama yang cukup akan menjamin tingkah laku seseorang individu ( Dapat membezakan baik dan buruk setiap perbuatan ).Semua agama menganjurkan kehidupan yang harmoni lebih-lebih lagi agama islam yang merupakan agama yang terbaik.
    C ) Masyarakat
    Memperbayakkan aktiviti kemasyarakatan untuk mengeratkan silaturahim diantara satu sama lain contohnya aktiviti keagamaan ( Ceramah agama ),Gotong royong dan sebagainya.Dengan ini masyarakat akan lebih peka kepada persekitaran san mewujudkan amalan nasihat-menasihati antara satu sama lain.

    AZALLY BIN MAKMOR said:
    06/08/2012 at 10:37 am

    Soalan 1:

    Umat Islam kini sedang berdepan dengan pelbagai cabaran yang bersifat luaran dan dalaman berbentuk pemikiran yang datang dari kebudayaan asing iaitu aliran pasca modenisme.
    Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Datuk Nik Mustapha Nik Hassan, berkata fahaman pasca modenisme itu menyatakan bahawa manusia mempunyai kebebasan mutlak untuk menjalani kehidupan tanpa sebarang ikatan kepada sebarang bentuk ajaran agama.
    Beliau juga menyatakan “Aliran pasca modenisme bermula daripada pergolakan pemikiran Barat yang menentang pengaruh kekuasaan gereja serta manusia bebas melakukan apa saja tanpa perlu memikirkan kebajikan orang lain” .
    Pada pendapat saya, konsep ini memberikan hak untuk menjadi bebas dari peraturan dan ajaran agama dan bebas dari pengenaan aturan agama. Konsep pengasingan antara urusan dunia dan urusan akhirat inilah yang disifatkan anti agama dan anti tuhan.

    Soalan 2.

    Masyarakat Malaysia yang terdiri dari berbilang kaum pada hari ini cukup terganggu secara fizikal, mental, emosi dan spiritual dengan pelbagai kegiatan jenayah yang berlaku hampir setiap hari yang dipaparkan dimedia-media massa.

    Mengapa anak-anak remaja kita semakin runtuh akhlaknya dan hilang sikap malu dan adab sopan sebagai manusia?

    Apabila kita renung kembali dengan ikhlas sebagai ahli masyarakat, ibu bapa dan juga pemimpin, mengapa masalah sosial ini terus berlaku? Ini kerana kita terlupa atau buat-buat lupa tentang punca akar umbi masalah sosial tersebut.

    Disini saya menyatakan secara ringkas punca masalah sosial remaja dinegara kita.

    1. Diri sendir/Kendiri

    Remaja pada hari ini tidak mampu untuk mengurus diri sendiri kerana semua keperluan diri disediakan oleh ibu bapa yang tidak mahu anak-anak merasa susah dalam kehidupan mereka. Kesan daripada sikap ibu bapa yang memanjakan anak-anak dengan material dan perhatian yang berlebihan itu menjadikan anak-anak kurang berdikari dan tidak mahu susah dalam kehidupan mereka.

    Akibatnya anak-anak remaja ini sukar mengendalikan emosi semasa berhadapan dengan masalah hidup dan tekanan daripada rakan-rakan. Kebanyakan remaja tidak tahu mengendalikan emosi marah, bahagia, derita atau cinta yang melingkari kehidupan seharian mereka. Jika mereka berhadapan dengan tekanan dan pujukan rakan-rakan yang mengajak melakukan jenayah atau kehidupan sosial negatif yang lain seperti minum arak, dadah, seks bebas dan sebagainya, mereka tidak mampu menepis dan menolak pujukan tersebut kerana tidak mempunyai jati diri yang kukuh.

    2. Keluarga

    Nilai-nilai murni kekeluargaan pada hari ini sudah banyak punah oleh kerana ibu bapa yang sibuk bekerja mencari rezeki dan tidak menumpukan perhatian terhadap kualiti kehidupan berkeluarga dan anak-anak. Walaupun usaha murni ibu bapa adalah untuk memberi kesenangan kepada anak-anak dan keluarga, namun pembentukan sahsiah diri anak-anak perlu diberi perhatian. Jika ibu bapa sibuk bekerja, anak-anak yang ditinggalkan di rumah tanpa pengawasan tidak bimbang untuk melakukan jenayah dan kegiatan tidak sihat di rumah sendiri atau di kawasan persekitaran rumah seperti menagih dadah, menonton video lucah dan mencuri sebagainya.

    Masalah yang berlaku dalam rumah juga memberi kesan kepada jiwa anak-anak seperti ibu bapa yang bercakaran di hadapan mereka. Anak-anak akan merasakan diri kurang kasih sayang dan pembesaran yang tidak sihat itu akan membentuk kerapuhan diri dan jiwa anak-anak akan mudah terdedah dengan tarikan sosial negatif di luar.

    3. Kewangan

    Kebanyak jenayah dan masalah sosial yang dilakukan remaja pada hari ini adalah disebabkan oleh soal kewangan kerana keinginan anak-anak muda hari ini semakin meningkat untuk menggunakan barangan mewah bagi menunjukkan status diri mereka di kalangan rakan-rakan sebaya. Tidak semua anak-anak remaja ini lahir dari keluarga berada dan mampu menikmati kemewahan hidup. Bagi remaja dari keluarga susah, mereka mudah terikut-ikut rakan-rakan yang mewah tetapi soalnya bagaimana mereka mendapatkan sumber kewangan tersebut. Sudah tentu dengan melakukan jenayah dan kegiatan tidak bermoral seperti mencuri, merempit, melacur, mengedar dadah dan menyimpan barangan curi untuk mendapatkan sumber kewangan bagi menampung kehendak hidup mereka yang mewah.

    4. Kemasyarakatan

    Masyarakat kita pada hari ini sudah kurang peka dan banyak buat ‘tak endah’ terhadap nilai hidup kejiranan dan bermasyarakat. Struktur pembinaan perumahan hari ini juga banyak mempengaruhi gaya hidup masyarakat yang negatif. Kondominium dan pangsapuri mewah mementingkan gaya hidup individualistik. Rumah-rumah banglo pula diiklankan dengan gaya hidup berfokuskan keselamatan yang berlebihan seperti guarded and gated agar tidak diganggu penjenayah. Sedar atau tidak, masyarakat kita telah membina jurang hidup secara manual dengan jiran dan masyarakat setempat.

    5. Rakan-rakan

    Faktor ini telah diketahui ramai sebagai punca utama remaja hari ini terjebak dalam masalah sosial yang negatif. Pengaruh rakan sebaya umpama tarikan magnet yang menjadikan remaja lebih gemar melepak dan mengikut rentak dan gaya hidup mereka. Jika rakan-rakan itu buruk perangai dan aktif dalam kegiatan jenayah dan masalah sosial, maka mereka akan mengikutnya kerana remaja hari ini lemah jati diri dan tiada tujuan hidup.

    6. Keagamaan

    Iman dan amal yang lemah terhadap agama menjadikan remaja hari ini tidak mampu berfikir mengenai perbuatan buruk yang mereka lakukan. Pegangan agama yang longgar dan tiada tunjuk ajar yang baik daripada ibu bapa menjadi punca masalah sosial ini berterusan.

    Dengan itu, ibu bapa, ahli masyarakat, guru dan pemimpin perlu berusaha membantu anak-anak remaja hari ini daripada terus menerus melakukan kegiatan yang tidak bermoral.

    Cara untuk mengatasi masalah ini adalah dengan kembali semula kepada agama yang mengajar kita kepada nilai-nilai hidup sederhana, tidak mengejar dunia dan takut dengan balasan dari Allah.

      AZALLY BIN MAKMOR said:
      06/08/2012 at 10:39 am

      Azally bin Makmor
      SX100844EEJ04
      791211-03-5611

    selvaletchumi vellu said:
    07/08/2012 at 6:01 pm

    SELVALETCHUMI VELLU
    SX095557HRD04
    SOALAN 1
    Pascamodennisme merupakan respon atau reaksi terhadap pemikiran moden.Dimana pemikiran yang membawa dan dibuat oleh akal manusia sendiri tanpa mengambil berat agama dan tuhan.Akal manusia yang akan menentukan ,merancang ,mengaturkan memimpin bagi menjalankan kehidupan di dunia ini tanpa peduli agama dan tuhan hanya perlu menggunakan fikiran yang rasional untuk membuat keputusan dan kajian untuk menjalankan kehidupan di dunia ini.
    SOALAN 2
    Punca-punca yang menyebabkan masalah-masalah sedemikian berlaku dalah disebabkan oleh punca-punca diri sendiri,ibu bapa, pengarauh rakan ,masyarakat dan pengaruh teknologi yang semakin cangih pada masa kini.
    1. Punca diri sendiri adalah salah satu factor yang menyebabkan perkara –perkara negative seperti yang dinyatakan .Tiada hala tujuan dalam kehidupan menyebabkan dirinya senang untuk terjebak dalam dunia neraka yang penuh sampah-sarap yang boleh menghancurkan imej diri dan keluarga .Pemikiran yang tidak waras dan tidak dapat membezakan jalan benar dan buruk menyebabkan terlibat dengan masalah sosial negative seperti ini.Tidak dapat membuat keputusan rasional mengambil jalan pendek menyebabkan peningkatan kes-kes seperti ini.
    2. Ibu bapa juga adalah salah satu punca yang menyebabkan perkara seperti ini terjadi. Institusi keluarga yang tidak stabil menyebabkan anak-anak lebih mudah terlibat dengan dunia neraka dadah dan sebagainya. Ibu bapa yang sibuk mengejar kerjaya masing-masing dan mencari sumber kewangan untuk masa hadapan terlupa mendidik anak-anak dengan didikan agama yang betul supaya jadi anak yang soleh kepada keluarga dan Negara.Ajaran agama yang membina kekuatan mental dan rohani supaya menjadi seorang yang seimbang dalam kehidupan kelak nanti.Anak –anak yang tiada didikan agama dan pengawasan ibu bapa dibiarkan begitu sahaja maka mereka mengambil langkah mudah untuk melibatkan diri dalam perkara-perkara negative yang membawa nama buruk kepada keluarga dan diri-sendiri.
    3. Pengaruh rakan remaja sekarang tidak dapat membezakan baik buruk dalam kehidupan mereka mungkin disebabkan factor umur mereka.Jika mereka tersilap pilih rakan mereka maka mereka terlibat dalam banyak masalah dalam kehidupan mereka.Remaja sekarang banyak menghabiskan masa lapang dengan rakan –rakan mereka untuk berkongso masalah mereka dan meminta pendapat untuk mengatasi masalah yang dihadapi supaya tenang .Jika rakan bagi nasihat yang salah maka hancur kehidupan remaja tersebut.Jadi perlu berhati- hati semasa memilih rakan.
    4. Masyarakat pada masa sekarang bersikap tidak mengambil berat tentang perkara yang berlaku diluar rumah mereka. Mereka merasakan ini bukan tanggungjawab mereka untuk mengatasi masalah sosial seperti ini.Perkara seperti ini lagi membawa peningkatan kes seperti ini tanpa dikawal.Disebabkan sikap masyarakat seperti ini kerajaan membawa satu kempen bertajuk “MASYARAKAT PENYANG” untuk mengubah sikap dan menerapkan nilai- nilai murni dalam diri mereka untuk membantu pihak kerajaan untuk mengatasi masalah ini daripada terus menular.
    5. Pengaruh teknologi internet banyak membawa kesan negative dengan cara penggunaan yang salah tanpa pengawasan ibu bapa .Laman web sosial seperti facebook,tagged dan sebagainya membawa kesan buruk jika digunakan untuk perkara –perkara yang negative .Pengaruh teknologi yang tidak dikawal boleh menyebabkan remaja terpengaruh dengan hubungan yang salah kesanya terlibat dalam kes ttidak bermoral.

    Cara bagi mengatasi masalah ini adalah dengan:
    • Ibu bapa perlu mengawasi gerak geri anak masing-masing ,mengenalpasti rakan rakan mereka supaya tahu tingkah laku rakan –rakan anak dan kelakuan mereka.
    • Ibu bapa perlu mengawasi penggunaan internet supaya anak-anak tidak melawat web-web yang tidak berkaitan yang boleh meracuni minda mereka.
    • Menghantar ke kelas agama supaya menjadi anak yang solek beriman dan menjadi contoh baik kepada keluarga dan menjadi pemudu yang berguna kepada Negara.
    • Berbincang secara terbuka antara anak dan ibu bapa supaya dapat memahami masalah yang dihadapi oleh anak dan memberi nasihat yang berguna kepada mereka supaya tidak bertindak sendiri yang membawa kesan negative.
    • Masyarakat perlu mengambil berat dan menjadi perihatin terhapat kes-kes yang berlaku di sekitar mereka supaya dapat membantu kerajaan untuk mengambil tindakan sewajarnya.

    *Saya meminta maaf dengan dr sebab lewat hantar jawapan daripada tempoh masa yang ditetapkan atas urusan kerja.

    Nazrol Saman B. Saad said:
    14/08/2012 at 2:04 pm

    Nazrol Saman B. Saad
    SX080665EEJ04

    SOALAN 1

    Pemikiran Pascamodenisme adalah salah satu fahaman sekular barat moden. Ia adalah fahaman yang menganjurkan bahawa manusia mempunyai kebebasan yang mutlak untuk menjalani kehidupan duniawi tanpa sebarang ikatan kepada sebarang bentuk ajaran agama atau sistem nilai. Era modenisme berjaya melahirkan berbagai fahaman dan ideologi seperti sekularisme ,plularisme, sosialisme , feminisme dan sebagainya. Di era pascamodenisme pula pengembangan dan penyebaran ideologi tersebut menjadi lebih hebat, sehingga ia membawa manusia kepada penolakan agama atau berpaling daripada konsep ketuhanan (teologi) secara total. Krisis gejala sosial disebabkah oleh pemikiran pascamodenisme yang di bawa dari barat adalah memberi kesan secara langsung akibat kejutan budaya dan perubahan nilai pemikiran yang melanda masyarakat termasuk golongan wanita. Era pembebasan daripada kawalan agama , golongan wanita semakin terdedah kepada budaya hidonisme yang dilancarkan secara besar- besaran oleh golongan kapitalis yang berpegang diatas nama pembangunan dan kemajuan meterial. Antara gejala sosial yang semakin teruk melanda akibat daripada pemikiran pascamodenisme ialah suka berfoya- foya, berhibur secara keterlaluan , terjebak dengan amalan seks bebas atau zina, hamil anak luar nikah, buang bayi, ketagihan arak, dadah, rokok, judi , bahan lucah, rogol dan sebagainya. Banyak juga intitusi kekeluargaan dan nilai- nilai etika yang tinggi semakin terhakis. Intitusi kekeluargaan tidak mementingkan pendidikan agama dan moral telah menyebabkan anak- anak mereka terjebak dengan gejala sosial demi mengecap kebebasan mutlak ,kemewahan dan sebagainya serta hanyut dengan kehendak sendiri tanpa batasan agama dan berakhlak baik.

    SOALAN 2

    Punca – punca masaalah

    1. Punca utama ialah kurangnya pengangan agama dalam diri sendiri. Manusia lebih suka hidup secara bebas tidak memikir kan halal dan haram.

    2. Masaalah ini juga bermula dari rumah, apabila intitusi kekeluargaan tidak di jaga dengan baik, anak- anak akan menjadi mangsa. Pada zaman moden sekarang ibubapa lebih mementing kerjaya dan kemewahan, sedangkan anak- anak dibiar bersendirian dirumah. Ini akan menyebabkan anak – anak akan keluar mencari teman- teman diluar untuk berhibur. Anak- anak akan bergaul bebas sehingga adan yang membawa pulang teman mereka kerumah apabila ibubapa mereka tiada dan berlakulah seks bebas.

    3. Budaya barat yang tidak elok masuk ke malaysia sedikit sebanyak mempengaruhi corak hidup masyarakat malaysia. Adat ketimuran dan adap sopan sudah tiada dikalangan masyarakat kita.

    4. Kerajaan kurang memberi perhatian kepada masaalah yang dihadapi. Kurangnya penguatkuasaan dari pihak berkuasa. Lahirnya shopping komplek dan pusat- pusat rekriasi, memberi lebih banyak ruang untuk masaalah ini terjadi.

    5. Masalah untuk berlaku disebabapkan faktor media masa dan hiburan. Program fantasi dan hiburan di television sering menjadi ikutan.

    CARA MENGATASIMYA

    1. Kembali kepada Allah, ikut ajaran islam sepenuhnya.

    2. Perkukuhkan intitusi kekeluargaan. Ibubapa sentiasa memantau pergerakan anak – anak.

    3. Sekat budaya- budaya barat.

    4. Kerajaan perlu beri perhatian kepada masalah ini. Menganjurkan program kerohanian bermula dari sekolah lagi.

    5. Kurangkan program hiburan dan banyakkan program kerohanian.

    Kwan Kin Choy said:
    16/08/2012 at 11:51 pm

    S1.
    Pemikiran Pascarmodenisme adalah satu helah alasan supaya mereka hidup tidak beragama atau tidak sembayang. Alasan-alasan seperti berikut:-
    a) tiada masa untuk sembayang-terlalu sebuk mencari kekayaan.
    b} tidak bercaya kepada Tuhan-kurang pengetahuan tentang Agama
    c) tidak tahu apa kesannya-ragu-ragu
    d) hidupan yang tanpa tujuan-jalan yang sesat

    S2.
    Punca-punca yang menyebabkan perbuatan buruk di atas adalah:-
    1) tidak tahu menghargai nyawa hidup dengan baik.
    2) tidak takut akan balasan
    3) mencari kekayaan atau kemewahan tanpa pengujungnya.
    4) tidak tahu tanggungjawab masing-masing (ibubapa,anak,pemimpin)
    5) tidak mengamalkan hidup yang mulia (mengikut kehendak agama)
    6) pergualan yang telalu bebas
    7) hidup tanpa agama/bersembahyang
    8) lahir daripada keluarga yang bermasalah
    9) dipengaruhi oleh kawan-kawan / masyarakat yang kurang sihat
    10) tidak hormati ibubapa dan orang tua
    11) pengetahuan / tidak tahu kesannya -(dadah)
    12) media yang kurang sihat
    13) pegangan agam yang kurang mendalam.
    14) lupa diri/ tidak bermoral
    15) dipengarui oleh minuman keras.
    16) terlalu mengikut nafsu.
    17) kurang yakin diri.
    18) tidak bersopan terhadap ketua
    19) terlalu percaya kepada rakan
    20) suka mengikut perkembangan moden.

    Hafiza said:
    24/08/2012 at 3:31 pm

    SX015617MMD04

    MAAF SEBAB LAMBAT JAWAB SOALAN..

    JAWAPAN 01

    Era modenisme berjaya melahirkan pelbagai kefahaman dan ideologi seperti; sekularisme, liberalisme, pluralisme, sosialisme, feminisme dan sebagainya. Di era pascamodenisme pula mengembangkan dan menyebarkan ideologi tersebut menjadi lebih hebat sehingga ia membawa manusia kepada penolakan agama atau berpaling daripada konsep ketuhanan (teologi) secara total. Pemikiran pascamodenisme menganjurkan bahawa manusia mempunyai kebebasan yang mutlak untuk menjalani kehidupan duniawi tanpa sebarang ikatan kepada sebarang bentuk ajaran agama atau sistem nilai.

    JAWAPAN 02

    PUNCA-PUNCA

    -Kemerosotan nilai murni dalam kehidupan individu dan masyarakat.
    -Institusi Kekeluargaan Yang Goyah
    -Pengaruh Rakan Sebaya – lebih banyak masa dihabiskan dengan rakan sebaya.
    -Penagruh media massa dan elektronic-kesukaran untuk mengawal teknologi.

    CARA MENGATASI
    -Kemahiran mendengar dan berbincang dengan anak-anak perlu dipupuk.
    -Peruntukan undang-undang di peringkat sekolah boleh menimbulkan rasa takut di kalangan pelajar sekolah, di samping mengurangkan beban dan tanggungjawab pihak sekolah dan pihak ibu bapa dalam pengawasan disiplin.
    -Peranan media massa – Peranan pihak media perlu diperbetulkan, dari segi penyampaian maklumat kepada pengguna dalam memberi input yang berguna bukan hiburan semata-mata.

    Mohd. Rahime Ab. Mu'mini said:
    29/08/2012 at 1:22 pm

    MOHD. RAHIME AB. MU’MINI
    SX100911EEJ04

    As salam Ustaz,

    Terlebih dahulu saya mengucapkan Selamat Hari Aidil Fitri buat Ustaz & Famili dan memohon kemaafan atas kelewatan menjawab quiz ini. Harap kelewatan ini tidak mempengaruhi pemarkahan Ustaz.

    Jawapan (Soalan 1)

    Pascamodenisme adalah istilah merujuk kepada perkembangan dalam ilmu teori kritikal, falsafah, seni bina, seni, kesusasteraan, budaya dan agama tetapi tidak menggantikan modenisme.

    Ahli Sarjana Zakaria Stapa berpandangan bahawa pascamodenisme ini adalah fahaman yang anti agama dan anti tuhan.

    Pandangan ini adalah disebabkan oleh idealisme pascamoden terhadap perkara-perkara universal, penafian terhadap realiti, penolakan kepada naratif besar dan lain-lain lagi telah membawa kesan dan pengaruh besar terhadap segala bentuk kepercayaan dan kebudayaan dalam sesuatu masyarakat. Dalam idealisme pascamoden ia lebih mementingkan kepada individu sebagai penafsir mutlak kepada semua perkara yang berlaku kepadanya tanpa bergantung kepada kuasa lain. Keadaan ini memperlihatkan bahawa agama seolah-olah tidak memiliki peranannya lagi dalam mengatur kehidupan manusia tetapi sebaliknya kemajuan adalah elemen yang paling penting kepada masyarakat pascamoden ini. Ia juga bermaksud bahawa gaya hidup yang penuh kemewahan sebagai gaya hidup terbaik.

    Jelasnya, dalam pemikiran pascamodenisme ini, mereka telah mengambil sikap menolak kepercayaan-kepercayaan agama/tuhan. Kelompok pemikir pascamodenisme ini sebenarnya telah menganggap bahawa agama sebagai buatan manusia, di mana ianya akan berubah mengikut tempat, masa dan bangsa. Ia seolah-olah menyatakan bahawa hidup di dunia ini adalah sebenar-benar kehidupan dan tiada istilah berkaitan dengan dengan akhirat.

    Fakta-fakta yang dinyatakan di atas jelas menunjukkan bahawa pemikiran pascamodenisme ini adalah menolak secara langsung kepercayaan kepada sesuatu agama/tuhan atau dengan kata lain anti agama/tuhan. Dengan ini saya juga berpandangan yang sama dengan beliau (Zakaria Stapa).

    Sebagai kesimpulannya, kita sebagai Umat Islam perlu berwaspada tentang perubahan yang berlaku dalam era pascamodenisme kerana ia akan memberi banyak kesan negetif berbanding positif terhadap institusi-institusi Islam iaitu kekeluargaan, keagamaan dan kemasyarakatan.

    Jawapan (Soalan 2).

    A. Punca-punca yang menyebabkan masalah ini berlaku :-

    1. Globalisasi Dan Modenisasi

    Punca-punca utama yang mendatangkan masalah ini adalah globalisasi dan modenisasi. Perubahan-perubahan pantas tahap nasional berlaku kerana perubahan global yang digelar globalisasi. Globalisasi tidak saja ditandai dengan dominasi ekonomi tetapi ia menerusi ke arah budaya dan pemikiran. Pembudayaan kota (city culture) menuruti landasan Barat berlaku dengan lebih pantas dan agresif dengan adanya teknologi maklumat dan multi media sebagai kenderaan yang amat berkesan untuk melakukan agenda globalisasi.

    Globalisasi bergerak seiringan dengan modenisasi. Dalam dunia serba moden ini, semakin individualistik dan materialistik. Masyarakat moden mempunyai cita-cita tinggi, kompetitif dan tidak lagi menganggap saudara-mara atau jiran-jiran sebagai kelompok rujukan. Masyarakat moden menganggap harta adalah segala-segalanya, sesiapa paling berharta maka dia lah akan dijulang dan sebaliknya. Dalam mengejar kemewahan ini lah akan berlaku kes rompak, bunuh, ragut dan lain-lain kes jenayah.

    2. Kurang Bimbingan Dan Kasih Sayang

    Ibu bapa yang terlalu sibuk mengejar harta dan kemewahan hidup sudah pasti tidak ada masa untuk membina dan membentuk sahsiah dan jati diri anak yang memerlukan belaian dan kasih sayang. Pendidikan agama dan moral yang begitu tandus dalam kalangan anak-anak juga menjadi punca mereka begitu rapuhuntuk mengelakkan diri daripada gejala sosial.

    3. Sifat Ingin Tahu Dan Rasa

    Lazimnya, kita sebagai manusia mempunyai sifat ingin tahu dan rasa terhadap perkara baru dan trendy (bukan budaya ketimuran). Tidak mustahil kita akan jatuh terpengaruh dan mengikut arah kebaratan, terutama sekali golongan beliau. Contohnya pergaulan bebas, pengambilan minuman keras bahkan sampai pasangan sesama jenis gay, lesbian dan biseksual dan lain-lain lagi yang menjurus kepada masalah-masalah gejala sosial yang lebih serius.

    4. Pengaruh Rakan Sebaya Dan Persekitaran

    Perkara ini sering berlaku di kalangan remaja-remaja sekarang yang hidup di dalam alam penuh kemajuan. Ini adalah kerana remaja pada masa sekarang lebih mesra rakan mereka kerana ibu bapa sibuk dengan urusan duniawi. Situasi ini adalah amat bahaya dan boleh mengakibatkan remaja tersebut terjerumus dalam gejala sosial yang tidak sihat.

    Pelbagai dorongan yang kurang sihat dipaparkan melalui persekitaran ini yang seterusnya menyebabkan mereka terikut-ikut dengan pengaruh ini. Lantaran itu, untuk memenuhi keinginan ini, mereka-mereka merayau-rayau di pusat-pusat membeli-belah, pusat permainan vedio dan secara tidak langsung terlibat dalam pergaulan bebas.

    5. Takanan Perasaan

    Alam rumah tangga yang tidak teratur, perpisahan ibu bapa, pertengkaran yang kerap berlaku dalam keluarga, keadaan sosiol ekonomi yang sempit, suasana rumah tangga yang tidak harmonis dan tenteram juga berkait rapat dengan keruntuhan akhlak dikalangan masyarakat.

    Tekanan yang dihadapi pelajar semasa di sekolah/kolej kerana tumpuan terpaksa diberikan dalam akedemik serta guru/pensyarah yang kurang profesional dalam menangani masalah pelajar yang akhirnya menyebabkan pelajar mengambil jalan mudah untuk keluar daripada masalah itu dengan terlibat dengan kegiatan-kegiatan yang kurang sihat.

    B. Cara yang terbaik untuk mengatasinya :-

    Perbincangan mengenai keruntuhan akhlak atau gejala sosial adalah berkisar dikalangan masyarakat terutamanya dikalangan kaum remaja dan belia. Justeru strategi untuk mengatasi masalah ini seharusnya ditumpukan kepada golongan remaja dan belia.

    1. Kerajaan/Pemerintah

    Peranan kerajaan/pemerintah adalah perkara paling asas sekali. Kerajaan perlu bijak dalam mengawal dan membenteras kemasukan pengaruh-pengaruh dari luar (global) samada melalui teknologi maklumat, multi media, media elektronik, media massa dan warga asing. Kerajaan juga perlu menutup pusat-pusat hiburan yang bertentangan dengan agama islam, pusat-pusat judi dan tempat-tempat yang boleh menjurus kepada pergaulan bebas serta maksiat. Kerajaan juga wajib menukar sistem perundangan sekarang (penjajah) kepada sistem perundangan Islam iaitu Hukum Hudud. Isya-Allah segala masalah ini dapat dibendung sebaik mungkin. Allah yang mencipta langit, bumi dan makhluk-makhluk di alam ini. Allah lah yang mencipta rahmat dan musibah/masalah kepada hamba-hamba nya. Oleh itu berbalik kepada perkara asas iaitu untuk menyelesaikan masalah ini maka kita hendaklah merujuk kepada penciptanya.

    2. Ibu Bapa Dan Anggota Masyarakat

    Sebagai Ibu bapa dan masyarakat yang bertanggungjawab, kita seharusnya menjalankan kewajipan dengan merancang aktiviti, mengenal pasti masalah yang dihadapi, memberi nasihat, pedoman/bimbingan, memberikan kemudahan-kemudahan serta mengawal selia anak/remaja/belia sepanjang masa.

    3. Guru Dan Pensyarah

    Pendekatan akedemik. Ini boleh dilakukan dengan menambahkan aktiviti-aktiviti berteraskan akedemik dan separa akedemik seperti kegiatan ko-kurikulum di sekolah/kolej.

    Mewujudkan sistem perundangan di sekolah/kolej. Peruntukan undang-undang di peringkat sekolah/kolej boleh menimbulkan rasa takut di kalangan pelajar, di samping mengurangkan beban dan tanggungjawab pihak sekolah/kolej dalam pengawasan disiplin.

    Penguatkuasaan Undang-Undang oleh pihak berkuasa seperti polis. Bidang kuasa polis yang sediada perlu digunakan oleh pihak pentadbir sekolah/kolej. Pihak pentadbir hendaklah mengambil kesempatan dengan merujuk masalah pelajar ini kepada pihak polis.

    KESIMPULAN

    Pelbagai langkah boleh diambil dan dilaksanakan, tetapi apa yang lebih penting ibu bapa mestilah memainkan peranan dan tanggungjawab dalam mengatasi permasalahan ini yang bermula dari rumah. Dengan kata lain, walau apapun langkah yang diambil oleh mana-mana pihak, tanpa kerjasama daripada ibu bapa, nescaya gejala ini sukar diatasi.

    SX100862EEJ04 said:
    03/09/2012 at 11:52 pm

    FROM : SX100862EEJ04

    Jawapan 1 :
    Pada pendapat saya, Pemikiran Pascamodenisme adalah pemikiran yang bersifat anti agama dimana isu-isu kerohanian serta agama ditolak secara terang-terangan. Ia merupakan lanjutan kepada kepada sekularisme barat moden yang bertujuan merosakan akidah umat islam.
    Dalam pemikiran pascamoden, manusia dikatakan mempunyai hak muktak ke atas diri sendiri dan mempunyai kebebasan berfikir dan melakukan apa saja yang dirasakan perlu tanpa merujuk kepada agama. Ianya juga bersifat materialisik kerana pemikiran pascamoden ini lebih mengutamakan kehendak dan bukannya keperluan diri.

    Jawapan kedua :
    Punca-punca genjala sosial serta kadar jenayah yang semakin meningkat di Malaysia kebelakangan ini adalah disebabkan oleh pengaruh media massa temasuk dari barat yang sering mempamerkan aksi-aksi ganas serta lucah yang mana mudah diresapi dalam pemikiran golongan remaja masa kini.
    Kekurangan didikan agama dan kurang perhatian serta tunjuk ajar dari keluarga turut menyumbang kepada masalah-masalah sosial. Ibubapa masa kini sibuk mengejar kebahagian dunia sehingga lupa betapa pentingnya perkara tersebut. Didikan agama serta didikan moral diserahkan bulat-bulat pada guru di sekolah untuk mengendalikannya.
    Melentur buluh biar dari rebungnya.Cara mengatasi masalah ini adalah mendekatkan diri dengan Allah. Ilmu agama sekiranya dititik beratkan dapat mengatasi segala bentuk masalah sosial yang timbul.
    Ibubapa juga memainkan peranan penting dalam mengatasi masalah ini. Ibubapa adalah role model kepada anak-anak. Dengan itu, kita sebagai ibubapa haruslah menjadi contoh yang baik kepada anak-anak kita supaya masalah sosial ini dapat di atas.
    Pengisian masa lapang anak-anak juga perlu dititik berat. Sebagai ibubapa kita haruslah mengetahui segala aktiviti yang dilakukan olah anak-anak kita bagi mengelakkan perkara tak diingini. Pemilihan kawan juga amat penting kerana pengaruh kawan juga kearah kerosakkan akhlak juga sering berlaku.

    rokok said:
    24/01/2013 at 12:43 pm

    Thank you for any other great article. Where else may anybody get that kind of information in such an ideal means of writing? I’ve a presentation subsequent week, and I am on the look for such info.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s