Jom Belajar Berlapar

Posted on

Tiada satu kitab dalam dunia ini yang menulis tentang hinanya kenyang dan mulianya berlapar melainkan kitab yang dikarang oleh Hujjatul Islam, Imam Ghazali melalui hasil karangan agungnya “Kitab Ihya’ Ulumuddin”. Rujuklah dalam buku psikologi, motivasi barat, mahupun penulisan ilmiah dan fakta oleh kalangan doktor perubatan, tetap juga tidak akan ketemu penulisan seperti ini. Pembawaan Imam Ghazali dalam menyentuh hal lapar dan kenyang ini boleh membuat hati tersentuh, akal berfikir deras, pembawaan fakta yang cukup ampuh, melapikkan dalil nas as Sunnah dengan keterangan kajian sains, sudah cukup mereka yang mempunyai ‘ulul-albab’ mengakui kenyataan itu.

Apabila mengadap bab ini, terasa hati berkata benar dan tepat pandangannya, akan tetapi, katakan tidak untuk mengamalkannya. Apakah senang untuk diri seseorang menahan lapar dan mengenepikan kenyang tanpa ada sebab melainkan berpuasa di bulan Ramadhan ? Andai bulan Ramadhan itu dihukum sunat, sudah tentu akan kedapatan jumlah manusia yang cukup terpencil melaksanakannya. Sedangkan dihukum wajib pun masih ramai yang tidak berpuasa, inikan pula sunat. Puasa 6 ? Errmm..lambat lagi.

Imam Ghazali telah menyebut dalam kitabnya begini :

Sebesar-besar kehancuran ke atas bani Adam adalah syahwat perut, disebabkan syahwat perut Nabi Adam a.s dan Hawa telah dikeluarkan dari syurga ke dunia yang penuh dengan kehinaan, sedangkan telah dilarang ke atas mereka berdua untuk memakan buah daripada pokok tersebut, akan tetapi syahwat perut itu yang menguasai mereka lantas memakannya. Perut adalah tempat lahirnya syahwat, tumbuhnya pelbagai penyakit dan kesengsaraan, kerana selepas seseorang itu kenyang, syahwat faraj pula menyusul dengan mendorong diri untuk menikah. Setelah seseorang itu kenyang dengan syahwat perut dan nikah, ia akan menjadi pendesak utama untuk merebut syahwat pangkat dan harta, kerana dengan dua agen inilah berperanan untuk terus mengekalkan nafsu kahwin dan perut” (Ihya Ulumuddin, Imam Ghazali, Maktabah Taufiqiah, Mesir, Jilid 3, m/s 112)

Itulah hakikat kenyang yang mesti diketahui oleh setiap manusia. Bukan mudah untuk mengekalkan kelaparan demi menundukkan hawa nafsu yang begitu serakah. Nafsu tidak pernah merasa tua walaupun usia semakin meningkat, bahkan nafsu kelihatan muda walaupun empunya badan sudah mencecah separuh abad usia. Kitab tasawuf ada menyatakan :

Nafsu itu jika dibakar dalam neraka sekalipun, ia tetap masih bernyawa dan hidup, hanya satu cara sahaja untuk mematikan nafsu itu, iaitu dengan berlapar.

Itulah bahaya nafsu dan kerakusannya begitu terserlah apabila manusia sering mahu hidup dalam kekenyangan, sedangkan hatinya, rohnya dibiarkan kelaparan. Justeru, kawal nafsu makan dan cuba untuk belajar berlapar. Duit jimat, badan sihat, akal cerdas dan yang pentingnya, nafsu tewas dengan anda, disamping menghayati dan merasai penderitaan saudara seIslam kita yang berada di Somalia.

Advertisements

One thought on “Jom Belajar Berlapar

    TMD said:
    10/08/2012 at 3:31 pm

    Artikel ni sangat sesuai dengan bulan Ramadhan. Walaupun dipost tahun lepas, isinya bermanfaat sehingga akhir hayat.

    Imam al-Ghazali menggambarkan perkaitan syahwat perut dengan lain2 syahwat dengan sangat tepat.

    Pendapat saya: Sebaik2 berlapar adalah dengan berpuasa (berlapar yg disertai niat kerana Allah). Kalau berlapar sehari tanpa niat nak berpuasa, perut akan terasa sangat lapar diwaktu2 makan yang biasa. Lagi best: bersahur. Keberkesanan bersahur dapat dirasai bila bersahur ikut sunnah: Makan beberapa biji kurma dan minum air masak; berbanding makan nasi dll.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s