Al Ahqaf Chapter Verse 9

Posted on Updated on

 

Katakanlah : Aku bukanlah rasul yang pertama di antara rasul-rasul dan aku tidak mengetahui apa yang akan diperbuat terhadapku dan tidak pula terhadapmu. Aku tidak lain hanyalah mengikuti apa yang diwahyukan kepadaku dan aku tidak lain hanyalah seorang pemberi peringatan yang menjelaskan.                                                                                              Surah al Ahqaf ayat 9                                                                                                                       

Point Pertama : Nabi dan rasul mempunyai mukjizat yang dianugerahkan oleh Allah sebagai membuktikan kebenaran agama Allah. Namun, disebalik kemukjizatan yang dimiliki oleh setiap nabi dan rasul, dalam melibatkan perkara-perkara yang ghaib, nabi dan rasul juga tidak terkecuali seperti manusia biasa. Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui. Nabi Muhammad s.a.w sendiri tidak mengetahui bila hari kiamat ? Apakah itu roh ? Bila seseorang itu akan mati ?

Sebab itu Allah mendatangkan para nabi dan rasul. Kenapa ? Kerana untuk manusia menerima secara langsung segala arahan, larangan, kewajipan, dosa dan pahala, syurga dan neraka, malaikat dan iblis yang kesemuanya datang dari Allah tentulah tidak mampu. Disebabkan bebanan pemikiran yang terlalu besar dan sukar untuk diterima secara langsung. Perlu ada orang yang menerangkan segala perkara ini, yang padanya ada mukjizat sebagai pembuktian bahawa ini risalah Allah, lantaran itu diturunkan wahyu itu juga dikalangan manusia, bukan dikalangan t-rex, jin ifrit, raksasa ultraman yang jauh dari fitrah asal manusia.

Sebagai contoh, kuasa elektrik yang terjana daripada empangan, batu arang, air sungai atau laut sekiranya kuasa voltan tinggi itu melalui kabel elektrik, sudah tentu laptop sony Viao, tv, samsung galaxy s2, aircond dan segala peralatan elektrik akan meletup dan terbakar disebabkan ketidakmampuan menerima kuasa voltan elektrik yang terlalu tinggi. Sebab itu dicipta satu peralatan yang bernama ‘transformer’ yang mana tugas transformer ini menukar kuasa yang tinggi itu kepada kuasa yang lebih rendah sehingga ia dapat diterima oleh segala peralatan elektrik.

Begitulah juga manusia. Perlu ada nabi dan rasul yang menerangkan dahulu perkara ini dan disokong oleh mukjizat, bahawa ini adalah dari Allah. Mana mungkin manusia boleh menerima segala tugasan ini tanpa nabi dan rasul. Sedangkan ada nabi dan rasul pun manusia masih sesat dan mengaku hebat, inikan pula tiada nabi dan rasul, sudah tentu terperosok dan lemas dalam lautan kesesatan.

Point Kedua : Kita semua patut bersyukur kerana walaupun pada ayat tersebut baginda Rasulullah s.a.w mengakui bahawa bukanlah beliau nabi dan rasul yang pertama, tetapi telah wujud nabi dan rasul sebelumnya, namun pada hakikatnya mengikut pandangan Ahlis Sunnah Wal Jamaah bahawa jasad baginda Rasulullah s.a.w itu adalah lebih mulia daripada segala makhluk yang telah diciptakan Allah termasuk malaikat dan arasy.

Ini bermakna, bahawa mereka yang menjadi umat baginda Rasulullah s.a.w adalah sebaik-baik umat. Nabi Muhammad s.a.w diberikan Allah syafaat untuk membebaskan hamba-hambanya daripada api neraka yang tidak dianungerahkan Allah pada lain-lain nabi dan rasul. Namun apa yang menyedihkan kita pada hari ini, masyarakat Malaysia lebih gemar untuk memuja, memuji dan mengidola para artis berbanding menjadikan baginda Rasulullah s.a.w sebagai mentor dalam apa juga segi dan tatacara kehidupan. Malah ada juga yang menghina dan menentang sunnah Rasulullah s.a.w.

Point Ketiga : Sudah menjadi kewajipan kita untuk membuktikan kecintaan dan kesayangan pada Rasulullah s.a.w itu adalah dengan mengamalkan sunnahnya dan memperbanyakkan selawat ke atas baginda Rasulullah s.a.w. Apabila seseorang mengingati orang yang dicintai, sudah tentu ia seringkali menyebut namanya dan melakukan perkara yang disukainya dan menjauhi perkara yang dibencinya. Itulah lumrah mencintai seseorang. Anda tahu bagaimana Bilal bin Rabbah dari Habsyi membuktikan kecintaannya pada Rasulullah s.a.w selepas kewafatannya ?

Dikisahkan selepas sahaja kewafatan baginda Rasulullah s.a.w, Bilal bin Rabbah telah melepaskan jawatannya sebagai muazzin utama di masjid nabi. Lantas dia berkata : Dahulu semasa aku azan, Rasulullah s.a.w bersama kita, sekarang Rasulullah s.a.w sudah tiada lagi semasa aku melaungkan azan. Lantaran kesedihan mengingati Rasulullah s.a.w, Bilal bin Rabbah berhijrah ke Syam. Selang beberapa tahun kemudian, beliau kembali semula ke Madinah dan melaungkan azan. Apa yang terjadi selepas itu ? Seluruh penduduk Madinah menangis apabila mendengar azan Bilal bin Rabbah, bukan menangis kerana rindu kepada Bilal bin Rabah, tetapi menangis kerana mengenangkan Rasulullah s.a.w yang telah lama meninggalkan mereka.

* Fif, i think you could make some addition for this article and elaborate it with your own thought and knowledge, and it might be better. I wished i could attach some dalil to be more pop and interesting, but due i had busiest task today, let i handover it to you. Tomorrow, take a time to keep your breathe and hit (belasah) them cukup-cukup until you can make them crying like baby in remembering our Prophet (P.b.u.h). And then your mission accomplished.


Advertisements

2 thoughts on “Al Ahqaf Chapter Verse 9

    mujahidmukmin said:
    05/01/2012 at 4:02 pm

    uik…mcm ada yg menyentuh sensitivti kaum tu…

    mujahidmukmin said:
    05/01/2012 at 4:27 pm

    but then…tqvm. Insya Allah karang aku bikin 1 slot touching baek punya….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s