Supaya Dia Tahu…

Posted on Updated on

Hidup ini sebenarnya penuh misteri. Tiada siapa yang mampu menduga siapa diri kita hari ini dan siapa diri kita esok hari. Bila seseorang itu tidak mengetahui apa yang tidak mampu diketahui, adalah menjadi kemestian untuk bergantung kepada Maha Mengetahui. Meletakkan sepenuh penyerahan bahawa Allah pentadbir dan pengurus kehidupan manusia hari ini dan hari-hari esoknya. Sekaligus menjadi petunjuk betapa lemahnya, kerdilnya kudrat dan iradat manusia dalam menentu segala hal.

Sebagai contoh:

Ketika Nabi Muhammad s.a.w berhijrah ke Thaif untuk berdakwah selepas kewafatan isterinya Saidatina Khadijah binti Khuwailid dan bapa saudaranya Abu Thalib, sambutan terhadap dakwah yang disampaikan itu telah disambut dengan linangan darah dan airmata. Sepatu Rasulullah s.a.w menjadi besen menadah darah Rasulullah s.a.w mengalir, membuatkan baginda Rasulullah s.a.w lari dan berlindung di bawah pokok sambil berdoa dan merintih akan lemah dirinya. Persoalannya, mengapa perkara ini terjadi kepada Rasulullah s.a.w ?

Supaya dia (baginda) tahu bahawa kemenangan Islam itu semakin hampir.

Saidina Abu Bakar as Siddiq ada seorang anak yang bernama Muhammad bin Abu Bakar, sejak kecil lagi Saidina Abu Bakar telah menyerahkan penjagaan anaknya itu kepada Saidina Uthman bin Affan. Setelah mana Saidina Uthman bin Affan menjadi khalifah yang ketiga selepas kewafatan Saidina Umar bin al Khattab, Muhammad bin Abu Bakar ini telah dewasa. Pemerintahan Islam semakin meluas ke seluruh dunia dan telah berjaya melepasi Byanzantine. Namun, persoalannya kenapa Saidina Uthman tidak melantik Muhammad bin Abu Bakar ini sebagai gabenor ?

Supaya dia (Muhammad bin Abu Bakar) tahu bahawa beliau masih tidak berkemampuan lagi untuk dilantik  menjadi gabenor.

Dalam novel yang dikarang oleh Prof. Dr. Hamka bertajuk “Tenggelamnya Kapal Vanderwick” beliau telah menceritakan bahawa Zainuddin adalah seorang pemuda yang mendambakan cinta Haryati. Akhirnya Haryati telah berkahwin dengan lelaki pilihan bapanya. Zainuddin kecewa dan membawa diri keluar negara menuntut ilmu tetapi cinta Zainuddin terhadap Haryati masih kekal dan tidak berubah. Haryati menderita dan bercerai dengan suaminya. Zainuddin masih setia menunggu cinta Haryati. Haryati juga masih cintakan Zainuddin. Persoalannya, mengapa Zainuddin masih tegar menunggu cinta Haryati walaupun dirinya pernah dilukai ?

Supaya dia (Haryati) tahu bahawa Zainuddin mengotakan janjinya bahawa dia tidak akan mencintai dan mengahwini sesiapa melainkan dirinya.

Bagaimana pula dengan apa yang berlaku pada diri kita ? Supaya kita tahu bahawa….

Advertisements

2 thoughts on “Supaya Dia Tahu…

    mujahidmukmin said:
    30/01/2012 at 1:33 am

    ….Allah akan beri yg paling baik buat diri “kita” dan Allah jualah yg maha mengetahui apakah yg terbaik untuk diri “kita”.

    mujahidmukmin said:
    30/01/2012 at 1:45 am

    …..pekan parit juga mampu menjadi bandar termaju setanding dengan bandar Luxemburg, Irlandia, San Marino dan bandar-bandar maju yg lain.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s