Darah=Susu@Susu=Darah ?

Posted on Updated on

Semalam baca buku yang dikarang oleh Syeikh Jadul Haq Ali Jadul Haq (Bekas Syeikh al Azhar) yang bertajuk Bayanun Linnas (Penerangan Buat Manusia). Ada satu bab membicarakan tentang hukum pemindahan darah. Sekarang ini, kempen derma darah semakin giat dijalankan oleh kerajaan, swasta dan NGO. Apabila terbaca kitab ni, Syeikh telah mendatangkan persoalan yang memang membuat ku terfikir sekarang ni dan blur nak jawab. Malas fikir pun ade. Tapi kena fikir jugak sebab perkara itu pasti akan dilakukan oleh kita, kalau tak kita pun, ahli keluarga, sedara, kawan-kawan sedangkan setiap apa yang dilakukan oleh manusia itu pasti tidak lari daripada tiga perkara. Halal, haram dan harus.

Boleh tak jika diqiaskan orang yang memindah darah itu kepada orang lain dianggap sebagai seorang perempuan yang mempunyai susu telah memindahkan susu itu kepada orang lain yang bukan daripada keturunannya. Jika seorang perempuan menyusukan anak orang lain, perempuan itu digelar sebagai ibu susuan sekaligus haram keduanya untuk dinikahi. Apakah qias ini boleh dipakai bagi seseorang yang memindahkan darah itu kepada orang lain yang tidak mempunyai ikatan persaudaraan serta dianggap sebagai sedarah daging dan haram untuk dinikahi? Andai kita menjawab bahawa sememangnya susu yang diberikan kepada bayi lain itu adalah merupakan makanan khusus kepada bayi, adapun darah yang diderma atau dipindahkan itu bukan untuk makanan tetapi rawatan, sejauhmana jawapan ini boleh meyakinkan anda?

Jika susu yang diberikan kepada bayi itu dianggap sebagai makanan, dan semua sedia maklum, bahawa susu itu akhirnya akan berubah menjadi darah dan dengan darah itulah bayi itu akan hidup. Bagaimana pula dengan kes derma darah atau pemindahan darah? Darah itu juga akan turut berubah menjadi makanan kepada orang yang berkehendak padanya malah darah itu juga telah mengekal nyawanya. Semacam ada kesamaan dan tiada perbezaan.

Harapsiapayangarifsilaberipandangan.

Advertisements

3 thoughts on “Darah=Susu@Susu=Darah ?

    Tidak Mahu Dikenali said:
    12/07/2012 at 12:52 pm

    Assalamu’alaikum.

    Saya tidaklah arif dalam hal ni, tapi sepengetahuan saya, hubungan susuan hanya valid jika susu diberikan kepada kanak2 berusia kurang 2 tahun sehingga 5 kali kenyang (kenyang maksudnya masuk ke perut – susu sebagai makanan). Manakala darah yang mengalir kategori najis, haram memakan@meminum darah, Jadi darah tak mungkin boleh jadi makanan yang mengenyangkan. Jadi tidak ada apa-apa hubungan yang terbentuk kalau pemindahan darah dilakukan.

    Dipetik dari e-fatwa.gov.my

    Bekas Mufti Mesir Sheikh Husin Muhamad Al-Makhluq dalam kitabnya Fatwa Asy Syariah wal Buhuth al-Islamiyah, muka surat 195 menjelaskan mengenai hukum harus memindahkan darah manusia kepada manusia yang lain untuk perubatan seperti berikut:

    “Bahawa darah yang mengalir itu walaupun haram dari segi syarak, dengan berpandukan nas al-Quran, tetapi keadaan darurat yang memaksa untuk perubatan/merawat dengannya maka diharuskan mengambil munafaat dengannya bagi perubatan/rawatan dengannya dipindahkan dari seseorang kepada seseorang yang lain (pesakit), apabila diakui oleh seseorang doktor yang beragama Islam dan pakar yang mengenai halnya. Semua ahli-ahli fiqh Islam mengharuskan rawatan/perubatan dengan benda-benda yang haram dan najis, apabila tidak didapati benda-benda yang suci (ubat-ubat yang suci) yang mengambil tempatnya, bilamana seseorang doktor Muslim yang pakar berpendapat bahawa untuk menyelamatkan nyawa seseorang pesakit terhenti kepada pemindahan darah kepadanya dari seseorang yang lain (sihat), maka hukumnya adalah harus pada segi syarak melakukan demikian”.

    Sumber asal: http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/derma-darah-dan-penggunaan-darah-orang-islam-kepada-orang-bukan-islam-dan-sebalikny

    Ada satu lagi yang boleh jadi panduan

    http://bin-sahak.blogspot.com/2011/10/hukum-pemindahan-darah-dari-seorang.html

    Mohon pencerahan jika saya tersilap.

    Wassalam

    Izyan said:
    03/04/2013 at 4:16 am

    Derma Darah Tidak Menyebabkan Kemahraman
    Sebagaimana kita ketahui bahawa penyebab kemahraman hanya 3 saja, iaitu kerana nasab, mushaharah (perkahwinan) dan radhaah (penyusuan). Sedangkan derma darah tidak boleh diqiyaskan dengan penyusuan. Qiyas seperti itu merupakan qiyas ma’al-fariq.

    Syeikh Al-‘Allamah jadil Haq Ali jadil Haq, Syeikhul Azhar di masa lalu menyatakan bahawa derma darah sama sekali tidak boleh dijadikan sebab terjadinya kemahraman antara seorang derma dengan penerimanya.
    Memang ada sebahagian kalangan yang berusaha mengqiyaskan antara derma darah dengan penyusuan bayi. Di mana penyusuan bayi mengakibatkan kemahraman, lalu mereka mengqiyaskan antara keduana.

    Namun ulama besar Mesir yang pernah melawat Malaysia ini tegas menyatakan alasan tidak boleh diqiyaskan antara susu yang diminum bayi yang mengakibatkan kemahraman dengan darah yang didermakan kepada pasiennamun tidak mengakibatkan kemahraman.
    Menurut beliau kerana watak yang ada pada darah berbeza dengan watak yang ada pada susu ibu yang dihisap bayi.
    Susu ibu adalah makanan buat bayi, makanya boleh mengakibatkan kemahraman antara wanita yang menyusi dengan bayi yang disusuinya.
    Sedangkan watak darah tidak seperti susu ibu, darah bukan makanan bagi orang yang menerima derma darah, melainkan darah menjadi media pengantar makanan, oksigen dan lain. Sehingga tidak ada proses pertumbuhan dari darah yang ditransfusikan ke dalam tubuh seseorang.

    Itulah sebabnya darah yang didermakan kepada pesakit tidak menyebabkan berubahnya status kemahraman antara derma dan penerima darah.

    Kesimpulannya, anda boleh berkahwin dengan wanita yang pernah anda dermakan darah kepadanya, kerana derma darah tidak mengakibatkan kemahraman.

    source : http://halaqah.net/v10/index.php?topic=1084.15;wap2

      Naem responded:
      18/04/2013 at 1:05 am

      Assalamualaikum, terima kasih atas pandangan yang diberikan. Saya cukup hargai.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s