Hikmah Di Sebaliknya

Posted on Updated on

Manusia sama sekali tidak akan tahu hikmah disebalik pensyariatan sembahyang, puasa, zakat dan tunai haji melainkan dibuka satu persatu hikmah Allah itu mengikut zaman dan suasana. Manusia hanya mengerti meletakkan hukum berdasarkan akal masing-masing tanpa dipandu oleh syariat Allah dan itu boleh membawa kepada kesesatan. Kebanyakan daripada kita menyatakan apabila terjadi sesuatu bala, bencana, ujian dan malapetaka yang menimpa, untuk menyedapkan hati dan perasaan, kita menyatakan “mesti ada hikmah disebaliknya”. Benar jika pernyataan ini yang keluar daripada mulut seseorang, tetapi untuk mengetahui hikmah disebalik apa yang berlaku, akal manusia tidak boleh mencapai ketinggian itu.

Sebab itu Dr. Abdul Kafi telah menyatakan, jika manusia berpegang kepada dirinya akan menjadi lemah, jika berpegang kepada akal akan menjadi sesat, jika berpegang kepada harta akan papa dan jika berpegang kepada manusia akan hina. Lantaran, berpeganglah pada Allah nescaya anda tiada lemah, tiada sesat tiada papa dan tiada hina.

Lantaran itu, jika dibahas mengapa Allah mensyariatkan wuduk sebelum melakukan solat ? Apa kata  dianalogikan wuduk itu dengan mandi, sama-sama menggunakan air, tujuan pun sama, untuk membersihkan badan dari kekotoran, namun mengapa mandi tidak boleh diganti sebagai wuduk sedangkan jika hendak dibandingkan antara mana yang lebih bersih sama ada mandi atau wuduk, sudah tentu mandi. Mengapa jika seseorang itu mandi setiap kali solat, tetapi masih juga tidak boleh menggantikan fungsi wuduk ? Apa hikmahnya wuduk, sedangkan mandi lebih bersih ? Jika akal hendak menduga hikmah ini, sama sekali tidak tercapai.

Satu lagi, sekarang kita berada di bulan Ramadhan, dan ada dikalangan kita yang menyatakan bahawa antara hikmah berpuasa itu adalah supaya orang yang kaya dan mampu itu merasai penderitaan, kesusahan, kelaparan dan kedahagaan golongan fakir dan miskin yang mereka ini hanya kais pagi makan pagi kais petang makan petang. Benarkah hikmah itu ? Imam Sya’rawi berpandangan, itu tidak benar, mengapa ? Jika Allah meletakkan hikmah berpuasa sebegitu, untuk apa Allah wajibkan juga kepada golongan fakir dan miskin untuk berpuasa sedangkan kehidupan mereka sentiasa diselubungi dengan kelaparan dan kedahagaan ? Sememangnya golongan ini tidak akan menemui hikmah di sebalik puasa di bulan Ramadhan.

Lantas, untuk menilai hikmah sesuatu yang diperintahkan oleh Allah Taala adalah sukar untuk diduga. Pokok asalnya adalah kembali kepada sifat taabbud. Pengabdian yang tulus hanya pada Allah tanpa soal, ragu-ragu dan syak atas setiap apa yang diperintahkan.

Bagaimana ini boleh berlaku ? Sebagai manusia, memang diakui bahawa setiap kudrat yang ada pada kita itu terbatas. Jika hendak diukur ilmu yang ada pada kita dengan ilmu Allah, Subhanallah, Masyaallah, La Haw La Wala Quwwata Illa Billah, Hasbunallah Wa Nikmal Wakil. Betapa kerdilnya ilmu yang ada pada kita. Sebab ilmu Allah yang amat luas dan hebat itulah, manusia tidak mampu mengukur hikmah disebalik apa yang berlaku pada diri kita sendiri.

Segala puji bagi Allah Empunya Bumi dan Alam Semesta Ini…Rabbi Zidni Ilma..

Advertisements

2 thoughts on “Hikmah Di Sebaliknya

    TMD said:
    25/07/2012 at 10:19 am

    Hari ni saya bertanya kepada diri, mengapa saya mudah rasa marah dan membebel macam2 perkara yang tidak puas hati (bila tiada sesiapa) selepas bangun pagi tadi.

    Apa yang saya dapat adalah peringatan – “Kapsul Ramadhan (BI)” yang berkumandang di radio IKIM. Peringatan berkaitan berpuasa anggota badan, salah satunya adalah mulut – dengan tidak berkata perkara yang menyakitkan hati, mengata, marah dan yang seumpama dengannya. Apabila dianiaya atau disakiti, katakan (kepada diri) “Aku berpuasa”.

    Saya anggap ini peringatan dan panduan dari Allah. Adakah ini hikmah yang Allah bukakan untuk saya hari ini selepas apa yang berlaku?

    hmmm………

      TMD said:
      25/07/2012 at 10:20 am

      Pembetulan – “Kapsul Fadilat Ramadhan” in English

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s