Saya Mohon Engkar Pandangan Tuan Mufti

Posted on Updated on

Saya dengan rasa rendah diri ingin memohon engkar atas pandangan Tuan Mufti Sohibussamahah Datuk Harussani, Prof. Madya Datuk Dr. Mohd Asri dan Dr. Juanda Jaya berkenaan dengan pandangan menangguhkan puasa bagi atlit muslim yang menyertai Olimpik bermula pada 27 Julai 2012 bersamaan dengan 7 Ramadhan 1433 Hijrah. Setelah diteliti pada pandangan yang diberikan oleh Tuan-tuan mufti, kaedah “Rukhsah” (keringanan) yang diberikan kepada orang musafir itu adalah sebab utama menjadi hukum puasa Ramadhan itu boleh ditangguhkan.

Pandangan saya pula begini. Mari kita kembali kepada Sirah Nabawiyyah Rasulullah s.a.w. Antara peristiwa besar yang tercatat dalam sejarah Rasulullah s.a.w di bulan Ramadhan adalah perang Badar. Pensyariatan berpuasa di bulan Ramadhan telah bermula pada 2 hijrah. Perang Badar juga berlaku pada 2 hijrah. Ini bermaksud, umat Islam diwajibkan untuk berpuasa Ramadhan sebelum peperangan Badar itu berlaku lagi dalam beberapa hari. Namun, puasa tetap diteruskan para sahabat seramai 313 orang. Jika ada diantara kita yang berhujjah bahawa tempat berlakunya perang Badar itu dekat dengan Madinah dan tiada keperluan untuk melakukan Rukhsah, mari saya perjelaskan lagi.

Menurut pandangan ahli sejarah, jarak di antara tempat berlakunya perang Badar dan kota Madinah sejauh 150km. Sudah cukup syarat untuk Rasulullah s.a.w bersama dengan sahabatnya untuk melakukan Rukhsah. Namun persoalannya, mengapa Rasulullah s.a.w tidak menggunapakai Rukhsah ini, sedangkan beliau dalam keadaan musafir, berperang untuk menentukan jatuh bangunnya dakwah Islam ketika itu, tambahan pula pensyariatan berpuasa itu baru sahaja bermula ? Jawapannya, ini adalah kerana, puasa itu sebagai satu penyerahan mutlak kepada Allah untuk menunjukkan lemah dan naifnya tenaga manusia dalam mengatur segala urusan dunia. Jika manusia berpandangan bahawa mereka akan lebih bertenaga hasil daripada makanan dan minuman, pada hakikatnya mereka ditipu oleh akal mereka sendiri. Hakikatnya, Allahlah jua yang memberi kudrat dan kekuatan pada 4 kerat tulang kita untuk melakukan sesuatu. Sekaligus, ini membuktikan bahawa, bukan puasa menjadikan seseorang itu lemah dan bukan makan dan minum itu menjadikan seseorang itu kuat dan bertenaga.

Jika melihat kepada logik akal, 1000 orang tak berpuasa vs 313 orang berpuasa, siapa yang menang ? Sudah tentu bilangan 1000 orang itu dengan mudah sahaja menganyang 313 orang. Tetapi sejarah Islam tercatat apa ? 313 yang berpuasa itu yang johan, ganjarannya tak main la pingat emas Olimpik yang bernilai Rm 2 juta. Apa kelas.

Akhirnya, apakah Rukhsah yang Tuan-tuan mufti gunakan dalam menangguhkan hukum berpuasa Ramadhan semata-mata untuk meraih pingat emas Olimpik, dan jika atlit kita berjaya meraih pingat emas Olimpik sekalipun, adakah pingat emas itu mampu melepaskannya daripada azab neraka ? Dapat syafaatkan umat Islam daripada terlepas seksaan api neraka ? Jika tidak. Ia masih tidak menepati Maqosid Syari’yyah.

Andai saya silap dalam perbahasan ini, mohon sangat diperbetulkan.

Advertisements

6 thoughts on “Saya Mohon Engkar Pandangan Tuan Mufti

    s md said:
    25/07/2012 at 2:52 pm

    Berkenaan adakah para sahabat berpuasa atau tidak sewaktu peperangan, diriwayatkan atsar daripada Umar bin al-Khattab, katanya:

    “Kami berperang bersama Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam pada bulan Ramadhan sebanyak dua kali, iaitu: Badr dan Fath. Lalu kami berbuka dalam kedua-dua peristiwa itu”. (Zaad al-Maad 2/52).

    http://al-ahkam.net/forum09/viewtopic.php?f=99&t=37605

      Naem responded:
      25/07/2012 at 4:16 pm

      Jazakallah ustaz atas pencerahan ini.

    Muhammad Amir Izzat Abd Latiff said:
    30/07/2012 at 7:03 am

    saya setuju dgn penulisan ustaz mengenai perkara ini.
    bagi saya, ibadah berpuasa itu adalah suatu yg menyihatkan tubuh badan dan bukan melemahkan. perkara ini telah terbukti dengan kajian sains. tq

    AmirIzzatAbdLatiff said:
    30/07/2012 at 7:18 am

    saya setuju dgn penulisan ustaz.
    ibadah berpuasa bukan utk melemahkan tubuh badan tetapi menyihatkan.

    bilaengineermenulis said:
    31/07/2012 at 10:11 am

    alhamdulillah satu pencerahan yang berguna, sebelum ni tertanya juga kenapa mufti mengeluarkan fatwa sedemikian sedang mereka cuma bersukan bukan pergi berperang.

    Hairul Fazlihan mahmud said:
    21/09/2012 at 2:36 pm

    Terima kasih ustaz atas pencerahanyang diberi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s