DLQ 1302

Posted on

 

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh…

Ditujukan kepada seluruh Alim Ulamak, ustaz-ustaz dan para ustazah yang saya hormati, khususnya yang mengambil subjek DLQ 1302, Fiqh Islam 1.

Seperti yang dijanjikan oleh saya untuk membuat kuiz pada malam semalam melalui blog ini tidak dapat dilakukan kerana saya sekarang berada di KL, insyaAllah jika ada kesempatan, saya akan upload kuiz tersebut paling lewat esok, hari Isnin 30 Julai 2012 bersamaan dengan 9 Ramadhan 1433h.

Di sini ada beberapa prosedur yang mesti diikuti sebelum menjawab kuiz :

1. Pastikan tarikh mula dan tarikh tamat kuiz sebelum menjawab soalan. Jika soalan dijawab diluar tarikh yang ditetapkan, jawapan anda tidak akan diterima.

2. Jawapan yang dihantar mestilah melalui ruangan ‘comment’.

3. Sila pastikan no. matrik (Wajib) & nama (Harus) tertera pada jawapan tersebut.

4. Setiap jawapan jangan melebihi 360 patah perkataan.

5. Peruntukan markah bagi kuiz ini adalah 10 markah.

6. Jawab dengan tenang, berdoa dan tawakkal.

Bittaufik Wan Najah, segala perkembangan terbaru mengenai subjek ini akan saya maklumkan melalui blog ini.

Wassalam.

Advertisements

5 thoughts on “DLQ 1302

    TMD said:
    03/08/2012 at 3:38 pm

    Ilmu bukan sahaja boleh didapati dari majlis-majlis ilmu, malah melalui jawapan2 yang diberikan untuk soalan kuiz bagi subjek ini. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada penulis blog ini kerana telah open blog ini untuk menjayakan P&P walaupun ada metode lain yang boleh digunakan seperti e-learning, emel dan sebagainya. Teruskan usaha, semoga Allah memberkati usaha anda ini.

    ai durrah said:
    03/08/2012 at 6:03 pm

    SILAWATI BINTI SADIK.{DX125443P1J01} DLQ1302
    Jawapan Soalan 1.

    Imam shafie melatakkan 2 penyaksian yang adil dan menolak satu penyaksian, kerana 1 penyaksian saksi tersebut tidak bersaksi malah kurang keyakinan diri .Adalah 2 orang saksi itu lebih afdhal dan boleh bermusyawarah.
    Pengetahuan tentang ramalan anak bulan [falakh] sangat wajib kerana kerap kali hakim menerima saksi melihat anak bulan yang menyalahi fakta falakh[kitab Bughyatul Murstarsyidin].

    Jika salah seorang saksi telah melihat anak bulan tetapi dia berpuasa lewat kerana mengikut penyishtiharan rasmi,saksi tersebut di hukumkan berdosa dan wajib menggantikan puasanya tanpa keuzuran yang di benarkan oleh syarak.

    1. Firman Allah SWT;
    “Sesiapa diantara kamu menyaksikan anak bulan ramadhan , maka hendaklah dia berpuasa.”
    2. Sabda Rasulallah SWT;
    ” Ibnu Umar Al Khatab telah melihat anak bulan lalu memberitahuku ,maka aku telah menyuruh berpuasa dan mengarahkan kepada orang ramai berpuasa.”

    Jawapan Soalan 2.

    Hukum meniggalkan solat dengan sengaja tanpa keuzuran yang dibenarkan oleh syarak adalah haram dan berdosa besar, orang tersebut wajib segera beristighfar dan bertaubat .Jumhur ulamak mengatakanwajib qadak.

    Sabda Rasulallah SWT;
    1.Sesungguhnya yang membezakan antara kesyirikkan dan kekufuran adalah dengan meninggalkan solat .
    2.Perjanjian di antara kita orang Islam dengan orang kafir, sesiapa yang meninggalkan solat dia telah menjadi kafir.

    Orang yang meninggalkan solat pada pandangan imam:
    An Nawawi-telah menjadi kafir
    Maliki dan Shafie-tidak kafir hanya fasik jika tidak bertaubat di hukum bunuh
    Abu hanifah dan Muzany-tidak di kafirkan dan tidak di bunuh hanya di penjarakan dan ditakzirkan sehingga solat kembali.

    Peranan kerajaan dalam memastikan setiap orang Islam di Malaysia mendirikan solat ialah kembali kepada al-quran dan menjalankan hukum Islam.

    Riwayat muslim,rasulullah bersabda;” menjadi kewajipan keatas setiap muslim mendengar dan mentaati sama ada perkara itu disukai atau tidak disukai,kecuali bila diperintah melakukan maksiat.Apabila diperintahkan dengan maksiat maka tidak wajib didengar dan ditaati.”

    ai durrah said:
    03/08/2012 at 11:16 pm

    AI DURRAH(DX125443PIJ01)

    BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
    Jawapan soalan 1
    Imam Syafie meletakkan dua orang saksi yang adil dan menolak satu penyaksian kerana penyaksian tersebut lebih afdhal dan diyakini kerana di dalam Islam itu sendiri setiap sesuatu yang berlaku memerlukan saksi sebelum menghukum.Dua orang saksi boleh bermusyawarah malah mengelakkan sebarang keaguan iaitu syak,zan dan wahham.
    Pengetahuan mengenai ramalan falakh adalah wajib kerana kerapkali hakim menerima saksi melihat anak bulan yang menyalahi fakta falakh.

    Jika salah seorang saksi telah melihat anak bulan,namun berpuasa lewat kerana menjadi rakyat yang taat kepada pemerintah,saksi tersebut tetap dihukumkan berdosa dan wajib menggantikan puasanya tanpa uzur syar’i.

    Firman Allah SWA;
    “barangsiapa diantara kamu menyaksikan anak bulan ramadhan,maka hendaklah dia berpuasa .”

    Sabda Rasulullah SAW;
    “telah datang Umar kepadaku dan memberitahu telah melihat anak bulan,lalu kuperintahkan dia dan orang ramai berpuasa . ”

    Jawapan soalan2
    Orang yang meninggalkan solat dengan sengaja adalah haram dan berdosa besar.
    Hadis sahih menyatakan;”sesiapa meninggalkan solat dengan sengaja, maka hukumnya adalah kafir .”
    Orang tersebut wajib segera beristighfar dan bertaubat.Jumhur ulama’ mengatakan wajib qada’ solat tersebut.

    Sabda Rasulullah SAW;
    1.”sesungguhnya yang membezakan antara kesyirikkan dan kekufuran adalah dengan meninggalkan solat. ”
    2.”perjanjian di antara orang Islam
    dan orang kafir,sesiapa yang meninggalkan solat dia telah menjadi kafir. ”

    Berikut pandangan imam berkaitan orang yang meninggalkan solat;
    An Nawawi—telah menjadi kafir.
    Maliki dan Syafie—tidak kafir hanya fasikh,jika tidak bertaubat dihukum bunuh.
    Abu Hanifah dan Al Muzany—tidak kafir dan tidak dibunuh hanya dipenjarakan dan ditakzirkan sehingga solat kembali.

    Kerajaan perlu kembali kepada ajaran alqur’an,mengamalkan pesanan terakhir Rasullullah supaya umat Islam menjaga solat dan orang yang dipimpin.

    Riwayat hadith muslim;
    Menjadi kewajipan keatas setiap muslim mendengar dan mentaati samaada perkara itu disukai atau tidak,kecuali bila diperintahkan melakukan maksiat.Apabila diperintahkan denga maksiat maka tidak wajib didengar dan ditaati.

    TMD said:
    06/08/2012 at 1:12 pm

    AI DURRAH: Jawapan bukan kena letak di bawah comment pada post “Kuiz DLQ 1302 ( Fiqh Islam 1), Seksyen 2, UTM SPACE JB.” ke?

    takut tak diterima, better hantar semula.

      Naem responded:
      06/08/2012 at 2:49 pm

      Betul. Mungkin tersilap ni.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s