Kuiz DLQ 1302 ( Fiqh Islam 1), Seksyen 2, UTM SPACE JB.

Posted on Updated on

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Berikut adalah soalan-soalan kuiz bagi subjek DLQ 1302 (Fiqh Islam 1) dan anda diwajibkan menjawab kedua-dua soalan yang diberikan :

1. Dalam menentukan awal Ramadhan ada dua pendekatan yang dilakukan, pertama melihat anak bulan (Rukyatul Hilal) dan kedua melalui sempurna bulan Sya’ban (Hisab). Namun begitu, para ulama’ lebih cenderung untuk menggunakan pendekatan melihat anak bulan berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari yang bermaksud : “Berpuasalah kamu dengan melihat anak bulan, dan berbukalah (penentuan bulan Syawal) kamu dengan melihat anak bulan”. Menurut pandangan mazhab Imam Syafiei, paling kurang memerlukan 2 orang penyaksian yang adil untuk melihat anak bulan ini sebelum diisytiharkan kepada orang ramai bahawa esok berpuasa.

Soalannya : Mengapa Imam Syafiei meletakkan 2 orang penyaksian yang adil dan menolak 1 penyaksian ? Jika ada salah seorang daripada dua saksi ini terlebih awal melihat anak bulan, namun dia berpuasa lewat (sebab mengikut pengisytiharan rasmi), apakah hukum yang jatuh ke atas dirinya ?

2. Solat adalah satu kewajipan yang wajib dilakukan bagi setiap orang Islam sebagai satu talian hubungan antara Allah dan hambaNya. Namun begitu, kebanyakan masyarakat Islam Malaysia hari ini meremehkan solat serta ada yang langsung tidak mendirikan solat.

Soalannya : Apakah hukum orang Islam meninggalkan solat ? Dan apakah peranan kerajaan dalam memastikan setiap orang Islam di Malaysia ini mendirikan solat ?

 

Soalan kuiz tamat.

 

* Soalan kuiz ini mestilah dijawab bermula tarikh Isnin 30/07/2012 dan berakhir pada hari Ahad 05/08/2012. Kelewatan menjawab pada tarikh yang ditetapkan akan menyebabkan jawapan anda ditolak.

* Saya akan menerima hanya pada jawapan yang ‘post comment’ pertama sahaja, sebarang penambahan kedua untuk jawapan setelah ianya di ‘post’ turut tidak akan diterima, lantaran itu anda digalakkan untuk membaca dahulu soalan (hari pertama), mengulangkaji (hari kedua) dan seterusnya menjawab, pada hari ketiga.

* Sila pastikan line @ coverage internet anda berfungsi dengan baik ketika menjawab, andai line @ coverage anda ‘cap ayam’ bawak bersabar dan tunggu ianya kembali baik.

Selamat Menjawab. Wassalam.

Advertisements

50 thoughts on “Kuiz DLQ 1302 ( Fiqh Islam 1), Seksyen 2, UTM SPACE JB.

    MUHAMAD ZULFIKRI BIN JUMAAT said:
    01/08/2012 at 12:26 am

    MUHAMAD ZULFIKRI BIN JUMAAT (DX125400PIJ01)
    JAWAPAN SOALAN 1
    Apabila seseorang yang melihat anak bulan, wajib keatasnya berpuasa tetapi tidak boleh menyebarkannya hatta seorang sultan pun tidak boleh kerana penyaksiannya hanya seorang. Ini kerana, Imam Syafi’i memerlukan 2 orang penyaksian yang adil untuk melihat anak bulan ini sebelum diisytiharkan kepada orang ramai bahawa esok berpuasa supaya lebih diyakini kesahihannya. Ini bertetapan dengan Firman ALLAH : barangsiapa di antara kamu menyaksikan bulan (di negeri tempat tinggalnya), maka hendaklah ia berpuasa pada bulan tersebut.” (QS. Al Baqarah [2] : 185). Hukum meninggalkan rukun Islam (puasa) tanpa keuzuran hukumnya Fasik (orang yang melakukan dosa kecil berterusan dan melakukan dosa besar yang sedikit).

    JAWAPAN SOALAN 2
    Hukum meninggalkan solat fardu dengan sengaja tanpa keuzuran yang dibenarkan oleh syarak adalah haram dan berdosa besar. Pelaku wajib segera memohon keampunan kepada Allah (istighfar) dan bertaubat. Jumhur ulamak mengatakan wajib qada’ (ganti) solat tersebut.
    Firman Allah, ‘Apakah yang menyebabkan kamu masuk neraka? Jawab orang-orang yang bersalah, ‘Kami tidak termasuk dalam kumpulan orang yang mengerjakan sembahyang’. (Al-Mudassir : 42-43). Bersabda Rasulullah, ‘Sesiapa yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja, maka Allah dan Rasul-Nya tidak akan bertanggungjawab terhadapnya’. (H.R. Ahmad).
    Pemerintah bukan sahaja mendirikan sembahyang secara peribadi bahkan hendaklah menyuruh rakyatnya bersembahyang dengan kuasanya. Kerajaan sepatutnya mengawal tumpuan rakyat supaya seimbang antara duniawi dan ukhrawi. Segala sistem , perundangan, dan nilai sosial mestilah menjurus kepada keharmonian dan keseimbangan jasadiah dan ruhiyyah. Konsep menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran hendaklah disuburkan. Diantaranya ialah menyediakan suasana masyarakat yang kondusif terhadap solat.
    Kempen mendirikan solat perlu digerakkan melalui media massa utama. Ini akan memberi kesedaran Islam kepada yang lalai. Peranan mengajak rakyat mendirikan sembahyang tidak harus tertumpu kepada ustaz, imam dan bilal sahaja, bahkan merata kepada setiap anggota masyarakat. Peniaga dan pedagang berperanan di pasar dan kedai. Pemimpin masyarakat perlu menyeru setiap anggota masyarakat kampung dan bandar. Pegawai mengarahkan setiap kakitanganya bersama-sama mendirikan solat. Ibu bapa pula sentiasa menyuruh keluarganya mendirikan solat sebagaimana firman Allah dalam surah An-Nisa’ ayat 103:Sesungguhnya sembahyang itu adalah kewajipan yang ditentukan ke atas orang-orang yang beriman. Jika semuanya berperanan dengan sepatutnya maka akan lahirlah kerajaan dan rakyat yang mendirikan solat sebagaimana yang diperintahkan Allah.INSYALLAH.

    Siti Zubaidah said:
    01/08/2012 at 10:51 pm

    SITI ZUBAIDAH BINTI ZAINAL (DX125458PIJ01)

    JAWAPAN SOALAN 1
    Imam Syafie meletakkan 2 oarang penyaksian yang adil dan menolak seorang penyaksian kerana apabila dengan penglihatan seorang sahaja ia adalah langkah berjaga dikuatiri penyaksian itu tersalah.Seorang yang melihat sendiri anak bulan ramadan menjadi wajib keatasnya sekalipun dia bukan seorang yang adil atau seorang kanak-kanak atau perempuan atau seorang yang tidak memberi keterangan dihadapan seorang hakim atau dia telah memberi keterangan akan tetapi keterangannya tidak diambil kira,puasa menjadi wajib keatas seorang yang yang membenarkan berita kelihatan anak bulan dan dia percaya akan keterangan yang di beri itu.Ia bersusuaian dengan firman Allah s.w.t : فمن شهد منكم الشهر فليصم ” ( al-Baqarah 2: 185)….Oleh itu,sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan(atau mengetahuinya)maka hendaklah ia berpuasa bulan itu…

    JAWAPAN SOALAN 2

    Hukum meninggalkan solat dengan sengaja tanpa keuzuran yang dibenarkan oleh hukum syara’ adalah haram dan berdosa besar.Sesiapa yang meninggalkan segeralah mohon ampun dan bertaubat kepada Allah.Nabi s.a.w bersabda: Perjanjian diantara orang islam dengan orang kafir ialah solat,dan sesiapa meninggalkan solat sesungguhnya dia telah menjadi kafir. (HR -Al-Tirmidzi) Jumhur Ulama’ mengatakan sesiapa yang meninggalkan solat wajib qada’ solat tersebut. Diterangkan oleh An-Nawawi bahawasanya orang yang meniggalkan solat dengan menolak atau meningkari kewajipan solat dipandang telah menjadi kafir,telah terkeluar dari islam.(Ijma’ Ulam’ Islam).Peranan kerajaan memastikan umat islam menunaikan rukun islam yang ke2 ialah memberi maklumat dan peringatan tentang azab orang yang meninggalkan solat melalui media massa,selain daripada itu jika merka tidak melakukan kewajipan tersebut hendaklah segala kemudahan yang ada dibekukan supaya dapat memberi peringatan dan kesedaran kepada semua supaya sentiasa mengingati Allah dalam kehidupan seharian dan menjalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh Allah kepada kita semua.Insyaallah.

    HANA said:
    02/08/2012 at 11:44 am

    NUR HANA BINTI MAREKIN (DX125424PIJ01)

    JAWAPAN SOALAN 1

    Mengapa imam syafiei meletakkan 2 orang penyaksian yang adil dan menolak 1 penyaksiaan?

    Imam syafiei menolak satu penyaksian kerana di khuatiri dengan kesahihan penyaksian tersebut dan dengan dua orang penyaksian adil, mengambil hukum yang lebih berat untuk menyempurnakan ibadat puasa.

    Jika ada salah seorang daripada dua saksi ini terlebih awal melihat anak bulan, namum dia berpuasa lewat (sebab mengikut pengishtiharan rasmi), apakah hukum yang jatuh keatas dirinya?

    Sesiapa mendengar seorang adil dan ia percaya dengan yakin apa yang disaksikannya tentang anak bulan itu tanpa apa-apa keraguan lagi bagi dirinya, maka wajiblah dia berpuasa meskipun kadhi atau hakim tiada menghukumkan sah penyaksiannya itu. Firman Allah swt bermaksud “Oleh itu, sesiapa di antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadhan (atau mengetahuinya), maka hendaklah dia berpuasa.” (Surah Al-Baqarah: 185)

    JAWAPAN SOALAN 2

    Apakah hukum orang islam meninggalkan solat??

    -Orang islam yang meninggalkan solat kerana mengingkari kewajipannya atau mempersenda-sendakannya dia dihukum kafir dan murtad. Imam Muslim meriwayatkan daripada Jabir r.a dia berkata: Aku mendengar Nabi s.a.w bersabda:
    ان بين الرجل وبين الشرك والكفر ترك الصلاة
    ‘’Sesungguhnya sepadan seseorang itu dengan syirik dan kafir ialah meninggalkan sembahyang.’’
    Pihak berkuasa wajib menyuruh dia bertaubat. Sekiranya dia bertaubat dan mendirikan solat maka itulah yang sepatutnya. Dan sekiranya dia enggan, dia hendaklah dibunuh disebabkan kemurtadannya dan tidak harus dimandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya. Dia juga tidak harus dikebumikan di perkuburan islam kerana dia kafir dan syirik.

    -Sekiranya seseorang itu meninggalkan solat kerana malas, dan dia masih beriktikad bahawa solat itu adalah wajib, maka dia wajib mengqadakkan solat yang telah ditinggalkan dan bertaubat daripada dosa yang meninggalkan solat. Sekiranya dia enggan maka wajib dibunuh sebagai melaksanakan hukuman hudud (bunuh) kerana dia dianggap sebagai penderhaka dikalangan orang islam. Tambahan pula hukuman orang yang meninggalkan perkara yang difardhukan ialah diperangi. Walaubagaimanapun setelah dibunuh, dia tetap akan dianggap seorang islam dan diuruskan jenazah dan harta pusakanya sebagaimana orang islam yang lain. Hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud daripada Ubadah Bin Al-Shomit r.a dia berkata: Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:
    ‘’ Sembahyang lima waktu telah diwajibkan oleh Allah keatas hamba-hamba-Nya. Barangsiapa yang menunaikannya, bermakna dia tidak mensia-siakan sesuatupun daripada kewajipan tersebut lantaran memandang ringan terhadapnya, maka dia memiliki perjanjian disisi Allah s.w.t bahawa dia akan masuk ke syurga. Dan sesiapa yang tidak menunaikannya maka dia tidak ada apa-apa perjanjian di sisi Allah. Sekiranya Allah tidak menghendaki Dia akan mengazabkannya dan jika Dia kehendaki, Dia akan masukkannya ke dalam syurga.’’

    Apakah peranan kerajaan dalam memastikan setiap orang islam di Malaysia ini mendirikan solat?

    Peranan kerajaan sepatutnya terus menuju satu misi yang melibatkan kaum muslim dari semua arah. Membebaskan perhambaan sesama manusia kepada penghambaan hanya pada allah. Bukan pada orang kenamaan yang perlu menunjuk yang mereka solat. Kerajaan sepatutnya menukar rancangan keagamaan yang meluas seperti ruang-ruang iklan yang bersepah-sepah di lebuhraya dan serata tempat sepatutnya diletakkan cetakan islamiah bukannya model-model yang melekakan, papan tanda dijalan perlu di letakan tentang kepentingan solat. Perbanyakan iklan siaran tv pun memainkan peranan hebat juga untuk mengigatkan tentang solat diawal waktu, ganjaran bila melakukannya, juga balasan jika meninggalkannya dan menapis cerita yang berunsurkan kesesatan. Syarikat tekomunikasi juga boleh membantu rakyat Malaysia untuk kewajipan ini kerana zaman teknologi sekarang rakyat Malaysia tidak lekang dengan telefon bimbitnya bahkan ia seperti nyawanya sendiri, dengan itu Short Message Service (SMS) boleh menyebarkan banyak tazkirah, waktu-waktu solat, automatik azan dan gambar-gambar kaligrafi khat jawi yang menarik.

    JAJA said:
    03/08/2012 at 10:26 am

    SITI HAJAR BINTI AHMAD (DX125513PIJ01)

    JAWAPAN SOALAN 1

    Kewajipan berpuasa ke atas umat Islam bermula pada bulan Sya’ban tahun kedua hijrah. Nabi Muhammad S.A.W melakukan ibadah puasa di bulan Ramadhan sebanyak 9 kali sebelum baginda wafat pada tahun ke-11 Hijrah iaitu 11 Rabiulawal. Bahawasanya, penetapan bulan Ramadhan mempunyai 2 pendekatan yang dilakukan. Antaranya ialah perlaksanaan puasa secara melihat anak bulan (Rukyatul Hilal) iaitu penyaksian bagi menetapkan kedatangan bulan Ramadhan. Imam Syafi’e meletakkan 2 orang penyaksian yang adil dan menolak 1 penyaksian kerana jika 1 penyaksian tersebut tidak diterima sekiranya terdapat keraguan yang kuat pada penyaksian itu. Jika 1 penyaksian takut dikhuatiri ia terlalu fanatik untuk melihat anak bulan. Syarat penyaksian adalah memadai jika ia adil dengan zahir iaitu memadai kita mengetahui saksi tersebut dengan dipercayai ceritanya kerana kejujuran dan penglihatannya. Selain itu juga, haruslah mempunyai perwatakan yang baik tanpa memerlukan intipan dan penelitian yang rumit sama ada ia benar-benar adil atau tidak. Kaedah penyaksian anak bulan diterima pakai apabila berita penyaksian tersebut tersebar dalam masyarakat itu dan tidak ada yang menafikannya serta tidak ada sebarang unsur yang diragui atau penipuan. Oleh kerana itu, 2 penyaksian yang adil perlu agar pengumuman yang dikeluarkan olehnya adalah dipercayai tanpa memerlukan penafian dari masyarakat. Maka penyaksian tersebut haruslah dibuktikan dan apabila kesaksian itu diterima maka wajib berpuasa. Jika ada salah seorang daripada 2 saksi ini terlebih awal melihat anak bulan, namun dia berpuasa lewat kerana mengikut pengisytiharan rasmi dari pemerintah maka hukum yang jatuh keatas dirinya adalah wajib keatas dirinya untuk berpuasa. Ulama’ fiqh juga bersepakat bahawa barang siapa yang melihat anak bulan ramadhan seorang diri maka wajib ke atasnya berpuasa. Adapun anak bulan syawal, ulama berbeza pendapat. Pendapat yang benar ialah sebagaimana yang dikatakan oleh Imam Syafi’e bahawa wajib ia berbuka (berhari raya) kerana melihat anak bulan. Daripada Abu Hurairah radiallahu ‘anhu, Nabi Muhammad S.A.W bersabda :

    صُومُوا لِرُؤْيَتِهِ وَأَفْطِرُوا لِرُؤْيَتِهِ فَإِنْ غُمَ عَلَيْكُمْ فَأَكْمِلُوا عِدَّةَ شَعْبَانَ ثَلَاثِينَ

    “Berpuasalah kamu sekiranya nampak anak bulan (Ramadhan), dan berbukalah apabila nampak anak bulan (Syawal). Maka sekiranya gelap (tidak kelihatan anak bulan Ramadhan) cukupkanlah bulan Syaaban itu 30 hari.” (Bukhari)

    JAWAPAN SOALAN 2

    Solat adalah satu kewajipan yang wajib dilakukan bagi setiap umat Islam. Ia adalah suatu fardhu yang tidak dapat digantikan oleh orang lain dan oleh hartanya. Hukum menunaikan solat ialah wajib fardhu ain ke atas orang islam sama ada lelaki atau perempuan, baligh dan berakal. Orang yang meninggalkan solat fardhu adalah amat buruk dan sangat keji sekali, malahan ianya terlebih keji daripada syaitan. Ini kerana si iblis hanya enggan sujud kepada nabi Adam A.S yang merupakan seorang makhluk, tetapi orang yang meninggalkan solat adalah seorang yang enggan bersujud kepada Allah S.W.T yang merupakan pencipta. Justeru itu, dosa meninggalkan solat itu amat besar sekali. Di akhirat nanti seseorang yang meninggalkan solat itu akan dimasukkan ke dalam neraka kerana solat itu tetap wajib ke atas mereka dengan suatu kewajipan yang menyebabkan mereka menerima balasan di akhirat. Firman Allah Taala yang bermaksud :
    “ Apakah yang memasukkan kamu ke dalam (neraka) Saqar?” Mereka menjawab , “Dahulu kami tidak termasuk orang yang melaksanakan solat.” (Al-Muddhathir : 42-43). Daripada Jabir R.A meriwayatkan beliau telah mendengar Nabi Muhammad S.A.W bersabda :

    اِنَ بَيْنَ الرجُلِ وَبَيْنَ الشٍرْكِ وَالكُفْرِ تَرْكَ الصَلَاةِ
    “Sesungguhnya sempadan seseorang itu dengan syirik dan kafir ialah meninggalkan solat”

    Daripada Abdullah Bin Umar R.A daripada Nabi Muhammad S.A.W bahawa pada suatu hari baginda menyebut tentang solat lalu baginda bersabda yang bermaksud :
    “Sesiapa yang memelihara solat, nescaya solatnya menjadi nur untuknya, ketandaan (iman) dan kelepasan (dari neraka) pada hari kiamat. Sebaliknya sesiapa yang tidak memeliharanya nescaya tiada nur baginya ketandaan dan kelepasan. Malahan dia adalah (dikumpulkan dalam neraka yang paling panas sekali) bersama Qarun, Fir’aun, Haman dan Ubai Bin Khalaf.” (Riwayat Ahmad, At-Tabrani dan Ibnu Hibban). Ijma’ para ulama mengatakan bahawa hukum orang yang meninggalkan solat kerana ingkar terhadap kewajipannya, adalah jatuh kafir. Namun, sekiranya seseorang itu meninggalkan solat lantaran malas tetapi dia tahu dia wajib solat, maka terdapat 3 pendapat ulama tentang hukumnya, iaitu :-

    • Orang itu tidak menjadi kafir, tetapi dia menjadi fasik. Maka wajib atas pihak yang berkuasa bertindak menyuruhnya
    bertaubat kembali mengerjakan solat. Sekiranya dia enggan bertaubat maka dijalankan ke atasnya hukuman hudud, iaitu
    dibunuh dengan pedang.
    • Orang itu menjadi kafir. Hukumnya sama seperti orang yang ingkar terhadap kewajipannya tadi. Ini adalah pendapat satu
    jemaah daripada para salaf yang diambil riwayatnya daripada Saidina Ali bin Abu Talib dan salah satu pandangan Imam
    Ahmad bin Hambal serta pendapat Abdullah bin al-Mubarak dan Ishak bin Rahawaih.
    • Orang itu tidak menjadi kafir dan tidak pula dibunuh, sebaliknya ditakzirkan dengan dipenjarakan sehingga dia mengerjakan
    solat. Ini pula adalah pendapat Imam Abu Hanifah dan satu jemaah daripada para fuqahak Kufah dan juga pendapat al-
    Muzani seorang pendokong dan pengikut Imam Syafi’e.

    Lihat betapa besarnya solat, dan betapa besar hukum bagi seseorang meninggalkan solat. Jika orang yang mahu agamanya selamat dan dirinya bahagia di dunia dan di akhirat, sudah tentu dia wajib menghindarkan dirinya dari terletak di antara hukum menjadi murtad dan berdosa besar. Meninggalkan solat secara sengaja tanpa keuzuran yang dibenarkan oleh syarak bukanlah satu perkara yang remeh. Ianya membabitkan status Islam atau Kafir, Neraka atau Syurga. Ketahuilah bahawa solat itu adalah wajib fardhu ain dan tiada yang terkecuali darinya walaupun sebesar mana kedudukannya di dunia ini dan di mata masyarakat. Mengabaikannya bermakna anda mengundang kecelakaan yang amat buruk, maka berwaspadalah kalian semua.
    Pihak kerajaan haruslah memainkan peranan yang penting bagi memastikan setiap orang Islam di Malaysia ini mendirikan solat. Antaranya, pihak kerajaan haruslah mendedahkan kepada masyarakat melalui media massa (cetak dan elektronik)bahawa betapa pentingnya solat itu. Contohnya, perbanyakkan program-program keagamaan tentang solat dalam media elektronik (Tv dan radio) serta tidak ketinggalan media cetak. Media massa perlu peka terhadap sesetengah program yang ditayangkan atau disiarkan dalam akhbar terutamanya filem tentang hukum dan azab seksaan meninggalkan solat. Siaran tersebut hendaklah disiarkan pada waktu perdana iaitu antara 9 hingga 11 malam agar dapat memberi kesan positif terhadap masyarakat masa kini.Selain itu juga, pihak kerajaan perlu menganjurkan kepada pihak yang bertanggungjawab untuk mereka mempertimbangkan peranan mereka dengan lebih produktif bagi mengadakan Seminar-seminar ataupun Bengkel Menangani Kelalaian menjalankan kewajipan Bersolat sebagai Umat Islam. Tujuan bengkel ini diwujudkan agar setiap masyarakat dapat mengumpulkan maklumat, info tentang solat daripada golongan pengkaji / profesional / Ustaz & Ustazah. Dari segi itu, masyarakat dapat menilai maklumat serta mengenalpasti untuk melaksanakan strategi kewajipan bersolat berdasarkan teori yang ada secara objektif, sistematik dan realistik dengan apa yang berlaku agar program yang dianjurkan itu dapat dijayakan. Begitu juga nilai-nilai kekeluargaan dan kehidupan haruslah diterapkan. Ibubapa juga haruslah memainkan peranan yang penting bagi menangani masalah daripada perspektif agama. Peranan ibubapa dan keluarga dalam pendidikan keagamaan juga penting bermula sejak dari rumah. Masing-masing perlu saling ingat mengingat dan pesan berpesan antara satu sama lain tentang kewajipan bersolat itu. Mereka harus mendidik dan menerangkan konsep-konsep keagamaan. Begitu juga peranan masjid perlu dipertingkatkan. Fungsi masjid bukan sahaja sebagai rumah ibadah. Pihak Jabatan Agama Islam negeri haruslah mengambil inisiatif untuk meningkatkan peranan-peranan masjid dengan menyediakan perpustakaan, ruang riadah, kelas tambahan yang bukan sahaja meliputi pendidikan berunsur keagamaan sahaja tetapi juga kemudahan riadah yang patut di kawasan masjid tersebut. Jika pelbagai aktiviti itu dijalankan di masjid, maka masyarakat dapat menunaikan solat secara berjemaah bersama-sama apabila telah masuk waktu solat. Aktiviti pendekatan dakwah juga merupakan salah satu peranan kerajaan untuk memastikan masyarakat dapat mengetahui info tentang kelebihan bersolat. Pihak kerajaan hendaklah memberikan peruntukan kewangan yang cukup untuk mengadakan aktiviti dakwah dan kepimpinan terhadap masyarakat bagi mengatasi gejala kelalaian bersolat dan program penghayatan Islam tentang solat perlu diadakan secara berterusan. Sikap proaktif masyarakat amat penting disemai terutama dalam aspek-aspek kerohanian yang menjadi benteng ketahanan ummah. Golongan koprat yang berprihatin perlu tampil bagi menjayakan kempen yang berunsurkan keagamaan. Jika segelintir masyarakat yang ingkar terhadap kewajipan bersolat maka pihak kerajaan haruslah menguatkuasakan hukuman-hukuman yang sewajarnya mengikut kesalahan yang terkandung dalam undang-undang yang terdapat di dalam Al-Quran & As- Sunnah bagi pihak-pihak yang terlibat.Oleh itu, kempen kesedaran sepatutnya diadakan untuk meningkatkan tahap kesedaran masyarakat pada masa kini yang amat membimbangkan. Natijahnya, terdapat pelbagai usaha yang perlu dilakukan bagi mencegah kelalaian umat islam di akhir zaman ini. Semua pihak haruslah berganding bahu agar umat islam tidak terlepas daripada kelalaian menunaikan kewajipan yang perlu di lakukan. Amin

    MOHD LUQMAN AL-HAKIM BIN MOHD NIZAN said:
    03/08/2012 at 10:50 am

    MOHD LUQMAN AL-HAKIM BIN MOHD NIZAN (DX125396PIJ01)

    JAWAPAN SOALAN PERTAMA

    Apabila imam syafie meletakkan 2 orang saksi adalah takut berlaku permasalahan jika seorang saja yang melihat anak bulan tersebut, jika seseorang yang melihat anak bulan tersebut, maka dia wajib berpuasa tetapi dia tidak boleh sama sekali untuk menyebarkan kepada semua orang dan menyataan bahawa dia melihat anak bualan tersebut dan menyuruh kepada semua orang untuk berpuasa tidak kira sama ada dia merupakan ketua ataupun sultan di kawasan tersebut. Oleh sebab itu, imam syafie meletakkan kepada 2 orang saksi yang adil untuk menyaksikan anak bulan tersebut sebelum diisytiharkan kepada orang ramai bahawa esok berpuasa supaya lebih diyakini kesahihannya. Ini bertetapan dengan FIRMAN ALLAH S.W.T : فمن شهد منكم الشهر فليصم barangsiapa di antara kamu menyaksikan bulan (di negeri tempat tinggalnya), maka hendaklah ia berpuasa pada bulan tersebut.” (QS. Al Baqarah [2] : 185).

    JAWAPAN SOALAN KEDUA

    Apakah hukum orang islam meninggalkan solat??

    Hukum meninggalkan solat fardu dengan sengaja tanpa keuzuran yang dibenarkan oleh hukum syara’ adalah haram dan berdosa besar. Ini berpandukan pada kitab FIQH LIMA MAZHAB yang menyatakan bahawa solat itu dibahagikan kepada dua iaitu wajib dan sunat. solat yang paling penting adalah solat lima waktu yang wajib dilakukan setiap hari. Semua orang islam sepakat bahawa orang yang menentang kewajipan ini atau meragukannya, ia bukan termasuk orang islam, sekalipun ia mengucap dua kalimah syahadah. kerana solat termasuk salah satu rukun islam. Kewajipan menegakkan solat berdasarkan ketetapan agama, dan tidak mempunyai tempat untuk di analisa serta ijtihad dalam masalah ini, dan tidak pula taqlid. para ulama mazhab berbeza pendapat tentang hukum orang yang meninggalkan solat kerana malas dan meremehkan,dan ia meyakini bahawa solat itu wajib,. imam syafie, maliki dan hambali, menyatakan bahawa orang yang meninggalkan solat tersebut harus dibunuh.imam hanafi pula menyatakan ia harus di tahan selama-lamany, atau sampai ia mengerjakan solat. Jumhur ulamak mengatakan wajib qada’ (ganti) solat tersebut bagi sesiapa yang meninggalkan solat tersebut sama ada dengan sengaja ataupun tidak sengaja.

    Apakah peranan kerajaan dalam memastikan setiap orang islam di Malaysia ini mendirikan solat?

    kerajaan sangat berperanan dalam sesebuah negara apatah lagi negara tersebut adalah negara islam, kerajaan wajib menitik beratkan rukun islam yang kedua kepada semua rakyat islam terutamanya rakyat di negara malaysia ini, media massa sekarang banyak menyiarkan atau menayangkan unsur-unsur hiburan, percintaan, dan sebagainya yang menyebabkan semua manusia lalai kepada solat dan seterusnya meniggalkannya. Media massa seharusnya perbayakknan menyiarkan atau menayangkan tenetang kewajipan solat, ceramah agama, bacaan al-quran, untuk memberikan kesedaran kepada manusia manusia betapa pentingnya solat didalam hidup kita selama mana kita hidup. selain itu, kerajaan juga harus menitik beratkan tentang semua sekolah-sekolah yang berada di atas muka bumi malaysia ini, di berikan penekanan kepada agama islam dan pendidikan di sekolah juga adalah sangat memainkan peranan penting dalam mendidik anak bangsa untuk menjadi seorang hamba allah yang taat pada perintahnya dan meniggalkan segala laragannya. selain daripada itu, kecanggihan alat dizaman sekarang juga boleh digunakan untuk menyebarkan dakwah dan kepentinggan solat didalam kehidupan kita seharian. Alat tersebut adalah telifon pintar ataupun handphone, boleh digunakan dengan menggunakan Short Message Service (SMS) menyebarkan banyak tazkirah, waktu-waktu solat, automatik azan , peringatan kepada mati supaya manusia tidak lalai dan taat pada perintah ALLAH. Ibadah sembahyang dapat memperkuatkan dan menyatukan aqidah setiap anggota masyarakat serta memperteguhkan jiwa mereke. Ibadah sembahyang juga dapat memperkuatkan semangat kemasyarakatan, menyuburkan ikatan tali persaudaraan, menyatukan suara fikiran dalam melaksanakan setiap pekerjaan atau aktiviti harian. U`baadah B. Ash-Shaamit r.a pernah berkata: Kekasihku Rasulullah s.a.w telah memesaniku 7 perkara. Maka beliau bersabda: Janganlah kamu menyekutui Allah dengan sesuatu sekalipun engkau dibunuh,dibakar atau dipalang dan janganlah kamu meninggalkan sembahyang secara sengaja.Siapa yang meninggalkannya secara sengaja maka sesungguhnya telah terkeluarlah dia daripada Agama(Islam).

    siti far'ain binti sailan said:
    03/08/2012 at 11:36 am

    SITI FAR’AIN BINTI SAILAN (DX125448PIJ01)

    JAWAPAN SOALAN 1

    Jika seseorang itu melihat anak bulan, wajib keatasnya untuk menunaikan puasanya pada keesokan harinya. Tetapi jika penyaksian yang adil untuk melihat anak bulan itu hanya dirinya seorang, ianya tidak wajib disebarkan kepada pemerintah atau penguasa islam untuk mengesahkan penyaksiannya itu.
    Ini kerana, Imam Syafie’ telah meletakkan garis panduan keatas 2 penyaksian yang adil untuk melihat anak bulan tersebut untuk mengisyhtiharkan kepada umum bahawa esok berpuasa, sebagaimana Firman Allah s.w.t
    فمن شهد منكم الشهر فليصمه surah Al – Baqarah ayat 185 . Ertinya, sesiapa yang telah melihat anak bulan diantara kamu, hendaklah ia berpuasa.

    JAWAPAN SOALAN 2

    Hukum meninggalkan solat fardhu tanpa had – had keuzuran yang disahkan oleh syarak adalah berdosa besar dan haram hukumnya. Jika seseorang itu ingkar atau enggan melakukan solatnya, maka dia dihukum kafir dan murtad. Pemerintah disesebuah negara Islam wajib menegur dan menyuruhnya bertaubat. Jika masih enggan juga bertaubat, dia hendaklah dibunuh disebabkan murtadnya itu, dan dia juga tidak harus dilaksanakan adab dan cara pengebumian seperti orang muslim yang lain.
    Jika seseorang itu meninggalkan solatnya kerana malas. Maka wajib keatasnya untuk mengqada’kan solatnya dan bertaubat kerana meninggalkan solatnya itu. Sekiranya masih enggan, Pemerintah Islam wajib melaksanakan hukuman bunuh keatasnya kerana telah menjadi penderhaka disisi Allah s.w.t . Tetapi setlah dibunuh, dia masih dianggap sebagai seorang muslim dan jenazahnya diuruskan sama seperti orang islam yang lain.

    Pemerintah Islam atau kerajaan perlulah peka akan kewajipan masyarakat islam untuk menunaikan solat pada setiap waktu. Kehidupan duniawi dan ukhrawi seseorang muslim perlulah seimbang. Kerajaan perlulah memainkan peranan dengan memberikan kesedaran yang meluas kepada rakyat dengan mengadakan kempen – kempen agama melalui media elektronik atau media cetak.
    Kerajaan juga hendaklah memberikan galakan dan rangsangan dalam bentuk motivasi diri dengan pelbagai cara seperti mengadakan Forum – Forum Perdana, Usrah Agama atau mengedarkan majalah atau risalah agama supaya rakyat mudah untuk melaksanakan ” Amar Ma’aruf, Nahi Mungkar” agar selamat dunia dan akhirat.
    Tugas mengajak masyarakat umum bersolat bukan sahaja terletak dibahu orang – orang alim ulama’ sahaja bahkan kepada semua individu masyarakat islam yang lain terutamanya ketua sesebuah keluarga iaitu ibu bapa didalam membina institusi kekeluargaan itu sendiri.

    siti fatimah yusof said:
    03/08/2012 at 12:42 pm

    SITI FATIMAH BINTI YUSOF (DX125449PIJO1)

    JAWAPAN SOALAN 1

    Kerana antara syarat penyaksian mestilah memerlukan lebih daripada seorang saksi yang adil untuk memastikan kesahihan perkara tersebut.Jika tidak cukup saksi maka tidak boleh melakukan pengisytiharan rasmi.Hukumnya sama seperti orang yang tidak berpuasa iaitu berdosa dan wajib mengqada’kan puasa yang ditinggalkan,maka sebab itulah dia wajib berpuasa untuk dirinya sendiri dan tidak boleh mengisytiharkan kepada orang ramai selagi belum mencukupi saksi.Hal ini juga telah disebut dalam sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud ‘hendaklah kamu berpuasa kerana melihatnya(anak bulan Ramadhan) dan berbuka kerana melihatnya(anak bulan Syawal) ,sekiranya kamu terhalang daripada melihatnya maka sempurnakanlah bilangan Sya’ban selama 30 hari’ (riwayat Bukhari dan Muslim).

    JAWAPAN SOALAN 2

    Hukumnya adalah haram dan berdosa besar bagi orang islam yang telah mencukupi syarat.Solat juga adalah pembeza antara orang islam dan kafir seperti yang telah disebut dalam sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud ‘sesungguhnya sempadan seseorang itu dengan syirik dan kafir ialah meninggalkan solat.Juga dalam firman Allah Taala dalam surah An-Nisa’ ayat 103 yang bermaksud ‘sesungguhnya solat itu adalah kewajipan yang ditentukan waktunya ke atas orang-orang yang beriman’.Hukum meninggalkan solat terbahagi dua,yang pertama:jika meninggalkan solat kerana mengingkari kewajipan Allah atau mempersenda-sendakannya,dihukumkan kafir dan murtad.Pemerintah islam wajib menyuruhnya bertaubat dan jika enggan,hendaklah dibunuh dan tidak harus memandikan,mengkafankan,menyembahyangkan dan dikebumikan di tanah perkuburan islam.Yang kedua:jika meninggalkan solat kerana malas dan masih beriktikad bahawa solat itu wajib,dia adalah mukmin yang asi’ iaitu mukmin yang derhaka,maka pemerintah bertanggungjawab menyuruhnya bertaubat,jika enggan maka wajib dibunuh sebagai melaksanakan hukum hudud,namun mayatnya boleh dikebumikan di tanah perkuburan islam.Langkah pertama ialah pemerintah(sultan) mesti memerintahkan kepada mufti dan mufti mesti memerintahkan kepada menteri besar supaya memperbanyakkan majlis atau aktiviti keagamaan di merata tempat.Yang kedua media elektronik juga perlu mengambil peranan yang amat penting seperti banyak menyebarkan tentang kepentingan dan hikmah solat atau balasan bagi orang yang meninggalkan solat seperti menjemput penceramah atau pendakwah untuk menyampaikan ceramah tersebut,media massa pula perlu lebih banyak mencetak pelbagai majalah atau akhbar yang berunsur keagamaan.Yang ketiga pula ialah melaksanakan hukum hudud di negara ini kerana dosa meninggalkan solat termasuk dlm hukum hudud.

    NORZALIKHA BINTI MASROM said:
    03/08/2012 at 1:16 pm

    NORZALIKHA BINTI MASROM (DX125502PIJO1)

    Jawapan soalan 1.

    Firman Allah Taala ;’Sesiapa yang telah melihat bulan di antara kamu ,hendaklah ia berpuasa’.(surah Al-Baqarah :185) .Wajib ke atas seseorang itu berpuasa sepertimana umat islam terdahulu berpuasa .Tetapi tidak boleh disebarkan kepada orang lain kerana penyaksiannya hanya seorang .Manakala mazhab Imam Syafiei meletakkan dua orang penyaksian yang adil untuk melihat anak bulan sebelum diisytiharkan kepada orang ramai bahawa esok puasa kerana untuk menyakini benar-benar kesahihannya.Bagi hukum yang meninggalkan puasa ramadhan tanpa keuzuran adalah fasik (orang yang sentiasa melakukan dosa-dosa kecil dan kurang melakukan dosa-dosa besar) dan tidak kafir (kerana masih lagi memeluk agama islam).

    Jawapan soalan 2.

    Hukum meninggalkan solat tanpa keuzuran adalah haram,berdosa besar,kafir dan murtad.Kerana solat adalah ibadah yang pertama akan di hisab oleh Allah Taala di akhirat.Firman Allah Taala:”Setelah melihat orang-orang yang bersalah itu,mereka berkata:Apakah yang menyebabkan kamu masuk ke dalam (neraka )?Orang-orang yang bersalah itu menjawab,”kami tidak termasuk dalam kumpulan orang-orang yang mengerjakan solat.(Surah Al-Mudassir :42-43).Dari Saidina Omar Bin Al Khatab,Rasullah S.A.W bersabda :”Solat juga merupakan tiang agama .Barang siapa mendirikan solat sesungguhnya ia telah mendirikan agama dan barang siapa yang meninggalkan solat ,sesungguhnya ia telah meruntuhkan agama.Peranan pemerintah islam menyuruh orang islam mendirikan solat fardhu lima waktu sehari adalah wajib kerana solat termasuk dalam rukun islam yang ke dua bagi semua umat islam.Sekiranya seseorang itu,malas dan ingkar akan perintah Allah maka hendaklah dia di bunuh sebagai melaksanakan hukum hudud.Selain itu,pemerintah boleh menggunakan teknologi massa kini untuk memperingatkan waktu-waktu solat melalui radio,televisyen,internet,dan hanset.Dari situ,pemerintah boleh menarik orang-orang islam untuk mendirikan solat dan boleh memberitahu fadilat-fadilat mendirikan solat dan keburukan meninggalkan solat.Pemerintah juga berperanan untuk mengadakan bahan-bahan ilmiah untuk menambahkan ilmu pengetahuan yang luas contohnya majalah ,surat kabar,buku-buku keagamaan dan sebagainya.Selain itu,pemerintah mengadakan motivasi atau ceramah kepada orang islam supaya dapat menyentuh perasaan setiap individu yang hadir ke majlis ilmuan dan supaya dapat mendekatkan diri kepada Allah .Sebanyak sedikit,dapat membantu orang islam menyeru kepada baikkan lebih-lebih lagi mendirikan solat.

    ct aisyah said:
    03/08/2012 at 4:11 pm

    SITI AISYAH BINTI AHMAD (DX125511PIJ01)
    ~JAWAPAN SOALAN 1~
    Imam Syafi’e menolak 1 penyaksian lalu meletakkan 2 orang penyaksian untuk melihat anak bulan kerana Imam Syafi’e memerlukan saksi yang kukuh untuk mengukuhkan penyaksian anak bulan bagi mengishtiharkn bulan berpuasa,walaupun seorang saksi itu seorang yang berakal ,baligh,dan islam tapi ia juga tidak dapat mengukuhkan penyaksian anak bulan kerana dikuatiri apa yang dilihatnya adakah anak bulan atau satu objek yang sama seperti bulan?maka terlihat satu perasaan was-was(tidak yakin) apa yang dilihatnya.Oleh itu, Imam Syafi’e menolak 1 penyaksian dan meletakkan 2 penyaksian untuk melihat anak bulan.Sedangkan orang yang menuduh seseorang itu melakukan maksiat zina juga perlukan ramai saksi apatah lagi untuk saksi menentukan kemunculan anak bulan bagi mengishtiharkan hari berpuasa.Maka hukum bagi 2 saksi itu wajib berpuasa berdasarkan firman Allah S.W.T. yang bermaksud : (Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah )bulan ramadhan yang padanya diturunkan Al-Quran ,menjadi petunjuk bagi sekalian manusia,dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah.Oleh itu,sesiapa dari anatara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadhan (atau mengetahuinya) , maka hendaklah ia berpuasa bulan itu……… (Surah Al-Baqarah:185).

    ~JAWAPAN SOALAN 2~
    Terdapat banyak hukum bagi orang islam yang meninggalkan solat:
    + Orang yang meninggalkan solat boleh mendedahkan diri kepada kekufuran kerana meninggalkan rukun islam.
    + Orang yang mengingkari kewajipan solat adalah kufur kecuali dia baru menganut agama islam sedangkan dia belum mengatahui hukum wajibnya solat.
    + Bagi yang meninggalkan dengan sebab segan atau malas tetapi mengakui kewajipan solat ,terdapat dua pendapat mengenai perkara ini :
    a)Menurut Abu Hanifah: Tidak menjadi kafir tetapi boleh dikenakan hukum takzir serat dipenjarakan sehingga dia kembali solat.Orang yang meninggalkan solat dengan sengaja ini termasuk dalam orang yang berdosa.
    b)Menurut Saidina Ali dan Imam Ahmad Hambal: Orang yang meninggalkan solat dengan sengaja hukumnya kafir kerana mengingkari perintah Allah S.W.T.
    + Kesimpulannya orang yang meninggalkan solat disebabkan malas atau sengaja adalah fasik kerana telah melakukan dosa besar iaitu mengabaikan salah satu daripada Rukun Islam.

    Firman Allah S.W.T. yang bermaksud :
    1] … maka dirikanlan solat. Sesungguhnya solat itu suatu kewajipan yang ditentukan waktunya ke atas orang-orang mukmin. (an-Nisa … 103)

    Hadis Rasulullah s.a.w :
    1] Solat itu tiang agama, sesiapa yang mengerjakannya, dia akan menegakkan agamanya. Sesiapa yang meninggalkannya, dia akan meruntuhkan agamanya. ( Riwayat Baihaqi )
    2] Suruhlah anak-anak kamu mengerjakan solat apabila berusia tujuh tahun dan pukullah mereka jika meninggalkannya bila berumur sepuluh tahun dan pisahkanlah mereka di tempat tidur. (Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Al – Hakim)

    Maka oleh itu pihak Kerajaan perlulah memainkan peranan penting bagi memastikan orang islam mendirikan solat.Pertama pihak Kerajaan perlulah bergiat melakukan program-program seperti ceramah tentang kewajipan menunaikan solat serta azab meninggalkannya dengan menjalankan aktivit-aktiviti yang berfaedah bagi memberikan kesedaran terhadap yang meninggalkan solat.Selain itu , pihak Kerajaan juga perlulah membuat satu undang-undang seperti memberhentikan segala urusan dunia semasa kemasukan waktu bersolat lalu memberikan hukuman kepada orang yang melanggar arahan tersebut. Pihak Media juga perlulah menselitkan sedikit nasihat di dalam setiap majalah-majalah tentang solat.Di samping itu juga ,kita tidak perlulah mengharapkan pihak Kerajaan sahaja kerana Ibu Bapa juga perlulah memainkan peranan penting terhadap anak-anak kerana ibubapalah yang mencorakkan perilaku anak-anak itu jika ibu bapa pun tidak menunaikan solat bagaimanakah anak juga ingin menunaikan solat?. Maka di sini kita perlulah bertolak-ansur ,nasihat-menasihati serta ingat-mengingati sesama sendiri tentang kewajipan solat dalam islam,bak kata pepatah” tepuk dada tanya iman” .wawahualam.

    Nadia Rizal said:
    03/08/2012 at 4:14 pm

    NADIA BINTI RIZAL (DX125402PIJ01)

    JAWAPAN SOALAN 1

    Menurut mazhab Syafiei bahawa rukyatul hilal Ramadan cukup seorang saksi, tapi untuk hilal buka, hari raya fitri harus dua orang saksi. Ini termasuk dalam (kitab Sabilul Muhtadin dan kitab Bughyatul Tullab). Oleh itu jika dilihat oleh seseorang akan bulan sabit (hilal) ramadan yang pertama maka pemerintah boleh menerima saksi itu. Jika saksi tiada diterima ia wajib berpuasa dan berdosa ia jika tidak berpuasa. Jika hari raya maka ia berbuka dan meneymbunyikan diri (kitab Sabilul Muhtadin). “Dari Ibnu Umar r.a ia berkata: Telah ribut manusia mengatakan hilal Ramadan telah ada, lalu aku khabarkan kepada Rasulullah s.a.w bahawa aku telah melihatnya, lalu beliau terus berpuasa dan disuruhnya manusia mulai berpuasa” (Diriwayatkan oleh Abu Daud dan Ibnu Hibban)

    JAWAPAN SOALAN 2

    Ibadah solat merupakan satu bentuk ibadah yang paling utama di sisi Allah s.w.t. Ianya merupakan rukun islam kedua setelah mengucap dua kalimah syahadah. Sesiapa yang mengingkari kewajipannya menjadi kafir dan murtad,kekal dalam neraka kerana kefarduannya disandarkan kepada nas yang jelas dan qathi’e (tidak dapat ditokok tambah) daripada al-Quran, as-Sunnah dan ijma’. Sesiapa yang meninggalkan solat dengan sengaja tanpa menafikan kewajipannya tergolong dikalangan orang yang fasiq dan berdosa besar yang wajib ke atasnya beberapa perkara seperti yang pertama bertaubat, beristighfar serta menyesal di atas perbuatannya. Kedua mengqada’kan solat yang ditinggalkannya dan yang ketiga dijatuhkan ke atasnya hukuman had. Manakala di Malaysia pula peranan kerajaan harus menitik beratkan dalam mengamalkan solat berjemaah. Selain itu media masa,media elektronik,laman sesawang,akhbar juga turut memainkan peranan bagi menyiarkan atau mempamerkan fadilat-fadilat menunaikan solat dan azab meninggalkan solat agar dapat memberi kesedaran kepada masyarakat. Pihak sekolah,pengajar pendidik agama bersama-sama warga pendidik yang lain perlu memperbanyak aktiviti kerohanian seperti mendirikan solat secara berjemaah di surau sekolah. Oleh yang demikian kita semua sedia maklum bahawa dunia ini adalah sementara manakala akhirat adalah kekal selamanya.

    AZRA said:
    03/08/2012 at 4:40 pm

    AZRATUL ZAHANA BINTI MD. NOR (DX125366PIJ01)

    1. PELETAKKAN 2 ORANG PENYAKSIAN & MENOLAK 1 PENYAKSIAN.

    2 orang penyaksian yang diletakkan oleh Imam Syafie adalah untuk mentahkikkan (kebenaran dengan bukti) penyaksian itu. Jika hanya seorang sahaja yang membuat penyaksian tersebut, walaupun orang itu seorang sultan, pemimpin agung, alim ulamak atau sebagainya, dibimbangi penyaksiannya itu tidak benar dan ianya menimbulkan keraguan tentang kesahihan penyaksian itu. 2 orang penyaksian ini juga perlu bagi menentukan pengistiharan puasa oleh penyimpan mohor besar raja-raja.

    Firman Allah SWT :
    “Oleh itu, sesiapa di antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadhan (atau mengetahuinya), maka hendaklah dia berpuasa.” (Surah Al-Baqarah: 185)

    Sekiranya salah seorang daripada saksi ini terlebih dahulu melihat anak bulan dan orang itu mengetahui tentang hukum, maka wajib atasnya berpuasa. Sekiranya dia berpuasa lewat (sebab mengikut pengistiharan rasmi), dia dihukumkan telah melakukan dosa besar dan wajib atasnya bertaubat,mengqada’ puasa itu dan dikenakan kifarah.

    2. HUKUM ORANG ISLAM MENINGGALKAN SOLAT

    وَأَقِيمُوا الصَّلَاةَ وَآتُوا الزَّكَاةَ وَارْكَعُوا مَعَ الرَّاكِعِينَ
    Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan keluarkanlah zakat dan rukuklah kamu semua (berjemaah) bersama-sama orang-orang yang rukuk. (Al-Baqarah : 43)

    Ayat di atas menunjukkan perintah Allah tentang kewajipan menunaikan solat. Namun kini gejala meninggalkan solat telah berleluasa sehingga menjadi satu fenomena yang sukar untuk diatasi.
    Terdapat perbahasan diantara para ilmuan Islam mengenai hukum orang islam meninggalkan solat. Mereka telah membahagikan orang yang meninggalkan solat ini kepada dua jenis iaitu :

    1. Meninggalkan solat dengan sengaja dan meyakini bahawa solat itu tidak wajib.
    2. Meninggalkan solat kerana malas dan segan namun masih meyakini kewajipan solat.

    Para ilmuan islam bersepakat bahawa golongan yang pertama telah menjadi kufur dan telah keluar dari Islam (murtad). Ini kerana mereka telah mengingkari perintah Allah yang paling utama iaitu solat. Golongan ini akan dikenakan hukuman bunuh ke atasnya.
    Manakala para ilmuan islam telah berselisih pendapat dalam menentukan hukum bagi golongan yang kedua. Mazhab Hanafi berpendapat orang tersebut tetap islam, tetapi tergolong dalam golongan fasik. Manakala pendapat daripada Mazhab Maliki dan Syafie pula, orang tersebut tetap islam namun disuruh untuk bertaubat selama 3 hari (sama seperti orang murtad). Mazhab Hambali pula berpendapat orang tersebut telah kufur.

    Kerajaan berperanan untuk memberi kesedaran tentang kewajipan solat kepada seluruh masyarakat. Mengarahkan ibubapa menjalankan hukuman kepada anak-anak yang meninggalkan solat seperti yang diajarkan oleh islam. Menekankan kepada para pendidik supaya memberi kesedaran tentang balasan bagi mereka yang meninggalkan solat. Mewujudkan tempat solat yang lebih sesuai di seluruh tempat awam bagi memudahkan masyarakat menunaikan solat. Mewajibkan laungan azan dikumandangkan diseluruh premis bukan setakat hanya di masjid-masjid dan surau-surau sahaja setiap kali masuk waktu solat dan mewajibkan pihak berkuasa untuk mengarahkan orang ramai ke tempat-tempat solat untuk solat berjamaah.

    Wallahu a’lam.

    KAK IMAH said:
    03/08/2012 at 5:59 pm

    I MAH BINTI DAUD (DX125384P1J01) Jawapan
    1. Tujuan di letakkan 2 orang saksi bagi penyaksian anak bulan di khuatiri penyaksian kesahihanya.2 orang saksi yang adil dan merdeka yang di lantik pemimpin bertanggung jawab dalam penyaksian atau penentuan awal ramadhan.cara menentukan awal ramadhan ada tiga langkah yang telah di tetapkan syarak,1;melihat anak bulan,2; menyempurnakan 30 hari bulan syaaban,3 ilmu falak.
    Bagi penyaksian pertama telah melihat anak bulan namun dia berpuasa lewat kerana mengikut pengistiharan rasmi,hukum baginya sama dengan orang yang meninggalkan puasa dengan sengaja dan berdosa,maka wajib baginya mengantikan puasa,berdasarkan hadis Rasullullah:sesungguhnya ibnu Umar Radiallahuanhuma telah melihat anak bulan maka beliau telah memberitahu Rasulullah berkenaan apa yang di lihat makaRasulullah menyuruh untuk be rpuasa dan mengarahkanorang ramai berpuasa:

    2. Hukum meninggalkan solat.
    Hukum bagi orang islam meninggalkan solat adalah berdosa besar.
    Hadis nabi yang bermaksud:
    “Terjemahan yang membezakan seseorang dengan kekufuran ialah dengan meninggalkan sembahyang”
    Al Syaukani berpendapat orang yang meninggalkan solat adalah kafir dan halal dibunuh.
    Orang Islam bersepakat mengatakan bahawa solat adalah wajib ke atas orang Islam yang baligh, berakal dan berkeadaan suci iaitu suci daripada haid dan nifas bukan ketika gila dan pitam. Ia adalah ibadah badan yang tidak menerima gantian.
    Hukum meninggalkan solat adalah kafir (murtad) kerana kewajipannya sabit dengan dalil qat’i al Quran dan as sunnah serta ijmak. Sesiapa yang meninggalkan kerana malas maka ia menjadi fasik dan penderhaka. Al Syaukani berpendapat orang yang meninggalkan solat dia tiada bertaubat menurut jumhur dengan memancung batang lehernya. bagi pemerintah perlu mengambil langkah-langkah yang efektif terhadap ibadah khususnya solat.
    Zaman ini boleh dianngap zaman kekayaan melalui media masa dan elektronik. Rancangan berunsurkan keagamaan diperbanyakkan.

    FAZIDAH BINTI HAMZAH @AHMAD said:
    03/08/2012 at 9:50 pm

    FAZIDAH BINTI HAMZAH @AHMAD (DX125376PIJ01)

    JAWAPAN SOALAN 1:

    Imam Syafie menolak 1 penyaksian kerana di khuatiri dengan kesahihan penyaksian tersebut. Dengan adanya 2 orang penyaksian yang adil untuk melihat anak bulan dan dapat menyaksikan anak bulan tersebut di hadapan qadi ,maka pada esok harinya hendaklah berpuasa. Jika seseorang itu telah melihat sendiri anak bulan, maka wajib keatasnya berpuasa walaupun pengisytiharan daripada pihak kerajaan yang bertauliah belum dilaksanakan.Penyataan ini bersesuaian dengan firman Allah SWT (Surah Al-Baqarah 2:185) bermaksud: Oleh itu,sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadhan (atau mengetahui) maka hendaklah ia berpuasa bulan itu…Maka wajiblah seseorang itu yang telah melihat anak bulan dengan nyata melaksanakan ibadah puasa.Sekiranya dia berpuasa lewat (sebab mengikut pengisytiharan rasmi) maka dia dikehendaki mengqadakkan puasanya..

    JAWAPAN SOALAN 2 :

    Menurut Mazhab Syafie hukum orang yang meninggalkan sembahyang kerana mengingkari kewajipan atau mempersenda-sendakannya,dia dihukum kafir dan murtad.Imam Muslim telah meriwayatkan daripada Jabir r.a.bahawa dia berkata :Aku mendengar Nabi s.a.w bersabda(Sesungguhnya sempadan seseorang itu dengan syirik dan kafir ialah meninggalkan sembahyang).
    Pemerintah Islam wajib menyuruhnya supaya bertaubat.Sekiranya dia bertaubat dan mendirikan sembahyang maka itulah yang sepatutnya.Sekiranya dia enggan,dia hendaklah dibunuh disebabkan kemurtadannya dan tidak harus memandikan,mengkafankan dan menyembahyangkannya.Dia juga tidak harus dikebumikan di perkuburan Islam kerana dia bukan daripada golongan mereka.
    Sekiranya seseorang meninggalkan sembahyang kerana malas,dan dia masih beriktikad bahawa sembahyang itu wajib,maka menjadi tanggungjawab pemerintah untuk memerintahnya supaya mengqadakkan semula sembahyang yang telah ditinggalkan dan bertaubat daripada dosa meninggalkan sembahyang.Sekiranya dia enggan,maka wajib dibunuh sebagai melaksanakan hukuman hudud.Dengan erti kata lain hukuman bunuhyang dikenakandikira sebagai hukum hudud kerana dianggap sebagai penderhaka dikalangan orang Islam.Tambahan pula hukuman orang yang meninggalkan perkara yang difardhukan ialah diperangi.Walau bagaimanapun,setalah dibunuh,dia tetap dianggap sebagai seorang Islam dan diuruskan jenazah dan harta pusakanya sebagaimana orang Islam yang lain.Ini kerana dia masih termasuk dikalangan orang-orang Islam.
    Peranan kerajaan dalam memastikan setiap orang Islam di Malaysia untuk mendirikan solat terutamanya sekali pemerintah hendaklah mendirikan solat sebagai contoh dan mengajak rakyatnya yang dipimpin untuk mendirikan solat juga.Menanamkan sifat dalam diri rajin untuk mendirikan solat dari peringkat kanak-kanak lagi.Contoh mengadakan Kem Bestari Solat yang telah dilaksanakan di sekolah-sekolah rendah kebangsaan di Malaysia.Selain itu, media elektronik seperti radio atau televisyen juga perlu mengudarakan dan menyiarkan iklan-iklan berkaitan wajibnya mendirikan solat.Secara tidak langsung,dapat mengingati setiap orang Islam wajib mendirikan solat.Di samping itu juga, kerajaan perlu menyediakan surau untuk tempat bersolat di tempat awam,misalnya di pasar raya,perhentian di lebuh raya (R&R),perhentian bas,kawasan rekreasi dan sebagainya..

    MASLIZA said:
    03/08/2012 at 10:05 pm

    Bismillahirrahmanirrahim….

    Masliza bt Misnon (DX 125392PIJ01)
    SOLAN PERTAMA

    1.) Dalam menentukan masuknya awal ramadhan telah ditetapkan dalam islam mengenai beberapa cara iaitu cara rukyah dan hilal.Dalam menentukan cara rukyah,telah ditetapkan dalam imam mazhab syafie iatu penetapan sebanyak 2 orang saksi dan menolak seorang saksi.penolakan seorang saksi itu kerana islam mementingkan keadilan dan kebenaran dalam menentukan beberapa hukum.seorang saksi yang melihat anak bulan tersebut walaupun diwajibkan keatasnya berpuasa kerana dia telah melihat anak bulan namun ia boleh ditolak untuk menyebarkannya kepada umum.jumhur ulamak perlu memastikan kesahihan dan keadilan saksi tersebut sebelum di beritahu kepada pemerintah untuk di beritahu kepada masyarakat umum.oleh kerana itu,penyaksian 2 orang saksi itu adalah lebih penting mengikut pandangan islam.Namun begitu bagi seorang saksi yang melihat anak bulan tersebut hendaklah ianya berpuasa dan puasanya hendaklah secara bersembunyi kerana di takuti akan menimbulkan perselisihan di kalanngan masyarakat.
    2.) Sekiranya saksi tersebut telah mengetahui dan melihat anak bulan tetapi tidak mahu berpuasa kerana mengikut pengisytiharan rasmi maka saksi tersebut telah berdosa kerana telah jatuh kewajiban keatas dirinya kerana telah melihat anak bulan.seperti firman Allah Taala:”kerana itu,barangsiapa menyaksikan hilal maka berpuasalah.”(al-baqarah ayat 185).

    SOALAN KEDUA

    1.) Hukum meninggalkan solat secara sengaja bagi orang muslim yang telah diwajibkan adalah berdosa besar.Mereka yang sengaja meninggalkan solat telah mendedahkan dirinya kepada kekufuran, Kewajiban menunaikan solat telah di terangkan di dalam al-quran surah an-nisa’ ayat 103 yang bermaksud:”maka dirikanlah solat, sesungguhnya solat itu suatu kewajiban yang ditentukan waktunya keatas orang-orang mukmin….”.
    2.) Peranan kerajaan dalam memastikan setiap masyarakat di malaysia mendirikan solat adalah bermula dari kepimpinan islam yang menjadikan solat itu merupakan kewajiban dalam melakukan sesuatu perkara atau tugas.kerajaan perlu menitikberatkan solat dalam aspek masyarakat islam.wujudnya masjid di negara ini perlu di pertimbangkan pengisian dalamannya supaya selaras dan sesuai untuk menarik masyarakat supaya cintakan solat.Sekiranya setiap ketua termasuklah ketua negara,ketua keluarga,ketua di tempat kerja atau ketua di dalam apa bidang sekalipun menjadikan solat sebagai perkara yang utama,maka akan terlaksanalah peranan kerajaan dalam memastikan setiap masyarakat di negara kita ini mendirikan solat. Wallahualam……

    AIDA AHMAD said:
    03/08/2012 at 10:52 pm

    NORAHIDA BINTI AHMAD (DX125495PIJ01)

    1) JAWAPAN SOALAN 1

    Hukum berpuasa adalah wajib keatas setiap orang islam yang dah baligh dengan dalilal-quran, sunnah dan ijma’ ulama’.Imam syafi’e meletakkan 2 orang penyaksian yang adil kerana untuk mengukuhkan lagi kesahihan bagi menentukan melihat rukyatul hilal sebelum diishtiharkan kepada orang ramai bahawa esok puasa. Ulama’ fiqh juga bersepakat bahawa barangsiapa yang melihat anak bulan Ramadhan seorang diri, maka wajib ke atasnya berpuasa. Adapun anak bulan Syawal, ulama’ berbeza pendapat. Pendapat yang benar ialah sebagaimana yang dikatakan oleh Imam Syafie bahawa ” wajib ia berbuka(berhari raya) kerana melihat anak bulan”. Masuk bulan Puasa itu dengan melihat anak bulan Ramadhan sebagaimana Hadis Nabi sallallahu alaihi wasallam yang bermaksud, ” Puasalah kamu kerana nampak anak bulan(Ramadhan), dan berbukalah(beraya syawal) kerana nampak anak bulan(syawal). Maka sekiranya kamu tidak nampak, hendaklah kamu sempurnakan bilangan sya’aban 30 hari”.(al Bukhari dan Muslim).Bagi pengamal kaedah hisab pula, mereka cuba menyelewengkan makna ‘lirukyatihi’ (melihatnya)dan menjelaskan kita tidak boleh secara melulu memberi maknanya ‘melihat dengan mata kasar’. Namun kata ra’a (melihat), dapat diertikan berfikir. Oleh itu, mereka menyatakan bahawa riwayat-riwayat yang mencantumkan lafaz ra’a, boleh diertikan dengan memikirkan, bolehnya menetapkan awal Ramadhan dengan hisab. Pendapat ini juga lemah. Bila kita perhatikan keseluruhan nas hadis sangat jelas, bahawa rukyah memang bererti ‘melihat dengan mata kasar’, bukan hisab. Ini jelas dari kata-kata Rasulullah “jika terhalang awan/mendung, maka sempurnakanlah hitungan menjadi 30 hari”. Lafaz ini jelas menunjukkan bahawa rukyah di dalam nas tersebut bererti melihat dengan mata kasar, bukan hisab. Sebab bila lafaz ra’a diertikan dengan hisab, maka apakah mendung (awan) boleh mengganggu perhitungan? (Imam an-Nawawi, Syarah Shahih Muslim, jld. 7I, hal. 192.) Dan di dalam kitabnya, Imam Ibnu Hajar menjelaskan bahawa hisab tidak dilakukan di zaman Nabi, dan mereka menggunakan rukyah, bagaimana mungkin lirukyatihi diterjemah kepada berfikir? (Fath al-Baari Bisyarhi Shahih al-Bukhari, jld. 5, hal. 126-127).

    2) JAWAPAN SOALAN 2

    Solat adalah rukun islam yang kedua, solat juga adalah tiang agama tanpa adanya tiang, bangunan islam tidak akan sempurna dan memiliki kekuatan. Kerana itu, jika seseorang muslim mendirikan dan menjaga solat, maka agamanya pun akan semakin kuat. Sebaliknya agamanya akan runtuh jika meninggalkan solat, sebagaimana sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh imam Tirmizi : ” Pokok segala perkara adalah islam, tiangnya adalah solat dan puncaknya adalah jihad.” Solat juga adalah wasiat terakhir Rasulullah. Hukum bagi orang yang meninggalkan solat adalah berdosa besar, kufur dan akan dimasukkan kedalam neraka kelak bagi orang yang sengaja meninggalkan solat. Orang yang malas mengerjakan solat adalah ciri-ciri orang yang munafik dan akan mendapat seksa. Allah berfirman ” sesungguhnya orang-orang munafik itu menipu Allah dan Allah akan membalas tipuan mereka. Dan apabila mereka berdiri untuk solat mereka berdiri dengan malas, (Riak )dihadapan manusia. Dan tidaklah mereka menyebut Allah kecuali sedikit sekali.” (surah an-nisa’:142). Peranan kerajaan dalam memastikan setiap orang islam di Malaysia ini mendirikan solat adalah dengan:-
    1) Mengadakan kempen-kempen mengajak umat islam agar mendirikan solat didalam akbar atau pun media massa.
    2) Membuat liputan atau menayangkan drama atau program-program yang berunsurkan keagamaan dengan lebih banyak di televisyen tentang akibat jika meninggalkan solat supaya menjadi iktibar pada masyarakat islam di Malaysia.
    3) Menampal poster-poster yang mengajak orang mendirikan solat.
    4) Membuat penyebaran risalah-risalah tentang azab bagi orang yang meninggalkan solat.
    5) Membuat program-program televisyen dengan lebih banyak tentang hikmah mendirikan solat dan cara-cara perlaksanaan solat dengan sempurna.

    Humaira said:
    04/08/2012 at 12:28 am

    SITI HUMAIRAA’ BINTI ZANUDIN (DX125453PIJ01)

    SOALAN 1

    Imam Syafie meletakkan 2 orang penyaksian yang adil dan menolak 1 penyaksian adalah kerana bimbang dan khuatir akan kesahihan penyaksian tersebut.Menurut mazhab Syafie bahawa masuk bulan ramadhan adalah memadai dengan seorang sahaja.Manakala bulan2 yang lain daripada ramadhan wajib 2 orang saksi.Ini disebut dalam kitab Sabilul Muhtadin,Kashful Lisam dan Bughyatul Tullab.Jika melihat oleh seorang akan bulan sabit(Hilal)ramadhan yang pertama maka pemerintah boleh menerima saksi itu.Jika saksi tidak diterima ia wajib berpuasa dan berdosa jika ia tidak berpuasa.Jika hari raya maka wajib ia berbuka.

    Rasullah bersabda:
    “Hendaklah kamu berpuasa kerana melihatnya dan berbuka kerana melihatnya,Sekiranya kamu terhalang daripada melihatnya maka sempurnakanlah bilangan Sya’ban selama 30 hari (al-Bukhari(1810) dan Muslim(1080).
    Hikmah diterima saksi seorang sahaja pada bulan ramadhan adalah kerana menyegerakan waktu beribadah.

    SOALAN 2

    Hukum meninggalkan solat ialah berdosa besar.Para ulama’ bersepakat mengatakan bahawa sesiapa yang meninggalkan solat dalam keadaan ingkar akan kewajipannya,maka ia telah kafir dan keluar dari islam.Maka wajib diperintahkan ia segera bertaubat dan memohon keampunan dari Allah .Selain itu,pelaku diperintahkan mengqada’kan solat yang ditinggalkan.Jika masih enggan qada’ wajib dihukum bunuh.
    Imam Syafie berpendapat bahawa orang yang meninggalkan solat kerana malas harus disuruh bertaubat,bila dia tidak mahu dia boleh dibunuh kerana had(hukuman)bukan kerana murtad dan kafir.Antara hadith yang menjelaskan bahawa orang yang meninggalkan solat telah menjadi kafir:
    Dari Burairah r.a. berkata”Rasullah s.a.w bersabda:
    “Sesuatu janji diantara kita dan mereka adalah sembahyang .Sesiapa yang meninggalkan sembahyang,nescaya ia telah kafir.”(Riwayat Ahmad).

    Antara peranan kerajaan dalam memastikan setiap orang islam di Malaysia ini mendirikan solat ialah kerajaan perlu menitikberatkan dalam mengamalkan solat berjemaah.Merenung kembali kisah penghijrahan Nabi dari Mekah ke Madinah diantara perkara paling awal dan utama diberi penekanan oleh Baginda ketika mendirikan kerajaan Islam di Madinah ialah solat berjemaah.Dengan melakukan solat 5 waktu secara berjemaah ia merupakan satu sistem dunia dan akhirat yang tidak pernah diperkenalkan oleh mana-mana pemimpin dunia.Media massa,laman sesawang dan akhbar perlu memaparkan fadilat menunaikan solat dan azab atau kesan meninggalkan solat agar masyarakt sedar akan kewajipan menunaikan solat.
    Kerajaan perlu menubuhkan masjid atau surau di premis-premis perniagaan yang menjadi tumpuan orang ramai bagi mewujudkan suasana masyarakt yang kondusif terhadap solat.Kerajaan juga perlu giat menjalankan aktiviti keagamaan seperti ceramah-ceramah agama bagi memberi pendekatan kepada masyarakat akan kewajipan menunaikan solat.

    Aishah said:
    04/08/2012 at 1:42 am

    SITI AISHAH BINTI MOHD ALI (DX125445P1J01)

    SOALAN 1.
    Apabila seorang saksi lelaki yang adil melihat anak bulan, dia tidak boleh menyebarkan berita tersebut kepada orang lain kerana mazhab imam syafiei telah menetapkan syarat untuk menentukan awal ramadhan memerlukan dua penyaksian. ini sebagai langkah berjaga – jaga kerana dikhuatiri jika salah seorang saksi tersilap dalam penyaksiannya, maka seorang lagi saksi dapat mengesahkan penyaksian tersebut daripada berlakunya kesilapan. apabila salah seorang saksi terlebih awal melihat anak bulan,wajib keatasnya berpuasa kerana telah melihat anak bulan dengan jelas. tetapi jika dia tidak berpuasa kerana menunggu pengistiharan yang rasmi hukumnya berdosa dan wajib menggantikan puasa yang di tinggalkan. ini bertepatan dengan firman Allah Ta’ala dalam surah Al – Baqarah ayat 185 yang bermaksud..”sesiapa yang telah melihat bulan di antara kamu, hendaklah ia berpuasa..”

    SOALAN 2.
    Hukum meninggalkan solat adalah haram dan berdosa besar. ini berdasarkan firman Allah Ta’ala dalam surah Al – Mudathir ayat 42 – 43 yang bererti : setelah melihat orang – orang yang bersalah itu, mereka berkata: “apakah yang menyebabkan kamu masuk ke dalam (neraka) saqar ?” orang – orang yang bersalah itu menjawab : ” kami tidak termasuk dalam kumpulan orang – orang yang mengerjakan solat.”
    orang yang meninggalkan solat kerana sengaja mengingkari kewajipan dan mempersendakannya,dia di hukum kafir dan murtad. pemerintah islam wajib menyuruhnya bertaubat. jika dia enggan, dia hendaklah dibunuh kerana murtad. tidak harus memandikan,mengkafankan dan menyembahyangkannya. dia juga tidak harus di kebumikan di perkuburan islam kerana dia bukan lagi seorang islam. seperti hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim (82) dan lain – lain daripada Jabir r.a bahawa dia berkata : aku mendengar Nabi s.a.w bersabda: sesungguhnya sempadan seseorang itu dengan syirik dan kafir ialah meninggalkan sembahyang.

    Manakala bagi seseorang yang meninggalkan solat kerana malas tetapi masih beriktikad solat itu wajib,menjadi tanggungjawab pemerintah untuk memerintahnya supaya menggantikan solat yang ditinggalkan dan bertaubat daripada dosa meninggalkan solat. jika enggan, dia wajib dibunuh sebagai melaksanakan hukum hudud kerana dia dianggap sebagai seorang yang derhaka dikalangan orang islam. walaubagaimanapun setelah dibunuh,dia tetap dianggap sebagai seorang islam, diuruskan jenazah dan harta pusakanya seperti seorang islam yang lain. ini bertepatan dengan hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari (25) dan Muslim (22) daripada Ibnu Umar r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda :
    aku diperintahkan supaya memerangi manusia sehingga mereka mengakui bahawa tiada tuhan (yang wajib disembah) melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah dan mereka mendirikan sembahyang serta mengeluarkan zakat. apabila mereka melakukan yang demikian, maka darah dan harta mereka terpelihara melainkan dengan cara yang hak yang dibenarkan oleh islam dan perhitungan mereka terserahlah kepada Allah.

    Antara peranan kerajaan dalam memastikan setiap orang islam di Malaysia menunaikan solat diantaranya ialah menekankan pendidikan agama bermula dari pendidikan awal kanak – kanak seperti menubuhkan lebih banyak sekolah – sekolah agama diseluruh Malaysia seperti pepatah melayu. “melentur buluh biarlah dari rebungnya” selain itu pihak kerajaan juga perlu menambahkan program – program ilmu seperti usrah yang memperingatkan tentang kewajipan solat dan akibat meninggalkannya,mengadakan kelas – kelas Fardhu Ain dan mengimarahkan masjid dengan aktiviti yang dapat menarik minat orang islam untuk mendekati masjid. penggunaan media elektronik juga harus di manfaatkan dengan memperbanyakkan rancangan seperti Imam Muda, Al – kuliyyah,Ustazah Pilihan,Adik – Adikku,Kalamullah dan banyak lagi contoh rancangan yang memberi manfaat kepada semua orang. pihak kerajaan juga boleh menggunakan penguatkuasaan undang – undang keatas orang – orang yang meninggalkan solat. walaubagaimanapun,cara yang lebih baik ialah denagn melaksanakan hukum Hudud untuk memastikan kesejahteraan di dunia dan di akhirat.

    Ibnu akhid said:
    04/08/2012 at 3:02 am

    MOHD ZAINI BIN MAT AKHID(DX125397PIJ01)

    Assalamualaikum ya syekh mohamad naem…

    JAWAPAN 1 : Imam Syafie meletakkan 2 orang penyaksian yang adil dan menolak 1 orang penyaksian kerana Imam syafie istinbad hukum bagi 2 orang penyaksian yang adil dengan mengambil qias dari ayat 282 surah al baqarah:واستشهدوا شهيديني من رجالكم
    ertinya:Dan hendaklah kamu mengadakan dua orang saksi lelaki di kalangan kamu.(dalil saksi bagi hutang piutang)
    Imam Syafie juga meletakkan 2 saksi untuk TAHKIK penyaksian pertama bagi pengisytiharan rasmi kepada rakyat merujuk hadis yang diriwayatkan daripada ibnu umar(r.a)katanya;orang sibuk mengatakan bahawa ada yang nampak anak bulan ramadhan lalu aku sampaikan berita itu kepada Rasullullah(s.a.w)bahawa aku telah melihatnya.Maka baginda pun berpuasa dan menyuruh manusia berpuasa.(riwayat abu daud dan ibnu hibban).Ini bermaksud seorang sahabat nabi telah melihat anak bulan lalu saidina umar r.a menjadi saksi lagi bagi mentahkikkan penyaksian pertama lalu menghadap baginda lalu baginda sebagai pemerintah mengisytiharkan berpuasa kepada seluruh umat islam pada zaman itu.
    Ini bertujuan untuk mengelak sebarang keraguan dan kecacatan penyaksian bagi saksi pertama.Dan saksi itu adalah orang yang diberi tauliah atas lantikan oleh sultan atau pemerintah pada zaman ini.

    Jika salah seorang dari 2 saksi terlebih dahulu melihat anak bulan tapi lewat berpuasa kerana mengikut pengisytiharan rasmi pemerintah dengan dalam keadaan dia mengetahui tentang syarat diwajibkan puasa maka dia telah melakukan dosa besar dengan meninggalkan puasa dengan sengaja tanpa sebarang uzur syar’ie yang dibenarkan syarak dan jatuh hukum kepadanya Fasik(orang yang kerap melakukan dosa kecil dan jarang melakukan dosa besar).
    Merujuk hadis yang diriwayatkan ole Abdullah bin umar(r.a);bahawa Rasullullah menyebut-nyebut bulan ramadhan kemudian barsabda:jangan kamu berpuasa sehingga kamu melihat bulan sabit dan jangan kamu berbuka(raya)sehingga kamu melihat bulan sabit.jika terjadi mendung bagimu,maka tentukanlah dengan hisab.(Rawahu Bukhari).Ini bemakna saksi tadi wajib bertaubat atas dosa besar yang dilakukan dan wajib mengqada’kan puasa pada hari lain selepas dia menyambut hari raya secara sembunyi iaitu bermula 2 syawal pada tahun itu dengan ditentukan kaedah rukyah atau hisab.

    JAWAPAN 2 : Solat adalah ibadah yang mana ALLAH perintahkan secara langsung kepada nabi Muhammad s.a.w tanpa perantaraan malaikat jibril alaihissalam.Ini menunjukkan betapa tinggi martabat solat dengan ibadah yang lain.
    Orang islam yang ingkar dengan meninggalkan solat tidak layak sama sekali dipanggil seorang muslim dengan merujuk dari hadis yang sahih mafhumnya;Tiada bahagian dalam islam bagi orang yang meninggalkan solat.Rasullullah bersabda;barangsiapa yang meninggalkan solat(fardhu) adalah kufur.Disini kufur membawa kepada erti kafir kerana asal perkataan kufur ialah kafara.Mengikut qaul ulama’ yang lain,orang ini boleh di panggil orang Fasiq.
    Banyak hadis yang ditujukan pada orang yang meninggalkan solat dengan berita azab yang dahsyat di alam barzakh dan balasan janji ALLAH di akhirat dengan firmanNYA dalam surah al- mudassir ayat 42-43 ertinya:”Apakah yang memasukkan kamu ke dalam (neraka)Saqar?Mereka menjawab;dahulu kami tidak termasuk orang yang melaksanakan solat”.
    Orang yang meninggalkan solat adalah termasuk dalam melakukan kesalahan jenayah yang diwajibkan ke atasnya hukuman hudud oleh pemerintah islam.
    Hukum orang islam meninggalkan solat mengikut mazhab imam syafi’e ada 2 bahagian.
    (1) Orang yang meninggalkan solat dengan pendirian solat tidak wajib dan mempermainkan kewajipan yang difardhukan
    oleh ALLAH maka orang itu dihukum murtad.Hukuman keatasnya mengikut hukuman orang yang murtad iaitu dengan
    memenjarakannya selama 3 hari dengan diberi makan dan hendaklah disuruh bertaubat.Jika ia enggan bartaubat maka
    dihukum bunuh dengan dipancung kepalanya.Mayatnya tidak boleh dimandikan,dikafankan,disembahyangkan dan tidak
    boleh dikebumikan diperkuburan islam.Hartanya tidak boleh diwariskan dan diserahkan kepada baitulmal.
    (2) Orang yang meninggalkan solat dengan pendirian bahawa solat itu wajib tetapi dia meninggalkannya dengan malas
    atau terlalu sibuk dengan urusan kerja atau sebagainya maka dia berdosa besar.Hukuman hudud wajib dilakukan
    keatasnya dengan memenjarakannya sehingga ia bertaubat.Sekiranya ia tidak mahu bertaubat maka dihukum bunuh
    dan mayatnya layak disempurnakan mengikut islam.
    Jumhur ulamak mengatakan wajib qada’ solat bagi orang yang meninggalkan solat samada sengaja atau tidak sengaja kecuali
    disebabkan uzur syar’ie yang dibenarkan syarak.Manakala orang yang baru memeluk agama islam belum dikenakan
    hukuman hudud sehinggalah ia belajar sembahyang.

    Peranan kerajaan memastikan setiap orang islam di malaysia mendirikan solat dengan beberapa langkah;

    1)Menjalankan hukum hudud dengan sepenuhnya di malaysia.
    2)Menggunakan outoriti yang ada kepada ketua menteri dan jabatan agama islam bagi menubuhkan unit penguatkuasa
    untuk menangkap mereka yang ingkar solat dengan menyediakan penjara khas.
    3)Mengimarahkan masjid dengan cara menjadikan masjid sebagai tempat pusat pemerintah,tempat menyelesaikan
    masalah dan tempat mengagihkan bantuan serta tempat bagi para pendakwah mengajak manusia mengerjakan
    solat.
    4)Menyalurkan berita gembira,janji-janji ALLAH tentang balasan mengejakan dan meninggalkan solat melalui media
    elektronik television dan radio,media massa surat khabar dan risalah,papan iklan disepanjang lebuhraya dan jalan raya
    serta ditempat awam.
    5)Menjadikan pelajaran amali solat menjadi mata pelajaran wajib disamping mengadakan kem bimbingan solat di setiap
    institusi pendidikan di malaysia.
    6)Mewujudkan masyarakat bertakwa dengan mengadakan forum agama secara berterusan disetiap pelusuk tempat.
    Mengarahkan setiap institusi kekeluargaan bagi menunaikan solat,meyediakan tempat solat di sektor perindustrian
    dan di jabatan awam.

    Tugas mengajak kepada amal ma’ruf nahi mungkar adalah terletak di bahu setiap umat islam.Wallahu a’lam.

    intan mastura said:
    04/08/2012 at 7:24 am

    INTAN MASTURA BINTI MOHAMAD
    DX125385PIJ01

    Jawapan soalan 1:

    Imam syafi’e meletakkan 2 orang penyaksian adil untuk melihat anak bulan dalam menentukan awal ramadhan dan menolak seorang sahaja penyaksian kerana mengambil hukum yang lebih berat dalam menentukan awak ramadhan.Ini menunjukkan ibadah puasa tidak boleh dipandang remeh sehingga ada antara umat islam yang tidak berpuasa.Disamping itu juga, untuk mengelakkan perbalahan pendapat dalam menentukan awal ramadhan. Seperti yang berlaku pada masa kini ramai pihak yang mempertikaikan tarikh sebenar bermulanya puasa.Kerana Negara jiran telah pun berpuasa awal dari negara kita.Mereka mengatakan telah melihat anak bulan dengan 4 orang penyaksian dan telah bersumpah melihat anak bulan.Oleh kerana itu dengan adanya 2 orang penyaksian menghilangkan keraguan dalam menentuka awal ramadhan.

    Hukum bagi satu saksi yang telah melihat anak bulan terlebih dahulu hendaklah ia berpuasa walaupun hakim menetapkan ia tidak boleh diterima.Jika ia tidak berpuasa kerana mengikut pengisytiharan rasmi maka ia berdosa dan haram dan jatuhhukum fasik keatasnya.Ia perlu bertaubat dan menggantikan puasa tersebut dan kifarah.

    Jawapan soalan 2:

    Mengenai hukum bagi orang yang meninggalkan solat nabi bersabda:

    بين الرجل وبين الكفر ترك الصلاة
    Antara seorang islam dan antara kekafiran ialah meninggalkan solat. bermaksud orang islam kalau tidak solat maka ia jatuuh hukum kafir.

    العهد الذى بينتا وبينهم الصلاة,فمن تركها فقد كفر
    Urusan yang memisahkan antara muslimin degan orang kafir ialah solat. Maka barang siapa meninggalkan solat sesungguhnya ia telah menjadi kafir.

    Para fuqaha,sahabat tabi’in dan imam imam agama memberikan hukum bagi yang meninggalkan solat:

    1)Oleh An-Nawawy bahawanya orang yang meninggalkan solat dengan cara ingkar kewajipan ia dipandang telah menjadi kafir, keluar dari agama dengan ijma’ segala ulama’ kecuali yang baru masuk agama islam.

    Meninggalkan solat dengan alasan malas maka imam Malik dan Asy Syafi’e menetapkan oaran itu tidak kafir hanya dikatakan fasiq dan hendaklah ia bertaubat. Jika enggan bertaubat hendaklah dibunuh sebagai hukuman.

    Ulama’ salaf menetapkan orang itu dihukumkan kafir dan hendaklah dia di bunuh sebagai orang kafir.

    Manakala kata pentahqiq,seseorang yang meninggalkan solat kerana malas atau jahil dan mereka menyesal dan ingin bertaubat. Tidaklah mereka keluar dari agama.Walaupun berulang-ulang kali. Tetapi bagi mereka yang meninggalkan secara terus dan tidak ada rasa menyesal juga tidak bertaubat maka orang itu dianggap kafir.

    Peranan kerajaan dalam memastikan setiap orang islam di Malaysia ini mendirikan solat ialah dengan menjadikan setiap diri mereka model kepada orang yang dipimpin.Sebagaimana Rasulullah menjadikan dirinya sebagai model bagi umat islam. Sehingga ada yang mengatakan nabi Muhamad telah berjaya menjadikan setiap orang itu seperti al-quran bergerak.Maksudnya cara mereka makan ,cara mereka tidur, cara mereka berjalan dan sebagainya semuanya berdasarkan al-quran.Disamping itu juga berdakwah dengan memberikan kefahaman tentang islam dan solat.Kaitan antara islam dan solat.Bukan sekadar menyediakan masjid yang tersegam indah tetapi pengisian dalam islam itu perlu ada.Sebagai sebuah negara islam pemimpin harus memperbetulakan dirinya dan bersedia sebagai bahan rujukan umat islam dan bukan islam.

    WAN NUR ELIZA BINTI WAN ZAKARIA @ WAN YAAKUB said:
    04/08/2012 at 7:32 am

    JAWAPAN SOALAN 1

    Mengapa Imam Syafiei meletakkan 2 orang penyaksian yang adil dan menolak 1penyaksian?

    Ini adalah kerana untuk mengukuhkan kesahihan terhadap anak bulan yang dilihat oleh saksi yang pertama sebagaimana firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 185 yang bermaksud ”sesiapa yang telah anak bulan diantara kamu maka hendaklah ia berpuasa…”
    Saksi yang adil perlu menyatakan penyaksiannya dihadapan qadi atau hakim bahawa ia telah melihat anak bulan dan diwajibkan berpuasa keesokan harinya.
    Jika salah seorang saksi melihat anak bulan terlebih awal namun dia berpuasa lewat(sebab mengikut pengisytiharan rasmi)saksi tersebut wajib mengqada’kan puasanya dan dikenakan kafarah keatas dirinya.

    JAWAPAN SOALAN 2

    HUKUM ORANG ISLAM MENINGGALKAN SOLAT?

    Telah termaktub dalam Al-Quranul karim tentang perintah solat kepada umat islam kerana ianya merupakan hubungan antara Allah dan hambanya.Solat juga merupakan ibadah asas kerana ia adalah ibadah yang pertama difardhukan kepada umat islam sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W yg bermaksud ”amalan yang mula-mula dihisab dari seseorang hamba pada hari qiamat ialah solat……..”
    Hukum orang islam meninggalkan solat ialah haram dan berdosa besar dan wajib keatas seseorang itu untuk mengqada’kan solat yang telah ditinggalkannya dan hendaklah ia bertaubat sebaiman firman Allah yang bermaksud ”setelah melihat orang-orang yang bersalah itu mereka berkata:apakah yang menyebabkan kamu masuk kedalam (neraka) saqar?orang-orang yang bersalah itu menjawab:”kami tidak termasuk dalam kumpulan orang-orang yang mengerjakan solat”.
    Tetapi yang menjadi permasalah pada masa kini ialah umat islam cenderung kepada meninggalkan solat.Dimana silapnya?Apa puncanya?Siapa yang bertanggungjawab?Ini adalah kerana kurang kesedaran dikalangan masyarakat umat islam tentang hikmah dan kepentingan solat dalam kehidupan seharian.Ditambah sekarang dengan macam-macam perkara yang melalaikan dan itu adalah penyumbang kepada meninggalkan solat.Pihak kerajaan berperanan dalam memastikan setiap orang islam di malaysia ini mendirikan solat dengan membina masjid-masjid dikawasan yang memudahkan umat islam untuk berjemaah disamping mengadakan kelas-kelas fardhu ain bagi menarik minat umat islam untuk ke masjid.Selain itu media massa dan media elektronik juga berperanan dengan menyiarkan kelebihan dan azab bagi sesiapa yang meninggalkan solat agar dapat memberikan kesedaran kepada masyarakat umat islam pada masa kini.Selain itu juga,ibubapa dan tenaga pengajar lebih-lebih lagi pengajar agama juga berperanan dalam menitikberatkan soal ibadah solat dikalangan anak-anak.Anak-anak ibarat kain putih,ibubapalah yang akan mencorakkan warnanya.

    WALLAHU A’LAM……..

    Siti Aisah Sudirman said:
    04/08/2012 at 8:38 am

    SITI AISAH BINTI SUDIRMAN (DX125444PIJ01)
    JAWAPAN SOALAN 1:
    Wajib ke atas seseorang yang melihat anak bulan untuk berpuasa tetapi dia tidak boleh menyebarkannya kepada orang lain. Imam syafie meletakkan 2 orang penyaksian yang adil kerana untuk mengelakkan kekeliruan dan mengambil langkah berjaga-jaga dikuatiri 1 penyaksian itu tersalah atau berlaku percanggahan. Oleh itu, diperlukan 2 orang saksi yang adil untuk menyaksikan anak bulan tersebut sebelum diisytiharkan kepada orang ramai bahawa esok berpuasa supaya lebih diyakini kesahihannya. Ini bertetapan dengan Firman Allah s.w.t:
    “Sesiapa di antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadhan (atau mengetahuinya), maka hendaklah dia berpuasa.” (Surah Al-Baqarah: 185)

    JAWAPAN SOALAN 2:
    Hukum meninggalkan solat fardu dengan sengaja tanpa keuzuran yang dibenarkan oleh syarak adalah haram dan berdosa besar. Para ulama’ telah sepakat mengatakan bahawa sesiapa yang ingkar kepada hukum wajib solat, maka dia akan menjadi kafir dan di hukum murtad. Ini kerana kewajipanya telah disabitkan kepada dalil Al-Quran, Sunnah serta Ijma’ Ulama’. Firman Allah s.w.t :
    وأقيمواالصلوةواءاتواالزكوة*
    “Dan dirikanlah oleh kamu akan solat dan tunaikanlah zakat”(Surah Al-Baqarah:110)
    Hukum menunaikan solat adalah wajib ke atas setiap muslim yang telah berakal, baligh dan berada dalam keadaan suci. Bagi sesiapa yang meninggalkannya kerana malas dan menganggapnya satu perkara remeh dan mudah serta sering meninggalkannya, maka dia akan digelar sebagai seorang yang fasik dan penderhaka. Nabi Muhammad s.a.w bersabda : “Sesungguhnya yang membezakan antara seseorang dengan kesyirikkan dan kekufuran adalah dengan meninggalkan solat”. (HR Muslim). Dalam hadis yang lain Nabi Muhammad s.a.w bersabda : “Lima waktu sembahyang yang Allah wajibkan ke atas hamba-Nya. Sesiapa yang melakukannya dengan baik dengan tidak meringankan hak-Nya, maka Allah menjanjikan dia dimasukkan ke dalam syurga dan bagi sesiapa yang tidak melakukannya, maka Allah tidak mempunyai janji dengannya. Jika Dia (Allah) mahu Dia akan menghukumnya dan jika Dia mahu, Dia akan mengampuninya”. (HR Ahmad, Abu Daud & Al-Nasaei).

    Kerajaan atau pemerintah memainkan peranan penting dalam memastikan umat islam di Malaysia ini mendirikan solat. Pelbagai cara boleh dilakukan antaranya melalui media massa, media elektronik dan juga akhbar-akhbar dengan memperbanyakkan lagi program-program yang berunsur keagamaan serta memperingatkan lagi tentang kewajipan sebenar umat islam dalam menunaikan solat. Ini kerana masyarakat kita hari ini lebih terdedah dengan hiburan-hiburan yang melalaikan sehingga mengabaikan waktu solat itu sendiri. Selain itu, pemerintah atau pemimpin atau ketua hendaklah memberikan contoh yang terbaik supaya ia dijadikan ikutan yang baik seperti mendirikan solat bersama-sama dan secara tidak langsung ini dapat mengajak rakyat atau orang dibawahnya untuk mendirikan solat, begitu juga di dalam sesebuah keluarga. Ketua keluarga memainkan peranan penting dalam membentuk peribadi dan sahsiah anak-anak.

    ROZLIANA BT ASHAN said:
    04/08/2012 at 9:11 am

    ROZLIANA BINTI ASHAN
    (DX125441PIJ01)

    JAWAPAN SOALAN 1

    Sebagaiman kita tahu puasa wajib fardhu ain keatas setiap orang mukallaf samaada lelaki atau perempuan .Sebelum kita melaksanakan ibadah puasa kita perlu tahu yang mana telah masuk bulan ramadhan untuk melaksanakan ibadah puasa tersebut.Penetapan bulan ramadhan melalui dua cara iaitu Rukyah Hilal dan cara hisab(kiraan).Rukyah Hilal ialah melihat anak bulan ramadhan pada 29 sya’ban waktu terbenam matahari.Ia boleh ditetapkan apabila saksi yang adil menyatakan kesaksiannya dihadapan kadi atau hakim bahawa dia telah melihat anak bulan.Cara hisab iaitu mencukupkan 30 hari bulan Sya’ban.Ini berlaku apabila susah hendak melihat anak bulan disebabkan awan tebal atau sebagainya.Imam syafiei meletakkan dua orang penyaksian yang adil melihat anak bulan dan menolak satu penyaksian kerana mencegah daripada dikhuatiri penyaksian seorang itu tersalah dan diyakini kesahihannya.
    Sekiranya dia (seorang muslim)telah melihat sendiri anak bulan Ramadhan maka adalah wajib keatas dirinya berpuasa sekalipun dia bukan seorang yang adil.Sebagaimana firman Allah s.w.t .فمن شهدمنكم الشهرفليصمه (surah Al-Baqarah:185)…sesiapa yang telah melihat bulan di antara kamu,hendaklah ia berpuasa.Sekiranya seorang daripada dua saksi ini awal melihat anak bulan namun dia berpuasa lewat(sebab mengikut pengistiharaan rasmi)hukum ketas dirinya ialah wajib qada puasa keatas dirinya kerana telah melihat anak bulan tetapi tidak melakukan ibadah puasa tersebut.

    JAWAPAN SOALAN 2

    Hukum seorang Islam meninggalkan solat adalah berdosa besar disisi Allah s.w.t.seorang muslim tersebut segera momohon keampunan kepada Allah dan bertaubat sebagaimana firman Allah:واقيموا الصلوة واتوا” الزكوة واركعوا مع الركعين “Maksudnya:Dan dirikanlah kamu akan solat dan keluarkanlah zakat,dan ruku’lah kamu semua (berjamaah)bersama-sama orang ruku’.Hadis dari Anas bi Malik,ertinya:Amalan yang mula-mula dihisab dari seseorang hamba pada hari kiamat ialah solat.Jika ia baik,baiklah seluruh amalannya,sebaliknya jika ia rosak(tidak baik)maka rosaklah pula semua amalnnya.Dengan hadis tersebut sepatutnya kita takut dan insaf diatas kelalaian kita meninggalkan solat kerana orang yang sengaja meninggalkan solat adalah berdosa besar di sisi Allah s.w.t. Dan mendapat azab siksa yang berat di akhirat kelak.
    Kerajaan mamainkan peranan penting dalam memastikan setiap orang Islam di Malaysia mendirikan solat kerana solat adalah wajib dilaksanakan bagi setiap orang Islam tidak mengira pangkat dan darjat.Pemerintah mempunyai kuasa sepenuhnya menyuruh rakyatnya bersembahyang.Sabda Rasullulah:”Sesiapa yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja maka Allah dan Rasul-Nya tidak akan bertanggungjawab terhadapnya” Seperti kita ketahui orang yang meninggalkan solat akan hilang keberkatan umur,doanya tidak di terima Allah s.w.t,di masukkan ke dalam neraka dan mati dalam keadaan lapar dan dahaga yang amat sangat.Jadi kerajaan adalah ikon penting dalam membentuk sebuah negara menjadi negara Islam yang seimbang dengan perkara dunia dan akhirat agar cermelang di dunia dan akhirat kelak,INSYAALLAH.

    iewan said:
    04/08/2012 at 11:21 am

    MOHAMAD AZUAN BIN AHMAD ( DX 125481PJ01 )
    JAWAPAN SOALAN 1
    Mengapa Imam Syafiei meletakkan 2 orang penyaksian yang adil dan menolak 1 penyaksian ? Jika ada salah seorang daripada dua saksi ini terlebih awal melihat anak bulan, namun dia berpuasa lewat (sebab mengikut pengisytiharan rasmi), apakah hukum yang jatuh ke atas dirinya ?
    Kerana apabila seorang penyaksian sahaja yang melihat anak bulan, takut akan berlaku permasalahan dan dikhuatiri kesahihannya tidak benar. Oleh itu, jatuh hukum wajib keatasnya menunaikan ibadah puasa pada keesokan harinya, jika dia meninggalkan ataupun mengikut pengisytiharan pemerintah dan penguasa islam, berdosa keatas dirinya dan wajib mengqada’kan puasa tersebut. Justeru itu, dia tidak wajib menyebarkan kepada pembesar ataupun pemimpin di sesebuah Negara. Oleh yang demikian, Imam Syafi’e meletakkan 2 orang penyaksian supaya langkah berjaga-jaga dan tidak berlaku penipuan dan keraguan. Maka, di dalam mazhab Imam Syafi’e menetapkan beberapa syarat yang dikenakan ke atas saksi tersebut iaitu: seorang lelaki, adil, merdeka, Ar-Rusyd (orang yang pandai menguruskan perkara yang melibatkan harta), menjaga maruah, melihat anak bulan dalam keadaan terjaga, boleh bercakap, boleh mendengar, boleh melihat, tidak melakukan dosa besar dan tidak berterusan melakukan dosa kecil. Syarat adil memadai dengan “ zohirah ” iaitu memadai kita mengetahui seseorang saksi tersebut dengan perwatakan yang baik tanpaa memerlukan penilitian yang rumit sama ada seseorang saksi itu benar-benar ataupun tidak.
    “ FIRMAN ALLAH S.W.T SURAH AL-BAQARAH 2:185 ”

    (Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, Kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur.
    JAWAPAN SOALAN 2
    Apakah hukum orang Islam meninggalkan solat ?
    Dalam sebuah hadis menerangkan bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda : “Barangsiapa yang mengabaikan solat maka Allah s.w.t akan mengenakan 12 azab ke atasnya.”

    Tiga azab semasa di dunia:
    1. Allah s.w.t akan menghilangkan berkat dari usahanya dan begitu juga terhadap rezekinya.
    2• Allah s.w.t mencabut nur orang-orang mukmin daripadanya.
    3• Dia akan dibenci oleh orang-orang yang beriman.

    Tiga azab ketika hampir mati:

    1. Roh dicabut ketika dia di dalam keadaan yang sangat haus walaupun ia telah meminum seluruh air laut.
    2• Dia akan merasa amat pedih ketika ruh dicabut keluar.
    3• Dia akan hilang keimanannya.

    Tiga azab dalam kubur:

    1. Dia sukar menjawab pertanyaan malaikat mungkar dan nakir.
    2. Kuburnya amat gelap.
    3• Kuburnya menghimpit sehingga semua tulang rusuknya berkumpul (seperti jari bertemu jari).

    Tiga azab menanti di hari kiamat:

    1.Hisab ke atasnya menjadi sangat berat.
    2• Allah s.w.t sangat murka kepadanya.
    3• Allah s.w.t akan menyiksanya dengan api neraka.

    Kewajpan solat adalah satu kewajipan terhadap setiap muslim atau muslimah. Para ulama’ telah sepakat mengatakan bahawa sesiapa yang ingkar kepada hukum wajib sembahyang, maka dia akan menjadi kafir dan dihukum murtad. Ini kerana kewajipanya telah disabitkan kepada dalil Al-Quran, Sunnah serta Ijma’ Ulama’. Hukum menunaikan sembahyang adalah wajib ke atas setiap muslim yang telah berakal, baligh dan berada dalam keadaan suci. Orang yang meninggalkan solat boleh mendedahkan diri kepada kekufuran kerana meninggalkan Rukun Islam. Orang yang mengingkari kewajiban solat adalah kufur kecuali dia baru menganut agama Islam sedangkan dia belum mengetahui hukum wajibnya. kewajipan ibadah solat diwahyukan terus kepada Nabi Muhammad shalallahu ‘alaihi wasallam pada malam berlakunya peristiwa Isra’ Mi’raj tanpa melalui perantaraan malaikat Jibril. “Sesungguhnya yang pertama kali di hisab bagi seseorang hamba di hari kiamat dari amal-amalnya ialah solat, jikalau solatnya itu adalah baik maka dia termasuk dalam orang yang bahagia lagi beruntung dan jikalau amal solatnya rosak maka dia termasuk orang yang rugi dan tidak beruntung… (Hadith riwayat Imam al-Tirmidzi). “
    Golongan kedua berpendapat mereka yang meninggalkan solat secara sengaja kerana malas atau lalai baik dia mengakui kewajipan solat atau tidak, kesemua mereka ini termasuk di dalam golongan yang kafir dan terkeluar dari agama Islam. Mereka ini hendaklah bertaubat serta mengucapkan dua kalimah syahadah semula. Apa kaitannya Qarun, Haman, Fir’aun dan Ubai bin Khalf dengan mereka yang meninggalkan solat? Kebiasaannya mereka yang meninggalkan solat terdiri daripada mereka yang terlalu sibuk menguruskan harta, kerajaan, kekuasaan dan perniagaannya. Maka orang yang bimbang dengan harta, dia akan senasib dengan Qarun, dan yang sibuk menguruskan kerajaan, dia akan bersama Haman dan sesiapa yang terperdaya oleh kebesaran dan urusan pemerintahan dia akan ditemankan oleh Fir’aun, sedangkan orang yang bimbang menguruskan perniagaan maka dia akan berada bersama Ubai bin Khalf.
    Barangsiapa yang meninggalkan solat wajib sementara dia Muslim, maka dia harus ditanya: “Mengapa kamu tidak bersolat?” Kalau dia menjawab: “Saya terlupa.” Maka katakanlah: “Solatlah ketika engkau ketika telah ingat.” Jika dia menjawab: “Kerana saya sakit.” Maka katakanlah kepadanya: “Solatlah semampumu; berdiri, duduk atau berbaring atau dengan isyarat.” Apabila dia menjawab: “Saya mampu untuk bersolat, tetapi saya tidak solat dan saya akui solat itu wajib hukumnya.” Maka katakanlah kepadanya: “Solat itu adalah amal yang tidak boleh diwakilkan kepada yang lain. Ia wajib dikerjakan oleh kamu oleh itu bertaubatlah! Jika tidak kami akan membunuhmu.” (Dinukil dari kitab Manhaj Aqidah Imam Asy-Syafi’i Rahimahullah Ta’ala, karya Dr. Muhammad A.W. al-Aqil (edisi terjemahan oleh H. Nabhani Idris, Pustaka Imam Asy-Syafi’i, Bogor, 2002) ms. 170)
    Sesiapa yang meninggalkan solat kerana terlupa atau sengaja (dan berdosa jika sengaja), wajib mengqada’kannya. Sabda Rasulullah s.a.w: “Jika tidur salah seorang daripada kamu daripada solat, atau melupainya, hendaklah dia menunaikannya apabila sedar atau teringat”.

    من نسي صلاة فليصلها إذا ذكرها، لا كفارة لها إلا ذلك

    Maksudnya: “Sesiapa yang terlupa satu sembahyang, hendaklah menunaikannya apabila dia teringatnya; tiada kaffarah baginya kecuali yang tersebut (iaitu tidak perlu membayar kaffarah yang lain, memadai dengan menggantikan solat tersebut). “Banyak lagi hadis-hadis lain yang membawa maksud yang sama iaitu wajib mengqada’kan solat yang ditinggalkan. Pada zahirnya hadis tidak menyebut tentang hukum orang yang sengaja meninggalkan solat, adakah wajib mengqada’kannya atau tidak. Jumhur ulama’ mengeluarkan hukum daripada nas tersebut. Mengikut kaedah Qias, orang yang meninggalkan solat kerana uzur seperti terlupa atau tertidur, wajib mengqada’kannya berdalilkan nas tersebut; maka kewajipan ini terlebih dahulu dikenakan kepada orang yang meninggalkan solat secara sengaja. Janganlah kita terpengaruh dengan dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan tidak wajib mengqada’kan solat yang telah ditinggalkan kerana cukup dengan Istighfar dan taubat sahaja. Ini kerana jumhur ulama’ daripada mazhab yang empat Hanafi, Maliki, Syafie dan Hanbali mewajibkan qada’ solat secara umumnya.

    Dikecualikan daripada Qada’ beberapa golongan:

    1. Kanak-kanak yang belum baligh, tidak wajib menggantikan solatnya yang terdahulu selepas baligh.
    2. Orang kafir yang memeluk Islam (muallaf) tidak wajib menggantikan solatnya semasa kufurnya.
    3. Perempuan yang haid.
    4. Perempuan yang nifas (keluar darah akibat bersalin).
    5. Orang gila, mabuk dan pengsan yang bukan dengan sebab yang disengajakan seperti minum arak.

    Selain daripada mereka, samada tidur, sakit, murtad yang kembali memeluk Islam, (pengsan, gila dan mabuk yang disengajakan) wajib ke atas mereka qada’ solat.

    Dan apakah peranan kerajaan dalam memastikan setiap orang Islam di Malaysia ini mendirikan solat ?
    Peranan kerajaan amatlah penting dalam memainkan peranan dalam memastikan setiap orang Islam di Malaysia ini mendirikan solat. Kerajaan hendaklah menitik beratkan kewajipan solat terhadap setiap orang Islam di Malaysia. Peranan kerajaan dalam memastikan setiap umat Islam mendirikan solat dengan memainkan peranan mengarahkan media massa untuk mencetak dan menayangkan tentang isu-isu yang berkaitan balasan azab siksaan sesiapa yang meninggalkan solat, mewujudkan hukum-hukum Allah, dan sebagainya. Selain itu, kerajaan hendaklah mengadakan kempen yang berkaitan dengan solat, bukannya kempen mengundi. Sekian, yang buruk itu datang dari saya, yang baik itu semuanya datang dari Allah S.W.T.

    MOHAMAD HANIFF BIN SUPAR (DX125393PIJ01) said:
    04/08/2012 at 9:08 pm

    1.1
    Imam Syafiei meletakkan 2 orang saksi yang adil dan menolak 1 penyaksian adalah kerana bagi mengukuhkan atau menegaskan kata-kata saksi yang pertama. Saksi yang pertama perlu menyatakan kesaksiannya kepada saksi yang kedua diisytiharkan kepada umum.

    1.2
    Hukum ke atas saksi tersebut adalah berdosa dan wajib qada’ puasa. Hukum saksi yang terlebih awal melihat anak bulan adalah wajib ke atasnya berpuasa sama ada orang lain berpuasa atau tidak. Sesiapa yang melihat anak bulan Ramadhan atau anak bulan Syawal, maka para ulama’ menyatakan daripada riwayat Ahmad;
    i. Wajib baginya berpuasa (jika dia melihat anak bulan Ramadhan) dan berbuka secara sembunyi (jika melihat anak bulan Syawal) dan ini adalah daripada mazhab Syafiei.
    ii. Berpuasa (jika melihat anak bulan Ramadhan) dan tidak boleh berbuka kecuali bersama-sama dengan orang lain (jika anak bulan Syawal). Pendapat ini masyhur di kalangan mazhab Ahmad, Malik dan Abu Hanifah.

    2.1
    Hukum orang Islam meninggalkan solat fardhu dengan sengaja tanpa keuzuran yang dibenarkan oleh syarak adalah haram dan berdosa besar. Maka dia akan menjadi kafir dan dihukum murtad. Ini kerana kewajipan yang telah disabitkan kepada dalil Al-Quran, Sunnah serta Ijma’ Ulama’. Hukum menunaikan solat adalah wajib ke atas setiap muslim yang telah berakal, baligh dan berada dalam keadaan suci. Bagi sesiapa yang meninggalkannya kerana malas atau lalai dan menganggapnya satu perkara remeh dan mudah serta sering meninggalkannya, tetapi masih mengi’tikadkan kewajipan solat itu atas dirinya, maka Imam Malik dan Asy Syafi’i menetapkan orang itu tidak kafir, hanya dipandang fasik (melakukan dosa besar) dan disuruh bertaubat.
    Rasullah bersabda, “Sesungguhnya yang membezakan antara seseorang dengan kekufuran ialah meninggalkan solat” (HR Muslim)

    2.2
    Peranan kerajaan dalam memastikan setiap orang Islam di Malaysia ini mendirikan solat ialah dengan menguatkuasakan undang-undang yang berkaitan solat seperti denda atau penjara. Melalui pendidikan juga boleh memastikan masyarakat mendapat pendedahan sempurna tentang kewajipan menunaikan solat. Selain itu, kerajaan juga boleh menjalankan kempen di media cetak atau media massa untuk memberi kesedaran tentang pentingnya melaksanakan tanggungjawab sebagai orang Islam untuk menunaikan solat.

    NORHASLIDA BINTI MOHD NOOR said:
    04/08/2012 at 9:41 pm

    NORHASLIDA BINTI MOHD NOOR (DX 125419PIJ01)

    JAWAPAN SOALAN 1 :

    Ramadhan merupakan bulan yang mulia . Pada bulan ini umat islam diwajibkan berpuasa . Dalil sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Hendaklah kamu berpuasa kerana melihatnya dan berbuka kerana melihatnya , sekiranya kamu terhalang daripada melihatnya maka sempurnakanlah bilangan Sya’aban selama 30 hari . (Al-Bukhari(1810) dan muslim (1080) penetapan bulan ramadhan adalah berdasarkan salah satu daripada dua perkara iaitu melihat anak bulan Ramadhan (Rukyah al-Hilal) pada malam 30 sya’aban . Ini boleh berlaku apabila seorang saksi yang adil menyatakan kesaksiannya dihadapan qadi bahawa dia telah melihat anak bulan . Antara lainnya mencukupkan 30 hari bulan Sya’aban . Ini berlaku apabila susah melihat anak bulan disebabkan awan tebal ataupun saksi yang adil tidak datang menyatakan bahawa dia telah melihat anak bulan . Ketika itu disempurnakan bulan Sya’aban itu 30 hari kerana itu adalah asal keadaan selagi mana tidak datang perkara lain yang bertentangan . Pandangan mazhab imam Syafie meletakkan dua orang penyaksian dan menolak satu penyaksian adalah kerana sesuatu penyaksian itu lebih tepat dan tidak berlaku kekeliruan padanya . Disamping itu juga tidak berlaku pembohongan dan keputusan tidak dibuat dengan mudah . Sekiranya seorang saksi terlebih dulu melihat anak bulan maka hendaklah ia berpuasa tanpa mengikut pengisytiharan rasmi . Berdosa kalau dia ikut perisytiharan kerana saksi itu sudah nampak anak bulan . Saksi itu wajib qada’ puasa dan kena kafarah .

    JAWAPAN SOALAN KE 2 :

    Solat merupakan satu kewajipan yang wajib dilakukan bagi setiap orang islam . Sebagai satu talian hubungan antara Allah dan hambanya . Solat merupakan tiang agama , jika seseorang tidak solat maka runtuhlah agamanya . Perkara pertama yang dihisab oleh Allah diakhirat kelak adalah solat . Bagi jsetiap orang islam wajip menunaikan lima waktu solat fardhu dalam sehari . Setiap orang islam wajib menunaikan solat walau dalam keadaan apa sekalipun samaada sihat ataupun sakit sebagaimana firman Allah dalam Al-Quran surah An-Nisa’ ayat yang ke 103 yang bermaksud : Apabila kamu telah menyelesaikan solatmu , sesungguhnya solat itu adalah kewajipan yang ditentukan waktunya atas orang yang beriman . Dalam ayat tersebut jelas menyatakan kewajipan yang perlu dipenuhi bagi setiap orang islam walau dalam apa keadaan sekalipun . Contohnya yang terjadi pada Rasulullah S.A.W sendiri ketika beliau sedang berperang Allah S.W.T menegaskan supaya mendirikan solat . Hukum bagi orang yang meninggalkan solat adalah berdosa besar , kafir dan murtad . Kerana ia adalah kewajipan yang perlu dilaksanakan bagi setiap orang islam apabila ia cukup umur ataupun balil . Orang yang meninggalkan sembahyang adalah disebabkan rasa malas dan mengambil mudah dengannya . Orang yang meninggalkan sembahyang kerana mengingkari kewajipannya atau mempersenda-sendakannya dia dihukum kafir dan murtad . Pemerintah islam wajib menyuruhnya bertaubat . Dan sekiranya dia enggan dia hendaklah dibunuh disebabkan kemurtadannya . Imam muslim ( 82 ) dan lain-lain meriwayatkan daripada Jabir r.a bahawa dia berkata : Aku mendengar nabi S.A.W bersabda yang bermaksud sesungguhnya sempadan seseorang itu dengan syirik dan kafir ialah meninggalkan sembahyang . Kita sebagai seorang islam wajib menjaga solat kita serta mendidik anak-anak atau dalam sesebuah keluarga itu perlu memastikan kaum keluarganya mengerjakan solat . Disamping peranan ahli keluarga untuk memastikan seluruh ahli keluarganya solat , tidak kurang juga kerajaan memainkan peranan yang penting untuk memastikan setiap orang islam di Malaysia mendirikan solat . Kerajaan perlu memastikan pendidikan yang sepenuhnya tentang solat dihebohkan dan akibat sekiranya tidak mendirikan solat . pihak kerajaan juga mestilah mempunyai agama yang tinggi bukannya mengejar dunia semata-mata . Pihak kerajaan juga perlu memastikan sesuatu institusi pekerjaan menitik berat tentang solat . Pihak kerajaan juga mestilah memastikan orang atasan dapat menyelia tentang pekerjanya mendirikan solat apabila pemerintah dapat melaksanakan rukun-rukun islam dengan baik maka rakyatnya akan mengambil berat tentang solat . Kerajaan juga perlu memastikan pendidikan ilmu keagamaan menjadi keutamaan di sekolah-sekolah atau satu institusi . Jika perkara asas dapat diterapkan dalam orang islam , insya’allah sebuah kerajaan atau negara islam dapat dibentuk . Oleh itu , tunaikanlah solat fardhu dan disamping itu juga tunaikanlah solat-solat sunat seperti yang diajar oleh Rasulullah S.A.W .

    HAMIDAH BINTI JUPERI said:
    04/08/2012 at 9:49 pm

    HAMIDAH BINTI JUPERI (DX125380PIJ01)
    Jawapan 1:
    * Mengapa Imam Syafiei meletakkan 2 orang penyaksian yang adil dan menolak 1 penyaksian ?
    Menurut Mazhab Imam syafie, kaedah penetapan 1 ramadhan (rukyatul hilal) cukup seorang saksi melihat anak bulan. Namun, Imam Syafie meletakkan dua orang penyaksian yang adil dan menolak satu penyaksian untuk mengesahkan penyaksian anak bulan dan membolehkan ia diisytiharkan secara rasmi kepada masyarakat umum bahawa bermulanya 1 ramadhan dan wajib berpuasa pada keesokkan harinya.berdasarkan dalil
    Dari Ibnu Abbas r.a katanya, seorang arab Badwi menemui Rasullah s.a.w lalu berkata “sesungguhnya aku telah melihat anak bulan Ramadhan.” Sabda Baginda : “Apakah kamu menyaksikan bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah?.” Katanya : “Ya.” Tanya baginda : Apakah kamu menyaksikan bahawa Muhammad itu utusan Allah?.” Jawabnya : “ Ya.” Sabda baginda : “Wahai Bilal isytiharkan kepada orang ramai hendaklah mereka berpuasa pada esok hari.”
    Dalil diatas menjelaskan kesaksian seorang yang melihat anak bulan hendaklah disahkan oleh seorang yang lain. Maka dua orang diperlukan untuk memastikan jatuhnya 1 ramadhan dan sah untuk diisytiharkan kepada umum
    *Jika ada salah seorang daripada dua saksi ini terlebih awal melihat anak bulan, namun dia berpuasa lewat (sebab mengikut pengisytiharan rasmi), apakah hukum yang jatuh ke atas dirinya ?
    Dalam satu keadaan, misalnya sebuah negara pada suatu tahun telah diumumkan masuk bulan ramadhan setelah anak bulan tidak kelihatan maka hendaklah dicukupkan menjadi 30 syaaban (kaedah hisab). Sekiranya salah seorang telah melihat anak bulan (1 Ramadhan) di satu daerah (kawasan pendalaman dan tiada kemudahan teknologi perhubungan dengan masyarakat luar atau sebagainya) dan tidak sampai kepadanya pengisytiharan berpuasa yang diumumkan maka wajib baginya untuk berpuasa pada keesokkan harinya berdasarkan hadis
    عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الشَّهْرُ تِسْعٌ وَعِشْرُونَ لَيْلَةً فَلَا تَصُومُوا حَتَّى تَرَوْهُ فَإِنْ غُمَّ عَلَيْكُمْ فَأَكْمِلُوا الْعِدَّةَ ثَلَاثِينَ . أخرجه البخاري.
    Dari Abdullah ibn Umar ra: Rasulullah saw bersabda;” Bulan itu 29 malam (hari), maka janganlah kamu puasa sehingga kamu melihatnya (anak bulan Ramadhan). Jika mendung (tidak dapat melihat anak bulan), maka lengkapkanlah tempoh 30 hari”. Riwayat Bukhari.
    Jika individu tersebut berpuasa lewat (sebab mengikut pengisytiharan rasmi), maka beliau telah melakukan dosa besar dengan meninggalkan puasa dengan sengaja tanpa sebarang uzur syar’ie yang dibenarkan syarak dan jatuh hukum kepadanya Fasik(orang yang kerap melakukan dosa kecil dan jarang melakukan dosa besar). maka wajib baginya mengqada’ puasa 1 hari.
    Jawapan 2:
    Apakah hukum orang Islam meninggalkan solat ?
    Orang yang meninggalkan solat kerana mengingkari kewajipannya atau mempersendakan, dia dihukum kafir dan murtad. Pemerintah Islam wajib menyuruhnya supaya bertaubat.dan sekiranya dia enggan, dia hendaklah dibunuh disebabkan kemurtadannya dan tidak harus memandikan mengkafankan dan menyembahyangkannya.dia juga tidak harus dikebumikan di perkuburan Islam kerana dia bukan daripada golongan muslimin. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
    “Perbezaan seorang lelaki Islam dengan lelaki kafir ialah meninggalkan solat” (sahih muslim)
    Sekiranya seseorang meninggalkan solat kerana malas, dan dia masih beriktikad sembahyang itu wajib, maka menjadi tanggungjawab pemerintah untuk memerintahnya supaya mengqada’kan semula solat yang telah ditinggalkan dan bertaubat daripada dosa meninggalkan solat. Sekiranya dia enggan, maka wajib dibunuh sebagai melaksanakan hukum hudud. Dengan erti kata lain hukuman bunuh dikenakan kerana dia dianggap sebagai penderhaka dikalangan orang Islam. Walaubagaimanapun setelah dibunuh, dia tetap dianggap sebagai seorang Islam dan diuruskan jenazah dan harta pusakanya sebagaimana orang Islam yang lain.
    Oleh yang demikian, Pemerintah Negara Islam mempunyai tanggungjawab yang berat dalam solat setiap muslim. Maka kerajaan berperanan memastikan setiap orang Islam di Malaysia ini mendirikan solat. Antara peranan kerajaan adalah seperti berikut:
    1) Sukatan pelajaran sekolah-sekolah di Malaysia: Melengkapkan sukatan pelajaran sekolah-sekolah di Malaysia dengan pemahaman dan amali solat yang lengkap. Institusi pendidikan juga hendaklah mendidik pelajar melaksanakan fardu ain ini dengan pendekatan yang lebih khusus kepada individu pelajar seperti pelaksanaan kem bestari solat.
    2) Kempen: Tidak semestinya kempen ini ditujukan kepada sesetengah golongan dalam satu-satu masa tetapi ia hendaklah menyeluruh kepada setiap individu muslim seperti contoh kerajaan boleh menganjurkan satu program untuk mengajak rakyat Malaysia untuk solat bersama-sama pemimpin atau pemerintah negara. Selain itu media massa juga boleh memainkan peranan penting bagi melaksanakan kempen-kempen tentang kepentingan solat,akibat meninggalkan solat juga memberi peringatan agar masyarakat solat diawal waktu.
    3) Institusi pekerjaan: Kerajaan boleh mengadakan dasar untuk mewajibkan majikan di setiap institusi pekerjaan awam dan swasta memastikan setiap pekerja menghadiri seminar/kursus pemantapan solat.
    4) Pihak kerajaan juga boleh mengambil inisiatif dengan menggalakkan laungan azan berkumandang serta menyediakan ruang solat yang selesa dan kondusif di tempat-tempat tumpuan orang ramai seperti pusat membeli belah, stesen bas dan sebagainya.

    a jieb tu.. said:
    04/08/2012 at 10:07 pm

    MUHAMMAD NAJIB BIN MOHAMED GHAZALI(DX125401PIJ01)

    WAALAIKUMUSSALAM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH.

    JAWAPAN SOALAN 1:

    - menjalani dan menunaikan ibadah berpuasa adalah wajib keatas setiap umat islam.kewajipan berpuasa ini telah disyariatkan keatas umat islam pada bulan syaaban pada tahun kedua hijrah.imam syafie memilih 2 penyaksian daripada 1 penyaksian kerana untuk mengukuhkan penyaksian pertama oleh sebab syarat dengan melihat awal ramadhan adalah mempunyai 2 orang penyaksiaan.selain itu,ia bertujuan mengelakkan daripada keraguan dan kecacatan yang ada pada saksi pertama.disamping itu kedua-dua saksi tersebut diberi tauliah oleh pemerintah.jika salah seorang dari saksi tersebut melihat anak bulan dan tidak menunaikan puasa maka hukum dijatuhkan keatasnya adalah berdosa besar seperti firman allah bermaksud “Oleh itu, sesiapa di antara kamu yang menyaksikan anak bulanRamadhan (atau mengetahuinya), maka hendaklah dia berpuasa.” (Surah Al-Baqarah: 185) maka ia perlu menggantikan puasanya pada bulan selain dari ramadhan.juga Ulama’ fiqh bersepakat bahawa barang siapa yang melihat anak bulan ramadhan seorang diri maka adalah wajib ke atasnya berpuasa. walau anak bulan syawal, ulama berbeza pendapat. Pendapat yang benar ialah sebagaimana yang dikatakan oleh Imam Syafi’e bahawa wajib ia berbuka (berhari raya) kerana melihat anak bulan. Daripada Abu Hurairah radiallahu ‘anhu, Nabi Muhammad S.A.W bersabda :
    صُومُوا لِرُؤْيَتِهِ وَأَفْطِرُوا لِرُؤْيَتِهِ فَإِنْ غُمَ عَلَيْكُمْ فَأَكْمِلُوا عِدَّةَ شَعْبَانَ ثَلَاثِينَ iaitu bermaksud daripada Jika ada salah seorang daripada 2 saksi ini terlebih awal melihat anak bulan, namun dia berpuasa lewat kerana mengikut pengisytiharan rasmi dari pemerintah maka hukum yang jatuh keatas dirinya adalah wajib keatas dirinya untuk berpuasa..

    JAWAPAN SOALAN 2:
    meninggalkan SOLAT fardhu dengan sengaja tanpa sebab mempunyai halangan(keuzuran)adalah haram dan berdosa besar.ini kerana solat adalah amat penting bagi umat islam selain menjadi teras perpaduan umat dan tunjang utama muslimin ,ia juga merupakan amalan pertama yang akan dihisab pada hari akhirat kelak.ini dibuktikan dengan firman allah:
    واقيموا الصلوة واتوا” الزكوة واركعوا مع الركعين “Maksudnya:Dan dirikanlah kamu akan solat dan keluarkanlah zakat,dan ruku’lah kamu semua (berjamaah)bersama-sama orang ruku(Surah Al-Baqarah:110).ini dibuktikan dalam ayat tersebut bahawa solat adalah perkara utama.keadaan mereka semua di alam akhirat berdasarkan solat.jika solatnya baik,maka baiklah semua amalannya.jika solatnya tidak baik,maka sia-sialah amalannya.bagi golonngan yang sentiasa meninggalkan solat,ia termasuk dalam golongan yang fasik(kafir).ini dibuktikan dengan Nabi Muhammad s.a.w bersabda : “Sesungguhnya yang membezakan antara seseorang dengan kesyirikkan dan kekufuran adalah dengan meninggalkan solat”.dewasa ini,permasalahan meninggalkan solat seolah-olah menjadi fenomena.mayarakat beranggapan bahawa solat adalah ibadah yang rahsia.ini terjadi kerana sesetengah masyarakat beranggapan solat ibadah yang tidak terbuka seperti bersedekah dan menunaikan haji.situasi ini tidak boleh diambil remeh.pihak setempat perlu ambil berat dan keutamaan tanggungjawab adalah dari diri sendiri.selain itu,pihak kerajaan juga berperanan dalam masalah ini.tindakan pihak kerajaan seperti meresapi pendedahan dalam media seperti media massa dan media elektronik.ini boleh diujudkan seperti penayangan iklan-iklan yang berunsur kesan dengan ingin melakukan perubahan seperti akibat meninggalkan solat dan balasan allah kepada orang yang meninggalkan solat juga kebaikan apabila mendirikan solat.selain itu,kerajaan juga boleh meresapi penggunaan media elektronik seperti pemberitahuan info-info berkaitan solat seperti kesan,kebaikan dan keburukan meninggalkan solat melalui sistem pesanan ringkas(sms).majoriti masyarakat sekarang mempunyai kemudahan telefon bimbit.disamping itu juga,pihak kerajaan boleh mengagihkan risalah-risalah kepada masjid dan surau.ini bertujuan memberi maklumat tentang perkara-perkara penting yang masyarakat kurang jelas.ia akan membantu sikap ingat mengingati.seterusnya,pihak kerajaan juga boleh menubuhkan badan yang mempunyai penceramah.ini bertujuan dengan adanya badan penceramah,boleh menyedarkan masyarakat dengan megadakan kelas fardhu ain dan ceramah-ceramah terbuka tidak kira dimana seperti festival,kempen dan majlis-majlis.oleh itu,tidak kira pihak mana sekalipun,peranan mendirikan solat adalah menjadi keutamaan.sekian,yang baik hanya dari allah taala..

    WALLAHU A’LAM..

    NORAZVITA BINTI JUHARI said:
    04/08/2012 at 10:16 pm

    NORAZVITA BINTI JUHARI ( DX125416PIJ01)

    Jawapan 1

    Mengapa Imam as-Syafie meletakkan dua orang penyaksian yang adil dan menolak seorang saksi ? Menurut saya Imam as-Syafie menolak penyaksian seorang saksi kerana dikhuatiri kesahihan penyaksiannya maka dalam perkara ini dua orang saksi yang adil diperlukan bagi memastikan penetapan anak bulan tersebut tetapi sekiranya jika seseorang itu telah menyaksikan anak bulan maka dia wajib berpuasa bagi dirinya sendiri. Sebagaimana berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud: ” Hendaklah kamu berpuasa kerana melihatnya dan berbuka kerana melhatnya, sekiranya kamu terhalang daripada melihatnya maka sempurnakanlah bilangan Sya’ban selama 30 hari ” riwayat Bukhari dan Muslim. Manakala hukum bagi orang yang melewatkan puasa kerana mengikut pengumuman tadi menurut Imam as-Syafie dia boleh jatuh fasik maka wajib menggantikan puasa yang ditinggalkan dan membayar kifarah mengikut hari yang ditinggalkan itu. Wallahu’alam.

    Jawapan 2

    Menurut Anggota Majlis Fatwa sebahagian daripada mereka berpendapat bahawa tugas pertama seorang muslim di dalam hidup ialah menunaikan solat. Meninggalkan solat bererti dia tidak berhak menggunakan nama Islam atau berlindung di bawah naungannya. Pendapat ini disokong oleh sebuah hadis sahih: ” Diantara seorang lelaki dan kekufuran ialah meninggalkan sembahyang ” Muslim, Abu Daud, Tirmizi, Ibnu Majah dan Ahmad. Orang yang meninggalkan solat ada dua jenis: Pertama, orang yang meninggalkan solat kerana meringan-ringankannya , mengingkari kewajipannya serta menghina kesuciannya orang ini dianggap kafir dan murtad. Ini kerana orang yang sedemikian adalah orang yang mendustakan ajaran Allah dan Rasul-Nya tidak ada di dalam hatinya walau sedikit pun iman. Kedua, orang yang meninggalkan solat kerana disebabkan malas, sibuk dengan urusan dunia dan menurut hawa nafsu. Imam Abu Hanifah berpendapat bahawa orang ini fasik kerana meninggalkan solat dan sebagai pengajarannya dia wajib dipukul dengan kuat sehingga mengalir darah dan dikurung sehingga dia mendirkan solat. Imam Malik dan Syafie pula mengatakan bahawa orang sepeti itu fasik sahaja, tidak kafir tetapi tidak cukup hanya dengan merotan dan mengurungnya malah hendaklah dibunuh jika dia terus- menerus meninggalkan solat. Sekiranya seseorang meninggalkan solat kerana malas dan beriktikad bahawa solat itu wajib , maka menjadi tanggungjawab pemerintah untuk memerintahnya supaya mengqadakkan semula solat yang ditinggalkan dan bertaubat daripada dosa meninggalkan solat. Sekiranya dia enggan, maka wajib dihukum bunuh sebagaimana melaksanakan hukuman hudud kerana dia dianggap sebagai penderhaka di kalangan orang Islam.

    ZAIDAH BINTI TUKIRAN said:
    04/08/2012 at 10:21 pm

    Aida@Jai
    ZAIDAH BINTI TUKIRAN (DX 125465 PIJ01)
    اسلام عليكم ورحمة الله وبركاته
    JAWAPAN PERTAMA
    Imam Syafie meletakkan 2 penyaksian dan menolak 1 penyaksian kerana dikhuatiri kesahihannya.Kerana jika hanya seorang sahaja yang menyaksikan adanya anak bulan, masih belum dapat meyakinkan bahawa telah masuknya bulan ramadhan.
    Wajib keatas dirinya (yang telah melihat anak bulan)untuk melakukan ibadah puasa ,sekiranya dia tidak berpuasa atas sebab mengikut pengisytiharan rasmi maka dia perlu menggantikan puasanya (qada’) .
    Berdasarkan firman Allah S.W.T yang bermaksud :
    ” ………….Maka barangsiapa menyaksikan bulan itu,hendaklah ia berpuasa padanya ………”
    (Surah Al Baqarah : 185)

    JAWAPAN KEDUA
    Hukum meninggalkan solat bagi seseorang yang telah cukup syarat wajib solat adalah haram dan berdosa besar bagi dirinya.Sebagaimana firman Allah S.W.T yang bermaksud :
    “…….dan dirikanlah ,sesungguhnya solat itu mencegah dari fahksya’ (kekejian ) & kemungkaran…….”
    Orang yang meninggalkan solat dengan sengaja atau ingkar melakukannya,di anggap kafir seperti “murtad” kerana menyangkal ( membantah ) perintah Allah yang teristimewa.Orang yang semacam ini bererti mendustakan Allah dan tidak di mandikan ,ia wajib dihukum mati seperti orang yang murtad ,juga tidak di sembahyangkan seperti orang murtad.
    Kerajaan sepatutnya mengambil berat tentang solat bagi umat islam.Seperti membuat undang-undang menutup semua perniagaan atau kedai setelah masuk waktu solat untuk bersama-sama berjemaah menunaikan solat di masjid atau surau yang berdekatan.
    Ataupun dengan menyediakan lebih banyak tempat solat yang lebih selesa dan besar seperti di pusat-pusat membeli belah.Bukan hanya sekadar membina bangunan-bangunan yang besar seperti pusat membeli belah tetapi juga surau juga dapat di bina dengan memuatkan seberapa ramai jemaah dalam satu masa .

    minda7370 said:
    04/08/2012 at 11:36 pm

    k.ida
    Halidahbt Daud(DX125377PIJ01)

    Soalan 1.

    Penetapan dua saksi oleh Iman Syafiei berdasarkan hadis nabi Shalallahu ‘alaihi wasallam; ‘Puasalah kalian kerana melihat hilal,berbukalah kerana melihatnya, berhajilah kerana melihatnya jika kalian tertutup mendung , sempurnakanlah 30 hari jika ada 2 saksi, berpuasalah kalian dan berbukalah (hadis Riwayat an-nasa’I 4/133).
    i
    Tidak diragukan lagi bahwa diterima persaksian 2 org dalam satu kejadian tidak menunjukkan persaksian seorang diri ditolak . Sekiranya timbul permasalahan iaitu seorang dari 2 saksi yg melihat ruk’yah sendirian secara jelas ,ada 3 pendapat sebagaimana diperincikan oleh Ibnu Taimiyah dlm Majmu’Fatwa 25/114;

    1. Wajib atasnya berpuasa bagi madzhab Syafiei.
    2. Dia harus berpuasa- pendapat ini masyhur dari madzhab Maliki dan Hanafi.
    3. Dia berpuasa mengikut kebanyakkan orang. Inilah pendapat yg paling jelas kerana sabda Rasulullah
    s.a.w artinya Puasa kalian adalah hari kalian berpuasa dan berbukalah kalian (Aidil Fitri) hari kalian berbuka (tidak berpuasa) dan Adha kalian adalah hari kalian berkorban (HR Tirmizi 2/37) dan beliau
    berkata hadits gharib hasan Syaikh Al-Albani; Sanadnya jayyid dan rawi-rawinya semuanya tsiqah.
    Lihat Al-Hadits As-Shahihah 1/440.

    Soalan 2.

    Sabda Nabi S.A.W yg bermaksud; Solat itu tiang agama, sesiapa yg mendirikannya maka
    ia mendirikan agamanya dan barang siapa yg meringankan solat akan diSEKSA dgn 15 perkara
    iaitu 3;

    1. 6 seksaan didunia
    2′ 3 seksaan ketika menghadapi mati
    3. 3 seksaan sewaktu didalam kubur
    4. 3 seksaan ketika bertemu Allah

    Ijma’ ulama menyatakan hukum org yg meninggalkan solat kerana ingkar terhadap kewajipannya
    adalah jatuh kafir. Sekiranya kerana malas tetapi tidak menafikan kewajipan solat ada 3 pendpt
    ulama tentang hukumnya;

    1. Orang itu tidak menjadi kafir tetapi fasik- wajib pihak berkuasa menyuruhnya bertaubat. Jika dia
    enggan , hukuman hudud dikenakan (dibunuh dgn pedang).
    2. Org itu tidak kafir dan tidak dibunuh sebaliknya ditakzir dgn dipenjara hingga dia solat.
    3. Orang itu menjadi kafir- riwayat drpd Saidina Ali bin Abu Talib dan Iman Ahmad bin Hambal.

    Peranan kerajaan memastikan setiap org islam di M’sia mendirikan solat;

    1. Melantik pemimpin dlm kalangan yg hebat amalan solatnya – dpt mempengaruhi org yg
    yg dipimpin(rakyat)
    2. Melaksanakan hukum islam sepenuhnya.
    3. Memupuk sikap pentingkan solat seawal usia persekolahan.
    3. Mengimarahkan masjid dan surau seluruh negara
    4. Menerbitkan program realiti television yg berunsurkan solat
    5. Menerbitkan drama tentang kepentingan solat dan seksaan meninggalkan solat.

    Yang baik itu drp ALLAH, yg lemah itu saya sendiri.

    NOORHAFIDAH BINTI MOHAMED ABU BACKER said:
    04/08/2012 at 11:43 pm

    hafidahnoorhafidah
    NOORHAFIDAH BINTI MOHAMED ABU BACKER. ( DX 125408PIJ01)

    ASSALAMUALAIKUM USTAZ

    SOALAN 1

    Melihat anak bulan adalah satu kaedah bagi menentukan awal ramadhan, di mana semua umat islam di wajibkan berpuasa. menurut imam syafie melihat anak bulan telah di syariatkan dengan 2 orang penyaksian yang adil, ini adalah kerana dengan satu penyaksian tidak dapat di terima kerana ditakuti menimbulkan keraguaan dan syak. dengan adanya 2 penyaksian maka terbuktilah ketetepan dan kesahihanya. bagi mereka yang telah melihat anak bulan maka di wajibkan keatas dirinya untuk berpuasa. seperti mana firman Allah Taala: ( Masa yang diwajibkan berpuasa ialah) bulan ramadhan yang padanya di turunkan al-quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan pertunjuk serta menjadi pembeza ( antara yang benar dengan yang salah). oleh itu sesiapa di antara kamu yang menyaksi anak bulan ramadhan atau mengetahuinya, maka hendaklah dia berpuasa di bulan itu. jika ia tidak berpuasa maka hukumya berdosa.

    SOALAN 2

    Solat merupakan rukun islam yang wajib di laksanakan keatas sekalian umat islam, tidak ada seorang pun terkecuali daripada melakukannya. bagi mereka yang tidak mendirikan solat, hukumya berdosa dan mereka telah meruntuhkan tiang agama.
    bagi mereka yang telah meninggalkan solat, hendaklah segera bertaubat dan wajib keatasnya mengqadak solatnya itu. islam telah memberi beberapa garis panduan kepada mereka-mereka yang tidak dapat melaksanakan solat dengan sempurna. sebagai contoh orang yang sakit boleh melakukan solat dalam keadaan duduk, baring dan sebagainya. islam merupakan agama yang tidak membebankan. Firman Allah Taala di dalam surah An-nisa ayat 30,sesungguhnya sembahyang itu adalah kewajipan yang di tentukan waktunya keatas orang-orang yang beriman. bagi memastikan semua umat islam tidak meningalkan solat, pihak kerajaan haruslah memainkan peranan dengan mewujudkan lebih banyak lagi masjid atau surau, melaksanakan undang-undang kepada mereka yang meninggalkan solat. selain itu juga pihak kerajaan dan swasta haruslah memberi kelonggaran kepada pekerja-pekerja keluar untuk melakukan solat. selain itu juga pihak kerajaan atau swasta hendaklah mewujudkan suatu jawatan kuasa bertindak seperti rela atau polis yang boleh memberkas orang ramai yang berkeliaran pada waktu solat, seperti mana yang di lakukan di mekah.

    sekian hujjah saya.

    nur syahidah maidin said:
    05/08/2012 at 12:27 am

    NUR SYAHIDAH BINTI MAIDIN (DX 125426PIJ01)
    Jawapan soalan 1

    Imam Syafie menolak 1 penyaksian kerana dikuatiri kesahihan sesuatu perkara itu.Dengan meletakkan 2 orang saksi sebagai syarat adalah untuk mentakkidkan penyaksian untuk menentukan rukhyatul hilal iaitu melihat anak bulan.Firman Allah s.w.t dalam surah Al-Baqarah ayat 185 ;

    فمن شهد منكم الشهر فليصم
    ertinya:Barang siapa yang telah melihat anak bulan diantara kamu maka hendaklah ia berpuasa.

    Sekiranya yang telah melihat anak bulan tersebut adalah saksi-saksi yang adil maka perlulah dia menyatakan penyaksiannya di hadapan qadi atau hakim bahawa dia telah melihat anak bulan dan diwajibkan berpuasa pada esok harinya.

    Jika hanya salah seorang saksi sahaja yang nampak anak bulan maka wajib ke atas dirinya untuk berpuasa pada esaok harinya walaupun belum diisytiharkan oleh pihak yang berkenanaan.Tetapi sekiranya ia tidak berpuasa kerana (mengikut pengisytiharaan rasmi) maka wajib ke atas saksi tersebut mengqadakan puasanya dan dikenakan fidiyah ke atas dirinya.

    Jawapan soalan 2

    Solat merupakan rukun islam yang ke- 2 dan menjadi kewajipan ke atas setiap muslim. Maka hukum meninggalkan solat adalah berdosa besar.Para ulamak bersepakat bahawa sesiapa yang meninggalkan solat dalam keadaan ingkar akan kewajipannya maka ia telah kafir dan murtad.Maka wajib diperintahkan segera bertaubat dan memohon keampunan dari Allah.Malahan,si pelaku diperintahkan mengqada’kan solat yang ditinggalkan.Jika pelaku enggan qada’kan maka wajib dijatuhkan hukuman bunuh ke atas pelaku tersebut.

    Imam Syafie berpendapat orang yang malas mengerjakan solat adalah ciri-ciri orang munafik dan akan mendapat seksaan di akhirat kelak.Dan sekiranya ia berterusan malas melakukan solat maka ia akan terus kafir.

    Iman Muslim telah diriwayatkan daripada Jabir r.a bahawa dia telah berkata:

    “Bahawa sesungguhnya aq mendengar nabi s.a.w bersabda:

    “sesungguhnya sempadan seseorang itu syirik dan kafir ialah orang yang meninggalkan solat.”

    Kerajaan memainkan peranan penting bagi memastikan orang islam di Malaysia menjalankan tangungjawab sebagai orang islam iaitu melaksanakan solat .Antara usaha yang boleh dilaksanakan adalah dengan mengunakan segala kemudahan yang ada seperti menggunakan media massa,media cetak dan lain-lain bagi mengajak orang islam di Malaysia melaksanankan kewajipan sebagai org islam, dengan menyiarkan program dalam bentuk islamik yang berkaitan dengan solat, perbanyakkan tazkirah -tazkirah yang mana menceritakan tentang azab-azab yang akan menimpa kpada orang-orang yang tidak melakukan solat di akhirat kelak.

    Selain,itu,kerajaan perlu menguatkuasakan di sekolah-sekolah agar mempertingkatkan lagi usaha mendidik anak -anak mahir dalam solat dan tahu bertapa pentingnya solat dalam kehidupan seorang muslim.Di zaman moden ini, pelbagai alat -alat teknologi yang boleh digunakan untuk tujuan penyebaran ini,dengan sebaik mungkin, Kerajaan juga boleh mengadakan kempen solat untuk orang-orang isalm di Malaysia agar orang islam di Malaysia bukan hanya cermerlang di dunia malahan di akhirat juga. Insya-Allah.

    SITI ASMAH BINTI MOHD NOOR. said:
    05/08/2012 at 12:35 am

    SITI ASMAH BINTI MOHD NOOR
    DX125447PIJ01

    JAWAPAN SOALAN 1

    Bulan Ramadhan merupakan satu bulan islam yang memberi banyak peluang kepada umat islam untuk melaksanakan amalan ibadat.Oleh itu untuk menentukan penetapan bulan Ramadhan terdapat dua cara iaitu:

    1.RUKYAH AL-HILAL:Melihat anak bulan pada malam 30 Syaban oleh saksi yang adil.
    2.HISAB:Mencukupkan 30 hari kiraan pada bulan Syaban.Disempurnakan bulan Syaban itu 30 hari disebabkan oleh awan
    tebal ataupun kerana saksi tidak dapat hadir.
    Kenyataan ini berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
    “Hendaklah kamu berpuasa kerana melihatnya dan berbuka kerana melihatnya,sekiranya kamu terhalang daripada melihatnya maka sempurnakanlah bilangan Syaban selama 30 hari”.(al-Bukhari (1810) dan Muslim 1080)).
    Dengan maksud sabda di atas juga mnunjukkan barangsiapa yang melihat anak bulan Ramadhan maka dia wajib berpuasa dan berbuka.Imam syafie meletakkan dua orang penyaksian dan menolak satu penyaksian kerana dua penyaksian itu lebih sahih dan diyakini.Manakala satu penyaksian dikhuatiri mendatangkan keraguan.Bagaimana pun seandaiya salah satu daripada dua saksi ini telah melihat anak bulan dihukumkan wajib berpuasa keatas dirinya.Jika saksi tersebut lewat berpuasa kerana pengistiharan rasmi maka hukumnya adalah berdosa dan wajib qada puasa.
    Sesungguhya puasa merupakan nikmat yang sangat hebat bagi mereka yang beriman.

    JAWAPAN SOALAN 2

    Solat merupakan rukun islam yang wajib di laksanakan ke atas setiap orang islam yang telah baligh.Allah telah menjanjikan kebahagiaan di dunia dan di akhirat.
    Hukum orang islam yang meninggalkan solat adalah berdosa,kafir dan murtad sama ada sengaja,malas ataupun kerana ingkar.Ianya merujuk kepada Imam Muslim (82) dan lain-lain meriwayatkan daripada Jabir r.a bahawa dia berkata :aku mendengar Nabi s.a.w bersabda:
    Ertinya:sesungguhnya sempadan seseorang itu dengan syirik dan kafir ialah meninggalkan sembahyang.

    Seseorang islam yang meninggalkan sembahyang kerana malas dan dia masih beriktikad bahawa solat itu wajib,maka telah menjadi tanggungjawab pemerintah untuk memerintahkanya supaya menqadakan semula sembahyang yang telah ditinggalkanya.Ini kerana hukuman bagi orang yang meninggalkan perkara fardhu ialah di perangi.Oleh itu antara saranan peranan kerajaan dalam memastikan setiap orang islam di Malaysia mendirikan solat antaranya.

    1.Melalui media masa dan elektronik.Contohnya:Memperbayakkan iklan,ceramah tentang fadhilat wuduk yang diantaranya dapat menghapuskan dosa kecil atau menceritakan tentang balasan dan azab kubur dan pelbagai jenis peringatan lain.
    2.Menjadikan solat satu tajuk utama dan lebih teliti di dalam pendidikan ibadat disekolah agama,kerana ianya dapat membentuk anak anak dari kecil dan pasti memberi kesan di masa remaja.
    3.Mewujudkan kelab yang berbentuk usrah dan diisi dengan aktiviti yang membawa faedah.

    maslinda misbah said:
    05/08/2012 at 12:42 am

    MASLINDA BINTI MISBAH (DX125391PIJ01)
    JAWAPAN SOALAN 1

    Hadith imam bukhari yang bermaksud,”berpuasalah kamu dengan anak bulan dan berbukalah (penetuan syawal)kamu dengan melihat anak bulan”.Penentuan permulaan puasa ditentukan dengan 2 cara iaitu rukyahtul hilal dan hisab. Menurut mazhab imam syafie panyaksian 2 orang saksi yang adil diperlukan ,ini bagi menunjukkan kesahihan dan ketepatan sesuatu maklumat sebelum disebarkan dan disampaikan kepada orang ramai. keadilan menurut mazhab imam syafie membawa maksud orang menjauhi dosa -dosa besar dan tidak berterusan melakukan dosa-dosa kecil. Di sini menunujukkan saksi yang adil penting bagi membuktikan sesuatu perkara. Ditambah pula saksi tersebut memerlukan 2 orang kerana lebih kukuh penyaksian tersebut berbanding seorang saksi. jika salah seorang daripada mereka telah melihat anak bulan terlebih dahulu maka wajiblah keatasnya untuk berpuasa. Berdasarkan surah al baqarah ayat 185
    yang bermaksud,”sesiapa yang telah melihat bulan diantara kamu,hendaklah ia berpuasa.” sekiranya dia tidak berpuasa denagn mengikut pengisytiharan maka berdosa besar kerana meninggalkan secara sengaja tanpa sebarang keuzuran dan di hukumkan fasik kepadanya dan wajiblah keatasnya ,mengqada’kan puasa tersebut.

    JAWAPAN SOALAN 2

    Sembahyang wajib ke atas setiap umat islam ,lelaki dan perempuan .Menurut pendapat jumhur tidak diwajibkan sembahyang ke atas orang kafir .Syarat sembahyang adalah islam,baligh,berakal. Tidak difardhukan juga ke atas kanak-kanak ini berdasarkan sabda rasulullah s.a.w
    terjemahannya” tiga orang tidak dikira sebagai bertanggungjawab keatas perbuatannya iaitu orang gila sehingga ia siuman dan tidur sehigga ia sedar daripada tidurnya dan kanak-kanak sehingga ia bermnimpi(baligh)”. Kefardhuan sembahyang wajib dilaksanakan bagi seseorang yang cukup syarat wajib dan syarat sahnya. Bagi kanak -kanak yang sudah mencapai umur 10 tahun sekiranya dia meninggalkan sembahyang hendaklah dipukul dengan tangan bukan dengan kayu tidak melebihi 3 pukulan ini sebagai cara memarahinya. berdasarkan sabda rasulullah s.a.w.:
    terjemahannya suruhlah anak kamu bersembahyang apabila mereka mencapai umur tujuh tahun dan pukullah mereka apabila mereka mencapai umur 10 tahun dan asingkan mereka di tempat tidur. Tetapi mereka yang tiada keuzuran dan memenuhi syarat melakukan solat dan meninggalkan solat secara sengaja adalah berdosa besar dan dihukumkan murtad dan solat yang telah ditinggalkan hendaklah diqadhakan dan perlu bertaubat.
    Peranan kerajaan dalam menangani masalah ini amatlah besar dan memerlukan tindakan drastik sebelum masyarakat islam hari ini tidak terus terpesong dari landasan yang sebenar. Sesebuah negara islam perlu berlandaskan al-quran yang menjadi perlembagaan atau rujukan tertinggi dalam segala hal. Oleh itu, penguatkuasaan undang-undang islam perlu dilaksanakan. Hukum-hukum islam yang sebenar mesti ditegakkan seperti qisas,hudud dan takzir. Negara mempunyai kuasa memaksa dan ia mesti dipatuhi oleh semua rakyatnya. Salain daripada itu menegakkan hukum allah adalah tanggungjawab pihak berkuasa bukannya individu. Berkata imam al-Ghazali “bahawa sesungguhnya syariat itu adalah dasar ,manakala kerajaan (pemerintah) pula adalah penjaga ( pengawal )sesuatu yang tiada asas dasar nescaya akan runtuh dan sesuatu yang tidak ada pengawal nescaya akan hilang (luput). Peranan media massa dan elektronik juga penting kerana dapat menarik minat masyarakat untuk mengetahui kepentingan solat,hikmah dan azab tidak melaksanakannya. Maka, sama-samalah kita menegakkan hukum allah yang benar….

    IZZUDIN ISHAK said:
    05/08/2012 at 12:44 am

    MOHAMED IZZUDIN BIN ISHAHAK (DX125394PIJ01)

    JAWAPAN SOALAN 1.

    Kaedah menentukan bulan Ramadhan ada 2 cara iaitu dengan cara melihat anak bulan (RUKYAH HILAL) dan jugak cara pengiraan (HISAB) tetapi lebih tepat jika menggunakan kaedah Rukyah Hilal,sabda Rasulluah S.A.W :

    “Jika kamu sekelian melihat anak bulan, berpuasalah. Jika pandangan kamu dihalang oleh awan/mendung, maka kirakanlah (bulan Sya’ban) menjadi 30 hari” (HR Imam Bukhari dan Muslim)

    Imam Syafiei enggan meletakkan seorang saksi kerana takut kesasihan yang tidak tepat dan akan berlaku kekeliruan,serta dikhuatiri akan berlaku keraguan yang sudah pasti akan timbul pelbagai masalah,jadi Imam Syafiei meletakkan dua orang saksi yang sudah sememangnya ber-akil baligh lagi berakal untuk melihat dan menentukan kesasihan tersebut.Tujuan Imam Syafiei meletakkan dua orang saksi adalah untuk langkah berjaga-jaga berbanding meletakkan seorang sahaja saksi kerana tugas saksi bukan sekadar hanya melihat anak bulan malah mereka perlu mengumumkan kepada umat islam.Kalau puasa lewat diatas kesilapan yang diumumkan mengikut pengisytiharan rasmi maka diwajibkan qada’ puasa.Sebab itu Imam Syafiei meletakkan dua orang saksi kerana tidak mahu kejadian ini berlaku,firman Allah S.W.T dalam Surah Al-Baqarah ayat 185 :

    “…Sesiapa di antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadhan (atau mengetahuinya), maka hendaklah dia berpuasa…”

    JAWAPAN SOALAN 2.

    Solat adalah salah satu perintah daripada Allah S.W.T dan ianya adalah satu kewajipan pada setiap umat islam.Pada hari ini kita dapat lihat ada dikalangan masyarakat yang beragama islam yang tidak mendirikan solat dan punca-punca nya adalah kerana sibuk mengejarkan keduniaan,sibuk mengejar harta keduniaan yang sudah sememangnya tidak kekal,malas,bergelumang dengan maksiat,was-was syaitan yang sentiasa membisik ditelinga dan sebagainya,tetapi itu semua adalah alasan dan ianya bergantung kepada diri masing-masing,barangsiapa yang meninggalkan solat kerana malas,kerana sengaja serta meringan-ringkankan tentang solat maka dia ternyata kafir dan murtad.Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Baqarah ayat 43 :

    “Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan keluarkanlah zakat dan rukuklah kamu semua (berjemaah) bersama-sama orang-orang yang rukuk”

    Akibat orang yang meninggalkan solat sewaktu berada di dunia,Allah S.W.T akan menutup dan akan menghilangkan berkat dari segi usaha mencari rezeki serta akan dicabut nur orang mu’min (soleh) diwajahnya.Apabila dalam keadaan menghadapi sakaratul maut,roh akan dicabut ketika berada dalam keadaan yang sangat haus dan dahaga,pada masa itulah akan merasa azab yang sangat pedih.Semasa di alam kubur pula,akan berasa susah untuk menjawab soalan daripada malaikat Mungkar dan malaikat Nakir yang sangat menggerunkan serta akan menerima hukuman yang sangat pedih.Didalam kubur menjadi gelap gelita dan akan menjadi sempit serta dipenuhi binatang yang berbisa seperti ular,kala jengking dan lipan.Oleh itu,pihak kerajaan amat memainkan peranan yang sangat penting dan harus mengambil berat tentang umat islam pada masa kini supaya setiap umat islam tidak lalai dalam mendirikan solat tidak kira masa dan waktu,pihak kerajaan jugak boleh mengingatkan umat islam dengan cara menggunakan pelbagai jenis media dan teknologi yang sudah tersedia ada memandangkan zaman sekarang sudah memiliki pelbagai kemudahan seperti televisyen,radio,surat khabar,internet dan lain-lain,contohnya dengan membuat aktiviti seperti pertandingan,memperbanyakkan lagi rancangan realiti tv yang ke arah islamik,membuat dan memperbanyakkan program-program tentang islam menerusi radio ataupun televisyen,membuat program seperti forum perdana disetiap masjid.Mungkin dengan cara ini dapat mengeluarkan seorang ‘role model’ yang boleh menjadi ikutan umat islam pada masa kini 😉

    rozanah said:
    05/08/2012 at 1:16 am

    ROZANAH BINTI ROSLI (125439PIJ01)
    Jawapan soalan 1

    Imam Syafie meletakkan kepada dua orang saksi yang adil untuk menyaksikan anak bulan untuk penentuan awal Ramadhan sebelum diisytiharkan kepada orang ramai,supaya lebih diyakini kesahihannya.Firman Allah s.w.t dalam surah Al-Baqarah ayat 185 ;

    فمن شهد منكم الشهر فليصم
    ertinya:Barang siapa yang telah melihat anak bulan diantara kamu maka hendaklah ia berpuasa.

    Sekiranya yang telah melihat anak bulan tersebut adalah saksi-saksi yang adil maka perlulah dia menyatakan penyaksiannya di hadapan qadi atau hakim bahawa dia telah melihat anak bulan dan diwajibkan berpuasa pada esok harinya.

    Jika hanya salah seorang saksi sahaja yang nampak anak bulan maka wajib ke atas dirinya untuk berpuasa pada esok harinya walaupun belum diisytiharkan oleh pihak yang berkenanaan.Tetapi sekiranya ia tidak berpuasa kerana (mengikut pengisytiharaan rasmi) maka wajib ke atas saksi tersebut mengqada’kan puasanya dan dikenakan fidiyah ke atas dirinya selepas bulan Ramadhan tahun tersebut.

    Jawapan soalan 2

    Kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan sembahyang, maka hendaklah kamu menyebut dan mengingati Allah semasa kamu berdiri atau duduk, dan semasa kamu berbaring. kemudian apabila kamu telah merasa tenteram (berada Dalam keadaan aman) maka dirikanlah sembahyang itu (dengan sempurna sebagaimana biasa). Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan Yang Diwajibkan atas orang-orang Yang beriman, Yang tertentu waktunya.
    Hukum meninggalkan solat secara sengaja adalah berdosa besar. Mereka yang sengaja meninggalkan solat telah mendedahkan dirinya kepada kekufuran. Kewajipan menunaikan solat telah dinyatakan sebagaimana telah dinyatakan didalam surah an-Nisa ayat 103.
    Menurun mazhab Syafie hukuman orang yang meninggalkan solat kerana mengingkari kewajipan atau mempersendakannya , dia dihukumkan kafir dan murtad.maka wajib keatasnya segera bertaubat dan memohon keampunan dari Allah S.A.W. Mereka ini diperintahkan mengqada’kan solat yang ditinggalkan. Sekiranya mereka ini enggan mengqada’kan solatnya maka wajib dijatuhkan hukuman bunuh ke atasnya.
    Imam Muslim telah diriwayatkan daripada Jabir r.a bahawa dia telah berkata:”Bahawa sesungguhnya aku mendengar nabi s.a.w bersabda: “sesungguhnya sempadan seseorang itu syirik dan kafir ialah orang yang meninggalkan solat.”
    Imam Syafie berpendapat orang yang malas mengerjakan solat adalah ciri-ciri orang munafik dan akan mendapat seksaan di akhirat kelak.Dan sekiranya ia berterusan malas melakukan solat maka ia akan terus kafir.
    Kerajaan memainkan peranan penting bagi memastikan orang islam di Malaysia menjalankan tangungjawab sebagai orang islam iaitu melaksanakan solat .Antara usaha yang boleh dilaksanakan adalah dengan mengunakan segala kemudahan yang ada seperti ;
    Menggunakan media massa,media cetak dan lain-lain bagi mengajak orang islam Malaysia melakukan kewajipan sebagai orang islam, dengan menyiarkan program yang berkaitan dengan solat, perbanyakkan tazkirah -tazkirah yang mana menceritakan tentang azab-azab yang akan menimpa kepada orang-orang yang tidak melakukan solat di akhirat kelak .
    Kerajaan perlu menguatkuasakan di sekolah-sekolah agar mempertingkatkan lagi usaha mendidik anak -anak melakukan solat dalam kehidupan seorang muslim.Di zaman moden ini, pelbagai alat -alat teknologi yang boleh digunakan untuk tujuan penyebaran ini,dengan sebaik mungkin, Kerajaan juga boleh mengadakan kem solat di setiap di sekolah Malaysia agar anak-anak orang islam di Malaysia bukan hanya cermerlang di dunia malahan di akhirat juga.
    Pihak kerajaan juga perlulah menampal poster-poster kebaikkan dan keburukan meninggalkan solat di jabatan-jabatan kerajaan dan swasta untuk menyeru semua umat Islam di Malaysia melakukan solat.

    NOR AZLINA BINTI RAMLI said:
    05/08/2012 at 2:02 am

    Jawapan soalan 1

    Berpuasa di bulan ramadhan merupakan rukun islam yang ketiga.Dalam menentukan awal ramadhan ada 2 cara iaitu dengan kaedah RUKYAH HILAL(melihat anak bulan) dan HISAB(pengiraan).
    # Imam Syafie meletakkan 2 orang saksi yang adil dan menolak 1 penyaksian adalah kerana untuk mengukuhkan kesahihan terhadap anak bulan yang dilihat oleh saksi pertama agar tidak berlaku sebarang kekeliruan.
    # Hukum yang jatuh ke atas seorang saksi yang melihat anak bulan terlebih awal hendaklah ia berpuasa walaupun belum di umumkan pengisytiharaan awal ramadhan.Jika saksi tersebut tidak berpuasa,maka dia wajib mengqada’kan puasa dan dikenakan kifarah ke atas dirinya.

    Dasar dari hal ini adalah firman Allah Ta’ala,

    فَمَنْ شَهِدَ مِنْكُمُ الشَّهْرَ فَلْيَصُمْهُ
    ”Karena itu, barangsiapa di antara kamu menyaksikan (di negeri tempat tinggalnya) di bulan itu, maka hendaklah ia berpuasa pada bulan tersebut.” (QS. Al Baqarah: 185)

    JAWAPAN SOALAN 2

    *Orang islam yang meninggalkan solat fardhu adalah amat buruk dan sangat keji sekali, malahan ianya terlebih keji daripada iblis.Ini kerana si iblis hanya enggan sujud kepada nabi Adam a.s. yang merupakan makhluk, tetapi orang yang meninggalkan solat adalah seorang yang enggan bersujud kepada Allah s.w.t yang merupakan Khaliq (pencipta).
    Justeru itu, dosa meninggalkan solat itu amat besar sekali.Hukum meninggalkan solat fardhu dengan sengaja tanpa keuzuran adalah haram dan berdosa besar.Di Akhirat nanti seseorang yang meninggalkan solat itu akan dimasukkan ke dalam neraka.Allah s.w.t telah menceritakan di dalam al-Quran, bahawa ahli syurga (Ashabul Yamiin) telah bertanya kepada penghuni neraka, yang bermaksud:Apakah yang menyebabkan kamu masuk ke dalam neraka? Mereka menjawab, kami dahulu bukan daripada golongan orang-orang yang bersolat.
    Daripada Abdullah bin Umar r.a. daripada Nabi s.a.w. bahawa pada suatu hari baginda menyebut tentang solat lalu baginda bersabda, yang bermaksud:
    #Sesiapa yang memelihara solat, nescaya solatnya menjadi nur untuknya, ketandaan (iman) dan kelepasan (dari neraka) pada hari kiamat.
    #Sebaliknya sesiapa yang tidak memeliharanya nescaya tiada nur baginya, ketandaan dan kelepasan.
    #Malahan dia adalah (dikumpulkan dalam neraka yang paling panas sekali) bersama Qarun, Fir’aun, Haman dan Ubai bin Khalaf.
    (Hadis riwayat Ahmad, at-Tabrani dan Ibnu Hibban).
    Daripada Jabir r.a. meriwayatkan beliau telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda, yang bermaksud:
    Sesungguhnya meninggalkan solat ialah (perkara yang menghubungkan) seseorang dengan kufur.(Hadis riwayat Ahmad dan lain-lainnya).
    Ijma’ para ulama mengatakan bahawa hukum orang yang meninggalkan solat kerana ingkar terhadap kewajipannya, adalah jatuh kafir.
    *Peranan Kerajaan dalam memastikan setiap orang islam di Malaysia dirikan solat adalah dengan mengadakan kempen kesedaran serta motivasi terhadap komuniti di dalam dan di luar Bandar tentang pentingnya solat dalam kehidupan seharian kita.Menekankan pengajian kelas fardhu ain di setiap sekolah,tempat kerja,komuniti setempat dan lain-lain lagi.Disamping itu juga kerajaan perlulah mengadakan kempen-kempen berkaitan agama melalui media cetak mahupun elektronik bagi memberi lebih input kepada setiap orang islam di Malaysia.Insyaallah……..

    HALIMAH BINTI ISMAIL (DX125378PIJ01) said:
    05/08/2012 at 2:18 am

    JAWAPAN SOALAN PERTAMA:

    Melihat hilal(anak bulan)akan diperkirakan sekiranya ada dua orang saksi yang adil.Berdasarkan sabda Rasullullah s.a.w: ‘ Puasalah kalian ,kerana melihat hilal,berbukalah kerana melihatnya,berhajilah kerana melihatnya ,jika kalian tertutup dengan mendung,sempurnakanlah tiga puluh hari,jika ada dua orang saksi ,berpuasalah kalian dan berbukalah”
    (Hadis Riwayat an-nasai(4/133),Ahmad (4/321) ad-darugthuni (2/167) dan dari jalan Husain bin al-harits al-Jadali dari Abdur Rahman bin Zaid bin al-khattab dari para sahabat Rasullullah s.a.w,sanadnya Hassan.
    Lafaz diatas dalam riwayat an-nasai Ahmad menambahkan ‘dua orang muslim’
    Tidak diragukan lagi,bahawa diterimanya persaksian dua orang dalam satu kejadian ,tidak menunjukkan persaksian seorang diri itu ditolak ,oleh kerana itu ,persaksian seorang saksi dalam melihat hilal,tetap diperkirakan (sebagai dasar untuk mula berpuasa )dalam satu riwayat yang sahih dari ibnu umar radhiallahu anhuma berkata :manusia mencari-cari hilal ,maka aku khabarkan kepada Nabi s.a.w,bahawa aku melihatnya ,Rasullullah s.a.w pun menyuruh manusia berpuasa..
    Maka ,hukum yang jatuh pada salah seorang saksi yang telah melihat anak bulan,dia wajib berpuasa.Jika tidak berpuasa ,maka,dia perlu meng qada’kan puasa tersebut.Selain itu,saksi tersebut perlu memberitahu saksi seterusnya untuk mengukuhkan dan mengesahkan bahawa telah tibanya awal ramadhan.

    JAWAPAN SOALAN KEDUA;

    Amalan pertama yang akan dihisab bagi seseorang hamba pada hari kiamat adalah solat.Jika solatnya baik,maka dia termasuk dalam golongan orang yang bahagia dan beruntung,tetapi,jika solatnya rosak ,maka dia termasuk dalam golongan orang yang rugi dan tidak beruntung ‘Hr.imam at-tarmizi’.Jadi,hukum orang islam yang meninggalkan solat tanpa keuzuran yang dibenarkan oleh syarak ,adalah haram dan berdosa besar.Pelaku wajiblah segera memohon keampunan kepada Allah dan bertaubat.Jumhur ulamak mengatakan,wajib qada’(ganti) solat tersebut.
    Nabi bersabda “siapa yang pelihara solat,maka dia akan perolehi cahaya’,bukti keterangan dan kebebasan dihari kiamat. Bagi mereka yang tidak menjaga solat,maka dia tidak akan peroleh cahaya ,bukti keterangan dan kebebasan dihari kiamat ,dia akan bersama qarun,firaun ,haman dan ubai qhalf (Hr Imam Ahmad).
    Jika seseorang meninggalkan solat kerana malas ataupun lalai ,tetapi masih mengiktikad kewajipan solat itu atas dirinya ,maka imam malik dan as-syafie menetapkan bahawa orang itu tidak kafir,hanya dipandang fasik (melakukan dosa besar) disuruh bertaubat ,nescaya dibunuh ,selaku suatu hukuman yang mesti dijalankan..

    BALQIS_ISHAK said:
    05/08/2012 at 3:23 am

    NOORBALQIS BTE ISHAK (DX125407PIJ01)
    Soalan 1:
    Jawapan: *Imam Syafiie meletakkan 2 orang penyaksian yang adil dan menolak 1 penyaksian.Apa yang di maksudkan dengan adil itu iaitu bertaqwa dan menjaga maruah. Beliau meletakkan 2 orang penyaksian dengan menolak 1 penyaksian adalah kerana dikhuatiri apa yang dimaklumkan itu samar-samar contohnya anak bulan ditutupi awan maka dengan adanya 2 penyaksian ini maka dapat membuktikan dan menguatkan lagi kesahihannya serta lebih berhati-hati berkaitan ibadah.
    Jawapan:*kita telah dimaklumi umum tentang ibadah berpuasa bagi umat islam adalah dihukumkan wajib.Berdasarkan firman Allah didalam ayat Al-quran surah Al-Baqarah ayat 183 yang bermaksud:
    Wahai orang-orang yang beriman! diwajibkan keatas kamu berpuasa sebagaimana yang diwajibkan kepada orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa.
    Berdasarkan ayat di atas jelas telah menunjukkan perintah Allah kepada umatnya,sesungguhnya sesiapa yang mengingkari perintah ALLAH adalah berdosa besar. Maka hukum jatuh keatas salah seorang saksi tersebut adalah berdosa besar dan sesiapa yang meninggalkan puasa wajib mengqada’kan puasanya(ganti),mengikut hari yang ditinggalkannya dan didalam hati perlu ada penyesalan(taubat).sekiranya tidak mahu taubat barulah dihukumkan murtad iaitu dibunuh.

    Soalan 2
    Jawapan:*Berdasarkan firman Allah
    ان الصلوة كانت على المؤمين كتباموقوتا
    Sesungguhnya solat itu adalah fardhu yang ditentukan waktunya keatas orang-orang yang beriman.
    Berdasarkan ayat diatas Allah telah memerintahkan solat itu wajib dilakukan.Jika setelah selesai waktu dan habis waktu sembahyang tidak diselesaikan juga maka hukumnya berdosa besar jika sengaja serta wajib qada’(ganti).Manakala sependapat ulama’ pula mengatakan jika ia meninggalkan solat dengan sengaja serta ingkar tentang wajibnya solat maka ianya dihukumkan kafir dan wajib dibunuh,tetapi jika ia meninggalkan solat tetapi tidak ingkar perintah Allah ia dihukumkan dera,tahan sehingga ia mahu solat,difasakkan hartanya,murtad(keluar daripada islam dan dihukum sebagaimana hukuman murtad.

    Jawapan:*.Antara peranan kerajaan memastikan orang islam solat seperti mengadakan kempen melakukan solat melalui laman sesawang,televisyen,radio,pesanan ringkas di telefon bimbit dan sebagainya.Kerajaan juga perlu mengadakan seminar percuma di pusat-pusat membeli belah tentang ancaman dan azab Allah kepada hambanya meninggalkan solat.Kerajaan juga perlu membanteras industri-industri kecil islam yang berniaga ketika waktu solat(solat jumaat).Kerajaan juga seharusnya mengkaji semula dan menggubal undang-undang agar lebih mesra agama,contohnya menangkap orang islam yang tidak solat. Dan kerajaan juga perlu meningkatkan penguatkuasaan hukuman. Hukuman berbentuk takzir bagi orang islam yang tinggalkan solat perlu dijalankan sebagai had keatasnya.
    SEKIAN WASSALAM

    SITI ARAFAH said:
    05/08/2012 at 4:17 am

    SITI ARAFAH BINTI SUBOH (DX125446PIJ01)

    JAWAPAN SOALAN 1

    Imam syafi’e telah menetapkan dua orang sebagai saksi untuk penyaksian penentuan awal ramadhan, bagi mengelakkan kesangsian berlaku dua orang saksi perlu menceritakan dari permulaan hingga akhir bagaimana keadaan anak bulan semasa dilihat bersama dan tidak boleh berlaku percanggahan fakta. Apabila berlaku percanggahan fakta, maka persaksian tidak boleh diguna pakai. Imam syafi’e menolak persaksian seorang kerana takut berlaku penyelewengan dan keraguan semasa penyampaian maklumat. Dalam masalah ini saksi tersebut mendahulukan kiraan (Hisab), pada asalnya dia sudah melihat anak bulan dahulu tetapi dia tidak berpuasa, kerana dia berpuasa lewat (sebab mengikut pengisytiharan rasmi) maka dia berdosa kerana tidak berpusa semasa melihat anak bulan terlebih dahulu.

    Antara cara menetapkan awal permulaan ramadhan ialah pertama melihat anak bulan, kedua kiraan (Hisab) menyempurnakan bulan Sya’ban sebanyak 30 hari. Sekirannya salah seorang daripada dua saksi ini lebih awal melihat anak bulan, namun dia berpuasa lewat (sebab mengikut pengistiharan) maka hukum puasanya sah kerana mengikut pendapat yang ramai adalah afdal dan pendapat ramai lebih kukuh untuk diguna pakai sebagai amalan. Tetapi dia telah meninggalkan hari pertama dia melihat anak bulan, maka wajib dia menggantikan puasa pertamanya itu.

    Setiap umat islam di wajibkan berpuasa berdasarkan hadis berikut:

    إذ رأيتموه فصوموا وإذا رإيتموه فأفطروا فإن غم عليكم فا قدر واله

    Maksudnya:”apabila kamu melihat (hilal), maka berpuasalah, dan apabila kamu melihatnya (hilal) maka berbukalah. Jika ada mendung menutupi kalian maka hitunglah.” (Hadis Riwayat al- Bukhari. Dari Abu Hurairah)

    Maka apabila kelihatan anak bulan maka wajib salah seorang itu berpuasa pada keesokan harinya dan bulan sya’ban dikira hanya 29 hari sahaja. Kesimpulan nya sah puasanya apabila dia melihaat anak bulan dan wajib dia menggantikan puasanya yang telah ditinggalkan pada hari pertama itu.

    JAWAPAN SOALAN 2

    Hukum meninggalkan solat adalah berdosa dan dilaknat oleh Allah S.W.T sebagaimana tidak melakukan solat. Sembayang merupakan rukun Islam kedua yang wajib dilaksanakan mengikut waktu yang telah ditetapkan. Sembayang yang merupakan ibadah yang dibuat bersama-sama dengan niat, bukannya sekadar gerak badan. Solat yang benar-benar khusyuk akan mencegah pendirianya daripada sebarang kemungkaran setiap bacaan solat yang dibaca itu akan mencegah seseorang daripada melakukan kemungkaran.

    Sebagaimana firman Allah S.W.T dalam surah Al-Ankabut Ayat 45.

    إن الصلاة تنهى عن الفحشاء والمنكر

    Maksudnya: Sesungguhnya sembayang itu mencegah daripada kejahatan dan kemungkaran.

    Sembayang merupakan ibadat yang boleh menghalang seseorang itu daripada melakukan perbuatan yang salah dan terlarang, selain itu, mengelakkan daripada melakukan dosa0dosa besar contohnya membunuh, berzina, memakan harta anak yatim dan jugadosa-dosa kecil yang dilakukan.

    Sembahyang adalah satu permohonan serta satu percakapan antara makhluk dengan penciptanya. Sembayang yang kurang sempurna adalah lebih baik tidak bersolat kerana mereka akan menerima azab seksa yang paling pedih diakhirat kelak. Oleh sebab itu, kita mestilah berusaha seikhlas-ikhlasnya untuk solat dan berdoa kepada Allah S.W.T supaya Allah memberikan Taufiq dan Hidayahnya, supaya kita tergolong dikalangan orang yang soleh.

    Peranan kerajaan dalam memastikan setiap orang Islam di Malaysia melakukan solat ialah mengadakan kempen melakukan solat secara beramai-ramai di surau dan di masjid. Mengadakan majlis untuk menarik minat orang muda untuk rajin solat di masjid dan menerangkan kelebihan melakukan solat seperti mendapat keberkatan di dunia dan di akhirat. Selain itu juga mengadakan aktiviti di masjid dan surau agar orang ramai tertarik untuk hadir.

    Marilah kita sama-sama menjaga solat kita dan menyeru umat islam supaya solat lima waktu itu jangan di tinggalkan. Solat yang berkesan adalah solat yang khusyuk, yang dapat mengawal diri, mengawal hati, pemikiran, perasaan dan anggotanya agar tidak membuat kemungkaran. Solat juga dapat menyatu padukan perpaduan umat islam di semua pelusuk, supaya menjadi mukmin yang bertaqwa..

    HALINA said:
    05/08/2012 at 5:58 am

    HALINA
    HALINA BINTI RABU ( DX 125379PIJ01)
    JAWAPAN SOALAN 1
    Imam Syafi’e meletakan 2 orang saksi penyaksian yang adil dan menolak penyaksian jika salah seorang daripada dua saksi ini terlebih dahulu melihat anak bulan, namun dia berpuasa lewat (sebab mengikut penisytiharan rasmi) apakah yang jatuh keatasnya?
    Melihat anak bulan Ramdhan pada 29 sya’ban waktu terbenamnya matahari ia boleh ditetapkan apabila penyaksian yang adil menyatakan kesaksiannya dihadapan Qadi atau Hakim bahawa ia telah melihat anak bulan.
    Jika ada salah seorang daripada dua saksi ini terlebih dahulu melihat anak bulan maka ia wajib berpuasa dengan syarat tidak menyebarkan kepada yang lain. Sekiranya tidak melaksanakannya hukumnya berdosa dan wajib mengqadakannya pada bulan yang lain.
    Firman Allah S.W.T.
    “ ……sesiapa yang telah melihat bulan diantara kamu, hendaklah ia berpuasa…” Surah Al-Baqarah: 185.
    Agama Islam adalah agama yang indah dan mudah serta tidak membebankan sesiapa, demi menjaga perpaduan ummah dan kekeliruan maka cara yang terbaik dalam menentukan awal Ramadhan adalah dengan mengikuti keputusan pemerintah(kerajaan).

    JAWAPAN SOALAN 2
    Solat merupakan ibadat asas kerana ia adalah ibadat yang pertama difardukan kepada umat islam pada tarikh 27 rejab, setahun sebelum baginda berhijrah ke Madinah.
    Sabda Rasulullah s.a.w.
    “ Solat itu tiang agama. Barang siapa mendirikan solat sesungguhnya ia telah mendirikan agamanya dan barang siapa meninggalkan solat,sesungguhnya ia telah meruntuhkan agamanya.”
    Hukum orang yang menninggalkan solat adalah berdosa besar dan mempunyai ciri-ciri orang kafir. Firman Allah S.W.T.
    “ setelah melihat orang-orang yang bersalah itu, mereka berkata: “ Apakah yang menyebabkan kamu masuk kedalam(neraka) saqar?” orang-orang yang bersalah itu menjawab: “ kami tidak termasuk dalam kumpulan orang-orang yang mengerjakan solat.” Surah Al- Muddaththir: 42-46.
    Betapa berat hukuman orang yang meninggalkan solat,oleh itu jangan sesekali meninggalkan atau memandang remeh terhadapnya nescaya akan mendapat azab dari Allah di akhirat kelak.Segala amalan kebajikan yang lain tidak akan diterima oleh Allah.
    Peranan kerajaan dalam memastikan setiap orang islam di Malaysia ini mendirikan solat:
    a) Pihak kerajaan hendaklah memilih dan melantik mereka-mereka yang mempunyai ilmu pengetehuan tengtang agama supaya mereka-mereka ini dapat mengadakan kelas-kelas atau ceramah untuk memberikan kesedaran kepada orang islam tengtang kewajipan mendirikan solat dan akibat meninggalkan solat.
    b) Menyediakan rancangan khas berkenaan solat ditelevisyen bagi mereka yang sukar untuk keluar rumah terutamanya kaum wanita dan kanak-kanak.
    c) Memastikan sektor-sektor awam atau swasta menyediakan tempat solat dan memberikan waktu pada pekerja-pekerja agar dapat mendirikan solat setiap waktu.
    d) Di sekolah-sekolah ini pula perlu ada subjet amali solat agar murid lebih memahami cara mendirikan solat dengan betul walaupun sudah diajar di rumah supaya amalan ini berterusan dan akan menjadi satu kewajipan dan tidak boleh dipandang ringan bila mereka dewasa kelak.
    e) Melantik ketua masyarakat atau ketua kampung disetiap daerah dan kampong agar mereka dapat memastikan penduduk mendirikan solat terutamanya solat berjemaah agar dapat membentuk konsep perpaduan yang hakiki dan mengeratkan silaturrahim,membentuk kemesraan dan kejituan dalam hubungan sesama muslim .

    DILLA said:
    05/08/2012 at 6:37 am

    NOR FADILAH BINTI AMAN ( DX125410PIJ01)
    Jawapan Soalan 1 :

    Menurut pandangan mazhab imam syafie paling kurang memerlukan dua orang penyaksian yang adil untuk melihat anak bulan ini sebelum diisytiharkan kepada orang ramai bahawa esok berpuasa. Bagi imam syafie syarat melihat anak bulan ramadhan hendaklah disaksikan oleh dua orang yang adil kerana ia adalah Qias bagi menunjukkan satu Jemaah dan mengelakkan daripada keraguan.
    Seperti mana sabda rasulullah s.a.w
    Dari Amir Makka, Al-Harits ibnu Hathib dia telah berkata : “Telah menjanjikan rasullah s.a.w kepada kami supaya puasa dengan melihat bulan, jika kami tidak dapat melihat bulan itu, supaya kami puasa dengan kesaksian dua orang yang adil” Riwayat Abu Daud dan Daruquthni.
    Sebahagian ulama’berpendapat kesaksian satu orang itu saja belum dapat menjadi dasar untuk menetapkan masuknya bulan ramadhan, tetapi harus disaksikan oleh dua orang yang adil. Pendapat ini berdasarkan hadis Al-Harits tersebut.
    Jika ada salah seorang daripada dua saksi ini terlebih awal melihat anak bulan namun berpuasa lewat kerana menunggu pengisytiharan maka hukum yang jatuh keatas dirinya berdosa dan wajib menggantikan puasa yang di tinggalkan.
    Seperti firman Allah dalam surah al-baqarah ayt 185 yang menyebut :
    Maka barang siapa menyaksikan bulan itu hendaklah berpuasa padanya.

    Jawapan Soalan 2 :

    Hukum orang islam meninggalkan solat fardhu dengan sengaja tanpa keuzuran yang dibenarkan oleh syarak adalah Haram dan berdosa besar. Pelaku wajib segera memohon keampunan kepada Allah (istighfar) dan bertaubat. Jumhur ulam’mengatakan wajib qada’(ganti) solat tersebut. Nabi S.a.w bersabda “perjanjian antara kita orang islam dan orang kafir ialah solat dan sesiapa yang meniggalkan solat sesungguhnya dia telah menjadi seorang kafir. Hr al-tirmidzi.
    Jika dia meninggalkan solat kerana malas atau lalai tetapi masih mengi’ktikadkan kewajipan solat itu atas dirinya , maka imam Malik dan Asy syfie menetakan bahawa orang itu tidak kafir hanya dipandang fasikh (melakukan dosa besar) dan disuruh bertaubat. Jika tidak mahu bertaubat nescaya dibunuh selaku suatu hukuman yang mesti dijalankan.

    Dalam hadis yang lain Rasulullah bersabda, “lima waktu sembahyang yang Allah wajibkan keatas hambanya . sesiapa yang melakukanya dengan baik dengan tidak meringankan hak-Nya, maka Allah menjanjikan dia dimasukkan ke dalam syurga dan bagi sesiapa yang tidak melakukanya, maka Allah tidak mempunyai janji dengannya. Jika Dia (Allah) mahu Dia akan menghukumnya dan jika dia mahu, Dia akan mengampuninya”. (H.R Ahmad,Abu Daud & Al-Nasaei)

    Firman Allah “apakah menyebabkan kamu masuk neraka? Jawab orang-orang yang bersalah, “kami tidak termasuk dalam kumpulan orang yang mengerjakan sebahyang”. (al-Mudassir : 42-43)
    Sesungguhnya solat itu mencegah daripada (perbuatan-perbuatan) keji dan mungkar. Dan sesungguhnya mengingati Allah (solat) adalah lebih besar ( keutamaannya daripada ibadah-ibadah yang lain) dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan. (surah Al-Ankabut ayat 45)

    Peranan kerajaan dalam memastikan setiap orang islam di Malaysia ini mendirikan solat antaranya usha kerajaan dalam memperkasakan setiap golongan dengan keutuhan taqwa,kemantapan ilmu pengetahuan dan kesantunan akhlak seharusnya dijadiakan agenda semua pihak. Pendidiakn luaran seperti masjid,surau dan sekolah-sekolah yang disediakan oleh kerajaan haruslah digunakan sebaiknya. Malah kerajaan telah membina masjid dan surau di taman-taman perumahan serta kampung-kampung dan pusat membeli-belah. kerajaan telah mengadakan latihan kerohanian dan ketahanan serta penigkatan ilmu terhadap inti al-quran dengan mengadakan kempen-kempen mendirikan solat. Media masa juga berperanan dengan mengadakan forum perdana yang telah dianjurkan oleh Jakim agar melahirkan umat yang beilmu beriman INSYAALLAH..

    CHE RADZIAH BINTI CHE ESA said:
    05/08/2012 at 6:42 am

    CHE RADZIAH BINTI CHE ESA ( DX 125371PIJ01 )

    JAWAPAN SOALAN 1 :

    Ibadat puasa yang menjadi rukun islam diwajibkan pada tahun kedua hijrah . Kita diwajibkan berpuasa apabila melihat anak bulan (Rukyah) dan wajib berbuka atau berhari raya apabila nampak anak bulan Syawal . Ini bertempatan dengan saranan nabi Mohamad SAW dalam hadisnya yang bermaksud : Berpuasalah kamu apabila melihat anak bulan , berbukalah kamu apabila melihat anak bulan Syawal . Bertepatan dengan hadis ini jelaslah kepada kita diwajibkan keatas kita terlebih dahulu melihat anak bulan untuk berpuasa . Penentuan berdasarkan melihat anak bulan adalah merupakan pengisytiharan yang sangat tempat untuk penentuan awal ramadhan . Maka dengan ini imam Syafie meletakkan dua orang saksi yang adil untuk menyaksikan anak bulan sebelum diisytiharkan puasa kepada orang ramai . Jika seorang saksi sahaja yang melihatnya ini boleh menimbulkan berbagai-bagai andaian dan anggapan daripada orang ramai . Diantaranya timbulnya keraguan dan syak wasangka terhadap pandangan melihat anak bulan tersebut (kabur) . Dan ditakuti seorang saksi itu mempunyai ingatan yang kurang baik . sekiranya saksi tersebut telah melihat anak bulan terlebih dahulu maka wajib ke atas dirinya berpuasa . Sekiranya dia melewatkan puasanya dia dihukumkan berdosa besar dan diwajibkan qada’ dan membayar fidiyah . Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud : Masa yang diwajibkan berpuasa ialah bulan Ramadhan yang padanya diturunkan Al-Quran dan menjadi petunjuk sekalian manusia serta menjadi pembeza antara yang benar dengan yang batil . Oleh itu , sesiapa diantara kamu mengetahuinya maka hendaklah berpuasa pada bulan itu ( suruh Al-Baqarah ayat 185 ) , Dan diikuti pula sabda rasulullah SAW yang bermaksud jika kalian telah melihat anak bulan Ramadhan maka laksanakanlah Ramadhan . Berdasarkan nas dan hadis diatas maka jelaslah kepada kita bahawa apabila anak bulan kelihatan maka wajiblah keatas orang yang melihatnya berpuasa walaupun pengisytiharan belum lagi diumumkan .

    JAWAPAN SOALAN 2 :

    Solat adalah ibadah utama selepas kesaksian terhadap keesaan Allah dan kerasulullan SAW . Solat juga merupakan pintu utama ke syurga . sebagai mana pesan Rasulullah antara amalan yang dihitungkan adalah soalat . sekiranya solatnya baik dia akan berbahagia dan beruntung , sekiranya solatnya rosak dia pasti akan menyesal dan rugi . berdasarkan pesanan ini maka jelaslah kepada kita bahawa solat merupakan ibadah yang amat penting yang diamanahkan oleh allah kepada hambanya . Berdasarkan pesanan diatas maka wajarlah sekiranya orang yang meninggalkan solat dikenakan hukuman nya . diantara hukuman-hukumanya ialah :

    1) Menjadikan seseorang itu berdosa besar jika ia meninggalkan solat . Tidak cukup hanya dengan qada’ solat dosanya tidak diampunkan sekiranya dia tidak betul-betul bertaubat .

    2) Menghubungkan seseorang itu dengan syirik dan kufur kepada Allah sebagaimana hadis riwayat imam Ahmad dan Muslim .

    3) Terkeluar daripada agama islam sebagaimana hadis ubaidah bin Samit yang mana Rasulullah SAW ada berpesan kepada ku tujuh perkara antaranya ialah jangan menyekutukan Allah dan meninggalkan solat .

    4) Seksaan dan azab yang amat berat terhadap orang yang meninggalkan solat .

    Berdasarkan hukuman-hukuman yang dikemukakan diatas maka jelaslah kepada kita bahawa betapa pentingnya solat terhadap kita . Oleh itu , marilah sama-sama kita mendirikan solat kerana takutkan Allah . Disamping itu juga solat dapat ditunaikan oleh setiap orang sekiranya kerajaan mengambil peranan dalam membentuk sebuah negara islam yang harmoni dan aman dengan bersolat . Antara peranan-peranan yang harus diambil oleh kerajaan ialah :

    1) Memperbanyakkan tayangan dan cetakan mengenai isu-isu tentang solat melalui media masa dan cetak .

    2) Mengadakan program-program dan ceramah mengenai kepentingan solat dimana solat merupakan amalan yang senang dan mudah diamalkan tidak mengu=ira tempat dan keadaan sekalipun .

    3) Memmberi bimbingan yang terperinci kepadda golongan-golongan yang kurang arif mengenai solat (kelas bimbingan solat) .

    4) Memperbanyakkan lagi tempat-tempat beribadat seperti masjid dan surau serta menyediakan kemudahan dan keselesaan bagi orang yang ingin menunaikan solat .

    Dengan ini marilah sama-sama kita mengerjakan solat .

    NOOR FAIZAH BINTI MAJUNID said:
    05/08/2012 at 8:23 am

    NOOR FAIZAH BINTI MAJUNID
    DX1225405PIJ01

    Jawapan soalan 1
    Menurut imam syafie jika kita melihat anak bulan, hendaklah mempunyai 2 orang penyaksian. Ini kerana dikhuatiri salah seorang daripadanya terlupa atau tersilap perkiraan. Selain itu juga ia adalah untuk sebagai langkah berjaga –jaga agar tidak tersalah menetapkan tarikh puasa ramadhan.

    Hukum ke atas seseorang yang terlebih awal melihat anak bulan , namun ia berpuasa lewat,ia dihukumkan berdosa dan wajib menggantikan puasanya itu. Ini kerana ia telah melihat anak bulan lebih awal dan telah diwajibkan keatas dirinya terlebih dahulu berpuasa , tidak perlu berpuasa seperti pada tarikh yang telah ditetapkan mengikut perisytiharan rasmi.

    Jawapan soalan 2
    Islam telah menetapkan bahawa solat adalah satu kewajipan ke atas semua umatnya yang beriman, tetapi terdapat juga beberapa golongan yang gemar meninggalkan solat dan golongan yang tidak dibenarkan solat,juga golongan yang tidak diwajibkan solat.Golongan yang gemar meninggalkan solat terdiri daripada orang islam yang telah mumayiz, baligh dan cukup syarat untuk melaksanakan ibadat solat adalah dihukumkan haram dan berdosa besar.

    -Golongan kedua iaitu golongan yang tidak dibolehkan bersolat,terdiri daripada orang islam seperti orang yang gila ,orang yang dalam keadaan berhadas kecil dan besar. Hukum mereka meninggalkan solat adalah diwajibkan dan tidak berdosa.Kerana ia adalah suatu suruhan allah.

    -Golongan ketiga ini pula terdiri daripada orang islam yang tidak diwajibkan solat ,tetapi mereka digalakkan melaksanakan ibadat solat sebagai suatu latihan kepada mereka untuk menghayati dan mendalami cara pengabdian seorang hamba kepada tuhannya dalam agama islam iaitu solat.Golongan tersebut adalah kanak-kanak yang belum baligh,yang mempunyai akal untuk membezakan baik dan buruk.

    Malaysia adalah satu Negara islam yang mempunyai perlembagaan dan menjadikan islam adalah” agama rasmi” Negara. Oleh yang demikian kerajaan Malaysia begitu perhatin akan permasalahan yang berlaku digalangan umat islam, khususnya perkara-perkara berkaitan keimanan dan kepatuhan terhadap tuhannya.Justeru itu kerajaan memainkan peranan bagi memastikan umat islam melaksanakan solat mengikut ketetapan syarak.

    Antara peranan yang dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia ialah menyediakan frasarana dan infrastruktur yang selesa bagi memudahkan penganut agama Islam menunaikan ibadah solat. Antara frasarana tersebut adalah surau-surau,masjid-masjid dan wakaf-wakaf musolah di setiap perhentian lebuh-raya, perumahan dan premis-premis perniagaan seperti pasaraya dan banggunan awam.

    Begitu banyak peranan yang disumbangkan kerajaan Malaysia bagi memastikan umat Islam di Negera ini melaksanakan ibadah solat. Walau bagaimanapun peranan yang paling penting dititik beratkan oleh kerajaan Malaysia ialah di bidang “pendidikan” yang mana kerajaan telah membelanjakan banyak wang dan tenaga bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran agama islam yang menjadi teras pengetahuan ibadah solat dipraktikkan.

    Ini menunjukkan Kerajaan Malaysia Telah memainkan peranan yang sepatutnya bagi memastikan umat islam di Negara ini melaksanakan solat. Walaupun begitu, peranan yang dilaksanakan kerajaan tidak akan Berjaya sepenuhnya jika kesedaran dan keimanan tidak di terapkan dalam diri setiap penganut Islam.kepatuhan terhadap tuhan adalah kunci setiap kejayaan.

    SITI HAZIQAH said:
    05/08/2012 at 8:35 am

    SITI HAZIQAH BINTI RAMLI (DX125452PIJ01)

    JAWAPAN SOALAN 1

    Imam Syafei telah menetapkan 2 orang saksi sebagai yang adil kerana dua orang itu mestilah sama pendapat dari permulaan hingga akhirnya.Jika berlaku pencanggahan dalam penyaksian itu akan terbatal.Sekiranya menggunakan seorang saksi, maka penyaksian tersebut tidak diterima kerana boleh mendatangkan keraguan atau kekeliruan.

    Penetapan melihat anak bulan melalui dua cara,yang pertama ialah melihat anak bulan (Rukyah hilal),manakala yang kedua pula ialah dengan cara kiraan (hisab) iaitu dengan mencukupkan 30 hari dalam bulan sya’ban.Sekiranya salah seorang daripada saksi ini lebih awal melihat anak bulan,namun dia berpuasa lebih lewat (sebab mengikut pengisytiharan rasmi) maka hukumnya sah kerana mengikut kepada keputusan yang ramai dan pendapat ramai lebih utama.Ini berkaitan dengan penyaksian yang ramai lebih afdhal,maka puasa ke atas dirinya adalah sah.Sekiranya saksi pertama melihat anak bulan terlebih dahulu maka wajib ke atas dirinya berpuasa sebagaimana dalam hadis riwayat muslim dari Abu Hurairah r.a,

    لاَ تَصُوْمُو حَتّى تَرَوْا الهِلالَ وَلا تُفْطِرُوا حَتَّى تَرَوهُ فَإنْ غُمَّ عَلَيكُم فَاقْدُروا لَهُ
    yang bermaksud,”Janganlah kalian berpuasa sehingga melihat hilal, jangan pula kalian berbuka sehingga melihatnya,jika kalian terhalang oleh awan,maka sempurnakanlah bilangannya (bulan) menjadi tiga puluh hari”.

    Imam syafei mewajibkan berpuasa walaupun hanya seorang yang melihat anak bulan sebagaimana firman Allah taala dalam surah Al-Baqarah ayat 185,”oleh itu,sesiapa di antara kamu yang menyaksikan anak bulan ramadhan (atau mengetahuinya),maka hendaklah dia berpuasa”.
    Jika dia tidak berpuasa apabila melihat anak bulan maka,hukumnya berdosa dan wajib ke atas dirinya mengqadakan puasanya yang pertama itu.

    JAWAPAN SOALAN 2

    Solat adalah salah satu rukun islam yang kedua yang diwajibkan ke atas setiap muslim dan muslimat yang mukallaf (baligh dan berakal).Kefardhuan ini telah disepakati ulama'(ijma) dan dikira sebagai ( مَا يُعَلَمْ مِنَ الدِّيْن بالضَرُورَة) perkara asas agama yang diketahui oleh setiap muslim. Sesiapa yang meninggalkan solat kerana malas, bermudah-mudah atau sengaja tanpa menafikan kewajibannya tergolong di kalangan orang yang fasik dan berdosa besar.Dia diwajibkan bertaubat,beristighfar dan menyesal atas perbuatanya serta mengqada’kan solat yang ditinggalkannya.jika enggan ,maka wajib dibunuh sebagai melaksanakan hukuman hudud.Hukum meninggalkan solat adalah berdosa besar dan dilaknat Allah.

    Hadis riwayat Abu Daud daripada Ubadah B as-Somit r.a katanya aku dengar Baginda bersabda : “lima fardhu solat diwajibkan oleh allah ke atas hambanya.sesiapa yang melaksanakan dan tidak melengahkannya serta menjaga haknya,maka baginya suatu janji daripada Allah untuk memasukkannya ke dalalm syurga.Manakala,sesiapa yang tidak melaksanakannya tidak mendapat janji Allah yang tersebut.Sekiranya dikehendaki Allah diazabnya dan sekiranya dikehendaki Allah dimasukkannya ke dalam syurga”.

    Hadis ini menunjukkan orang yang meninggalkan solat tidak dihukumkan kafir kerana jika ia kafir sudah tentu tidak masuk syurga secara qat’i.Maka dijelaskan hadis ini kepada orang yang meninggalkan solat kerana malas.

    Jumhur ulama berpendapat bahawa orang yang meninggalkan solat dengan sengaja dihukum bunuh walaupun meninggalkan satu fardhu sahaja. Dia di suruh bertaubat selama tiga hari,jika enggan dijatuhkan hukuman had dengan dipenggal kepalanya.maka,hukumya tetap seperti jenazah muslim yang lain iaitu ditanam di perkuburan orang islam,dimandikan,dikafankan dan disolatkan ke atasnya kerana ia tidak terkeluar daripada agama islam.

    Peranan kerajaan dalam memastikan setiap orang islam di Malaysia solat ialah mengadakan kempen kelebihan bersolat.Mewajibkan orang ramai untuk pergi ke Masjid.Selain itu,Mengadakan tazkirah tentang kelebihan solat dan akibat meninggalkan solat dengan menggambarkan keadaan yang berlaku.Selain itu juga,perlu menarik minat orang muda untuk rajin ke surau atau masjid seperti mengadakan majlis-majlis atau program-program.Dan menerapkan pengisian agama dalam peringkat sekolah serta nilai-nilai islam dalam diri merka.

    SAYDATULHAKIMAH BINTI SARIMAN ( DX125524PIJ01) said:
    05/08/2012 at 8:42 am

    Jawapan soalan ( 1 )

    Menurut Imam Syafi’e rukyatul hilal Ramadan cukup seorang saksi, tetapi untuk hilal berbuka, hari raya fitri, harus dua orang saksi seperti dalam keterangan yang menyatakan :

    “ Dari Ibnu Umar r.a. ia berkata : Telah ribut manusia mengatakan hilal Ramadan telah ada, lalu aku khabarkan kepada Rasullah s.a.w. bahawa aku telah melihatnya, lalu beliau terus berpuasa, dan disuruhnya manusia mulai berpuasa. “

    Dalam hadis Nabi s.a.w. dinyatakan pula,
    “ Dari Abu Hurairah r.a. ia berkata : Telah bersabda Rasullah s.a.w. : Puasalah kamu kerana telah melihat bulan dan bukalah kerana telah melihat bulan, apabila bulan itu telah tertutup (kerana awan tebal), maka sempurnakanlah bilangan bulan Syaaban iaitu tiga puluh hari.

    Dalil yang difardhukan puasa pada bulan Ramadan dalam firman Allah Taala :

    “ (Masa yang diwajipkan berpuasa ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan pertunjuk serta menjadi pembeza (antara yang benar dengan yang salah). (Oleh itu), sesiapa di antara kamu yang menyaksi anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu. “

    Begitu juga sabda Nabi s.a.w. kepada A’rabi yang telah bertanya kepada Baginda :

    “ Beritahu kepada aku puasa yang telah difardhukan oleh Allah ke atas aku ?” Jawab Baginda : “ Puasa bulan Ramadan.”

    Disebabkan puasa Ramadan adalah salah satu daripada rukun Islam dan termasuk kefardhuan yang diketahui daripada agama secara daruri (mudah), maka orang yang mengingkari kefardhuannya adalah kafir dan dia hendaklah diperlakukan sebagaimana terhadap orang murtad. Dia hendaklah diminta bertaubat. Sekiranya dia bertaubat, taubatnya diterima. Jika dia tidak mahu bertaubat hendaklah dibunuh sebagaimana melaksanakan hukum hudud kesalahan murtad. Jika dia bukan seorang yang baru memeluk Islam ataupun dia hidup membesar jauh dari pembangunan (sebagaimana yang dikatakan oleh ulama’) maksudnya jauh daripada tempat ulama’ bijak pandai.

    Manakala orang yang meninggalkan puasa tanpa keuzuran dan dia tidak mengingkari kewajipannya seperti dia berkata : “ Saya wajib berpuasa tetapi saya tidak mahu berpuasa, maka orang ini hukumnya fasik dan tidak kafir. Pemerintah orang-orang Islam wajib menahannya (mengurungnya) dan menghalangnya daripada makan dan minum pada waktu siang supaya puasa terlaksana padanya, walaupun sekadar pada zahirnya sahaja.

    Jawapan soalan ( 2 )

    Orang meninggalkan solat adalah disebabkan rasa malas dan mengambil mudah dengannya atau kerana ingkar kepadanya atau kerana memandang kecil (ringan) terhadapnya.

    Orang yang meninggalkan solat kerana mengingkari kewajipannya atau mempersenda-sendakannya, dia dihukum kafir dan murtad sebagaimana dalam riwayat daripada Jabir r.a. yang mengatakan bahawa dia pernah mendengar Nabi bersabda :

    “ Sesungguhnya sempadan seseorang itu dengan syirik dan kafir ialah meninggalkan solat “.

    Pemerintah Islam wajib menyuruhnya supaya bertaubat. Sekiranya dia bertaubat dan mendirikan solat maka itulah yang sepatutnya. Dan sekiranya dia enggan, dia hendaklah dibunuh disebabkan kemurtadannya dan tidak harus memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya. Dia juga tidak harus dikebumikan di perkuburan Islam kerana dia bukan daripada golongan mereka.

    Sekiranya seseorang meninggalkan solat kerana malas, dan dia masih beriktikad bahawa solat itu wajib, maka menjadi tanggungjawab pemerintah untuk memerintahnya supaya mengqadakkan semula solat yang telah ditinggalkan dan bertaubat daripada dosa meninggalkan solat. Sekiranya dia enggan, maka wajib dibunuh sebagai melaksanakan hukuman hudud. Dengan erti kata lain hukuman bunuh yang dikenakan dikira sebagai hukum hudud kerana dia dianggap sebagai penderhaka di kalangan orang Islam. Tambahan pula, hukuman orang yang meninggalkan perkara yang difardhukan ialah diperangi. Walau bagaimanapun, setelah dibunuh, dia tetap dianggap sebagai seorang Islam dan diuruskan jenazah dan harta pusakanya sebagaimana orang Islam yang lain. Ini kerana dia masih termasuk di kalangan orang-orang Islam.

    Imam Bukhari (25) dan Muslim (22) meriwayatkan hadis daripada Ibnu Umar r.a. bahawa Rasullah s.a.w. bersabda :

    “ Aku diperintahkan supaya memerangi manusia sehingga mereka mengakui bahawa tiada tuhan (yang wajib disembah) melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah dan mereka mendirikan solat serta mengeluarkan zakat. Apabila mereka melakukan yang demikian, maka darah dan harta mereka terpelihara melainkan dengan cara yang hak yang dibenarkan oleh Islam dan perhitungan mereka terserahlah kepada Allah “.

    Hadis ini menunjukkan bahawa orang yang mengucapkan dua kalimah syahadah tetap akan diperangi sekiranya dia tidak mendirikan solat tetapi dia tidak dihukum kafir, berdalilkan kepada hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan lain-lainya daripada Ubadah bin Al-Shomit r.a. dia berkata : Aku telah mendengar Rasullah bersabda :

    “ Sembahyang lima waktu telah diwajibkan oleh Allah ke atas hamba-hambaNya. Barangsiapa yang menunaikannya, bermakna dia tidak mempersia-siakan sesuatu daripada kewajipan tersebut lantaran memandang ringan terhadapnya, maka dia memiliki perjanjian di sisi Allah bahawa dia akan dimasukkan ke syurga “.

    Hadis ini menunjukksn bahawa orang yang meninggalkan solat tidak dihukum kafir, kerana sekiranya dihukum kafir, ia tidak akan termasuk dalam sabda Nabi s.a.w. Ini kerana orang-orang kafir tidak sekali-kali dimasukkan ke syurga.

    AISHAH BINTI ABU BAKAR said:
    05/08/2012 at 2:10 pm

    AISHAH BT ABU BAKAR
    (DX125364PIJ01)

    Jawapan soalan no 1

    Hukumnya haram,jadi orang tersebut perlu menggantikan semula puasa yang dah terlewat kerana dia sudah ternampak anak bulan.Dalam firman Allah S.W.T:Apabila kamutelih melihat anak bulan Ramadan(mengetahuinya),maka berpuasalah.(Surah Al-Baqarah:185)

    Jawapan soalan no 2

    Hukumnya haram,jadi orang tersebut perlu mengqada’nya semula.Firman Allah S.W.T:Dan tunaikanlah kamu solat,dantunaikanlah zakat.(Surah Al-Baqarah:110).Peranan kerajaan di Malaysia pula,menyebarkan dakwah.Selain itu,mengadakan ceramah-ceramah agama.
    Terdapat 5 kebaikan melakukan solat:

    1) Rezeki dimurahkan
    2) Diangkat dari seksa kubur.
    3) Mendapat buku catatan amal dari tangan kanan.
    4) Melintasa Titian Siratul Mustaqim sepantas kilat
    5) Masuk syurga tanpa hisab
    Akibat meninggalkan solat 5 waktu:
    Duduk di dalam neraka selama satu huqub.

    Terdapat kisah yang dipetik dari sebuah hadis:

    Ada seorang wanita meninggal dunia.Adiknya pergi pada hari perkebumiannya.Tiba-tiba dompet adiknya terjatuh.Adiknya pun pulang dengan rasa gelisah.Dia mengambil keputusan untuk menggali kubur kakaknya senyap-senyap. Ketika dia menggali,dia ternampak kubur kakaknya berapi.Dia pun pulang ke rumah dan bertanya kepada ibunya.Ibunya menceritakan bahawa masa kakaknya hidup,dia selalu melewat-lewatkan solat dan menunaikan pada waktu hampir luput. Semoga Allah menjauahkan kita daripada perkara sebegini.

    TMD said:
    06/08/2012 at 1:21 pm

    Tempoh dah tamat. Tapi harap tuan blog dapat terima jawapan yang diberikan oleh SILAWATI BINTI SADIK.{DX125443P1J01} di post “DLQ1302”.

      Naem responded:
      06/08/2012 at 2:48 pm

      InsyaAllah saya akan terima. Jazakallah khairal Jaza’ saya ucapkan.

    You are truly a excellent webmaster. The site loading velocity is incredible. It sort of feels that you’re doing any unique trick. Moreover, The contents are masterwork. you have done a fantastic process on this topic!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s