Makluman Untuk Pelajar ULT 2132, Space KL

Posted on Updated on

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Di sini saya nak maklumkan bahawa jadual kelas kita ULT2132 pada hari Sabtu (25 Ogos 2012) atau bersamaan dengan musim cuti hari raya Aidilfitri sememangnya terpaksa diteruskan juga tanpa sebarang perubahan. Perkara ini sudah saya bincangkan dengan SPACE UTM, JB dan pihak SPACE menyatakan bahawa jadual untuk semester ni memang padat. Tiada ruang untuk dilakukan perubahan.

Justeru, ini akan menimbulkan dua masalah :

1. Midterm Test : 20 Markah

2. Individual Presentation : 15 Markah

Cara menyelesaikan masalah :

1. Midterm Test itu saya akan tukarkan kepada kuiz. Ini bermakna ada baki 2 kuiz lagi yang mesti pelajar jawab.

2. Berkenaan individual presentation, semua wajib hadir melainkan kepada sesiapa yang tinggal di Sabah@Sarawak yang mana tiket flight telah ditempah dan semestinya tidak boleh dipinda. Bagi sesiapa yang tiada alasan seperti di atas, diharapkan dapat hadir untuk presentation pada hari tersebut di samping kita sama-sama saling mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri..hehe. Raya berkemungkinan hari Ahad 19/08/2012, dan kelas kita pada Sabtu akan datang, ok le tarikh tu, cuma udah-udahle beraya tu.

3. Jika ada sesiapa yang ingin mengutarakan cadangan atau pandangan mengenai masalah ini, boleh ajukan pada side ‘leave a comment’ dan saya akan reply secepat mungkin, InsyaAllah.

 

Sekian dimaklumkan.

 

Advertisements

46 thoughts on “Makluman Untuk Pelajar ULT 2132, Space KL

    Anum said:
    31/07/2012 at 10:43 am

    Insyaallah & Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri buat Ustaz sekeluarga

      Naem responded:
      31/07/2012 at 3:27 pm

      Terima kasih Hanum.

    space student said:
    31/07/2012 at 10:50 am

    assalamualaikum ustaz, saya cadangkan agar Individual Presentation dapat diadakan pada hari ahad 26 ogos 2012 tetapi perkara ini kena dibincangkan dengan pelajar yang lain takut terdapat pertindihan kelas.
    alasannya
    1. kebanyakkan pelajar sudah kembali bertugas pada 22 ,23,24 ogos. sekiranya pelajar tersebut tinggal luar dari kawasan kuala lumpur, mereka tidak perlu mengambil cuti pada hari jumaat (24/8) untuk dtg kelas di KL, sebaliknya menggunakan hari sabtu untuk perjalanan mereka yang disebabkan kesesakan warga kuala lumpur kembali ke kuala lumpur selepas beraya. ..

      Naem responded:
      31/07/2012 at 3:46 pm

      Waalaikumussalam bila engineer menulis,
      Saya dah lawat blog bila engineer menulis, tapi lama dah x update, cuba updatekan ek..ramai yang boleh manfaatkan perkongsian ilmu.
      Ok, berkenaan dengan cadangan kelas diubah pada 26/08/2012, pada tarikh tersebut ada subjek Bahasa Moden (UHB) dan dikhuatiri ada dikalangan pelajar seksyen kita yang ambil subjek ini. Satu lagi masalah, kelas yang digunakan oleh kita, berkemungkinan diambil oleh subjek lain. Jadi kita kena book kelas lain. Apapun terima kasih atas cadangan tu.

    nor hasniza bt mohd nadzri (SX095159AWD04) said:
    31/07/2012 at 10:57 am

    assalamualaikum ustaz :

    2 kuiz ustaz akan buat secara online ke?.. bila tarikhnya ?

      Naem responded:
      31/07/2012 at 3:31 pm

      Waalaikumussalam Hasniza,
      Saya sudah terima jawapan kuiz dari Hasniza, andalah orang yang pertama berani menghantar jawapan, dan mengenai 2 baki kuiz tu nanti saya tgh fikirkan tarikhnya. Nanti saya maklumkan kemudian ye.

        Khairunnisa Binti Anis (SX095137AWD04) said:
        31/07/2012 at 4:17 pm

        saya punya kuiz ustaz terima x?

        Naem responded:
        31/07/2012 at 4:24 pm

        Saya dah terima Nisa’. Terima kasih. TTg skype tu, nanti saya fikirkan jg ye, betul jgk cadangan tu..byk betul nak kena fikir ni..

        hasniza nadzri said:
        01/08/2012 at 9:15 am

        org pertama hehehee…terima kasih ustaz…alhamdulillah final exam 4/9/2012..flight sy ke sabah 5/9/2012..jadual final exam tak berubah kn??? … sy sokong cadangan kelas pada 1/9/2012 atau 2/9/2012…

        Khairunnisa Binti Anis (SX095137AWD04) said:
        01/08/2012 at 11:57 am

        sy pon sokong..leh dtg present…tak yah nk sype..heheheh

        hasniza nadzri said:
        01/08/2012 at 12:40 pm

        2/9 lg ok ..final exam pn 3/9 & 4/9… 🙂

        Naem responded:
        02/08/2012 at 10:28 am

        InsyaAllah.

        MOHD SHAHRUL NAJIB BIN MOHD ARSHAD (SX106052EED04) said:
        06/08/2012 at 12:20 am

        Salam Ustaz… jika hasniza yang hantar jawapan paling awal sekali ,saya rasa kan ustaz , saya yang hantar jawapan paling lewat sekali ustaz iaitu pada jam 11.58pm 5/8/12 lagi 2 minit nak abis waktu ustaz, nak masuk 6/8/12…he..he2 ,tapi still dalam tempoh kan…mcm abis waktu sahur pulak kan…maafkan saya ustaz sbb hantar jawapan lewat, yang paling mustahak, ustaz ada terima tak jawapan saya,kalau ada Alhamdulillah…tq ustaz soalan itu mmg sgt menarik untuk dijawab… 🙂

        Naem responded:
        06/08/2012 at 2:54 pm

        Wsalam, najib ke..ingatkan PM Datuk Seri Najib Razak..saya dah terima jawapan tu lewat malam tadi.

    Khairunnisa Binti Anis said:
    31/07/2012 at 11:17 am

    Assalammualaikum ustaz..
    mengenai kelas tu…sy balik dr sarawak pd 28 Ogos…tak dapat nk hadir …mcm mana ye? sy kena beli tiket juga ke utk hadir kelas pada 26 ogos tu?…mohon mohon pertimbangan ustaz..:(

      Naem responded:
      31/07/2012 at 3:38 pm

      Waalaikumussalam Nisa’,
      Takpe, teruskan beraya ek, cumanya berkenaan dengan presentation Nisa’ tu, nanti saya fikir kemudian.

        Khairunnisa Binti Anis (SX095137AWD04) said:
        31/07/2012 at 3:45 pm

        itu lah..sy pun risaukan presentation tu..memang nk hadir ms present..tp nk kena ambil tiket balik awal…cmne ek..(^?6)

        Naem responded:
        31/07/2012 at 3:52 pm

        Bukan Nisa’ je ada masalah yang sama, tapi Khadzir juga mengalami masalah yang sama. 15 markah tu..banyak tuu..nanti saya maklumkan ek.

        Khairunnisa Binti Anis (SX095137AWD04) said:
        31/07/2012 at 4:14 pm

        ok..terima kasih ustaz…ye..15 markah tu boleh jdikan A kan..hrm..buat conference presentation boleh?..heheh
        skype dr srwak..

    Khairunnisa Binti Anis said:
    31/07/2012 at 11:22 am

    maaf ustaz..baru baca msg yg ustaz tulis kat atas..hehhe..ok..nanti saya tulis surat jugak utk membuktikan ketidakhadiran saya..ok..terima kasih ustaz atas pertimabangan itu..:)

    student space kl said:
    31/07/2012 at 2:09 pm

    assalamualaikum…
    ustaz kenapa kita tidak boleh mengadakan kelas pada 1/9/2012 atau 2/9/2012??
    setahun saya peperiksaan kita bermula pada 3/9/2012 sehingga 6/9/2012..
    saya mencadangkan sekiranya sabtu dan ahad tarikh berkenaan diadakan prezentition. ini kerana tarikh peperiksaan bagi subjek berkenaan adalah pada 4/9/2012 (selasa) pukul 2.30petang….
    sekiranya alasan space tiada kelas di bangunan space…bilik seminar di perpustakaan mungkin boleh digunakan….
    itu hanyalah cadangan saya….

      Naem responded:
      31/07/2012 at 3:55 pm

      Waalaikumussalam,
      Cantik juga cadangan tu, nanti sy cuba telek dulu tarikh tu sama ada sesuai atau tak untuk kita semua. Terima kasih.

        Anum said:
        31/07/2012 at 4:23 pm

        Assalamualaikum
        Maaf kerana menyampuk.. saya setuju dengan cadangan di atas, sebab tarikh peperiksaan kita lambat lagi.

        Naem responded:
        31/07/2012 at 4:26 pm

        Waalaikumussalam anum,
        Ok, nanti sy cuba adjust ngan Space ek.

    Mohamad Azlan Bin Mohamad Ali (SX095914AWD04) said:
    01/08/2012 at 3:47 pm

    salam ustaz,

    mohon maaf ustaz, untuk makluman ustaz, saya tak dapat hadir ke kelas pd 25 ogos kerana beraya di kampung saya di Kuching Sarawak… 25hb ogos penerbangan balik dr kuching… kalau kelas diadakan selepas tarikh tersebut insyaallah saya dapat hadir, harap dapat pertimbangan dr ustaz…

    terima kasih.

      Naem responded:
      02/08/2012 at 10:28 am

      W’salam Azlan,
      Ustaz br apply nak buat kelas 1/9 pada Space, cumanya x pasti lagi lulus atau x, nanti saya maklumkan balik.

    Mazlan said:
    01/08/2012 at 10:49 pm

    Assalamualaikum..
    Kalau ustaz nak buat kelas pada 26 ogos,saya dan beberapa rakan lain tidak dapat nak hadir sebab clash dengan presentation English..kalau cadangan kelas pada 1/9 atau 2/9 saya sokong..hehe

      Naem responded:
      02/08/2012 at 10:27 am

      Waalaikumussalam Mazlan,
      A’ah itu ustaz tahu mesti ada student ambil subjek UHB, tadi saya baru je bincang ngan Space tapi x pasti lagi sama ada mereka setuju atau tidak buat kelas 1/9 nanti. Harap2 dapatla.

    firdaus said:
    02/08/2012 at 8:54 am

    Assalamualaikum ustaz,
    Saya mohon maaf kerana tidak dapat hadir sekiranya kelas diadakan pada 25 ogos kerana menguruskan majlis abang saya di kampung. Saya menyokong usul dan cadangan rakan-rakan untuk kelas dipinda ke 1/9 atau 2/9. Mohon pertimbangan dari ustaz. Terima kasih.

      Naem responded:
      02/08/2012 at 10:24 am

      Waalaikumussalam Firdaus,
      saya br je bincang dengan Space nak buat kelas 1/9 nanti, dan mereka masih dalam perbincangan lagi nak luluskan ataupun tidak, nanti saya maklumkan semula.

    Syazana Muhamad Zin (Sx105478HRD04) said:
    03/08/2012 at 8:23 am

    saya pun sokong 1/9…hehe

    MOHD.KHADZIR OTHMAN (SX101462AWJ04) said:
    03/08/2012 at 9:24 am

    Assalamualaikum ustaz,

    Terima kasih atas keprihatinan Ustaz terhadap masalah yang saya dan kengkawan sekelas hadapi.. Apapun saya sangat bersetuju dengan keputusan ustaz yang midterm tersebut diganti dengan quiz dan juga tolak ansur ustaz yang membolehkan pelajar sabah& serawak yang masalah tiket dibenarkan tidak hadir ke kelas pada 25hb8 tersebut..

    mengenai presentation tersebut saya terpikir untuk menggunakan video call ym atau skype or selainnya ( atas dasar rasa komitmen )..tetapi saya khuatiri server line slow bagi internet yang menjejaskan komunikasi semasa presentation.. oleh itu saya akan akan buat video record sebagai back up nti…so apa pandangan ustaz?

    apapun pandangan ustaz sy terima n pikirkan…

    Jazakumullahu khairan….

    (P/S : sedihnya tak dapat dtg kelas and present..huhu)

    Musnazril Bin Mustaq Khan said:
    04/08/2012 at 11:46 am

    Assalammualaikum.

    Walaupun saya hanya balik ke kota bharu, tapi tiket kapal terbang telah ditempah 2 bulan lepas, jadi sekiranya kelas on juga pada 26hb saya terpaksa mengeluarkan kos berganda untuk membawa keluarga balik awal (tambahan pada jumaad tersebut saya perlu menguruskan majlis pernikahan anak buah saya, bapa beliau telah tiada).

    Harap dapat dipertimbangkan kelas pada 1hb tersebut ataupun untuk kelas semester ini ustaz kasi hadiah raya, tak perlu presentation, just emailkan assignment dan slide presentation sahaja.

    Terima Kasih
    Musnazril Bin Mustaq Khan

    Musnazril Bin Mustaq Khan (SX080663EEJ04) said:
    04/08/2012 at 12:20 pm

    Assalammualaikum….

    Saya memberi sokongan penuh sekiranya kelas ditunda ke 1/9 memandangkan saya dan keluarga beraya di kota bharu dan tiket flight telah ditempah 2 bulan lepas untuk balik pada hari ahad 26 ogos.

    sekiranya kelas akan tetap on pada 25hb, saya perlu mengeluarkan perbelanjaan yg amat besar untuk balik ke kl, itupun jika tiket flight masih ada yg kosong.

    selain dari itu, pada jumaad, 24hb saya perlu menguruskan pertunangan anak buah saya (ayahnya telah tiada).

    Jadi saya amat berbesar hati jika ustaz dapat meminda presentation tersebut ke tarikh 1/9. berkaitan isu kelas, saya rasa tak akan ada isu since semua subject dah takde kelas, lagipun menara space tersebut memiliki jumlah kelas yang banyak.

    Jika ustaz bermurah hati, harap presentation ini boleh dibatalkan khas untuk semester ini sebagai hadiah raya dan ianya diganti dengan apa bentuk yg lain. Mungkin setiap kumpulan boleh membuat video presentation dan hantar video tersebut kepada ustaz untuk penilaian.

    apapun saya menunggu kata putus dari ustaz.

    Musnazril Bin Mustaq Khan (SX080663EEJ04)

    Nur Asrul Bin Mohd Subbri said:
    04/08/2012 at 5:56 pm

    Assalamualaikum & Selamat Petang;

    Majoriti macam setuju untuk kelas di tunda ke 1/9. Harap dapat pertimbangan yg sewajarnya =)

    Selamat berpuasa & selamat berbuka semua.

    Salam….

    MOHD SHAHRUL NAJIB BIN MOHD ARSHAD (SX106052EED04) said:
    06/08/2012 at 12:24 am

    Salam Ustaz… jika hasniza yang hantar jawapan paling awal sekali ,saya rasa kan ustaz , saya yang hantar jawapan paling lewat sekali ustaz iaitu pada jam 11.58pm 5/8/12 lagi 2 minit nak abis waktu ustaz, nak masuk 6/8/12…he..he2 ,tapi still dalam tempoh kan…mcm abis waktu sahur pulak kan…maafkan saya ustaz sbb hantar jawapan lewat, yang paling mustahak, ustaz ada terima tak jawapan saya?,kalau ada Alhamdulillah…tq ustaz soalan itu mmg sgt menarik untuk dijawab…

    Noor Amieza Abd Aziz SX080667EEJ04 said:
    06/08/2012 at 7:43 am

    assalamualaikum..ustaz..saya noor amieza binti abd aziz, baru ja dapat tengok blog ustaz..dan hri ni baru blehh buat soalan kuiz..harap ustaz pertimbangkan..

      Naem responded:
      06/08/2012 at 2:52 pm

      Waalaikumussalam. InsyaAllah akan dipertimbangkan.

    MOHAMAD NOR MAS'UD said:
    06/08/2012 at 7:55 am

    Salam ustaz..saya juga di antara salah seorang yang lewat hantar jawapan..ape yg merisaukan saya, jawapan saya ringkas je ustaz..dah habis ringkas tu utk dptkan bwh 360 patah perkataan..saya tgk jwpn kwn2 yg lain semua nya pjg2,dah macam cerpen..kalah la jwpn sy cam ni ustaz..huhu..

      Naem responded:
      06/08/2012 at 2:51 pm

      Wasalam Nor Mas’ud. Takpe2 yang penting hantar. InsyaAllah setiap amalan yang dilakukan oleh manusia itu pasti dinilai oleh Allah.

    Noor Amieza Abd Aziz SX080667EEJ04 said:
    06/08/2012 at 9:43 am

    Assalamualaikum…Ustaz
    Noor Amieza Binti Abd Aziz
    SX080667EEJ04 / 811114-11-5666
    Kuiz ULT2132 / Seksyen 01 / SPACE KL

    Soalan Pertama :

    Pascamoden yang telah ditakrifkan oleh Prof. Zakaria Stapa ( 1999:144 ) telah menyatakan bahawa fahaman ini bersifat anti agama dan anti Tuhan yang mana ia merupakan lanjutan serta edisi baru kepada fahaman sekularisme Barat moden.

    Pada pandangan saya berdasarkan kepada takrifan di atas adalah pemikiran pascamoden merupakan satu idealisme alaf baru yang mucul selari dengan arus kemodenan di kalangan masyarakat barat. Fahaman Pascamoden ini mula menular disekitar tahun 1930-an, yang mana ia ekoran daripada satu penulisan yang bertajuk Antologia De La Poesia Espanola A Hispanoamericana pada tahun 1934 ( Featherstone, 1998:202) , ditulis oleh seorang pengarang bernama Federioa De Onis yang berasal dari Belanda.

    Ramai Sarjana berpendapat bahawa fahaman ini muncul bersama zaman enlightenment di Eropah. Pada masa tersebut Eropah mula menyedari bahawa ilmu pengetahuan amatlah penting. Revolusi Perindustrian juga mula wujud dan menyebabkan banyak perubahan yang mana telah menimbulkan persoalan dan tanda tanya.

    Pascamoden adalah satu fahaman yang agak mengelirukan walaupun pengaruh terhadap fahaman ini ternyata kuat serta banyak mencabar pelbagai bidang ilmu antaranya pemikiran kerohanian, keagamaan, kesenian, kebudayaan malah kesusasteraan.

    Prof Zakaria Stapa juga mengaitkan bahawa takrifan Pascamoden dengan Fahaman Sekularisme. Fahaman ini yang bermula pada abad ke-19 dan telah diasaskan oleh George Jacob Holyoake ( 1817-1906 ), adalah fahaman yang mementingkan manusia di dunia serta menafikan kewujudan alam akhirat. Pendapat lain juga ada menyatakan bahawa fahaman ini diasaskan oleh Aristotle yang mana menyatakan bahawa tiada hubungan yang wujud antara Allah dan alam. Sekularisme bayak mengamalkan doktrin iaitu urusan agama hanya untuk Allah manakala urusan pemerintahan di dunia hanya untuk pemerintah.

    Banyak perbezaan yang wujud antara Islam dan Sekular. Islam adalah agama wahyu yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang tiada sebarang cacat cela berbeza dengan sekularisme yang mana ia hanyalah fahaman yang diwujudkan oleh manusia semata-mata yang seharusnya mempunyai banyak kelemahan dan kekurangan.

    Perbezaan ketara antara Islam dan Sekularisme adalah Islam mempercayai bahawa adanya Tuhan serta segala perbuatan manusia adalah dalam lingkungan kekuasaan Allah. Ketauhidan inilah yang menjadi asas kepada setiap ajaran Islam. Ajaran Islam mempercayai adanya hari Akhirat serta perkara-perkara lain iaitu kehidupan selepas mati

    Berbeza dengan sekularisme yang menolak kepercayaan bahawa adanya Tuhan malah mereka percaya bahawa segala yang ada hanya berdasarkan alam ini. Fahaman ini hanya mempercayai kepada fakta semata-mata, mempercayai bahawa kehidupan ini hanyalah di dunia, tidak mempercayai kehidupan selepas mati ekoran tiada bukti sahih yang mengesahkan adanya kehidupan selepas mati.

    Oleh itu boleh disimpulkan bahawa, banyak perbezaan antara Sekularisme dengan ISlam. Ciri-ciri yang dihuraikan di atas telah membuktikan bahawa Islam adalah agama yang syumul malah sesuai sebagai panduan hidup manusia tidak kira zaman berbanding dengan fahaman sekularisme yang mana jika dibiarkan boleh menimbulkan kerosakkan struktur budaya dan nilai masyarakat Islam khususnya d Malaysia.

    Soalan Kedua :

    Gejala negatif yang semakin menular di kalangan masyarakat dunia telah memberikan impak besar kepada tatacara hidup manusia sejagat. Kita banyak didedahkan dengan cerita-cerita negatif seperti gejala sosial dikalangan remaja, kanak-kanak malah dewasa serta kita juga didedahkan dengan berita peningkatan kadar jenayah yang mana telah memberikan satu ancaman kepada generasi akan datang dan sediada.

    Apa yang berlaku ini tidak sepatutnya dipandang ringan malah ia harus dipandang serius. Agenda dalam menangani masalah ini perlulah diberikan penumpuan khusus. Elemen fizikal dan spiritual yang bertentangan dengan fitrah manusia perlu disekat dan dikawal agar keseimbangan kehidupan manusia terpelihara.

    Gejala-gejala negatif di kalangan masyarakat khususnya di Malaysia timbul ekoran daripada terlalu taksub kepada arus kemajuan dan kemodenan. Pengaruh-pengaruh luar yang hanya berlandaskan duniawi menjadi ikutan tanpa mengira sudut pandangan dan panduan agama. Di Malaysia walaupun masyarakatnya terdiri daripada pelbagai kaum tetapi masih tertakluk kepada fahaman keagamaanya tersendiri. Ruang lingkup kehidupan manusia itu sendiri terbatas dengan asas agama. Namun kini asas tersebut sudah tidak diguna pakai sebagai panduan dalam kehidupan.

    Kehidupan masyarakat menjadi tidak seimbang malah banyak menimbulkan masalah kerana kehidupan banyak dipengaruhi oleh anasir-anasir luar yang diketahui banyak unsur-unsur negatif. Sebagai contoh pasangan yang berkasih tanpa ikatan yang sah dan telah tinggal bersama dan terlanjur. Tiada asas agama menyebabkan timbulnya gejala pembuangan anak kerana merasakan tiada tanggungjawab ke atas diri mereka dan tidak takut kepada balasan Tuhan malah masyarakat setempat kurang mengambil peduli.

    Pengaruh globalisasi juga adalah salah satu punca kepada timbulnya gejala negatif ini. Melalui globalisasi , amat mudah manusia dikuasai melalui pemikiran, cara hidup serta nilai kemanusiaan. Negara-negara di dunia banyak dipengaruhi oleh budaya Barat yang mana telah menguasai ekonomi, sosial, politik dunia. Lantas daripada itu tidak dapat dielakkan lagi jika semua masyarakat terpaksa mengikut segala yang telah dilandaskan oleh pengaruh dan dakyah Barat yang telah mengetepikan asas agama.

    Apa yang perlu dilakukan bagi menyeimbangkan kembali kehidupan masyarakat khususnya di Malaysia adalah dengan kembali kepada asas agama. Setiap apa yang dilakukan haruslah didahului dengan pengetahuan agama. Islam khususnya telah mempunyai peraturan dan cara hidup yang sesuai untk kehidupan manusia tidak kira zaman dan masa serta situasi. Ia mencakupi setiap kehidupan manusia itu termasuklah ekonomi, tatacara sosial kehidupan manusia. Kehidu[an manusia akan lebih terjamin, selamat dan terhindar daripada anasir-anasir negatif kerana tahu setiap perlakuan akan dihtung oleh Allah s.w.t.

    Sekian, terima kasih

    Wasalam.

    Musnazril Bin Mustaq Khan (SX080663EEJ04) said:
    09/08/2012 at 6:22 pm

    Assalammualaikum ustaz…

    bagaimana dengan rayuan kami untuk menunda kelas ke 1/9/2012? ada apa-apa perkembangan tak?

    Terima Kasih

      asrulsubbri said:
      09/08/2012 at 7:24 pm

      Assala….

      Kalau kita buat after final boleh tak? Just a presentation je kan? At least semua ada peluang utk present..
      Sekian… sedikit cadangan utk pertimbangan ustaz…

      Selamat berbuka =)

      -asrul subbri-

        Naem responded:
        10/08/2012 at 2:53 pm

        W’salam. Ttg buat lepas final tu, boleh, tapi ade perbezaan antara present lepas exam dan sblm exam. Sbb ape ? Sbbnya adalah carrymark. Saya nak student tahu carrymark dia sblm dia melangkah kaki masuk exam.

      Naem responded:
      10/08/2012 at 2:54 pm

      Waalaikumussalam musnazril, ni dah mcm mahkamah rayuan ni. InsyaAllah, perkembangan setakat ni baik. Nanti saya maklumkan sblm raya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s