Day: 10/08/2012

Makluman Untuk Pelajar ULT 2132

Posted on

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Alhamdulillah, sudah selesai saya menyemak semua jawapan yang telah diberikan. Terima kasih banyak-banyak atas komitmen anda semua sebagai seorang pelajar. Memang mencabar mental saya untuk memeriksa jawapan anda semua, ada ketawa sorang-sorang, blurĀ pun ada, sakit kepala pun ada, apapun tahniah dan syabas atas jawapan yang dipostkan. Sekaligus, pemarkahan bagi kuiz ini pun sudah selesai.

Cuma ada 10 orang pelajar daripada seksyen ini yang tidak menjawab soalan kuiz, no. matriknya adalah seperti berikut :

1. SX080846HFJ04

2. SX100862EEJO4

3. SX100911EEJO4

4. SX080665EEJO4

5. SX080667EEJO4

6. SX040183CKJ04

7. SX095743MMD04

8. SX040832MMJO4

9. SX015617MMD04

10. SX095901HDDO4

Andai ada sesiapa yang tidak menjawab kuiz ini telah membaca post saya ini dan mendapati no. matriknya termasuk dalam ‘the most wanted person’, diharapkan dapatlah menghantar jawapan seberapa segera. Jangan risau, saya tak marah, jauh sekali men‘zero’kan markah anda. Tulislah apa yang anda rasakan itu terbaik, walaupun hanya dengan sepotong ayat sekalipun, sudah memadai dan tetap saya santuni dengan markah.

Mengenai cadangan majoriti kelas 1/9@2/9, saya dah maklumkan pada Space, dan rasa-rasanya macam boleh dibuat pada hari tersebut (ini ramalan saya la..hehe). Mintak-mintak jadi la, insyaAllah. Saya akan cuba untuk dapatkan pengesahan tarikh kelas seterusnya sama ada dipinda atau tidak, paling lewat hari Rabu 15/8.

Akhirnya, bagi pelajar Muslim, bersempena berbaki 10 Ramadhan terakhir ini, marilah kita sama-sama mengurangkan syahwat tidur, bershopping, menonton tv, berfacebook sebaliknya penuhilah masa itu dengan perkara-perkara yang mampu mendekatkan diri kepada Allah Taala.

Wassalam.

 

Advertisements