Makluman Untuk Pelajar ULT 2132

Posted on

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Alhamdulillah, sudah selesai saya menyemak semua jawapan yang telah diberikan. Terima kasih banyak-banyak atas komitmen anda semua sebagai seorang pelajar. Memang mencabar mental saya untuk memeriksa jawapan anda semua, ada ketawa sorang-sorang, blur pun ada, sakit kepala pun ada, apapun tahniah dan syabas atas jawapan yang dipostkan. Sekaligus, pemarkahan bagi kuiz ini pun sudah selesai.

Cuma ada 10 orang pelajar daripada seksyen ini yang tidak menjawab soalan kuiz, no. matriknya adalah seperti berikut :

1. SX080846HFJ04

2. SX100862EEJO4

3. SX100911EEJO4

4. SX080665EEJO4

5. SX080667EEJO4

6. SX040183CKJ04

7. SX095743MMD04

8. SX040832MMJO4

9. SX015617MMD04

10. SX095901HDDO4

Andai ada sesiapa yang tidak menjawab kuiz ini telah membaca post saya ini dan mendapati no. matriknya termasuk dalam ‘the most wanted person’, diharapkan dapatlah menghantar jawapan seberapa segera. Jangan risau, saya tak marah, jauh sekali men‘zero’kan markah anda. Tulislah apa yang anda rasakan itu terbaik, walaupun hanya dengan sepotong ayat sekalipun, sudah memadai dan tetap saya santuni dengan markah.

Mengenai cadangan majoriti kelas 1/9@2/9, saya dah maklumkan pada Space, dan rasa-rasanya macam boleh dibuat pada hari tersebut (ini ramalan saya la..hehe). Mintak-mintak jadi la, insyaAllah. Saya akan cuba untuk dapatkan pengesahan tarikh kelas seterusnya sama ada dipinda atau tidak, paling lewat hari Rabu 15/8.

Akhirnya, bagi pelajar Muslim, bersempena berbaki 10 Ramadhan terakhir ini, marilah kita sama-sama mengurangkan syahwat tidur, bershopping, menonton tv, berfacebook sebaliknya penuhilah masa itu dengan perkara-perkara yang mampu mendekatkan diri kepada Allah Taala.

Wassalam.

 

20 thoughts on “Makluman Untuk Pelajar ULT 2132

    norzakiahhanumAnum said:
    10/08/2012 at 11:24 am

    Ustaz terima kasih atas information, insyaallah harap2 space luluskan mengenai kelas on 1/9/2012… dan terima kasih juga atas nasihat ustaz…

      Naem responded:
      10/08/2012 at 2:50 pm

      InsyaAllah. Sama2 hanum.

    Poo said:
    10/08/2012 at 8:02 pm

    Terima kasih ustaz.. Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada ustaz dan juga kawan -kawan lain yang beragama Islam.. 🙂

      Naem responded:
      11/08/2012 at 10:37 pm

      Sama-sama Poo. Kalau datang Perak, jemput datang rumah saya ye.

        asrulsubbri said:
        12/08/2012 at 4:41 pm

        Assalam ustaz..
        Thx utk update info berkenaan..
        Kepada ustaz n member ult yg lain..
        SELAMAT MENYAMBUT AIDILFITRI &
        SELAMAT MENYAMBUT HARI MRRDEKA!!!

        Drive safe be safe k!!!

        Salam…
        -asrul subbri-

        Naem responded:
        12/08/2012 at 7:55 pm

        W’salam asrul. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. Kita jumpe lps raya nanti, InsyaAllah.

    Amir Izzat Abd Latiff said:
    12/08/2012 at 7:48 pm

    Terima kasih ustaz dan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri ~

      Naem responded:
      12/08/2012 at 7:58 pm

      Sama2 Amir. Selamat Hari Raya Aidilfitri.

    Che Razilan Jusoh said:
    13/08/2012 at 6:08 am

    assalamualaikum,
    berkenaan kuiz tambahan yang ustaz cakap hari tu,bila tarikhnya?
    saje naktahuinformation awal,takut teroverdue macamkuiz pertama hari tu.
    Selamat berpuasa dan selamat Hari Raya aidilfitri…

    Che Lan

      Naem responded:
      13/08/2012 at 10:53 am

      Waalaikumussalam Che Razilan, semangat nampaknyee..bagus2. InsyaAllah nanti ustaz maklumkan apa2 perkembangan kelas dan kuiz tu pada hari Rabu ni.

    Poo said:
    13/08/2012 at 7:55 am

    Terima kasih atas jemputan raya tu, ustaz…. 🙂

      Naem responded:
      13/08/2012 at 10:52 am

      Sama2 Poo.

    HISYAMMUDDIN HARUN said:
    14/08/2012 at 5:41 am

    Terima Kaish ustaz….begitu indah kesantunan bahasa ustaz….ni lah pensyarah yg best punya kesantunan bahasanya…hee harap2 semua lulus dengan cemerlang…dikesempatan ini saya ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI…..

      Naem responded:
      14/08/2012 at 9:00 am

      Sama2 Hisyamuddin, Aminn..harap2 kita semua berjaya dengan cemerlang dunia dan akhirat.

    Nazrol Saman B. Saad said:
    14/08/2012 at 2:10 pm

    Assalamalaikum ustaz..saya sx080665eej04, minta maaf banyak ustaz, saya baru buat kuiz hari ini. Saya baru dapat tahu ada kuiz dari rakan.

    Terima kasih..

    SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI! MAAF ZAHIR BATIN.

      Naem responded:
      14/08/2012 at 3:06 pm

      Waalaikumussalam Nazrol, takpe, yang penting hantar.

    Noor Amieza Abd Aziz SX080667EEJ04 said:
    16/08/2012 at 11:24 am

    Saam ustz Saya Amieza Sx080667EEJ04 sudah hantaq jawapan 6hb lagi.. check tgk ustaz..saya send ok ja.. pagi tu..

      Naem responded:
      16/08/2012 at 7:13 pm

      Masalah selesai, jangan risau ye.

    Noor Amieza Abd Aziz SX080667EEJ04 said:
    16/08/2012 at 11:32 am

    Assalamualaikum…Ustaz
    Noor Amieza Binti Abd Aziz
    SX080667EEJ04 / 811114-11-5666
    Kuiz ULT2132 / Seksyen 01 / SPACE KL

    Soalan Pertama :

    Pascamoden yang telah ditakrifkan oleh Prof. Zakaria Stapa ( 1999:144 ) telah menyatakan bahawa fahaman ini bersifat anti agama dan anti Tuhan yang mana ia merupakan lanjutan serta edisi baru kepada fahaman sekularisme Barat moden.

    Pada pandangan saya berdasarkan kepada takrifan di atas adalah pemikiran pascamoden merupakan satu idealisme alaf baru yang mucul selari dengan arus kemodenan di kalangan masyarakat barat. Fahaman Pascamoden ini mula menular disekitar tahun 1930-an, yang mana ia ekoran daripada satu penulisan yang bertajuk Antologia De La Poesia Espanola A Hispanoamericana pada tahun 1934 ( Featherstone, 1998:202) , ditulis oleh seorang pengarang bernama Federioa De Onis yang berasal dari Belanda.

    Ramai Sarjana berpendapat bahawa fahaman ini muncul bersama zaman enlightenment di Eropah. Pada masa tersebut Eropah mula menyedari bahawa ilmu pengetahuan amatlah penting. Revolusi Perindustrian juga mula wujud dan menyebabkan banyak perubahan yang mana telah menimbulkan persoalan dan tanda tanya.

    Pascamoden adalah satu fahaman yang agak mengelirukan walaupun pengaruh terhadap fahaman ini ternyata kuat serta banyak mencabar pelbagai bidang ilmu antaranya pemikiran kerohanian, keagamaan, kesenian, kebudayaan malah kesusasteraan.

    Prof Zakaria Stapa juga mengaitkan bahawa takrifan Pascamoden dengan Fahaman Sekularisme. Fahaman ini yang bermula pada abad ke-19 dan telah diasaskan oleh George Jacob Holyoake ( 1817-1906 ), adalah fahaman yang mementingkan manusia di dunia serta menafikan kewujudan alam akhirat. Pendapat lain juga ada menyatakan bahawa fahaman ini diasaskan oleh Aristotle yang mana menyatakan bahawa tiada hubungan yang wujud antara Allah dan alam. Sekularisme bayak mengamalkan doktrin iaitu urusan agama hanya untuk Allah manakala urusan pemerintahan di dunia hanya untuk pemerintah.

    Banyak perbezaan yang wujud antara Islam dan Sekular. Islam adalah agama wahyu yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang tiada sebarang cacat cela berbeza dengan sekularisme yang mana ia hanyalah fahaman yang diwujudkan oleh manusia semata-mata yang seharusnya mempunyai banyak kelemahan dan kekurangan.

    Perbezaan ketara antara Islam dan Sekularisme adalah Islam mempercayai bahawa adanya Tuhan serta segala perbuatan manusia adalah dalam lingkungan kekuasaan Allah. Ketauhidan inilah yang menjadi asas kepada setiap ajaran Islam. Ajaran Islam mempercayai adanya hari Akhirat serta perkara-perkara lain iaitu kehidupan selepas mati

    Berbeza dengan sekularisme yang menolak kepercayaan bahawa adanya Tuhan malah mereka percaya bahawa segala yang ada hanya berdasarkan alam ini. Fahaman ini hanya mempercayai kepada fakta semata-mata, mempercayai bahawa kehidupan ini hanyalah di dunia, tidak mempercayai kehidupan selepas mati ekoran tiada bukti sahih yang mengesahkan adanya kehidupan selepas mati.

    Oleh itu boleh disimpulkan bahawa, banyak perbezaan antara Sekularisme dengan ISlam. Ciri-ciri yang dihuraikan di atas telah membuktikan bahawa Islam adalah agama yang syumul malah sesuai sebagai panduan hidup manusia tidak kira zaman berbanding dengan fahaman sekularisme yang mana jika dibiarkan boleh menimbulkan kerosakkan struktur budaya dan nilai masyarakat Islam khususnya d Malaysia.

    Soalan Kedua :

    Gejala negatif yang semakin menular di kalangan masyarakat dunia telah memberikan impak besar kepada tatacara hidup manusia sejagat. Kita banyak didedahkan dengan cerita-cerita negatif seperti gejala sosial dikalangan remaja, kanak-kanak malah dewasa serta kita juga didedahkan dengan berita peningkatan kadar jenayah yang mana telah memberikan satu ancaman kepada generasi akan datang dan sediada.

    Apa yang berlaku ini tidak sepatutnya dipandang ringan malah ia harus dipandang serius. Agenda dalam menangani masalah ini perlulah diberikan penumpuan khusus. Elemen fizikal dan spiritual yang bertentangan dengan fitrah manusia perlu disekat dan dikawal agar keseimbangan kehidupan manusia terpelihara.

    Gejala-gejala negatif di kalangan masyarakat khususnya di Malaysia timbul ekoran daripada terlalu taksub kepada arus kemajuan dan kemodenan. Pengaruh-pengaruh luar yang hanya berlandaskan duniawi menjadi ikutan tanpa mengira sudut pandangan dan panduan agama. Di Malaysia walaupun masyarakatnya terdiri daripada pelbagai kaum tetapi masih tertakluk kepada fahaman keagamaanya tersendiri. Ruang lingkup kehidupan manusia itu sendiri terbatas dengan asas agama. Namun kini asas tersebut sudah tidak diguna pakai sebagai panduan dalam kehidupan.

    Kehidupan masyarakat menjadi tidak seimbang malah banyak menimbulkan masalah kerana kehidupan banyak dipengaruhi oleh anasir-anasir luar yang diketahui banyak unsur-unsur negatif. Sebagai contoh pasangan yang berkasih tanpa ikatan yang sah dan telah tinggal bersama dan terlanjur. Tiada asas agama menyebabkan timbulnya gejala pembuangan anak kerana merasakan tiada tanggungjawab ke atas diri mereka dan tidak takut kepada balasan Tuhan malah masyarakat setempat kurang mengambil peduli.

    Pengaruh globalisasi juga adalah salah satu punca kepada timbulnya gejala negatif ini. Melalui globalisasi , amat mudah manusia dikuasai melalui pemikiran, cara hidup serta nilai kemanusiaan. Negara-negara di dunia banyak dipengaruhi oleh budaya Barat yang mana telah menguasai ekonomi, sosial, politik dunia. Lantas daripada itu tidak dapat dielakkan lagi jika semua masyarakat terpaksa mengikut segala yang telah dilandaskan oleh pengaruh dan dakyah Barat yang telah mengetepikan asas agama.

    Apa yang perlu dilakukan bagi menyeimbangkan kembali kehidupan masyarakat khususnya di Malaysia adalah dengan kembali kepada asas agama. Setiap apa yang dilakukan haruslah didahului dengan pengetahuan agama. Islam khususnya telah mempunyai peraturan dan cara hidup yang sesuai untk kehidupan manusia tidak kira zaman dan masa serta situasi. Ia mencakupi setiap kehidupan manusia itu termasuklah ekonomi, tatacara sosial kehidupan manusia. Kehidu[an manusia akan lebih terjamin, selamat dan terhindar daripada anasir-anasir negatif kerana tahu setiap perlakuan akan dihtung oleh Allah s.w.t.

    Sekian, terima kasih

    Wasalam.

      Naem responded:
      16/08/2012 at 7:09 pm

      Waalaikumussalam. Sy dah terima jwpn tu. Maaf sbb terlepas pandang.

Leave a reply to Naem Cancel reply