Day: 15/08/2012

Maaf Zahir dan Batin

Posted on

*Me and my senior neighbour Wak Zah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Pertama :

Dikesempatan yang terhad ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 2012 bersamaan 1433H kepada seluruh pembaca blog ini khususnya. Sama ada yang mengenali diri saya ataupun tidak, saya panjatkan ucapan takzim memohon ampun dan maaf atas segala dosa, kesalahan dan keterlanjuran saya sama ada melalui perkataan atau perbuatan, secara sengaja atau tidak disengajakan, sekali lagi saya memohon ampun dan maaf. Sebagai manusia yang serba dhaif dan naif ini, adakalanya kekuatan spiritual ini akan lebih bererti jika kemaafan dan pengampunan itu dihulurkan dengan ikhlas, tanpa rasa dendam dan bersih daripada sekelumit kebencian. Bukan saya paksa untuk maaf dan ampunkan diri saya yang serba berdosa ini, cuma memohon pengertian bahawa sehebat mana pun manusia di dunia ini, ia tetap tidak terlepas daripada melakukan dosa dan kesalahan melainkan para Nabi dan Rasul.

Kedua :

Nasihat untuk student Space JB dan KL, raya tetap raya, tetapi buku dan study jangan dilupakan. Jangan terlalu asyik melayan ketupat, lontong, lemang dan kuih muih, akhirnya buku dan nota dipinggirkan. Kawal berat badan anda, makan ikut keperluan, jangan ikutkan nafsu dan selera makan tanpa batasan. Hati-hati memandu. InsyaAllah, kita bertemu kembali pada kelas akan datang.

 

Akhir kata, Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin dari saya.

Wassalam.

Class, Assignment & Test ULT 2132, Space KL

Posted on Updated on

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Buat seluruh pelajar-pelajar SPACE KL yang mengambil subjek ULT 2132, dengan ini saya ingin mengumumkan bahawa kelas kita pada 25/08/2012 (Sabtu) ditunda dan akan digantikan pada hari Ahad, (2/09/2012), di lokasi yang sama. Kelas akan bermula pada jam 8.30 pagi.

Tentatif kelas kita pada hari tersebut adalah pembentangan individu bagi setiap kumpulan. Lantaran itu, setiap kumpulan mesti menghantar assignment dalam bentuk ‘soft copy’ ke kantung emel saya di naem@utm.my sebelum 28/08/2012 (Selasa) untuk disemak dan dinilai. Kegagalan mana-mana kumpulan berbuat demikian akan dikenakan hukuman mandatori (lewat sehari = tolak 1 markah) sekaligus malang tidak berbau.

‘Hard copy’ assignment pula mesti diserahkan pada hari kelas diadakan.

Berkenaan dengan kuiz, memandangkan kelas kita boleh ditunda dan semua boleh hadir, saya bercadang untuk membatalkan 2 kuiz dan menggantikannnya dengan test pada hari yang sama, 40 soalan objektif dalam masa sejam. Untuk test ini, sila tumpukan pada tajuk 1) Isu Dekadensi Moral, 2) Pemikiran Pascamoden, 3) Isu-isu Pemerintahan dan Pentadbiran dan 4) Cabaran Semasa Masyarakat Malaysia.

Sebarang cadangan atau komen boleh diajukan pada ‘post comment’ dalam ruangan ini.

Sekian dimaklumkan. Terima kasih.