Maaf Zahir dan Batin

Posted on

*Me and my senior neighbour Wak Zah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Pertama :

Dikesempatan yang terhad ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 2012 bersamaan 1433H kepada seluruh pembaca blog ini khususnya. Sama ada yang mengenali diri saya ataupun tidak, saya panjatkan ucapan takzim memohon ampun dan maaf atas segala dosa, kesalahan dan keterlanjuran saya sama ada melalui perkataan atau perbuatan, secara sengaja atau tidak disengajakan, sekali lagi saya memohon ampun dan maaf. Sebagai manusia yang serba dhaif dan naif ini, adakalanya kekuatan spiritual ini akan lebih bererti jika kemaafan dan pengampunan itu dihulurkan dengan ikhlas, tanpa rasa dendam dan bersih daripada sekelumit kebencian. Bukan saya paksa untuk maaf dan ampunkan diri saya yang serba berdosa ini, cuma memohon pengertian bahawa sehebat mana pun manusia di dunia ini, ia tetap tidak terlepas daripada melakukan dosa dan kesalahan melainkan para Nabi dan Rasul.

Kedua :

Nasihat untuk student Space JB dan KL, raya tetap raya, tetapi buku dan study jangan dilupakan. Jangan terlalu asyik melayan ketupat, lontong, lemang dan kuih muih, akhirnya buku dan nota dipinggirkan. Kawal berat badan anda, makan ikut keperluan, jangan ikutkan nafsu dan selera makan tanpa batasan. Hati-hati memandu. InsyaAllah, kita bertemu kembali pada kelas akan datang.

 

Akhir kata, Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin dari saya.

Wassalam.

Advertisements

13 thoughts on “Maaf Zahir dan Batin

    Anum said:
    15/08/2012 at 8:01 am

    insyaallah.. Selamat Hari Raya Aidilfitri buat Ustaz Sekeluarga juga….

      Naem responded:
      15/08/2012 at 9:19 am

      Selamat hari raya Aidilfitri juga buat Anum dan suami.

    eling said:
    15/08/2012 at 11:31 am

    SELAMAT HARI RAYA USTAZ N FAMILY

      Naem responded:
      15/08/2012 at 12:01 pm

      Terima kasih eling.

    RASHIDAH BINTI said:
    15/08/2012 at 11:33 am

    selamat hari raya maaf zahir dan batin…
    berhati-hati dijalan raya

      Naem responded:
      15/08/2012 at 12:02 pm

      Selamat hari raya Aidilfitri Shida.

    asrulsubbri said:
    16/08/2012 at 8:46 am

    Assalam semua..
    Alhamdulillah… thx ustaz…
    Finally….
    =)

    Boleh laaa sambung jual lemang tepung seminggu lagi… ๐Ÿ™‚

    Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin untuk Uztaz & family and all the ult2132 player…

    Drive safe be safe team!!

    Salam…. ๐Ÿ™‚

    -asrul subbri-

      Naem responded:
      16/08/2012 at 9:00 am

      Wsalam Asrul, hehe. Lama tu cuti raya, kita jumpe 2 minggu lagi InsyaAllah.

    MOHAMAD NOR MAS'UD said:
    16/08/2012 at 11:15 am

    Salam AidilFitri Maaf Zahir Batin..Halalkan segala ilmu yg diperolehi..

      Naem responded:
      16/08/2012 at 7:10 pm

      Salam Aidilfitri Nor Masud.

    NOORHAFIDAH BINTI MOHAMED ABU BACKER said:
    16/08/2012 at 9:18 pm

    SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN. NK TNYA DH DPT KE BELUM KUIH TAT YG DI MINTA BONDA? SELAGI TAK DAPAT JGN BALIK TAU! BRHATI2 D JLN RAYA.

      Naem responded:
      17/08/2012 at 4:10 pm

      Selamat Hari Raya Aidilfitri Noorhafidah, alhamdulillah dpt. Tapi bkn dpt kt Azhar Food, saya cari kt Angsana je.

    MOHD SHAHRUL NAJIB BIN MOHD ARSHAD (SX106052EED04) said:
    22/08/2012 at 9:34 pm

    Salam ustaz,saya rasa masih belum terlewat lagi saya mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI ,MAAF ZAHIR & BATIN kepada ustaz sekeluarga, saya baca ucapan aidilfitri drpd ustaz sememangnya mantap serta padat,kalah ucapan aidilfitri daripada PM saya rasa, ini bukannyer bodek tapi sememangya hakikat,berkenaan dengan 2 kuiz yang dibatalkan tu digantikan dengan ujian sememangnya keputusan yang tepat, saya pun memang dah tak sabar mahu menguji tahap pencapaian saya dlm kursus islam dan isu2 semasa ni sebelum memasuki ujian akhir.secara ikhlas disini saya bg tau ustaz saya memang mahu keputusan A dlm kursus ini.Saya akan buat yang terbaik serta apa yang termampu dlm memastikan misi dan visi saya tercapai.Saya sebagai hamba Allah hanya mampu berusaha dan berdoa sahaja…Thankss ustaz

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s