Martabat Doa Kita

Posted on

Yasin

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh…

Bersyukur kehadrat Ilahi kerana tukang blog ini masih hidup lagi…hehe. Sekaligus ini bukan bermakna tukang blog sakit, uzur, tension atau under pressure (selagi hidup di dunia, biasala). Sebenarnya, bebanan kerja sekarang ini telah kuasa x2 menjadikan tak sempat-sempat nak menjenguk blog ni. Hampir sepurnama blog ini bersawang. Subhanallah. Namun apa yang perlu kita ketahui, biar hilang segala-galanya, jangan hilang pada zat diri itu nikmat Iman dan Islam. Jika seluas dunia ini berada di bawah telapak kaki kita, sekiranya tiada Iman dan Islam, tiada makna kehidupan itu. Dan itulah nikmat yang paling terbesar dan terbaekkkk… yang Allah anugerahkan pada makhluknya mengatasi nikmat-nikmat yang lain. InsyaAllah, bermula pada hari ini, kekosongan, kesuraman, kesepian pada blog ini akan digantikan dengan pengisian, kemeriahan dan kegembiraan ke arah mencari nur hidayah Allah Taala.

Kita sering berdoa kepada Allah Taala,

Ya Allah, berikanlah aku kejayaan dalam peperiksaan ini, Ya Allah, cepatkanlah jodoh ku dan temukanlah aku dengan pasangan yang soleh@solehah, Ya Allah, mudahkanlah aku dalam urusan kenaikan pangkat ini, Ya Allah, mudahkanlah urusanku untuk mendapat projek berbilion bilion ini, Ya Allah, kurniakanlah aku zuriat lelaki@perempuan dan pelbagai doa-doa yang dipinta.

Sedarkah diri kita disebalik doa-doa yang dibaca tadi, kesemua doa tersebut menjurus ke arah keduniaan ? Andai benar dan sahih doa yang dibaca itu sebijik macam di atas, apakah berdosa membaca doa seperti itu ? Jawapannya, tak berdosalah. Bagus pe semua doa tu, namun, dimanakah doa seperti ini,

Ya Allah, berikanlah aku hidayah agar aku lebih dekatkan diri kepadaMu, Ya Allah, tegakkanlah Islam dimuka bumi ini, Ya Allah, jauhilah aku daripada azab api neraka, Ya Allah, mudahkanlah hisab ku di akhirat nanti, Ya Allah, kurniakanlah aku mati syahid, Ya Allah, tempatkanlah ruh ku nanti bersama para  Nabiyyin, Siddiqin, Syuhada’ dan Solehin.

Jika diteliti dan diperhalusi setiap doa yang dibaca, kebanyakannya tertumpu dan terarah kepada menyenangkan kehidupan keduniaan, sedangkan kehidupan di akhirat itu adalah kehidupan yang kekal abadi dan selama-lamanya, tidak dipandang sebagai keutamaan. Tidak salah jika kesemua doa yang dibaca, 100 peratus memohon agar Allah memberikan kemudahan dalam urusan keduniaan, tetapi, jangan tonjolkan kejahilan kita dengan menganggap hanya dunia adalah segala-galanya, memohon Allah menyelamatkan kehidupan di dunia, tetapi ‘haram’ tidak memohon langsung agar Allah menyelamatkan diri daripada azab di akhirat kelak. Cukup dengan doa yang diucapkan oleh setiap hamba selepas solat, sudah tahu di mana dia meletakkan martabat dirinya sama ada untuk dunia atau akhirat.

Andai dunia mempunyai ketinggian darjat dan mulianya disisi Allah bahkan dianggap sebagai tempat pembalasan baik dan buruk atas apa yang dikerjakan oleh kita selama ini, sudah tentu Rasulullah s.a.w tidak akan hidup dengan serba kedhaifan, malah baginda Rasulullah s.a.w akan kaya, mewah dan bermaharajalela, jika hakikatnya dunia ini adalah tempat abadi untuk selama-lamanya. Realitinya, dunia ini fana dan kefanaan itu menjadi kegilaan manusia untuk terus berkejar dan berhambat semampu mungkin meraih segala-galanya. Andai Rasulullah s.a.w sebaik-baik makhluk yang diciptakan Allah hidup dalam serba kekurangan, inikan pulak kita yang Allah langsung tak iktiraf apa-apa pun disisiNya. Justeru, renung kehidupan kita, semestinya lebih hebat, ranggi dan sentiasa updated.

Advertisements

One thought on “Martabat Doa Kita

    TMD said:
    22/05/2013 at 4:11 pm

    Alhamdulillah penulis blog telah kembali…Gembira dan rindu dengan pengisian2 rohani dari blog ni…

    Terima kasih dan teruskan menulis. Chaiyo!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s