Hamba Teknologi

Posted on Updated on

einstein

Basuh kain pakai mesin atau tangan mana lagi bersih? Mustahil masyarakat melayu pada hari ini masih mengekalkan tradisi basuh kain pakai tangan walaupun ada sebahagiannya masih mengamalkan cara ini. Dan mustahil keluarga zaman sekarang tidak memiliki mesin basuh. Tidak kiralah sama ada mesin itu fully auto atau semi auto, ia tetap juga mesin. Jika sebahagian kita menyatakan bahawa dengan memiliki mesin basuh boleh menjimatkan masa, rasanya hujah ini masih boleh dijentik. Jika seseorang berpendapat sedemikian, ianya boleh dikira betul jika semasa mesin itu berfungsi selama 20 minit atau 30 minit, si empunya mesin itu menggunakan masa tersebut untuk beribadah seperti solat Dhuha, membaca al Quran atau membaca buku atau yang lebih mudah membuat kerja yang berfaedah la. Akan tetapi, jika masa tu digunakan untuk tgk tv, main game, berfb, tido, bersembang ia tetap juga dikira sebagai membuang masa. Kekadang, kita mahukan macam-macam teknologi terkini bagi mengoptimumkan kerja seharian agar lebih produktif, hakikatnya kita ditipu oleh nafsu teknologi yang tidak pernah puas. Kebenarannya, bukan teknologi yang memudahkan segala urusan kita sebenarnya, tetapi menjadikan diri manusia itu lebih malas. (tak semua yang begini).

Bagi menggambarkan situasi ini, sebelum ni pakai hp Nokia 3310, tetapi bila lihat semua rakan heboh pasal kehebatan android, mula la terfikir untuk berhabis duit membeli hp android yang mahal dengan beralasan kepada suami atau isteri ataupun ibu dan bapa dengan merelevankan pemikiran mereka bahawa pembelian gajet itu berbaloi dan bermanfaat, bukan sebagai boros atau membazir. Hakikatnya kita ‘play safe‘. Lalu, kita mereka-reka pelbagai alasan positif semata-mata untuk mendapat sedikit backup daripada segi kewangan, atau sokongan mental supaya pembelian itu bukan beralaskan nafsu. Alasannya seperti memudahkan mencatit nota-nota kuliah, senang membaca al Quran pada apa-apa keadaan, boleh mengulangkaji pelajaran dengan pantas, boleh snap gambar la dan bla bla bla..watever la. Realitinya, selepas gajet itu berjaya dimiliki, cukup je sebulan ape jadi? Apa hasilnya? Berapa catitan nota yang berjaya dicatat oleh kita, berapa kali kita membaca Al Quran melalui android, dan dah khatam berapa kali, berapa banyak buku yang dibaca melalui aplikasi yang tersedia, hakikatnya, kosong, mafish, yellek.

Ape yang perlu diketahui, kita telah ditipu oleh nafsu sebenarnya. Diri kita dari muda sampai ke tua asyik ditipu oleh nafsu je, dan bila pulak kita mahu memperdaya dan menundukkan nafsu? Hari ini, berapa ramai daripada kita menjadi hamba teknologi. Hamba Android dan Windows. Itu belum lagi hamba jenama. Maka jadilah kita hamba Gucci, Nike, Adidas, Bonia. Ada lagi. Hamba Panasonic, Sony, Toshiba. Tak cukup dengan tu, hamba Proton, Honda, Toyota, Mercs, Bmw. Akhirnya, sememangnya kita hamba dunia. Itulah ungkapan yang paling mudah untuk diterjemahkan pada diri kita. Persoalannya, dalam dunia teknologi yang kononya tanpa sempadan sekarang, susah bagi kita untuk mengenali siapa tuan dan siapa hamba. Sama ada teknologi yang hamba atau manusia yang hamba pada teknologi? Sila jawab, jangan tak jawab..hehe.

Kita silap sebenarnya apabila kita mengandai dan mempelajari bahawa nafsu yang ada dalam diri kita itu adalah ‘benda’ yang lain. Benda yang ada kaitan dengan diri kita, tapi tidak mengaku ianya diri kita dan bukan sebahagian daripada diri kita. Silap tu. Sebenarnya nafsu itu adalah diri kita. Jika nafsu kita adalah kuat tidur, kuat makan, malas beribadah, suka shopping, gila travel, itulah sebenarnya diri kita. Bila kita menganggap nafsu itu bukan diri kita, itulah yang menyebabkan kita sering menyalahkan nafsu. Asyik-asyik menuding jari pada nafsu, sedangkan kita tak sedar, nafsu itu adalah diri kita sendiri. Dan sememangnya itulah diri kita yang sebenarnya.

Dalam dunia sekarang ini, banyak kerja sekarang diambilalih oleh mesin dan robot. Sepatutnya dengan penciptaan mesin dan robot ini, serba sedikit memberi banyak ruang masa untuk kita banyakkan ibadah kepada Allah dan mengingatiNya. Sayangnya, semua itu tidak berlaku. Ia tetap sama sahaja. Tak mustahil satu hari nanti, para Imam dan bilal juga adalah dari kalangan robot, dan makmumnya pula adalah manusia. .

Advertisements

7 thoughts on “Hamba Teknologi

    nurhasanah mohamad shar said:
    28/05/2013 at 9:25 pm

    Assalam..
    Ustaz, harga/brand/kecanggihan teknologi x salah klu kita gn dgn niat kerana Allah..
    Syukur ade hp yg canggih skit dr 3310..dpt sy dpt tmbh ilmu agama dgn bc blog ust..

    TMD said:
    30/05/2013 at 3:15 pm

    Jawapan soalan pertama…Basuh kain guna tangan lebih bersih dari guna mesin. tapi pada keadaan tertentu, seperti ibu mengandung, perlu kepada penggunaan mesin basuh.

    Seterusnya…alasan guna android untuk baca Al-Quran…senyum je la tengok orang yang beli android kononnya senang nak baca Quran, bawa Quran pergi mana2 saja, tapi hakikatnya memang sebarispun tak baca. baik la bawa tafsir. lagi baik bawa Al-Quran ori. Dapat 2 pahala: Jaga Wudhu’ dan Bawa Al-Quran.

    Lagi…Siapa hamba siapa tuan.? masing-masing jawab la sendiri…:) Hope dapat buat artikel pasal cara nak mengelak tipudaya nafsu.

    Sekian terima kasih.

      TMD said:
      31/05/2013 at 2:17 am

      Tuan sendiri basuh baju guna tangan atau mesin basuh?

        Naem responded:
        31/05/2013 at 10:21 am

        Saya xde mesin basuh

    nurhasanah mohamad shar said:
    01/06/2013 at 12:30 am

    Assalam. Ustz, x ksh pn psl brand/harga.. yg pntg stiap bnde yg kite bli/gn niat kerana Allah.. blh kn.. sy hepi & syukur dpt miliki hp yg cggh la skit dr 3310.. sng nk on9.. blh bc blog ustz anytime & anywhere.. dlm hp dpt salu fb pn best sbb setiap ms blh bc hadith2 / apa2 perkongsian ilmu dr ustaz don, ustzh nor bahiyah, dato’ dr. Fadzilah kamsah & lain2 individu yg ada update info bkaitan Islam.

      TMD said:
      03/06/2013 at 9:01 am

      Setuju juga dengan nurhasanah. segalanya bermula dengan niat. kemudia istiqamah dengan niat tu sebab handfon dengan kebolehan capaian internet adanya tu bukan sekajap tapi selagi hayat dikandung handfon. 🙂

      Jangan sampai terlalai dan terleka.

    TMD said:
    27/06/2013 at 4:01 pm

    Setiap sesuatu yang dibuat dengan tangan sendiri ada ruhnya…

    ~ motivasi untuk sesiapa yang dah biasa buat kerja dengan bantuan gajet, tapi tiba-tiba kena buat kerja dengan tangan sendiri ~

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s