Month: July 2013

Ujian Midterm Space KL ULT2122, Seksyen 8

Posted on

Test

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua pelajar SPACE KL Seksyen 8,

Pada 3 Ogos 2013 (Sabtu) sepertimana yang telah dimaklumkan pada sesi kelas yang lepas, saya akan adakan ujian Midterm untuk subjek Institusi Islam (ULT2122). Hanya 3 tajuk besar sahaja yang perlu anda fokus untuk ujian tersebut. Tajuknya adalah :

  • Institusi Keluarga
  • Institusi Sosial
  • Institusi Pendidikan

Formatnya objektif. 40 soalan. 20 markah. Masa 50 minit.

Tahap soalan : Kacang / Sederhana / Susah & Payah

Kelas bermula jam 11 pagi. Kehadiran anda adalah diwajibkan.

Sekian, Wassalam.

Advertisements

Kuiz ULT2122, KL Seksyen 8

Posted on Updated on

Quiz

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat student-student Space KL Seksyen 8,

Sebelum menjawab kuiz di bawah sila baca arahan ini dahulu :

1. Kuiz ini mempunyai 15 markah.

2. Sila baca dulu soalan, kemudian studi, kumpul maklumat dan digest kannya, lepas tu baru mengayat dan post diruangan comment.

3. Saya hanya menerima jawapan pertama yang telah dipost, sebarang pembetulan, tambahan tidak akan diterima setelah jawapan dipost.

4. Sila pastikan line internet anda berdesup sebelum submit jawapan.

5. Semasa submit jawapan, sila tulis nama anda dan no. Matrik. Jika anda malu untuk menulis nama anda, kebarangkalian anda tidak konfiden dengan jawapan anda.

6. Jawapan anda jangan lebih daripada 300 patah perkataan. Jika lebih, saya sarankan anda buat novel terus.

7. Ini paling penting, soalan kuiz ini aktif bermula pada tarikh hari ini 27 Julai 2013 (Sabtu) dan akan tamat pada 5 Ogos 2013 (Isnin).

SOALAN PERTAMA :

1. Baru-baru ni kita sudah mempelajari secara ringkas tentang apa itu sekular, liberal, kapitalis dan kesannya terhadap pemikiran manusia hari ini. Cuba anda baca kenyataan dibawah :

Proffessor Robert Pape from University Chicago studied 350 suicide cases, he claimed that there is a little connection between suicide terrorism and Islamic fundamentalism or any of the world’s religion. The cause of suicides is not from religion but nationalism. It is not about land, power, politics and also its not about a faith, a faith is just a cover. ( I got this statement live from program ‘hand in hand’ entitled ‘Is religion good or evil? organized by Al Jazeera Network, between Cordinator Mehdi Hassan and Prof. Richard Dawkins (Atheist) at University Of Oxford, UK, i suggest if you have pastime, please watch this video through youtube)

Melalui kenyataan di atas, soalan saya, apakah yang dimaksudkan dengan nasionalisme?

SOALAN KEDUA

2. Menurut pandangan anda, apakah kaitan antara nasionalisme dengan agama ? Sila jawab mengikut perspektif agama yang anda anuti sekarang.

Selamat Menjawab..

Bersyukurlah Dalam Segala Hal

Posted on

Tmd

Dalam melalui liku-liku kehidupan, Allah menemukan kita dengan pelbagai perkara, suka dan duka. Lidah dan hati amat mudah melafazkan ucapan syukur tatkala menerima berita gembira seperti menyambut kelahiran, meraikan pernikahan, naik pangkat, tamat belajar dan seribu satu nikmat lain yang dikurniakan Allah kepada manusia.

Jika setiap perancangan manusia berjaya dilaksanakan, maka gembiralah hati dan lidah mengucapkan “Alhamdulillah”. Namun bagaimana pula jika rancangan yang telah dibuat, dengan persiapan yang rapi, gagal dilaksanakan atau terdapat perkara-perkara yang tidak disangka-sangka berlaku? Masih dapatkah manusia berthabat, bersangka baik dengan Allah dan bersyukur dengan sebenar-benar syukur? Tidak mencari silap di mana-mana dan mula menyalahkan itu dan ini…

Hakikatnya, manusia mempunyai kelemahan. Namun manusia juga diajarkan bagaimana cara untuk redha, menerima tanpa menyoal kenapa harus berlaku begitu dan begini. Insan yang masih boleh bersabar dan bersyukur walaupun perkara yang terjadi kepadanya tidak seperti yang diharapkan adalah amat sedikit bilangannya di atas muka bumi ini.

Rasulullah s.a.w mengajarkan cara untuk manusia menerima ketentuan dan bersyukur walau apapun keadaannya. Ini terangkum dalam hadis riwayat Ibnu Majah.

Dari Aisyah r.a., dia berkata, Apabila Rasulullah s.a.w melihat sesuatu yang disukai, beliau berdoa:

الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي بِنِعْمَتِهِ تَتِمُّ الصَّالِحَاتُ

(Segala puji bagi Allah yang dangan nikmat-Nya kebaikan menjadi sempurna).

Dan bila melihat sesuatu yang beliau benci, beliau berdo’a:

الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ

(Segala puji bagi Allah atas setiap keadaan).

(H.R. Ibnu Majah).

Biarlah dengan sedikit ilmu yang diamalkan ini dapat membantu melembutkan hati dan menjadikan diri sentiasa bersyukur. Ini hanya 1 dari 3 bentuk syukur iaitu bersyukur dengan lisan. Dua bentuk lagi adalah bersyukur dengan hati dan dengan anggota badan.

Ingatlah, Allah suka kepada orang yang beramal dengan ilmu dan istiqamah dalam beramal.

* Artikel ini juga adalah hakmilik kepada empunya emel tmdw@live.co.uk, terima kasih atas sumbangan artikel ini.

Kalaulah…

Posted on

Sh

Pernah tak kita terfikir kenapa kita berada di posisi sekarang? Bagi yang telah melalui fasa penting dalam hidup seperti tamat belajar, bekerja, berkeluarga dan seumpamanya, adakah disebabkan pilhan yang kita buat atau sebab taqdir Allah? Kadang-kadang, bila sampai satu tahap dalam kehidupan ni, terdetik dalam hati ayat yang yang macam ni: “Oh how I wish I were….” atau “Kalaulah aku….”.

Oh no no no…Jangan sekali-kali terlintas begitu. Ini antara ayat atau pemikiran yang boleh menyebabkan si pelakunya mempunyai akhlak yang buruk. Tau kenapa?

Daripada Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu bahawa Rasulullah Sallallaahu ‘Alayhi Wa Sallam pernah bersabda: ‘ Mukmin yang kuat lebih disukai oleh Allah daripada mukmin yang lemah. Namun pada kedua-duanya ada kebaikan. Berjaga-jagalah terhadap perkara yang boleh mendatangkan kebaikan kepada engkau, pintalah pertolongan daripada Allah. Sekiranya engkau ditimpa sesuatu musibah, maka jangan engkau berkata: ‘KALAULAH’ aku lakukan begini maka sudah pasti lain yang berlaku. Tetapi katakanlah: Itu merupakan takdir Allah dan Dia melakukan apa yang dikehendaki-Nya, sesungguhnya ‘KALAU’ akan membukakan pintu amalan syaitan.’

[Riwayat Muslim]

Kata-kata begini menggambarkan seolah-olah si pelaku tidak bersyukur dengan apa yang telah ditakdirkan untuknya dan menganggap takdir yang lain adalah lebih baik jika jalan lain yang dipilih. Sebagai contoh, bagi yang dah berkahwin mengharapkan menjadi bujang lagi supaya tidak terikat dengan komitmen terhadap pasangan dan anak-anak. Senang nak sambung belajar. Senang outstation. Macam-macam senangnya…

Malah lebih teruk lagi si pelaku seolah-olah mengatakan Allah ‘tersilap’ menetapkan jalan hidupnya. Seolah-olah dia lebih tahu mana yang baik dan mana yang buruk untuk dirinya lebih dari Allah. Na’uzubillah.

Dan dengan berkalau-kalau ni sebenarnya membuka pintu amalan syaitan. Pintu banyak pintu. Jadi pintu yang mana?

Pintu kepada bersangka buruk. Bila dah bersangka buruk dengan Allah, bagaimana nak bersangka baik dengan manusia kan? Ia juga akan membuka pintu kesedihan, penyesalan, dan mungkin kebencian yg susah untuk dihilangkan dari hati yang terjangkit dengan ‘penyakit kalau’ ini.

Jadi berbalik kepada soalan tadi. Siapa yang menetapkan jalan hidup kita? Hanya Allah saNya yang menetapkan perjalanan hidup kita. Dia yang melorongkan kita membuat pilihan agar kita berada di posisi sekarang, seperti yang dikehendakiNya.

Cuma, janganlah pula kita berserah saja dengan mengatakan “Allah dah tetapkan perjalanan hidup ni. Ikut jelah, tak payah buat apa-apa” (Ini dah masuk fahaman Jabariyah. Jangan terjerumus ke dalam fahaman ini.)

Kita merancang, Allah merancang dan menentukan segalanya. Jika inginkan sesuatu, 3 saja yang perlu dilakukan – Berdoa, Berusaha, Tawakaltu ‘alallah (Berserah kepada Allah).

Wallahu’alam.

* Artikel ini adalah hakmilik kepada empunya emel tmdw@live.co.uk, terima kasih atas sumbangan artikel ini. Maat atas keterlewatan untuk post artikel ini.

You Inspired Me…

Posted on

Image

Dr. Mursi, you always inspired me to be a men full of values. May Allah gives you strength, pursues your Iman to bring Islam forward, with no surrender even one step back..

Addressed by Dr. Mursi :

Sesungguhnya aku melalui jalan-jalan yang sukar sangat,
Bukanlah aku mahukan jawatan sebesar ini,
Bukanlah aku dambakan kedudukan teratas seperti ini,
Bukanlah impianku untuk menjadi orang pertama harapan rakyat,
Keberadaanku adalah kerana Allah mahukan agama ini dijaga,
Kerana agama ini sahajalah penyelamat segala,
Kerana kebenaran ini sahaja yang membuka mata,
Menyedarkan hati-hati yang kebutaaan agama,
Islam ini bukanlah semata-mata pakaian luaran sahaja,
Islam ini bukanlah pada percakapan dan manis tutur kata sahaja,
Islam ini perlu bergerak seiring dengan iman,
Iman yang membuktikan segala kepatuhan agama,
Kerana dalam setiap apa pun, sama ada hati, percakapan, ataupun perbuatan, itulah Islam bagiku, Kaaaffaaahhh…
Kita bukan Islam biasa-biasa,
Maka itu yang aku mahukan ianya berlaku dalam negara kita,
Segala macam korupsi yang ada,
Apakah dianjurkan Islam?
Dengan segala hak rakyat menjadi hak milik orang-orang besar,
Adakah itu yang Islam harapkan?
Orang-orang miskin di tepi jalan, semakin ramai yang menganggur, jenayah dan maksiat, berpeleseran seperti syaitan,
Apakah itu yang Islam anjurkan?
Itulah yang mahu aku baiki,
Untuk semua rakyat di negara ini,
Kita ada agama yang memimpin hidup kita,
Kita ada Tuhan yang akan menilai tingkah laku kita,
Ingat hari kiamat akan muncul dan semuanya akan dipertontonkan semula,
Aku memohon ampun atas kelewatanku untuk mengurus negeri ini,
Aku mengetahui batasan aku,
Aku mengakui ketidakmampuanku pada semua perkara,
Namun, ku mengharapkan, kamu membantu aku,
Bersama-sama kita bangunkan negeri ini,
Jika tidak ada sokongan kamu,
Aku tidak akan berada di sini,
Ku hanya memohonkan sabarmu,
Ku hanya memohonkan komitmenmu,
Ku hanya memohonkan bantuanmu,
Bantulah aku untuk kita bina negara ini bersama,
Kerana ianya bukan hak mutlak diriku,
Dia adalah milik kita bersama,
Tetapi keadaannya tidak demikian,
Kau malah menuduh aku bermacam-macam,
Sikapmu yang tidak sabar,
Ianya hanya merugikan kita,
Maka, aku hanya mengharapkan Allah yang satu,
Untuk membantu perjuanganku ini,
Kerana Dia bersikap tidak pernah meninggalkan hambaNya,
Maka aku hanya berpegang dengan taliNya,
Allahumma, bantulah aku,
Ya Allah, kerana aku membawa agamaMu,
Allahumma, sentiasalah bersama-samaku ya Allah,
Untuk memimpin negara ini,
Allahumma, kerana cukup kekuatanMu ya Allah,
Maka aku merasa Kau mencukupi untukku…
Bismillahi Tawakkaltu ‘ala Allah, La Haula Wa La Quwwata Illa Billah.