You Inspired Me…

Posted on

Image

Dr. Mursi, you always inspired me to be a men full of values. May Allah gives you strength, pursues your Iman to bring Islam forward, with no surrender even one step back..

Addressed by Dr. Mursi :

Sesungguhnya aku melalui jalan-jalan yang sukar sangat,
Bukanlah aku mahukan jawatan sebesar ini,
Bukanlah aku dambakan kedudukan teratas seperti ini,
Bukanlah impianku untuk menjadi orang pertama harapan rakyat,
Keberadaanku adalah kerana Allah mahukan agama ini dijaga,
Kerana agama ini sahajalah penyelamat segala,
Kerana kebenaran ini sahaja yang membuka mata,
Menyedarkan hati-hati yang kebutaaan agama,
Islam ini bukanlah semata-mata pakaian luaran sahaja,
Islam ini bukanlah pada percakapan dan manis tutur kata sahaja,
Islam ini perlu bergerak seiring dengan iman,
Iman yang membuktikan segala kepatuhan agama,
Kerana dalam setiap apa pun, sama ada hati, percakapan, ataupun perbuatan, itulah Islam bagiku, Kaaaffaaahhh…
Kita bukan Islam biasa-biasa,
Maka itu yang aku mahukan ianya berlaku dalam negara kita,
Segala macam korupsi yang ada,
Apakah dianjurkan Islam?
Dengan segala hak rakyat menjadi hak milik orang-orang besar,
Adakah itu yang Islam harapkan?
Orang-orang miskin di tepi jalan, semakin ramai yang menganggur, jenayah dan maksiat, berpeleseran seperti syaitan,
Apakah itu yang Islam anjurkan?
Itulah yang mahu aku baiki,
Untuk semua rakyat di negara ini,
Kita ada agama yang memimpin hidup kita,
Kita ada Tuhan yang akan menilai tingkah laku kita,
Ingat hari kiamat akan muncul dan semuanya akan dipertontonkan semula,
Aku memohon ampun atas kelewatanku untuk mengurus negeri ini,
Aku mengetahui batasan aku,
Aku mengakui ketidakmampuanku pada semua perkara,
Namun, ku mengharapkan, kamu membantu aku,
Bersama-sama kita bangunkan negeri ini,
Jika tidak ada sokongan kamu,
Aku tidak akan berada di sini,
Ku hanya memohonkan sabarmu,
Ku hanya memohonkan komitmenmu,
Ku hanya memohonkan bantuanmu,
Bantulah aku untuk kita bina negara ini bersama,
Kerana ianya bukan hak mutlak diriku,
Dia adalah milik kita bersama,
Tetapi keadaannya tidak demikian,
Kau malah menuduh aku bermacam-macam,
Sikapmu yang tidak sabar,
Ianya hanya merugikan kita,
Maka, aku hanya mengharapkan Allah yang satu,
Untuk membantu perjuanganku ini,
Kerana Dia bersikap tidak pernah meninggalkan hambaNya,
Maka aku hanya berpegang dengan taliNya,
Allahumma, bantulah aku,
Ya Allah, kerana aku membawa agamaMu,
Allahumma, sentiasalah bersama-samaku ya Allah,
Untuk memimpin negara ini,
Allahumma, kerana cukup kekuatanMu ya Allah,
Maka aku merasa Kau mencukupi untukku…
Bismillahi Tawakkaltu ‘ala Allah, La Haula Wa La Quwwata Illa Billah.

Advertisements

6 thoughts on “You Inspired Me…

    TMD said:
    08/07/2013 at 4:32 pm

    La Haula Wa La Quwwata Illa Billah

    ex-student said:
    11/07/2013 at 1:31 pm

    salam ustaz naem.. selamat berpuasa. ustaz, saya ade soalan nak tanye ustaz .. boleh ke saya tanya jer kat sini? hoho..

      Naem responded:
      12/07/2013 at 11:32 am

      Wsalam, boleh..takde masalah..tanya je

        ex-student said:
        13/07/2013 at 11:02 pm

        begini, dlm bulan ramadhan ni, hampir setiap org di beri kekuatan untuk bersolat terawih. kekuatan yang Allah s.w.t anugerahkan ini membuatkan saya tidak melepaskan semangat untuk beribadat. ttp saya gunakan kekuatan tersebut untuk menggantikan solat subuh yang saya telah tinggalkan( xtaula brp byk yg saya tggalkan shgga 25thn ni). dlm solat terawih ada 20 rakaat xtermsuk witir. ttp saya brniat setiap 2 rakaat satu salam trsebut adalah niat qada solat subuh. ttp xda bcaan qunutla.. jd seolah2 sy sedang menunaikan solat sunat terawih, hakikatnya tidak.. sy cuma berniat untuk mggantikan solat subuh yg tertinggal. apa pendapat ustaz ttg ni? adakah sah dari hukum syarak? dari segi niat, cara perlaksanaan, dan bolehkah sy berimamkan imam yg solat sunat trsebut? tlg jelaskan. utk mklumat, sy tlh lakukan 2thn brturut2.. apapun, jazakallahu khairan…

    siti said:
    02/09/2013 at 10:16 pm

    Apa jawapannya ustaz …….

    Noraizah Mohd Razali said:
    03/09/2013 at 4:09 pm

    Salam Ustaz,

    Menarik soalan ini, saya pun nak tahu juga.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s