Bersyukurlah Dalam Segala Hal

Posted on

Tmd

Dalam melalui liku-liku kehidupan, Allah menemukan kita dengan pelbagai perkara, suka dan duka. Lidah dan hati amat mudah melafazkan ucapan syukur tatkala menerima berita gembira seperti menyambut kelahiran, meraikan pernikahan, naik pangkat, tamat belajar dan seribu satu nikmat lain yang dikurniakan Allah kepada manusia.

Jika setiap perancangan manusia berjaya dilaksanakan, maka gembiralah hati dan lidah mengucapkan “Alhamdulillah”. Namun bagaimana pula jika rancangan yang telah dibuat, dengan persiapan yang rapi, gagal dilaksanakan atau terdapat perkara-perkara yang tidak disangka-sangka berlaku? Masih dapatkah manusia berthabat, bersangka baik dengan Allah dan bersyukur dengan sebenar-benar syukur? Tidak mencari silap di mana-mana dan mula menyalahkan itu dan ini…

Hakikatnya, manusia mempunyai kelemahan. Namun manusia juga diajarkan bagaimana cara untuk redha, menerima tanpa menyoal kenapa harus berlaku begitu dan begini. Insan yang masih boleh bersabar dan bersyukur walaupun perkara yang terjadi kepadanya tidak seperti yang diharapkan adalah amat sedikit bilangannya di atas muka bumi ini.

Rasulullah s.a.w mengajarkan cara untuk manusia menerima ketentuan dan bersyukur walau apapun keadaannya. Ini terangkum dalam hadis riwayat Ibnu Majah.

Dari Aisyah r.a., dia berkata, Apabila Rasulullah s.a.w melihat sesuatu yang disukai, beliau berdoa:

الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي بِنِعْمَتِهِ تَتِمُّ الصَّالِحَاتُ

(Segala puji bagi Allah yang dangan nikmat-Nya kebaikan menjadi sempurna).

Dan bila melihat sesuatu yang beliau benci, beliau berdo’a:

الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ

(Segala puji bagi Allah atas setiap keadaan).

(H.R. Ibnu Majah).

Biarlah dengan sedikit ilmu yang diamalkan ini dapat membantu melembutkan hati dan menjadikan diri sentiasa bersyukur. Ini hanya 1 dari 3 bentuk syukur iaitu bersyukur dengan lisan. Dua bentuk lagi adalah bersyukur dengan hati dan dengan anggota badan.

Ingatlah, Allah suka kepada orang yang beramal dengan ilmu dan istiqamah dalam beramal.

* Artikel ini juga adalah hakmilik kepada empunya emel tmdw@live.co.uk, terima kasih atas sumbangan artikel ini.
Advertisements

One thought on “Bersyukurlah Dalam Segala Hal

    TMD said:
    15/07/2013 at 12:29 pm

    Jazakallahu Khair. 🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s