Itu Yang Terdaya Saya Bantu..

Posted on

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Buat semua pelajar SPACE KL ULT2132, saya baru sahaja submit markah final ke pengkalan data SPACE tepat jam 10.15am. Dan jikalau anda semua ingin lihat keputusan tersebut, rasanya boleh berbuat demikian melalui laman web SPACE.

Jika keputusan yang anda perolehi itu membuat anda rasa sedih atau terkejut atau sedikit gembira, semuanya itu adalah hasil usaha, ikhtiar dan tawakkal yang anda semua lakukan sepanjang satu semester bersama subjek ini. Tugas saya hanya menguji dan menilai kemampuan anda dan terkadang saya juga takut-takut melakukan kezaliman dalam pemberian markah ini. Ampun dan maaf saya dahulukan. Dan itu sahaja yang termampu dan terdaya untuk saya bantu agar anda semua mengorak langkah yang seterusnya, membina dimensi baru dan terus berjaya menjejaki destinasi yang selama ini anda tagihi.

Bagi yang lulus dengan cemerlang, saya ucapkan tahniah, dan bagi yang lulus juga, saya ucapkan tahniah. Markah yang tinggi bukan bermaksud ianya juga tinggi kedudukannya di sisi Allah, dan markah yang rendah juga bukan bererti anda hina di sisi Allah. Maha Suci Allah. Malangnya, dunia hari ini menghukum yang kaya mulia, yang miskin hina.

Kelemahan saya, adalah kerana saya mengadili dan menghukum anda melalui kertas putih yang ada ditangan saya, sedangkan Allah S.W.T jauh lebih adil dan saksama yang bukan sahaja Maha Mengetahui apa yang tersirat di hati anda, malah Allah Maha Mengetahui susah, senang, kaya, miskin, sakit, sembuh, jodoh, mati anda pada masa akan datang.

Akhir kata, Selamat Maju Jaya saya ucapkan. Wassalam.

 

25 thoughts on “Itu Yang Terdaya Saya Bantu..

    Anum said:
    10/09/2012 at 11:04 am

    Assalamualaikum ustaz…
    Terima Kasih atas pemarkahan yang diberikan….

      Naem responded:
      10/09/2012 at 11:07 am

      Waalaikumussalam, sama2 Anum.

    Satariabudi Mahidon said:
    10/09/2012 at 11:50 am

    Alhamdulillah..terima kasih Ustaz…tercapai juga target saya untuk subjek nie…bersyukur sgt2 atas pemberian markah dari ustaz…sy dahului ribuan terima kasih atas keprihatinan ustaz terhadap sy..hanya Tuhan saje yang mampu membalasnya….terima kasih sekali lagi…..insyaAllah,kalau sy ke UTM Skudai..kite g ngeteh..hehehehe..SALAM

      Naem responded:
      10/09/2012 at 7:51 pm

      Sama2 Tuan Satariabudi, bolehh..InsyaAllah, takde masalah.

    Hafiza Mohamad said:
    10/09/2012 at 12:07 pm

    Assalamualaikum ustaz….
    Alhamdulillah n terima kasih atas pemarkahan yang saya perolehi..ianya melebihi target yang saya…syurkur sangat di atas pemberian markah ini n hanya Allah swt saja yang mampu membalasnya…

      Naem responded:
      10/09/2012 at 7:49 pm

      Waalaikumussalam Kak Hafiza, sama2. Rezeki anak2 tu.

    bilaengineermenulis said:
    10/09/2012 at 12:17 pm

    alhamdulillah, terima kasih ustaz

      Naem responded:
      10/09/2012 at 7:48 pm

      Sama2 tuan Engineer.

    Musnazril Bin Mustaq Khan said:
    10/09/2012 at 1:34 pm

    assalammualaikum… alhamdulillah, saya bersyukur keatas pemberian ini yang amat tidak saya sangka. saya juga memohon maaf dari ustaz dan halalkan segala ilmu yg ustaz telah curahkan kepada saya.

      Naem responded:
      10/09/2012 at 7:47 pm

      Waalaikumussalam, sama2 Musnazril. Syukru Lillah (segala syukur hanya pada Allah).

    matun said:
    10/09/2012 at 4:07 pm

    assalamualaikum..trime kaseh byk2 ustaz atas ilmu yg dicurahkan…ni la subjek plg best utk sem ni… 🙂

      Naem responded:
      10/09/2012 at 7:46 pm

      Waalaikumussalam, sama2 Matun.

    Hasriyna Isa said:
    10/09/2012 at 7:15 pm

    Alhamdulillah, sukran ustaz

      Naem responded:
      10/09/2012 at 7:45 pm

      Sama2 Hasriyna, ustaz tahu Hasriyna skrg baru Sem 1, jangan putus asa dan kuatkan semangat, InsyaAllah berjaya.

    Nor ain said:
    10/09/2012 at 9:58 pm

    Alhamdulillah ustaz…terima kasih banyak2 ustaz dengan pemarkahan yang saya perolehi dan di atas segala ilmu yang telah ustaz curahkan pada kami…semoga Allah memberi kesejahteraan dalam hidup ustaz sekeluarga…Amin…

      Naem responded:
      11/09/2012 at 12:54 am

      Sama2 Ain.

    Mazlan said:
    11/09/2012 at 9:53 am

    Alhamdulillah..terima kasih ustaz dengan pemarkahan yang diberi..semoga kita berjumpa lagi di lain kesempatan..walau jauh d mata tapi dekat di hati..hehe..sukran jazilan ya Ustaz..

    Khairul Anuar said:
    11/09/2012 at 8:21 pm

    Assalamu’alaikum wbkth… Ustaz Naem…
    Terima kasih ustaz…terima kasih bnyk2..terima kasih haritu doakan….moga2 makbul doa ustaz…
    really appreciate it….

    Salam perpisahan ustaz….

    SX106052EED04 said:
    12/09/2012 at 12:43 pm

    Salam…kehadapan ustaz naem yang dihormati lagi disanjungi, saya disini ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan terima kasih diatas segala tunjuk ajar ustaz selama ini didalam kelas juga diluar kelas(blog).Berkenaan dengan keputusan saya didalam subjek ustaz, saya berpuas hati dan bersyukur kepadaNya.Akhir kata semoga hubungan kita tidak bernokhtah hanya dengan keputusan final tersebut.Mungkin dimasa yang akan datang kita boleh bertukar2 pendapat dan idea bagi pembangunan ilmu duniawi dan ukhrawi.Thankssss ustaz.

    Mohd Fahmy B. Ramli said:
    13/09/2012 at 12:40 am

    trima kaseh…sem2 yang dah lepas x pernah dapat A, sem ni dapat A…tuhan sj yang dapat blas kat ustaz…trima kaseh sekali lg…

      HISYAMMUDDIN HARUN said:
      16/09/2012 at 7:12 pm

      yo..ko..mike….apo lagi beanjolah kek opis…kenduri kesyukuran dapat A…

    Poo said:
    14/09/2012 at 10:14 am

    terima kasih,ustaz…syukur sangat dengan pemberian markah ini.. harap dapat berjumpa dengan ustaz di utm skudai masa saya konvo suatu hari nanti.. terima kasih sekali lagi,ustaz. 🙂

    HISYAMMUDDIN HARUN said:
    16/09/2012 at 7:11 pm

    askm ustaz…timo kasih bagi markah pado sayo…mulo2 markah agak mengojutkan pado pukul 8.30 pagi..raso macam nak luruh jantung tapi selopeh pukul 10.00 pagi markah bertukar ke markah yang menggembirokan….semogo Allah membalas segalo usoha baik ustaz..sesungguhnyo semuo itu adalah atas kehendak dan izin Allah juo….

    AZRUL said:
    20/09/2012 at 11:10 am

    Syukria ustaz. Alhamdulilah.
    Sy masih belom berkesempatan nak postkan buku yg sy pinjam dari ustaz. harap maaf. agak kekalutan sedikit kebelakangan ini. harap dapat postkan sebelum penghujung bulan ini. mohon maaf sekali lagi yer.

    Satu lagi. ustaz, apa pendapat ustaz berkaitan video youtube “innocence of muslim” ? serta provokasi2 lain yg dilemparkan barat skarang ini? wajarkah umat islam berdemonstrasi dan menunjukkan kemarahan? itu merupakan satu sikap ekstremisme. Pada pandangan sy, Nabi muhammad S.A.W apabila dicaci dan dicemuh kaum kafir dahulu, Baginda lagi bersabar dan lagi berbuat baik pada mereka… itu setahu saya lah. Mungkin ustaz boleh bantu beri penerangan hal ini.

    Harap ustaz boleh tuliskan pendapat dlm blog ustaz. isu ini sangat menarik dan menjadi penentu samada umat islam mampu bersatu atau tetap berpecah belah…

    sekian

    Musnazril Bin Mustaq Khan (SX080663EEJ04) said:
    24/09/2012 at 11:16 pm

    salam ustaz, persoalan saudara azrul diatas amat menarik. sekiranya ustaz berkelapangan, mohon ustaz dapat kupas isu tersebut didalam penulisan yg baru.

Leave a comment