Kuiz ULT2122, KL Seksyen 8

Posted on Updated on

Quiz

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat student-student Space KL Seksyen 8,

Sebelum menjawab kuiz di bawah sila baca arahan ini dahulu :

1. Kuiz ini mempunyai 15 markah.

2. Sila baca dulu soalan, kemudian studi, kumpul maklumat dan digest kannya, lepas tu baru mengayat dan post diruangan comment.

3. Saya hanya menerima jawapan pertama yang telah dipost, sebarang pembetulan, tambahan tidak akan diterima setelah jawapan dipost.

4. Sila pastikan line internet anda berdesup sebelum submit jawapan.

5. Semasa submit jawapan, sila tulis nama anda dan no. Matrik. Jika anda malu untuk menulis nama anda, kebarangkalian anda tidak konfiden dengan jawapan anda.

6. Jawapan anda jangan lebih daripada 300 patah perkataan. Jika lebih, saya sarankan anda buat novel terus.

7. Ini paling penting, soalan kuiz ini aktif bermula pada tarikh hari ini 27 Julai 2013 (Sabtu) dan akan tamat pada 5 Ogos 2013 (Isnin).

SOALAN PERTAMA :

1. Baru-baru ni kita sudah mempelajari secara ringkas tentang apa itu sekular, liberal, kapitalis dan kesannya terhadap pemikiran manusia hari ini. Cuba anda baca kenyataan dibawah :

Proffessor Robert Pape from University Chicago studied 350 suicide cases, he claimed that there is a little connection between suicide terrorism and Islamic fundamentalism or any of the world’s religion. The cause of suicides is not from religion but nationalism. It is not about land, power, politics and also its not about a faith, a faith is just a cover. ( I got this statement live from program ‘hand in hand’ entitled ‘Is religion good or evil? organized by Al Jazeera Network, between Cordinator Mehdi Hassan and Prof. Richard Dawkins (Atheist) at University Of Oxford, UK, i suggest if you have pastime, please watch this video through youtube)

Melalui kenyataan di atas, soalan saya, apakah yang dimaksudkan dengan nasionalisme?

SOALAN KEDUA

2. Menurut pandangan anda, apakah kaitan antara nasionalisme dengan agama ? Sila jawab mengikut perspektif agama yang anda anuti sekarang.

Selamat Menjawab..

44 thoughts on “Kuiz ULT2122, KL Seksyen 8

    Mohd Khairul Naim Bin Asrani (Matrix no: SX111183MMS04) said:
    29/07/2013 at 2:35 pm

    1) Apakah yang dimaksudkan dengan nasionalisme?

    Nasionalisme bermaksud perasaan cinta kepada bangsa dan negara yang membawa kpd gerakan untuk membebaskan tanahair dari cengkaman ekonomi dan budaya asing, ataupun penjajahan. Walaupun begitu fahaman ini tetap diteruskan juga walaupun selepas ketiadaan penjajahan. Dalam konteks masyarakat majmuk, nasionalisme lebih diamalkan antara kaum di mana semangat sesuatu kaum itu untuk mengatasi kaum yang lain selepas ketiadaan penjajah.

    2) Menurut pandangan anda, apakah kaitan antara nasionalisme dengan agama ? Sila jawab mengikut perspektif agama yang anda anuti sekarang.

    Mengikut perspektif Islam, ciri-ciri positif yg dibawa nasionalisme itu sendiri telah pun tekankan dlm islam sperti;
    * Mencintai bangsa dan tanah air
    * Membebaskan negara dari penjajahan
    * Merapatkan hubungan

    Walaupun begitu, semangat nasionalisme ini perlu dirujuk kepada Islam dan difahami hujung pangkalnya supaya setiap penganut Islam tidak terjerumus ke dalam fanatik perkauman jahiliyah yang merosakkan tasawur Islam dan tidak menyelamatkan umat dan bangsa dengan Islam.

    choonxiaoling said:
    29/07/2013 at 11:45 pm

    Choon Xiao Ling (SX100288AWJ04) – ULT 2122 Seksyen 8
    Kuiz 1:
    1) Apakah yang dimaksudkan dengan nasionalisme?

    Nasionalisme merupakan sesuatu paham yang menciptakan dan mempertahankan kedaulatan sebuah negara dengan mewujudkan satu konsep identitas bersama untuk sekelompok manusia.
    Dalam zaman modern ini, nasionalisme merujuk kepada amalan politik dan ketentaraan yang berlandaskan nasionalisme secara etnik serta keagamaan, seperti yang dinyatakan di bawah.
    Nasionalisme dapat menonjolkan dirinya sebagai sebagian faham negara atau gerakan (bukan negara) yang popular berdasarkan pendapat warganegara, etnis, budaya, keagamaan dan ideologi. Nasionalisme kewarganegaraan (atau nasionalisme sipil) adalah sejenis nasionalisme dimana negara memperoleh kebenaran politik dari penyertaan aktif rakyatnya, “kehendak rakyat”; “perwakilan politik”.

    2) Menurut pandangan anda, apakah kaitan antara nasionalisme dengan agama ? Sila jawab mengikut perspektif agama yang anda anuti sekarang.

    Saya adalah beragama Budha. Agama Buddha adalah sebuah agama dan filsafat yang berasal dari anak benua India dan meliputi beragam tradisi kepercayaan, dan praktik yang sebagian besar berdasarkan pada ajaran yang dikaitkan dengan Siddhartha Gautama, yang secara umum dikenal sebagai Sang Buddha (berarti “yang telah sadar” dalam bahasa Sanskerta dan Pali).

    Dalam agama Budha, untuk mencapai pertolongan dan bantuan pihak lain tidak ada pengaruhnya. Tidak ada dewa – dewi yang dapat membantu, hanya dengan usaha sendirilah kebuddhaan dapat dicapai. Buddha hanya merupakan contoh, juru pandu, dan guru bagi makhluk yang perlu melalui jalan mereka sendiri, mencapai pencerahan rohani, dan melihat kebenaran & realitas sebenar-benarnya.

    Nasionalisme berasal dari kata nation(bahasa Inggris) dan natie (bahasaBelanda) yang berarti bangsa. Sebab-sebab munculnya perasaan nasionalisme adalah : adanya kesamaan sejarah, agama bahasa, kebudayaan pemerintahan, tempat tinggal dan keinginan untuk mempertahankan serta mengembangkannya sebagai milik bersama. Jadi nasionalisme adalah suatu sikap politik dan sosial dari kelompok-kelompok suatu bangsa yang mempunyai kesamaan kebudayaan, bahasa, dan wilayah serta kesamaan cita-cita dan tujuan, dengan demikian kelompok tersebut maerasakan adanya kesetiaan mendalam terhadap kelompok bangsa itu. Agama adalah berkait rapat dengan nasionalisme. Nasionalisme agama ialah sejenis nasionalisme dimana negara memperoleh legitimasi politik dari persamaan agama. Walaupun begitu, lazimnya nasionalisme etnis adalah dicampuradukkan dengan nasionalisme keagamaan.

    Muhammad Ashraf Bin Mahdzir said:
    30/07/2013 at 11:46 am

    Assalamua’laikum Ustaz yang saya muliakan
    Muhammad Ashraf Bin Mahdzir (SX100513BQJ04) – ULT2122 (Seksyen 8)

    1). Maksud Nasionalisme adalah :-

    Nasionalisme atau semangat kebangsaan mengikut kefahaman yang diamalkan oleh Negara sekarang ialah kesedaran individu atau kumpulan akan keahliannya dalam sebuah negara serta keinginan untuk memperkukuhkan negaranya, mempertahankan kebangsaan dan mempertingkatkan kemakmuran individu atau kumpulan ini merasa yang mereka mempunyai taat setia yang tidak berbelah bagi terhadap negara tersebut (semangat kebangsaan yang amat kuat).

    Nasionalisme adalah satu sifat semulajadi yang tidak boleh dipisah-pisahkan atau dengan perkataan lain, naluri kebangsaan ini pada asalnya satu perkara yang baik kerana ianya pemberian Allah. Sama ada sifat itu terus menjadi baik atau terus tergolong dalam Assabiah (golongan yang taksub terhadap satu Jemaah atau kumpulan tanpa didasarkan atas asas agama) terpulanglah kepada seseorang itu untuk menentukannya. Jadi ianya seolah-olah satu ujian daripada Allah ke atas orang yang mengaku dirinya muslim. Sama ada untuk menyahut seruan naluri yang berlebihan atau mengawal seruan itu supaya berada dalam tindakan yang berpada-pada.

    Orang yang membuat pilihan kepada yang PERTAMA iaitu mementingkan keluarga, negara dan sebagainya tanpa menghiraukan kepentingan agama maka dia telah mengamalkan nasionalisme yang ditegah atau assabiah.
    Sebaliknya orang yang membuat pilihan yang KEDUA iaitu menjaga tindakan naluri supaya ia sentiasa berada dalam lingkungan yang tidak berlawanan dengan agama maka dia merupakan seorang muslim yang benar.

    2). Pandangan anda, apakah kaitan antara nasionalisme dengan agama?

    Berikut merupakan pandangan saya kaitan antara nasionalisme dengan Agama Islam.

    Asas Agama Islam tidak melarang umatnya untuk mencintai Negara dan mempertahankan kedaulatan Negara, tetapi semangat ini hendaklah berlandaskan syariat dan asas yang telah ditetapkan dalam Islam.Islam mewajibkan umatnya untuk hidup di bawah satu kepemimpinan (Khilafah Islamiyah). Haram bagi mereka tercerai-berai di bawah pimpinan yang lebih dari satu.

    Islam agama fitrah tetap mengakui wujudnya berbagai bangsa, bahasa, budaya dan agama, dalam masa yang sama lahirnya perasaan kecintaan kepada bangsa masing-masing mengikut ketetapan Allah yang mustahil dinafi dan dihapuskan. Namun, Islam mempunyai pendekatan yang mengambil kira segala aspek fitrah manusia dari segi individu, keluarga dan masyarakat dalam satu bangsa, satu negara dan seluruh dunia yang luas bidangnya.

    Sekian.

    msufianaj said:
    30/07/2013 at 2:56 pm

    testing,,

    msufianaj said:
    30/07/2013 at 4:42 pm

    MOHD SUFIAN BIN ABDUL JALIL (SX111196MMS04)

    SOALAN 1:

    Perkataan nasionalisme adalah berasal dari 2 perkataan inggeris yg digabungkan iaitu ‘nasional’ dan ‘isme’.Istilah nasion bermaksud bangsa dan nasional bermaksud nasional.’Isme’ pula bererti faham atau ajaran.Oleh itu,’nasionalisme’ dalam maksud bahasanya adalah fahaman atau ajaran mengenai sifat-sifat kebangsaan.

    Adapun pengertian nasionalisme dalam skop yg lebih luas adalah sifat-sifat sesorang atau sesuatu kelompok yang kecintaannya kepada Tanah air dan Negara dan rela berkorban demi tanah air,bangsa dan negaranya.Selain itu,nasionalisme juga bermaksud kesedaran diri sesorang selaku warga Negara/bangsa adalah disebabkan oleh sesorang itu mengutamakan Negara/bangsa nya melebihi yang lain.

    Pandangan Islam mengenai Nasionalisme pula adalah sebaliknya.Peristiwa yang paling ideal untuk menerangkan kenyataan ini adalah melalui sejarah Rasulullah SAW yang menyatukan kaum muhajirin dan anshar melauli peristiwa hijrah dalam satu ikatan akidah Islamiyyah dan bukan kerana ikatan nasinalisme arab atau selainnya.Rasulullah SAW juga telah Berjaya memecah tembok assabiyyah yg begitu menebal didalam diri masyarakat arab ketika itu.

    SOALAN 2 : KAITAN NASIONALISME TENTANG AGAMA.

    Pada pendapat saya,nasionalisme tidak mempunyai banyak kaitan-kaitan dengan agama.Nasionalisme adalah dipercayai membawa banyak berlakunya konflik yang berlaku pada masa lalu mahupun masa kini.

    Assabiyyah adalah satu sikap fanatisme terhadap bangsa dan Negara contohnya lebih banyak membawa kesan buruk didalam masyarakat kita khasnya dan global amnya.

    Saya juga berpendapat ,Nasionalisme mempunyai kualiti ikatan yang rendah antara manusia.Nasionalisme tidak mampu menandingi ikatan ukkhuwah islamiyyah dlam islam dalam mengikat tali perpaduan dalam diri manusia.

    Kebiasaannya semangat nasinalisme ini hanya bersikap dan bersifat sementara dan bermusim.Contohnya ia hanya muncul ketika hari kemerdekaan atau hari perayaan bangsa.

    Sekian.
    WASSALAM.

    Noorfazilah Mat Ariffin ( SX100520BQJ04) said:
    31/07/2013 at 8:37 am

    Assalamua’laikum Ustaz

    Noorfazilah Mat Ariffin (SX100520BQj04)

    Soalan 1

    Nasionalisme bermaksud perasaan cintakan bangsa dan negara, membawa kepada gerakan untuk membebaskan tanah air, pembebasan dari cengkaman kuasa politik, ekonomi dan kebudayaan asing. Ianya juga boleh ditakrifkan sebagai satu ideologi yang dicetuskan untuk mempertahankan kedaulatan sesebuah negara dengan mewujudkan satu konsep identiti bersama untuk sekumpulan manusia tertentu.

    Nasionalisme melibatkan perasaan kesetiaan yang tinggi kepada sesuatu bangsa dan cintakan kepada tanah air. lanya juga merupakan kecenderungan untuk lebih berpihak kepada bangsa sendiri semata-mata dan bertujuan untuk menyaingi bangsa-bangsa lain.

    Soalan 2

    Nasionalisme merupakan suatu konsep yang sangat berbeza dengan Islam, ini kerana nasionalisme menyeru kepada kesatuan berdasarkan pada ikatan kekeluargaan dan kesukuan, sementara Islam menyatukan manusia berdasarkan kepada aqidah, iatu keimanan kepada Allah (swt) dan Rasul-Nya (saw)

    Walaupun secara realitinya, Nasionalisme adalah satu fahaman @ gagasan untuk mempertahankan bangsa. Namun demikian, ikatan berlandaskan nasionalisme semata-mata adalah ditegah dalam ajaran Islam. Ini kerana ikatan yang sebenarnya yang dapat mengukuhkan hubungan sesama makhluk di bumi Allah ialah ikatan akidah Islamiyyah yang sekaligus terangkum di dalamnya ukhuwah Islamiyah tanpa mengira bangsa, kaum dan keturunan .

    Semangat nasionalisme itu adalah hak asasi manusia dan sesungguhnya semangat kebangsaan itu adalah penting untuk kita menaikkan bangsa kita, kerana Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan oleh kaum itu sendiri. Cuma dalam menyemarakkan api kebangsaan itu, janganlah sampai ianya bersifat etnosentrik (berpusat kepada kaum) yang ekstrim sehingga tidak berlaku adil dan berlaku zalim serta menghina bangsa-bangsa lain. Justeru itu, gunakanlah semangat kebangsaan itu ke arah keharmonian sejagat. Kita bersaing dengan bangsa-bangsa lain dengan semangat setiakawan dan kejujuran. Akan indahlah bumi kita ini nanti.

    nanthiyni said:
    31/07/2013 at 8:26 pm

    testing

    Nanthiyni panneerselvem (SX111356SCS04) said:
    31/07/2013 at 8:33 pm

    soalan 1
    Nationalisme bermaksud satu sentimen kepuakan yang berdasarkan ciri-ciri bangsa terutamanya bahasa dan kebudayaan dengan kecenderungan menekankan perbezaan antara satu bangsa dengan satu bangsa yang lain. Ia juga boleh dikatakan sebagai perasaan mencintai negara sendiri yang mendalam dan kemahuan untuk mencapai kebebasan ekonomi dan politik daripada kuasa asing. Nationalisme boleh didefinisikan sebagai sentimen cinta terhadap sesebuah negara.

    Soalan 2
    Pada pandangan saya, Nationalisme juga mempunyai kaitan dengan agama, lebih dikenali sebagai nationalisme keagamaan. Nationalisme keagamaan ialah sejenis nationalisme dimana negara memperoleh legitimasi politik dari persamaan agama. Contohnya , Zionisme di Israel . Misalnya , di Ireland semangat nationalisme adalah berpunca dari persamaan agama mereka iaitu Katolik. Nationalisme di India seperti mana yang diamalkan oleh pengikut parti BJP adalah berpunca dari agama Hindu. Namun demikian bagi kebanyakan kumpulan nasionalis, agama hanya merupakan simbol dan bukannya motivasi utama kumpulan tersebut.
    Sebagai penganut hindu, nationalisme hindu merujuk ekspresi sosial dan pemikiran politik berdasarkan agama dan tradisi kebudayaan turun temurun India. Ia menyumbang kepada penubuhan beberapa pertubuhan bebas yang menentang undang-undang British yang berdasarkan perjuangan bersenjata. Nationalisme Hindu merujuk lebih kepada perarakan dan protes secara aman. Contoh tokoh-tokoh yang mengamalkan nasionalisme berasaskan agama Hindu adalah seperti Swami Vivekananda,Mahatma Gandhi dan Netaji Subhas Chandra Bose.
    Swami Vivekananda merupakan seorang pejuang pada abad ke-19. Beliau merupakan seorang yang mendapat pendidikan Barat tetapi itu tidak menghalang beliau untuk berjuang berasaskan agama yang dianutinya. Semua perjuangan beliau adalah berasaskan kitab suci ‘Veda’. Perjuangan beliau dalam reformasi sosial di India mendapat perhatian negara –negara Barat. Beliau juga telah dijemput untuk memberi ceramah di ‘ Parliament of the World’s Religion ‘ di Chicago pada 11 September 1893. Perjuangan beliau yang berasaskan agama kemudiannya di ikuti oleh Mahatma Gandhi.
    Mahatma Gandhi berjuang berdasarkan konsep “Dharma” dan “Rama-rajya” (peraturan Deva Rama dalam kitab suci Bagavad Gita) dalam perjuangan sosial dan politiknya. Beliau pernah berkata, “dengan kebebasan politik, saya tidak memandang rendah undang-undang British, undang –undang soviet Russia, undang undang Fascist Italy ataupun undang undang Nazi Germany. Mereka mempunyai satu konsep nasionalisme yang berdasarkan budaya dan kepercayaan masing-masing. Saya mengikut konsep yang diterima oleh kepercayaan Hindu”. Beliau juga menyatakan bahawa perjuangan berasaskan “Rama-rajya” menegaskan supaya menghormati semua agama dan kepercayaan.
    Akhir kata, agama memainkan peranan penting dalam semangat nationalisme. Agama mengajar sesuatu bangsa mengatur cara hubungan antara satu sama lain. Agama menyemai sikap hormat dan disiplin dalam seseorang individu untuk berjuang dan menunjukkan semangat nationalisme dengan teratur dan aman.

    Noor Ainie Mat Zaidi said:
    01/08/2013 at 12:25 pm

    NOOR AINIE BINTI MAT ZAIDI (SX100518BQJ04)

    Jawapan Soalan 1

    Kata nasional dalam Nasionalisme berasal dari kata “nation” atau bangsa,iaitu kumpulan manusia yang terikat oleh kesamaan budaya,wilayah dan sejarah.Secara umum, Nasionalisme bermaksud perasaan cinta dan taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada tanah air dan ingin membebaskan negara dan bangsa daripada penguasaan dan cengkaman kuasa asing. Nasionalisme juga ada kaitan dengan “negara” dan “bangsa”. Nasionalisme pada umumnya bertujuan mewujudkan kebebasan individu dan negara daripada cengkaman dan kongkongan pemerintah dan kuasa asing.Intipati utama Nasionalisme ialah mewujudkan kebebasan dan maruah seseorang serta membentuk nasib dan masa depan sesebuah negara dan bangsa.Dengan itu Nasionalisme bergerak ke arah pembentukan satu identiti bangsa yang berbudaya tinggi.

    Jawapan Soalan 2

    Nasionalisme merupakan suatu konsep yang sangat berbeza dengan islam kerana Nasionalisme menyeru kepada kesatuan berdasarkan kepada ikatan kekeluargaan dan kesukuan mahupun satu negara, sementara Islam menyatukan manusia berdasarkan akidah iaitu keimanan kepada Allah (SWT) dan RasulNya (SAW). Islam menyeru umatnya bersatu berdasarkan ideologi Islam.

    Hal ini dijelaskan di zaman Rasulullah apabila suatu insiden beberapa orang merendah-rendahkan Salman Al-Farisi.Mereka membicarakan kelemahan orang Parsi berbanding orang Arab. Ketika mendengar ini Rasulullah (SAW) menyatakan dengan tegas bahawa Salman Al-Farisi sebahagian dari Kami (Keluarga Rasul). Kenyataan Rasulullah ini memutuskan seluruh ikatan berdasarkan kepada faktor keturunan dan kesukuan.

    Peristiwa ini membuktikan ikatan Nasionalisme tidak diterima dalam Islam.Kaum muslimin diperintahkan untuk berdiri bersama-sama dan tidak memisahkan diri antara satu sama lain hanya kerana berasal dari suku kaum berbeza.

    Nasionalisme adalah satu fahaman atau gagasan untuk mempertahankan bangsa sekaligus yang berkaitan dengan kebangsaan termasuk wilayah yang diduduki oleh sesuatu bangsa. Namun ikatan Nasionalisme semata-mata adalah ditegah dalam islam kerana ikatan yang sebenar memperkuatkan hubungan sesama makhluk di bumi Allah ialah akidah Islamiyyah yang terangkum di dalamnya ukhwah Islamiyyah tanpa mengira bangsa.

    Raja Asmah Binti Raja Zainun said:
    02/08/2013 at 4:03 am

    Nama : Raja Asmah Binti Raja Zainun (SX095295CJD04)

    Soalan 1
    Ideologi-ideologi seperti liberalisme, Kapitalisme, Sekularisme & Nasionalisme adalah merupakan rantai ideologi moden yang lahir daripada fahaman sekular dan mempunyai asas sekular yang sangat kuat, di mana dalam ideologi kapitalisme ia adalah merujuk kepada suatu yang amat mementingkan keuntungan dan menafikan hak orang lain khususnya dalam aspek perniagaan sebagai contoh, amalan riba / interest berkonsepkan keuntungan dan penindasan terhadap golongan miskin dan secara tidak langsung, dalam keadan ini ia dengan jelas memberi lebih keuntungan kepada orang kaya raya. Pada dasarnya persaingan dalam perniagaan adalah diharuskan, namun, konsep kapitalisme membawa jurang yang amat jauh dalam struktur masyarakat di mana amalan riba dan sistem monopoli menjadi asas kapitalisme yang dilihat berat sebelah. Manakala dari segi ideologi Liberalisme pula ia merujuk kepada kebebasan, individualis dan Aqlani yang mana mendewakan akal, sebagai contoh bebas berbuat, berkata, berkeyakinan dan berhukum sesukanya tanpa batasan syari’at Allah, sehingga manusia menjadi tuhan untuk dirinya dan penyembah hawa nafsunya serta bebas dari hukum.

    Nasionalisme bermaksud semangat mencintai bangsa dan Negara, di mana seterusnya akan mewujudkan semangat patriorisme iaitu semangat sanggup memperjuangkan diri demi mempertahankan bangsa dan Negara tercinta, perasaan jati diri ini lahir atau terhasil daripada dalam diri seseorang individu yang berjiwa cintakan bangsa dan Negaranya, sebagai contoh seperti perpecahan yang berlaku dalam dawlah Uthmaniyah yang mana, memberi peluang kepada Zionis mendapatkan jaminan politik antarabangsa untuk merealisasikan cita-cita mereka yang kemudiannya membangkitkan semangat nasionalisme bangsa Arab (palestin) (Cohen, 1970: 55; Muhammad Y. Muslih, 1988: 203). Pengisytiharan deklarasi Balfour mencetuskan kebimbangan dan kekecewaan kalangan bangsa Arab dan menggambarkan penafian terhadap kebebasan politik bangsa Arab di Palestin. Melalui genjatan senjata yang dilakukan dibumi Arab melibatkan ramai mangsa yang tidak berdosa terkorban, sekatan ekonomi yang dilakukan menjadikan ekonomi di bumi Arab kian lumpuh.

    Secara kesimpulannya ia adalah satu rancangan yang dilihat sebagai helah gerakan Zionis untuk menggantikan populasi penduduk Palestin dengan Yahudi. Mereka ditindas dalam segenap aspek dan ketinggalan dalam arus globalisasi dan kemodenan dunia, rakyat Palestin menjadi bangsa yang melarat di tanah air sendiri bahkan ada yang menyeberang ke negara Arab yang berjiran seperti Jordan, Syria dan Mesir bagi menagih simpati. Perjuangan serta semangat nasionalisme yang lahir dari peperangan ini menyebabkan rakyat Palestin kian bersemangat mendapatkan kembali tanah air mereka dan maruah yang tergadai seolah-olah tiada penghujungnya ini. Sifat nasionalisme dan jati diri penduduk palestin terus berkobar demi mempertahankan keluarga, bangsa dan Negara tercinta. Sifat zalim, tamak kuasa Zionis menjadikan Ketidakadilan yang berleluasa melibatkan banyak pengorbanan nyawa yang tidak berdosa.

    Soalan 2
    Pada pendapat saya kaitan di antara nasionalisme dan agama adalah merupakan kecintaan kita sebagai umat Islam di dunia ini, iaitu untuk percaya dan patuh kepada Allah S.W.T serta al-Quran yang diperturunkan di muka bumi ini, dan menjadikan ia sebagai satu landasan/peraturan/hukum serta merupakan cahaya yang menerangi hati-hati manusia ke arah jalan kebaikan dan kebajikan, antara ciri-ciri dan keistimewaan al-Quran adalah pertama, ia merupakan kitab ilahi iaitu datangnya dari Allah S.W.T yang tidak ada keraguan padanya. Allah menurunkan al-Quran melalui Malaikat Jibrail. Dengan kekuatan iman serta kepercayaan terhadap Agama Islam, sifat percaya terhadap hukum Allah S.W.T sesungguhnya dapat menunjukkan jalan yang lurus. Sesungguhnya Allah S.W.T itu maha pencipta dan maha berkuasa.

    Zaswinarti said:
    02/08/2013 at 10:05 am

    Nama : Zaswinarti Binti Japarudin
    No. Kad Matrik : SX100381AWJ04

    Jawapan Soalan 1
    Nasionalisme adalah sentimen di kalangan penghuni sesuatu wilayah itu menggunakan lambang-lambang tertentu sempadan dan ibu kota bagi menentukan taraf negara bangsa, keperibadian kebangsaan, kewarganegaraan, bahasa kebangsaan, ekonomi, kebudayaan dan kesenian, bendera, lagu kebangsaan dan lain-lain.
    Nasionalisme merupakan satu ideologi yang mencipta dan mempertahankan kedaulatan sesebuah negara dengan mewujudkan satu konsep identiti bersama untuk sekumpulan manusia. Semangat nasionalisme adalah perlakuan yang dizahirkan bagi menunjukkan rasa sayang dan cinta kepada tanah air dan ingin membebaskan Negara dan bangsa daripada penguasaan dan cengkaman kuasa asing. Ini adalah manifestasi daripada penyuburan semangat patriotik yang wujud dalam diri seseorang warganegara.
    Nasionalisme juga ada kaitan dengan negara dan bangsa. Intipati utama nasionalisme ialah mewujudkan kebebasan dan maruah seseorang serta membentuk nasib dan masa depan sesebuah negara dan bangsa. Dengan itu, nasionalisme bergerak ke arah pembentukan satu identiti bangsa yang berbudaya tinggi. Ringkasnya, nasionalisme adalah tekad untuk hidup sebagai satu bangsa di bawah satu negara yang sama terlepas daripada perbezaan etnik, ras, agama, ataupun golongan.
    Namun begitu, pengertian nasionalisme dalam konteks selepas merdeka pula lebih merupakan sebagai satu perjuangan bagi mempertahankan maruah dan mempertinggikan martabat serta kedaulatan negara.

    Jawapan Soalan 2
    Nasionalisme menurut agama islam ialah :
    Nasionalisme merupakan suatu konsep yang sangat berbeza dengan islam, sebab ia menyeru kepada kesatuan berdasarkan pada ikatan kekeluargaan dan kesukuan, mahupun satu Negara, sementara islam menyatukan manusia berdasarkan pada aqidah, iaitu keimanan kepada Allah S.W.T. dan Rasulnya (saw). Islam menyeru umatnya bersatu berdasarkan ikatan ideologi islam. Menyatukan manusia berdasarkan ikatan kesukuan jelas dilarang. Diriwayatkan dari Abu Daud bahawasannya Rasulullah (saw) bersabda yang bermaksud :
    “Bukan dari golongan kami orang yang menyeru kepada asabiyah (nasionalisme/ rasisme), orang yang berperang kerana asabiyah serta orang yang mati kerana asabiyah.” (Abu Daud).
    Ideologi Nasionalisme dalam islam seharusnya berpaksikan ketaatan pada Alllah S.W.T. Setiap muslim tidak boleh mencintai tanah air secara berlebihan dan membelakangi kepentingan islam. Hal tersebut, jelas didukung pada masyarakat ashabiyyah (fanatik kelompok yang berlebihan), chauvinisme dan fahaman-fahaman lain yang ditentang oleh ajaran islam. Fahaman Nasionalisme yang tersasar dari landasan islam akan menjerumuskan suatu bangsa kepada imperialisme dan kolonialisme seperti yang diusung oleh Negara Barat. Islam tidak pernah mempersoalkan mengenai kecintaan terhadap tanah air (bangsa). Islam telah menegaskan bahawa semua bangsa adalah saudara yang harus bersatu khususnya diantara umat Muslim.
    Oleh itu, kepentingan agama menjadi unsur penting bagi sosiologi, komunikasi dan strategik politik. Islam agama fitrah tetap mengakui wujudnya berbagai bangsa, bahasa, budaya dan agama. Dalam masa yang sama lahirnya perasaan kecintaan kepada bangsa masing-masing mengikut ketetapan Allah S.W.T yang mustahil dinafi dan dihapuskan. Namun, Islam mempunyai pendekatan yang mengambil kira segala aspek fitrah manusia dari segi individu, keluarga dan masyarakat dalam satu bangsa, satu negara dan seluruh dunia yang luas bidangnya.

    AHMAD FAIZAL ABDULLAH said:
    02/08/2013 at 10:24 am

    AHMAD FAIZAL BIN ABDULLAH (SX112975SCF04)

    SOALAN 1
    Nasionalisme secara definisinya membawa erti kepada fahaman atau ajaran untuk mencintai bangsa dan negara mencakupi kesedaran keanggotan (kewarganegaraan) yang bersedia dan sanggup mempertahankan tanah air disamping sanggup mempertahankan identiti, kemakmuran dan kekuatan bangsa.

    SOALAN 2
    Pada pandangan saya, sebagai seorang muslim yang menganut agama Islam, nasionalisme dan Islam harus bergerak seiring. Kerana dengan panduan dari kalam Allah iaitu Al-Quran yang mengandungi segala-galanya ditambah dengan sunnah dan hadis nabi maka semua perbuatan akan sentiasa berada pada landasan yang betul. Maka, tidak akan wujud kesan-kesan negatif seperti perpecahan akibat gerakan nasionalisme ini. Islam sendiri telah menyuruh umatnya agar sentiasa bersederhana dalam apa jua perbuatan sekali pun. Apa yang menjadikan kerosakan akibat daripada nasionalisme ini adalah akibat lahirnya golongan ekstrimis yang membawa perngertian nasionalisme yang salah akibat daripada terlalu taksub atau fanatik dengan perjuangan masing-masing, Golongan ini merupakan musuh kepada semangat nasionalisme yang sebenarnya. Berbalik kepada Islam itu sendiri yang cinta pada kedamaian dan tidak mengenal erti perbezaan antara makhluk akan membawa kepada keharmonian dan keamanan sejagat. Jika dilihat kembali, nasionalisme dan Islam adalah sesuatu yang tidak langsung bersifat kontradiktif. Ini dapat dibuktikan melalui penulisan pengasas Ikhwan al-Muslimin, Hasaan al-Bana, “….kalau yang di maksudkan nasionalisme adalah cinta akan tanah air, membebaskan negara dari imperialism dan merapatkan barisan dan merekatkan tali persaudaraan. Maka kami adalah nasionalis sejati, kerana nilai-nilai tersebut adalah apa yang telah di ajarkan Islam. Kami bersedia untuk berjuang di barisan paling hadapan”. Islam menentang sebarang bentuk diskriminasi manusia yang tidak berdasarkan kepada kepercayaan seseorang itu. Islam menggalakkan keharmonian masyarakat Islam atau ummah. Bahkan menjamin keharmonian penganut agama lain dan menganjurkan keamanan untuk semua. Penduduk Islam diseluruh dunia tidak kira bangsa, warna dan keturunan bersolat di kiblat yang sama, berpuasa pada bulan Ramadhan yang sama serta menunaikan haji di Kaabah yang sama. Malah sewaktu menunaikan haji atau umrah, semua orang wajib memakai kain ihram putih yang sama. Secara kesimpulannya, nasionalisme mempunyai definisi dang penghayatan yang berbeza-beza mengikut pandangan masing tetapi apa jua sekalipun haruslah ia berlandaskan Islam kerana Islam telah menggariskan panduan segala-galanya untuk penganutnya agar sentiasa berada di jalan yang diredhai-Nya.

    Sofia Idayu Binti Saharudin (SX100719CJJ04) said:
    02/08/2013 at 1:36 pm

    Soalan 1 :
    Maksud nasionalisme mengikut kamus dewan ialah perasaan cinta dan sayang pada negara dan bangsa sendiri. Pergerakan membebaskan negara atau ekonomi daripada cengkaman kuasa asing.

    Dari segi istilah pula, perkataan nasionalisme adalah diambil daripada perkataan Inggeris nationalism yang mana kata akarnya adalah nation, yang berkembang kepada national, nationalist dan nationalisme. Menurut Oxford Advanced Learners Dictionary, nation adalah bermaksud kelompok masyarakat yang besar, berkongsi sejarah, bahasa dan sebagainya dan tinggal dalam wilayah tertentu di bawah satu kerajaan. Maka national pula bermaksud sifat keseluruhan sesuatu bangsa itu. Nationalist adalah penyokong nasionalism. Manakala nationalism adalah gerakan menyokong pembebasan politik dalam sesebuah negara yang dikuasai oleh orang lain atau sebahagian daripada mereka.

    Soalan 2 :
    Pada pandangan saya, kaitan nasionalisme dengan islam hanya merupakan simbol dan bukannya motivasi. Islam menentang nasionalisme, perbezaan kaum atau sebarang bentuk diskriminasi manusia yang tidak berasaskan kepercayaan seseorang itu. Islam menggalakan keharmonian masyarakat islam dan ummah.

    Dalam Islam, berdasarkan pandangan beberapa sarjana islam, maksud yang ada kaitan dengan semangat kebangsaan atau Nasionalisme itu ialah istilah watan (tanah air), Dar Al Islam dan Diyar al Islam. Perkara ini akan dihurai lanjut di bawah pandangan tokoh dan sarjana Islam.

    Bezanya ialah, falsafah Nasionalisme barat melihat kepada batasan etnik, sebaliknya Islam melihat dalam kerangka utana kecintaan kepada wilayah-wilayah intima’(afiliasi), iaitu dalam batasan makro yang melampaui batasan kenegerian, ras dan etnik yang diikat dengan kalimah tauhid.

    Khairul Azhar Bin Bukhari (SX100505BQj04) said:
    02/08/2013 at 2:53 pm

    Khairul Azhar Bin Bukhari (SX100505BQj04)

    Assalamua’laikum Ustaz

    Jawapan Soalan 1

    Nasionalisme bermaksud kesedaran dan semangat kecintaan pada tanah air, memiliki kebanggaan sebagai suatu bangsa atau memelihara kehormatan bangsanya,membawa kepada gerakan untuk membebaskan tanah air, pembebasan dari cengkaman kuasa politik, ekonomi dan kebudayaan asing, memiliki rasa simpati terhadap musibah dan kekurangan bangsanya atau sebaliknya iaitu merasa gembira diatas keberuntungan saudara setanah air, sebangsa dan senegaranya.

    Nasionalisme juga lebih cenderung kepada bangsa sendiri semata-mata dan bertujuan untuk menyaingi bangsa-bangsa lain. Fahaman nasionalisme boleh dijadikan teras negara sehingga ada yang terlanjur berlaku kezaliman dan penindasan masyarakat majmuk dalam sesebuah negara.

    Jawapan Soalan 2

    Kaitan nasionalisme dan agama islam adalah dengan meletakkan kesetiaan tertinggi individu yang harus diberikan kepada sesuatu iaitu bangsa atau negaranya, dengan maksud ini bahawa individu sebagai warganegara memiliki suatu sikap atau perbuatan untuk mencurahkan segala tenaga dan fikirannya demi kemajuan, keamanan dan kehormatan untuk menegakan kedaulatan buat bangsa atau negaranya.

    Konsep Nasionalisme tidak bertentangan dan boleh disesuaikan dengan tasawur islam. Islam menerapkan keadilan dalam sesebuah negara dan menolak dan menentang nasionalisme yang bersifat etnosentrik (berpusat kepada kaum) yang ekstrim (melampau) sehingga berlaku kezaliman kepada etnik yang berdaulat

    Dalam islam mengalakkan masyarakat majmuk saling hormat menghormati antara satu sama lain walaupun berlainan bangsa dan agama. Sudah menjadi fitrah manusia untuk hidup secara bermasyarakat di bawah satu kesatuan yang diikat dengan perasaan dan kesedaran bermasyarakat. Salain itu juga nasionalisme islam dapat mengikatkan dengan ikatan cinta antara manusia dan negerinya sebagai fitrah yang ditetapkan Allah pada diri insan. Kita semua dituntut supaya berusaha dan berjihad, maka menjadi kewajipan setiap kumpulan untuk berusaha mencapai matlamat ini sehingga dengan izin Allah masing-masing mencapai kejayaan di dunia dan di akhirat

    SARINI HASYIM said:
    02/08/2013 at 9:07 pm

    Sarini Bt Hasyim, SX111360SCS04
    Assalamualaikum Ustaz,

    1). Apakah yang dimaksudkan dengan Nasionalisme?
    * Maksud dalam Bahasa Inggeris ‘nation’, iaitu membawa maksud yang luas, Antaranya :
    – Perasaan / semangat cinta akan negara atau agama iaitu kesediaan untuk berkorban demi negara atau agama yang dianuti
    – Gerakan membebaskan tanah air daripada penjajahan politik, ekonomi dan
    kebudayaan asing
    – Bertujuan untuk mengekalkan kemerdekaan
    * Asal usul semangat Nasianalisme ini wujud pada abad ke 19 & 20, adalah disebabkan oleh keganasan pemerintahan Inggeris di Tanah Melayu. Kesedaran ini menyebabkan segolongan orang Melayu mula mengambil tindakan. Antaranya adalah sikap saling mempercayakan diri sendiri,martabat dan darjat orang-orang melayu yang tertindas dipulihkan. Oleh itu,sikap ini dinamakan semangat Nasionalisme.
    * Beberapa bentuk semangat Nasionalisme adalah Nasionalisme Sivik, Nasionalisme Etnik, Nasionalisme Romantik (Nasionalisme Identiti), Nasionalisme Budaya, Nasionalisme Kenegerian dan Nasionalisme Agama.

    2). Menurut Pandangan anda, apakah kaitan antara Nasionalisme dengan agama? Sila jawab mengikut prespektif agama yang anda anuti sekarang.
    *Kaitan Nasionalisme dengan agama ialah sejenis di mana negara memperolehi kesepakatan atau perpaduan dari persamaan agama. Misalnya, di Malaysia seperti yang diamalkan oleh etnik Melayu yang menjadi pengikut parti PAS adalah berpunca dari segi agama yang dianuti dimana para Nasionalis agama Islam ini berjuang menegakkan ideologi yang bersangkut paut dengan budaya dan kebebasan dan agama.
    * Menurut Sejarah Islam, pada asalnya semangat Nasionalisme ini amat bermakna dimana telah melahirkan golongan berpendidikan agama telah ramai melanjutkan pelajran ke Universiti Al- Azhar Mesir. Antara Modenisme Islam yang diperkenalkan oleh Muhammad Abduh telah mempengaruhi pelajar melayu atau dikenali sebagai golongan tua iaitu Mohd Tahir Jalaluddin, Syed Sheikh Ahmad Al-Hadi dan ramai lagi. Penuntut tersebut telah menyiarkan rencana tulisan yang bertujuan menyedarkan orang-orang melayu dan mengesorkan cara untuk mengatasi kemunduran orang melayu. Selain itu, muncul juga nasionalis golongan kaum muda. Mereka ini telah mendirikan sekolah contohnya Madrasah Al-Mashyur di Pulau Pinang, Madrasah Al-Hadi di Melaka dan banyak lagi.
    * Namun pada masa kini, prespektif Agama Islam sekarang, menentang Nasionalisme, Tribalisme (Perbezaan kaum). Fahaman Islam yang melampu ini (taksub pada agama) boleh menyebabkan keganasan dan perpecahan serta telah menganggu keharmonian pelbagai kaum. Misalnya serangan berani mati pada 11 september 2001 yang digelar 9/11 yang didalangi oleh al -Qaeda ke atas Menara Berkembar world Trade Center (Pusat Dagangan Dunia) di Bandar Raya New York Amerika Syarikat, telah mengorbankan nyawa penumpang dalam pesawat yang dirampas dan juga turut terbunuh pekerja yang berada di bangunan tersebut. Ke mana hilangnya nilai-nilai Islam pada jiwa mereka yang sememangnya taksub dengan agama, bertindak mengikut hawa nafsu sehingga sanggup mengorbankan nyawa yang tidak berdosa ? Walhal pada dasarnya, Islam amat menggalakkan keharmonian, musyawarah, ketenteraman masyarakat Islam dan serta menghormati hak-hak penganut agama lain…Sekian..Wassalam.

    Ahmad Furqaan Sazali said:
    03/08/2013 at 4:44 pm

    Ahmad Furqaan Sazali (SX100492BQJ04)

    Soalan 1
    Nasionalisme adalah suatu ideologi yang dicipta untuk menunjukkan semangat cintakan negara dan mempertahankan kedaulatan sesebuah negara. Ianya akan mewujudkan suatu gerakan membebaskan negara dari cengkaman penjajahan samada dari segi kebudayaan, politik dan ekonomi asing. Selain itu, ideologi ini juga akan mempertahankan tanah air dari pengaruh asing yang lain.

    Soalan 2
    Pada perspektif agama islam,ideologi nasionalisme adalah digalakkan kerana jika diambil nilai murninya seperti berkeyakinan tinggi,bersemangat dan sebagainya, ianya akan memberi kejayaan kepada seseorang individu itu tetapi haruslah berlandaskan syariat dan asas islam itu sendiri. Islam pada dasarnya tidak menolak nasionalisme jika ia membawa maksud yang mulia, malah adalah nilai yang baik disanjungi dan tidak dilarang oleh islam. Menurut imam Hasan Al-Banna, menyatakan nasionalisme itu adalah sebagai kerinduan atau keprihatinan terhadap tanah air, keharusan berjuang membebaskan tanah air dari cengkaman penjajahan dan ikatan kekeluargaan antara masyarakat, maka nasionalisme sedemikian dapat diterima, malah dalam situasai tertentu dianggap sebagai kewajipan yang harus dipikul/dilaksanakan.

    Noraizah Mohd Razali said:
    04/08/2013 at 3:01 am

    Nama: NORAIZAH MOHD RAZALI
    No. Matrik: SX100529BQJ04

    Assalamualaikum Ustaz,

    Jawapan # 1
    Nasionalisme berasal daripada istilah ‘nation’ yang bererti bangsa. Nasionalisme juga boleh ditakrifkan bahawa bangsa adalah kesatuan yang timbul dari kesamaan keturunan, budaya, pemerintahan dan tempat. Ia juga boleh membentuk sebuah bangsa dengan syarat ada kehendak untuk bersatu yang diwujudkan dalam pembentukan bernegara (pemerintahan) yang dipersetujui dan ditaati bersama. Dalam konteks negara moden dan millennium, nasionalisme dianggap sebagai pemikiran yang mampu menemukan ikatan dasar yang menyatukan sesebuah negara bangsa.
    Di dalam konteks lain pula, semangat Nasionalisme ini menjadi teras kepada pembentukan dan hala tuju politik sesebuah negara itu. Di sini lah kewujudan sesuatu fahaman seperti Kapitalis, Liberal ataupun Sekular memainkan peranan penting dalam membentuk sosio politik yang secara tidak langsung menjadi kekuatan sesuatu bangsa itu.
    Semangat Nationalisme pada dasarnya boleh menjadi penyebab terjadinya persaingan diantara sesuatu bangsa itu sehingga ke tahap berlakunya peperangan. Keadaan ini disebabkan oleh hasrat dan keinginan mereka untuk memartabatkan ideologi bangsa mereka agar menjadi satu bangsa yang lebih unggul dan gah di kacamata dunia.

    Jawapan # 2
    Nasionalisme dan agama adalah merupakan dua takrifan yang berbeza kerana Nasionalisme tidak membentuk agama manakala agama pula membentuk sifat-sifat Nasionalisme sesuatu bangsa itu atau dalam erti kata lain Nasionalisme yang merangkumi sosio budaya, tradisi dan adat resam hanyalah milik sesuatu bangsa manakala agama pula adalah anutan ataupun kepercayaan yang menjadi milik semua bangsa.
    Dari perspektif sebagai penganut agama Islam, agama memainkan peranan yang penting dalam mengajak semua bangsa manusia lebih kepada Ukhwah. Ini amat penting supaya tidak wujud perbezaan taraf sesama manusia kerana di dalam Islam semua bangsa manusia adalah sama tarafnya tidak kira samada yang putih ataupun hitam, cantik ataupun hodoh, cerdik ataupun bodoh dan lain-lain lagi.
    Dengan agama jugalah sifat-sifat Nasionalisme itu dapat dibentuk sahsiah dan peradabannya supaya menjadi lebih sempurna dan lengkap serta dapat menghindari diri kita dari sifat-sifat Taqiyyah (kepura-puraan). Sifat Taqiyyah inilah yang menjadikan manusia itu menjadi lemah seterusnya menjerumus ke ambang kehancuran.
    Islam juga dapat membentuk undang-undang untuk dijadikan panduan kepada semua bangsa di dunia ini kerana ia merangkumi segala aspek penyelesaian yang lebih adil dan saksama. Secara dasarnya ianya dapat memperbaiki kelemahan sifat-sifat Nasionalisme sesuatu bangsa itu secara menyeluruh.

    Sekian.

    Selamat Hari Raya Aidilfitri

    zahidah bt bahari said:
    04/08/2013 at 3:27 am

    ZAHIDAH BT BAHARI
    SX100734CJJ04
    Assalammulaikum

    Soalan 1;Apakah yang dimaksudkan dengan nasionalisme
    Maksud nasionalisme secara amnya adalah satu semangat atau perasaan sayang dan cintakan negara individu pada negara dan bangsanya.
    Maksud dari Kamus dewan menyatakan nasionalisme perasaan cinta kepada negara dan bangsa cinta sendiri.Maksud dari Ensiklopedia ialah perasaan berkaitan rakyat sebagai sebuah bangsa, termasuk perasaan setia kepada bangsa dan bangga dengan kebudayaan dan sejarahnya.
    Kenyataan berdasarakan video pandangan masyarakat yang mengamalkan pemikiran sekular,liberal dan kapitalis yang nyata menentang pendapat Islam sendiri.Masyarakat barat percaya tanpa pegangan agama yang kuat manusia sendiri yang menyebabkan mengapa mereka memilih untuk berjuang demi negara dan sanggup berkorban diri sendiri dengan berrani mati. Secara tidak langsung agama itu sebagai pelindung diri sehaja kerana ternyata apa yang dilakukan adalah disebabkan perasaan nasionalisme atau taksub yang kuat didalam diri individu tersebut.Sebagai contoh selepas peristiwa serangan peristiwa 11 september 2011 yang mengecam banyak pihak , selepas itu kesanya dapat dilihat isu ini diperdebatkan sehingga terlalu banyak fahaman dan pendapat di bincangkan sehingga kini.

    Soalan 2:Apakah kaitan agama dengan nasionalisme .
    Pada pandangan saya,kaitan nasionalisme dengan agama tidak dinafikan Islam menyatakan mati syahid atau berjihad dan berjuang demi agama Islam.Tetapi perlulah mengikut cara yang telah ditetapkan oleh Islam berdasarkan Al-quran beserta dengan berjihad menuju jalan Allah dengan mengharapkan mati syahid dengan penuh kebenaran,Perlulah di pastikan bahawa kita benar – benar berjihad untuk untuk mempertahankan agama Islam sendiri seperti mana yang dilakukan baginda Rasulullah s.a.w berjihad demi agama Islam.
    Pada zaman sekarang semangat nasionalisme dapat dilihat terlalu taksub dengan niat mempertahankan negara dengan adanya kemungkinan memisahkan ajaran agama Islam tetapi menjurus kepada pemikiran sekular atau liberal yang menuntut hak keadalin , kebebasan manusia sejagat dengan mengenepikan hak Allah s.w.t kepada hamba iaitu manusia.
    Dengan peredaran masa ,cabaran manusia berdepan dengan pelbagai cabaran ,fahaman serta pemikiran yang lebih kepada masyarakat sekular.Ia adalah cabaran bagi diri sendiri saya sendir untuk terus berpegang pada Al-Quran dan Al sunnah.
    Dengan semangat nasionalisme yang ada didalam diri umat Islam ia tidak salah kerana Islam tidak menghalang umatnya untuk cintakan negaranya sendiri,jika umat sendiri tidak menghargai dan mempertahan negara bagaimanakah Islam itu sendiri boleh dikembangkan dan diamalkan tanap kengkangan daripada pihak pihak musuh diluar yang ingin menjatuhkan agama Islam.
    Sebagai contoh kejadian yang berlaku di Mesir ,pergaduhan berlaku yang mengakibatkan pertumbahan darah dan banyak nyawa umat Islam yang terkorban demi mempertahankan negara pemimpin Islam meraka dan juga negara dari pihak musuh.Sesunggunya mereka benar -benar berjihad untuk agama Islam dengan semangat nasionalisme .Terlalu banyak nyawa yang tidak berdosa terkorban.Semoga Allah s.w.t merahmati mereka semua. Saya ingin memetik satu ayat Al-quran “Dan jangan sekali – kali engkau menyangka orang – orang yang terbunuh (yang gugur syahid) pada jalan Allah itu mati (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) disis Tuhan mereka dengan mendapat rezeki ” (A-li’Imraan 3:169) .
    Saya sertakan juga kenyataan berkenaan:
    Allah s.w.t juga berfirman “Oleh itu, orang-orang (beriman) yang mengutamakan kebahagiaan akhirat daripada (kesenangan) kehidupan dunia, hendaklah mereka berperang pada jalan Allah (untuk membela Islam). Dan sesiapa yang berperang pada jalan Allah lalu ia mati (gugur Syahid) atau beroleh kemenangan, maka Kami akan memberi kepadanya pahala yang besar.”
    Wallahhualam..
    Terima kasih…Sekian…Wassalam.

    Nadatul Nadwa bt Shuib said:
    04/08/2013 at 8:07 am

    NADATUL NADWA BT SHUIB (SX105175CJD04)

    1. Apakah yang dimaksudkan dengan nasionalisme?

    Nasionalisme adalah satu perasaan cinta akan Negara atau dengan kata lain mempertahankan kedaulatan Negara di mana pada zaman dahulu, wujudnya beberapa gerakan yang membebaskan tanah air daripada penjajajahan politik, kebudayaan asing, ekonomi serta semangat mempertahankan Negara daripada pengaruh asing (luar). Nasionalisme boleh dibahagikan kepada 6 pecahan iaitu :-

    a) Nasionalisme sivik
    b) Nasionalisme etnik
    c) Nasionalisme romantic
    d) Nasionalisme Budaya
    e) Nasionalisme kenegerian
    f) Nasionalisme keagamaan

    2. Menurut pandangan anda, apakah kaitan antara nasionalisme dengan agama? Sila jawab mengikut perspektif agama yang anda anuti sekarang.
    Pada pendapat saya, Islam menolak nasionalisme kerana kebanyakan kumpulan nasionalisme menjadikan nasionalis agama hanya sebagai satu alasan atau simbol bukannya motif utama kumpulan itu. Mereka lebih kepada kebebasan dan kemerdekaan. Islam sangat menentang sebarang bentuk diskriminasi manusia yang tidak berdasarkan kepada agama Islam. Islam menggalakkan perpaduan ummah menghormati penganut agama lain.
    Tetapi, sekiranya berlaku sebarang bentuk penindasan berkaitan dengan agama, maka wajiblah orang islam dari semua negara bersatu padu menentangnya. Ia tidak dikategorikan sebagai nasionalisme kerana ia bermotifkan Islam bukan negara.

    sagunthala nagaraju (sx111359scs04) said:
    04/08/2013 at 12:48 pm

    Soalan 1

    Pada pendapat saya, nasionalisme adalah perasaan cintakan negara, semangat kebangsaan, yangdipupuk dikalangan masyarakat. Semangat nasionlaisme jugak penting untuk mempertahankan kedaulatan sesebuah negara dan membebaskan negara daripada jajahan kuasa-kuasa asing dunia dari segi politik, ekonomi dan sosial. Di Malaysia semangat nasionlaisme dipupuk pada zaman penjajahan melalui pengedaran majalah berunsur kebangsaan, memperluaskan ilmu dalam semua bidang, dan meggalakan perniagaan sesama masyrakat. Selain itu fahaman agama jugak dapat membentuk nasionalisme dikalangan masyarakat.

    Soalan 2.

    Sebagai seorang penganut agama Hindu, nasionalisme memainkan peranan penting dalam aspek keagamaan masyarakat Hindu.Nasionalisme bertindak sebagai tujuan untuk membersihkan kepercayaan agama Hindu dari hal-hal mengotori agama dan membanteras keburukan yang ada dalam masyarakat Hindu. Misalnya , upacara Sati yang harus dihapuskan sebab dianggap sebagai pembunuhan. Nasionalisme dalam agaman Hindu jugak penting dalam pembahuruan manusia. Lebih banyak gerakan telah lahir di India dalam membentuk konteks nasionalisme. Sebagai contoh gerakan Rama Krishna yang bertujuan sebagai aliran yang menghendaki kembali kepada ajaran agama Hinduyang murni, tokohnya Vivekanda Swami. Gerakan Santineketan bertujuan menanamkan rasa cinta kepada tanah air, cintakan bangsa dan kebudayaan Hindu.
    Mahatma Ghandi jugak.merupakan tokoh penting dalam nasionalisme agama Hindu, dimana ajarnya berunsur keagamaan. Antara ajarnya adalah Ahisma dimana melawan musuh tanpa kekerasan fisik. Hartal pemogokan dsn protes terhadap peraturan yang tidak adil, Satyagraha dimana peraturan tetap setia kepada kebenaran, Swadesi hidup dengan usaha sendiri mengajar penganut agama Hindu memenuhi kebuntuhan hidupnya dari hasil usaha nya sendiri.
    Sebagai kesimpulanya agama memainkan peranan yang penting dalam konteks nasionalisme. Masyrakat yang beragama mempunyai nilai berdaya saing, fikiran yang kreatif dan inovatif, menghoramti orang lain dan bersikap berbudi dalam pembentukan identiti bangsadan negara.

    Terima kasih.

    siti syuhada binti abdullah said:
    04/08/2013 at 4:29 pm

    INSTITUSI-INSTITUSI ISLAM (SEKSYEN 8)
    NAMA : SITI SYUHADA BINTI ABDULLAH
    NO. MATRIK : SX112650HRF04

    JAWAPAN SOALAN 1:
    Seperti yang telah dipelajari didalam topik yang lepas, saya memahami bahawa sekular, liberal dan kapitalis adalah merupakan suatu fahaman politik yang membawa maksud berbeza kepada setiap negara. Dimana, sekular bermaksud sebuah negara yang mengamalkan fahaman secara rasmi yang neutral terhadap perkara yang berkaitan dengan hal agama, dimana tidak menyokong atau menentang mana-mana agama yang ingin dianuti oleh rakyat di sesebuah Negara tersebut.

    Liberal pula bermaksud suatu fahaman politik barat yang lebih mementingkan kebebasan individu untuk bertindak dan melahirkan pendapat mengikut cara dan pilihan sendiri. Walau bagaimanapun, maksud perkataan liberal ini mungkin berubah mengikut konteks sesebuah negara. Sebagai contoh, Negara liberal moden awal adalah Amerika Syarikat, dimana ia telah didirikan di bawah prinsip “setiap manusia diciptakan sama taraf, hak-hak yang tidak boleh dinafikan adalah seperti kehidupan, kebebasan, dan mengejar kebahagiaan. Untuk melindungi hak-hak ini, kerajaan dibuat oleh manusia, yang menggunakan kuasa mereka secara adil dengan izin mereka yang diperintah.

    Dan kapitalis pula adalah merupakan sistem ekonomi dan sosial yang diamalkan oleh sesebuah Negara dalam memajukan Negara tersebut. Kesan antara ketiga-tiga fahaman politik ini telah menyebabkan adanya berlaku peperangan dikalangan pemerintah di sesebuah Negara akibat daripada ketidaksefahaman dalam memerintah sesebuah Negara serta ingin merampas kuasa dari Negara yang lemah.

    Melalui kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Prof. Richard Dawkins, beliau percaya bahawa terdapat sedikit kaitan antara keganasan seperti pengebom berani mati yang berlaku di dunia dengan agama yang terdapat diseluruh dunia. Penyebab kepada berlakunya kes keganasan ini adalah disebabkan daripada sifat nasionalism setiap individu itu dan bukannya disebabkan oleh agama yang dianuti. Menurut pemahaman saya, nasionalisme adalah membawa maksud kepada semangat kecintaan terhadap sesebuah Negara. Seperti yang kita ketahui, setiap Negara mempunyai satu agama rasmi mengikut majoriti agama penduduk di sesebuah Negara tersebut.

    JAWAPAN SOALAN 2:
    Saya beragama islam, menurut pandangan saya, Islam menggalakkan umatnya hidup dalam keadaan harmoni dan aman. Islam tidak mengajar kita untuk bersifat kejam terhadap agama lain. Penduduk yang beragama Islam diseluruh dunia tidak kira bangsa, warna dan keturunan akan menunaikan solat dikiblat yang sama, berpuasa pada bulan Ramadan yang sama serta menunaikan haji di Kaabah yang sama. Malah sewaktu menunaikan haji atau umrah, semua orang wajib memakai kain ihram putih yang sama. Dari situ kita dapat melihat bahawa jika dikaitkan dengan nasionalisme dengan agama, ia menunjukkan bahawa kita sangat mencintai agama kita. Contohnya seperti ketika menunaikan umrah atau haji, kita tidak mengenali bangsa lain dari seluruh dunia akan tetapi kita masih boleh menjalankan tanggungjawab kita sebagai umat islam bersama-sama mereka dalam menunaikan ibadah.

    Nurul hidayah binti Abdullah sani said:
    04/08/2013 at 7:00 pm

    Assalammualaikum
    Nama pelajar : Nurul hidayah binti Abdullah sani
    No matrik : SX112987SCFO4

    SOALAN 1 : MAKSUD NASIONALISME

    Nasionalisme adalah semangat atau perasaan cintakan negara yang dialami oleh sekumpulan masyarakat yang mendiami wilayah tertentu dan mempunyai kepentingan dan tujuan yang sama berdasarkan pada fahaman yang diamalkan. Perasaan cinta terhadap tempat kelahiran tidak boleh dipisahkan dengan manusia. Hal ini juga berlaku kepada Nabi kesayangan kita Muhammad S.A.W ketika baginda diusir dari Makkah oleh orang-orang Quraisy. Kesedihan yang dialami oleh baginda menunjukkan perasaan cinta yang hadir pada negara tidak akan hilang selagi bergelar manusia

    SOALAN 2 : PERKAITAN AGAMA DENGAN NASIONALISME BERDASARKAN AGAMA YANG DIANUTI

    Menurut sesetengah fahaman barat, agama perlu dipisahkan dari nasionalisme. Ini kerana bagi mereka, agama menyekat seseorang manusia untuk berfikir luar dari pemikiran logik. Bagi mereka, seseorang yang beragama tidak boleh bertanya kenapa dan mengapa? Richard Dawkins meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap sempitnya pemikiran dan pandangan orang yang beragama. Richard juga tidak percaya pada kewujudan tuhan dan baginya kemodenan dan agama tidak boleh berjalan seiring dan tidak mustahil juga pernyataan itu menjurus kepada nasionalisme adalah satu dan agama perlu diasingkan dengan manusia. Peter Atkins juga dengan terang-terangan menyatakan Islam itu adalah agama pengganas dan boleh merosakkan manusia. Fahaman orang-orang barat ini tidak sama dengan agama kita iaitu Islam. Pada pendapat saya, sebagai pemudi islam saya akui setiap perlakuan kita perlu seiring dengan agama. Jika manusia terpisah dengan agama, maka banyak kacau bilau akan berlaku seperti yang berlaku sekarang. Islam adalah agama yang paling indah dan luhur cintanya. Perasaan cinta itu meliputi semua yang ada pada alam. Bukan sahaja manusia atau binatang, malah kita juga wajib mencintai Allah dan nabi kita. Negara juga tidak terkecuali. Itu sebab kenapa Allah menjanjikan syurga pada pahlawan-pahlawan islam yang mempertahankan Islam sehingga nafas terakhir dan gugur di medan perang. Jadi dimana rasionalnya agama menjadi penghalang seseorang itu untuk tidak ada perasaan cintakan negara dan bersikap biadap pada negara? Malah sifat cintakan negara akan makin betambah jika mereka tahu dan memahami konsep ajaran islam yang sebenarnya

    WallahhuAlam

    Angeline a/p Semeyon (sx111352scs04) said:
    04/08/2013 at 8:03 pm

    Angeline

    1. Nasionalisme bermaksud kepercayaan, fahaman politik ataupun ideologi yang melibatkan fahaman seseorang individu tersebut mengenai negara mereka. Ia juga adalah satu cara untuk mencipta dan mempertahankan kedaulatan sesebuah negara bagi mewujudkan konsep identiti bersama sekumpulan manusia. Pada masa kini, nasionalisme merujuk kepada amalan politik dan ketenteraan yang berlandaskan nasionalisme secara keagamaan. Tujuan utama nasionalisme adalah membebaskan negara daripada ancaman dan kongkongan pemerintahan kuasa asing. Ia juga bermotif untuk membentuk masa depan negara dan bangsa yang cerah.

    2. Pada pandangan saya, nasionalisme berkait rapat dengan agama yang saya anuti iaitu agama kristian. Menurut Alkitab, ia banyak menekankan aspek bangsa terutamanya di dalam Perjanjian Lama. Alkitab juga mengatakan bahawa Tuhan telah menjadikan kita semua berbeza dan itulah pengakhirannya. Alkitab mengatakan bahawa bangsa akan berjalan dengan cahaya tersendiri dan kemuliaan dan kehormatan bangsa-bangsa akan dibawa bersama-sama. Billy Sunday iaitu penginjil mangatakan agama Kristian dan Patriotisme adalah istilah sinonim dan menurut Rowland Croucher pula neraka dan pengkhianat adalah sinonim. Menurut Perjanjian Lama di dalam Alkitab juga menceritakan mengenai negara dan bangsa. Ia menceritakan bagaimana satu kumpulan manusia telah berpisah selepas dilanda banjir. Meraka telah berpisah kepada kumpulan-kumpulan yang berbeza dengan tanah bumi tersendiri, bahasa, budaya dan kaum. Asas utama membentuk semangat nasionalisme adalah dengan kesahihan negara sebagai ungkapan budaya manusia dan kewujudannya. Tujuan utama Tuhan memisahkan manusia kepada pelbagai kumpulan adalah untuk memenuhi bumi dengan manusia. Kita haruslah memcontohi Paul dan Yesus di dalam Perjanjian Baru dimana mereka mempunyai semangat kekitaan dan setia kepada negara mereka sendiri.

    Muhammad Taufiq Rajah Bin Abdullah said:
    04/08/2013 at 11:36 pm

    MUHAMMAD TAUFIQ RAJAH BIN ABDULLAH
    SX111213MMS04

    1. Apakah yang dimaksudkan dengan nasionalisme?

    Nasionalisme mempunyai pelbagai takrifan bergantung kepada individu, keperluan dan peredaran zaman.Ideologi asal dalam konteks Tanah Melayu ialah perjuangan bangsa dan negara dalam memperolehi kemerdekaan dari penjajah.

    Mengikut Sarjana Islam Iqbal dan Faruqi, nasionalisme ialah sejenis Enthnocentrism yang akan melahirkan racism yang angkuh namun sekiranya nasionalisme memberi manfaat kepada bangsa dan selagi tidak melibatkan kezaliman maka ianya diterima oleh Islam.Dr. Burhanuddin pula menyatakan nasionalisme bersifat assabiyah iaitu wujud secara kolektif yang mendorong kepada pertubuhan kesatuan dan parti-parti yang berbentuk kebangsaan ataupun kesukuan.

    Penakrifan pada zaman sekarang pula ialah sikap dan tingkah laku individu atau masyarakat yang merujuk kepada kesetiaan dan pengabdian terhadap bangsa dan negaranya.Ini bermakna mereka meletakkan kepentingan negara di atas segala kepentingan yang lain sama ada peribadi mahupun kaum. Nasionalisme adalah tekad untuk hidup sebagai satu bangsa dibawah satu negara yang sama terlepas daripada perbezaan etnik, ras, agama atau golongan.

    2. Apakah kaitan antara nasionalisme dengan agama?

    Islam adalah agama fitrah tetap mengakui wujudnya berbagai bangsa, bahasa, budaya dan agama namun dalam masa yang sama lahirnya perasaan kecintaan kepada bangsa masing-masing mengikut ketetapan Allah yang mustahil untuk dinafikan dan dihapuskan.

    Firman Allah Taala:

    (Ingatlah), kamu ini adalah orang-orang yang bertabiat demikian – kamu diseru supaya menderma dan membelanjakan sedikit dari harta benda kamu pada jalan Allah, maka ada di antara kamu yang berlaku bakhil, padahal sesiapa yang berlaku bakhil maka sesungguhnya ia hanyalah berlaku bakhil kepada dirinya sendiri. Dan (ingatlah) Allah Maha kaya (tidak berhajat kepada sesuatupun), sedang kamu semua orang-orang miskin (yang sentiasa berhajat kepadaNya dalam segala hal). Dan jika kamu berpaling (daripada beriman, bertaqwa dan berderma) Ia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain; setelah itu mereka tidak akan berkeadaan seperti kamu. (Surah Muhammad 47:38)

    Daripada penjelasan berkenaan nasionalisme, ideologi perjuangan sangat penting difahami supaya setiap penganut Islam tidak terjerumus ke dalam fanatik perkauman jahiliyah yang merosakkan tasawur Islam dan tdak menyelamatkan umat dan bangsa Islam.

    Perjuangan dan risalah Islam bersifat sejagat dan sekiranya bangsa Arab lemah pegangannya kepada Islam maka kepimpinan Islam akan beralih kepada bangsa lain yang menganut Islam, berilmu dan berakhlak mulia.

    Wallahualam.
    27 Ramadhan 1434H

    Narjisah bt Mohd Noor said:
    05/08/2013 at 1:52 am

    Kuiz ULT 2122, seksyen 8
    NARJISAH BT MOHD NOOR : SX100514BQJO4
    Assalamualaikum,
    Soalan 1:
    Nasionalisme bermaksud perasaan cinta dan taat setia yang tidak berbelah bagi kepada tanah air dan ingin membebaskan negara dan bangsa daripada penguasaan dan cengkaman kuasa asing. Nasionalisme juga ada kaitan dengan kecintaan kepada bangsa dan negara. Nasionalisme ialah mewujudkan kebebasan dan maruah seseorang serta membentuk nasib dan masa depan sesebuah negara dan bangsa. Dengan itu, nasionalisme bergerak kearah pembentukan identiti bangsa yang berbudaya tinggi selaras dengan pembangunan negara dan peralihan zaman.
    Semangat nasionalisme bagi mempertahankan martabat bangsa juga boleh menjadi penyebab kepada perselisihan dan peperangan di antara sesuatu bangsa sepertimana konflik yang berlaku pada masa kini. Transformasi pemikiran pembaharuan dan modenisme dari barat juga telah mempengaruhi pemikiran sarjana islam dan melahirkan golongan dan kumpulan tertentu yang memperjuangkan fahaman mereka di seluruh dunia Islam. Ada juga sebahagian dari pemikir moden yang agak ekstrim sehingga seolah-olah memisahkan semua urusan keduniaan dari asas Islam.

    Soalan 2:
    Islam menolak Nasionalisme, Tribalisme(perbezaan kaum), rasisme atau sebarang bentuk diskriminasi manusia yang tidak berdasarkan kepada kepercayaan seseorang itu. Islam menggalakkan keharmonian masyarakat masyarakat Islam atau ummah. Bahkan menjamin keharmonian penganut agama lain dan menganjurkan keamanan untuk semua. Penduduk Islam seluruh dunia tidak kira bangsa, warna kulit dan keturunan bersolat dikiblat yang sama, berpuasa pada bulan Ramadan yang sama serta menunaikan haji di Kaabah yang sama. Perkataan ummah selalu disalah terjemahkan kedalam Bahasa Inggeris sebagai negara(nation) dan ini bertentangan dengan ajaran Islam dan ditolak oleh kebanyakan orang Islam.
    Persaudaraan yang diikat dengan asas keimanan akan terbentuk suatu hubungan yang kukuh di antara umat Islam dan dengan ikatan itulah lahirnya perasaan dan semangat bantu-membantu dan tolong menolong dalam ertikata sebenarnya di antara satu sama lain. Sebaliknya jika ikatan itu berteraskan ikatan keturunan, bangsa dan negara akan hanya merupakan ikatan yang bersifat fizikal atau bersifat kebendaan semata-mata. Ikatan ini akan menjadi rapuh dan tidaklah sekukuh ikatan keimanan dan kecintaan terhadap Allah semata-mata. Malah Islam menyifatkan mereka yang menjalinkan hubungan berdasarkan asabiyyah bukan daripada umatnya. Dalam ertikata lain yang bermaksud semangat nasionalisme yang dipupuk hendaklah berteraskan Al Quran dan syariat Islam dan keimanan yang teguh terhadap Allah s.w.t.

    Nur Azrin Azida said:
    05/08/2013 at 6:51 am

    Nur Azrin Azida Bt Mohammadan Makhtar
    SX112611HRF04

    Soalan 1
    Apakah yang dimaksudkan dengan nasionalisme?
    Menurut Louis L. Snyder, nasionalisme atau semangat kebangsaan merujuk aspek yang dikaitkan dengan bahasa rasmi sesebuah bangsa atau etnik, wilayah demografi dan geopolitik, peradaban serta kesedaran nasionalisme atau semangat negara bangsa. (The Meaning of Nationalism)
    Nasionalisme adalah satu kepercayaan sosial atau ideologi yang melibatkan fahaman politik yang melibatkan identiti individu atau sekumpulan manusia dengan negara mereka dimana ianya membawa kepada fahaman yang mencipta dan mempertahankan kedaulatan sesebuah negara. Dua perspektif utama tentang asal usul dan asas kepada nasionalisme ialah primordialist dan modernist. Primordialist menerangkan tentang nasionalisme sebagai satu refleksi tentang kecenderungan evolusi manusia dan tanggapan manusia untuk diaturkan keatas sekumpulan manusia yang berbeza berdasarkan pertalian kelahiran. Secara umumnya, nasionalisme muncul disebabkan wujuudnya kesepakatan bersama dalam beberapa aspek sesebuah masyarakat atau etnik. Hal ini menyebabkan setiap anggota masyarakat terdorong untuk mempertahankan diri, nilai dan maruah kumpulan mereka daripada terus mundur dan pupus akibat ancaman dari luar.
    Modernist pula adalah perspektif moden yang menerangkan nasionalisme sebagai satu fenomena terkini yang memerlukan struktur masyarakat moden untuk wujud. Pada era moden, nasionalisme merujuk kepada amalan politik, ketenteraan dan dasar luar sesebuah kelompok atau negara yang berlandaskan etnik, keagamaan, nilai dan bahasa yang menjadi tunjang kepada kredibiliti bangsa contohnya; keberadaban bahasa Jerman dalam perspektif Nazi era Hitler atau Bahasa Melayu sebagai lingua franca dalam era Kesultanan Melayu Melaka.
    Terdapat pelbagai definisi tentang kewujudan sesebuah negara. Walaubagaimanapun yang membezakan setiap negara adalah semangat nasionalisme yang ada pada setiap rakyatnya. Semangat nasionalisme pada setiap rakyat dapat dilihat apabila rakyat sesebuah negara menggunakan lambang negara, bahasa kebangsaan, bendera atau lagu kebangsaan bagi menentukan taraf bangsa, keperibadian kebangsaan, kewarganegaraan, ekonomi, kebudayaan dan kesenian.
    Kesimpulannya, nasionalisme adalah satu tekad untuk hidup sebagai satu bangsa, dibawah satu negara yang sama, terlepas daripada perbezaan agama, ras, atau etnik dan setiap tingkah laku adalah merujuk kepada kesetiaan dan pengabdian diri kepada bangsa dan negaranya.

    Soalan 2
    Apakah kaitan nasionalisme dengan agama Islam
    Pada pandangan saya, nasionalisme tiada kaitan dengan agama Islam. Nasionalisme adalah satu konsep yang bercanggah dengan ajaran Islam kerana ianya mengikat dan menyatukan manusia atas dasar bangsa atau keturunan sedangkan satu-satunya cara yang benar untuk mengikat dan menyatukan umat Islam adalah berdasarkan ikatan akidah. Bersatu atas dasar keturunan atau bangsa adalah diharamkan dalam Islam. Abu Daud meriwayatkan, Rasullullah SWT bersabda, “Bukanlah dari kami orang-orang yang menyeru kepada assabiyyah, berperang atas dasar assabiyyah dan mati kerana (mempertahankan) assabiyyah”.
    Tiada kesatuan yang akan terjalin selain daripada kesatuan yang haq. Islam pasti bersatu bukan dengan kebathilan yang ada dalamnya. Selagi ada unsur bathil dalam kesatuan itu pasti akan berlaku lagi perpecahan sehingglah pada suatu masa ia akan menyatukan orang muslim dan mukmin sahaja.

    Terdapat banyak peristiwa di dalam sirah di mana RasulullahSWT mencela mereka yang cuba mempertahankan sikap assabiyyah ini. Dalam satu kejadian, sekumpulan Yahudi merancang untuk memecahkan kaum Muslimin setelah dengki melihat bersatunya kaum Auz dan Khazraj atas dasar Islam.
    At-Thabrani dan al-Hakim melaporkan bahawa pada suatu hari beberapa orang sedang berbual tentang Salman al-Farisi dengan merendah-rendahkan bangsa Parsi berbanding bangsa Arab. Apabila mendengar hal ini, Rasulullah terus bersabda, “Salman adalah dari ahli al-bait (keluarga Rasulullah).” Kata-kata Nabi ini sebenarnya memutuskan segala bentuk ikatan berdasarkan keturunan atau bangsa.

    Peristiwa-peristiwa tersebut menunjukkan kepada kita bahawa ikatan assabiyyah dan wathaniyyah langsung tidak ada tempat di dalam Islam. Kaum Muslimin diperintahkan agar bersatu atas dasar persamaan akidah dan tidak membezakan antara satu sama lain hanya disebabkan oleh perbezaan bangsa atau asal keturunan. Rasulullah mengingatkan kita bahawa kaum Muslimin adalah umpama tubuh yang satu, jika salah satu bahagian sakit maka keseluruhan tubuh akan terasa sakit. Ini bermakna setiap Muslim tidak kira Arab, Melayu, Cina, Turki, Kurdi, Pakistan dan sebagainya adalah ummatan wahidah dan kita tidak boleh dibezakan antara satu sama lain berdasarkan bangsa mahupun tanahair.

    NURULHUDA NAJWA BTE PEDI said:
    05/08/2013 at 9:11 am

    NURULHUDA NAJWA BTE PEDI (SX112635HRF04)
    Soalan 1: Apakah yang dimaksudkan dengan nasionalisme?
    Nasionalisme adalah suatu kepercayaan yang dimiliki oleh sebahagian besar individu di mana mereka mempunyai semangat kebangsaan dan ingin memiliki secara bersama di dalam suatu bangsa. Berdasarkan kenyataan diatas, menunjukkan semangat nasionalisme sangat memberi kesan yang mendalam kepada semua bangsa tanpa mengambilkira pada apa agama yang dianuti. Semangat dan nafsu untuk berkuasa atas bangsa lain menyebabkan suatu bangsa tidak menghirau bangsa lain.

    Soalan 2: Apakah kaitan antara nasionalisme dengan agama anda?
    Saya beragama Islam. Pada pendapat saya, semangat nasionalisme haruslah diketepikan oleh umat islam. Mengimbas kembali zaman Rasulullah, beliau sangat membenci nasionalisme. Beliau juga memarahi sahabat yang menghina sahabat lain kerana kebangsaannya, warna kulit atau sukunya. Islam hanya mengenal satu ikatan iaitu Akidah Islam. Hanya ikatan akidah ini yang abadi, nasioanlisme akan luntur ikatannya saat tiada lagi ancaman luar.
    Sebagai contoh Malaysia merupakan negara yang majoritinya Islam, dan mengamalkan konsep terbuka kepada semua bangsa dan penganut semua agama. Bangsa lain bebas beragama, mereka tidak akan ditindas sepertimana ideology nasionalisme. Islam memahami aspek fitrah manusia yang dari individu, keluarga dan masyarakat yang fitrahnya akan mempunyai sifat kecintaan terhadap agama masing – masing. Oleh itu Islam, sentiasa merujuk pada Al-Quraan dan Al – Sunnah sebagai pegangan asas dan sumber rujukan.
    Kesimpulannya, penjelasan berkenaan nasioanlisme yang menjadikan semangat kebangsaan itu satu ideology perjuangan sangat penting difahami, supaya setiap penganut Islam tidak terjerumus ke dalam fanatik perkauman jahiliyah yang merosakkan tasawur Islam dan tidak menyelematkan umat dan bangsa dengan Islam.

    Marliana bt Roslan (SX111354SCS04) said:
    05/08/2013 at 9:50 am

    Marliana Roslan (Sx111354scs04)

    SOALAN 1.
    Nasionalisme boleh dikatakan sebagai satu keadaaan dimana melibatkan emosi dan nilai individu atau komuniti terhadap negara atau sentimen dalam negaa oleh masyarakat yang menghuni sesebuah negara. Nasionalisme juga boleh dikaitkan dengan kesedaran yang timbul di kalangan masyarakat sesebuah negara secara bersama ataupun individu dengan perasaan cinta terhadap negara dan keinginan mempertahankan negara dan mengekal serta meningkatkan keharmonian negara tanpa mengira agama,bangsa,harta benda,pangkat ataupun fahaman politik. Ini lebih menjurus kepada semangat kesetiaan kepada negara.

    Professor Robert Pape menyatakan ….. ‘the cause of suicides is not religion but nationalism.’

    Kenyataan itu bermaksud seseorang individu itu atau kumpulan berfahaman untuk menjaga kepentingan negara tanpa mengira agama.Mereka bersatu dan bekerjasama menjaga negara sehingga sanggup bergadai nyawa tanpa mengira agama masing-masing.

    Jadi,melalui kenyataan Proffessor Robert Pape, dapat disimpulkan nasionalisme bermaksud semangat kecintaan terhadap negara tanpa mengira agama,bangsa,fahaman politik,harta benda dan pangkat.

    SOALAN 2

    Kefahaman nasionalisme menjadi ideologi perjuangan kebanyakan bangsa dan negara. Fahaman ini telah menjadi akidah perjuangan yang dijunjung tinggi. Kadangkala fahaman nasionalisme dijadikan teras negara sehingga ada yang terlanjur berlaku zalim pula apabila adanya masyarakat majmuk dalam negara itu.Ideologi ini turut diikuti dan dianuti oleh umat Islam pada zaman kejatuhan khilafah sehingga tanah air umat Islam dijajah akibat perpecahan kaum dan bangsa yang menganut Islam.Berbeza dengan zaman pemerintahan Islam yang mengamalkan konsep terbuka kepada semua bangsa dan penganut agama. Sikap keterbukaan pemerintahan Islam ini wujud supaya mesej Islam dapat disampaikan kepada seluruh manusia tanpa paksaan.
    Pada dasarnya,Islam menolak nasiolisme kerana ianya bertentangan dengan nilai-nilan prinsip Islam,Kesatuan umat Islam wajib didasarkan kepada ikatan akidah dan bukannya ikatan kebangsaan dan kedudukan geografi.
    Islam agama fitrah tetap mengaku wujudnya berbagai bangsa,bahasa,budaya dan agama dalam masa yang sama lahirnya perasaan cinta kepada bangsa masing-masing mengikut ketetapan Allah yang mustahil dinafi dan dihapuskan.Namun,Islam mempunyai pendekatan yang mengambil kira segala aspek fitrah manusia dari segi individu, keluarga dan masyarakat dalam satu bangsa,satu negara dan seluruh dunia yang luas bidangnya.
    Penjelasan berkenaan nasionalisme yang menjadikan semangat kebangsaan itu satu ideologi perjuangan sangat penting difahami supaya setiap penganut Islam tidak terjerumus ke dalam fanatik perkauman jahiliyah yang merosakkan tasawwur Islam dan tidak menyelamatkan umat dan bangsa Islam.

    Roslizawani said:
    05/08/2013 at 10:16 am

    Assalamualaikum Ustaz dan Salam Ramadhan. Saya Rosliza Wani Binti Mat Zain. Metric No: SX100539BQJ04.

    Jawapan Soalan Pertama:-
    Nasionalisme adalah satu ideologi yang mencipta dan mempertahankan kedaulatan sesebuah negara (dalam bahasa Inggeris “nation”) dengan mewujudkan satu konsep identiti bersama untuk sekumpulan manusia. Para nasionalis menganggap negara adalah berdasarkan beberapa “kesahihan politik” (political legitimacy). Ia berpunca dari teori romantisme iaitu “identiti budaya”, hujah liberalisme yang menganggap kesahihan politik adalah berpunca dari kehendak rakyat, atau gabungan kedua-dua teori.
    Dalam zaman moden ini, nasionalisme merujuk kepada amalan politik dan ketenteraan yang berlandaskan nasionalisme secara etnik serta keagamaan, seperi yang dinyatakan di bawah. Para saintis politik biasanya menumpukan penyelidikan mereka kepada nasionalisme yang ekstrim seperti nasional sosialisme, pengasingan dan sebagainya.
    Namun demikian, bagi kebanyakan kumpulan, nasionalis agama hanya merupakan simbol dan bukannya motivasi utama kumpulan tersebut. Misalnya pada abad ke-18, nasionalisme kaum Irish telah dipimpin oleh mereka yang menganut agama Protestan. Gerakan nasionalis di Ireland bukanlah berjuang untuk memartabatkan teologi semata-mata. Mereka berjuang untuk menegakkan ideologi yang bersangkut paut dengan Ireland sebagai sebuah negara yang merdeka terutamanya budaya Ireland. Justeru itu, nasionalisme kerap dikaitkan dengan kebebasan.

    Jawapan Soalan Kedua:-

    Pada pendapat saya, nasionalisme dan agama Islam tidak boleh berjalan seiring. Hal ini kerana, nasionalisme merupakan amalan politik dan ketenteraan yang berlandaskan nasionalisme secara etnik serta keagamaan manakal Islam menentang sebarang bentuk diskriminasi manusia seperti Nasionalisme, Tribalisme (Perbezaan kaum) dan Rasisme. Islam menggalakan keharmonian masyarakat Islam atau ummah. Bahkan menjamin keharmonian penganut agama lain dengan menganjurkan keamanan untuk semua masyarakat. Penduduk Islam di seluruh dunia tidak kira bangsa, warna kulit atau keturunan bersolat di kiblat yang sama, berpuasa pada bulan Ramadan yang sama serta menunaikan haji di Kaabah yang sama. Malah sewaktu menunaikan haji atau umrah, semua orang wajib memakai kain ihram putih yang sama. Hal ini menunjukkan bahawa Islam tidak memandang pada bangsa, warna kulit, pangkat atau harta. Semua ummah nye adalah sama. Perkataan ummah selalu salah di terjemahkan dalam bahasa Inggeris sebagai negara (nation). Ianya menrupakan dua perkara yang berbeza dan berlainan dengan gerakan “Nation of Islam”. Ini bertentangan dengan ajaran Islam dan ditolak oleh kebanyakan orang Islam. Islam juga telah membentuk undang-undang untuk dijadikan panduan kepada semua ummah di dunia ini. Undang-undang Islam ini merangkumi segala aspek penyelesaian yang lebih adil dan saksama kepada semua bangsa dan juga agama. Secara dasarnya ianya dapat memperbaiki kelemahan sifat-sifat Nasionalisme dalam sesuatu bangsa itu secara menyeluruh.

    Hafizah Binti Nordin said:
    05/08/2013 at 10:20 am

    Kuiz ULT 2122 – Seksyen 8
    HAFIZAH BINTI NORDIN (SX100500BQJ04)

    1) Apakah yang dimaksudkan dengan Nasionalisme?
    Nasionalisme adalah berasal dari istilah ‘nation’ yang beerti bangsa. Dalam konteks Negara moden, nasionalisme bermaksud perasaan mencintai dan taat setia kepada bangsa dan Negara. Ianya merangkumi kesedaran kewarganegaraan yang bersedia dan sanggup mempertahankan identiti, kemakmuran dan kekuatan bangsa.

    Nasionalisme pada umumnya bertujuan mewujudkan kebebasan individu dan Negara daripada cengkaman dan kongkongan pemerintah dan kuasa asing. Dimana kefahaman nasionalisme telah menjadi ideologi perjuangan kebanyakan bangsa dan Negara seluruh dunia untuk menentang penjajah asing yang zalim.

    2) Menurut pandangan anda, apakah kaitan antara Nasionalisme dengan agama?
    Pada pendapat saya, kaitan antara nasionalisme dengan agama islam ialah semangat kecintaan yang lahir dalam diri kepada bangsa masing-masing mengikut ketetapan Allah s.w.t. yang mustahil dinafikan dan dihapuskan. Sifat kecintaan atau kasih kepada bangsa adalah menjadi sifat manusia, termasuk para Rasul A.S.

    Pandangan tokoh islam terhadap nasionalisme iaitu HASSAN AL-BANNA, pengasas jemaah Ikhwanul Muslimin berpandangan nasionalisme bermaksud sebagai kerinduan atau keperihatinan terhadap tanah air, keharusan berjuang membebaskan tanah air dari cengkaman penjajahan dan ikatan kekeluargaan antara masyarakat, maka nasionalisme sedemikian dapat diterima, malah dalam situasi tertentu dianggap sebagai kewajipan yang harus dipikul.

    Nasionalisme yang perlu ditentang adalah apabila semangat nasionalisme itu sendiri telah bertindak zalim dengan menindas Negara lain, dan lebih parah apabila terlibat bersama musuh menjatuhkan kepimpinan kerajaan islam yang tidak sebangsa dengan mereka.

    Mohamad Azim Tan said:
    05/08/2013 at 10:51 am

    Mohamad Azim Tan Bin Azlan Tan (SX081462MMJ04)

    1) Nationalisme ialah semangat kenegaraan yang wujud dalam diri seseorang untuk membentuk suatu perasaan yang memungkinkan seseorang untuk merasa bangsa serta negaranya lebih baik dari yang lain dari semua perspektif. Semangat Nasionalisme ini sebetulnya tiada lansung hubungan dengan agama yang dianuti seseorang sesuai dengan petikan yang diambil kerana dapat dilihat dari berita di seluruh dunia bahawa apabila sesuatu masyarakat itu mula ditindas serta dizalimi, semangat inilah yang akan membangkitkan semangat rakyatnya baramai-ramai untuk bersama membebaskan diri mereka dari kezaliman tersebut.

    2) Dari sudut agama Islam, Semangat Nasionalisme yang timbul untuk membebaskan diri dari penjajahan serta kezaliman contohnya, adalah dianggap sebagai sesuai tetapi perlu dilakukan mengikut landasan syariat yang benar.
    Contohnya dalam memelihara kedaulatan agama Islam, umatnya perlu bersatu dalam mempertahankan agamanya dari dijajahi serta ditindas oleh penganut agama lain

    Catherine Nair David (SX100496BQj04) said:
    05/08/2013 at 10:54 am

    Catherine Nair David
    SX10496BQJ04

    Soalan 1

    Nasionalisme adalah sekumpulan manusia yang mempunyai semangat cintakan bangsa sendiri yang dihadkan dengan sempadan atau wilayah tertentu yang dinamakan sebagai negara. Perasaan Nasionalisme hanya akan wujud apabila rasa tidak puas hati dengan peraturan yang telah ditetapkan. Ini dapat dibuktikan dengan istilah Karl Max yang menyatakan nasionalisme wujud apabila dua golongan yang bertentangan, yang satu menindas dan satu lagi ditindas yang melahirkan perjuangan antara dua golongan ini.

    Soalan 2

    Nasionalisme dengan agama adalah dua perkara yang berbeza. Namun, agama memainkan peranan yang penting dalam membentuk semangat nasionalisme yang wujud dalam diri kita. Ini kerana agama telah berjaya mengikat perpaduan berkelompok. Sebagai contoh, semangat nasionalisme di negara Filipina muncul apabila terdapat pembunuhan tiga orang paderi Filipina oleh penjajah Sepanyol. Ketiga-tiga orang paderi ini menuntut hak persamaan bagi paderi Filipina dan Sepanyol dan pembunuhan tersebut menyebabkan lahirnya rasa benci rakyat Filipina terhadap keganasan dan ketidakadilan Sepanyol dalam soal agama.

    Nor Sufihah said:
    05/08/2013 at 10:56 am

    Nor Sufihah Binti Suro (SX100527BQJ04)

    (Soalan 1)
    Fahaman Nationalisme secara meluas adalah perasaan cinta kpd tanah air dan sanggup berkorban apa saja untuk tanah air, bangsa dan negaranya dan seseorang itu sangat mengutamakan kepentingan tanah airnya

    (Soalan 2)
    Dalam nationalisme, ia menuntut 3 perkara iaitu cinta tanah air, bangsa dan Negara. Sebenarnya saya agak kurang jelas dengan kesahihan mengenai “ cinta tanah air adalah sebahagian dari iman” kerana banyak sumber yang diperolehi menerangkan ia adalah palsu.ada logic nya jugak disitu kerana cuba bayangkan, kita xpenah pon memilih untuk lahir dimana2 tanah air. Kat mana kita lahir, itulah Negara kita.jadi kenapa kt perlu membangakan tanah air yang kita lahir kita sedangkan kita semua tahu semua kepunyaaan di dunia ini adalah milikNYA dan kita sebagai hambaNYA hanya tumpang sementara sahaja kat dunia ni. Dan kita sebagai khalifah mesti la kena menjaga dan menggunakan dengan sebaik2nya.

    Fakta mengenai nationalisme apa yang boleh saya simpulkan adalah nationalisme tidak mampu mengikat manusia dalam persatuan umat yang sebenarnya kerana ikatan nationalisme ni kalau kita lihat ia hanya bersifat emosi yang berubah2 . contohnya, perasan atau tidak kita hanya akan merasai ikatan nationalisme bila ada hari kemerdekaan tak pon ketika kita mendengar lagu kebangsaan.

    Pandangan islam mengenai nationalisme adalah islam tetap mengakui wujudnya berbagai bangsa, bahasa, budaya dan agama namun islam mempunyai pendekatan dengan mengambil kira segala aspek fitrah manusia dr segi individu, keluarga dan masyarakat dalam 1 bangsa Negara dan seluruh dunia.

    contoh yang boleh kita lihat dimana rasulullah mempersatukan kaum muhajirin dan ansar iaitu ikatan aqidah islamiyah dan rasulullah sendiri telah menyatakan “bukan termasuk ummatku orang yang mengajak pada ASHABIYAH, dan bukan termasuk ummatku orang yang berperang atas dasar ASHABIYAH. Dan bukan termasuk ummat ku orang yang mati atas dasar ASHABIYAH”(HR.Abu Dawud).

    Ashabiyah yang dimasukkan adalah golongan yang fanatic iaitu fanatic terhadap tanah air, bangsa dan Negara.Apa bukti yang kita cinta pada islam?bukan ke bukti cinta pada islam adalah dengan memperjuangkan syariat islam dalam semua aspek kehidupan dan bukti cinta pada seluruh kaum muslimin adalah memperjuangkan tegaknya khilafah(kepimpinan) islamiyah kerana dengan tertegaknya khilafah,persatuan umat yang sebenarnya wujud.

    Oleh itu sangat penting dalam memahami nasionalisme supaya penganut islam tidak terjerumus dalam fanatic perkauman yang boleh merosakkan tasawur islam

    Zamzila Ahmad Shafandi said:
    05/08/2013 at 11:22 am

    Zamzila Ahmad Shafandi (SX100559BQJ04)
    Assalamua’laikum Ustaz,

    1)Soalan 1
    Secara literal berdasarkan kamus, nasionalisme bermaksud perasaan cinta pada negara dan bangsa sendiri. Mengikut pendefinasian lain, nasionalisme bermaksud satu ideologi yang mencipta dan mempertahankan kedaulatan sesebuah negara dengan mewujudkan satu konsep identiti bersama untuk sekumpulan manusia. Manakala pengertian nasionalisme selepas merdeka lebih merupakan satu perjuangan bagi mempertahankan maruah dan mempertingkatkan martabat serta kedaulatan negara.

    2)Soalan 2
    Menurut pandangan saya, nationalisme tidak seiring dengan Islam, fahaman kedua-duanya adalah berbeza. Di dalam Al Quran juga ada dengan jelas menolak dasar nasionalisme dan menyatakan bahawa bahasa, warna kulit, bangsa bukan kriteria untuk perpaduan dan keistimewaan ‘privilege’.
    Dalam Islam, orang yang beriman kepada Allah S.W.T. serta menerima segala petunjuk dan ajaran yang dibawa oleh Rasul S.A.W. sebagai sistem dan cara hidup tidak akan menilai sesuatu berdasarkan keturunan, warna kulit, bangsa, bahasa, budaya, miskin-kaya, berpangkat atau tidak berpangkat, timur atau barat dan sebagainya tetapi berdasarkan kepada nilai iman dan takwa. Semangat nasionalisme ke arah mewujudkan kecintaan kepada negara, manakala Islam ialah perpaduan sejagat. Bagi nasionalisme apa yang penting ialah kesetiaan kepada tanah air manakala bagi Islam ialah agama dan Allah S.W.T. Tujuan nasionalisme adalah untuk mewujudkan unit negara manakala tujuan Islam ialah perpaduan sejagat. Nasionalisme memberi ketulenan untuk sempadan geografi dan perbezaan bersifat perkauman, sedangkan Islam menafikan mereka. Nasionalisme bertumpu ke arah had dan bangsa tetapi Islam memikul satu tinjauan sejagat.
    Nasionalisme menghargai tradisi sejarah, budaya, tamadun, idea dan tokoh-tokoh sejarah negaranya sendiri tetapi wawasan Islam melangkaui batas sempadan, bangsa, kaum dan negara. Nabi Musa, Nabi Isa dan Nabi Muhammad dianggap kepunyaan semua manusia. Al Quran adalah kitab Allah. Kaa’bah sebagai kiblat semua dan hanya beriman kepada Allah S.W.T. Oleh itu, kaitan antara nasionalisme dan agama hanyalah semangat kebangsaan sebagai seorang muslim tetapi sekiranya kesan akhirnya lebih kepada sikap individualistik maka nasionalisme ini tidak juga boleh dibanggakan.
    Sekian, terima kasih.

    Nurul Wahidah Mazlan said:
    05/08/2013 at 4:21 pm

    Assalamualaikum Ustaz

    Nurul Wahidah Mazlan (SX111358SCS04)

    Merujuk kenyatan Prof. Robert Pape seperti dinyatakan di atas, cuba kita semak sekali analisis yang dibuat beliau di dalam bukunya yang bertajuk “Dying to Win: The Strategic Logic of Suicide Terrorism” (2005). Beliau mengatakan, keganasan bunuh diri adalah nasionalisme bukannya agama. Beliau berhujah, “Ianya adalah satu strategi yang melampau bagi kemerdekaan kebangsaan”

    Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, Nasionalisme boleh diertikan dengan perasaan cintakan bangsa dan Negara sendiri yang mendalam. Nasionalisme juga merupakan satu ideologi yang muncul atas niat untuk mempertahankan kedaulatan Negara dengan mewujudkan konsep identiti (identical concept) bersama-sama dengan anggota masyarakat yang lain. Atau dalam kata lain, ianya juga boleh ditakrifkan dengan kesatuan yang terbentuk hasil dari kesamaan keturunan, budaya, tempat dan lain-lain.

    Dalam konteks Negara moden, nasionalisme sebenarnya lebih kearah memupuk perpaduan kerana pemikiran yang menemukan ikatan dasar dalam menyatupadukan sesebuah Negara yang berbilang bangsa.

    L.Stoddard seorang pengkaji sejarah, wartawan dan ahli teori politik ada menyebut, Nasionalisme adalah rasa kebersamaan sebagai satu bangsa dengan suatu keadaan jiwa dan suatu kepercayaan yang dapat membentuk suatu rasa atau semangat kebangsaan bersama.

    2. Kaitan antara nasionalisme dengan agama ?

    Dalam Islam, terdapat banyak pandangan dari sarjana Islam tentang semangat kebangsaaan atau Nasionalisme. Jikalau barat melihat nasionalisme dari sudut kecintaan kepada Negara atau etnik masing-masing. Islam melihat lebih dari itu, yakni segalanya diikat dalam satu kalimah Tauhid.

    Menurut penulisan Soekarno dalam “Islam dan Nasionalisme” (2001), beliau berpandangan bahawa Islam menjadikan pemikir memperkukuhkan dan menebalkan haluan nasionalisme ke arah kewujudan persaudaraan masyarakat. Beliau juga mengatakan bahawa konsep nasionalisme tidak bercanggah malah boleh disesuaikan dengan tasawur Islam.

    Walaupun ada pendapat yang mengatakan nasionalisme dengan Islam berbeza disebabkan nasionalisme lebih menyeru kepada kesatuan berdasarkan kesukuan, tanah air dan sebagainya namun nasionalisme di dalam Islam pula menyatukan manusia dalam satu akidah, tiada perbezaan dari sudut bahasa, bangsa mahupun Negara. Islam tidak mengambil kira hubungan darah, bangsa dan lain-lain tetapi mementingkan akidah dan semua manusia berhak mendapat hak yang sama. Nasionalisme yang memberi manfaat kepada bangsa selagimana tidak melibatkan kezaliman, diterima oleh Islam. Atau kata mudah, tidak boleh terlalu cintakan Tanahair tetapi membelakangi Allah.

    Islam menolak nasionalisme yang terlalu ekstrim ataupun terlalu bersifat perkauman sehingga tidak memberikan keadilan sewajarnya pada kaum-kaum yang lain. Intipati Piagam Madinah membuktikan bahawa Rasulullah SAW sendiri memberi keadilan dan perlindungan kepada orang bukan Islam selagimana mereka taat dan setia serta tidak membuat binasa dalam Negara.

    Jika dilihat dari pandangan beberapa tokoh ilmuwan dan sarjana Islam yang tidak saya sebut disini, boleh saya simpulkan bahawa Nasionalisme bukan sesuatu yang bertentangan dalam Islam. Ianya adalah fitrah semulajadi manusia yang hidup bermasyarakat di bawah satu kesatuan yang diikat dengan perasaan dan ikatan cinta antara manusia dengan negerinya seperti yang ditetapkan Allah pada diri insan (Al-Jahizh, 780-869M).

    Hassan Al Banna sendiri merumuskan yang “Adalah tidak terbatas wilayah dan geografi sebagai titik akhir tetapi haruslah meluas dalam makro Dar Al-Islam”, sekaligus mengatakan satu ungkapan yang ringkas:
    “Sesungguhnya Nasionalisme tidak keluar dari statusnya sebagai juzuk dari ajaran Islam”
    (Hassan Al Banna)

    ROSNI BTE MOHAMAD@IDRIS said:
    05/08/2013 at 5:51 pm

    ROSNI MOHAMAD @ IDRIS (SX100542BQJ04)
    Assalammualaikum..

    SOALAN 1
    Nasionalisme merupakan satu fahaman yang telah diwujudkn atau diciptakan dengan matlamat untuk mempertahankan kedaulatan sesebuah negara. Ianya ditubuhkan melalui sekumpulan manusia yang mempunyai tujuan dan matlamat yang sama. Bagi mereka yang datang dari kelompok nasionalisme ini, mereka berfikiran bahawa sebuah negara adalah berdasarkan ketulusan dalam politik yang bersumber daripada kehendak rakyat dan sebagainya.

    Nasionalisme yang wujud dalam diri masyarakat mulai wujud sejak dari zaman manusia mula mempunyai wilayah yang diduduki bersama oleh beberapa kelompok manusia. Mulai saat itu, naluri untuk mempertahankan diri dan negara telah wujud agar tidak dicerobohi.

    Dalam zaman moden dan teknologi masa kini, nasionalisme merujuk kepada amalan politik dan ketenteraan yang berlandaskan nasionalisme secara etnik dan keagamaan. Para ilmuan politik biasanya menumpukan penyelidikan mereka kepada nasionalisme yang ekstrem seperti nasional sosialime, pengasingan dan sebagainya.

    Bagi para nasionalisme merea dapat menonjolkan dirinya sebagai satu fahaman atau persatuan dalam sesebuah negara atau gerakan bagi negara berdasarkan kepada pendapat warganegara,etnik,budaya,keagamaan dan ideology. Ini kerana kebanyakan teori nasionalisme mencapur adukkan sebahagian atau semua elemen tersebut.
    Nasionalisme kewarganegaraan adalah sejenis nasionalisme dimana negara memperolehi kebenaran berpolitik dari penyertaan aktif rakyat (kehendak rakyat) dan melalui perwakilan politik.
    Nasionalisme etnik adalah sejenis nasionalisme dimana negara memperoleh kebenaran politik dari sesebuah masyarakat yang berbudaya. Istilah bagi nasionalime etnik dicipta oleh Johann Gottfried Von Iterder, yang memperkenalkan konsep ‘Volk’(rakyat)
    Nasionalisme budaya adalah sejenis nasionalisme dimana negara memperolehi kebenaran politik dari budaya yang sama dan bukan mengambilkira keturunan seperti warna kulit dan sebagainya yang menyebabkan perbezaan antara satu sama lain.
    Nasionalisme negara ialah variasi nasionalisme kewarganegaraan yang selalu digabungkan bersama etnik. Perasaan nasionalistik adalah kuat sehingga diberi lebih keutamaan mengatasi hak universal dan kebebasan.
    Nasionalisme agama pula ialah sejenis nasionalisme dimana negara memperolehi legitimasi politik dari persamaan agama, Walaupun begitu lazimnya nasionalisme etnik adalah di campur adukkan dengan nasionalisme keagamaan.Contohnya gerakan nasionalisme ddi Irlandia yang bukannya berjuang untuk memartabatkan teologi semata tetapi perjuangan mereka adalah untuk menegakkan fahaman yang bersangkut paut dengan Irlandia sebagai sebuah negara merdeka terutamanya budaya Irlandia. Justeru itu, nasionalisme kerap dikaitkan dengan kebebasan.

    SOALAN 2
    Sebagaimana yang diketahui islam itu adalah agama yang seimbang dalam semua aspek kehidupan. Oleh yang demikian jika dibincangkan kaitan antara agama islam dan nasionalisme, terdapat beberapa sudut pandangan yang boleh dilihat yang mana terdapat kaitan dan terdapat juga perbezaan antara keduanya.
    Kaitan yang boleh dinyatakan adalah dari aspek kepentingan untuk menjaga kemakmuran dan kebahagiaan masyarakat dalam sesebuah negara. Sepertimana dalam islam juga kemakmuran dan perjuangan untuk mempertahankan kemakmuran negara adalah sesuatu perjuangan yang mulia. Selain itu kehidupan yang bersatu padu antara sesama manusia juga adalah satu kaitan yang ditekankan dalam satu pentadbiran atau kepimpinan sepertimana islam yang mewajibkan umatnya hidup dibawah satu kepimpinan (Khilafah Islamiyah). Walaubagaimanapun haruslah ada keseimbangan dunia dan akhirat serta mengikut syariat dan tidak melanggar akidah.
    Terdapat perbezaan perbezaan pendapat oleh tokoh-tokoh terkenal sebelum ini tentang hubungkait antara keduanya. Contohnya antara tokoh islam Pakistan iaitu Maududi (1903-1979) dan tokoh pendiri Hasan Al-Bana (1903-1949).
    Al-Bana misalnya mengatakan relasi antara islam dan nasionalisme tidak selalu bersift tadhadhud atau kontradiktif, menjadi muslim yang baik tidak selalu beerti antinasionalisme sebaliknya bagi Maududi ianya menolak nasionalisme kerana ia adalah produk barat dan hanya mewujudkan perpecahan umat islam. Baginya juga umat islam diharamkan mempraktikkan nasionalisme kerana bertentangan dengan nilai-nilai principal islam. Contohnya kesatuan umat islam wajib didasarkan pada ikatan akidah bukan ikatan kebangsaan dan batas geografis. Dinyatakan juga didalam al-quran yang membawa maksud “bahawa tidak tergolong umatku orang yang menyerukan ashabiyah fanatisme golongan seperti nasionalisme”. Selain itu, idea nasionalisme telah memecahbelahkan umat islam yang membuat Turki (Dinasti Uthmaniyah) dan Mesir berseteru.

    Mohd Syamzuhar bin Kadir Matric No: SX112980SCF04 said:
    05/08/2013 at 8:58 pm

    Soalan 1:
    Nationalisme adalah satu semangat atau fitrah manusia yang cintakan negara atau wilayah yang di dudukinya. Ini adalah termasuk aspek wilayah atau kawasan yang mana manusia hidup bermasyarakat secara harmoni dan mempunyai organisasi yang tersendiri dalam pemerintahan sesuatu kawasan. Secara zahir, nasionalisme itu sendiri datang daripada perkataan itu sendiri iaitu ‘National’ yang bermaksud negara. Semangat cintakan negara ini meliputi dari semua sudut samaada daripada segi politik, sosioekonomi, agama dan juga budaya. Kesemua elemen ini berkait antara satu sama lain, sebagai contoh, politik, politik amat penting sekali terutamanya untuk mentadbir sesebuah negara manakala sosioekonomi, kegiatan masyarakat yang meningkatkan hasil ekonomi yang memajukan negara itu sendiri, agama, tiada satu pon agama di dunia ini menyuruh penganutnya untuk melakukan kejahatan dan juga melakukan perkara-perkara negatif. Budaya, budaya adalah amalan yang diamalkan secara turun temurun yang mana ia diamalkan oleh sesebuah masyarakat yang mana ada menjadi sebagai tanda pengenalan untuk masyarakat itu sendiri. Kesemua elemen ini digabungkan akan menjadi satu teras yang menuju perpaduan manusia yang hidup dalam satu rumpun yang akhirnya akan melahirkan masyarakat cinta akan negara.

    Soalan 2:
    Agama adalah satu pegangan hidup seseorang yang menggambarkan tujuan kita hidup di dunia ini mempunyai matlamat yang satu. Sebagai seorang yang beragama islam, saya berpendapat, tidak kira apa pun agama di dunia ini, tiada satu pon agama yang menyuruh penganutnya untuk hidup berpecah-belah dan juga berperangan. Kalau dilihat, warganegara Jepun, boleh dikatakan majoriti masyarakatnya tidak beragama islam, tetapi bagaimana mereka boleh bersatu dan juga memupuk semangat nasionalisme di dalam diri mereka? Bahasa Inggeris menjadi bahasa pengantara dunia akan tetapi, sekiranya orang barat masuk ke negara Jepun, mereka perlu menghormati dan mengikut prinsip negara Jepun dan orang barat itu haruslah berbahasa Jepun dan bukannya bahasa inggeris. Jelas disini bahawa agama itu memainkan peranan yang sangat penting dalam membentuk jati diri seseorang manusia. Manusia yang mempunyai agama adalah manusia yang hidup secara bertamadun dan akhirnya akan melahirkan semangat cintakan negara iaitu nasionalisme.

    Nurul Ain Binti Kamar said:
    05/08/2013 at 10:48 pm

    SX112986SCF04
    Nurul Ain BInti Kamar

    Nasionalisme bermaksud cintakan diri kita seta tanah air, serta menyanyangi bangsa serta budaya serta adat negara kita tidak kira apa jua agama serta bangsa dan budaya yang sedang kita amalkan bersama. Ia perlulah berbangga cintakan negara tidak kira kita berbangsa melayu, cina ataupun india dan lain-lainnya. Nasionalisme perlu ada dalam hati untuk tekad mahukan kemerdekaan tidak kira samaada kemerdekaan politik, kemerdekaan beragama ataupun kemerdekaan dalam mengamalkan apa jua adat kita. Perasaan cintakan bangsa dan negara perlu apabila kita mengagungkan bendera, logo seta lagu negara. Dalam konteks masyarakat majmuk di Malaysia, nasionalisme lebih diamalkan dengan pelbagai kaum ini untuk mempertahankan hak masing-masing.

    Pada pandangan nasionalisme dari sudut islam, ia perlu bergerak seiring dengan panduan hadis serta al-quran bagi yang menganuti agama islam. Ini kerana, kitab al-quran adalah kitab yang cukup lengkap untuk kita dalami supaya akidah kita berada di landasan yang betul. Nasionalisme tidak ditolak apatah lagi di cerca kerana di dalam al-quran pun ada tertulis kita perlu mempertahankan adat, agama serta kepercayaan yang kita anuti supaya tiada perpecahan.antara kita.

    Islam itu sendiri mengajar kita supaya membawa kedamaian tidak kira apa jua agama serta bangsa. Cuma kita perlu titipkan dalam diri kita bersifat sederhana dan tidak terlalu leka dengan nasionalisme untuk satu agama sahaja. Jikalau dilihat islam itu sendiri bersifat liberal dan terbuka dengan pengaruh nasionalisme dalam dunia semasa.
    Menurut Mawrid al-Mayassar, nation adalah ummat, shuib ataupun daulat iaitu bangsa atau pimpinan, national pula adalah qawmiy iaitu warganegara sesebuah negara. Apabila dilihat sejarah islam, pada zaman jahilliyah sendiri sudah bermula semangat nasionalisme iaitu zaman hidup berpuak-puak dengan kabilah tertetu. Setiap puak adalah berbeza mengikut tempat sama ada di semenanjung tanah arab, Syam, Iraq dan lain-lain. Zaman awal islam yang berkembang dari semenanjung Tanah Arab dan berkembang menjadi pelbagai kerajaan bani lagi.

    Islam sendiri mempunyai konsep nasionalisme tersendiri kerana ia menyeru kepada kesatuan berdasarkan pada ikatan kekeluargaan dan kesukuan mahupun negara. Dalam hadis, Rasullulah telah bersabda, “tinggalkanlah, ia tidak berguna” ia menunjukkan tiada istilah pentingkan kepercayaan sendiri dan kaum muslimin diperintahkan untuk berdiri bersama-sama dan tidak memisahkan diri antara satu sama lain hanya kerana berasal dari kaum yang berbeza.

    WAN MAHIRAH BINTI WAN MUSA said:
    05/08/2013 at 11:41 pm

    SX111361SCS04
    WAN MAHIRAH BINTI WAN MUSA

    Assalamualaikum Ustaz Naem. 🙂

    1.Maksud nasionalisme ;
    Berdasarkan kenyataan Prof. Richard Dawkins di atas, dapat saya simpulkan bahawa nasionalisme membawa maksud semangat sesuatu kaum atau bangsa itu yang sangat mencintai dan rasa tanggungjawab terhadap bangsanya sendiri dan hal ini mendorong kepada pergerakan untuk membebaskan tanah air mereka dari kuasa luar. Nasionalisme ini tidak bersifat menyeluruh tetapi lebih kepada kaum atau bangsa sejenis mereka sahaja. Mereka cenderung dan taksub pada kaum mereka sendiri sahaja sehingga sanggup menidakkan keadilan bagi pihak kaum yang lain walhal telah terbentang kesalahan kaum/bangsa mereka sendiri.

    2. Kaitan nasionalisme dengan agama ;
    Jika melihat dari sudut perspektif agama Islam, kita boleh kaitan dengan nasionalisme ini dengan semangat Assabiyah yang sangat sinonim dengan masyarakat Arab sejak dari zaman dahulu lagi. Semangat ini merupakan semangat hidup berpuak-puak yang mana mereka hanya mengagung-agungkan puak mereka sendiri yang dianggap terbaik. Dengan erti kata lain Assabiyah merupakan ketaatan hubungan seseorang dengan golongan atau kumpulannya dan berusaha sekuat tenaga untuk menolongnya, serta berlaku taksub terhadap prinsip-prinsipnya iaitu menolak realiti kebenaran sedangkan jelas terbentang buktinya, semata-mata kerana memihak kepada satu-satu pihak.
    Rasulullah s.a.w juga menolak penerapan semangat ini dalam Islam kerana asabiyah yang keterlaluan dengan menyokong golongan sendiri tanpa mengira kesalahannya dan menidakkan hak orang lain yang benar adalah ditentang oleh Islam. Itulah yang kebanyakannya berlaku dari zaman Jahiliyah sehinggalah sekarang.
    Semangat asabiyah mempunyai kaitan yang kuat dengan nasionalisme. Nasionalisme merupakan suatu konsep yang sangat berbeza dengan Islam, sebab ia menyeru kepada kesatuan berdasarkan pada ikatan kekeluargaan dan kesukuan, mahupun satu negara, sementara Islam menyatukan manusia berdasarkan pada aqidah, iatu keimanan kepada Allah s.w.t dan RasulNya. Islam menyeru umatnya bersatu berdasarkan ikatan ideologi Islam. Menyatukan manusia berdasarkan ikatan kesukuan jelas dilarang. Bukti yang kita boleh lihat melalui firman Allah s.w.t ;
    “Hai manusia! Sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan, dan Kami jadikan kamu beberapa bangsa dan suku-suku bangsa, supaya kamu mengenal satu sama lain. Sesungguhnya yang paling mulia di antara kamu dalam pandangan Allah ialah yang lebih bertakwa, sesungguh Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenali. “
    (49:13)
    Oleh yang demikian pada pendapat saya, mengikut perspektif Islam, nasionalisme adalah bertentangan dengan konsep agama Islam. Wallahualam..

    Wan Hanie Hazariah binti Abdul Khalid said:
    08/08/2013 at 5:08 pm

    Wan Hanie Hazariah binti Abdul Khalid (SX105399HFD04)
    Assalamualaikum Ustaz,
    Menjawab kepada persoalan :

    1) Apakah yang dimaksudkan dengan nasionalisme?
    Definisi,persepsi dan penghayatan maskud nasionalisme adalah bergantung kepada individu itu sendiri. Ini dapat dilihat daripada sudut perbezaan pendapat seorang al-Maududi, Tokoh Islam Pakistan (1903-1979) dengan tokoh (Ikhwan al-Muslimin),Hasan al-Bana (1906-1949). Menurut Al-Bana menyatakan “Hubugan diantara Islam dan Nasionalisme tidak selalu bersifat tadhadhud atau kontradiktif. Menjadi muslim yang baik tidak semestinya mereka ini antinasionalisme. Begitu juga dengan menjadi sekularis juga tidak bererti menjadi nasionalis tulen. Sebaliknya al-Maududli telah menolak kehadiran nasionalisme dalam pemikiran Islam. Ini adalah kerana beliau berpendapat ianya adalah satu fahaman Barat dan hanya menjurus kepada perpecahan umat Islam.
    Yang dimaksudkan oleh al-Bana mengenai Nasionalisme adalah :-
    – Cinta tanah air
    -Merapatkan barisan dan mengeratkan tali persaudaraan
    -Membebaskan negara dari imperialisme

    Sementara al-Maududi, menolak konsep nasionalisme kerana dengan alasan :
    -Nasionalisme bertentangan dengan nilai prinsipal Islam.Misalnya, kesatuan umat Islam wajib didasarkan pada ikatan aqidah, bukan ikatan kebangsaan dan batas geografi. Pendapat haruslah berdasarkan AlQuran
    -Nasionalisme menimbulkan fanatisme berpuak-puak
    -Menolak idea nasionlisme kerana ianya hanya memecah belahkan umat Islam. (Menjadikan Turki (Dinasti Utsmaniyah) dan Mesir berseteru.

    2. Menurut pandangan anda, apakah kaitan antara nasionalisme dengan agama ? Sila jawab mengikut perspektif agama yang anda anuti sekarang.

    Pada pendapat saya, Nasionalisme yang mempunyai semangat patriotik atau kebangsaan yang berlebihan dan menganggap misi dan visi bangsa dan negara itu sebagai satu keutamaan dalam hidup seperti yang dipraktikkan oleh Hitler dan Israel semestinya ianya bertentangan dengan nilai-nilai luhur islam.
    Tetapi sekiranya, mengamalkan nasionalisme formatif, contohnya yang dimaksudkan sebagai cintakan tanah air, membebaskan negara dari imperialisme (penjajahan), merapatkan barisan dan mengeratkan tali persaudaraan adalah sesuatu yang tidak dipisahkan dari ajaran Islam.

    Wallahu Alam..
    Terima kasih

    SITI KHADIJAH BINTI RAMLI said:
    12/08/2013 at 10:36 am

    SITI KHADIJAH RAMLI (SX081808HFJ04)

    Assalamualaikum Ustaz, minta maaf terlupa send assigment ini ,
    Ini jawapan dan pandangan saya secara ringkas ,

    1) Nasionalisme mempunyai pelbagai maksud diantaranya ialah, perasaan cinta kepada negara, gerakan membebaskan tanah air daripada penjajahan politik, ekonomi dan kebudayaan asing, serta gerakan mempertahankan tanah air daripada pengaruh asing.

    2) Kefahaman nasionalisme ini telah menjadi perjuangan di seluruh pelusuk dunia, bukan sahaja untuk menuntut kemerdekaan tetapi juga selepas kemerdekaan dicapai ideologi ini akan terus digunakan untuk mencapai matlamat.

    Dengan pemikiran yang terlampau terhadapa perjuangan nasionalisme ini, ada yang terlampau zalim terhadap jirannya atau negara bersebelahan dengannya. Ada juga yang berlaku zalim didalam masyarakat majmuk itu sendiri. Ini berlaku sekarang di Malaysia bilamana selepas PRU-13, berlakunya penindasan agama, berlakunya penindasan kaum dan sebagainya. Yang paling kelakar agama yang sama tetapi bergaduh sesama sendiri. Punca ? lemahnya pegangan agama atau ideologi nasionalisme ?

    Masyarakat adalah dari pelbagai bangsa, budaya, agama dan bahasa perlu bekerjasama untuk mencapai keharmonian di dunia, sesuai dengan firman Allah s.w.t , yang bermaksud ;

    “dan diantara tanda-tanda ketuhanan Allah, dia menciptakan langit dan bumi, dan menjadikan kamu berbagai-bagai bahasa dan warna kulit. Sesungguhnya perkara itu menjadi dalil kepada orang-orang yang berpengatahuan. ” -surah ar-Rum:22.

    Islam agama fitrah yang mengakui wujudnya pelbagai bangsa, agama, budaya dan bahasa yang amat cinta pada bangsa masing-masing. Amat mustahil nak dihapuskan semua ini. Walaubagaimanapun, islam mengambil kira pelbagai aspek dari individu, keluarga, dan masyarakan di dalm sesuatu bangsa tersebut.

    Kewujudan masyarakat mewajibkan kerjasama diantara mereka, jika tiada kerjasama amat mustahil untuk hidup dengan aman. Manusia hidup di tempat-tempat dan geografi berbeza dan menghasilan hasil bumi yang berbeza serta kemahiran yang berbeza dan tanpa pencampuran hasil bumi ini meraka sukar untuk teruskan kehidupan.

    Kalau nak diikutkan pada zaman kegemilangan agama islam bermula dengan bangsa arab. Walaupun bermula dengan bangsa arab, pemimpinnya bersilih ganti dengan bangsa yang lain yang kuat pegangan agama islamnya.

    Kita juga tahu kita ada tokoh-tokoh islam seperti imam Bukhari, Imam Muslim, Imam Abu Hanifah, Imam Al-Ghazali dan yang lain-lain semuanya daripada pelbagai bangsa yang menganuti islam. Meraka bukan lahir daripada satu bangsa sahaja.

    Firman Allah s.w.t ; ” Wahai manusia, sesungguhnya kami telah menciptakan kamu daripada seorang lelaki dan seorang wanita dan kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan berpuak-puak , supaya kamu berkenalan diantara satu sama lain, sesungguhnya yang paling mulia dikalangan kamu disisi Allah ialah yang paling bertaqwa kepada Allah. Sesungguhnya Allah itu maha mengatahui berkenaan diri kamu dan maha mengatahui perkara-perkara yang berkait dengan kamu “. Surah al Hujuraat : 13.

    Maka dengan itu semangat dan perjuangan nasionalisme itu sangat penting untuk difahami supaya setiap umat islam tidak terjerumus kearah fanatik perkauman jahilliyah.

    Inilah secara ringkas pendapat saya tentang Nasionalisme dan Islam. Kalau nak tau lagi, ikuti novel saya yang bertajuk …. 🙂

    mohd zailani b. mohd zaki said:
    26/08/2013 at 6:20 pm

    MOHD ZAILANI B. MOHD ZAKI (SX100512BQJ04)
    As salam wbt, ustaz mohon keatas kelewatan menjawab kuiz.

    SOALAN PERTAMA
    JAWAPAN
    Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Professor Robert Pape mengenai nasionalisme yang dimaksudkan adalah “national liberation” atau kemerdekaan kebangsaan. Beliau mendapati kajian tentang keganasan bunuh diri tiada kaitan dengan nasionalisme keagamaan. Tetapi, strategi melampau bagi menuntut kemerdekaan kebangsaan. Ini menjelaskan bagaimana masyarakat tempatan boleh dipujuk semula menentukan tindakan bunuh diri dan pembunuhan sebagai syahid bagi pihak masyarakat. Contohnya di Negara Iraq dan afganistan terdapat kumpulan Alqaeda yang sangat aggresif dan telah melakukan beberapa serangan pengganas bunuh diri melalui pengeboman.

    SOALAN KEDUA
    JAWAPAN
    Sebelum memberi pandangan peribadi, saya mahu memberi maksud nasionalisme dan islam itu sendiri.
    Maksud nasionalisme adalah satu ideologi yang mencipta dan mempertahankan kedaulatan sesebuah negara (dalam bahasa Inggeris “nation”) dengan mewujudkan satu konsep identiti bersama untuk sekumpulan manusia.
    Islam berasal dari bahasa arab ertinya sejahtera , aman, harmoni dan dirujuk dari istilah memberi makna menyerah diri kepada Pencipta yang Maha Berkuasa dengan mentauhidkannya dengan penuh kenyakinan serta melaksanakan segala suruhan dan meninggalkan larangannya . Agama ciptaan Allah yang lengkap lagi sempurna dengan segala peaturan dan undang-undang yang merangkumi penyususnan kehidupan manusia , baik yang mengenai orang perseorangan , kekeluargaan, kemasyarakatan dan kenegaraan sekaligus menghubungkan manusia dengan Tuhan dan manusia dengan alam sejagat bagi menjamin kesejahteraan , keselamatan , kesempurnaan dan kebahagiaan di dunia dan akhirat .
    Pada pandangan saya, islam dan nasionalisme saling berkait. Tidak salah jika saya yang beragama islam untuk mengamalkan nasionalisme bagi mempertahan kedaulatan Negara bersama dengan kaum dan agama yang berbeza asalkan nasionalisme yang dilakukan dan dijalankan tidak melanggar akidah islam itu sendiri. Islam sendiri menuntut kearah kesejahteraan, keselamatan dan kesempurnaan di dunia di akhirat.
    Contohnya sebelum perang dunia kedua, di Tanah Melayu semasa di bawah jajahan British, kebanyakkan rakyat ditindas. Sistem pentadbiran ditukar, orang Melayu ditindas. Gerakan nasionalisme oleh orang Melayu dengan kerjasama penjajah-penjajah Jepun telah terjadi bagi menentang kezaliman British ini. Ini terjadi disebabkan untuk menuntut kembali hak orang Melayu di Tanah Melayu sendiri. Tambahan pula, selepas peristiwa nasionalisme ini, pahaman islam di tanah Melayu dapat diperkemaskan di kalangan orang-orang Melayu.
    Namun begitu, terdapat nasionalisme yang sangat fanatik dan agresif sehingga lari dari tuntutan Islam itu sendiri. Contohnya orang Islam yang membahagikan mereka kepada dua kumpulan yang berlainan. Setiap kumpulan sangat fanatik kepada kumpulan masing-masing sehingga sanggup mengutuk antara satu sama lain sehingga terjadinya pepecahan silaturrahim antara umat Islam. Di Malaysia contohnya kita boleh lihat dalam bidang politik. Dari ahli politik sehingga pengikut parti politik itu sendiri sibuk bergaduh sehingga melibatkan kecederaan fizikal dan ini membawa kepada pepecahan silaturahim dan tidak dapat membentuk keamanan dalam sesebuah Negara.

    Kesimpulannya, semuanya tergantung pada penghayatan dan pemaknaan kita atas nasionalisme itu sendiri. Nasionalisme yang ekspansif dan terjebak pada chauvinisme, seperti yang dipraktekkan Hitler dan Israel tentu bertentangan dengan nilai-nilai luhur Islam. Sebaliknya nasionalisme formatif, dimana nasionalisme diartikan sebagai cinta tanah air, membebaskan negara dari imperialisme, merapatkan barisan dan merekatkan tali persaudaraan ada

    IRWAN B. SHARIFUDDIN said:
    27/08/2013 at 8:59 pm

    IRWAN BIN SHARIFUDDIN (SX100503BQJ04)

    Assalamualaikum Ust. Muhammad Naem…..mohon maaf di atas kelewatan kemukakan jawapan kuiz.

    SOALAN 1
    Kenyataan di atas jelas sekali menyatakan perbezaan di antara makna bagi akidah dan ideologi. Ideologi secara ringkas adalah berasal daripada bahasa Greek cantuman dari kata ‘ideo’ dan ‘logos’. Ideo membawa pengertian pemikiran, manakala logos bererti ilmu. Dari segi istilah, ideologi dapat disimpulkan sebagai ‘Satu keyakinan atau fahaman hasil dari pemikiran atau idea manusia sama ada dalam bentuk teori, falsafah, andaian dan sebagainya’.

    NASIONALISME secara umum dan rumusannya merupakan sikap mental dan tingkahlaku indidvidu atau masyarakat yang merujuk kepada kesetiaan atau pengabdian terhadap bangsa dan negaranya. Ini bermakna mereka meletakkan kepentingan negaranya di atas segala kepentingan yang lain sama ada peribadi mahupun kaum. Ringkasnya nasionalisme adalah tekad untuk hidup sebagai satu bangsa di bawah satu negara yang sama, terlepas daripada perbezaan etnik, ras, agama ataupun golongan.
    “Dan bahawa sesungguhnya inilah jalan-Ku (agama Islam) yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya, dan janganlah kamu menurut jalan-jalan (yang lain dari Islam), kerana jalan-jalan (yang lain) itu mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah. Dengan demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu bertaqwa.”
    (Surah al-An’am 6:153)

    SOALAN 2
    Pada pendapat dan pandangan saya, Masyarakat Islam khususnya , termasuk di Malaysia sedang berhadapan dengan berbagai ancaman yang boleh mengelincirkan mereka kepada kesesatan dan kerosakan akidah yang terpaksa diharungi atas nama kemajuan pada era globalisasi ini
    Walaubagaimanapun, nasionalisme menjadikan semangat kebangsaan itu satu ideologi perjuangan sangat penting difahami, supaya setiap penganut Islam tidak terjerumus ke dalam fanatik perkauman jahiliyah yang merosakkan tasawur Islam dan tidak menyelamatkan umat dan bangsa dengan islam.

    Oleh itu, kita harus memperkasa ilmu agar menjadi benting kuat dalam kita menghadapi cabaran-cabaran ini. Tanpa melupakan doa agar kita sentiasa istiqomah dengan iman dan amal Islam.

    Pertimbangan Ust amatlah dihargai.

    Sekian. Wasalam.

    Ahmad Hafiz Bin Hazlan said:
    30/08/2013 at 7:36 am

    Assalamulaikum Ustaz..
    Terlebih dahulu saya ingin meminta maaf diatas kelewatan menjawab tugasan yang telah diberikan. Diharapkan Ustaz sudi membaca jawapan yang saya berikan ini.

    AHMAD HAFIZ BIN HAZLAN
    SX100493BQJ04

    Jawapan Soalan 1

    Nasionalisme merupakan satu ideologi yang mencipta dan mempertahankan kedaulatan sesebuah negara (dalam bahasa Inggeris: nation) dengan mewujudkan satu konsep identiti bersama untuk sekumpulan manusia.
    Para nasionalis menganggap negara adalah berdasarkan beberapa kepada “kebenaran politik” (political legitimacy). Berpunca dari teori romantisme iaitu “identiti budaya”, hujah liberalisme yang menganggap kesahihan politik adalah berpunca dari kehendak rakyat, atau gabungan kedua-dua teori itu.
    Ikatan nasionalisme bermula apabila pemikiran masyarakat mulai merosot. Ikatan ini terjadi saat manusia mula hidup bersama dalam suatu wilayah tertentu dan tidak beranjak dari situ. Pada saat ini, naluri mempertahankan diri sangat berperanan dan mendorong mereka untuk mempertahankan negerinya, tempatnya tinggal dan bersendirian.
    Dalam zaman moden ini, nasionalisme merujuk kepada amalan politik dan ketenteraan yang berlandaskan nasionalisme secara etnik serta keagamaan, seperti yang dinyatakan di bawah. Para saintis politik biasanya menumpukan penyelidikan mereka kepada nasionalisme yang ekstrem seperti nasional sosialisme, pengasingan dan sebagainya.

    Jawapan Soalan 2

    Dalam pandangan Islam, nasionalisme adalah jelas diharamkan. Umat islam sememangnya harus mempertahankan dirinya itu adalah benar. Namun, dorongannya bukanlah nasionalisme tetapi perintah Allah SWT untuk berjihad. Islam tidak melarang kaum muslim untuk meraih kekuasaan dan memperluaskan kuasa. Namun, kekuasaan dalam islam bukanlah kuasa itu sendiri. Tetapi untuk menerapkan syariah di tengah-tengah umat Islam sekaligus menyebar dan memperluaskan dakwah Islam ke seluruh dunia.
    Ikatan nasionalisme sesungguhnya telah memecah belah umat islam dalam negara bangsa (nation state) yang berbeza-beza. Walhal, sebelum itu mereka dipersatukan selama berabad-abad dalam wadah Daulah Islamiyah. Tindakan seperti itu akan mengukuhkan penjajah kapitalis seperti Amerika Syarikat untuk memperluaskan penjajahannya. Diamnya umat islam kerana lebih mendahulukan kepentingan bangsanya membuat Amerika Syarikat secara berleluasa menyerang negeri-negeri Islam dulu hingga sekarang seperti Afghanistan dan Iraq sekaligus menyokong Israel menyerang Palestin. Iran pun berada dalam ancaman Amerika Syarikat. Bukan mustahil Malaysia adalah giliran selanjutnya.
    Namun, perlu juga tegaskan, menolak nasionalisme sebagai fahaman bukan bererti kita tidak mencintai bangsa. Perjuangan kaum muslimin seharusnya untuk menolak nasionalisme sekaligus berupaya menerapkan syariah Islam dalam wadah Khilafah justeru didorong oleh rasa cinta kepada bangsa.

Leave a comment