Month: August 2012

Jangan Lupa…

Posted on Updated on

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Khusus untuk student-student SPACE Kl yang budiman,

  • Jangan lupa kelas 2/9/2012, jam 9 pagi, tempat sediakala.
  • Jangan lupa bersedia untuk midterm test, 40 soalan objektif, 50 minit, siap siaga menanti anda.
  • Jangan lupa, selesai test ada test lain yang menunggu anda bakal menguji kemahiran anda berhujah, program realiti yang menyaksikan anda berpetah menyampaikan ilmu dan maklumat.
  • Jangan gentar dan jangan gagap, kerana jika anda bersituasi sedemikian, markah anda juga akan terketar-ketar dan kelihatan gagap semacam.
  • Jangan lupa untuk pulun markah midterm test = 20, assignment + slideshow = 20 dan presentation = 10.
  • Jangan hairan jika kumpulan yang mula-mula bentang adalah kumpulan halimatun.saadiah@hotmail.com, kemudian sohyeeling@yahoo.com, seterusnya asrulsubbri@bsn.com.my, selepas itu azura.awang@gmail.com, terus ke sara50669@gmail.com, diikuti khairul0105@yahoo.com berpindah ke mazlan@jimahev.com dan yang terakhir sekali adalah nisaanis_87@yahoo.com. 
  • Turutan ini diatur mengikut kumpulan yang awal menghantar assignment, sepertimana seseorang yang solat di sof pertama, pahalanya lain berbanding yang solat di sof kedua, ketiga dan seterusnya.
  • Akhirkata, usaha kena ada, tawakkal jangan lupa, insyaAllah sama-sama berjaya.

Kerana Terlalu..

Posted on

Kerana terlalu banyak makan lemang, membaca dan menulis sedikit..

Kerana terlalu banyak makan lemang, kerja ringan menjadi himpit..

Kerana terlalu banyak makan lemang, lontong, ketupat, nasi impit perut nipis jadi buncit..

Hanya kerana terlalu banyak makan, tiada ibadah yang digamit..

Jangan disalahkan lemang, lontong, ketupat, rendang, rempeyek, maruku dan semperit..

Jangan disalahkan ramuan opah, nenek dan makcik yang mengadun perit..

Salahkan sendiri, gelodak perut yang tidak pernah serik dan sempit..

Maaf Zahir dan Batin

Posted on

*Me and my senior neighbour Wak Zah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Pertama :

Dikesempatan yang terhad ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 2012 bersamaan 1433H kepada seluruh pembaca blog ini khususnya. Sama ada yang mengenali diri saya ataupun tidak, saya panjatkan ucapan takzim memohon ampun dan maaf atas segala dosa, kesalahan dan keterlanjuran saya sama ada melalui perkataan atau perbuatan, secara sengaja atau tidak disengajakan, sekali lagi saya memohon ampun dan maaf. Sebagai manusia yang serba dhaif dan naif ini, adakalanya kekuatan spiritual ini akan lebih bererti jika kemaafan dan pengampunan itu dihulurkan dengan ikhlas, tanpa rasa dendam dan bersih daripada sekelumit kebencian. Bukan saya paksa untuk maaf dan ampunkan diri saya yang serba berdosa ini, cuma memohon pengertian bahawa sehebat mana pun manusia di dunia ini, ia tetap tidak terlepas daripada melakukan dosa dan kesalahan melainkan para Nabi dan Rasul.

Kedua :

Nasihat untuk student Space JB dan KL, raya tetap raya, tetapi buku dan study jangan dilupakan. Jangan terlalu asyik melayan ketupat, lontong, lemang dan kuih muih, akhirnya buku dan nota dipinggirkan. Kawal berat badan anda, makan ikut keperluan, jangan ikutkan nafsu dan selera makan tanpa batasan. Hati-hati memandu. InsyaAllah, kita bertemu kembali pada kelas akan datang.

 

Akhir kata, Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin dari saya.

Wassalam.

Class, Assignment & Test ULT 2132, Space KL

Posted on Updated on

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Buat seluruh pelajar-pelajar SPACE KL yang mengambil subjek ULT 2132, dengan ini saya ingin mengumumkan bahawa kelas kita pada 25/08/2012 (Sabtu) ditunda dan akan digantikan pada hari Ahad, (2/09/2012), di lokasi yang sama. Kelas akan bermula pada jam 8.30 pagi.

Tentatif kelas kita pada hari tersebut adalah pembentangan individu bagi setiap kumpulan. Lantaran itu, setiap kumpulan mesti menghantar assignment dalam bentuk ‘soft copy’ ke kantung emel saya di naem@utm.my sebelum 28/08/2012 (Selasa) untuk disemak dan dinilai. Kegagalan mana-mana kumpulan berbuat demikian akan dikenakan hukuman mandatori (lewat sehari = tolak 1 markah) sekaligus malang tidak berbau.

‘Hard copy’ assignment pula mesti diserahkan pada hari kelas diadakan.

Berkenaan dengan kuiz, memandangkan kelas kita boleh ditunda dan semua boleh hadir, saya bercadang untuk membatalkan 2 kuiz dan menggantikannnya dengan test pada hari yang sama, 40 soalan objektif dalam masa sejam. Untuk test ini, sila tumpukan pada tajuk 1) Isu Dekadensi Moral, 2) Pemikiran Pascamoden, 3) Isu-isu Pemerintahan dan Pentadbiran dan 4) Cabaran Semasa Masyarakat Malaysia.

Sebarang cadangan atau komen boleh diajukan pada ‘post comment’ dalam ruangan ini.

Sekian dimaklumkan. Terima kasih.

Adakah Anda Seorang Yang Bersyukur ?

Posted on

Sebentar tadi saya menggenggami buku Ihya Ulumuddin, karangan Imam Ghazali dan meneruskan bacaan pada bab menyatakan sebab-sebab penghalang manusia itu bersyukur pada Allah. Banyak perkara menarik yang boleh dijadikan iktibar bersama. Imam Ghazali menyatakan, antara punca besar mengapa manusia  tidak bersyukur kepada Allah Taala adalah disebabkan oleh sifat jahil dan lalai. Jahil dan lalai dalam ertikata sifat tabii’e (semulajadi) yang menjadi penghalang diri dan akalnya mengenali apa itu nikmat. Malah seseorang itu tidak akan sesekali memahami erti syukur, melainkan mengenali apakah nikmat sebenarnya. Ada yang mendakwa bahawa mereka mengetahui apa itu nikmat, sebagai menunjukkan erti syukur, dua lapis bibirnya berkumat kamit mengucap Subhanallah, Alhamdulillah, realitinya mereka yang mendakwa tahu apa itu nikmat sebenarnya adalah jahil. Oleh itu, bagaimana hendak membuktikan rasa syukur ?

Hakikat kesyukuran itu bukan hanya dengan melafazkan kata zikir, yang lebih utamanya adalah menggunakan nikmat yang diperolehi itu pada jalan yang dikehendaki Allah, iaitu ketaatan kepada Allah. Jika seseorang itu merasakan bahawa dengan memiliki Diploma, B.A, Master, PhD itu adalah nikmat, sewajarnya menggunakan nikmat itu ke arah jalan mentaati Allah. Dengan adanya Diploma, B.A, Master atau PhD, tugas hariannya terarah pada Allah, amalan solehnya semakin bertambah, solatnya berjemaah, lantunan zikirnya istiqamah, qiamulailnya mujahadah. Itulah pengertian syukur. Imam Ghazali menyatakan lagi, punca seterusnya mengapa manusia tidak bersyukur adalah merasakan bahawa nikmat yang dianugerahkan oleh Allah kepada dirinya bersifat umum dan sejagat. Bermaksud, nikmat seperti udara dan air itu merupakan anugerah ‘biasa’ yang dinikmati oleh manusia di muka bumi ini, dan ia bukanlah satu nikmat yang terbesar pada dirinya, kerana semua makhluk memiliki dan merasai nikmat ini. Padahal, mereka jahil, jikalau Allah menahan air dan udara itu dari masuk ke bumi, penamatnya seluruh manusia akan mati walau betapa hebat pun darjat mereka di dunia. Kehebatan sains dan teknologi, kepandaian manusia sama sekali tidak boleh mencipta seekor lalat, apetah lagi air dan udara.

Sebab itu, apabila Allah ingin manusia itu bersyukur dengan nikmat yang dianugerahkannya, dihilangkan nikmat itu. Nescaya manusia bersyukur. Nikmat Allah terlalu luas namun keluasan itu bermula dari sebahagian. Sebagai contoh, kita tidak akan nampak seseorang yang mempunyai dua pasang mata bersyukur melainkan sebelum itu, Allah butakan matanya. Walaupun hanya mata, belum dikira nikmat gigi, rambut, jantung, buah pinggang, kaki dan sebagainya, kesemua nikmat itu tidak tidak terperi besarnya. Oleh yang demikian, apabila manusia mengadu sering ditimpa sengsara, ujian, bala dan malapetaka ada dua perkara yang mesti dilihat. Pertama, ia adalah ujian yang Allah tentukan, untuk menilai hamba tersebut sejauhmana keimanan dan ketakwaannya kepada Allah, kedua, ia bukan ujian, tetapi adalah ‘pukulan’ demi pukulan yang Allah berikan kepada hamba itu agar sentiasa bersyukur kepada Allah, sebagai memberitahu bahawa segala nikmat dan kejayaan yang diperolehi itu bukan datang dari dirinya sendiri, tetapi semua itu adalah dari Allah. Sehinggakan, jika Allah membebaskan hamba itu daripada ujian dengan kadar masa sejam sekalipun, ia tetap kembali derhaka dan kufur.

Adakalanya manusia itu bersyukur berdasarkan pada wang dan harta yang dimilikinya. Jika berharta dan mempunyai wang, ia bersyukur, jika tidak, ia kufur. Disebabkan ukuran itulah manusia lupa pada nikmat Allah yang ada pada dirinya sendiri. Jika terjumpa manusia yang jenis ini, katakan kepada mereka, apakah kamu gembira jika kamu memiliki Rm 1 juta tetapi mata kamu buta ? Apakah kamu gembira, jika kamu memiliki Rm 10 juta tetapi kamu rugi di akhirat ? Apakah kamu gembira jika kamu miliki Rm 1 billion tetapi kamu gila ? Sudah tentu kesemua jawapannya adalah tidak. Dan dikisahkan, pada satu hari, Ibnus Samak seorang ulamak telah masuk berjumpa dengan khalifah dan pada tangannya ada segelas air. Berkata khalifah, berikan aku peringatan. Maka berkata Ibnus Samak, jika aku enggan memberikan kamu segelas air ini dalam keadaan kamu terlampau dahaga, melainkan kamu menyerahkan segala harta kamu pada aku, adakah kamu akan serahkan ? Jawab khalifah, ya. Jika aku enggan menyerahkan segelas air ini melainkan kamu serahkan segala kekuasaan itu pada aku, adakah kamu sanggup serahkan ? Jawab khalifah, ya. Maka berkatalah Ibnus Samak, Janganlah kamu gembira dengan kerajaan yang kamu miliki sekarang kerana nikmatnya tidak mampu menandingi segelas air.

Ini menunjukkan bahawa nikmat Allah yang ada pada diri kita terlalu berharga dan tiada nilainya. Justeru, syukurinya.

Makluman Untuk Pelajar ULT 2132

Posted on

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Alhamdulillah, sudah selesai saya menyemak semua jawapan yang telah diberikan. Terima kasih banyak-banyak atas komitmen anda semua sebagai seorang pelajar. Memang mencabar mental saya untuk memeriksa jawapan anda semua, ada ketawa sorang-sorang, blur pun ada, sakit kepala pun ada, apapun tahniah dan syabas atas jawapan yang dipostkan. Sekaligus, pemarkahan bagi kuiz ini pun sudah selesai.

Cuma ada 10 orang pelajar daripada seksyen ini yang tidak menjawab soalan kuiz, no. matriknya adalah seperti berikut :

1. SX080846HFJ04

2. SX100862EEJO4

3. SX100911EEJO4

4. SX080665EEJO4

5. SX080667EEJO4

6. SX040183CKJ04

7. SX095743MMD04

8. SX040832MMJO4

9. SX015617MMD04

10. SX095901HDDO4

Andai ada sesiapa yang tidak menjawab kuiz ini telah membaca post saya ini dan mendapati no. matriknya termasuk dalam ‘the most wanted person’, diharapkan dapatlah menghantar jawapan seberapa segera. Jangan risau, saya tak marah, jauh sekali men‘zero’kan markah anda. Tulislah apa yang anda rasakan itu terbaik, walaupun hanya dengan sepotong ayat sekalipun, sudah memadai dan tetap saya santuni dengan markah.

Mengenai cadangan majoriti kelas 1/9@2/9, saya dah maklumkan pada Space, dan rasa-rasanya macam boleh dibuat pada hari tersebut (ini ramalan saya la..hehe). Mintak-mintak jadi la, insyaAllah. Saya akan cuba untuk dapatkan pengesahan tarikh kelas seterusnya sama ada dipinda atau tidak, paling lewat hari Rabu 15/8.

Akhirnya, bagi pelajar Muslim, bersempena berbaki 10 Ramadhan terakhir ini, marilah kita sama-sama mengurangkan syahwat tidur, bershopping, menonton tv, berfacebook sebaliknya penuhilah masa itu dengan perkara-perkara yang mampu mendekatkan diri kepada Allah Taala.

Wassalam.