Space Jb

Kuiz DLQ 1302 ( Fiqh Islam 1), Seksyen 2, UTM SPACE JB.

Posted on Updated on

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Berikut adalah soalan-soalan kuiz bagi subjek DLQ 1302 (Fiqh Islam 1) dan anda diwajibkan menjawab kedua-dua soalan yang diberikan :

1. Dalam menentukan awal Ramadhan ada dua pendekatan yang dilakukan, pertama melihat anak bulan (Rukyatul Hilal) dan kedua melalui sempurna bulan Sya’ban (Hisab). Namun begitu, para ulama’ lebih cenderung untuk menggunakan pendekatan melihat anak bulan berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari yang bermaksud : “Berpuasalah kamu dengan melihat anak bulan, dan berbukalah (penentuan bulan Syawal) kamu dengan melihat anak bulan”. Menurut pandangan mazhab Imam Syafiei, paling kurang memerlukan 2 orang penyaksian yang adil untuk melihat anak bulan ini sebelum diisytiharkan kepada orang ramai bahawa esok berpuasa.

Soalannya : Mengapa Imam Syafiei meletakkan 2 orang penyaksian yang adil dan menolak 1 penyaksian ? Jika ada salah seorang daripada dua saksi ini terlebih awal melihat anak bulan, namun dia berpuasa lewat (sebab mengikut pengisytiharan rasmi), apakah hukum yang jatuh ke atas dirinya ?

2. Solat adalah satu kewajipan yang wajib dilakukan bagi setiap orang Islam sebagai satu talian hubungan antara Allah dan hambaNya. Namun begitu, kebanyakan masyarakat Islam Malaysia hari ini meremehkan solat serta ada yang langsung tidak mendirikan solat.

Soalannya : Apakah hukum orang Islam meninggalkan solat ? Dan apakah peranan kerajaan dalam memastikan setiap orang Islam di Malaysia ini mendirikan solat ?

 

Soalan kuiz tamat.

 

* Soalan kuiz ini mestilah dijawab bermula tarikh Isnin 30/07/2012 dan berakhir pada hari Ahad 05/08/2012. Kelewatan menjawab pada tarikh yang ditetapkan akan menyebabkan jawapan anda ditolak.

* Saya akan menerima hanya pada jawapan yang ‘post comment’ pertama sahaja, sebarang penambahan kedua untuk jawapan setelah ianya di ‘post’ turut tidak akan diterima, lantaran itu anda digalakkan untuk membaca dahulu soalan (hari pertama), mengulangkaji (hari kedua) dan seterusnya menjawab, pada hari ketiga.

* Sila pastikan line @ coverage internet anda berfungsi dengan baik ketika menjawab, andai line @ coverage anda ‘cap ayam’ bawak bersabar dan tunggu ianya kembali baik.

Selamat Menjawab. Wassalam.

DLQ 1302

Posted on

 

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh…

Ditujukan kepada seluruh Alim Ulamak, ustaz-ustaz dan para ustazah yang saya hormati, khususnya yang mengambil subjek DLQ 1302, Fiqh Islam 1.

Seperti yang dijanjikan oleh saya untuk membuat kuiz pada malam semalam melalui blog ini tidak dapat dilakukan kerana saya sekarang berada di KL, insyaAllah jika ada kesempatan, saya akan upload kuiz tersebut paling lewat esok, hari Isnin 30 Julai 2012 bersamaan dengan 9 Ramadhan 1433h.

Di sini ada beberapa prosedur yang mesti diikuti sebelum menjawab kuiz :

1. Pastikan tarikh mula dan tarikh tamat kuiz sebelum menjawab soalan. Jika soalan dijawab diluar tarikh yang ditetapkan, jawapan anda tidak akan diterima.

2. Jawapan yang dihantar mestilah melalui ruangan ‘comment’.

3. Sila pastikan no. matrik (Wajib) & nama (Harus) tertera pada jawapan tersebut.

4. Setiap jawapan jangan melebihi 360 patah perkataan.

5. Peruntukan markah bagi kuiz ini adalah 10 markah.

6. Jawab dengan tenang, berdoa dan tawakkal.

Bittaufik Wan Najah, segala perkembangan terbaru mengenai subjek ini akan saya maklumkan melalui blog ini.

Wassalam.