Space KL

Ujian Midterm Space KL ULT2122, Seksyen 8

Posted on

Test

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua pelajar SPACE KL Seksyen 8,

Pada 3 Ogos 2013 (Sabtu) sepertimana yang telah dimaklumkan pada sesi kelas yang lepas, saya akan adakan ujian Midterm untuk subjek Institusi Islam (ULT2122). Hanya 3 tajuk besar sahaja yang perlu anda fokus untuk ujian tersebut. Tajuknya adalah :

  • Institusi Keluarga
  • Institusi Sosial
  • Institusi Pendidikan

Formatnya objektif. 40 soalan. 20 markah. Masa 50 minit.

Tahap soalan : Kacang / Sederhana / Susah & Payah

Kelas bermula jam 11 pagi. Kehadiran anda adalah diwajibkan.

Sekian, Wassalam.

Kuiz ULT2122, KL Seksyen 8

Posted on Updated on

Quiz

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat student-student Space KL Seksyen 8,

Sebelum menjawab kuiz di bawah sila baca arahan ini dahulu :

1. Kuiz ini mempunyai 15 markah.

2. Sila baca dulu soalan, kemudian studi, kumpul maklumat dan digest kannya, lepas tu baru mengayat dan post diruangan comment.

3. Saya hanya menerima jawapan pertama yang telah dipost, sebarang pembetulan, tambahan tidak akan diterima setelah jawapan dipost.

4. Sila pastikan line internet anda berdesup sebelum submit jawapan.

5. Semasa submit jawapan, sila tulis nama anda dan no. Matrik. Jika anda malu untuk menulis nama anda, kebarangkalian anda tidak konfiden dengan jawapan anda.

6. Jawapan anda jangan lebih daripada 300 patah perkataan. Jika lebih, saya sarankan anda buat novel terus.

7. Ini paling penting, soalan kuiz ini aktif bermula pada tarikh hari ini 27 Julai 2013 (Sabtu) dan akan tamat pada 5 Ogos 2013 (Isnin).

SOALAN PERTAMA :

1. Baru-baru ni kita sudah mempelajari secara ringkas tentang apa itu sekular, liberal, kapitalis dan kesannya terhadap pemikiran manusia hari ini. Cuba anda baca kenyataan dibawah :

Proffessor Robert Pape from University Chicago studied 350 suicide cases, he claimed that there is a little connection between suicide terrorism and Islamic fundamentalism or any of the world’s religion. The cause of suicides is not from religion but nationalism. It is not about land, power, politics and also its not about a faith, a faith is just a cover. ( I got this statement live from program ‘hand in hand’ entitled ‘Is religion good or evil? organized by Al Jazeera Network, between Cordinator Mehdi Hassan and Prof. Richard Dawkins (Atheist) at University Of Oxford, UK, i suggest if you have pastime, please watch this video through youtube)

Melalui kenyataan di atas, soalan saya, apakah yang dimaksudkan dengan nasionalisme?

SOALAN KEDUA

2. Menurut pandangan anda, apakah kaitan antara nasionalisme dengan agama ? Sila jawab mengikut perspektif agama yang anda anuti sekarang.

Selamat Menjawab..

Itu Yang Terdaya Saya Bantu..

Posted on

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Buat semua pelajar SPACE KL ULT2132, saya baru sahaja submit markah final ke pengkalan data SPACE tepat jam 10.15am. Dan jikalau anda semua ingin lihat keputusan tersebut, rasanya boleh berbuat demikian melalui laman web SPACE.

Jika keputusan yang anda perolehi itu membuat anda rasa sedih atau terkejut atau sedikit gembira, semuanya itu adalah hasil usaha, ikhtiar dan tawakkal yang anda semua lakukan sepanjang satu semester bersama subjek ini. Tugas saya hanya menguji dan menilai kemampuan anda dan terkadang saya juga takut-takut melakukan kezaliman dalam pemberian markah ini. Ampun dan maaf saya dahulukan. Dan itu sahaja yang termampu dan terdaya untuk saya bantu agar anda semua mengorak langkah yang seterusnya, membina dimensi baru dan terus berjaya menjejaki destinasi yang selama ini anda tagihi.

Bagi yang lulus dengan cemerlang, saya ucapkan tahniah, dan bagi yang lulus juga, saya ucapkan tahniah. Markah yang tinggi bukan bermaksud ianya juga tinggi kedudukannya di sisi Allah, dan markah yang rendah juga bukan bererti anda hina di sisi Allah. Maha Suci Allah. Malangnya, dunia hari ini menghukum yang kaya mulia, yang miskin hina.

Kelemahan saya, adalah kerana saya mengadili dan menghukum anda melalui kertas putih yang ada ditangan saya, sedangkan Allah S.W.T jauh lebih adil dan saksama yang bukan sahaja Maha Mengetahui apa yang tersirat di hati anda, malah Allah Maha Mengetahui susah, senang, kaya, miskin, sakit, sembuh, jodoh, mati anda pada masa akan datang.

Akhir kata, Selamat Maju Jaya saya ucapkan. Wassalam.

 

Carrymark ULT2132 Space KL

Posted on Updated on

Bil. No. Matrik Kuiz Midterm Assignment Presentation Jumlah
1 SX095903AWD04 9 16 18 7 50
2 SX040825MMJ04 8 15 19 7 49
3 SX100844EEJ04 7 16 19 7 49
4 SX095127AWD04 9 15 18 9 51
5 SX061073CKJ04 8 16 19 9 52
6 SX081843CJJ04 9 14 17 8 48
7 SX035365MMD04 7 16 17 9 49
8 SX015617MMD04 6 15 19 7 47
9 SX095134AWD04 9 15 18 9 51
10 SX100089HRJ04 9 15 19 9 52
11 SX110197CJS04 9 6 17 7 39
12 SX095909AWD04 9 13 18 7 47
13 SX080846HFJ04 6 13 19 7 45
14 SX065206CKD04 9 13 17 8 47
15 SX100856EEJ04 9 16 19 9 53
16 SX095344EED04 9 17 19 8 53
17 SX095137AWD04 9 15 18 8 50
18 SX095944CJD04 9 14 17 8 48
19 SX040832MMJ04 6 15 19 7 47
20 SX095256CJD04 9 14 17 7 47
21 SX100862EEJ04 5 14 17 8 44
22 SX095346EED04 9 15 19 8 51
23 SX095914AWD04 9 13 18 8 48
24 SX090682EEJ04 9 16 19 9 53
25 SX095139AWD04 9 14 18 8 49
26 SX105243EED04 9 12 17 9 47
27 SX095915AWD04 9 14 18 8 49
28 SX095743MMD04 0 0 17 0 17
29 SX095749MMD04 9 13 17 8 47
30 SX100882EEJ04 9 13 17 7 46
31 SX090702EEJ04 9 17 19 7 52
32 SX090711EEJ04 8 16 19 7 50
33 SX095149AWD04 9 14 18 8 49
34 SX090717EEJ04 7 14 19 8 48
35 SX106052EED04 8 14 17 10 49
36 SX101462AWJ04 9 14 17 9 49
37 SX100911EEJ04 5 16 19 7 47
38 SX110206EES04 9 13 19 7 48
39 SX080663EEJ04 9 13 19 9 50
40 SX095901HDD04 0 10 17 9 36
41 SX090737EEJ04 9 17 19 8 53
42 SX095281CJD04 9 13 17 8 47
43 SX080665EEJ04 6 11 17 7 41
44 SX080667EEJ04 9 11 19 7 46
45 SX086077HRD04 9 13 17 8 47
46 SX095159AWD04 9 13 18 7 47
47 SX105478HRD04 9 14 19 7 49
48 SX091658AWJ04 9 14 18 7 48
49 SX105483HRD04 9 14 19 8 50
50 SX105484HRD04 9 14 19 7 49
51 SX040190CKJ04 9 17 19 9 54
52 SX090751EEJ04 9 17 19 8 53
53 SX090752EEJ04 9 17 19 7 52
54 SX111960CJF04 9 14 19 9 51
55 SX095921AWD04 9 15 18 7 49
56 SX101104HRJ04 9 14 19 9 51
57 SX095922AWD04 9 15 18 8 50
58 SX101133KKJ04 9 17 17 9 52
59 SX110329CRS04 7 17 19 7 50
60 SX095557HRD04 7 14 17 8 46
61 SX091676EEJ04 9 16 19 8 52
62 SX095925AWD04 9 14 18 9 50
63 SX095931KKD04 9 15 17 9 50
64 SX090775EEJ04 9 18 19 8 54
65 SX101410KKJ04 9 16 17 8 50

Jangan Lupa…

Posted on Updated on

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Khusus untuk student-student SPACE Kl yang budiman,

  • Jangan lupa kelas 2/9/2012, jam 9 pagi, tempat sediakala.
  • Jangan lupa bersedia untuk midterm test, 40 soalan objektif, 50 minit, siap siaga menanti anda.
  • Jangan lupa, selesai test ada test lain yang menunggu anda bakal menguji kemahiran anda berhujah, program realiti yang menyaksikan anda berpetah menyampaikan ilmu dan maklumat.
  • Jangan gentar dan jangan gagap, kerana jika anda bersituasi sedemikian, markah anda juga akan terketar-ketar dan kelihatan gagap semacam.
  • Jangan lupa untuk pulun markah midterm test = 20, assignment + slideshow = 20 dan presentation = 10.
  • Jangan hairan jika kumpulan yang mula-mula bentang adalah kumpulan halimatun.saadiah@hotmail.com, kemudian sohyeeling@yahoo.com, seterusnya asrulsubbri@bsn.com.my, selepas itu azura.awang@gmail.com, terus ke sara50669@gmail.com, diikuti khairul0105@yahoo.com berpindah ke mazlan@jimahev.com dan yang terakhir sekali adalah nisaanis_87@yahoo.com. 
  • Turutan ini diatur mengikut kumpulan yang awal menghantar assignment, sepertimana seseorang yang solat di sof pertama, pahalanya lain berbanding yang solat di sof kedua, ketiga dan seterusnya.
  • Akhirkata, usaha kena ada, tawakkal jangan lupa, insyaAllah sama-sama berjaya.

Class, Assignment & Test ULT 2132, Space KL

Posted on Updated on

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Buat seluruh pelajar-pelajar SPACE KL yang mengambil subjek ULT 2132, dengan ini saya ingin mengumumkan bahawa kelas kita pada 25/08/2012 (Sabtu) ditunda dan akan digantikan pada hari Ahad, (2/09/2012), di lokasi yang sama. Kelas akan bermula pada jam 8.30 pagi.

Tentatif kelas kita pada hari tersebut adalah pembentangan individu bagi setiap kumpulan. Lantaran itu, setiap kumpulan mesti menghantar assignment dalam bentuk ‘soft copy’ ke kantung emel saya di naem@utm.my sebelum 28/08/2012 (Selasa) untuk disemak dan dinilai. Kegagalan mana-mana kumpulan berbuat demikian akan dikenakan hukuman mandatori (lewat sehari = tolak 1 markah) sekaligus malang tidak berbau.

‘Hard copy’ assignment pula mesti diserahkan pada hari kelas diadakan.

Berkenaan dengan kuiz, memandangkan kelas kita boleh ditunda dan semua boleh hadir, saya bercadang untuk membatalkan 2 kuiz dan menggantikannnya dengan test pada hari yang sama, 40 soalan objektif dalam masa sejam. Untuk test ini, sila tumpukan pada tajuk 1) Isu Dekadensi Moral, 2) Pemikiran Pascamoden, 3) Isu-isu Pemerintahan dan Pentadbiran dan 4) Cabaran Semasa Masyarakat Malaysia.

Sebarang cadangan atau komen boleh diajukan pada ‘post comment’ dalam ruangan ini.

Sekian dimaklumkan. Terima kasih.

Makluman Untuk Pelajar ULT 2132

Posted on

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Alhamdulillah, sudah selesai saya menyemak semua jawapan yang telah diberikan. Terima kasih banyak-banyak atas komitmen anda semua sebagai seorang pelajar. Memang mencabar mental saya untuk memeriksa jawapan anda semua, ada ketawa sorang-sorang, blur pun ada, sakit kepala pun ada, apapun tahniah dan syabas atas jawapan yang dipostkan. Sekaligus, pemarkahan bagi kuiz ini pun sudah selesai.

Cuma ada 10 orang pelajar daripada seksyen ini yang tidak menjawab soalan kuiz, no. matriknya adalah seperti berikut :

1. SX080846HFJ04

2. SX100862EEJO4

3. SX100911EEJO4

4. SX080665EEJO4

5. SX080667EEJO4

6. SX040183CKJ04

7. SX095743MMD04

8. SX040832MMJO4

9. SX015617MMD04

10. SX095901HDDO4

Andai ada sesiapa yang tidak menjawab kuiz ini telah membaca post saya ini dan mendapati no. matriknya termasuk dalam ‘the most wanted person’, diharapkan dapatlah menghantar jawapan seberapa segera. Jangan risau, saya tak marah, jauh sekali men‘zero’kan markah anda. Tulislah apa yang anda rasakan itu terbaik, walaupun hanya dengan sepotong ayat sekalipun, sudah memadai dan tetap saya santuni dengan markah.

Mengenai cadangan majoriti kelas 1/9@2/9, saya dah maklumkan pada Space, dan rasa-rasanya macam boleh dibuat pada hari tersebut (ini ramalan saya la..hehe). Mintak-mintak jadi la, insyaAllah. Saya akan cuba untuk dapatkan pengesahan tarikh kelas seterusnya sama ada dipinda atau tidak, paling lewat hari Rabu 15/8.

Akhirnya, bagi pelajar Muslim, bersempena berbaki 10 Ramadhan terakhir ini, marilah kita sama-sama mengurangkan syahwat tidur, bershopping, menonton tv, berfacebook sebaliknya penuhilah masa itu dengan perkara-perkara yang mampu mendekatkan diri kepada Allah Taala.

Wassalam.

 

Makluman Untuk Pelajar ULT 2132, Space KL

Posted on Updated on

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Di sini saya nak maklumkan bahawa jadual kelas kita ULT2132 pada hari Sabtu (25 Ogos 2012) atau bersamaan dengan musim cuti hari raya Aidilfitri sememangnya terpaksa diteruskan juga tanpa sebarang perubahan. Perkara ini sudah saya bincangkan dengan SPACE UTM, JB dan pihak SPACE menyatakan bahawa jadual untuk semester ni memang padat. Tiada ruang untuk dilakukan perubahan.

Justeru, ini akan menimbulkan dua masalah :

1. Midterm Test : 20 Markah

2. Individual Presentation : 15 Markah

Cara menyelesaikan masalah :

1. Midterm Test itu saya akan tukarkan kepada kuiz. Ini bermakna ada baki 2 kuiz lagi yang mesti pelajar jawab.

2. Berkenaan individual presentation, semua wajib hadir melainkan kepada sesiapa yang tinggal di Sabah@Sarawak yang mana tiket flight telah ditempah dan semestinya tidak boleh dipinda. Bagi sesiapa yang tiada alasan seperti di atas, diharapkan dapat hadir untuk presentation pada hari tersebut di samping kita sama-sama saling mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri..hehe. Raya berkemungkinan hari Ahad 19/08/2012, dan kelas kita pada Sabtu akan datang, ok le tarikh tu, cuma udah-udahle beraya tu.

3. Jika ada sesiapa yang ingin mengutarakan cadangan atau pandangan mengenai masalah ini, boleh ajukan pada side ‘leave a comment’ dan saya akan reply secepat mungkin, InsyaAllah.

 

Sekian dimaklumkan.

 

Soalan Kuiz ULT 2132 (Islam dan Isu-isu Semasa), Seksyen 01, UTM SPACE KL

Posted on

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Berikut adalah 2 soalan kuiz bagi subjek ULT 2132 (Islam dan Isu-isu Semasa), dan anda diwajibkan untuk menjawab kedua-dua soalan yang diberikan :

Soalan 1 : Tatkala membicarakan persoalan Pemikiran Pascamodenisme, ahli sarjana Zakaria Stapa telah berpandangan bahawa pascamodenisme ini adalah fahaman yang anti agama dan anti tuhan.

Soalannya : Cuba huraikan maksud disebalik pentakrifan ini menurut pandangan anda.

 

Soalan 2 : Kemunculan naratif kecil seperti golongan gay, lesbian, biseksual, ajaran sesat serba sedikit berjaya mempengaruhi fitrah asal kejadian manusia. Namun di sebalik ancaman naratif kecil, peningkatan kadar jenayah 2012  seperti kes bunuh, rompak, ragut, rogol dan cabul serba sedikit meletakkan keselamatan rakyat di Malaysia ini berada di dalam keadaan tidak selamat dan terancam, ini tidak termasuk lagi dengan kes sosial seperti peningkatan kes buduh diri, sakit mental, keruntuhan institusi rumahtangga, pergaulan bebas, pembuangan anak dan penagihan dadah.

Soalannya : Apakah punca-punca yang menyebabkan masalah ini berlaku ? Dan apakah cara yang terbaik untuk mengatasinya ?

Soalan kuiz tamat.

Selamat Menjawab. Sekian, terima kasih.

 

* Soalan ini sah untuk dijawab bermula hari ini Isnin, 30/07/2012 sehingga Ahad 05/08/2012. Anda memiliki 7 hari sahaja untuk menjawab.

 

 

ULT 2132 (Islam dan Isu-isu Semasa)

Posted on

Assalamualaikum dan Selamat Petang,

Ditujukan kepada seluruh student-student saya yang mengambil subjek ULT 2132, Islam dan Isu-isu Semasa, Seksyen 01, Utm Space KL.

Di sini ada beberapa prosedur yang mesti diikuti sebelum menjawab kuiz :

1. Pastikan tarikh mula dan tarikh tamat kuiz sebelum menjawab soalan. Jika soalan dijawab diluar tarikh yang ditetapkan, jawapan anda tidak akan diterima.

2. Jawapan yang dihantar mestilah melalui ruangan ‘post comment’.

3. Sila pastikan no. matrik (Wajib) & nama (Opsyen) tertera pada jawapan tersebut.

4. Setiap jawapan mesti tidak melebihi 360 patah perkataan.

5. Saya akan menerima hanya pada jawapan yang ‘post comment’ pertama sahaja, sebarang penambahan kedua untuk jawapan setelah ianya di ‘post’ turut tidak akan diterima, lantaran itu anda digalakkan untuk membaca dahulu soalan (hari pertama), mengulangkaji (hari kedua) dan seterusnya menjawab, pada hari ketiga.

6. Peruntukan markah bagi kuiz ini adalah 10 markah.

7. Sila pastikan line @ coverage internet anda berfungsi dengan baik ketika menjawab, andai line @ coverage anda ‘cap ayam’ bawak bersabar dan tunggu ianya kembali baik.

8. Jawab dengan tenang, berdoa dan tawakkal.

Sekian, terima kasih.