Day: 30/07/2012

Soalan Kuiz ULT 2132 (Islam dan Isu-isu Semasa), Seksyen 01, UTM SPACE KL

Posted on

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Berikut adalah 2 soalan kuiz bagi subjek ULT 2132 (Islam dan Isu-isu Semasa), dan anda diwajibkan untuk menjawab kedua-dua soalan yang diberikan :

Soalan 1 : Tatkala membicarakan persoalan Pemikiran Pascamodenisme, ahli sarjana Zakaria Stapa telah berpandangan bahawa pascamodenisme ini adalah fahaman yang anti agama dan anti tuhan.

Soalannya : Cuba huraikan maksud disebalik pentakrifan ini menurut pandangan anda.

 

Soalan 2 : Kemunculan naratif kecil seperti golongan gay, lesbian, biseksual, ajaran sesat serba sedikit berjaya mempengaruhi fitrah asal kejadian manusia. Namun di sebalik ancaman naratif kecil, peningkatan kadar jenayah 2012  seperti kes bunuh, rompak, ragut, rogol dan cabul serba sedikit meletakkan keselamatan rakyat di Malaysia ini berada di dalam keadaan tidak selamat dan terancam, ini tidak termasuk lagi dengan kes sosial seperti peningkatan kes buduh diri, sakit mental, keruntuhan institusi rumahtangga, pergaulan bebas, pembuangan anak dan penagihan dadah.

Soalannya : Apakah punca-punca yang menyebabkan masalah ini berlaku ? Dan apakah cara yang terbaik untuk mengatasinya ?

Soalan kuiz tamat.

Selamat Menjawab. Sekian, terima kasih.

 

* Soalan ini sah untuk dijawab bermula hari ini Isnin, 30/07/2012 sehingga Ahad 05/08/2012. Anda memiliki 7 hari sahaja untuk menjawab.

 

 

ULT 2132 (Islam dan Isu-isu Semasa)

Posted on

Assalamualaikum dan Selamat Petang,

Ditujukan kepada seluruh student-student saya yang mengambil subjek ULT 2132, Islam dan Isu-isu Semasa, Seksyen 01, Utm Space KL.

Di sini ada beberapa prosedur yang mesti diikuti sebelum menjawab kuiz :

1. Pastikan tarikh mula dan tarikh tamat kuiz sebelum menjawab soalan. Jika soalan dijawab diluar tarikh yang ditetapkan, jawapan anda tidak akan diterima.

2. Jawapan yang dihantar mestilah melalui ruangan ‘post comment’.

3. Sila pastikan no. matrik (Wajib) & nama (Opsyen) tertera pada jawapan tersebut.

4. Setiap jawapan mesti tidak melebihi 360 patah perkataan.

5. Saya akan menerima hanya pada jawapan yang ‘post comment’ pertama sahaja, sebarang penambahan kedua untuk jawapan setelah ianya di ‘post’ turut tidak akan diterima, lantaran itu anda digalakkan untuk membaca dahulu soalan (hari pertama), mengulangkaji (hari kedua) dan seterusnya menjawab, pada hari ketiga.

6. Peruntukan markah bagi kuiz ini adalah 10 markah.

7. Sila pastikan line @ coverage internet anda berfungsi dengan baik ketika menjawab, andai line @ coverage anda ‘cap ayam’ bawak bersabar dan tunggu ianya kembali baik.

8. Jawab dengan tenang, berdoa dan tawakkal.

Sekian, terima kasih.

Kuiz DLQ 1302 ( Fiqh Islam 1), Seksyen 2, UTM SPACE JB.

Posted on Updated on

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Berikut adalah soalan-soalan kuiz bagi subjek DLQ 1302 (Fiqh Islam 1) dan anda diwajibkan menjawab kedua-dua soalan yang diberikan :

1. Dalam menentukan awal Ramadhan ada dua pendekatan yang dilakukan, pertama melihat anak bulan (Rukyatul Hilal) dan kedua melalui sempurna bulan Sya’ban (Hisab). Namun begitu, para ulama’ lebih cenderung untuk menggunakan pendekatan melihat anak bulan berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari yang bermaksud : “Berpuasalah kamu dengan melihat anak bulan, dan berbukalah (penentuan bulan Syawal) kamu dengan melihat anak bulan”. Menurut pandangan mazhab Imam Syafiei, paling kurang memerlukan 2 orang penyaksian yang adil untuk melihat anak bulan ini sebelum diisytiharkan kepada orang ramai bahawa esok berpuasa.

Soalannya : Mengapa Imam Syafiei meletakkan 2 orang penyaksian yang adil dan menolak 1 penyaksian ? Jika ada salah seorang daripada dua saksi ini terlebih awal melihat anak bulan, namun dia berpuasa lewat (sebab mengikut pengisytiharan rasmi), apakah hukum yang jatuh ke atas dirinya ?

2. Solat adalah satu kewajipan yang wajib dilakukan bagi setiap orang Islam sebagai satu talian hubungan antara Allah dan hambaNya. Namun begitu, kebanyakan masyarakat Islam Malaysia hari ini meremehkan solat serta ada yang langsung tidak mendirikan solat.

Soalannya : Apakah hukum orang Islam meninggalkan solat ? Dan apakah peranan kerajaan dalam memastikan setiap orang Islam di Malaysia ini mendirikan solat ?

 

Soalan kuiz tamat.

 

* Soalan kuiz ini mestilah dijawab bermula tarikh Isnin 30/07/2012 dan berakhir pada hari Ahad 05/08/2012. Kelewatan menjawab pada tarikh yang ditetapkan akan menyebabkan jawapan anda ditolak.

* Saya akan menerima hanya pada jawapan yang ‘post comment’ pertama sahaja, sebarang penambahan kedua untuk jawapan setelah ianya di ‘post’ turut tidak akan diterima, lantaran itu anda digalakkan untuk membaca dahulu soalan (hari pertama), mengulangkaji (hari kedua) dan seterusnya menjawab, pada hari ketiga.

* Sila pastikan line @ coverage internet anda berfungsi dengan baik ketika menjawab, andai line @ coverage anda ‘cap ayam’ bawak bersabar dan tunggu ianya kembali baik.

Selamat Menjawab. Wassalam.